KARINNA memandang wajah serius Firdaus yang
tekun meneliti fail di tangannya sambil menyelak sehelai
demi sehelai kertas yang tertera di fail itu.Sejak dari mula
mereka diperkenalkan, sehingga dia duduk di hadapan jejaka
itu, Firdaus membisu tanpa sepatah perkataan. Hanya duduk
sambil membelek itu dan ini. Pandang dia pun tidak.
Karinna menahan rasa. Kalau diikutkan hatinya yang
melonjak-lonjak kegembiraan kanak-kanak Ribena, sudah lama
dipeluk lelaki itu. Melepaskan kerinduan yang lama terpendam.
Melihatkan wajah keruh dan serius yang dipamerkan, Karinna
mematikan hasratnya. Dia tahu, marah Firdaus masih belum
surut. Malah masih membara amarah itu. Mungkin.
Sungguh tidak disangka yang dia akan berjumpa
kembali dengan pemuda tampan di hadapannya ini. Pemuda
yang pernah bersama-sama dengannya suatu masa dahulu.
Pemuda yang pernah berjanji akan menyayangi dan
mencintainya sehingga ke akhir hayat. Dia sungguh bahagia
saat itu. Langsung tidak memikirkan kesannya. Namun
cintanya terhalang. Tetapi Firdaus tidak tahu.
Dia langsung tidak ingat bahawa Merida Holdings yang
bakal bekerjasama dengan syarikat yang diwakilinya adalah
milik keluarga lelaki itu. Dia terlupa kerana perbezaan masa
lapan tahun menjauhkan diri di negara orang membataskan
pemikirannya untuk mengingati semua itu. Firdaus pernah
menceritakan tapi dia yang tidak ambil peduli. Terlalu mabuk
dengan kasih sayang Firdaus.
Sewaktu dilantik menjadi wakil bagi syarikatnya, dia
seakan-akan ingat lupa akan nama Merida Holdings walaupun
syarikat gergasi itu semakin gah membina nama di persada
dunia. Sehinggalah takdir menemukan dia dan Firdaus, pemilik
mutlak hatinya.
Namun sedikit pun dia tidak lupa akan tentang lelaki
itu. Kesukaannya, kebenciannya, kegemarannya dan segala
yang berkaitan tentang lelaki itu. Lapan tahun dia membawa
diri tidak sedikit pun menjejaskan ingatannya daripada
terus mengingati lelaki itu. Lelaki itu sering bermain dalam
mindanya, fikirannya malah masih kekal kukuh di hatinya.
“I rasa setakat ini aja perbincangan kita,” ayat pertama
meluncur di bibir Firdaus menyentak tangkai hati Karinna. Dia
terpana.
“But why? Kita belum discuss apa-apa pun lagi Fir.”
“Encik Firdaus!” Firdaus membetulkan. Tegas
nadanya. Matanya tidak dihalakan kepada Karinna. Bimbang
hatinya lemah dengan wanita yang pernah bertakhta di hatinya
dahulu. Firdaus menutup fail dan menyusun kertas-kertas yang
berselerak di mejanya tanda semuanya sudah selesai.
Karinna hanya melihat menahan rasa.
“I’m sorry,” Karinna meminta maaf. Dia mengeluh
perlahan. Terasa masa berlalu dengan pantas. Dia masih belum
puas menatap wajah kacak itu.
“Tak payah discuss apa-apa. Semua okey mengikut
perancangan. So, lepas ni you tak perlu susah-susah datang sini. I akan hantar wakil I untuk adakan perbincangan ni kalau
ada-ada perubahan,” tegas Firdaus bersuara
Sebenarnya dia hendak mengelak daripada bertemu
dengan Karinna lagi. Dia tidak mahu kisah silam diungkit
lagi setelah dia mula selesa dengan kehidupannya sekarang.
Kisah silam yang menyakitkan. Pedih untuk dikenang. Dia
pasti Karinna akan menyebut perkara itu. Itulah yang ingin dia
elakkan.
“You nak elakkan diri daripada I, kan Fir?” Perlahan
suara Karinna. Sayu. Dia memandang wajah Firdaus yang
lansung tidak mempedulikannya.
Firdaus yang berpura-pura sibuk mengemas itu sedikit
terkedu namun tangannya laju menyusun kertas-kertas itu. Itu
semua adalah gimik, sedangkan selama ini Akma yang akan
mengemaskan semua fail-fail tersebut.
“ I takde masa nak elak-elak ni semua. Maaf ya Cik
Karinna. This is office. Bukan taman bunga!” Sindir Firdaus
terus bangun dari kerusinya hendak berlalu ke muka pintu.
Namun tangan Karinna pantas memaut lengan Firdaus.
“Please Fir. Don’t do this to me. You tak sayangkan I
lagi ke?” Rayu Karinna.
Firdaus mendengus lalu merentap lengannya kasar.
Matanya tajam memandang wajah Karinna yang sayu. Karinna
mengetap bibir. Ternyata telahannya tidak silap. Dia dapat
melihat bahang amarah di mata kelabu milik Firdaus.
“What? Sayang? Hei! You siapa nak cakap pasal sayang
dengan I ni? Please Karinna, we are over. Don’t you get it?”
Marah Firdaus namun suaranya masih dikawal agar tidak
didengar oleh stafnya.
“Fir, bagilah I peluang untuk jelaskan semua. I tak
berniat nak buat you macam tu. I terpaksa Fir. Selama lapan
tahun, I sikit pun tak lupa pada you. You masih tetap dalam
hati I.”
“Peluang apa? Hei! You tak payah nak ungkit cerita lama
depan I! I tak nak dengar apa-apa pun dari mulut perempuan
macam you! That’s all rubbish!” Merah mata Firdaus menikam
anak mata Karinna yang jelas terkejut.
“Sampai hati you Fir. Langsung tak bagi I peluang
untuk jelaskan semua, betulkan semua ni. You tak tahu I
terseksa di sana. Berjauhan dengan you Fir hampir buat I
putus asa,” Karinna mengalirkan air mata. Sebak hatinya
mengenangkan kata-kata tajam Firdaus.
“You tak payah nak buat air mata depan I Karinna. I
dah cukup happy dengan life I sekarang, and now you datang
nak musnahkan? You tak puas lagi ke hancurkan hati I dulu?
Enough Karinna! Baik you keluar sekarang. I tak nak tengok
muka you. Out!” Tengking Firdaus. Wajahnya merah menahan
amarah dan sakit di hati yang melampau.
Karinna cuba merayu namun pandangan tajam Firdaus
mematikan hasrat Karinna. Mungkin Firdaus memerlukan
masa untuk bertenang. Mungkin juga dia masih terkejut dengan
kehadirannya di sini tanpa diduga.Karinna mencapai beg tangan
dan barangnya. Wajahnya ditenangkan. Dia menapak perlahan
namun langkahnya terhenti di hadapan Firdaus. Dia berpaling
memandang wajah yang dirindui saban waktu.
“Fir, walau apa pun yang berlaku pada hubungan
kita dulu, I tetap sayangkan you. Tak pernah berubah. Masih
tetap macam dulu. I masih ingat dan pegang janji you untuk
menyayangi dan mencintai I sehingga ke akhir hayat. I tak
pernah lupa Fir dan I harap you juga tak pernah lupa,” sayu
suara Karinna. Matanya berkaca-kaca namun ditahankan juga
agar empangan itu tidak pecah meluahkan isinya sehingga dia
keluar dari pejabat mewah Firdaus.
Karinna terus berlalu sebaik sahaja ayat terakhirnya
menjengah ke telinga Firdaus. Firdaus terkaku walaupun pintu
itu telah ditutup rapat. Akma mengetuk pintu sebelum masuk,
melakukan tugasnya seperti biasa mengemas meja Firdaus.
namun Firdaus pantas menghalang.
“Leave me alone!” Akma akur dengan arahan ketuanya
pantas keluar dari bilik itu. Tidak sanggup melayan mood kepala
angin Mr. Big Bossnya.
Firdaus menghenyakkan tubuhnya di sofa empuk
yang terdapat pada ruang yang luas itu. Dia meraup wajahnya
perlahan. Mendengar kata-kata terakhir Karinna membuatkan
dia tersentak. Dia sesekali tidak pernah melupakan janjinya.
Tidak pernah!
‘Janji aku pada kau dah mati sejak kau tinggalkan
aku, Karinna!’ Ucap Firdaus perlahan. Perasaan marah dan
kecewanya masih berbahang di hatinya. Seumur hidup, dia
tidak akan pernah lupa yang Karinna pernah meninggalkan
dirinya!
Sambungan
TANGAN DHIEYA lincah melakukan kerja di dapur. Petangpetang
begini kebiasaannya dia akan berada di dapur.
Menyediakan minuman petang. Hanya untuk dirinya kerana
Firdaus akan pulang setelah waktu maghrib berlalu.
Hari ini dia menyediakan puding karamel
kegemarannya. Setelah gula hangus dituangkan ke atas puding
yang sudah dimasak, dia mengangkat pinggan sederhana besar
itu ke dalam peti sejuk. Melihatkan peti sejuk yang tidak teratur
dan sedikit berselerak, membuatkan Dhieya mengetap bibir.
“Isy! Baru aje semalam aku kemas elok, ni dah
berselerak dah! Ni mesti ‘tuan besar’ punya kerja. Kalau
menyelongkar tu tak pernah nak elok!” Dhieya berdecit geram.
Pantas tangannya menyusun kembali botol, bekas dan
segala macam dengan teratur. Baru petang ini dia membuka peti
sejuk. Tengah hari tadi dia tidak memasak, tiada selera. Petang baru ada semangat nak masak. Setelah selesai mengerjakan isi
peti sejuk, dia meletakkan pinggan puding karamel itu dengan
berhati-hati. Takut gula tertumpah, nanti melekit. Satu kerja
pulak nak membersihkan peti sejuk.
Piring kecil berisi sos dikeluarkan. Dia mendekatkan
hidungnya. Dia mencebik.
“Ni mesti makan tak habis, sumbat aja! Senang betul
kerja lelaki ni? Satu kerja pulak nak buang. Membazir betul!
Sos cili letak dalam peti sejuk! Senang aja kerja dia.” Bebel
Dhieya lagi.
Piring kecil yang masih penuh dengan sos cili itu
dibawa ke singki lalu diletakkan di tepinya. Periuk bekas gula
hangus itu perlu dibersihkan terlebih dahulu supaya tidak
menjadi sasaran semut. Manis! Dia membasuh sebersihnya lalu
diletakkan di atas para.
Tiba-tiba tangannya telah tertepis piring sos tersebut
lalu tertumpah ke lantai. Habis merecik ke merata tempat
“Alamak! Jatuhlah pulak! Hesy! Satu kerja pulak!”
Dhieya mengambil kain tuala kecil lalu dibasahkan sedikit.
Kakinya terus melangkah, tanpa diduga dia telah terpijak
percikan sos cili yang tertumpah lalu tergelincir ke lantai.
Auw! Sakitnya! Dhieya mengusap punggung dan
kakinya yang terasa sengal akibat tergelincir. Dia mengeluh
lemah. Tangannya pantas mengelap sos yang tertumpah tadi.
Dibersihkan lantai itu berkali-kali bagi memastikan tiada kesan
sos yang tertinggal.
“Karang kotor, tuan besar tu bising pulak,” rungut
Dhieya lalu menyental kuat lantai itu. Tiba-tiba dia terdengar
bunyi kunci berlaga. Dahinya berkerut.
“Aik dah balik? Awal lagi ni.”
Firdaus masuk ke dalam rumah dengan wajah yang
lesu. Dia menutup lalu terus mengunci pintu. Wajah Dhieya terpacul di hadapan sambil melemparkan senyuman manis.
Tangan dihulurkan untuk mengambil briefcase dan kot hitam
Firdaus.
“Assalamualaikum. Awal awak balik hari ni?” Sapa
Dhieya tersenyum manis. Comel!
“Hurm! Waalaikumussalam. Salah ke nak balik rumah
sendiri?” Sinis Firdaus menjawab lalu kakinya melangkah ke
ruang tamu. Dia terus merebahkan tubuhnya di sofa tanpa
mempedulikan Dhieya. Penat! Dia memejamkan mata.
Dhieya memuncung.
“Jawab elok-elok tak boleh ke?” Rungut Dhieya. Dia
meletakkan kot dan briefcase milik lelaki itu di atas sofa lalu
laju langkahnya menuju ke dapur. Setelah air dituang, gelas
berisi air oren itu dibawa ke hadapan.
“Awak... ni air,” gelas dihulurkan kepada Firdaus yang
enak menyandar di sofa sambil mata terpejam rapat.
Firdaus mencelikkan mata. Disambut gelas itu lalu
diteguk isinya. Haus gila! Dahi Firdaus berkerut sebaik sahaja
Dhieya berpaling membelakangkannya untuk mengambil kot
dan briefcasenya.
Oppss!
“Err... Dhieya,” panggil Firdaus teragak-agak. Malu
nak sebut tapi.. . argh! Cakap ajelah!
“Emmm...” Balas Dhieya lembut. Wajahnya dipalingkan
menghadap Firdaus.
“You period ke?”
Tersirap darah Dhieya apabila diajukan soalan sebegitu.
Merah wajahnya.
“Hah?”
“No. Cuma skirt you tu ada kesan warna merah. I tak
sure but…” Belum pun sempat Firdaus menghabiskan ayat,
Zara Lily
81
Dhieya pantas menoleh ke belakang melihat skirt labuhnya
yang berwarna putih. Terbuntang matanya.
‘Tak mungkinlah! Ni mesti... alamak!’
“Eh taklah. Ni mesti kesan sos cili tadi!” Nafi Dhieya
sebelum Firdaus berfikir yang bukan-bukan.
“Sos? You mandi dengan sos ke?”
“Mana ada. Tadi sos tu tertumpah, saya tertepis. Masa
nak bersihkan tadi saya tergelincir, agaknya masa terjatuh tadi
skirt saya terkena sos cili tu,” jelas Dhieya sungguh-sungguh.
Firdaus tersenyum. Senyuman nakal.
“Betul ke? Bukan you period ke?” Usik Firdaus.
Makin
merona merah wajah Dhieya apabila diusik begitu.
“Taklah! Kalau period, mesti saya tahu. Err... saya
masuk bilik dululah. Nak tukar,” katanya gelabah.
Dhieya
pantas berlari menuju ke biliknya. Malu dilihat Firdaus.
Firdaus ketawa kecil melihat gelagat Dhieya yang
mengelabah. Semakin comel wajah itu apabila malu diusik.
Merona merah wajah putih mulus itu. Firdaus terus meneguk
minumannya yang masih berbaki. Senyuman masih tersungging
di bibir merahnya.
‘Dhieya. Dhieya... Comellah kadang-kadang. Oppss?’
No comments:
Post a Comment