“ITULAH! Orang dah cakap dah dulu. Tak ada faedahnya pergi menghambat bola yang sama tu ke hulu ke hilir dalam masa sejam lebih. Buat habis tenaga saja. Buat lelah badan. Kat luar padang tu berlambak lagi bola spare. Main sajalah bola-bola tu sampai siang besok pun. Ini tidak, sibuk juga dia nak kejar bola yang satu tu. Macam orang tak ada kerja! Nanti Zara belikan Iman bola yang baru. Cakap aje nak corak apa. Tembikai? Kepala ultraman? Zara boleh belikan. Ini tidak, sanggup dia berpenat sakan bermain permainan gila tu.” bebel
Zara dengan panjang lebar.
Zara dengan panjang lebar.
“Tak ada faedah langsung. Baik duduk dalam bilik, study. Senang. Nak dekan sangat katanya dulu.” Bebel Zara lagi lalu diletakkan ais ke pipi abangnya yang agak lebam kesan daripada terjatuh tadi. Aiman mencemikkan mukanya. Geram dibebel macam mak nenek oleh Zara. Melihat cemikan Aiman menambahkan rasa bengang Zara. Dia menonyoh pipi Aiman dengan beg ais itu tanda dia benar-benar geram. Dah nak pengsan pun ada hati lagi buat muka!
“Sakitlah!” Aiman mengaduh. Tangan Zara dicengkam kuat. Geram. Zara membuntangkan matanya. Memberi amaran. Dia dengan Aiman sangat rapat. Mereka tidak mempunyai adik beradik yang lain.
“Siapa suruh buat muka!”Marah Zara.
“Zara membebel macam mak nenek. Bising! Bingit telinga! Orang tak suruh Zara membebel pun kan? Bising sangat dia. Macamlah tangan dia yang Iman patahkan!” bebel Aiman geram.
“Zara bebel, Iman buat muka. Ingat handsome sangatlah bila buat muka macam tu? Muka tu dah tak handsome lagi. Pipi dah biru. Muka dah macam tak siap!” Bebel Zara lagi. Aiman tergelak bila Zara mengutuk mukanya. Padanya, Zara menurun benar perangai mak mereka. Kuat membebel. Sekali Zara membebel, payahlah nak berhenti!
Mulut Zara memang ‘berbisa biawak komodo’. Suka menyembur orang sesuka hati. Itulah bahaya untuk adiknya berkawan dengan orang-orang di sini. Dia yang tidak berapa benarkan Zara untuk berkawan. Bukan kerana hendak mengongkong si adik tetapi untuk ‘keselamatan’ hati orang ramai. Mulut adiknya penuh bisanya. Sekali dia mengeluarkan bisa, jangan haraplah ada yang tak menangis! Aiman sendiri pun pernah termenangis dibuatnya.
Dia beberapa kali makan hati dengan mulut adiknya sendiri. Tetapi, adiknya itu juga ada penawarnya. Zara pandai dalam bab-bab beli jiwa ini. Zara sangat pandai memujuk. Sampai lembut hati orang yang dah berkecai disemburnya.
“Bila orang membebel, dia gelak. Suka sangat agaknya kena bebel.” Soal Zara geram.
Telinga si abang dipulas geram. Aiman mengaduh kesakitan. Abangnya ini memanglah aktif. Semua sukan pun dia nak terlibat sama. Kalau ada sukan tenis, dia masuk tenis. Kalau ada panah, dia masuk panah. Ada ragbi, dia masuk ragbi. Macam tak cukup kasih sayang pula Zara melihat abangnya ini. Semua kelab sukan pun dia ada nak menempel mendamba kasih. Tahulah atlet. Irsyad pun dua kali lima juga.
Tetapi Irsyad lebih tertumpu kepada sukan ragbi. Bola sepak pula, lelaki itu kurang melibatkan diri sebenarnya. Zara pernah tengok bagaimana Irsyad melibatkan diri dalam bermain ragbi. Dari situlah permulaannya di mana dia jatuh suka dengan Irsyad. Lelaki itu sedang bermain ragbi dengan serius sewaktu dia berjalan pulang dari kelas. Apabila si jurulatih bercakap dalam telefon, Irsyad menjatuhkan kawannya dan menggeletek si mangsa bersama rakan pasukan yang lain. Tergelak Zara melihat kejadian itu. Irsyad nampak happy... Irsyad yang sedari tadi ada di situ hanya memerhati tingkah Zara yang begitu sibuk merawat Aiman. Dia mendengus tidak senang hati apabila tangan Zara dan Aiman bersentuhan berkali-kali. Rapat benar. Bebelan Zara yang merimaskan Aiman itu sepatutnya hanya untuk dia. Kalau dialah yang dibebel Zara begitu, dia lagi suka. Nampak bahawa ada yang ambil berat. Caring gila Zara pada Aiman.
‘Dengan aku, nak senyum pun tak pernah!’ Bebel hati Irsyad geram. Zara sangat sombong dengannya. Masalahnya, dengan orang lain, Zara tak ada pula nak buat perangai sombong dia. Dengan Irsyad sahaja. Tercabar betul hati Irsyad jadinya. Aiman yang dibebel Zara itu hanya mencemik. Bertambah panas hati Irsyad melihatnya. Nampak sweet sungguh mereka berdua ini. Itu yang harus Irsyad akui. Yang seorang membebel penuh prihatin kalah mak nenek, dan yang seorang lagi buat muka merajuk minta dipujuk. Kalau dia di tempat Zara, sudah lama dia cepuk muka Aiman yang mencemik begitu. Ingat comel sangat agaknya? Dengki betul dia melihat kemesraan pasangan di hadapannya itu
“Lepas ni jangan main bola lagi. Nanti Zara belikan Iman bola satu guni!” Sembur Zara lagi. Dia duduk di sisi Aiman. Aiman tergelak kuat mendengar kata-kata adiknya.
“Gelak pulak!” Marah Zara geram.
“Dah Zara tu cakap merepek macam tu, siapa yang suruh? Apa ke jadahnya nak beli bola untuk Iman? Macamlah Iman tak mampu. Iman nak main bola sepak pun dia marah. Sibuk aje. Minat orang ni, supportlah sikit.” Bebel Aiman tidak mahu kalah. Berkerut-kerut keningnya memprotes.
Zara menonyoh beg ais yang dipegangnya tadi ke pipi abangnya sekali lagi dek rasa geram dengan sikap abangnya yang tidak mengenal erti serik itu. Sakit-sakit begitu pun ada hati lagi hendak membantah kata-katanya. Tangan sudah patah sebab bola. Takkanlah tak serik!
“Sakitlah Zara!” Aiman menepis tangan Zara. Geram. Zara pula menjelirkan lidahnya mengejek. Siapa suruh degil sangat.
“Ehem!” Irsyad berdeham.
Dia bagaikan tidak wujud pula di situ. Geram sungguh. Dia bukanlah rapat mana pun dengan Aiman, tapi bila melihat Zara bersungguh-sungguh memapah Aiman tadi, hatinya jadi sakit. Sakit cemburu mungkin! Mana ada lagi gadis yang bersikap sombong dengannya sebelum ini. Dia hot stuff di UiTM itu.
Disebabkan oleh rasa bengang dan cemburu yang melampau, dia turut keluar padang. Kononnya untuk membantu Aiman sedangkan, dia hendak nampak baik di mata Zara. Biarlah. Satu gol sudah disumbangkan kepada pasukan mereka. Kalau diikutkan hati yang sedang marak dengan api cemburu ini, sudah lama didebik si Aiman sehingga lelaki itu tidak mampu bergerak langsung. Cemburu punya fasal. Namun dia masih waras.
“Oh! Irsyad. Lupa pulak kau ada kat sini. Thanks ya dah tolong aku.” Aiman mengucapkan terima kasih kerana membantunya tadi. Zara mengerling sekilas ke arah Irsyad yang berdiri tegak di muka pintu bilik rawatan itu. Sumpah dia handsome! Jerit hati Zara kuat. Zara buat muka selamba. Tidak terfikir untuk menghadiahkan sekuntum senyuman pun buat si teruna.
Dia tidak selesa dengan pandangan jengkel Irsyad terhadap abangnya. Nampak sangat Irsyad membantu abangnya tanpa rasa ikhlas.
“My pleasure.” Jawab Irsyad entahkan ikhlas entahkan tidak. My pleasure ke pressure? Soal Zara di dalam hati. Irsyad mengerling ke arah Zara yang begitu prihatin terhadap Aiman. Cemburunya datang lagi. Sudah lama dia menaruh hati kepada Zara. Tetapi, siapa yang Zara pandang? Aiman juga!
“Irsyad sayang!” Panggil satu suara gedik entah dari planet mana munculnya. Potong stim! Zarinalah, siapa lagi. Dia berjalan tergedik-gedik menghampiri Irsyad. Zara dan Aiman berpandangan dengan wajah jengkel. Ada isyarat mata yang sempat mereka hantar melalui pandangan itu. Masing-masing cuba menahan tawa melihat telatah gedik terlajak Zarina itu.
Entah mana perginya kasut tinggi dia tadi? Sekarang, dia hanya berselipar jepun! Kelakar sangat!
“Eh! Zara, jumpa lagi kita ek?” Tegur Zarina seraya memaut lengan Irsyad. Irsyad buat muka selamba sahaja. Sudah biasa dipeluk Zarina begini. Sejak kecil memang mereka begini. Padanya, sepupunya yang seorang ini memanglah ‘kureng’ sikit. Tahu nak berkepit dengan orang sahaja dua puluh empat jam. Tak fikir dah pada pandangan orang ramai. Berkali-kali ditegur, tetap sama. Akhirnya Irsyad sudah terbiasa. Ini semua gara-gara Auntie Masturalah yang memintanya untuk menengok-nengok si Zarina ni. Anak tunggal kesayangan auntie Masturalah katakan. Kalau ada apa-apa yang berlaku kepada Zarina, dialah yang bakal dipersalahkan kerana mereka belajar di tempat yang sama. Irsyad sebagai ‘abang sulung’ perlu menjaga kebajikan ‘adiknya’. Irsyad mengeluh.
Mujur juga Auntie Mastura sentiasa berpesan benda yang sama. Kalau tidak, diberi sejuta ringgit pun dia tidak mahu. Buat malu sahaja. Zarina asyik-asyik datang menyibuk tak kena tempat dan masa. Susahlah untuk Irsyad mengurat Zara. Tentu Zara akan salah erti hubungan Zarina dengan dia!
Sebenarnya, Irsyad tidak berapa gemar akan perangai Zarina ini. Namun, disebabkan mulut Zarina yang selalu mengadu itu dan ini kepada mamanya, Irsyad tidak boleh berbuat apa melainkan bertahan sahaja. Terpaksalah dia melayan budak ‘tak siap’ itu.
Zara naik meluat melihat kegedikan Zarina itu. Bertambah parah bila melihat tangan si Zarina yang memeluk lengan Irsyad. Tergedik-gedik aje dia. Si Irsyad pula hanya mempamerkan wajah tak beriak. Serius sahaja wajahnya.
“Yalah, jumpa lagi kita ek? Tak sangka betul! What a small world. I tak sangka boleh terserempak dengan you dekat UiTM Jengka ni! This is a small world after all.” Ujar Zara dengan nada sarkastik dengan muka seriusnya. Dah namanya belajar satu universiti, apa yang nak dia terkejutkan sangat bila bersua? Macamlah UiTM ni besar sangat? Sengal betul! Kutuk Zara di dalam hati.
Dilihat Aiman dan Irsyad sedang cuba menahan tawa sehingga terhinggut bahu mereka berdua. Kelakar melihat riak meluat Zara yang menyindir Zarina. Zarina sudah terkulat-kulat disindir begitu. Malu.
“You dengan Aiman ni macam... ek... are you?” Belum sempat Zarina menghabiskan katanya, Zara menyampuk.
“We aa... we aaa... we are... we both... urmm.” Gagap pula! Nak menyampuk sangat, tapi tak tahu nak kata apa! Ingatkan bolehlah dia menepis tanggapan Zarina kepada mereka, rupa-rupanya dia dua kali lima sahaja gagap seperti Zarina.
Irsyad semakin panas hati. Aiman menggeleng-gelengkan kepalanya kepada Zara. Dia tidak mahu Zara memberitahu status mereka kepada Zarina. Kalau terbongkar juga status mereka, biarlah terbongkar di hadapan Irsyad seorang sahaja. Bukannya Aiman tidak tahu bahawa Zarina itu ada hati dengannya. Kalaulah ‘kantoi’ hubungan Zara dengannya nanti, habislah dia! Habislah juga Zara yang terpaksa menjadi orang tengah! Tak mahu! Geli dengan Zarina. Sampai tahun 2020 pun dia tidak mahu tengok muka Zarina! Gedik melampau. Orang gedik pun malu nak menggedik sebegitu rupa.
“Oh! I get it. No need to explain more. Wow, you both look... sweet.” Lambat-lambat dia memuji. Air mukanya berubah seiring dengan pujiannya. Waktu itu juga menyaksikan perubahan wajah Irsyad mendengar pujian Zarina.
No comments:
Post a Comment