Friday, 29 May 2015

Isteri Tuan Ihsan- Bab 2

“Ibu?” Berlari Seroja mendapatkan wanita yang
dipanggil ibu itu.

Mata yang tertutup, dibuka perlahan-lahan. Secebis
senyuman pahit Imaninah berikan untuk gadis manis yang
sudah mula mengeluarkan air mata. Wajah manis itu dielus
lembut. Seroja Irdina... satu-satu hartanya dengan arwah
Sholeh.

“Apa ni ibu? Macam mana boleh jadi begini? Ibu kata
ibu dah okey, kan?”

“Jangan menangis sayang. Ibu okey ni. Ibu tiba-tiba
pengsan di rumah semalam. Nasib baik kebetulan Ihsan ada.
Dia yang bawa ibu ke hospital. Ihsan, come! Meet my daughter,
Seroja Irdina.”

Sedikit pun Seroja tidak mengangkat wajah yang
disembamkan ke rahim Imaninah. Air mata terus mengalir
lebat. Seroja rasa takut sangat dengan keadaan ini. Debaran ini
seolah-olah ingin mengisyaratkan sesuatu akan berlaku.

“Seroja, you better tinggalkan ibu dulu. Ibu perlu
berehat. Dia tak sihat. Go and take a rest in the lobby.”

Kata-kata Tuan Ihsan yang berbaur arahan itu dengan
mudah dihadam Seroja. Terangkat kening Imaninah melihat
anak gadisnya melangkah keluar bilik selepas melayangkan satu
ciuman di pipinya.

“I’m impressed. Seroja jarang dengar arahan orang.
Lebih-lebih lagi orang luar. Hanya arwah Sholeh saja yang
boleh buat Seroja ikut kata,” ujar Imaninah sambil tertawa
kecil, namun terhenti setelah melihat wajah keruh Tuan Ihsan.

“Is it that bad?” soal Imaninah tenang.

“Yours is now at the final stage, Iman. You tak ikut
treatment, you tak makan ubat, what do you expect?”

“I tak kuat Ihsan. I dah tak larat nak follow the
treatment. Sakit.”

Tuan Ihsan menghela nafas sedalamnya.

“Jangan mengalah. Imaninah yang I kenal bukan
selemah ini.”

“Imaninah yang kuat itu sudah lama mati bersama
suaminya, Sholeh.”

“Oh God, Iman. Jangan fikir diri sendiri boleh tak?
Kalau ada apa-apa berlaku pada you, macam mana dengan anak
you Seroja Irdina?” bentak Tuan Ihsan.

Tangan meraup wajah kasar. Lelah dia dengan semua
ini. Sesungguhnya Imaninah memang degil! Beribu batu
jauhnya dia terbang balik Malaysia, untuk apa? Ini? Memujuk
wanita yang sudah mati hatinya.

“Kita dah bincang Ihsan. Sebab itu I tebalkan muka,
panggil you kembali. You’re my only hope.”

Tuan Ihsan melepaskan keluhan buat ke sekian kalinya.
Keadaan menjadi semakin sulit buat dirinya. Permintaan
Imaninah seolah-olah seutas tali yang menjerut leher!

“Kita buat treatment ke luar negara, I dengar ada
negara maju yang sudah buat advance research programme
pasal sakit you ni.”

Imaninah senyum segaris.

“No, Ihsan. No more treatments. I dah muak. I dah
penat. Please... Ihsan. I’m begging you. Tolong I. Tolong I
jaga Seroja. Dia tak ada sesiapa lagi, Ihsan. I takut, kalau dia
bersendirian, keluarga arwah Sholeh akan mengganggu dia.

Pasal duit, you jangan risau. Walaupun semuanya
sudah dirampas oleh keluarga mertua I, tapi Sholeh ada
tinggalkan duit yang cukup untuk Seroja. Apa yang Seroja
perlukan sekarang ialah perlindungan. I tak percayakan sesiapa
Ihsan. You tahu kita berdua membesar di rumah anak-anak
yatim. All we have is each other. Can you do the same with
Seroja?”

Esakan Imaninah menambah walang di hati Tuan
Ihsan. Serba-salah diri jadinya. Duit? Bukan itu persoalannya.
Setakat duit, tujuh keturunan Seroja Irdina dia masih boleh
biaya. Tapi...

“I... I mana pernah jaga anak gadis Iman. I tak ada
pengalaman menjaga orang. Heck! I don’t even have a pet! You
tahu I tak pernah hidup berkeluarga. Pasti janggal nanti.” Tuan
Ihsan menggelengkan kepala. Tubuhnya mundar-mandir di
hadapan Imaninah.

“Then start with Seroja. I tak pernah cakap you kena
jaga dia macam seorang anak. I cuma nak you lindungi dia. I
percayakan you, Ihsan. You pasti boleh jaga Seroja dengan
bagus. Kalau you ambil Seroja jadi isteri pun I tak kisah!”

“Imaninah!” suara Tuan Ihsan naik seoktaf. Lagi sakit
hatinya melihat senyuman Imaninah. ‘Dia ingat ini perkara
lucu?’

No comments:

Post a Comment