HARITH parkir kereta mahal milik Arlyssa di sebelah kereta Myvi hitamnya. Sebuah kereta murah berganding dengan kereta mewah. Sangat tak sepadan! Sengaja dia minta perlepasan awal dari Malik untuk pulang awal. Kesian pula bila tinggalkan Arlyssa seorang diri di rumah. Anak manjalah katakan. Segala fail-fail kerja dia bawa keluar dari dalam kereta. Sebaik berpusing untuk melangkah menghampiri pintu, batang tubuh Arlyssa sudah sedia menanti di situ dengan berpeluk tubuh. Riak tak puas hati jelas terukir di wajah itu.
“Awak pergi mana?” soal Arlyssa selepas puas menayang muka tak sudah. Dia buat muka pun bukannya orang tu nak tanya. Huh, tak ambil kisah langsung! Soalan Arlyssa, Harith biarkan sepi tanpa jawapan.
Dia tak ada mood nak bergaduh sekarang ni. Kerja-kerja yang bertimbun lagi penting dari melayan soalan tak masuk akal Arlyssa. Dah nama pun hari ahad, maknanya pergi kerjalah. Sengal punya soalan! Sini Terengganu, bukannya Kuala Lumpur.
“Hei! Awak pekak ke? Saya tanya ni!” jerit Arlyssa.
“Apa dia?! Saya tak pekak lagi! Yang awak duk terpekik terlolong ni kenapa?!” sembur Harith dengan nada yang tinggi. Kesabarannya ada had juga. Kalau hari-hari dipekik, dijerit begitu, ego lelakinya tercabar juga!
Arlyssa terpempam. Tidak dia sangka Harith akan menengkingnya sebegitu sekali. Dia ingat Harith ni tak pandai melawan sebab sejak semalam lagi sudah pelbagai amarah yang dia hamburkan tapi tiada reaksi dari Harith. Namun, hari ni, apabila jauh dari keluarga Arlyssa, sudah terlihat belang Harith. Jadi, dia hanya berlakon di depan along dan mama? Hati Arlyssa sedih. Dia tak penah kena tengking macam tu. Selama ni semua yang dia buat dia rasakan betul belaka. Dia tak kisahkan hati orang lain yang terasa. Pintu rumah dia hempas kuat dan berlalu masuk ke dalam biliknya. Sekali lagi pintu bilik mendapat nasib yang sama. Arlyssa menjeruk rasa. Bantal di atas katil dia capai dan dilempar ke dinding. Ibaratnya dia sedang membaling ke arah Harith.
Harith duduk di atas sofa. Astaghfirullahalazim…. Dia beristighfar panjang. Kedua belah tangan meraup muka. Dia juga manusia biasa. Siapa tak marah kalau penat-penat balik dari kerja terus kena sembur, kena tengking? Kalau disambut dengan hidangan segelas air, tak adalah angin dia naik. Sejuk hatinya jika begitu tingkah isteri yang menyambut kepulangan. Setelah anginnya reda, Harith ke dapur dengan lauk-pauk dan nasi yang telah dia beli tadi. Dia tak boleh lama. Dia perlu ke rumah keluarganya pula petang ni sebab tak mahu Puan Hasnah risaukan dia.
Lauk dan nasi Harith hidangkan di atas meja makan yang boleh memuatkan 8 orang itu. Kakinya diatur ke arah bilik Arlyssa pula. Kaku dia berdiri di situ. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu mengetuk atau tidak pintu bilik itu. Nak ketuk ke tak? Hatinya tertanya-tanya. Lepas marah-marah dan tinggikan suara kepada Arlyssa, dia rasa serba-salah pula untuk mengetuk pintu bilik itu. Ah, ketuk ajelah. Makin lama aku macam ni, makin banyak masa yang terbuang. Sahut hatinya.
“Awak, awak,” panggil Harith beserta dengan ketukan di pintu bilik itu. Senyap! Bisu! Tak ada satu pun bunyi sahutan.
“Awak, Arlyssa. Awak dengar tak ni?” Harith masih tak putus asa. Telinga dia tekap pada pintu. Senyap juga. Harith mengeluh. Arlyssa dah mula mogok. Harith mundar-mandir di hadapan pintu bilik itu. Takkan sampai ke malam Arlyssa nak tunjuk perangai macam ni? Tak lapar ke dia? Dalam diam Harith bimbang juga dengan kelakuan Arlyssa.
Arlyssa membatukan diri. Matanya tajam memandang pintu bilik yang sudah senyap tanpa ketukan. Pandai pula nak lembutkan suara tu. Tadi bukan main lagi nak marah, tinggi suara dengan aku! Dengus Arlyssa. Badan dia lentangkan di atas katil. Dia bebas untuk bergerak di dalam bilik itu tanpa ada batasan. Bilik itu dia yang punya! Puas dia kalihkan ke kiri dan ke kanan tapi masih juga tak dapat lelapkan mata. Dia bangun kembali. Tiba-tiba matanya terliht sekeping kertas di hadapan pintu bilik. Kertas? Tadi tak ada rasanya. Desis Arlyssa.
Perlahan-lahan dia menapak menghampiri kertas itu. Kertas yang berlipat dua itu dia buka.
Makanan dah ada atas meja. Kalau awak nak makan, ambillah. Arlyssa mencebik. Kertas di tangan dia renyukkan dan dicampak ke dinding. Huh! Telingannya menangkap bunyi kereta yang berlalu keluar dari laman rumah. Dia keluar lagi ke? Ah, lantaklah! Arlyssa tak ambil kisah setiap patah perkataan yang tertulis di atas kertas itu.
Makanan dah ada atas meja. Kalau awak nak makan, ambillah. Arlyssa mencebik. Kertas di tangan dia renyukkan dan dicampak ke dinding. Huh! Telingannya menangkap bunyi kereta yang berlalu keluar dari laman rumah. Dia keluar lagi ke? Ah, lantaklah! Arlyssa tak ambil kisah setiap patah perkataan yang tertulis di atas kertas itu.
“ASSALAMUALAIKUM mak,” sapa Harith sambil melangkah keluar dari perut Myvinya. Puan Hasnah yang sedang membelek anak pokok cilinya pantas berpaling.
“Waalaikumussalam,” Harith menyalami tangan tua emaknya.
“Baru sampai ke long?” soal Puan Hasnah.
“Dah sampai semalam, mak. Tapi tumpang tidur rumah kawan,” jawab Harith berselindung. Bukan masanya lagi untuk berterus-terang dengan Puan Hasnah. Kalau dia mahu memberitahu perkara itu, emak dan ayahnya perlu duduk semeja dan dia tak mahu ada orang luar yang turut serta. Keadaan akan jadi lebih buruk jika ada orang luar. Tapi yang pasti bukan dalam masa terdekat. Dia masih tak bersedia.
“Ayah ada tak mak?” soal Harith, matanya melilau mencari kelibat Haji Ahmad.
“Ayah ke masjidlah. Dah nak masuk waktu asar kan ni,” Puan Hasnah berlalu masuk ke dalam rumah. Harith menuruti langkah Puan Hasnah. Dia masuk ke dalam bilik dan keluar bersama-sama tuala di tangan. Badannya sudah melekit sebab sudah seharian tak mandi. Rumah orang tuanya memang begini, bilik air tidak disediakan sekali dalam bilik.
“KENAPA along? Along tak suka ke duduk kat sini?” tenang Puan Hasnah menyoal. Dia tahu, anaknya itu ada membeli rumah tapi kenapa nak pindah mengejut? Macam ada benda
yang cuba disembunyikan oleh anak lelakinya itu. Hati tuanya mula berfikir yang tak elok.
yang cuba disembunyikan oleh anak lelakinya itu. Hati tuanya mula berfikir yang tak elok.
“Bukan tak suka, mak. Tapi along rasa nak duduk sendiri. Lagi pun along bukan duduk sorang, along duduk dengan kawan.” Harith cuba menyedapkan hati emaknya.
“Alah awak ni. Dia bukannya nak pergi jauh. Cuma nak pindah duduk dengan kawan dia aje. Kat mana rumah kamu tu?” tanya Haji Ahmad. Dia tak kisah dengan keputusan anak sulungnya itu. Harith sudah besar panjang, sampai bila nak berkepit bawah ketiak emak ayah?
“Err.. Chendering, yah,” agak gugup Harith menjawab. Dia terpaksa memberikan alasan untuk tinggal di rumah yang dibeli sedangkan rumah itu masih belum siap lagi. Dia kekeringan alasan untuk dipersembahkan kepada emaknya. Reaksi Haji Ahmad dia tak kisah sangat sebab ayah tak terlalu menyekat pergerakkan anak-anak.
“Hmm.. lagi dekat dengan pejabat kami. Kalau dari sini ulang-alik memang jauh juga. Kalau dari Chendering boleh jimat duit minyak. Ayah tak ada apa nak bangkang. Ikut suka kamulah,” ujar Haji Ahmad. Cawan yang telah berisi air dia bawa ke bibir.
Haji Ahmad sudah bagi lampu hijau. Cuma Puan Hasnah yang masih lagi keberatan mahu melepaskan Harith. Wajah Puan Hasnah dia pandang.
“Mak….” meleret Harith panggil emaknya.
“Along bukannya dah tak balik sini. Along janji, tiap-tiap minggu along balik jenguk mak dan ayah. Boleh ya mak?” Harith memujuk Puan Hasnah. Puan Hasnah melepaskan nafas sambil menuang air teh ke dalam cawannya. Puan Hasnah bukan apa.
Dia risaukan Harith. Jika Harith pindah keluar dari rumah ini, peluang untuk dia perkenalkan anak-anak teman baiknya tak akan menjadi. Di dalam kepalanya sudah ligat merangka perancangan tapi begini pula yang jadinya. Hisy, macam mana ni?
“Mak…” panggil Harith lagi apabila melihat emaknya membisu seribu bahasa. Kenapa dengan emak ni? Sakit ke?
“Awak ni, along tu bukannya nak pindah jauh. Kat Chendering tu aje. Awak telefon aje dia kalau awak rindukan dia,” Haji Ahmad menyampuk. Fiil isterinya tu bukan boleh diikut sangat. Puan Hasnah memuncung. Abang ni buat-buat tak tahu pula. Rungut Puan Hasnah di dalam hati.
Harith tak putus-putus memandang wajah emaknya. Kalau ikutkan hati memang dia tak nak pun berpindah ke sana. Dahlah kena menipu pula. Tapi disebabkan kasihan dengan Arlyssa, Harith terpaksa juga buat begitu. Jika dia tinggalkan Arlyssa sorang diri di sana, memang makin hancur perempuan tu. Orang yang dah sebati dengan kehidupan sosial akan kembali juga ke kehidupan lama jika tak berjumpa dengan orang yang boleh membimbing kembali ke jalan yang betul. Ya, mungkin dia orang itu.
“Yalah, yalah. Tapi setiap minggu along kena balik ke sini. Boleh?”
“Okey, along janji. Terima kasih, mak,” persetujuan dari emaknya buat matanya bersinar girang. Pantas dia mencium pipi tua itu.
“Hisy, apa ni! Lemaslah mak macam ni,” rungut Puan Hasnah. Dia terkejut juga dengan tindakan spontan Ketawa Haji Ahmad dan Harith bersatu. Mereka tahu sangat yang Puan Hasnah memang tak suka diperlakukan begitu. Geli katanya.
HARITH parkir keretanya di belakang kereta Arlyssa. Dia merancang untuk keluar lagi nanti kerana mahu membeli segala barang-barang basah dan kering. Kat dapur tu tak ada satu apa pun makanan. Rumah yang tak ada orang tinggal, memang macam tu. Beg pakaian dia bimbit masuk ke dalam rumah. Harith pandang ke sekeliling ruang tamu. Sunyi sepi. Sama seperti ketika dia pulang awal petang tadi. Macam tak orang dalam rumah tu. Matanya terpaku pada meja makan. Tak ada bungkusan nasi yang dia hidang tadi. Lantas dia ke dapur. Nak pastikan sama ada Arlyssa makan atau buang nasi tu. Dan ternyata Arlyssa makan bukan buang.
“Alhamdulillah,” Harith mengucap syukur. Senyuman tersungging di tepi bibirnya.
Dia kembali ke arah bilik Arlyssa. Pintu bilik Arlyssa dia ketuk.
Arlyssa terpisat-pisat di atas katil. Bunyi bising mengganggu lenanya. Dia tak sedar pula bila masa dia tertidur. Sebab terlalu kenyang kut! Dia makan tadi bagai sudah berbulan tak makan. Kalau bakal mak mentua tengok, sah tak lepas jadi menantu. Eh, kau dah jadi isteri oranglah. Mana pula datang istilah bakal mak mentua ni? Hati kecilnya menyoal. Opss!!
“Siapa pula yang bising-bising ni?!” dalam mamai dia menyoal. Arlyssa cuba menegakkan badan tapi kepalanya berpinar-pinar pula. Tangan kiri laju memicit dahi.
“Apa?” jerit Arlyssa. Dia dah tahu siapa yang sedang buat bising tu. Siapa lagi kalau bukan Harith. Hanya mereka berdua aje yang tinggal kat rumah tu.
Tombol pintu Harith pulas. Eh, tak berkunci rupanya. Buat letih aje ketuk dari tadi. Rungut Harith.
“Awak tidur ke?” soal Harith. Muka Arlyssa dia pandang. Kusut-masai rambut, komen Harith di luar sedar.
“Hmmm…”
“Awak, bangunlah. Dah malam ni,” panggil Harith. Dia lihat Arlyssa masih tak mahu bergerak. Arlyssa pula buat-buat tak dengar. Dia paut bantal dan dipeluk kemas. Kata-kata Harith ibarat angin lalu. Rasa marahnya makin berbuku di dalam hati. Marah-marah orang bukan pandai nak mintak maaf! Dengus Arlyssa.
Harith buntu. Marah lagi ke? Kena pujuk ke? Hadoii! Macam mana nak pujuk perempuan ni? Harith garu kepala yang tak gatal. Dia mana ada pengalaman nak pujuk-pujuk orang ni. Tambah lagi orang perempuan. Sepanjang dia belajar dulu, tak ada pun ilmu pujuk-memujuk ni diperturunkan. Gawat macam ni.
“Err.. kalau pasal petang tadi, saya minta maaf. Saya tak dapat nak kawal perasaan saya,” tutur Harith lembut.
Huh! Maaf?! Senangnya minta maaf. Masa tengking-tengking orang tak sedar! Dengus Arlyssa di dalam hati. Dia masih mengeraskan diri. Mata juga masih terpejam. Tak mahu langsung memberikan reaksi ke atas kata maaf Harith. Ah, hatinya masih sakit dengan kata-kata itu. Aduh, nak pujuk macam mana lagi ni? Kata maaf tak jalan juga. Harith pening memikirkan cara lain yang boleh meredakan amarah Arlyssa. Ah, redah ajelah.
“Awak, saya minta maaf. Saya sedar saya salah. Awak janganlah buat saya macam ni,” rayu Harith. Suaranya terpaksa dilembutkan. Nak memujuk punya pasal. Terbeliak mata Arlyssa apabila terasa tangannya disentuh dan ditarik. Sepantas kilat dia bangun dari perbaringan.
“Apa ni?!” jerit Arlyssa. Dia cuba menarik tangannya dari genggaman Harith. Tapi tak berjaya. Tangannya terkunci di situ.
“Ni apa hal pula melutut ni? Heh, bangun!” melolot mata Arlyssa memandang Harith.
“Selagi awak tak maafkan saya, saya akan terus macam ni, saya tak akan bangun,” sengaja Harith berkata begitu. Mana tahu hati Arlyssa boleh cair.
“Huh!” dengus Arlyssa. Tak ada sorang pun kawan lelaki yang pernah melutut macam tu depan dia. Dia tak suka!
“Yalah, yalah. Bangunlah, saya tak suka!” Arlyssa terpaksa mengalah. Dia bukan siapa-siapa sampai kena berlutut segala.
“Betul ni? Macam tak ikhlas aje.”
“Ikhlas! Dah, dah. Bangunlah! Tanya macam nak saya tarik balik keputusan tu aje. Nak saya tarik balik?” ugut Arlyssa. Nampak sangat Harith macam nak main-main.
“Eh, tak. Saya tanya aje,” Harith terus bangun. Angin Arlyssa dah elok sikit. Nanti kalau datang angin puting beliung dia tu, aku jugak yang susah. Desis Harith.
“Awak mandi, lepas tu kita keluar cari barang sikit,” beritahu Harith. Dia sudah berkira-kira mahu ke depan sebab dia dah mandi kat rumah orang tuanya tadi. Cuma tunggu tuan puteri tu bersiap aje.
Mata yang tadinya mahu tertutup kembali, dia celikkan. Rasa mengantuk yang membelenggu diri terus hilang dibawa pergi.
“Keluar? Nak pergi mana?!” soal Arlyssa. Ada nada tak puas hati di situ.
Harith memusingkan kembali tubuh, menghadap Arlyssa. “Keluar pergi beli barang dapur. Kat dapur tu kan tak ada makanan. Esok-esok kalau awak lapar senanglah nak masak. Semua barang dapur dah ada,” tenang Harith menjawab. Dia sedar. Jika sorang jadi api, sorang lagi perlu jadi air. Sorang panas dan sorang lagi perlulah jadi penyejuknya. Tak boleh dua-dua panas. Runtuhlah rumah tangga kalau macam tu gayanya!
Barang dapur? Masak?! Wo wo wo… Aku mana pandai masak! Semua bab masak-memasak ni kerja Bibik Nor! Apa kelas aku nak masak! jerit Arlyssa di dalam hati.
“Saya tak pandai masak! Tak payahlah beli barang dapur,” protes Arlyssa. Sambung tidur lagi elok.
“No, no! Awak kena pergi jugak. No more excuses!” kali ni giliran Harith pula membalas. Ton suaranya sedikit tinggi tapi tidak setinggi ton suara Arlyssa. Dan secara spontan ayat bahasa Inggeris terkeluar. Harith menarik tangan Arlyssa.
“Tak nak lah!” Arlyssa masih tak mahu berganjak.
“Okay, fine! Awak nak saya dukung awak?” agak nakal Harith menyoal. Suaranya sudah bertukar. Lagak macam penggoda nombor satu! Dia sudah menunjukkan tanda mahu mengangkat Arlyssa dengan sepasang tangannya semakin mendekati tubuh Arlyssa.
“Tak payah! Saya boleh bangun sendiri!” laju Arlyssa membalas. Nampaknya semakin hari, semakin terserlah perangai sebenar lelaki di hadapannya ini. Dan Arlyssa perlu lebih berhati-hati lagi selepas ni. Ada saja tindakan di luar sedar yang akan lelaki ni buat!
Arlyssa menapak ke bilik air dengan rasa marah yang terbuku di dalam dada. Tajam matanya menjeling Harith. Harith pula buat-buat bodoh. Siap senyum lagi. Makin buat hati Arlyssa geram!
No comments:
Post a Comment