PERMAISURI HATI BAB 16
Dokumen-dokumen
di atas meja kubiarkan sepi. Fikiranku berkecamuk. Hatiku bercelaru. Hembusan
penghawa dingin pejabatku ini gagal meredakan rasa yang terpendam di jiwa. Aku
tidak tahu pada siapa harus kukongsi rasa perit di hati ini. Kejadian di
rumahku tiga minggu yang lalu terlayar kembali.
Aku
seolah-olah kebingungan dengan apa yang diperkatakan Rafael waktu itu. Benarkah
Rafael sebaik dan sejujur itu? Sungguhpun dia sudah lama tahu kekuranganku ini,
dia masih mahu memperisterikan aku. Ikhlaskah kata-kata yang meniti di bibir
Rafael?
Seraut
wajah terkilan Rafael menjengah ruang mindaku. Rafael begitu kecewa bila aku
hanya membisu sehingga dia pulang bersama Era.
Sudah
tiga minggu juga aku tidak bersua muka dengannya.Rafael berada di Thailand atas
urusan kerja. Ah! Entahlah..hatiku masih keberatan untuk menerima dia.
“Puan,
Datuk Rafael on the line!”. Liza
bersuara. Aku tersentak.
“Okay!”.
“Bashira!”.
Sebaik sahaja suaranya menampak telinga, talian kuputuskan. Berhari-hari, tidakkah
lelaki yang seorang ini jemu menelefon ku di pejabat. Setiap hari pasti
kejadian yang sama. Rafael menelefonku dan talian aku matikan setelah mendengar
suaranya menyeru namaku.
Aku
belum kuat untuk menghadapinya.
“Lina!!”.
Aku
membetulkan duduk. “Alang… what are you
doing here?”.
Abang
Hasif menarik kerusi dan melabuhkan punggung. “I was shocked. Terkejut sampai rasa nak mati”.
Huh!
Kening kuangkat. Amboi! Ayat macam nak kena tikam dengan along je. “Kenapa ni?
Jumpa hantu kat pejabat ke?”.
“That Rafael proposed
you. Alang baru tahu tadi je”.
Mukaku
berubah. “So?”.
“Patutlah
muka dia keruh semacam masa Alang jumpa dia hari tu. Dia ada masalah rupanya”.
“Alang..
Lina tak nak cakap pasal ni. Kalau Alang datang semata-mata nak cakap tentang
Rafael. Baik Alang pergi je.Lina tak ada mood
nak cakap pasal tu. Fikir pun Lina tak mahu”.
“But..you still think
about that, right?”. Tebak Abang Hasif.
Aku
mengeluh. “I just don’t get it.. Alang,
Lina rasa semua tu tipu. Look..all of
this are nonsense. Kami baru kenal je dan tiba-tiba Rafael buat Lina macam
ni. And please don’t talk about love. I
don’t believe it. Impossible”.
“Those impossible can
be possible if we know what destiny really means, right. Rafael
sayang Lina”.
Aku
kaget. Kupandang Alang yang tenang meluah kata. “Alang datang sini nak pujuk
Lina supaya terima dia ke? Rafael hantar ke?”.
“No.. He is not but then yes..I’m here
because I want you to accept him”.
Aku
menggeleng.
Abang
Hasif meraih tanganku dan digengam erat. “Alang tahu Lina masih tak kenal Rafa
atau mungkin juga tak pernah cintakan dia. Tapi semua tu boleh dipupukkan.
Percaya cakap Alang. Rafael lelaki yang baik. Alang dah bertahun kawan dengan
dia. Apa yang buat dia sedih dan gembira, semua tu Alang tahu. Cuba buka hati
Lina untuk terima dia. Rafael dah lama ada hati pada Lina”.
Aku
tergelak halus. Ayat terakhir Abang Hasif memang tak masuk akal. “That’s not even funny Alang”.
“Betul,
dia dah lama ada hati pada Lina”. Tegas Abang Hasif lagi tapi aku enggan
percaya.
“Alang…Alang
tahu apa masalah Linakan”.
“Tapi
Rafa tak kisahkan. Tak semua orang tak gembira kerana tak ada anak. Kerana
cinta, manusia mampu hidup bahagia berdua saja, Insyallah”.
“Semua
ni terlalu cepat. Lina takut Lina akan kecewa akhirnya. Lina tak sanggup nak
hadapinya. Cukuplah sekali”.
“Lina…Alang
faham. Tapi Lina juga kena fikir tentang Haikal. Dia masih kecil Lina. He needs a father. Betul, Lina ada untuk
dia. Tapi budak kecil perlu kasih sayang kedua-duanya. Era pun perlu seorang
mama yang boleh dia jadikan tempat untuk kongsi cerita, zaman kanak-kanaknya”.
“Era
okey tak kat rumah tu?”. Soal Alangku
lagi.
Aku
angguk. Rafael meminta aku menjaga Era selama sebulan ketiadaannya. Mulanya aku
enggan tapi melihat wajah mulus Era, hatiku bersetuju. “She’s okay. Era dan Ekal tu satu
kepala. Dah boleh jadi geng”.
“Talking about Haikal…Minggu lepas masa Nizam
datang jumpa dia di apartment Alang.. He
really miss his father so much. I can see it”.
Aku
membisu. Nizam memang ada bertemu muka dengan Haikal tapi aku tidak turut
serta. Kutinggalkan Haikal pada Alang dan balik ke rumah.
“Demi
anak-anak dan masa depan Lina sendiri, Alang harap sangat Lina boleh terima
Rafa”. Pinta Abang Hasif lagi.
“ERA..
Ekal.. jangan main kejar-kejar. Jatuh karang!”. Aku menjerit geram. Pinggang
kucekak dan buat muka garang. Aduh! Bising betul budak berdua ni. Pening
kepala. Sudah tiga minggu, rumahku betul-betul meriah dengan gelak tawa Ekal
dan Era. Sudah macam adik beradik.
“Maaf
mama”. Haikal dan Era meminta maaf.
“Okay..tapi
jangan bising lagi. Mama nak masak nasi ni. Nanti nak makan”.
Haikal
melompat k atas sofa dan mengambil remote
tv. Era duduk di sebelah. Berbisik-bisik sambil menjeling ke arahku. Hah! Tu
mesti mengumpat aku.
“Mama…papa
call..”. Era menjerit bila telefon
rumah berbunyi. Dia terus meluru ke sudut rumah. Jam di dinding menujukkan
pukul 8 malam. Memang tepat! Setiap malam, Rafael pasti menelefon Era pada masa
yang sama.
“Hello papa..”
“Era..mama
kata kalau papa call kena cakap
apa?”. Aku menegur.
“Opss..“.
Pantas dia menekup mulut. Tersenyum manja ke arahku. Haikal tergelak.
“Assalamualaikum
papa”.
Diam.
“Era
tengah main dengan Ekal. Pastu mama marah sebab bising masa mama nak masak. Sekarang
Era dah duduk diam-diam dengan Ekal. Mama tak marah lagi”. Rancak betul dia
bercerita dengan papanya itu.
“Mestilah..setiap
malam Era tidur dengan mama”.
Aku
menggeleng. Ada-ada sahaja Era ni. Malas mahu mempedulikan dia, aku ke dapur.
Sudah lewat ni. Kasihan budak-budak. Mahu kebulur anak orang! Aku menggoreng
ikan dikuali. Menu malam ini simple
lagi senang. Nasi goreng dan ikan goreng.
“Mama…Uncle nak cakap dengan mama!”. Haikal
masuk ke dapur.
Aku
berkerut kening. Entah bila Rafael mahu berputus asa. Hari ini hari pertama dia
mahu bercakap denganku melalui telefon rumah. Nampaknya dia mahu mencuba nasib
lagi.
“Suruh
Era cakap..mama sibuk!”.
‘Tapi
uncle nak cakap juga. Hal penting. Mama
cepatlah..kesian uncle!”. Haikal
membebel.
Dengan
rasa jengkel, aku ke ruang tamu.
“Mama!!”.
Era tersengih melihat kelibatku. Pantas gagang telefon kuhulur.
“Assalamualaikum!!”.
Ucapku.
“Waalaikumussalam.
I ingat you nak putuskan talian lagi. Macam yang you biasa buat”. Sindiran
Rafael pedas di telingaku.
“Kalau
dah tahu orang tak suka tu, tak payah la nak call lagi”.
“I
masih tunggu jawapan you, Bashira”.
Aku
termangu-mangu. Bagaimana aku mahu memberitahunya bahawa semua itu tidak
mungkin. “Awak masih tak faham lagikan, Rafael. Dah berkali saya cakap, kenapa
degil sangat ni. Awak tu lulusan oversea
takkan ayat paling ringkas pun tak faham lagi. Saya kata saya tak terima
lamaran awak. Dah la tu”.
“Era
gembira bila bersama you!!”.
“So, apa kaitannya?”.
“I
tak mahu hancurkan rasa suka di hatinya. I tahu Era dah lama harap dia ada
mama. I tahu you masih tak boleh terima I sebab you takut apa yang Nizam pernah
buat pada you berulang lagikan”.
Aku
mengetap bibir. Lagi-lagi Nizam. Kalau
boleh aku tidak mahu mendengar sepotong nama itu lagi.
“Tak
ada orang yang tahu perkara sebenar tentang apa yang jadikan. Awak tak beritahu
orang lain?”. Soalku, baru teringat hanya Rafael yang mengetahui kebenaran.
“Nope! Don’t worry.
I takkan jatuhkan maruah Nizam. Bila Hasif cerita pada I tentang penceraian
you, I dah rasa something not right
there. Sebab I percaya kalau Nizam sekadar ada girlfriend, tentu boleh cuba selesaikan. But now, I understand, nobody can tolerate to see such a scene. I
rasa kalau I di tempat you, tentu I dah bunuh dia”.
Aku
tergelak kecil. “Sebenarnya saya pun nak bunuh juga. Tapi bila teringat Haikal,
terus cancel. Nanti saya masuk
penjara”.
Rafael
ketawa. “Ehmm..kalau you kena jail, tak
jumpa la I dengan you. You sangat baik, Bashira. You tak ceritakan keburukan Nizam
pada orang lain even to your family. I
wonder what Rehan will do if he knows about this”.
“Heh,
awak pun tahu sikap Along ye”. Nampaknya Rafael ini memang rapat dengan semua
ahli keluargaku.
“Kan
I dah cakap, I know everything about
you”.
Aku
kaget. Bisikan lembut itu mengugat hati. Bagaikan hembusan cinta yang
mendamaikan. Hatiku bergetar di luar sedar. Aku meneguk liur.
“Bashira…kahwin
dengan I, sayang!!”.
Pegangan
di gagang kukemaskan, takut terlucut. Aku terkejut dengan panggilannya. Dan
entah mengapa. aku rasa mahu bersetuju sahaja.
“Bashira..are you listening?”.
“Err..yes!”.Aku sedikit gagap. “Rafael!! Tolong faham saya”
“Bashira..demi
anak-anak, please terima I”.
Aku mengeluh. Paling tidak suka kalau hal
anak-anak dijadikan sebab untuk aku menerima dia. “ Kalau saya tak kahwin
dengan awak pun, saya masih boleh jadi mama Era, Insyallah”.
“No Bashira”.
Dia bertegas.
“Rafael”.
“Ye
sayang”.
“Saya
nak 500 ribu!!”.
“Apa??’.
Suaranya nyata terperanjat.
“Kalau
awak nak saya terima lamaran awak, bagi saya 500 ribu dalam masa tiga hari. Kalau
tak lupakan saja semua tu”.
“Bashira..you..”.
“Gila
duit..ya.. saya memang gila duit. Kalau awak rasa awak tak sanggup hidup dengan
saya.. tak perlu risau. Saya tak kisah pun. Bukan saya yang nak sangat tapi
awak yang terhegeh-hegeh”. Sindirku. Aku tahu dia tidak akan mampu menyediakan
semua tu. Dan aku pasti terselamat dengan segala gangguannya mulai hari ini. Baguslah.
Memang impian aku pun.
“You
sama macam Lea!!”. Jerkah Rafael, kedengaran kuat di telinga. Aku tersentak.
Aku
menarik nafas, cuba menghilangkan rasa bersalah ini. “Kalau ya kenapa?”.
“Jangan
cabar I Bashira! Apa yang you nak buat kalau I berjaya kumpulkan duit sebanyak
tu”.
“Kahwin”.
Balasku selamba.
“You
janji?”.
“Ya”.
Rafael
tergelak, sangat sinis di telingaku. “Ingat janji you, Bashira. Dan kalau I
berjaya..kita akan kahwin tiga minggu selepas tu”.
Bibirku
terkunci rapat. Entah mengapa, aku mula
rasa takut. Dengan permintaan duit tu, aku
berharap dia menarik balik lamarannya tapi kini aku bimbang aku yang akan
terjebak dalam rancanganku sendiri. Kemudian, lemas didalamnya.
“Tiga
minggu lagi, you akan jadi milik I”.
“Sa..saya..”.
“No more excuse!!”.
Gagang
terlepas dari tangan. Aku menggeletar. Mula menyesal dengan idea gilaku.
No comments:
Post a Comment