Thursday, 5 March 2015

Bertaut Kasih - Bab 3

“HOI Fir! Ni pehal kau angkut aku pergi bahagian pakaian perempuan ni? Kau ni takkan la...” Belum sempat Zaff menghabiskan kata-katanya, Firdaus pantas mencelah.

“Oi! Cakap elok-elok sikit ek? Jangan nak fikir yang bukan-bukan pulak,” marah Firdaus seraya cuba memperlahankan nadanya. Geram pula dia dengan mulut lepas Zaff ni. Harap muka je boleh tahan, tapi mulut macam cili api. Pedas! Zaff tersengih kambing.

“Ops! Sorry, sorry... Takdelah... Aku pelik, kau nak buat apa datang sini? Kata nak cari baju. Wei, lelaki punya kat sanalah. Takkanlah kau nak beli baju perempuan kut. Kau nak belikan kat adik kau ke? Hesy! Takkanlah Aria nak pakai baju macam ni,” bebel Zaff.

Mata Zaff melilau-lilau meneroka kawasan ladies department. Malu pun ada jugak bila ada beberapa wanita yang memandang mereka dengan pandangan… Ah! Susah nak describe. Yalah, dahlah kawasan yang mereka berada ni berdekatan dengan bahagian pakaian... takkan nak sebut kut, sendiri fahamlah, ‘adik-adik’ dahlah macam-macam colour pulak tu. Naik segan Zaff dibuatnya. Firdaus berdecit.

“Alah kau ni bisinglah. Apa salahnya kalau aku nak beli baju ni untuk Aria sekalipun? Kau ingat adik aku tu just pakai baju branded je ke?” Ujar Firdaus. Dia masih belum bersedia untuk menceritakan perkara sebenar.

‘Takkanlah aku aku nak beritahu Zaff yang aku ke sini nak cari baju Dhieya, memang banyak masalahlah nanti.’ Getus hati Firdaus.

“Yelah manalah tau kan. Dah mummy kau pun pakai barang-barang yang branded je, so... takkanlah satu-satunya anak perempuan dia nak pakai barang tak branded kut. Jatuhlah standard,” ujar Zaff pedas.

“Isy mulut mamat ni!” Bentak Firdaus geram. 

“Wei, kau ni kan... mulut memang tak reti senyap ke? Dari tadi lagi kau asyik membebel aje. Aku taulah kau tengah frust dengan Tira plastik kau tu... tapi tak payahlah nak sindirsindir mummy aku pulak. Macamlah kau tak kenal mummy aku tu macam mana? Pasal Aria pulak, kau ni dah berapa lama kenal adik aku tu? Cakap macam baru kenal sehari aje. Kalau dia dengar memang padanlah dengan muka kau,” kali ni giliran Firdaus pula yang membebel. 

“Eh! Bukan betul ke?”

“Eh! Dahlah Zaff. Aku malas nak jalan dengan kau. 

Bising aje dari tadi. Boleh tak kau diam sekejap sementara aku nak cari baju ni?” Bentak Firdaus geram. Zaff mencebik. 

“Fine!” Balas Zaff seraya menjeling. Dia terus merayap ke tempat lain. Nak buat macam mana... dah orang halau, kan? Macam pompuan pulak si Zaff ni. Nak merajuk bagai! Firdaus langsung tidak mempedulikan Zaff sebaliknya dia terus mencapai beberapa pasang baju dan seluar. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Pantas dia terus memanggil Zaff. 

“Zaff!”

“Apa?” Sahut Zaff tidak jauh dari tempat Firdaus berdiri.

“Sinilah jap. Nak tanya kau ni.”

“Hei mamat ni, tadi halau-halau aku, sekarang panggil pulak,” bebel Zaff.

“Kau bebel apa ni? Kutuk akulah tu,” tembak Firdaus.

“Ha’ah betullah tu. Pehal kau panggil aku? Aku nak pergi sana jap,” soal Zaff lantas mengiakan kata-kata Firdaus. Firdaus menjeling.

“Aku nak tanya ni. Macam mana nak pilih tu?” Bisik Firdaus perlahan sambil jari telunjuknya mengarahkan ke bahagian yang menempatkan pakaian dalam wanita. Zaff membulatkan matanya. Rasa tidak percaya. 

‘Eh biar betul mamat ni?’

“Kau biar betul wei? Agak-agak la... kalau yang ‘adikadik’ tu pun kau nak beli jugak untuk Aria?” Sedaya upaya Zaff merendahkan suaranya dek akibat rasa terkejut tahap gajah dengan perangai Firdaus ni.

“Alah kau, aku tanya kau jawablah. Tak payah nak tanya aku balik,” Firdaus masih cuba sedaya upaya menyembunyikan hakikat sebenar.

“Kau Fir, baik kau cakap dengan aku sejujurnya. Kau beli semua ni sebenarnya untuk siapa? Kalau untuk awek-aweks kau yang keliling pinggang tu... mustahillah Fir!” Bentak Zaff. Zaff yakin ada sesuatu yang disembunyikan Firdaus daripada pengetahuannya. Firdaus menelan air liur. Terasa rahsia yang cuba disembunyikannya pasti akan pecah. Bukan dia tidak tahu sikap Zaff yang satu ni. Kalau dia dah syak ada sesuatu yang tak kena, sampai ke lubang cacing dia korek, gali habis-habisan.

“Zaff, aku... aku beli... untuk...” Firdaus mencari-cari ayat-ayat untuk menutup rahsianya yang hampir pecah ni. Dia belum bersedia lagi untuk memberitahu tentang Dhieya. Zaff masih menunggu jawapan Firdaus.

“Untuk sapa?” Sergah Zaff. Firdaus terperanjat.

“Untuk Tiaralah! Sapa lagi,” jawab Firdaus pantas. Dia menarik nafas lega. Zaff mengerutkan dahinya. Kurang mempercayai kata-kata Firdaus.

“Betul ke ni? Ke kau tipu aku?” Serkap Zaff lagi. 

“Hesy! Yalah. Mana ada aku tipu,” bohong Firdaus. Dia sedikit teragak-agak tapi nak buat macam mana. Dah itu aje alasan yang munasabah. Zaff memang tahu pasal Tiara tu.  ‘Sorrylah Zaff, aku tak ready lagi nak citer pada kau!’ Katanya dalam hati.

“Okey, aku percaya,” ucap Zaff ragu-ragu dalam nada perlahan. Matanya masih memandang mata kelabu milik Firdaus yang seakan-akan tidak tentu arah. 

‘Takpe. Memang kau tak nak beritahu sekarang. Nanti tahulah aku nak korek macam mana.’

“Eh! Cepatlah tolong aku, kau kan pandai bab-bab ni,” gesa Firdaus.

“Ei! Yalah, sabarlah sikit. Kau ni memang tak baiklah cakap aku macam tu,” kata Zaff mengada-ngada. 

“Eh! Dah memang betul, kan?” Usik Firdaus. 

“Dahlah, kau nak aku tolong ke idak ni? Kang aku tak tolong!” Ugut Zaff. Dah malas nak layan Firdaus ni. Tak betul ke apa mamat ni, nak usik-usik si Zaff pulak.

“Yalah nak minta tolonglah ni. Hah macam mana?” Suaranya Firdaus rendahkan. Bimbang kalau orang yang berada di kawasan itu mendengar perbualan mereka yang hot tak bertempat ni. Kang tak pasal kena hempuk kejap lagi! Yalah dahlah cakap pasal benda yang agak ‘sulit’, buat malu aje!

“Macam nilah. Kau agak jelah berapa saiz bahagian tu. Contohnya yang ni... kau jangan beli yang ketat sangat. Nanti tak bernyawa pulak. Agak-agak je berapa saiznya. Kau paham tak? Kalau dah tak tahu sangat... kau beli jelah apa-apa saiz pun. Malaslah aku nak masuk campur. Aku nak pergi sana, tata...” Kata Zaff terus berlalu. Pulak dah si Zaff ni... Firdaus yang berada di situ tergaru-garu kepala hendak memilih saiz yang mana.

‘Alamak! Macam mana ni? Sengallah Zaff ni... boleh je dia blah macam tu aje? Hesy! Jap-jap aku ingat balik. Dhieya tu takdelah besar mana, kecik je badan dia. Comel lote gitu. Kalau macam tu, aku ambik je la yang ni. Warna? Hehehe... merahlah kut. Seksi habis! Hahahaha...’ Bisik Firdaus nakal. Dia ni memang. Tak senonoh! Kalau lelaki tu, lelakilah jugak! Firdaus terus memilih yang mana dirasakan sesuai. Menggigil kut tangan masa nak pegang ‘mende alah’ tu. Perempuan yang berdekatan dengannya dah pandang slek je tengok. Hesy! Mesti dah merah muka si Farhan ni. Tak tahu dah nak letak mana. Selepas memilih, dia terus menuju ke kaunter bayaran. Cashier tu pulak hanya menjeling semacam aje. Sekejap-sekejap senyum walaupun dia cuba cover. 

‘Alah! Mungkin sebab aku yang hensem ni kut!’ Alahai! Perasannya Syed Firdaus Hakimi Syed Fahim ni... Setelah membayar harga barang-barang’ itu, Firdaus cuba menjelajah pulak di sekitar kawasan pusat membeli-belah yang terkenal itu. Matanya mencari-cari dari  satu ke satu kedai. 

‘Hah! Ada pun!’

Dia terus melangkah masuk ke kedai itu yang dipenuhi  dengan peralatan solat seperti songkok, sejadah dan macammacam lagi. Dia sebenarnya hendak mencari telekung untuk Dhieya kerana dia perasan semasa hendak solat subuh tadi, Dhieya hanya mengenakan tuala dan kain kapas untuk menutuk auratnya. Pakaian pula hanya baju kurung semalam. Terasa kasihan pula Firdaus.

Usai membeli, dia terus menghubungi Zaff.

“Helo Zaff, kau kat mana ni?” Tanya Firdaus sebaik sahaja Zaff mengangkat panggilannya.

“Aku kat depan Secret Recipe ni, dekat pintu masuk. Cepatlah, aku tunggu ni,” balas Zaff.

“Okay, I’m coming,” kata Firdaus lantas terus mematikan panggilan.

Langkah kakinya dihalakan ke arah tempat yang ditunggu Zaff. Sepanjang perjalanannya, dia perasan ada beberapa kaum hawa yang memandangnya tidak berkelip. Ada yang tersengih-sengih, ada yang berbisik-bisik, ada yang hesy! Macam-macamlah.

Yalah Firdaus ni memang boleh tahan orangnya. Bukan setakat boleh tahan tapi memang handsome sangat pun. Mempunyai kulit yang cerah, bibir yang merah dan seksi, lesung pipit yang mahal dan yang pentingnya body tough! Sasa dan tegap, sesuailah dengan kredibilitinya sebagai bakal pewaris Merida Holdings. Kacak, tampan, bergaya, bijak dan sentiasa menjadi rebutan ramai wanita. Tidak hairanlah dia sentiasa dikelilingi dan digilai oleh wanita-wanita cantik termasuklah Sh. Emilina dan Tiara.

SELEPAS PUKUL 9.00 malam, barulah Firdaus pulang. Setelah lepak bersama Zaff sehingga ke petang, Sh. Emilina pula yang menghubunginya. Pada mulanya dia memberi pelbagai alasan tetapi entah bagaimana dia terserempak dengan Sh. Emilina yang secara kebetulan juga berada di situ. Terus wanita itu mengajak Firdaus untuk menemaninya.

Nak tak nak, terpaksalah Firdaus menemani Sh. Emilina apabila gadis itu merengek-rengek manja dan menggeletis dengannya di khalayak ramai. Tak naklah orang cop dia apa-apa pulak nanti. Kalau diikutkan Sh. Emilina tidak membenarkan Firdaus pulang tetapi Firdaus tetap berkeras hendak pulang dengan alasan dia kepenatan setelah seharian berada di luar
rumah.

“Alah you ni! Kalau dengan I asyik nak balik awal aje,” rengek Sh. Emilina manja yang lebih mesra dipanggil Emilina. 

“Lin! I penatlah. Tolonglah faham. Dahlah, I balik dulu,” habis ayatnya dia terus melangkah pergi meninggalkan Emilina di situ keseorangan. Lantaklah dengan minah tu! Rimas dia. Setelah loceng ditekan, muncul wajah Dhieya di muka pintu mengukir senyuman. Firdaus hanya pandang sekilas lalu mula mempamerkan wajah seriusnya. Dia lantas melangkah masuk lalu menghulurkan beberapa beg kertas dan plastik di kiri dan kanannya kepada Dhieya. Sebaliknya Dhieya terpingapinga sendirian.

“Lah! Yang you tengok aja tu buat apa? Ambiklah, takkan I nak pegang ni sampai esok kut?” Marah Firdaus. Mendengar amarah Firdaus, Dhieya pantas mengambil barangbarang tersebut dari tangan Firdaus.

“Beg-beg kertas tu barang you and yang lain-lain tu ada barang dapur sikit-sikit. I tak sempat nak beli yang lain. Lagipun I tak berapa tahu nak beli barang-barang dapur. Buat masa ni, you makanlah apa yang ada dulu. Nanti tak cukup... I beli lain,” usai sahaja menghabiskan ayatnya yang terakhir, Firdaus terus memanjat anak tangga menuju ke biliknya sambil jari-jemarinya mengurut-urut tengkuknya yang lenguh. Dhieya hanya memandang sahaja langkah Firdaus itu. Bibirnya mula mengukir senyuman manis.

‘Tak adalah kejam mana dia ni. Baik aje. Masih ingat kat aku lagi walaupun dia keluar,’ puji Dhieya dalam hati. Dhieya ke dapur dan menyimpan barang-barang dapur di tempat yang sesuai. Selepas itu dia terus menuju ke biliknya lalu mengeluarkan barang-barang dari beg-beg kertas pula. Dia tersenyum saat memegang sepasang kain telekung yang lembut dan disulami kerawang yang cantik. Dhieya mencium telekung itu.

‘Alhamdulillah, inilah yang aku perlukan,’ bisik hati Dhieya.

Tangannya pantas mengeluarkan barang-barang lain dari beg-beg kertas. Ada syampu, berus dan ubat gigi, deodoran, losyen, bedak, baju, skirt dan seluar. Serta... ‘adik-adik kecil’
yang terdiri daripada pelbagai warna dan jenis! Spontan darah merah menyerbu muka Dhieya. Malunya, usah ceritalah. 

‘Aduh! Apa agaknya dia fikir masa nak beli semua benda ni? Mesti dia ingat bentuk... Argh! Malunya!’ Sehingga ke lena, Dhieya tidak dapat menahan malunya. Malu betul dia rasa.

No comments:

Post a Comment