Bab 45
Selesai makan malam, semua memilih untuk bersantai di ruang keluarga. Rasa tak kena pulak kalau nak terus tidur walaupun jam dah menginjak ke pukul 10. Ye lah, tak elok tidur dengan perut penuh sebab badan kita memerlukan banyak tenaga untuk menghadam makanan. Kalau dah tenaga tu digunakan untuk proses penghadaman, berapa kalori je tenaga yang tinggal untuk tidur.
Yup, inilah fakta yang masih ramai tak tahu iaitu badan kita memerlukan tenaga untuk tidur! Bila sedikit je kalori yang tinggal untuk tidur, tu lah penyebab badan kita akan terasa penat bila bangun tidur nanti. Okay, Ain dah melalut.
“Ain, ummi dah panggilkan Nek Pah datang mengurut pagi esok. Seminggu lebih dah Ain bersalin. Elok sangat dah nak berurut.”
“Owh. Tu lah. Ain baru nak tanyakan ummi kalau-kalau ummi ada kenal sape-sape yang pandai mengurut kat sini. Ummi dah panggilkan tu, eloklah. Kalau tak Ain ingat nak import Mak Ndak datang sini.” Kalau dekat area rumah Ain, memang orang selalu panggil Mak Ndak untuk mengurut.
“Ain, abang nak keluar jumpa kawan kejap ni. Nanti kalau ada apa-apa call je abang.” Fuadi yang tengah tergesa-gesa nak keluar dijeling sekilas. Dengan baju dan seluar sukan lengkap tersarung di badan, kasut sukan pula baru diambil dari almari kasut, hmmm..kemana lagi kalau bukan nak main futsal. Hmmm.. Lelaki. Kahwin la 2, 3 sekalipun, anak dah berderet ke, kalau dah minat tu, memang dilayan jugak.
“Memang abang tu selalu keluar main futsal ke ummi?” Tak pernah pulak Ain tahu yang Fuadi ni suka bersukan jugak.
“Kalau dia balik sini, memang selalu la keluar. Nak buat macam mana, ramai sangat geng-geng dia kat kampung ni.” Hmmm..rasanya banyak lagi yang dia tak tahu pasal Fuadi. Nak buat macam mana, mereka kahwin pun tak sampai setahun lagi. Bila sebut setahun, bunyi macam dah lama jugak. Tapi, dalam setahun tu, kalau nak dibilang, berapa lama je mereka duduk sekali. Tak tolak lagi dengan saat-saat hitam masa kematian Danish dulu.
Sebut pasal Danish, terus Ain teringatkan Sofea. Dari tadi, memang tak berenggang langsung Sofea dari Aqil. Walaupun mata tengah fokus pada tablet ditangan, pantang Aqil menggeliat sikit, terus tangan dia menepuk-nepuk perlahan Aqil sampai terlena balik. Dia rindukan Danish ke? Tiba-tiba Ain rasa bersalah dengan Sofea. Teringin dia nak berbicara dari hati ke hati dengan Sofea. Tapi, mengenangkan ayah dan ummi yang turut bersama dia di situ, terpaksalah dia lupakan seketika hasrat dia tu.
Suasana di situ terus berlalu dengan hanya ditemani suara-suara pelakon dari televisyen. Sesekali dengar juga ummi dan ayah tergelak kecil bila ada babak-babak yang mencuit hati mereka. Ain, walaupun mata dia terarah pada drama di depan mata, tapi fikiran dia masih cuba membayangkan kehidupan yang dia akan lalui sepanjang seminggu ni. Penghujungnya, sudah pasti masih samar-samar.
“Hmmmm…dah lewat ni. Ummi dan ayah masuk bilik dulu ye. Ain, kamu tu jangan tidur lewat sangat.” Akhirnya, selepas sejam berlalu, saat yang Ain tunggu tiba jugak. Sabar Ain menanti hinggalah kelibat ayah dan ummi hilang ke dalam bilik tidur mereka.
“Ain, boleh tak Aqil tidur dengan saya malam ni?” Belum sempat Ain nak buka mulut, pertanyaan dari Sofea terlebih dahulu membuatkan dia tersentak. Serius! Ain terkedu. Biar betul Sofea ni.
“Kenapa?” Pendek soalan Ain. Yang sebetulnya dia tak tahu apa nak tanya sebab pertanyaan Sofea memang luar biasa!
“I thought you don’t mind. Sebab tu Ain setuju balik rumah ni.” Suara Sofea pun macam terkejut dengan pertanyaan Ain. Okay. Sekarang Ain dah mula tak sedap hati. Apa sebenarnya tujuan Sofea balik sini?
“I’m here sebab ‘your abang Fuadi’ said that you want to see Aqil. That’s all. Is there anything else I should know?”
“Saya ingat Ain akan bagi saya ruang nak bersama Aqil.”
“Yup. In fact dari tadi lagi you got that ‘ruang’. But, I don’t expect la sampai nak bawak tidur sekali. Like, seriously?” Ain masih cuba mengawal suara dia sehabis boleh. Tak nak la awal-awal lagi dia dah nak buat perang dingin dengan Sofea. Mungkin ada salah faham sikit kot sekarang ni.
“ Ain, sekali ni je saya minta. Bila tengok Aqil, he’s remind me of Danish. I really miss that moment when Danish was still with me.” Bila tengok muka Sofea sekarang ni, tipulah kalau Ain tak rasa bersimpati. Tapi, Ain masih mahu menjaga ‘barrier’ antara Aqil dengan Sofea sebab dia tak mahu melakukan sebarang kesilapan yang boleh membuatkan dia kehilangan Aqil.
“Saya minta maaf. You should know that ‘this relationship’ has its own limit.”
“Ain, selama ni saya tak pernah salahkan awak atas kematian Danish. Saya ingat awak faham apa yang saya rasa selama ni. You should understand me very well because you’re a mother. Takkan la awak tak boleh nak bertolak ansur dengan saya sikit pun Ain.” Sebak suara Sofea membuatkan Ain tergamam.
Sofea tak pernah salahkan dia? Ain rasa macam ada air dingin yang dah menyimbah dia, membawa pergi semua rasa bersalah yang dia tanggung selama ni. Ya. Dia faham macam mana rasa kehilangan sebab dia pun dah pernah merasainya.
Tapi, nak bagi Aqil dekat Sofea, Ain rasa samalah macam dia rela berkongsi Aqil. Tidak, cukuplah dia dah berkorban selama ni. Cukuplah dia dah lepaskan suami dia untuk Sofea!
“Ain minta maaf.” Cepat-cepat Ain ambil Aqil dari baby cot untuk masuk ke bilik. Tiba-tiba Ain jadi takut. Takut yang dia akan turut kehilangan Aqil. Tergesa-gesa Ain melangkah ke bilik. Keadaan dia yang masih dalam pantang langsung tak dihiraukan. Masuk saja ke bilik, terus saja ditekan butang ‘lock’ dekat pintu.
Sofea! Ain dapat rasakan yang Sofea memang ikhlas dengan kata-kata dia. Tapi, Ain tak bodoh untuk menilai maksud halus yang Sofea cuba sampaikan. Ain minta maaf. Aqil milik Ain. Title ‘mak tiri’ yang Sofea pegang belum cukup kuat untuk membolehkan Aqil menjadi milik dia selagi Ain masih ada.
Tok! Tok! Bunyi pintu diketuk mengejutkan Ain yang masih tidur-tidur ayam. Berhati-hati Ain bangun tak mahu mengejutkan Aqil yang sudah terlena.
“Dah tidur ke?” Buka je pintu, Fuadi sudah terpacak di depan bilik. Segar muka dia macam baru lepas mandi. Ain kerling sekilas jam di dinding. Pukul 12. Baru balik la kot. Tapi, kat mana pula dia mandi? Hmmm..terus terlintas api cemburu di hati Ain bila mengingatkan yang Fuadi pastinya menggunakan bilik dia di atas untuk mandi.
“Ada apa?” Sedikit kasar nada Ain bila hati mula dihambat cemburu.
“Nak tidur la.” Fuadi sudah melangkah ke dalam bilik sebelum badan direbahkan ke atas katil.
“Tidur je la kat atas. Dah lama tak jumpa. Takkan tak rindu kot.” Sinis suara Ain. Badan dia sudah kembali dibaringkan di tempat tadi.
“Yang kat atas lepas ni abang akan selalu jumpa. Tapi yang kat bawah ni, kejap lagi abang dah nak tinggal. Mestilah abang nak lepaskan rindu dengan yang kat bawah ni.” Fuadi sudah mengiring badan ke arah Ain. Sempat lagi dicium ubun-ubun Aqil yang tidur ditengah-tengah antara dia dengan Ain.
Dada Ain rasa sedih tiba-tiba. Ya. Tak lama lagi mereka akan berpisah lagi. Tak kisah la apa kesudahan hubungan mereka, selepas satu minggu Fuadi akan tetap tinggalkan dia. Yang membezakan hanyalah status yang Fuadi dan dia akan pegang bila Fuadi habis study nanti. Samada masih suami isteri, ataupun sudah menjadi duda dan janda. Opss..Lupa pulak yang Fuadi kan ada dua isteri. Lepaskan seorang, masih ada seorang lagi. Tak payah la dia nak pegang gelaran tu.
“Ain, can’t you give Sofea a chance to be a mother again? Even just for a night.” Soalan Fuadi yang secara tiba-tiba kembali membuatkan Ain tersentak. Badan yang tadinya sudah berbaring kembali bangun bersandar di kepala katil. Tajam pandangan dia pada Fuadi yang sudah turut bangun dari pembaringan.
“Tak sangka la pulak sampai dia boleh mengadu dekat abang.” Kepala Ain sudah mula berbahang. Terus hilang simpati yang dia rasakan pada Sofea tadi.
“Abang tak rasa apa yang dia minta tu salah. Tak boleh ke Ain berkorban sikit?” Suara Fuadi masih perlahan. Cuba berdiplomasi dengan Ain. Amboi, demi Sofea, terus hilang taring ye.
“Berkorban sikit? Tak cukup lagi ke apa yang dah berkorban selama ni? Ni lah orang cakap. Bagi betis, nak paha. Cukup baik dah tu Ain bagi dia peluang nak jumpa Aqil dekat rumah ni. Seminggu dia kat sini. Banyak lagi kot masa yang dia ada. Tapi kalau dah sampai nak bawak ke bilik tidur, memang over la.” Ain sudah berapi.
“ Ain, apa bezanya. Aqil dah tidur. Bukan boleh buat apa pun. Sama je dia tidur dengan sape pun.” Huh, sakitnya hati Ain dengan Fuadi ni. Lelaki, semuanya nak ambik mudah.
“Abang sepatutnya cakap ayat tu dekat Sofea. He’s still a baby and fully breastfeeding. Kan ke susah kalau dia terjaga nanti.”
“We are responsible for what she had gone through Ain. Tak boleh ke Ain tolong kurangkan rasa bersalah abang ni. Tak susah pun permintaan dia kan. Kita tak pernah kat tempat dia. Kalau abang sendiri ni pun masih terkesan dengan kematian Danish, apa lagi Sofea. Kalau dengan cara ni boleh hilangkan rasa rindu Sofea pada Danish, why not kita cuba Ain.” Suara Fuadi sudah kedengaran sedikit mendesak.
“Ain tak pernah kat tempat Sofea? Mungkin abang dah lupa yang Ain pun dah merasa kehilangan anak sendiri. Sebab tu la Ain tak sanggup nak hilang Aqil pulak. Hari ni bila dia mintak nak tidur dengan Aqil, abang dah desak-desak Ain sampai macam ni sekali. Lain kali kalau Sofea mintak nak ambik Aqil dari Ain, abang nak desak Ain suruh berkorban jugak ke?” Suara Ain dah bergetar menahan rasa sebak di dada.
Ya, cukuplah dia kehilangan Auni. Fuadi mungkin boleh lupa sebab memang Fuadi tak pernah jumpa Auni pun. Kehadiran Auni pun dia tak pernah ambik tahu. Ain ni yang kandungkan Auni selama ni. Tapi last-last hanya beberapa minit je sempat jumpa. Sakitnya kehilangan takkan pernah Ain lupa.
Tak mampu lagi Ain nak berbalas kata dengan Fuadi. Kepala dia tiba-tiba sakit sangat. Terus badan direbahkan kembali ke katil. Badan dipusingkan ke arah tepi. Tak mahu biarkan air mata dia menjadi tatapan Fuadi.
Fuadi yang tadinya turut nampak terkedu dengan apa yang Ain cakapkan sudah turut merebahkan kembali badan ke katil.
‘I’m so sorry Ain. Ya Allah. Why do I always need to make a choice?’ Kenapa setiap kali perlu memilih, setiap kali tu jugak la dia akan lukakan hati Ain. Akhirnya, Ain dan Fuadi dua-dua terlena dengan hati yang terluka.
Rasa haus yang amat sangat menyedarkan Ain dari lena. Buka je mata, mata dia terus tertancap pada jam di dinding. Hmm..baru pukul 3. Teringatkan hal malam tadi, hati Ain kembali walang. Badan yang tadinya mengiring terus dikalihkan ke sebelah kanan.
‘Aqil!’ Menggila debaran di dada Ain bila melihatkan tempat pembaringan Aqil dan Faudi dua-dua kosong. Ya Allah! Dugaan apa lagi ni?
DAPATKAN TEASER PERCUMA!
Showing posts with label Anne Wanie. Show all posts

Monday, 11 January 2016
JODOH UNTUKKU - BAB 44
Bab 44
Aqil yang tengah lena diletakkan di dalam baby cot. Sengaja ummi letakkan baby cot milik anak kak Mia dekat ruang keluarga ni. Boleh la Ain guna untuk letakkan Aqil masa tengah lepak-lepak kat sini nanti.
“Is that Muhammad Aqil?” Suara Sofea yang tengah menuruni anak tangga kedengaran sedikit teruja. Langkah dia nampak tergesa-gesa. Macam tak sabar sangat nak dapatkan Aqil.
“Yup. It’s him. The one yang you tak sabar sangat nak jumpa.” Suara Fuadi turut kedengaran teruja. Sekali pandang macam mereka tengah berkongsi kegembiraan.
Sofea nampak lebih santai dengan skirt labuh dan baju t-shirt berlengan panjang. Tapi, tudung yang melitupi kepala kenapa pulak tak ditanggalkan? Bukannya ada lelaki lain dalam rumah ni. Fuadi dan ayah je pun. Mungkin dia tak biasa lagi dengan keadaan di rumah ni kot. Ain cuba mengusir sendiri rasa aneh di hati dengan penampilan Sofea.
“Ya Allah. Comelnya dia!” Sampai je dekat baby cot Aqil, tangan Sofea terus naik menyentuh muka Aqil. Lembut usapan tangan dia dari rambut turun ke pipi montel Aqil. Senyuman dari tadi tak lekang dari bibir Sofea.
“Comel kan? Ikut genetik papa dia harus lah comel.”
“Hmmm..mula la tu nak bangga diri. Pantang ada peluang.” Sindiran Sofea membuahkan senyuman lebar di mulut Fuadi.
Ain yang turut berada bersama mereka bagaikan langsung tak wujud di situ. Boleh pulak diorang nak bergurau senda di depan Ain. Tak mahu mendera hati sendiri, Ain terus mengatur langkah ke dapur. Baik dia cepat-cepat berlalu dari situ sebelum syaitan sempat menjalankan tugas dia merosakkan hati anak Adam. Normal la tu suami isteri nak bergurau senda. Alah benda-benda macam ni memang sudah ada dalam jangkaan Ain.
“Hah Ain. Jom makan. Mana Adi dengan Sofea?” Masuk je ke dapur, semua makanan dah siap terhidang atas meja. Tinggal air je yang sedang dibancuh oleh ummi. Tak la ralat sangat Ain kalau dia tak tolong ummi siapkan semua ni sebab bibik sudah ada untuk menolong. Lagipun, mana ummi bagi Ain nak buat kerja dapur ni semua.
“Ada kat depan tu ummi. Biar la diorang nak melepas rindu kejap.” Selamba suara Ain.
“Ain okay ke?” Prihatin suara ayah. Entah sejak bila lagi ayah sudah duduk di meja makan. Pasti sudah lama dia menunggu mereka masuk makan.
“InsyaAllah Ain okay.” Senyuman Ain lemparkan untuk menambahkan keyakinan ayah pada jawapan Ain.
“Tak pe lah. Ain duduk dulu. Biar ummi yang panggil diaorang. Kalau nak biarkan entah bila kita boleh start makan.”
Kerusi di belah kiri meja Ain tarik untuk dia duduk. Belum pun sempat ummi melangkah keluar dari dapur, Fuadi dan Sofea sudah terlebih dahulu muncul di pintu dapur.
“Hah, baru ummi nak keluar panggil kamu. Ingatkan dah tak ingat pasal makan dah.” Kan dah kena sindir dengan ummi.
“Ummi apa khabar?” Sofea menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ummi. Ye lah. Tadi masa dia sampai ummi dengan ayah tak balik lagi dari surau.
“Alhamdulillah. Macam yang kamu tengok ni lah.” Mesra ummi berdakapan dengan Sofea. Walaupun dia tak menyokong perkahwinan Sofea dengan Fuadi, itu tak bermakna dia perlu bencikan Sofea. Selesai bersalaman dengan ummi, Sofea mengatur langkah untuk bersalamn dengan ayah pula.
“Sofea ni. Ralit sangat tengok Aqil.” Fuadi terus mengambil tempat di sebelah Ain. Haih, tak nak duduk sebelah menyebelah dengan Sofea ke? Dah cantik dah aturan kedudukan mereka dalam kepala Ain. Tempat yang Fuadi duduk sekarang ni, selalunya ummi yang duduk kat situ. Tu yang Ain rancang biar dia duduk sebelah ummi. Sofea dengan Fuadi pulak duduk berhadapan dengan mereka. Jadi sekarang ni terpaksalah ummi duduk berhadapan dengan Fuadi dan Sofea pulak berhadapan dengan Ain.
Malam ni nampak special sikit lauk yang ummi dan bibik masak. Mungkin sempena meraikan Sofea. Nasi arab kambing. Memang kepakaran ummi la masak nasi arab ni. Lauk Ain, hmmm macam biasalah orang berpantang. Ada ikan selar bakar dan….okay. Ain dah rasa nak lari keluar sekarang.
“Ain, makan sup ikan ni. Memang sengaja ummi minta ayah belikan ikan ni tadi.” Ikan apa? Tak payah nak tanya. Walaupun Ain bukan penggemar ikan, tapi ikan yang satu ni memang Ain kenal sangat-sangat. Apa lagi kalau bukan ikan haruan.
“Errrr…kena makan jugak ke ummi. Kalau tak makan tak boleh ke?” Seminggu berpantang di rumah mama, tak pernah la pulak mama paksa Ain makan ikan ni. Mak sendiri. Boleh la nak mengelat sebab mama memang faham sangat betapa ‘allergic’ Ain dengan ikan. Muka Ain dah berubah sedikit. Walau rapat macam mana sekalipun dia dengan ummi, bila status ‘mak mertua’ tu masih ummi sandang, Ain tak berapa berani jugak la nak mengelat.
“Haah. Wajib. Kalau tak macam mana luka Caesar tu nak sembuh. Makan sampai habis. Kalau bukan mama Ain yang call ummi suruh buatkan sup ni pun, memang ummi awal-awal lagi dah rancang nak sediakan sup ni.” Hah, mama? Amboi. Pandai jugak mama nak kenakan Ain ye!
“Try la makan Ain. Kalau tak cuba mana nak tahu.” Ayah pun dah join sekali geng ummi dengan mama.
Sekali lagi Ain pandang sup ikan yang ummi dah sorongkan pada dia. Dua ketul isi ikan yang boleh tahan besarnya, dengan kuah sup yang putih melepak. Ikan pulak nampak sedikit berlendir. Okay, Ain dah mula rasa loya!
Bukan nak mengada. Tapi Ain memang tak boleh nak terima. Hanya orang yang ‘sehaluan’ dengan Ain je boleh faham apa yang Ain rasa sekarang ni. Talian hayat terakhir! Dengan muka yang dah nak nangis, Ain pusingkan muka ke arah Fuadi di sebelah dia.
Hmmm..Rupanya dari tadi gelagat dia menjadi perhatian Fuadi. Kalau tak, masakan bila Ain pandang je ke sebelah, Fuadi sudah siap sedia dengan senyuman ‘simpati’ pada dia.
“Abang share dengan Ain.” Pendek je ayat Fuadi. Tapi, bagi Ain memang tersangatlah membantu dia. Huhuuu…Ain terharu. Rasa nak dipeluk-peluknya Fuadi sekarang.
Pinggan yang sudah berisi nasi arab di depan dia Fuadi tolak ke tepi. Dicapai pula pinggan kosong yang dihulurkan ummi sebelum disendukkan nasi putih ke dalam pinggan dia.
“Eh, tak nak makan ke nasi arab tu? Bukan nasi tu abang punya favourite ke?” Ummi pernah cakap yang nasi arab ni one of Fuadi dan ayah punya favourite. Sebab tu la bersungguh ummi belajar buat nasi arab ni.
“Tak pe, kejap lagi boleh makan.”
Okay, dah boleh start makan. Adi, bacakan doa.” Arah ayah sebelum mereka semua menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca Fuadi.
Sup ikan Ain tolak tepi dulu. Berselera dia makan nasi biarpun hanya berlaukkan ikan selar bakar. Bila dalam pantang ni, perut memang cepat lapar. Nasi arab? Hmm..tak la pulak Ain terliur nak makan. Lebih-lebih lagi bila berlaukkan kambing. Memang No, No, sangatlah pada dia yang memang ‘cerewet’ sikit dengan makanan ni.
Suapan Ain terhenti bila Fuadi tiba-tiba meletakkan seketul isi ikan di dalam pinggan dia.
“Abang cakap nak share tau. Bukan abang makan sorang.” Huhuhu, terlupa pulak Ain dengan sup ikan tu. Fuadi dah tahan geram bila Ain biarkan dia sorang yang makan sup ikan tu. Dia pun bukan penggemar sangat ikan haruan ni.
Bila ummi dah mula pandang dia, Ain dah tak ada pilihan. Dicubit sedikit isi ikan yang dah diletakkan dalam pinggan dia. Ain bukan nak menghina makanan, tapi, dia memang rasa tak sanggup. Nak sentuh ikan tu pun bagi dia satu cabaran yang besar. Bagi menutup rasa ikan, Ain sekalikan secebis kecil isi ikan dengan sesuap nasi. 2,3 kali kunyah, terus ditelan nasi didalam mulut. Jadi, tak adalah rasa sangat ikan tu.
Okay, Ain rasa cara dia berhasil. Diulang langkah yang sama beberapa kali. Akhirnya, dari seketul isi ikan tu, hanya suku yang berjaya Ain habiskan. Memandangkan nasi di dalam pinggan dia dah licin, Ain tak rasa dia boleh habiskan isi ikan tu semua. Jadi, isi ikan yang masih berbaki tu terus Ain transfer ke dalam pinggan Fuadi.
“Eh, kenapa tak habiskan? Abang punya portion dah habis.” Fuadi dah buat muka tak rela. Ain perasan yang muka Fuadi pun macam paksa rela je makan ikan tu tadi.
“Ain punya nasi dah habis.” Pinggan yang sudah licin ditunjukkan pada Fuadi.
“So, tambah la nasi. Nah, ambik nasi abang ni.” Belum sempat Fuadi nak masukkan nasi dia, tangan Ain terlebih dahulu menahan.
“Eh, orang berpantang mana boleh makan nasi bertambah.” Kalau sebelum ni Ain selalu rasa leceh bila tak dapat makan nasi bertambah, sekarang ni Ain berterima kasih sangat-sangat dengan sape yang mencipta pantang larang ni.
Fuadi dah buat muka tak percaya. Suami dia ni nama je doktor. Tapi pantang larang orang tua-tua untuk perempuan berpantang ni semua mana lah dia ambil tahu. Kalau benda-benda yang ada scientific explaination, memang dia terror lah.
“Haah. Kamu nak suruh Ain bentan ke nanti? Nasib la kamu dapat isteri yang allergic ikan ni.” Nasib baik ummi pun sokong Ain.
“You owe me this.” Memang nampak sangat yang Fuadi tak puas hati. Tapi, nasib lah. Siapa yang suruh dia offer nak tolong Ain tadi.
“Hmmm..Ain. Sup tu kena minum jugak. Bukan ambik isi je.” Sofea yang dari tadi hanya menjadi pemerhati tiba-tiba bersuara. Fokus sangat Ain pada cabaran ikan haruan dia sampaikan dia boleh terlupa dengan kehadiran Sofea.
Ain pandang Sofea yang sedang melemparkan senyuman pada dia. Tak tahu la Ain samada Sofea memang memaksudkan ayat dia tadi atau itu hanya sekadar rancangan Sofea untuk mengenakan dia. Mungkin sebab iri hati dengan kemesraan yang langsung Ain tak rancang antara dia dan Fuadi tadi. Ya Allah. Bila difikirkan balik, Ain rasa malu pulak dengan tingkah dia tadi. Macam terlebih mengada-ngada pun ada. Tapi, walau apapun penyebabnya, Ain memang tak selesa dengan apa yang Sofea baru cakapkan.
“Yup, Sofea is right. Rasa sikit sup dia tu Ain.” Dengar je suara ayah yang menyokong Sofea tu, Ain dah mula rasa loya balik. Kalau makan isi ikan tadi, Ain still boleh terima. Sebab bila makan sekali dengan nasi, memang terus hilang la rasa ikan tu. Tambah-tambah bila portion ikan tu 1/10 je dari nasi.
Tapi, nak hirup sup dia? Arrrrrghhhh… geramnya Ain. Fuadi di sebelah sudah tersenyum sinis. Faham sangat Ain dengan muka Fuadi sekarang ni. Apa? Nak cakap ‘padan muka’? Ain faham sangatlah. Seronok la tu bila rasa sakit hati dia tadi berbalas!
Sup yang masih banyak berbaki di dalam mangkuk Ain pandang sekilas. Nak tengok lama-lama pun Ain tak tahan, inikan pula nak hirup sup ni. Arrrrghhhhhh!!!!!!!!

JODOH UNTUKKU - BAB 43
Bab 43
“Hah, Adi. Dah balik rupanya kamu. Mana Sofea?” Belum sempat kain telekung di kepala ditanggalkan, soalan ummi sudah terlebih dahulu menerjah ke gegendang telinga Fuadi. Dia yang masih terkesan dengan ‘perbincangan hangat’ tadi sedikit terkedu dengan terjahan ummi.
Entah dah sampai ke dunia mana fikiran dia melayang tadi. Sampaikan ummi dan ayah dah masuk ke rumah pun dia boleh tak perasan. Macam mana dia tak kusut. Rumah tangga yang diharapkan masih dapat diselamatkan nampaknya dah bagai retak menanti belah. Silap tanggapan dia pada Ain selama ni. Ingatkan isteri dia seorang yang memahami. Tapi nampaknya Ain lebih senang menjatuhkan hukuman tanpa mahu mencari penjelasan.
Salah diakah yang tak berterus terang? Tak! Bukan dia tak nak berterus terang. Tapi, masa belum sesuai. Hmm..Ain, Ain..Hati lelaki dia tak mampu nak menangkis rasa kecil hati dengan sikap Ain tadi. Sudah jelas yang Ain langsung tak menaruh sebarang kepercayaan pada dia. Sekarang dia mula tertanya. Di mana letaknya kedudukan dia dalam hati Ain. Masih adakah rasa hormat dan sayang Ain pada dia sebagai seorang suami?
Hati dia? Hanya Tuhan yang tahu sejak bila hati kecil dia ni sudah terisi dengan nama Ain. Tapi, kalau hanya dia seorang yang berperasaan begini, apa guna. Nak lepaskan Ain? Hmmm..langsung tak terlintas di hati dia pasal cerai-berai semua ni. Kalau boleh, perkataan tu langsung tak mahu dikaitkan dengan jalan hidup dia.
Dari gaya Ain, dia tahu yang Ain memang serius dengan perbincangan mereka tadi. Dia bukannya bodoh tentang undang-undang. Memang jelas la Ain lebih berhak untuk dapatkan hak penjagaan Aqil kalau mereka bercerai.Ingatkan boleh la dia gunakan Aqil untuk gertak Ain tadi. Tapi akhirnya dia sendiri yang terjerat.
Seminggu! Tak lama masa yang dia ada. Hmmm…tapi, macam-macam boleh jadi dalam tempoh seminggu ni. Mana tahu kalau-kalau dalam seminggu ni akan ada sesuatu yang dapat merubah fikiran Ain. Atau, yang paling dia takutkan, sesuatu yang boleh merubah pendirian dia untuk perkahwinan ini. Kalau sampai benda tu terjadi, dia terpaksa redha yang jodoh dia dan Ain hanya cukup setakat itu sahaja. Sesaknya rasa dada bila bayangkan benda ni semua. Ya Allah, berilah sinar untuk rumah tangga kami!
“Ya Allah kamu ni. Sempat lagi mengelamun. Dengar tak ummi tanya tadi?” Hairan sungguh ummi dengan tingkah Fuadi ni. Nampak macam tengah dalam dunia dia sendiri. Dengan ummi kat depan mata ni pun dia sempat lagi mengelamun. Entah perkara apalah yang tengah mengganggu fikiran anak dia ni.
“Owh, sorry ummi. Sofea ada dekat atas tu. Lambat pulak balik malam ni? Ada ceramah ke kat masjid ?” Sedaya upaya Fuadi cuba berlagak biasa. Tak mahu ummi bertambah curiga.
“Macam biasalah. Malam selasa kan memang selalu ada ceramah dekat masjid tu. Yang kamu ni kenapa pulak? Lain benar ummi tengok. Bini dua-dua dah ada kat sini. Takkan tak happy lagi?” Sempat lagi ummi menyindir Fuadi.
Dia bukan tak suka dengan Sofea. Bagi dia, sama macam Ain, Sofea pun tak ada cacat celanya. Cuma, dia kesiankan Ain. Baru beberapa bulan kahwin, dah terpaksa bermadu. Segan dia nak berhadapan dengan keluarga Ain bila kenangkan perangai anak dia sorang ni.
Senyum kelat je lah yang mampu Fuadi tayang bila kena sindir dengan ummi.
“Hmmm..ayah mana ummi?” Baik dia cepat-cepat tukar topik kalau tak nak kena sindir dengan ummi lagi.
“Tu lah. Jauh sangat mengelamun. Ayah dah tunggu kat dapur. Kamu pergi panggil Sofea turun makan. Biar ummi pergi tengok Ain.”
“Eh ummi. Biar Adi je yang panggilkan Ain. Sofea kejap lagi dia turun. Ummi pergilah tunggu kat dapur dulu.” Langkah ummi yang baru mahu bergerak ke bilik tetamu cepat-cepat dihalang. Bukan apa. Dia tak tahu keadaan Ain sekarang. Mana la tahu kalau-kalau Ain tengah menangis. Masalah dia dan Ain, biar hanya mereka yang tahu. Tak sanggup dah dia nak susahkan hati ummi dengan masalah mereka.
“Kalau dah macam tu kata kamu, ummi masuk dapur dulu lah.” Nasib baik ummi tak banyak soal.
Tombol pintu bilik tetamu yang tidak berkunci dipulas sebelum pintu bilik ditolak perlahan. Dengar sahaja pintu bilik dibuka dari luar, Ain cepat-cepat menyeka air mata dia. Kepala dipusingkan sedikit ke belakang untuk melihat gerangan yang sedang masuk ke bilik sekarang.
Melihatkan sahaja Fuadi yang sedang melangkah ke arah dia, cepat-cepat Ain bangun dari pembaringan sebelum badan disandarkan ke kepala katil.
“Ada apa?” Mulut dan mata tak seiring kali ini. Mulut tengah bertanya gerangan di depan muka tapi mata lebih selesa memandang anak kecil yang tengah lena.
“Are you crying?” Pandangan mata Fuadi masih cekap menangkap sisa-sisa air mata di tubir mata Ain. Kalau dah benci, untuk apa air mata tu Ain?
“Kalau tak ada apa-apa, boleh tolong keluar tak?” Sudah hilang mood Ain nak berdebat dengan Fuadi sekarang ni.
“Amboi, boleh pulak nak halau abang dari bilik sendiri.” Tak ada nada sinis dari suara Fuadi. Lebih kepada nak bergurau. Permintaan Ain langsung tak dihiraukan. Selamba je Fuadi menyambung langkah ke arah katil.
“Bilik abang kat atas. Ni bilik Ain.” Keras suara Ain mengingatkan Fuadi hakikat hubungan mereka sekarang.
“Isteri abang ada kat bilik ni. So, this is my room.” Dengar je perkataan ‘isteri’, terus Ain palingkan muka ke arah Fuadi. Entah kenapa sakit sangat hati Ain bila dengar perkataan tu. Tajam pandangan dia pada Fuadi yang sudah melabuhkan duduk di birai katil.
“Lupa ke yang your wife sekarang dekat tingkat atas.” Sinis suara Ain.
“Habis perempuan lawa kat depan abang ni sape? Bukan isteri abang ke?” Lembut pandangan mata Fuadi pada Ain. Kening dinaikkan seolah mencabar Ain.
Mata saling berbalas pandang buat seketika. Renungan mata Fuadi yang seolah penuh tersirat dengan rasa kasih sayang melekakan Ain. Inilah renungan yang dia selalu angaukan masa awal-awal perkahwinan mereka dulu. Sekarang baru dia sedar betapa selama ini dia begitu rindukan saat-saat sebegini dengan Fuadi.
Rengekan kecil Aqil mengembalikan Ain ke alam nyata. Ain! Please….Jangan jadi lemah. Jangan senang-senang masuk perangkap dia.
“Tak payah nak kisahkan Ain. I’m going to be your ex-wife soon.”
“Abang tak suka perkataan-perkataan tu jadi mainan dekat bibir Ain. Cukup sekali Ain cakap abang dah faham. Benda tu bukannya zikir yang Ain perlu ulang-ulang sebut. Selagi lafaz talak tak keluar dari mulut abang, selagi tu Ain masih isteri abang. Seminggu je lagi kan. Apa yang jadi lepas tu, tak payah nak pikir sangat. Panjang jodoh kita, Alhamdulillah. Tapi, kalau dah tertulis sampai situ je jodoh kita,,,,” Fuadi tidak menghabiskan ayat dia. Tak sanggup dia nak bayangkan kalau itu pengakhiran kisah dia dan Ain. Hanya bahu yang diangkat tanda tak ada apa lagi yang dapat mereka buat kalau itu kemungkinannya melainkan hanya terima dengan redha.
Tegas suara Fuadi menyentakkan Ain. Terasa bagai ada air dingin mengalir dalam tubuh dia membawa pergi semua kegalauan dalam hati. Ya Allah. Betapa lekanya dia terhasut dengan fitnah syaitan yang cuba memisahkan seorang suami dan isterinya. Benarlah apa yang pernah diberitahu oleh ustazah dia dulu. Seorang ulama’ ahlul sunnah pernah menyebutkan bahawa tidaklah ada perkahwinan melainkan seorang wanita itu pasti pernah meminta cerai daripada suaminya lantaran didesak oleh Syaitan.
“Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Sebab yang kukuh? Tiba-tiba Ain jadi ragu-ragu dengan diri dia sendiri. Haram seorang isteri meminta cerai daripada suaminya kerana tidak mahu berpoligami. Jadi apa lagi alasan kukuh yang dia ada?
“Pernah abang pukul Ain? Rasanya tak. Abang tak bagi nafkah kat Ain? I don’t think so. Abang tinggalkan Ain? That’s because I’m furthering my studies. Or sebab abang kahwin lain? Is it a good reason? Mazhab mana Ain pakai isteri boleh mintak cerai bila suami kahwin lain? In fact, I’ve told you before hand.”
Hujah yang diberikan Fuadi ketika mereka bertengkar tadi kembali terngiang di kepala dia. Betapa selama ini dia sudah menjadi isteri yang mengingkari kebaikan suami. Lemahnya iman bila berjaya juga syaitan timbulkan rasa tak puas hati dan cemburu dalam hati dia. Banyak kali Fuadi minta dia bersabar. Kalau selama ni dia mampu bersabar, takkan la untuk seminggu je lagi dia dah tak mampu nak bersabar. Biarlah masa yang ada ni digunakan sebaiknya. Betul kata Fuadi. Lepas seminggu, serahkan semuanya pada ketentuan Allah.
“Betapa Allah telah meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada kaum suami dengan memberikan hak eklusif melafazkan talak 100% kepada mereka. Suami yang baik hanya akan menjatuhkan talak atas sebab-sebab yang layak je. Mana perginya kepercayaan yang Allah berikan kalau suami senang-senang terikut dengan dengan kehendak isteri yang mahu meminta cerai. Apa gunanya 9 akal rasional yang mereka ada kalau masih kalah dengan isteri yang sebaliknya hanya mempunyai 1 akal rasional dan 9 emosi?” Ceramah yang Ain dengar semasa kursus perkahwinan dulu kembali menerjah ingatan dia.
Ya. Untuk kali ini biarlah dia letakkan sedikit kepercayaan pada suami dia. Ain yakin. Sampai masa nanti, Fuadi sendiri yang akan memutuskan pengakhiran untuk hubungan mereka. Fuadi bukannya kejam sangat nak membiarkan dia terseksa dalam perkahwinan mereka ni.
“Berangan pulak dia. Jom keluar makan. Ummi dah tunggu tu.”Jauh sangat Ain mengelamun sampaikan Aqil yang tadinya merengek kecil sudah pun kembali lena dalam kendongan papa dia.
“Ain tak lapar lagi. Abang keluar la makan dulu dengan diorang semua. Tinggalkan je Aqil kat sini.”
“Takkan tak lapar. Last makan pun tengah hari tadi kan. Jom la keluar. Nanti apa pulak kata ummi.” Lembut suara Fuadi memujuk. Dia tahu, pastilah Ain tak selesa nak berhadapan dengan Sofea.
Bila Fuadi dah gunakan nama ummi, hendak tak hendak terpaksalah juga Ain keluar. Ain tak mahu menyusahkan hati ummi semata-mata nak fikirkan pasal dia. Biarlah ummi fikir yang dia cukup kuat untuk berhadapan dengan Sofea walaupun hakikatnya bukan begitu.

JODOH UNTUKKU - BAB 42
Bab 42
Ain hanya memandang kosong televisyen yang terpasang didepan mata. Jiwa dia tak tenang. Fikiran jauh melayang mengingatkan Fuadi dengan Sofea. Selesai je solat magrib tadi, Fuadi terus bergegas ke airport untuk menjemput Sofea. Ayah dan ummi pula masih belum pulang dari masjid. Yang tinggal di rumah sekarang hanyalah Ain dan bibik.
Bunyi kereta yang menjalar masuk ke perkarangan rumah membuatkan detak jantung Ain makin tak keruan. Tak sukar Ain nak mengecam bunyi enjin kereta Fuadi. Pintu rumah yang masih tertutup rapat dipandang lama. Bila-bila masa sahaja ‘saingan’dia tu akan melangkah masuk ke rumah ummi.
Ain masih berkira-kira. Perlu ke dia bangun menyambut di muka pintu? Atau hanya sekadar bereaksi selamba seperti tak ada apa yang berlaku. Akhirnya Ain berkeputusan untuk hanya menunggu di tempat dia sekarang.
Bunyi pintu utama dibuka menandakan yang ‘mereka’ di luar sudah bersedia untuk melangkah masuk ke rumah. 3, 2, 1,…
“Assalamualaikum..” Akhirnya.. Suara Sofea yang lembut memberi salam mula kedengaran di telinga Ain.
“Waalaikummussalam..”Hendak tak hendak, salam yang Sofea bagi terpaksa juga Ain jawab. Kalau bukan sebab hukum menjawab salam itu wajib, memang Ain dah biarkan salam Sofea tu tak berjawab.
Ain perasan dengan langkah Sofea yang mula diatur ke arah dia. Fuadi di belakang Sofea pula terus mendaki anak tangga ke tingkat atas dengan membawa beg baju Sofea. Laju je langkah dia naik ke bilik. . Tak menyempat! Bukannya nak tegur Ain dulu.
Pandangan redup Sofea hanya terarah pada Ain. Mengenangkan ini kali pertama dia dan Sofea bertentang mata sebegini selepas kejadian yang menimpa Danish, detak jantung Ain mula berubah tingkah.
Masih bersisakah rasa marah Sofea pada dia? Atau sudah bertukar menjadi api dendam? Ain tiba-tiba rasa takut. Manalah tahu kepulangan Sofea kali ini sebenarnya semata-mata untuk membalas dendam pada dia. Ya Allah! Kenapalah dia tak pernah terfikir pasal benda ni sebelum ni.
“Ain apa khabar?” Teguran Sofea memecahkan kesunyian antara mereka. Terus berterbangan anasir-anasir negatif yang cuba mempengaruhi Ain tadi bila melihatkan raut wajah Sofea yang jernih. Dengan kepala bertudung litup, senyuman manis di bibir, muka penuh kelembutan, memang full package perempuan melayu terakhir! Tak hairan la Fuadi boleh jatuh hati.
“For the time being, In Shaa Allah masih sihat.” Ain bangun menyambut huluran tangan Sofea untuk bersalaman. Tak tahulah Ain samada Sofea perasan atau tak dengan jawapan dia yang sedikit menyindir tu.
Selesai bersalaman, Ain ingat dah habis la ‘lakonan’ Sofea. Tapi tak sangka pula ada lagi yang belum selesai. Tubuh Ain tiba-tiba dipeluk erat.
“Thanks Ain. Terima kasih sangat-sangat.” Suara Sofea sebak. Ain tahu Sofea tengah menangis bila melihatkan bahu Sofea yang sedikit terhinjut-hinjut.
Ain terkedu! Tak mungkin Sofea tengah berlakon sebab it’s too perfect. Tapi, thanks for what?
“Sofea, abang dah letak beg baju Sofea dalam bilik abang kat atas. For this one week, that room is yours.” Teguran Fuadi menyelamatkan keadaan. Tak sanggup dah Ain nak mengadap lakonan Sofea ni. Nampak real sangat. Takut nanti dia pun turut terpedaya. Cukuplah Fuadi sorang yang terpedaya.
“Habis kalau Sofea guna bilik abang, Ain tidur kat mana?” Hmmm..betul-betul concern pasal Ain atau saje je nak tunjuk baik ni? Tangan Sofea sedikit kalut mencapai tisu di dalam handbag. Sisa-sisa air mata dilap perlahan. Mungkin segan nak biarkan Fuadi lihat dia menangis. Hmm…takkanlah tak biasa menangis depan Fuadi kot. Owh lupa, Fuadi kan sayang dia. Takkan la dia nak biarkan Sofea menangis. Bukannya macam Ain ni. Air mata dia langsung tak ada harga pada Fuadi!
“Dia guna bilik tetamu kat bawah ni. Tak larat lagi nak turun naik tangga.” Sempat lagi tangan Fuadi mencapai hirisan epal di atas meja.
“Tak apa ke? Ain tak kisah?” Pandangan Sofea tepat pada Ain. Menunggu jawapan dari mulut Ain sendiri. Okay, Ain dah mula tergugat. Memang nampak Sofea ikhlas sangat. Mungkin betul yang Sofea cuba nak jaga hati dia.
“It’s okay. I don’t mind.” Ain kembali duduk di tempat dia tadi. Tak payah la nak peningkan kepala fikir pasal Sofea. Bukannya boleh merubah apa pun.
“Sofea naik la atas dulu. Berehat. Kejap lagi kita makan sekali dengan ummi dan ayah.” Lembut suara Fuadi pada Sofea. Kalau dengan Ain, boleh dibilang dengan jari berapa kali je dia dengar suara Fuadi yang lembut macam tu.
Memang tadi ummi dan ayah sengaja tunggu Sofea untuk makan sekali. Kalau ikut kebiasaan, makan malam di rumah ummi ni sebelum pukul 7. Maklumlah ketua rumah ni kan doktor. Ayah memang strict sikit bab-bab pemakanan ni.
“Can we have a talk for a while?” Serius suara Ain. Hilang je kelibat Sofea dari ruang tu, Ain terus memulakan misi dia.
“Ada apa ni? Kenapa serius je muka tu.” Pelik Fuadi dengan perubahan Ain yang secara tiba-tiba. Sepanjang hari ni, okay je mood Ain. Sofa berhadapan dengan Ain menjadi pilihan untuk dia melabuhkan duduk.
“Actually, I’ve my own reason bila Ain setuju balik rumah ummi ni.” Ain sudah memulakan mukaddimah dia. Mata dia tajam beradu pandang dengan Fuadi.
Fuadi yang tadinya hanya duduk santai sudah mula menegakkan badan. Riak muka pun sudah berubah serius.
“And the reason is..” Tak sabar sangat nampaknya Fuadi nak tunggu Ain habiskan ayat dia. Tak sempat lagi Ain nak cakap, dia dah tolong bagi ‘ayat pendahuluan’. Tunggu Ain sambung ayat yang dia bagi je.
“After 1 week Ain akan balik rumah mama, and after that, please…lepaskan Ain.” Ya. Inilah tujuan asal Ain. Biarlah dia bertahan untuk seminggu lagi. Bukan semata-mata kerana Sofea, tapi sebab Ain nak bagi peluang untuk Fuadi habiskan sebanyak masa dengan Aqil selagi boleh.
Harapnya, paling tidak, kuranglah sedikit rasa bersalah Ain pada Aqil nanti sebab cuba pisahkan Fuadi dari dia. Tapi, rasanya sama je. Kalau bukan sebab Ain pun, Fuadi still akan balik ke UK jugak nanti. Tak apelah. At least Ain dah cuba apa yang termampu.
“Hmmm..Ain..Ain..” Kepala digelengkan perlahan beberapa kali.
“I’ve knew it. There must be something bila Ain senang-senang je setuju nak balik sini. Tak habis lagi rupanya dengan benda ni.” Sakitnya hati Ain bila lihat senyuman kecil yang terukir di bibir Fuadi.
“What’s so funny? Ain serius sekarang ni.”
“I don’t have any reason to let you go. So, why should I?” Tegas sekali suara Fuadi.
“Tapi Ain ada banyak sebab untuk mintak abang lepaskan Ain.”
“Okay. What is it? Pernah abang pukul Ain? Rasanya tak. Abang tak bagi nafkah kat Ain? I don’t think so. Abang tinggalkan Ain? That’s because I’m furthering my studies. Or sebab abang kahwin lain? Is it a good reason? Mazhab mana Ain pakai isteri boleh mintak cerai bila suami kahwin lain? In fact, I’ve told you before hand.” Keras suara Fuadi menunjukkan yang dia juga sudah mula serius dengan isu yang Ain cuba bangkitkan.
“Yup, you’re right. Kalau setakat suami kahwin dua, memang tak cukup kuat nak jadikan alasan untuk mintak cerai. Tapi, kalau isteri mengadu yang suami dia tak mampu berlaku adil, abang rasa cukup kukuh tak alasan tu?” Suara Ain memang maintain senada je. Tapi, sinisnya memang betul-betul menusuk hati la. Kalau tak, masakan muka suami dia sekarang ni bertambah tegang.
Tajam pandangan mata Fuadi pada Ain. Kalau dulu, jangan haraplah Ain boleh beradu pandang dengan Fuadi macam ni. Memang awal-awal lagi dia dah kalah. Tapi sekarang ni, tak kisahlah Fuadi nak bagi ‘pandangan membunuh’ sekalipun, hati dia sudah kebal. Langsung tak rasa apa-apa.
“Nak seksa isteri tak semestinya dengan kekerasan. Abang tak sedar ke perbuatan abang yang selama ni menyakitkan hati Ain. I’m your wife! Tapi mana hak Ain. Abang selalu lebihkan Sofea. Even masa Ain tengah mengandung sekalipun. Pernah ke abang pedulikan Ain masa tu. So, kalau Sofea tu dah penting sangat pada abang, apa susah. Lepaskan je la Ain ni.” Tak sempat Fuadi nak bersuara, Ain terus menyambung kata dia.
Alang-alang dah ada peluang ni, baik dia lepaskan terus semua yang terbuku di hati. Langsung tak nak bagi peluang untuk Fuadi bercakap. Suara Ain pun sudah mula naik senoktah. Tapi masih cuba dikawal. Biarlah hanya sampai ke telinga dia dan Fuadi.
Lama Fuadi terdiam. Sakit hati? Of course! Hati dia bukannya buta sampai tak dapat nak lihat semua kesakitan yang dia dah bagi dekat Ain selama ni. Lepaskan Ain? Ya Allah. Dia tak sanggup. ‘Ain, tolonglah bertahan. Sekejap je lagi.’
Kalau boleh, rasa beban yang dia tanggung selama ni, memang nak sangat dia kongsikan dengan Ain. Tapi, dia tak pasti dengan penerimaan Ain. Tambah-tambah lagi dengan keadaan emosi Ain sekarang ni.
“Ain, for all the bad things that I’ve done before this, I’m really sorry. I know it’s not that easy. Tapi, apa yang lepas tu biarlah lepas. Can’t we just move on? In fact, kita dah ada Aqil!”
“Senang kan abang cakap. Nak move on? Habis Sofea yang kat atas tu apa cerita? Please la. I’ve made things easier for you. Tak payah nak pilih-pilih dah. Ain pun tak ada niat nak pisahkan abang dengan Aqil. You can still meet him.”
“Ain cakap la apa pun. Abang takkan lepaskan Ain! Kenapa beria minta cerai ni? Nak sangat ke pegang status janda?” Sudah hilang sabar nampaknya Fuadi dengan kedegilan Ain.
“Apa la sangat dengan title tu. Kalau tu je cara yang boleh buat hati Ain ni tenang, why not?” Tenang je suara Ain. Biar Fuadi fikir yang dia sudah bersedia untuk semua ni. Hati yang tengah menangis di dalam, biarlah dia sorang yang tahu. Title ‘janda’? Isteri mana yang nak? Tapi Ain tak kisah semua tu. Sebabnya? Dia dah pernah merasa jadi ‘janda’ sebelum waktunya!
Fuadi nampak tergamam. Mungkin jawapan yang Ain berikan langsung tak ada dalam skema jawapan yang dia dah sediakan. Lama dia membisu sebelum keluhan yang agak berat dilepaskan dari mulut dia. Badan yang tadinya sedikit tegang mula disandarkan kembali pada sofa.
“Okay, fine. Tapi, abang pun ada permintaan jugak.” Senyuman yang tiba-tiba terlakar di bibir Fuadi membuatkan hati Ain tak tenang. Entah rancangan licik apa lagi yang Fuadi cuba aturkan.
“Aqil is mine!” Keras suara Fuadi
Bravo! Kan Ain dah agak. Fuadi sudah pandai nak main helah licik dengan dia sekarang. Tapi, silap besar lah kalau dia ingat Ain akan senang-senang jatuh dalam perancangan dia.
Bunyi enjin kereta yang baru masuk ke perkarangan rumah menghentikan tingkah mereka. Pastilah ummi dan ayah sudah balik dari surau. Berhati-hati Ain bangun dari sofa sebelum mengatur langkah ke arah Fuadi.
“Hmmm…you give me no choice. Kita jumpa di mahkamah.” Perlahan bisikan Ain ditelinga Fuadi sebelum bangun masuk ke bilik. Tak berniat untuk memanjangkan ‘perbincangan’ mereka sehingga boleh sampai ke pengetahuan ummi dan ayah. Lagipun, kepala Ain tiba-tiba terasa sakit. Baiklah dia masuk berehat di bilik sebelum keadaan dia jadi lebih teruk.
Badan Ain rebahkan disebelah Aqil yang sedang lena tidur. Air mata yang dari tadi ditahan mula mengalir perlahan di pipi dia.

Monday, 21 December 2015
JODOH UNTUKKU - BAB 41
BAB 41
“Adi, Ain. Kenapa ni?” Suara ummi yang lembut menegur terus
menyejukkan ‘aura panas’ dalam hati Ain.
“Tak ada apa lah ummi.” Nasib baik ummi ada. Terbantut niat
Ain nak memanjangkan pergaduhan dia dengan Fuadi.
“Kalau tak ada apa-apa, jomlah duduk makan. Ayah tengah hari
ni tak balik. Ramai patient dekat klinik dia.” Owh. Patutlah Ain tak nampak
ayah tadi. Kesian ummi asyik kena duduk sorang je.
‘Klinik bini nombor satu, ummi ni second wife dia je.’ Macam
tu lah seloroh ummi kalau Ain tanya mana ayah. Dalam 5 orang anak ummi, Fuadi
sorang je yang berminat nak ikut jejak langkah ayah. Anak lelaki seorang pulak
tu. Memang anak kesayangan ayah la ni. Minat ayah, suka tolong orang. Sebab tu
ayah buat keputusan nak buka klinik sendiri.
“Ain, duduk lah sekali. Lauk untuk Ain pun dah siap masak
ni.” Baru Ain perasan dia sorang je yang masih berdiri.
“Ummi makan dulu. Ain nak tengok Aqil kejap.” Risau hati Ain
bila fikirkan Aqil sorang-sorang kat atas.
Fuadi tak tahu betapa pentingnya Aqil pada dia. Tu lah
satu-satunya kekuatan dia sekarang. Kehilangan Auni pun masih terasa. Tak
sanggup dia nak lalui saat-saat macam tu sekali lagi.
Baru je kaki Ain nak mencapai anak tangga yang pertama, Fuadi
secara tiba-tiba sudah memotong langkah dia. Laju langkah Fuadi mendaki anak
tangga sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik.
‘Kenapa pulak dengan Fuadi ni.’ Tak jadi Ain nak meneruskan
langkah dia. Dari bawah, jelas Ain dapat lihat pintu bilik Fuadi yang
betul-betul berhadapan dengan tangga. Pandangan Ain lemparkan pada pintu bilik
yang sengaja tidak ditutup rapat. Rasanya Ain dapat agak apa yang Fuadi tengah
buat kat dalam tu.
Pintu bilik yang dibuka perlahan dari dalam menguatkan
keyakinan Ain. Kelibat Fuadi yang sedang mengendong Aqil membuahkan sedikit
senyuman di bibir Ain. Kalau tadi laju je langkah Fuadi mendaki tangga,
sekarang ni pula langkah dia bukan main berhati-hati melangkah turun anak
tangga satu persatu.
“Tak payah mengada nak naik tangga.” Laju je ‘pesanan’ tu
keluar dari mulut Fuadi ketika dia berselisih dengan Ain di anak tangga paling
bawah.
Ain terus mengikut langkah Fuadi masuk ke bilik tetamu. Badan
Ain sandarkan pada pintu bilik. Leka dia menjadi pemerhati tingkah Fuadi
sekarang ni. Aqil yang sedang lena tidur diletakkan perlahan di tengah-tengah
katil. Dua biji bantal golek kecil diletakkan di belah kanan dan kiri Aqil.
Sengaja mahu menambah keselesaan untuk Aqil. Akhir sekali, ciuman lembut Fuadi
singgah di pipi comel anak dia.
“There’s our beloved son. Still sleeping. So, can we have our
lunch now?” Separuh menyindir ayat Fuadi bila dia memusingkan badan ke arah
Ain.
“Sure!” Senyuman puas hati sengaja Ain hadiahkan buat Fuadi.
Tangan digayakan ke depan. Mempersilakan Fuadi berlalu keluar dari bilik.
Nak tergelak Ain tengok mata Fuadi yang menghadiahkan
jelingan maut pada dia. Entah lah. Tak tahu macam mana nak cakap. Apa yang Ain
tahu, dia senang hati dengan tingkah
Fuadi tadi. Dia dapat rasa yang Fuadi masih ambil berat pada dia. Tapi apa yang
dia tak pasti, tingkah Fuadi tadi kerana sayang ataupun sekadar rasa
tanggungjawab.
“Bibik tak hidang lagi ke lauk kita ummi?” Belum pun sempat
duduk di kerusi, soalan pasal makanan sudah terpacul keluar dari mulut Fuadi.
‘Lapar sangat ke suami
aku ni?’ Sebab tu la kot laju je tadi langkah dia naik ke bilik untuk mengambil
Aqil. Kalau nak tunggu Ain naik ke bilik tu, memang berzaman la.
Fuadi pandang sekilas makanan yang cantik terhidang di atas
meja. Ayam masak halia, sup sayur, ikan kering bakar dan akhir sekali sambal
belacan. Hmmm..semua ni lauk Ain rasanya. Kecuali sambal belacan tu je lah.
“Apa pulak tak hidang. Ni atas meja bukan makanan ke?”
“Ni kan lauk Ain.” Muka Fuadi sudah sedikit berubah.
“Habis kalau lauk Ain, kita tak boleh makan sekali ke?”
Selamba jawapan ummi.
“Orang lelaki ni, patutnya masa isteri dalam pantang, kena la
pantang sekali. Baru la adil. Ni tak, buat anak pandai. Tapi masa yang tak
seronok macam ni, isteri kena tanggung sorang. Mana adil.” Ain sudah senyum
meleret. Bravo la ummi! Mesti tengah berasap telinga Fuadi sekarang ni.
“Apa ummi ni nak perli-perli Adi. Tanya je pun.” Muka Fuadi
sudah masam mencuka. Sekali lagi jelingan tajam dia hadiahkan pada Ain.
‘What? Ain tak terlibat la.’ Kening Ain jongketkan beberapa
kali bila pandangan dia dan Fuadi bertembung. Sempat lagi dia mengukir senyuman
paling manis buat Fuadi.
Walaupun muka tengah kelat, tangan Fuadi laju je mencedok
nasi ke dalam pinggan. Pinggan nasi yang pertama diberikan kepada ummi,
seterusnya kepada Ain, dan pinggan yang terakhir barulah untuk dia sendiri.
‘Hmmm..bagus.’ Tak pernah-pernah Fuadi tunjuk baik macam ni. Mungkin sebab baru
kena perli dengan ummi.
Laju je Fuadi menyuap makanan ke mulut. Lapar sangat agaknya.
Kena buli dengan ummi sendiri pulak tu. Ummi sudah tersenyum-senyum memandang Ain.
Faham sangat Ain dengan senyuman ummi tu.
Memang pembela kaum
wanita la ummi ni. Mungkin ni balasan ummi untuk anak lelaki dia yang sorang ni
sebab berani tak berterus terang dia. Seingat Ain, masa dia masuk ke dapur
tadi, ada je lauk lain yang ummi masak. Tak tahulah apa yang dah jadi dengan
lauk tu semua. Mungkin dah jadi rezeki jiran sebelah rumah.
Ain memandang sayu Fuadi yang tengah berselera menjamah
makanan. Sudah hilang muka ketat dia. Okay je dia makan lauk ni semua. Mungkin
tadi muka dia ketat sebab kena perli dengan ummi. Bukannya sebab kena makan
lauk ni semua.
Entah kenapa Ain senang sangat dengan saat sekarang ni.
Mungkin ini kali terakhir dia punya saat sebegini dengan Fuadi. Ya Allah. Dada
Ain tiba-tiba terasa sebak. Hati dia ni penuh dengan rasa sayang untuk Fuadi.
Tapi, dia dah tak kuat nak bertahan. Nak pertahankan hak dia pada suami sendiri
pun Ain rasa tak mampu sebab dia tahu ‘saingan’ dia bukannya calang-calang.
“Ain, kenapa tak makan?”Suara lembut ummi menyedarkan Ain.
Cepat-cepat pandangan di alihkan kembali pada hidangan di depan mata. Tak mahu
Fuadi mengesan perasaan dia sekarang ni. Sup sayur disudukan sedikit ke dalam
pinggan dia sebelum Ain mula menyuapkan nasi ke mulut. Senyap seketika ruang
dapur bila masing-masing leka menjamah hidangan.
“Pukul berapa Sofea
sampai ni?” Pertanyaan ummi yang secara tiba-tiba menghentikan suapan mereka.
“Ummi tahu?” Jelas riak terkejut di muka Fuadi. Tapi, sekejap
je. Lepas tu muka dia kembali beriak biasa.
“Habis, sampai bila kamu ingat nak sorok dari ummi. Kejap
lagi bila sampai je Sofea tu, ummi tahu jugak.”
“Hmm..mesti menantu kesayangan ummi ni yang bagitahu kan. Tak
ada apa yang nak soroknya ummi. Betul la Adi cakap. Ummi kan kenal Sofea tu as
kawan Adi.”
“Kawan je? Bukan bini kamu jugak ke?”Pedas sindiran ummi.
“Hmmm..kalau ikut dia cakap, malam ni sampai la dekat sini.”
Sindiran ummi langsung tak dilayan. Macam tak ada kesan langsung dekat hati
dia.
“Ni ummi nak ingatkan kamu. Jangan pernah nak sakitkan hati
Ain. Pandai sangat nak berbini dua. Kamu ingat senang nak jaga hati perempuan
ni. Ummi tak nak tengok sapa-sapa pun terluka. Ain dengan Sofea. Dua-dua
sekali. Lebih-lebih lagi Ain. Tambah-tambah dengan dia dalam pantang lagi ni.
Kalau tak, siap kamu.” Tegas pesanan ummi.
“Ummi ni. Siapa anak ummi sekarang ni. Adi ke Ain?”
“Ada ummi kisah. Anak ummi pun, kalau salah tetap salah.”
Terharu sangat Ain dengan sikap ummi. Langsung tak ada kompromi dengan anak
sendiri. Hanya seorang perempuan faham apa yang perempuan lain rasa kalau dalam
bab-bab bermadu ni.
“Habis, perasaan diaorang je ummi kisah. Perasaan Adi macam
mana. Mentang-mentang Adi sorang je lelaki kat sini, seronok la ummi nak buli
Adi.”
“Anak ummi ni manja jugak rupanya.” Tegur Ain bila melihatkan
muka Fuadi yang kembali kelat bila kena torture dengan ummi.
“Haih. Lelaki bukan selalunya seronok ke bila dapat berbini
dua ni.” Muka Fuadi yang sudah kelat langsung ummi tak hiraukan.
Ain kembali menyuap makan ke mulut. Selera dia sudah mula
hilang bila teringatkan Sofea yang bila-bila masa sahaja akan muncul di rumah
ummi ni.
“Ain ingat ye. Kalau ada apa-apa tak puas hati dengan anak
ummi ni, terus bagitahu ummi tau. Faham sangat ummi dengan perangai suami kamu
ni. Sofea belum muncul ni, bukan main baik lagi perangai. Sampai je Sofea
nanti, tengoklah. Habis semua pesanan ummi dia lupa.”
“Ain ingat ummi. Lagipun, ummi sorang je yang Ain boleh
harapkan kat rumah ni nanti.” Dalam maksud Ain. Betul la tu. Sampai je Sofea
nanti, dia tak rasa dia boleh harapkan Fuadi lagi.
Genggaman kemas yang tiba-tiba terasa di tangan kiri dia
menyentapkan Ain. Muka terus Ain palingkan ke tepi. Pandangan di lemparkan pada
pemilik tangan yang sedang erat memegang tangan dia di bawah meja.
Fuadi hanya bereaksi biasa. Selamba menyuap makanan ke mulut
macam tak ada apa-apa yang berlaku. Ain cuba melepaskan tangan dia dari
genggaman Fuadi. Tapi, makin kuat Ain cuba, makin erat genggaman Fuadi.
‘Abang! What are you trying to do now?’ Ain keliru. Dari satu
sisi, Fuadi seperti seorang suami yang langsung tak hiraukan perasaan isteri sendiri.
Dari sisi yang lain pula, Ain nampak Fuadi sangat sayangkan dia. Cuma, ada
sesuatu yang masih menghalang Fuadi dari mempamerkan kasih sayang dia
sepenuhnya.
“Ummi, bagitahu menantu kesayangan ummi ni. Kenyang ke kalau
setakat duk telek muka hensem anak ummi ni.” Tanpa memandang Ain, selamba Fuadi
memalukan Ain depan ummi. Muka Ain terasa kebas bila terpandangkan senyuman
meleret di bibir ummi.
Entah apa yang ummi fikir agaknya. Mana ummi tahu yang anak
dia ni tengah mendera emosi Ain. Tangan Ain di bawah meja pun dia masih tak
lepas.
Thursday, 17 December 2015
JODOH UNTUKKU - BAB 40
BAB 40
Sunyi suasana dalam kereta. Yang kedengaran hanyalah alunan
zikir munajat dari kaset yang dimainkan. Itupun sayup je sebab tak mahu
mengganggu lena Aqil. Anak dia ni pantang sikit kalau dengan bunyi bising.
Cepat je dia terjaga.
Pagi tadi, selesai je bersarapan, barulah Ain mengemas barang
keperluan Aqil dan dia untuk dibawa ke rumah ummi. Tak banyak sangat yang perlu
dibawa. Seminggu je pun. Itupun Ain tak pasti cukup ke tak seminggu dia duduk
rumah ummi ni.
Ain mengeluh kecil. Dia tahu Fuadi tengah terasa dengan dia.
Suami mana yang tak rasa tercabar bila isteri sendiri sengaja jatuhkan maruah
dia. Tambah-tambah depan ibubapa sendiri. Tapi, Ain terpaksa. Inilah peluang
dia nak lepaskan diri dari semua ni. ‘Ain, kau kena bertahan sikit je lagi.’
Petang ni Sofea sampai. Fuadi bagitahu dia? Of course la tak.
Ain tahu pun sebab dia curi-curi dengar perbualan Fuadi dan Sofea semalam.
Haish la. Dua tiga hari ni, Ain memang dah tak jadi diri dia yang sebenar.
Biadab dengan suami, curi-curi dengar perbualan suami, bersangka buruk dengan
suami, semuanya Ain dah buat. Ya Allah. Cepat la semua ni berakhir. Dah banyak
dosa Ain yang terkumpul ni.
“Hmmm..abang. Nanti Ain duduk dekat bilik bawah je boleh? Ain
tak larat la nak turun naik tangga. Biar Sofea tidur atas.” Rasanya Fuadi boleh
terima alasan dia. Lagipun, memang dia dalam tempoh berpantang lagi. Sengaja
Ain beralasan. Biarlah kemesraan Fuadi dengan Sofea nanti hanya di tingkat
atas. Dia tak cukup kuat untuk menahan rasa cemburu di hati.
Soalan Ain hanya berlalu sepi. Ain menggigit bibir sedikit. Entah
kenapa sekarang dia harapkan Fuadi sudi berbual dengan dia. Sekurangnya, dia
dapat mencipta sedikit memori yang baik-baik antara dia dengan Fuadi buat kali
terakhir. Semuanya sebab Ain tahu, sampai je dekat rumah nanti, sudah tak akan
ada memori yang manis buat dia.
“Kiranya nanti abang balik UK sekali dengan Sofea terus la
kan? Dah tempah tiket ke?”
“Kenapa? Dah tak sabar sangat nak suruh abang balik UK ke?”
Dengar sahaja suara keras Fuadi, Ain tahu dia sudah tersalah soalan.
Ya Allah Ain. Kenapa la nak bangkitkan hal Sofea sekarang ni.
Come on Ain. Think something.
“Aqil tolong tanyakan dekat papa. Sampai bila papa nak mogok
tak nak cakap dengan mama.” Ain pandang sekilas pada Fuadi. Hmmm..tak berubah
riak muka Fuadi. Masih ada lagi
riak-riak tegang di muka dia.
“Aqil cakap la dekat papa. Jangan sombong sangat. Ni last
mama bagi peluang dekat papa. Kalau papa tak nak cakap jugak, mama takut nanti
papa menyesal.”
1 minit, 2 minit, 3 minit…
“Hmmm..tak pe lah Aqil. Papa dah tak sayang mama. Shhhh…Aqil
sambung tidur ye. Sorry mama ganggu Aqil tidur..” Ain menepuk-nepuk lembut Aqil
yang tiba-tiba menggeliat kecil. Suara rengekan kecil Aqil mula kedengaran.
“Tu la. Anak tengah tidur duk buat bising kenapa.” Walaupun
perlahan suara Fuadi, masih jelas di pendengaran Ain.
Ain rasa tersindir. Nampak sangat yang usaha dia untuk
menjernihkan hubungan mereka tadi hanya dipandang sepi oleh Fuadi.
‘Ain, Ain..apa dia nak heran. Petang ni buah hati dia dah nak
balik.’
Suara tangisan Aqil yang semakin rancak meresahkan Ain. Aqil
ni kalau dah meragam, terus high pitch. Nasib baik kereta sudah mula menjalar
masuk ke perkarangan rumah ummi.
“Bak sini Aqil tu.” Selesai je memarkirkan kereta, Fuadi
terus mengambil Aqil dari dukungan Ain.
Sebelah tangan Fuadi gunakan untuk mengendong Aqil sementara
tangan yang sebelah lagi digunakan untuk mengangkat beg Ain masuk ke rumah.
Menonong je dia masuk ke rumah. Langsung tak dipelawa Ain masuk sekali.
Ain hanya mampu menjerut rasa. Memang la Ain dah biasa dengan
rumah ni. Tapi tak boleh ke dia berbasa-basi dengan Ain sikit.
“Hah, Ain. Sampai pun. Maaflah ummi kat dapur tadi. Tak
perasan Ain dah sampai. Ni pun keluar sebab dengar bunyi orang bukak pintu.”
“Tak pe ummi. Tengah masak ke?” Seperti selalu, kasih sayang
ummi tak pernah berkurang untuk Ain. Pantang berjumpa, tubuh Ain terus dipeluk
erat.
“Haah. Tak de lah masak sangat pun. Tengah ajar bibik macam
mana nak buat lauk untuk Ain. Ye lah, bibik bukan biasa masak untuk orang dalam
pantang.”
“Susahkan ummi je.”
“Tak de yang susah Ain. Ummi seronok sangat bila Fuadi cakap
yang Ain nak balik sini. Tu pun baru ummi tahu. Dia cakap ada kawan dia nak
datang. Tu yang dia bawak Ain balik sini. Takut nanti susah dia nak ulang alik
tengok Ain.”
Ain terkedu! ‘kawan?’
“Abang tak bagitahu ummi ke siapa kawan dia tu? Ain ingatkan
dia dah bagitahu.” Ya Allah. Apa lagi
helah yang Fuadi tengah mainkan sekarang ni.
“Tak de la pulak. Ain tahu ke siapa kawan dia tu?”
“Sofea!” Sepatah je jawapan Ain. Kenapa la dia tak pernah
terfikir nak call ummi sebelum ni.
Macam mana dia boleh terfikir yang ummi turut bersetuju
dengan rancangan ‘licik’ Fuadi ni. Sedangkan dulu masa heboh pasal Fuadi nak
kahwin ni pun ummi dah bising. Apa lagi sekarang ni bila Fuadi nak suruh Ain
duduk sebumbung dengan Sofea. Pasti lah ummi tak setuju.
“Ya Allah. Apa lagi Fuadi ni. Ain, ummi minta maaf ye. Ummi
tak tahu langsung pasal ni.” Jelas riak serba salah di muka ummi.
“Tak pe lah ummi. Bukan salah ummi pun. Ain sendiri yang
setuju nak datang sini. Lagipun untuk seminggu je. Boleh la Aqil luangkan masa
dengan papa dia. Takut nanti kalau Ain duduk rumah mama, Fuadi lupa pula nak
jenguk Aqil. Ye lah Sofea kan dah ada dekat depan mata dia.”
Dalam maksud ayat Ain. Bukan berniat nak sindir ummi, tapi
sengaja nak mengenang nasib sendiri.
“Ain sabar ye. Kalau ada apa-apa Ain bagitahu je ummi. Kalau
Adi sakitkan hati Ain, bagitahu je ummi. Tahu lah ummi uruskan dia.”
“Okay. Ummi geng Ain tau. Jangan sokong abang dengan Sofea.”
Walaupun Ain cuba berlawak, dia faham sangat apa yang Ain
rasa sebab dia pun perempuan. Ummi terus memeluk Ain. Cuba menyalur sedikit
kekuatan buat Ain.
Ain melangkah masuk ke bilik tetamu di tingkat bawah. Beg
baju dia sudah cantik terletak di tepi katil. Tapi, mana Fuadi dengan Aqil?
Suara rengekan Aqil sayup-sayup kedengaran dari tingkat atas.
Anak-anak tangga di depan mata dia dipandang berulang kali. Patut ke dia naik
atas? Rasa seriau pulak dia nak mendaki tangga ni. Teringat lagi kenangan bila
dia ditolak Fuadi di tangga ni dulu.
Akhirnya, Ain buat keputusan untuk hanya menunggu di sofa
bersebelahan tangga. Sambil-sambil tu boleh la dia cuba merangka apa aktiviti
dia sepanjang di rumah ummi ni. Ain tak pasti pulak samada Sofea akan duduk di
rumah ummi sepanjang masa atau dia akan keluar berjalan dengan Fuadi.
Kalau tanya pada Ain, dia lebih suka Sofea menghabiskan masa
di luar dengan Fuadi. Tak adalah nanti dia perlu mengadap muka mereka sepanjang
masa. Bunyi langkah kaki yang sedang menuruni anak tangga menghentikan lamunan
Ain.
“Mana Aqil? Kenapa tak bawa turun?” Pelik Ain bila melihatkan
Fuadi hanya turun berseorangan.
“Tidur kat atas. Nanti-nantilah abang bawak turun. Kalau Ain
nak tengok, pergi lah naik atas.” Selamba jawapan Fuadi. Ain yang masih tak
berpuas hati terus mengikut langkah Fuadi yang sedang menuju ke dapur.
“Abang ni kenapa? Takkan nak suruh Ain panjat tangga tu.”
“Oppss..sorry. Lupa pulak Ain tak boleh naik tangga. Tu yang
nak duduk bawah kan. Nanti-nanti lah abang bawak turun. Lapar ni.” Ya Allah.
Sakitnya hati Ain. Jawapan Fuadi macam orang tak berperasaan.
“Nanti kalau dia menangis macam mana?”
“I know my son very well. Tak de orang nak buat bising dah
kat atas tu. Lena la dia tidur.”
Okay! Ain, sabar. Ni tak sampai sejam lagi kat rumah ummi.
Sofea pun belum sampai lagi. Kau kena kuat. Ni baru sikit!
Subscribe to:
Posts (Atom)