DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Showing posts with label Sakura Ria. Show all posts
Showing posts with label Sakura Ria. Show all posts

Wednesday, 25 February 2015

Setulus Kasih Indah - Bab 10

Indah memeluk Chae Young untuk kali yang terakhir. Kala itu hatinya sudah rasa sebak untuk meninggalkan Seoul.

“Don’t cry! I am not gonna stay there like forever.” 

Indah berbicara perlahan sambil mengesat air mata Chae Young.

Pelukan mereka terungkai apabila Sally datang memberitahu yang mereka harus masuk ke dalam balai berlepas segera.

“Take care of yourself and please give him this letter.”

Indah memberikan sekeping kertas putih yang sudah dilipat elok.

“I will give him this letter.”

Indah tersenyum lebar. “I will wait for you.”

Indah berjalan meninggalkan Chae Young. Dia cuba menahan air mata yang ingin keluar kerana dia tidak mahu Puan Sri Maria melihat kesedihannya. 

“Indah!”

Satu jeritan membuatkan langkah Indah terhenti. “Ji Min! What are you doing here?”

Kehadiran Ji Min yang memakai Hanbok dan cermin mata hitam serta tumit tinggi menyebabkan ramai peminatnya mula berkumpul. Indah menggeleng kepala melihat temannya yang seorang ini. Selalu buat kontroversi macam inilah.

“I heard you have a drama shooting, right?”

Ji Min memeluk Indah. Dia menangis tapi lebih kepada melalak. “Why are you leaving? How could you not tell me about this.”

Indah mengusap belakang Ji Min. Dia berbalas senyum kepada Chae Young yang berada di belakang Ji Min. Geli hati dengan Ji Min yang selalu buat kecoh macam ini dengan sikapnya yang selamba tu.

“I have an important job at headquarter. Don’t cry because I will come back here.”

Ji Min memukul lengan Indah perlahan. “You promise?”

“I am promise.”

Chae Young menarik Ji Min daripada memeluk Indah. Indah memberikan Ji Min skaf yang ada di lehernya untuk menutup muka Ji Min yang sudah sememeh dengan mekap dan  air mata. Mereka perlu melindungi imej Ji Min sebagai selebriti terkenal di Korea.

“Aish! Don’t cry anymore. You really look like a duck when you are crying.” Chae Young mengusik Ji Min. Makin kuatlah tangisan Ji Min apabila dikata begitu. Indah tergelak dengan telatah mereka berdua. “Alright, I am gonna go now. Take care, okay?”

“Okay,” jawab Chae Young dan Ji Min serentak.

Indah melambai buat kali terakhir dan dia segera masuk ke dalam balai berlepas. Dari jauh dia dapat melihat Ji Min dan Chae Young sudah dikerumuni peminat Ji Min dan wartawan.

“Nasib kaulah, Chae Young! Kena lari lagilah nampaknya.” Indah berbicara sendiri. 

Mereka bertiga sudah biasa hidup begitu. Memang susah untuk mereka bertiga mendapatkan privasi kerana percikan glamor yang memang ada dalam kerjaya mereka. Kadangkala mereka akan menyamar untuk mengelakkan diri daripada dikejar oleh wartawan namun ada juga beberapa kali mereka tertangkap. Maklumlah, orang cantik memang begitu! Indah tergelak sendiri apabila dia memuji diri sendiri.

“Aku lihat kau nampak gembira tinggal di Seoul.” Puan Sri Maria mula berbicara apabila Indah mengambil tempat di sebelahnya. Kabin kelas pertama ini tidak ramai penumpang. Hanya ada 5 orang sahaja termasuk mereka berdua.

“Hidup saya hanya saya sahaja yang tahu gembira ataupun sengsara. Puan Sri nampak saya gembira tapi Puan Sri pasti ke yang hati saya juga segembira luaran saya?” Indah bertanya sinis sambil menyandarkan kepalanya ke tempat duduk.

Puan Sri Maria menyilangkan kakinya. “Indah, apa kata kita buat perjanjian?”

Indah yang memejamkan matanya ketawa sinis. “Perjanjian?”

“Kau mesti jauhkan diri kau dari Rykal sepanjang kau berada di Malaysia. Tujuan kau hanya satu iaitu menaikkan kembali jualan syarikat.”

Indah membuka matanya lalu berpaling melihat wajah Puan Sri Maria. “Kenapa? Puan Sri takut saya akan goda Rykal? Puan Sri takut kalau Rykal masih tak boleh lupakan saya?” 

“Kau yakin yang Rykal masih tak lupakan kau?” Pertanyaan Indah dibalas dengan pertanyaan juga. Dia mahu menguji sejauh mana keyakinan Indah kepada Rykal sedangkan
dia tahu yang Rykal memang tidak pernah melupakan Indah. Indah senyap seketika. 

“Jika dilihat, saya rasa Puan Sri tidak perlu takut kerana saya pasti Rykal dah lupakan saya. 

Tapi  siapa tahu jika Rykal akan jatuh cinta kepada saya sekali lagi. Soal hati kita tidak boleh duga, kan?” Puan Sri Maria menjeling Indah. “Kau mesti jauhkan diri kau dari dia.”

“Apa yang saya akan dapat?”

“Hutang kau pada aku akan langsai. Kau juga bebas bekerja dengan siapa sahaja apabila keadaan syarikat sudah stabil.”

Indah tersenyum kecil. “Tawaran yang menarik dan menguntungkan.”

“Jadi kau setuju?”

“Ya, saya setuju tapi dengan syarat ada perjanjian hitam putih antara kita.”

“Kalau begitu, baiklah. Aku akan minta peguam aku siapkan dokumen. Sebaik sahaja sampai di Malaysia, kau akan tandatangan dokumen itu.”

Indah kembali melelapkan mata. Namun dia mendengar arahan yang Puan Sri Maria berikan kepada Sally. Rykal bangun daripada tidurnya apabila jam loceng di sisi katil berbunyi. Dia bangun dan bersandar di kepala katil. Comforter berwarna biru gelap itu ditarik supaya menutupi susuk tubuhnya yang terdedah. Rykal memandang ke sebelah apabila ada tangan yang melingkar di pinggangnya.

“Good morning, Suzy.” Dia menepuk pipi gebu perempuan yang tidur lena di atas katilnya.

Suzy yang berambut pendek itu bangun lalu meletakkan kepala di dada Rykal yang terdedah. Tangannya mengusap-usap dada Rykal. “Good morning, honey.” Rykal menangkap tangan Suzy yang sudah merayap ke tempat lain. “Bukan sekarang, Suzy. I perlu ke ofis sekarang ni.” 

Rykal bangun setelah memakai bathrobe untuk membalut badannya. Suzy yang ditinggalkan merengus geram. 

Amran tergamam apabila Chae Young datang ke rumahnya lalu menyerahkan surat. “Why she didn’t tell me about this?” Chae Young mengangkat bahu seraya meneguk cappucino yang dihidangkan oleh Amran. “I don’t know. I just know about this yesterday.”

Amran melabuhkan punggung di hadapan Chae Young.

“She leaving because of me?”

Chae Young tergelak. “No! She have a special job in headquarter.”

Amran mengurut dada tanda lega. Risau juga dia kalau Indah marahkannya tentang malam itu. Semenjak malam Indah menengkingnya, mereka berdua sudah tidak berjumpa kerana dia sibuk menguruskan urusan pembinaan cawangan restorannya yang pertama di sini.

Amran memandang Chae Young yang jelita di hadapannya. Melihat Chae Young tersenyum menikmati chicken pie yang dia masak menyebabkan hatinya gembira.

“How is it? Delicious?”

Chae Young mengangguk kepala sambil mengangkat ibu jarinya. “It's so yummy!”

Amran tersenyum lebar lalu mengesat tepi bibir Chae Young yang comot dengan sos yang ada di dalam pai. “You are so cute! Like a baby bunny.”

Chae Young tergamam dan matanya membulat.

Wajahnya sudah bertukar merah. “Thank you…” Hampir tidak kedengaran suara Chae Young. 



Indah tersedar daripada lenanya apabila Sally menggerakkan bahunya. Dia mengesat-ngesat matanya yang sedikit kabur dan dia memandang ke luar. Dia lihat Puan Sri Maria sudah pun berdiri di luar kereta. Sebaik sahaja keluar dari balai ketibaan KLIA tadi. Dia mengekori Puan Sri Maria dan Sally dari belakang dan mereka dijemput oleh seorang lelaki tua yang berpakaian kemas dengan MPV Toyota Alphard berwarna  putih.

“Cepat turun! Aku dah panas ni menunggu kau dari tadi!” Puan Sri Maria memberikan arahan dengan suara yang kuat.


Indah menjuihkan bibirnya. Dia membetulkan rambutnya yang sedikit berserabai dan segera kakinya melangkah turun daripada MPV itu.


“Kita ada di mana ni?” Puan Sri Maria tidak mengendahkan pertanyaan Indah sebaliknya ditarik tangan Indah supaya berjalan cepat dengannya. Sally dan pemandu lelaki di belakang ditugaskan untuk mengangkat barang-barang Indah.


Mereka berempat menaiki lif yang mewah. Indah hanya mendiamkan diri di dalam lif memandangkan kepalanya masih mamai selepas bangun tidur tadi. Sampai sahaja di tingkat 5, dia sekali lagi ditarik namun bukan Puan Sri Maria yang menariknya tetapi Sally. Mereka berhenti di sebuah pintu rumah.


Sebaik sahaja pintu berwarna emas itu dibuka, Indah terkedu. “Ini penthouse siapa?”


Puan Sri Maria meletakkan kunci rumah itu ke atas meja bulat kaca yang ada di ruang tamu. 


“Ini penthouse aku. Kau akan tinggal di sini sepanjang bekerja di Malaysia.” Indah mengangkat bahunya. Nasib baik. Jika tidak dia mesti pening untuk mencari tempat tinggal sepanjang di Malaysia ini.

“Thank you, Puan Sri.” Indah mengucapkan perkataan itu dengan hati yang ikhlas kerana memang dia menghargai bantuan yang diterima ini.


Puan Sri Maria tersenyum sinis. “Aku fikir kau sudah lupa dengan perkataan itu sebaik sahaja kau bergelar pereka fesyen terkenal di Asia.”


Indah ketawa sinis. Nampaknya Puan Sri Maria tidak pernah penat untuk mencari pasal dengannya! 


“Saya masih ada rasa hormat dalam diri ini tapi suatu masa nanti kalau kesabaran saya diuji, mungkin rasa hormat ini akan hilang. Jadi Puan Sri patut berhati-hati dengan saya. Saya bukan lagi Indah yang dahulu.”


Puan Sri Maria merengus apabila diberi amaran begitu.


“Ini kunci kereta untuk kau. X-Trail warna hitam yang ada di parking nombor 3.”


Indah menyambut huluran kunci kereta itu. “Terima kasih sekali lagi.”


Sally datang menghampiri mereka berdua. “Puan Sri, saya keluar dahulu, ya. Barang-barang saya sudah letakkan di dalam bilik.”


“Kita balik sekarang!” Puan Sri Maria berjalan mendahului Sally. Indah menutup pintu sebaik sahaja mereka keluar.


Indah naik ke tingkat atas penthouse dan dia mula mengemas barang-barangnya. Selepas ini, dia bercadang mahu keluar untuk membeli barang-barang dapur. Jika tidak, mati kebulurlah dia malam ini.




Rykal menghentakkan tangannya dengan kuat ke atas meja kaca itu. Rasa sakit di tangan tidak dipedulikan dek hatinya sedang panas. Rykal memandang tajam stafnya yang hanya tunduk memandang meja.


“Macam mana perkara ini boleh terjadi?! Kau orang semua makan gaji buta ke apa?!” Rykal menengking pekerjanya. 


“Encik Rykal tidak boleh salahkan kami. Kami dah cuba sedaya upaya untuk tingkatkan jualan tapi keadaan pasaran yang tak menentu.” Farhan iaitu Ketua Strategi Pemasaran  bersuara namun tidak memandang Rykal walaupun sepicing. Rykal mengetap giginya. 

“Alasan! Kenapa jualan  syarikat lain tidak menurun seperti kita? I rasa you tak sesuai bekerja di sini, Farhan. You are such an idiot!” Sekali lagi suara Rykal melengking di dalam bilik mesyuarat itu. 

Farhan terkejut mendengar tengkingan bosnya. Dia hanya mendiamkan diri kerana takut dirinya dipecat. “Saya minta maaf, Encik Rykal. Saya akan pastikan bulan depan sale akan meningkat.”

“Jangan cakap sahaja. Kau mesti buat!” 


Setelah menenangkan diri beberapa saat, Rykal kembali bersuara. “Balqis, I nak you reka design yang baru dan hantar dekat I sebelum hujung minggu ni.” 

Balqis yang sedari tadi diam memandang Rykal dengan mata yang bulat. “Rykal… I mean Encik Rykal... Saya tak cukup masa untuk reka design baru. Hari ni dah hari Rabu.”

Rykal kembali naik angin apabila mendengar alasan Balqis yang dirasakan tidak relevan. 


“Kenapa you jadi fashion designer kalau kerja macam ini pun tak boleh buat? I tak nak dengar apa-apa alasan lagi, Balqis. By hook or by crook, I nak design tu ada atas meja I selewat-lewatnya Jumaat ni. Got it?” Balqis mengetap giginya. “Baik, Encik Rykal.” Rykal menunjukkan jarinya tepat ke arah Farhan.

“Aku nak kau rancang strategi pemasaran yang betul supaya collection kita kali ini berjaya. Faham?” 


Farhan meneguk liur apabila Rykal sudah memberikan arahan dengan wajah yang bengis. “Baiklah, Encik Rykal.”

Setulus Kasih Indah - Bab 9

Indah menghirup Vanilla Latte miliknya perlahan-lahan. Dia melihat sekeliling kafe yang lengang kerana hari sudah lewat malam. Selepas itu, dia kembali memandang wajah di hadapannya.

“Apa tujuan Puan Sri mahu saya balik ke Malaysia?” 

Puan Sri Maria meletakkan cawan yang berisi kopi ke atas meja. “Aku mahu kau bantu Rykal di Malaysia.” 

Indah tergelak kecil. “Kenapa Puan Sri mahu saya bantu Rykal? Bukan ke Puan Sri benci saya berada dekat dengan Rykal?” Indah menyoal dengan wajah yang sinis. 

Puan Sri Maria mengetap gigi. Gaya Indah membuatkan dia geram. Tapi dia cuba bersabar kerana dia memang perlukan bantuan Indah.

“Memang aku tak suka kau dekat dengan anak aku, tapi kau jangan lupa yang kau masih berhutang dengan aku. Aku boleh jatuhkan karier kau bila-bila masa sahaja.” Indah tersenyum sinis. 

“Puan Sri juga jangan lupa yang sayalah orang yang bertanggungjawab membawa jenama Infinity di pasaran Asia. Pengaruh yang saya ada cukup untuk saya membina karier saya sendiri tanpa bantuan Puan Sri.”

Puan Sri Maria memandang Indah dengan tajam. Gadis yang dahulunya naif kini sudah berani bermain api dengannya!

“Tapi aku percaya yang kau ini seorang yang berpegang pada janji, kan?”

Indah menyelak rambut panjangnya ke belakang. Puan Sri Maria mengingatkan dia pada janji mereka berdua. Memang dia ada berjanji pada Puan Sri Maria 5 tahun yang lalu bahawa dia akan membantu wanita itu apabila diperlukan kerana waktu itu dia rasa terhutang budi. Tapi sekarang dia bukan lagi Indah yang naif kerana dia rasa sudah berjuta-juta keuntungan yang dia berikan pada syarikat wanita itu.

“Kenapa Puan Sri tak nak beritahu sebab saya perlu kembali ke Malaysia?” Setelah lama berdiam diri, Indah memberikan soalan.

“Aku mahu kau bantu Rykal di ibu pejabat. Itu sahaja.” 

“Kenapa mesti Puan Sri pilih saya?”

“Kerana aku percaya dengan bakat dan kebolehan kau.” 

Indah mengangkat kening. “Jadi, Puan Sri mahu gunakan saya?”

“Jika kau bijak, kau tak akan biarkan aku gunakan kau sebaliknya ini akan menjadi keuntungan pada kau. Kau boleh rapatkan diri kau dengan anak aku.”

“Saya tak faham dengan Puan Sri.”

Puan Sri Maria tersenyum sinis. “Indah, perkara ini sebenarnya mudah sahaja. Kau hanya perlu ikut aku balik ke Malaysia dan bertugas di sana. Cara ini dapat meningkatkan lagi karier kau.”

“Apa yang Puan Sri boleh beri jika saya bersetuju untuk ikut Puan Sri balik?”

Puan Sri Maria mengetap gigi. “Nampaknya kau dah mahir dalam hal-hal begini.”

Indah tergelak lalu memandang Puan Sri Maria dengan tajam. “Saya belajar daripada Puan Sri. Tiada benda yang percuma di dunia ini, Puan Sri.”

“Jadi, apa yang kau mahukan?” Puan Sri Maria menyoal dengan wajah yang serius.

“Saya mahu Puan Sri berikan saya sebuah butik pakaian. Butik itu mestilah atas nama saya.”

Puan Sri Maria tergelak. “Boleh!”

“Jadi saya akan menyusul Puan Sri selepas 3 hari lagi. Saya perlu uruskan urusan syarikat di sini.”

Puan Sri Maria mengangguk seraya bangun. “Baiklah, aku akan tunggu kau di Malaysia. Pastikan urusan syarikat di sini diselesaikan dengan cara yang teliti. Aku tidak mahu ada kesilapan.” Selepas habis berpesan, dia bergerak meninggalkan Indah.

Indah yang masih duduk di situ mengeluh berat. Dia memanggung kepalanya di atas meja. Bersediakah aku untuk berhadapan dengan Rykal? 

Malam itu, Rykal tidak dapat tidur lalu dia mengurungkan dirinya di dalam Pelangi. Sama seperti selalu apabila dia gelisah, dia akan melukis wajah Indah. Rykal mengenakan apron supaya warna air yang digunakan tidak terkena pada bajunya. Tatkala dia hanyut semasa melukis, bunyi pintu dibuka dan derap kasut tumit tinggi menyebabkan konsentrasinya terganggu. 

Rykal merengus kasar seraya meletakkan berus lukisannya. “Zara, I dah banyak kali bagi tau dekat you yang I nak bersendirian malam ni.”

Zara yang mengenakan dress jarang mendekati Rykal.

“I tahu tapi… I rindukan you, Rykal.”

“Zara, kita dah putus, okey? I dah tak nak dekat you lagi!” Rykal bersuara tegas.

Zara menghentakkan kakinya. “Tapi Rykal, I cintakan you.”

Rykal tersenyum mengejek. “You cuma cintakan duit I sahaja.”

Zara mencebik. “You jangan lupa apa yang you dah buat dekat I. Kalau I beritahu dekat wartawan tentang ini, pasti you akan dapat malu.”

Rykal tergelak besar lalu dia mendekati Zara. “You fikir I takut? Memang I mengaku yang I tidur dengan you tapi I bukan bodoh macam you, Zara. I tahu yang I bukanlah lelaki pertama yang meniduri you.”

Zara mengangkat tangannya ingin menampar Rykal namun pergelangan tangannya sudah dicekup dahulu oleh Rykal. “You memang tak guna, Rykal!”

“Siapa yang tak guna? Aku tak pernah meminta tapi kau sendiri yang rela.”

Zara merentap tangannya. “I benci you, Rykal!” Zara terus keluar dengan wajah yang merah.

Rykal merengus kasar. Dalam banyak-banyak perempuan yang dia jumpa, cuma Zara seorang sahaja yang bermuka tembok. Sudah banyak kali dia katakan yang dia sudah tidak suka dengan Zara tapi Zara tetap mengejarnya. 

“Dasar perempuan mata duitan!” Rykal berbisik sendiri.

Dia kembali mengambil berus lukisan lalu kanvas putih di hadapannya diconteng mengikut rasa hati. Semenjak kehilangan Indah, dia sudah tidak dapat ketenangan yang dahulu lagi. Hanya dengan cara melukis sahaja dia dapat menenangkan sedikit perasaannya. Di mana awak, Sakinahku? 


Puan Sri Maria duduk berfikir di balkoni rumah rehatnya. Dia berfikir tentang Indah. Gadis yang dahulunya hanya orang biasa tetapi kini sangat dikenali sebagai pereka fesyen di Korea Selatan. Dia tahu gadis itu sangat bijak. Buktinya, tidak sia-sia dia memilih Indah untuk menerajui cawangan syarikatnya di Seoul ini. Cawangan yang dikendalikan oleh Indah ini tidak pernah mengalami penurunan jualan seperti cawangan lain. 

“Puan Sri, esok kita mahu balik siang atau malam? Saya nak buat tempahan tiket kapal terbang ni.” Sally, setiausahanya datang bertanya.

Puan Sri Maria berfikir seketika sebelum membuat keputusan. “Kita akan balik lagi 3 hari.”
Sally mengerutkan kening. 

“Tapi, Puan Sri... Macam mana dengan majlis makan malam Puan Sri dengan kawan-kawan malam esok?” Sally mengingatkannya.

“Tundakan sahaja majlis itu dan katakan kepada mereka yang saya akan beritahu tarikhnya nanti. Saya ada urusan yang perlu diselesaikan di sini.” Sally mengangguk faham. “Baiklah, Puan Sri. Ada apa-apa lagi yang Puan Sri nak saya buat?”

“Tak ada. Awak boleh masuk tidur.”

“Saya pergi dahulu, Puan Sri.” Sally meminta diri.

“Yalah. Sally, esok pagi-pagi beritahu dekat driver yang saya nak ke pejabat.” Arahan yang diberikan oleh Puan Sri Maria menyebabkan langkah Sally terhenti.
 
“Puan Sri pasti?”

“Ya, saya pasti.”

“Kalau begitu, baiklah. Nanti saya akan maklumkan.”

“Indah, kenapa balik lewat sangat ni?” Amran yang sedang bermain gitar di luar rumah ketika Indah pulang menegur. Dia lihat wajah Indah monyok tidak seperti ketika mereka berjumpa di pejabat tadi.

Indah menghampiri Amran lalu tubuh lelaki itu dipeluk dan dia menghamburkan tangisannya. Dia hanya mahu seorang teman untuk mendengar kala ini.

Amran terkejut namun akhirnya dia membalas pelukan Indah. Dia mengusap-usap rambut Indah. “Shhh… Jangan menangis. Cuba cerita dekat abang kenapa Indah menangis?” Indah meleraikan pelukannya. 

“Abang jangan tanya apa-apa. Indah tak akan beritahu cuma sekarang Indah mintak tolong abang tenangkan Indah. Indah perlukan seseorang untuk melepaskan kesedihan ini.”Amran terdiam. 

“Macam mana abang nak tenangkan Indah kalau abang tak tahu apa masalah Indah.”

Indah yang sedang kacau fikirannya menjeling Amran.

“Sudahlah, kalau abang tak nak tolong cakap sahajalah tak nak. Indah bukannya mintak abang buat yang bukan-bukan pun. Indah cuma mintak abang tenangkan Indah tapi itu pun abang tak boleh buat!”

Amran terkedu apabila ditengking begitu. “Kenapa dengan Indah ni? Selama ini tak pernah pun Indah biadab macam ini dengan abang?”

Indah merengus. “Abang penipu. Dulu abang cakap nak jaga Indah macam adik sendiri tapi sekarang bila Indah susah, abang langsung tak nak bantu. Indah benci abang! Indah benci 
semua orang!” Indah meninggalkan Amran yang bingung dengan semua itu.

 
PAGI ITU Indah bangun dengan perasaan yang pelik. Dia lihat Chae Young seperti takut-takut dengannya.

“Chae Young, what’s wrong with you?”

“I think I should ask you that question. What's wrong with you last night?” Chae Young duduk di birai katil Indah. 

Indah memegang dahinya. Kepalanya terasa berpusing mungkin kesan dia lewat tidur semalam. “Did I do anything wrong last night?”

Chae Young mengangguk. “I think you should say sorry to Amran.”

Indah menepuk dahi. Dia baru teringat kisah semalam. Ah! Dia sudah gila semalam! Indah menyembamkan wajahnya ke bantal. “Chae Young, help me!”

Chae Young menepuk punggung Indah. “Hey! It is already 8. Hurry up or we are gonna be late for work.” Indah mengangkat wajahnya dari bantal. Chae Young tergelak lalu dia membetulkan rambut Indah yang berserabai.

“Hurry up! Remember, we have an important meeting today.” 

Indah menepuk dahi lalu mula merengek. “Ahhh… I really forget about it. Hurry up!”

“You are the one that should hurry up. Look at me!” Chae Young menjerit kepada Indah.

Indah segera mengambil tuala di ampaian lalu masuk ke dalam bilik mandi. “Chae Young, call me if I take long time for bath.” Indah memberi peringatan dari bilik mandi.

Chae Young tersenyum. Dia menolong mengemas katil Indah yang tidaklah bersepah mana.

Satu jam kemudian, mereka berdua sudah pun berada di bengkel menjahit. Chae Young yang berperanan sebagai penolong pereka fesyen sedang memberikan taklimat kepada pelajar seni reka yang datang menjalani praktikal di syarikat mereka. 

Indah hanya mendengar Chae Young bercakap bahasa Korea. Dia faham dan boleh bertutur dalam bahasa itu namun apabila bersama teman-teman, dia lebih suka menggunakan bahasa Inggeris. Apabila memandang kumpulan pelajar itu, dia teringat pula kepada dirinya sewaktu zaman belajar dahulu. 

“Now, I want to introduce all of you to the famous fashion designer in the world, Miss Indah Nur Sakinah! Give her a round of applause.” Chae Young memperkenalkan nama penuh Indah dengan sebutan yang sedikit pelat. 

Indah tergelak kecil. Dia melambaikan tangannya kepada kumpulan pelajar itu. “Hi! My name is Indah Nur Sakinah but you can call me Miss Indah. I am not so popular like what she said just now. I am still a minor in this industry.” Indah memperkenalkan dirinya dengan penuh rasa rendah diri. 

Kumpulan pelajar itu membuat bunyi. Ada juga yang bersiul. “You are my favourite fashion designer. You are my idol.” Salah seorang pelajar perempuan yang memakai jumpsuit pink berkata kepadanya.

Indah tersenyum lebar. “Thank you very much. I am glad to hear that.”

“Guys, for your information, Miss Indah are also our CEO.” Chae Young memberikan informasi lagi. 

“Guys, I have to go now since I have an important meeting. So before I leave, I want to say welcome to Infinity Style. I hope you enjoy your practical here and make sure you learn something new from our company. If you have a problem, just ask the senior fashion designer or you can go straight to me.”

Indah memberikan isyarat kepada Chae Young. Mereka berdua keluar dari bengkel menjahit itu untuk menghadiri mesyuarat. Setiausaha mereka berdua mengekori dari belakang. Senyuman Indah mati apabila masuk ke dalam bilik mesyuarat. 

“What are you doing here?” Puan Sri Maria tersenyum kecil. Nampaknya Indah memang biadab! Nasib baik bilik itu masih belum dipenuhi staf. Jika tidak maruahnya akan tercalar. Beraninya Indah mempersoalkan kehadirannya di situ! 

Chae Young menolak bahu Indah sedikit. Dia rasa tindakan Indah seperti keterlaluan sedikit. “How are you, president? Long time no see.” 

Puan Sri Maria tersenyum dengan pertanyaan Chae Young. “I am fine. I busy with my activity in Malaysia.”

Indah menjeling Puan Sri Maria yang sudah pun berdiri di sebelahnya dan Chae Young. “Kalau busy kenapa Puan Sri tak balik sahaja ke Malaysia?” Dia bertanya dalam bahasa Melayu supaya orang di sekeliling tidak faham. Tetapi Sally yang faham hanya menunduk sahaja. Dia sudah maklum akan masalah antara mereka berdua.

Puan Sri Maria memandang Indah dengan mata yang tajam menikam. “Kerana saya ada urusan di sini.” 

“Urusan apa? Urusan yang boleh tingkatkan lagi keuntungan syarikat Puan Sri?” Indah bertanya sinis. 

Puan Sri Maria ketawa sinis. “Mungkin ya. Apa-apa pun kita tengok dahulu sejauh mana kebolehan dia membawa keuntungan kepada saya.”

Indah menggigit bibirnya tanda geram. “Ya, mari kita lihat sejauh mana kemampuan dia. Mungkin suatu hari nanti Puan Sri sendiri yang akan melutut mengakui kemampuannya.”

Indah membalas bicara itu dengan ayat yang penuh berbisa. Puan Sri Maria mengetap giginya. Hatinya sakit mendengar bicara Indah yang angkuh itu. “Kita tengok sahaja sama ada dia mampu menandingi saya ataupun dia akan menjadi seperti bayang-bayang pada saya.” 

Indah merengus kasar lalu menghenyakkan badannya ke kerusi yang terletak di kepala meja. “Please have a seat, president. The meeting will be start in 5 minutes.” Indah berkata tanpa memandang Puan Sri Maria yang berdiri. 

Chae Young segera menarik sebuah kerusi untuk Puan Sri Maria. “Have a seat, president.”

Setulus Kasih Indah - Bab 8

Tiga tahun berlalu…

Puan Sri Maria melemparkan buku laporan syarikat ke atas meja Rykal. “Apa dah jadi ni?”

Rykal bersandar ke belakang kerusinya. “Bila mummy sampai? Kenapa tak beritahu Rykal, mummy nak datang?”

Puan Sri Maria berpeluk tubuh. “Mummy tanya Rykal ni. Apa dah jadi?”

“Mummy, penurunan hasil jualan koleksi pakaian kita itu baru turun 20 peratus. Lagipun, memang sekarang keadaan tak menentu untuk peniaga pakaian macam kita ini.” 

Puan Sri Maria menjeling. “Tipu! Cuba Rykal tengok, cuma jenama kita sahaja yang alami penurunan jualan. Jenama lain jauh meninggalkan kita tidak seperti kebiasaan.”

Rykal mengeluh seraya bangun. “Habis tu, mummy nak Rykal buat apa?”

Puan Sri Maria tersenyum sedikit. “Mummy nak Rykal pecat our new fashion designer. Mummy tak nak tengok muka dia lagi dekat company ni.”

Rykal mengerutkan kening. “Mummy, tolonglah jadi profesional. Dia sangat berbakat. Kita akan rugi kalau kehilangan dia, mummy.”

Puan Sri Maria tersenyum sinis. “Mummy rasa perempuan tu kerja dekat sini hanya sebab kamu, Rykal. Mummy tak rasa yang dia berbakat.”

Rykal meraup rambutnya ke belakang. “Mummy please… Rykal tahu mana yang terbaik untuk company ni, mummy.”

“Muhamad Hadif Rykal, jangan lupa... I was the president of this company.”

Rykal merengus kasar. “Fine! Sekarang apa yang mummy nak Rykal buat? Tapi ingat, mummy... Rykal tak akan pecat Balqis.”

Puan Sri Maria menggigit bibir. Tiba-tiba dia teringat kembali rancangannya dua tahun lalu. 

“Rykal tak payah buat  apa-apa, biar mummy yang buat.”

“Mummy nak buat apa?”

Puan Sri Maria tersenyum kecil. “Adalah. Mummy percaya tindakan mummy ini akan menaikkan kembali jenama syarikat kita.”

“Tapi ingat mummy tak boleh pecat Balqis.” Rykal mengingatkan mummynya.

“Ya, mummy tahu. Malam ini mummy tak akan balik rumah. Mummy nak ke Seoul.”

“Alang-alang mummy ke sana, boleh tak tolong jenguk cawangan kita di sana?”

“Dah tentulah,” ujar Puan Sri Maria sebelum meninggalkan ruang pejabat anaknya.

Sepeninggalan Puan Sri Maria, Rykal terus keluar menuju ke bengkel menjahit yang terletak di tingkat atas pejabatnya. Dia menekan kata laluan sebelum pintu kaca itu terbuka sendiri. Kedatangannya mengejutkan pereka fesyen yang sedang menjahit di situ.

“Encik Rykal, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” 

Nina salah seorang pereka fesyen datang menghampirinya.

“Balqis mana?” Rykal menyoal sambil memandang work station Balqis yang kosong.

“Balqis ada di stor belakang.” Nina menunjukkan ke arah belakang.

“Okey, terima kasih. Awak boleh sambung kerja.” Rykal mengucapkan terima kasih.

Rykal meneruskan langkahnya. Dia membuka pintu stor yang meletakkan fabrik dan semua peralatan untuk menjahit. Dia dapat mendengar bunyi bising di sudut sebelah kanan lalu dia mengatur langkah.

“Hai, sayang! Perlukan pertolongan?” Rykal bersuara seraya bersandar pada rak kayu yang memuatkan pelbagai jenis fabrik.

Balqis yang sedang memanjat di atas kerusi terkejut dengan kehadiran bosnya. “Eh! Bila Encik Rykal masuk sini? Encik Rykal nak saya bantu apa-apa ke?” 

Rykal memegang tangan Balqis. “I rasa you yang perlukan pertolongan daripada I.”

Balqis menarik tangannya segera dari pegangan Rykal. Tak habis-habis nak menjalar! “Saya rasa kita berdua patut keluar dari sini.” Balqis turun dari kerusi yang dipanjat tadi.

Rykal mengeluh. “Balqis, kenapa you selalu elakkan diri you dari I? You tahu I sukakan you, kan?” Balqis menggigit bibir. “Encik Rykal, saya rasa sekarang bukan waktu yang sesuai untuk bercakap tentang hal personal.” 

Rykal mengangkat kening seraya memegang bahu Balqis. “Jadi, kita boleh bercakap hal kita masa makan malam nanti.”

Balqis menolak tangan Rykal. “Sorry, I ada hal malam ini.”

Rykal merengus. “You selalu ada hal setiap kali I ajak keluar. You memang tak sudi keluar dengan I ke?” 

“Bukan macam tu... I betul-betul tak boleh keluar dengan you malam ini.”

Rykal tersenyum kecil. “Okey… Tapi next time you jangan bagi alasan lagi.” Rykal keluar dari stor itu dengan hati yang hampa.

Balqis yang ditinggalkan menghela nafas lega. Sebenarnya dia tidak pernah suka sikap playboy Rykal. Dia suka bekerja di syarikat ini kerana Rykal memang seorang yang komited dengan kerja, namun dia kurang gemar dengan sikap Rykal yang satu itu. Tukar perempuan bagaikan tukar baju di badan. Cukup tiga kali keluar, Rykal akan berpisah dengan perempuan itu. Dia takut jika nasibnya juga sama seperti perempuan lain. Lagipun hatinya sudah terpaut kepada seseorang. Dia juga tidak pernah lupa akan tujuan utamanya datang ke syarikat ini! 



Indah keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah yang terpamer senyuman. Dia berjalan di sekeliling pejabat untuk  melihat pekerja-pekerja dan akhir sekali dia melawat ke bengkel menjahit. Dia menghampiri seorang pereka fesyen junior yang sedang terkial-kial menyemat jarum peniti di atas fabrik. 

“To sew a clothes you must be friend with it. Never afraid with it then you can produce a good clothes.” Sambil menyemat jarum, dia sempat lagi memberi nasihat.

Pereka fesyen junior itu mengangguk. “I am sorry, Miss Indah. I got flu today.”

“Then, you should take a leave.”

“Oh no! I am okay.”

Indah menepuk bahu pereka itu. “Take care of yourself.”

“Miss Indah, your friend Miss Ji Min are already in your office.” Setiausaha Indah datang untuk memaklumkan perkara itu kepada Indah.

Indah segera melangkah menuju ke pejabatnya. Sebaik sahaja dia membuka pintu, dirinya dipeluk oleh Ji Min. “Thank you so much, darling!”

Indah melepaskan pelukan Ji Min. Dia membetulkan jumpsuit yang berada di tubuhnya. 

“What's wrong with you?”  Ji Min ketawa melihat wajah Indah yang sudah kelat.

“For your information, your dress make me extra beautiful at the awards. Because of that, I win the best fashionable actress in Korea.”

Indah tersenyum lebar. “Really?”

“You don’t watch the awards last night?”

Indah menggeleng. “I was busy at workshop. Me and Chae Young work till midnight for our next collection.” 

“So, where is Chae Young now? I must tell her this news.”

“She already left to meet our client. But she promise that she will be back during lunch hour. So, let’s have a lunch together.”

“That is a great idea. It is been a long time we haven’t eat together.”

“Ji Min, may I ask you a favor?”

“What? Just say it, Indah. Maybe I can help you.” 

“Can you be my model for our next collection because I don’t have enough model.”

Ji Min membesarkan mata. “Of course I will do it! Indah, you know that I like your masterpiece.”

Indah ketawa kecil. “Thank you, Ji Min.”

“You are are my favourite fashion designer now. Hey, can I make a quick tour at the workshop?”

“Of course you can since I also got a work to do.” 

Ji Min melonjak gembira. “I will be back before lunch hour, okay?”

“Okay.” Indah menunjukkan simbol huruf O menggunakan jarinya.

Indah menyandarkan kepalanya dan dia menghela nafas perlahan-lahan. Setelah lima tahun, kini dia sudah berjaya mendapat segulung ijazah dan dia juga sudah mencapai cita-citanya untuk menjadi pereka fesyen. Empat tahun yang lepas semenjak dia habis belajar, Puan Sri Maria sudah mengarahkannya bekerja dengan syarikat wanita itu. Tugasnya adalah sebagai CEO di cawangan Seoul ini. Jadi dialah yang akan memantau segala operasi syarikat di sini. 

Bukan dia tidak terfikir untuk bekerja dengan syarikat lain, tetapi dia mahu membalas budi Puan Sri Maria yang memberikannya peluang untuk menimba ilmu di sini. Alhamdulillah, masuk tahun kedua dia sebagai CEO, syarikat di sini telah mengukir banyak kejayaan. Dia juga sudah menang banyak anugerah fesyen di sini dan malahan wajahnya sudah banyak terpampang di dada majalah-majalah fesyen. Dia bukan Indah yang dahulu lagi! Indah ini sudah banyak berubah! 

Semua pereka fesyen terkenal di Korea sudah menjadi sahabat baiknya malahan selebriti-selebriti Korea juga menggilai rekaannya. Namun semua itu masih tidak mampu mengubat kekecewaan hatinya. Hatinya yang terluka dahulu masih lagi berdarah. Dia masih menyimpan rasa amarah kepada Puan Sri Maria kerana memisahkannya dengan Rykal. Tetapi semua itu cuba dipendam dahulu kerana belum tiba masanya untuk dia membalas dendam. Dia perlu menjadi lebih terkenal, masyhur dan kaya supaya dapat menjatuhkan Puan Sri Maria. 

Puan Sri Maria gelisah sepanjang penerbangan. Dia sedang menimbang balik keputusannya. Betul ke keputusan yang aku buat ini?

“Puan Sri, sebentar lagi pesawat kita akan mendarat di Incheon Airport.” Suara pembantu peribadinya mengejutkan dia daripada lamunan.

“You dah call pemandu kita di sana?”

“Sudah, Puan Sri. Saya juga sudah siapkan rumah rehat kita di sana.”

“Baguslah kalau macam itu.” Habis sahaja berkata-kata, Puan Sri Maria kembali termenung.

“Betul ke keputusan aku ini?” Dia menyoal diri sendiri. Puan Sri Maria berat hati untuk mengambil tindakan itu namun dia tahu hanya gadis itu sahajalah yang boleh menyelamatkan syarikat anaknya.

Malam itu, Indah membuat keputusan untuk pulang lewat kerana dia mahu menyiapkan rekaan bajunya yang terbaru. Dia berseorangan di dalam workshop tanpa menyedari kedatangan seseorang.

“My princess!”

Indah mengangkat wajahnya dan senyuman lebar menghiasi bibirnya. “Abang Am!”

Amran tersenyum sambil mendekat. Tangannya membawa makanan yang dimasak untuk Indah. “Ini makan malam Indah.”

“Alah, buat apa susah-susah.”

“Mana ada susah.”

“Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak ya, abang.” 

“Sama-sama, adikku. Abang balik dahululah, ya.”

“Yalah.”

“Indah jaga diri tau. Jangan kerja sampai lewat malam sangat.”

“Kerja ni tinggal sikit sahaja lagi. Nanti dah siap Indah baliklah. Abang tak payah risau.”

“Apa-apa call abang, ya.”

“Okey, faham.”

Indah kembali menyambung kerjanya apabila kelibat Amran hilang. Selang beberapa minit kemudian, Indah mendengar derap langkah lagi. “Abang Am ada tertinggal barang ke?”

“Siapa Abang Am?”

Sebaik sahaja mendengar suara itu, Indah serta-merta mengangkat wajahnya. “Puan Sri?”

“Ya, ini aku. Kenapa kau terkejut sangat?” Puan Sri  Maria berkata dengan nada yang sombong seperti selalu.

“Puan Sri buat apa di sini? Kenapa tak beritahu nak datang sini?”

“Ini syarikat aku, suka hati akulah nak datang bila-bila masa pun!”

“Puan Sri datang sebab nak lihat prestasi syarikat ke?” 

Puan Sri Maria menggeleng lalu mengangkat jari telunjuknya betul-betul di hadapan Indah. “Aku datang untuk bawa kau balik ke Malaysia.”

Setulus Kasih Indah - Bab 7

Indah menyusuri jalan yang sesak di Dongdaemun itu dengan penuh rasa kagum. Dia tidak pernah rasa tidak rasa kagum setiap kali berjalan di situ kerana dia suka melihat fesyen-fesyen terkini di Korea. Dongdaemun tidak pernah sunyi. Itulah yang dia suka. Indah berjalan-jalan di kedai kain itu. Sementara menunggu Chae Young memilih fabrik untuk dibuat dress, dia mengambil kesempatan untuk mencuci mata. Ada satu fabrik yang menarik perhatiannya. Dia memegang fabrik itu untuk merasai sendiri kelembutannya. Dia dapat bayangkan bagaimana rupa pakaian yang akan dia jahit menggunakan fabrik itu.

“Indah, saya tak tahulah fabrik apa yang sesuai. Apa kata awak sahaja yang pilih?” Chae Young merungut menggunakan bahasa Korea.

Indah membulatkan mata. “Really? Are you sure?”

Indah bertanya meminta kepastian. Yalah, dia takut jika fabrik yang dia pilih nanti tidak sesuai pula dengan kehendak Chae Young. Dia cuma tukang jahit sahaja. Yang tukang pakainya Chae Young. Jadi mestilah fabrik itu harus sesuai dengan kehendak Chae Young.

Chae Young mengangguk. “Yeah sure. I know you have a great sense when it comes to fashion. I believe you.” 

Indah tersenyum. “How about this?” Indah bertanya lalu menunjukkan fabrik yang sedang dipegang. 

Chae Young tersenyum lebar. “It is beautiful. Indah, you are really a gifted fashion designer. It looks elegant and glamorous.”

“So, you like my choice?”

“Of course! Lets get the bill.”

Setelah siap urusan di kedai kain, mereka berdua berjalan-jalan di sekitar Dongdaemun untuk mencuci mata. Malam Sabtu begini memang ramai orang di situ. 



Rykal meneguk minuman keras di meja kaunter yang ada di kelab malam itu. Masuk kali ini sudah dua gelas dia teguk. Rykal tersenyum lebar apabila melihat seorang perempuan seksi datang menghampirinya. Dia tahu yang malam ini dia akan pulang bersama seseorang. Gadis seksi itu datang lalu duduk di atas paha Rykal.

“Hai! I Shasha.”

Rykal tersenyum. Dia sudah biasa digoda begitu.

“Rykal. Nice to meet you.”

Shasha tersenyum menggoda. “Nice to meet you too. You seorang sahaja ke?”

“Yup. Lelaki macam I tak ada girl yang sudi temankan.” 

Shasha tersenyum gedik mendengar kata-kata Rykal. Dia memainkan jarinya di butang baju kemeja Rykal. 

“Kalau you nak, I boleh temankan. Sampai esok pun boleh.” Rykal tersenyum. 

Ikan sudah menawarkan diri masakan kucing boleh lepaskan peluang? “Boleh juga. Bertuah I malam ini ditemani perempuan secantik dan seseksi you.” 

Shasha mencubit lengan Rykal diiringi ketawa gedik.

“Tipulah you ni.”

Rykal mengangkat bahu. Dia meneguk minuman keras yang masih berbaki di dalam gelas untuk kali terakhir. Lalu dia keluar dari kelab malam itu dengan Shasha di sampingnya. Tidak susah untuk dia mendapat one night stand. Bagi Shasha pula, dia berasa bangga kerana dapat menggoda jejaka hot stuff di kelab itu. Sebenarnya sudah lama dia perhatikan Rykal. Cuma dia tiada peluang mendekati jejaka itu kerana setiap kali ada sahaja perempuan lain yang caras laluannya. Malam ini dia puas kerana dapat menawan hati si jejaka kaya.

“Puan sri, saya tak dapat kejutkan tuan muda kerana semalam…” Salmah menundukkan badannya. Dia rasa takut untuk memandang wajah Puan Sri Maria.

Puan Sri Maria yang sedang menikmati sarapan pagi mengangkat kening. “Dia bawak lagi ke?” 

“Ya, Puan Sri…”

Puan Sri Maria menghentakkan sudu dan garpu yang digunakannya. Berdenting bunyi kutleri itu berlaga dengan pinggan. Puan Sri Maria mengelap mulutnya dengan napkin yang ada di atas riba lalu dia bangun segera. Napkin yang sudah digunakan dilempar ke atas meja dengan kasar. Salmah mengekori dari belakang tanpa bersuara. Dia tahu yang Puan Sri Maria sedang marah. 

Puan Sri Maria mengetuk pintu bilik anak lelakinya berkali-kali. “Rykal! Buka pintu ni.”

Ketukan itu berhenti apabila muncul Rykal yang seperti biasa hanya memakai boxer. Rykal menguap besar. “Apa ni, mummy? Hari ini hari Ahad. Tak boleh biarkan Rykal tidur lama sikit ke?”

Puan Sri Maria menolak tubuh Rykal yang berada di muka pintu. Dia masuk ke dalam bilik Rykal kemudian terus menuju ke katil anak lelakinya. Selimut yang bergumpal direntap sedikit dan terserlah wajah perempuan yang sedang tidur pulas. Puan Sri Maria terkejut apabila melihat wajah itu. 

“Rykal!” Puan Sri Maria menjerit.

Rykal datang dengan wajah yang masam. “Ada apa, mummy?”

“Kamu tahu tak siapa dia ni?”

“Nama dia… Shafa atau Shasha. Rykal pun tak ingat sangat nama dia. Jumpa pun dekat kelab malam tadi.” Puan Sri Maria mengeluh. 

“Rykal! Perempuan tu anak kawan mummy.” 

Rykal mengerutkan kening. “So?”

Puan Sri Maria merengus lalu menarik Rykal ke balkoni. “Macam mana nanti kalau kawan mummy tahu yang Rykal dah tidur dengan anak dara dia?” Rykal tergelak kecil lalu dia merebahkan diri di atas kerusi malas yang ada di balkoni. Tangannya didepakan ke belakang bersama kaki yang digoyangkan.

“Mummy, dia bukan ada dara lagi pun. Rykal bukan lelaki pertama yang tidur dengan dia. Jadi tak payahlah nak risau sangat.”

Puan Sri Maria terkaku. Dia fikir selama ini Shasha gadis yang baik. “Tapi mummy tetap tak suka dengan perangai Rykal yang bertukar-tukar perempuan. Apa yang tak kena dengan kamu, Rykal?” 

Rykal memejamkan matanya. “Mummy, tolong jangan nak membebel. Rykal penatlah. Rykal perlukan rehat.” Puan Sri Maria mengetap gigi. “Penat pergi clubbing? Penat layan perempuan?”

Rykal membuka matanya dan dia bangun. “Mummy, ini hidup Rykal. Pandailah Rykal nak uruskan. Tak payahlah mummy nak masuk campur pulak. Bukannya Rykal abaikan syarikat pun.” 

Puan Sri Maria merengus. “Mummy dengar kamu nak buka cawangan baru di Seoul. Kenapa kamu tak berbincang dengan mummy?”

Rykal menepuk dahi. “Mummy, please! Jangan masuk campur dalam urusan syarikat, boleh tak? Rykal CEO, jadi Rykal tahu buat keputusan yang terbaik.” 

Puan Sri Maria bercekak pinggang. “Rykal jangan lupa yang mummy pemegang saham terbesar dalam syarikat itu. Sebagai presiden syarikat, mummy juga berhak untuk membuat keputusan.”

“Baby… Good morning.” Suara serak Shasha mengganggu perbualan mereka.

Puan Sri Maria menjeling Shasha. Shasha yang kaget mula pucat-lesi. “Eh, Auntie Maria buat apa di sini?” 

Puan Sri Maria tergelak kecil. “Ini rumah auntie, mestilah auntie ada di sini. Shasha pulak buat apa di sini? Tak jumpa jalan balik rumah ke semalam?” Puan Sri Maria menyindir gadis itu lalu dia meninggalkan bilik anak lelakinya. 

Shasha sudah ketakutan. Memang dia tidak pernah tahu yang Rykal ini anak Auntie Maria. Nampaknya tembelang dia sudah pecah! Melepaslah peluang dia nak jadi menantu wanita kaya itu.

Rykal memandang Shasha. “You tak cakap pun yang you kenal mummy I?”

Shasha memandang Rykal. “I pun sebenarnya tak tahu yang you ni anak Auntie Maria. Kenapa you tak beritahu  semalam?” 

Rykal mendekati Shasha lalu pinggang wanita itu dipaut. “Macam mana nak beritahu kalau semalam I dah tergoda dengan you?” Rykal mengenyitkan matanya.

Shasha tergelak manja lalu dia mencium bibir Rykal tanpa segan silu. “Yeah, me too. You terlalu menggoda untuk ditolak.”

Rykal tersenyum nakal. “You bersiaplah. I akan hantar you balik.”

Shasha memuncungkan bibirnya. “Kenapa awal sangat? I tak puas lagi nak bersama dengan you.” 

Rykal mencuit hidung Shasha. “You kenal mummy I macam mana, kan? Dia akan mengamuk kalau nampak you masih ada di sini.”

Shasha mengeluh. “Okey.”



Indah memberikan Amran sebuah Tupperware yang berisi ayam goreng berempah. Dia menggoreng dengan cara masakan Melayu.

Amran memandang Tupperware itu dengan kening yang terangkat. “Apa ni?”

“Hari itu kata nak suruh Indah goreng ayam berempah untuk abang. Itulah ayamnya. Indah dah buatkan.” 

Amran tersenyum lebar. “Terima kasih, Indah! Dah lama abang teringin nak makan ayam goreng style Malaysia ni. Indah memang adik yang terbaik.” Amran mengangkat ibu jarinya.
Indah menjuihkan bibirnya. 

“Hmmm… Pergi sana tu jangan lupa belikan Indah hadiah, ya.”

Amran mengusap kepala Indah. “Ya, abang ingat. Tak payahlah asyik ingatkan. Nanti abang tak beli betul-betul baru tahu.”

Indah mencubit pinggang Amran. “Abang tak beli, Indah bocorkan rahsia abang dekat Chae Young.” 

Amran membesarkan matanya. “Jangan berani, ya. Siaplah Indah kalau bocorkan, abang cili-cili mulut tu dengan lada dekat Seoul ni.”

Chae Young yang berdiri di sebelah mereka berdua mengerutkan kening. Nasib baiklah minah Korea ni tak faham bahasa Melayu. Kalau tidak, memang bocorlah rahsia Amran tu.

“Amran, take care of yourself, okay?”

Amran tersenyum lebar kepada pujaan hatinya. “I will. You too take care, okay?”

“I will. Don’t worry about me.”

Indah tersenyum-senyum kepada Amran. Sukalah tu!

“What about me?” Indah sengaja bertanya.

Amran menjeling sekilas. “I think you should go back to your physiatrist hospital. You should get your treatment because you are mad.”

Sekali lagi Indah mencubit pinggang Amran. Chae Young dan Amran ketawa besar melihat wajah Indah yang sudah monyok. “I am not crazy, okay?”

Amran melambaikan tangannya apabila kereta sahabatnya sudah sampai. Indah dan Chae Young membalas  lambaian lelaki itu bersama senyuman yang manis. Mereka berada di luar sehinggalah bayang kereta yang dinaiki Amran hilang.

“Indah, I think Amran act really like your brother. He is very caring and responsible towards you.” 

Indah tersenyum. “Yes, I know that. Sometimes I wish that he is really my brother.”

Chae Young mengangguk. “Me too. I wish I have a brother like him. He is very kind and I think the girl that capture his heart are so lucky.” Ada keluhan kecil yang terbit dari bibir Chae Young pada akhir ayatnya itu. Indah memandang pelik. “Why are you sighing?”

“Nothing.” Chae Young tersenyum hambar.

 

Setelah menghantar Shasha pulang, Rykal kembali ke vila keluarganya. Dia bercadang untuk melukis hari ini. Sudah lama dia tidak melukis dek sibuk dihambat dengan kerja-kerja di pejabat.

Sewaktu dia dalam perjalanan ke kotej yang dijadikan bilik lukisannya, dia terserempak dengan pereka fesyen terkenal iaitu Tony Ang yang baru keluar dari sebuah lagi kotej.

“Tak sangka boleh terserempak dengan you dekat sini. Apa khabar?” Tony Ang mendekatinya lalu bersalam.

“I baik. You pulak apa khabar?”

“I pun baik. Lama kita tak jumpa ya, Encik Rykal.”

“Ya, lama kita tak jumpa. Seingat I kali terakhir kita jumpa sewaktu minggu fesyen Kuala Lumpur tahun lepas, kan?”

Tony Ang yang berperwatakan lembut itu bertepuk tangan. “Ingat pun you. I fikir you dah lupa. Maklumlah, business tengah maju, kan... Banyak duit masuk.”

Rykal tergelak kecil. “Adalah sikit-sikit. Macam mana dengan business you?”

Tony Ang mengeluh. “Biasa-biasa sahajalah. I punya business tak sebesar you punya business, maaa. You tauke besar. I ni cuma tauke kecik-kecik sahaja.”

Rykal menepuk bahu Tony Ang. “You ni suka merendah diri. I dengar you punya jenama sudah dipasarkan di US bulan lepas. Tahniah, ya.” Rykal bersalam dengan jejaka jambu berbangsa Cina itu.

Tony Ang tersenyum sambil memintal-mintal hujung skaf polka dot yang terlilit di lehernya. 

“Apalah sangat jenama I itu. Masih tak boleh tandingi kehebatan jenama syarikat you. You punya jenama sudah bertahun-tahun jadi jenama antarabangsa.”

“I dulu pun macam you jugak, maaa. Kita semua sama sahaja. Bermula dari bawah.”

Tony Ang mengangguk. “You ni memang ahli perniagaan yang terbaik. Walaupun muda sudah ada empayar perniagaan sendiri. I salute sama you.” Rykal ketawa besar. “Lupa I nak tanya, kenapa you datang ke sini?”

“I datang jumpa mummy youlah. Dia mahu I reka satu baju untuk dia, maaa. You tahu tak I rasa berbesar hati tau bila bekas model terkenal Malaysia mintak I jahitkan baju dia.” Rykal tersenyum. Memang itulah hobi mummynya. Fesyen dan kecantikan adalah nombor satu pada mummy. Sebab itulah orang tidak percaya jika mummy mengatakan yang mummy sudah berusia 50 tahun.

“Rykal, I balik dahululah. I lupa yang I kena balik Penang petang ini juga. Ada birthday party untuk kakak I.”

“Yalah. Drive carefully.”

“Hei, jangan lupa kalau ada peluang business ke, call I terus. Boleh kita bekerjasama.”

Rykal kembali meneruskan perjalanannya ke kotej yang dinamakan Pelangi. Langkahnya terhenti apabila melihat pembantu rumahnya sibuk mengeluarkan lukisan-lukisannya dari Pelangi.

“Lily, siapa yang benarkan awak bawak keluar lukisan saya ini?”

Lily terkebil-kebil apabila disoal secara tiba-tiba. “Errr… Saya tak tahu, tuan muda. Puan Salmah yang suruh kami keluarkan.” Lily menyebut nama ketua pembantu rumah di vila keluarganya. 

Rykal mengerutkan kening. “Mana Salmah?”

Lily menunjuk ke dalam kotej. “Puan Salmah ada di dalam.”

Rykal berjalan masuk ke dalam kotej namun dia kembali berpatah balik ke arah Lily. 

“Berhenti buat semua kerja ni. Jangan buat apa-apa selagi saya tak beri arahan.”

“Baik, tuan muda.” Lily mengangguk faham.

Rykal masuk ke dalam kotej dan tanpa disuruh, Salmah mendekatinya. “Siapa yang beri awak arahan untuk buat semua ini? Siapa?”

Salmah menunduk. “Puan Sri yang suruh kami keluarkan lukisan-lukisan ini.”

Rykal merengus. “Mummy mana?”

“Rykal cari mummy ke?” Puan Sri Maria keluar dari sebuah bilik yang Rykal jadikan stor untuk menyimpan kamera dan alat-alat melukisnya.

“Ya. Rykal nak tanya kenapa mummy buat macam ini?” 

“Rykal, mummy dah beri amaran dekat kamu kan supaya putuskan hubungan dengan perempuan miskin ini? Tapi kenapa kamu degil?” Rykal bercekak pinggang. 

“Mummy, Rykal dah tak berhubung dengan dia selama dua tahun. Apa lagi yang mummy tak puas hati?” 

Puan Sri Maria mendekati anak lelakinya. “Tapi Rykal tetap tak lupakan dia. Mummy tak suka semua itu. Ingat Rykal, dia tidak setaraf dengan kita.”

“Mummy please… Rykal memang dah tak ada perasaan dekat dia tapi biarlah lukisan ini semua ada di sini. Ini kenangan Rykal dengan dia.”

Puan Sri Maria tertarik dengan bicara anaknya. “Rykal dah tak ada perasaan dekat dia? Rykal pasti?” Rykal mengeluh. “Siapa yang tak kecewa kalau ditinggalkan tiba-tiba. Mummy tolonglah jangan kacau lagi urusan hidup Rykal. Rykal dah besar dan Rykal tahu uruskan kehidupan Rykal sendiri.”

Puan Sri Maria tersenyum. Dia menepuk bahu Rykal. “Baiklah. Mummy tak akan kacau hidup Rykal. But please… I beg you, Rykal... Forget her.”

 

Indah leka menggunting fabrik yang akan digunakan untuk menjahit pakaian rekaannya. Setelah selesai, dia meletakkan fabrik itu ke replika patung badan manusia yang terletak di tepi work stationnya. Jarum peniti disematkan di setiap lipatan fabrik untuk membentuk jumpsuit yang akan dijahit. Satu sapaan membuatkan Indah berpaling.

“Hi! My name is Park Ji Min. I am a new student here. May I know where is my work station?” Mulut Indah ternganga. Matanya tidak berkedip melihat model terkenal di hadapannya. Dia tersedar apabila Park Ji Min melambaikan tangan di hadapannya. 

“Sorry. I am amazed by your beauty. You look so beautiful in reality.” Indah memuji gadis yang kelihatan ramah itu.

Park Ji Min tersenyum. “Thank you. You really look beautiful too. Are you Chinese?”

Indah menggeleng. “Nope. I am a Malaysian.”

“Really? I thought you are Chinese because you really looks like Chinese girls.”

“Hahaha…”

“Anyway, may I know where is work station number nine?”

“Number nine? Here…” Indah menepuk meja di sebelah work stationnya. Dia tersenyum girang. Nampaknya Ji Min akan menjadi temannya.

“Oh… Thanks.” Ji Min meletakkan beg tangan serta buku rujukan miliknya di atas meja. Dia melihat Indah yang kembali membuat kerja. Hatinya tertarik melihat ketelitian Indah ketika membuat kerja. Dia juga memandang Indah dari atas hingga bawah.

“I like your fashion. You really look like a fashion designer.”

Indah tersenyum. “Thanks. I design this on my own.” Ji Min membulatkan mata dan dia segera mendekati Indah. Baju Indah dipegang dan dirasa serta dilihat dengan teliti.

“Wow! I really amazed by your skills.” Indah tersipu malu. “Hahaha… You are funny.”

“I am serious, okay.”

“Oh! I think you must meet my best friend, Chae Young. She is your biggest fan.” Indah menepuk dahinya. Dia baru teringat kepada Chae Young yang belum masuk bengkel kerana berjumpa dengan presiden persatuan pelajar. 

Ji Min membesarkan matanya. “Can’t wait to see her.”