Segala persiapan sudah disediakan. Beg yang baru dibeli
dipenuhi baju, seluar yang kebanyakannya jean, beberapa pasang baju kurung, seluar
slack dan beberapa helai blaus, juga tudung-tudung yang baru dibeli. Waktu
penerbangan pukul 11.00 pagi nanti. Syukur abang Khairul, yang mempunyai
sedikit tugasan di Kuala Lumpur
selama beberapa hari ini, sudi menghantarnya ke KLIA. Dapatlah Timah turut
menghantarnya sehingga ke KLIA.
Wajah sugul Timah yang duduk di sebelah begnya dipandang
sayu. “Tim, kau jangan lupa pesanan aku.”
Timah mengangguk lemah. Dia tidak akan lupa. Pesanan yang
sama yang diucapkan Qistina semenjak Timah pulang dari kampung. “Aku ingat. Aku
tak dibenarkan bagi tau sesiapa pun pasal kau lari ke mana. Nanti kau akan
ambik nombor telefon baru bila dah sampai London
nanti. Aku langsung tidak dibenarkan bagi tau sesiapa pun nombor telefon kau
kat London kecuali famili aku…Ada lagi yang tertinggal?”
“Aku tak tau sama ada aku boleh e-mel kau ke tak macam
dulu. Kalau aku susah nak dapat access,
aku akan tulis surat pada kau, macam orang dolu-dolu,” Qistina cuba berjenaka. “Alamat aku pun kau
tak boleh bagi sesiapa, okey?”
Qistina mencapai tangan Timah. “Tim, kau okey, kan?”
“Aku okey. Aku at
least ada mak dan ayah. Along pun ada. Tapi aku sedih sangat mengenangkan
nasib kau. Dah lama sangat kau bersendirian, Ina. Aku doa sangat-sangat yang
kau akan jumpa jodoh kau cepat-cepat. Sekurang-kurangnya nanti, kau tak lagi
keseorangan dan ada suami yang akan lindungi kau dari segalanya.”
Qistina terharu. Tangan Timah digenggamnya erat. “Aku ada
kawan macam kau pun dah cukup, Tim. Dan Allah sentiasa ada dengan aku. Selama
ni Allah yang jaga aku daripada keburukan keluarga aku sendiri. Aku tak risau,
Tim. InsyaAllah aku akan okey. Kau doakan aku, ya?”
Timah masih lesu. “Tim, jaga diri kau baik-baik. Aku
pergi InsyaAllah setahun je, melainkan aku dapat cari kerja kat sana. Pejam
celik, pejam celik dah setahun. Entah-entah aku balik nanti, kau dah kahwin
pun. Manalah tau kan?”
“Hish, kau ni!” Timah pantas mencubit lengan Qistina.
“Aku tak lakulah beb!”
Qistina mencebikkan mukanya. Tidak suka mendengar Timah
berkata begitu.
“Dah! Pergi mandi. Along datang kejap lagi. Kau siaplah,
ya? Aku pun nak mandi ni.”
Qistina mengangguk.
************
Urusan daftar masuk bagasi telah pun selesai. Kelibat majikan Qistina masih belum kelihatan.
“Tim, abang Khairul, kalau nak balik dulu, baliklah…tak pe. Ina boleh tunggu
bos Ina tu. Mungkin dia check-in
lambat, kot. Kalau naik Business Class
memang boleh lambat.”
“Eh, mana boleh tinggal Ina macam tu je. Kita tunggu, tak
pe.” Khairul membantah.
Qistina tersenyum. “Tak pe ke abang Khairul? Dah lah
ambik time off untuk hantar Ina ke
sini.”
“Tak pe, Ina. Small
matter.” Wajah halus gadis itu ditatapnya lama. Hatinya telah lama
menyatakan bahawa jodohnya tiada dengan Qistina, namun sukar benar untuk dirinya
menghapuskan rasa sayang yang sudah sekian lama terpupuk di dalam hatinya,
sejak pertama kali matanya terpandang ke wajah gadis itu. Ketika itu Qistina baru
berusia sembilan belas tahun. Rasa baru semalam ia terjadi.
Sebelum pulang ke kampung, sempena cuti semesternya,
Khairul telah singgah ke rumah agam papa Qistina untuk bertemu ibu dan bapanya.
Qistina yang juga baru pulang bercuti dari London sedang menolong Mak Esah di dapur.
Hatinya terus terpaut kepada gadis itu. Sungguh manja di sisi ibunya. Sungguh
mesra dan berbudi bahasa. Amat menghormati Mak Esah dan Pak Atan, walaupun
mereka merupakan orang gaji sahaja di rumah itu.
Khairul mengeluh perlahan. Mungkin apabila Qistina
kembali ke Malaysia
nanti, pada waktu itu Khairul sudah pun mendirikan rumahtangga. ‘Eloklah
begitu’, fikirnya.
Tidak jauh dari tempat mereka berdiri, Ian Iskandar yang sedari
tadi duduk di atas kerusi di celah-celah orang ramai, memerhatikan Qistina
bersama dua orang kenalannya itu. Qistina sungguh santai mengenakan seluar jean
berwarna biru dan kemeja berlengan panjang berwarna biru muda. Ian Iskandar
sudah lama sampai dan sudah lama menyelesaikan urusan bagasinya. Hanya menunggu
kedatangan gadis itu.
Siapakah jejaka di sebelah Qistina yang merenung Qistina
dengan penuh rasa kasih dan sayang itu? Bukankah Qistina sudah menyatakan
bahawa dirinya tiada teman lelaki?
Ian Iskandar mengilas pandang jam di tangannya. Dia
bangun dan menggalas beg komputer ribanya. Dia berjalan dengan perlahan
mendekati Qistina.
“Assalamualaikum,” Ian Iskandar menyapa.
Serentak mereka bertiga menjawab salam Ian Iskandar. Ian
Iskandar memandang Qistina dan dengan pergerakan kepalanya, dia bertanya, “Ready?”
“Errr…yes.
Encik Ian. Saya dah sedia. Sebelum tu kenalkan dulu kawan saya Timah dan
abangnya Khairul…ni bos Ina, Encik Ian.” Hairan Qistina melihat Timah yang
sedikit ternganga memandang Ian Iskandar. Qistina tidak pula menceritakan
kepadanya tentang majikannya ini. Timah terpaksa mendongak untuk memandang
wajah tampan Ian Iskandar. Kini barulah dia mengerti apa sebenarnya maksud ‘God’s gift to women!’ Ian Iskandar
menepati maksud ayat itu. Khairul pula kelihatan tidak selesa, namun tangan
dihulurkan juga untuk menyalami Ian Iskandar.
Ian Iskandar mengangguk dan mengukirkan senyuman kepada
Timah dan Khairul. Kemudian dia pantas mengalihkan pandangannya ke wajah
Qistina. “We have to go in now. You’d
better say your goodbyes now.”
Qistina memeluk Timah sekuat hatinya dan Timah juga
begitu. Lama. Tiada ucapan perlu diungkapkan di antara mereka lagi. Kedua-dua pipi
Qistina dikucup lembut. “Aku akan rindu kau, Ina.”
Qistina mengangguk. Tangan Timah masih dalam genggaman.
“Abang Khairul, selamat tinggal, ya? Tolong jaga baik-baik kawan Ina sorang
ni.”
“Ina…abang…errr…abang sayangkan Ina. Ina jaga diri, ya?” Khairul
terlepas kata. Dia tidak tahu mengapa dia mengucapkan kata sayang itu namun dia
tidak menyesal.
Qistina terkedu. Segan dia dengan Ian Iskandar yang masih
berdiri tercegat di situ menantikannya. Wajah lelaki itu berubah seketika
tatkala Khairul mengucapkan rasa sayangnya sebentar tadi. “Ina pun sayangkan
abang Khairul…” Ikhlas Qistina melahirkan perasaannya terhadap Khairul. Memang
dia sayangkan Khairul. Sayang kepada seorang abang dan juga kepada seorang
teman.
Khairul mengangkat beg kecil dari atas lantai dan
menghulurkannya kepada Qistina. Qistina menyambutnya. Qistina memandang Timah.
Timah telah berjanji tidak akan menangis dan Timah sedang berusaha
sedaya-upayanya untuk memegang kepada janjinya itu. Merah-merah matanya menahan
tangis.
“Ina pergi dulu. Assalamualaikum.” Qistina mengekori
langkah panjang Ian Iskandar. Dia melambai ke arah Timah dan Khairul hingga
melepasi pintu pelepasan antarabangsa. Qistina mengambil nafas dalam-dalam. Dia
harus tabah. Dia harus kuat.
***********
Qistina asyik memandang ke luar tingkap. Matanya masih
tidak mengantuk, walaupun malam tadi dia tidak bisa tidur. Syukur dia hanya
berseorangan duduk di barisan tempat duduk itu. Senang untuk keluar masuk.
Tidak perlu mengganggu orang yang duduk bersebelahan dengannya.
Setelah meninggalkan Timah dan Khairul tadi, Ian Iskandar
langsung tidak berbicara dengannya. Qistina tetap mengekorinya sehinggalah Ian
Iskandar masuk melalui pintu Golden Lounge yang dikhaskan untuk penumpang Business Class sepertinya. Qistina
meneruskan perjalanan berseorangan ke pintu pelepasan.
Wajah mama dan papanya kini bermain di ruangan matanya. Kata-kata
terakhir yang diucapkan papanya masih terngiang-ngiang di telinganya. Terlalu
mengguris hatinya.
‘Kenapa Remy, papa? Why
him?’ Sekiranya seorang manusia itu dibenarkan membenci seorang insan yang
lain, pastinya Remylah orang yang paling dibencinya dalam dunia ini.
Spoilt
brat, arrogant, selfish, irresponsible…semuanya itu mencerminkan diri Remy yang sebenarnya.
Walaupun umurnya sudah menjangkau dua puluh lima tahun, namun tiada tanda-tanda
dia mahu berubah daripada cara kehidupan yang diamalkan sejak zaman remajanya.
Mengunjungi parti dan kelab malam sudah sebati dengan jiwanya. Rokok, arak dan
perempuan merupakan nadi kehidupannya.
Sejak Qistina pulang dari London, dia sering dipaksa keluar bersama Remy
oleh kedua orang tuanya. Mama dan papanya tidak membantah dengan cara kehidupan
Remy, malah menggalakkan Qistina untuk melayan sahaja permintaan Remy yang
gemar mengheretnya ke tempat-tempat yang tidak disukainya itu.
Temu janji yang pertama, masih okey. Mereka hanya keluar
makan malam berdua di sebuah restoran di Hotel Hilton. Sejak pertemuan pertama
lagi Qistina tidak menyukai Remy namun ditelan sahaja perasaan itu. Remy
terlalu angkuh dan memandang rendah kepada golongan yang tidak ‘setaraf’
dengannya. Malu melihatkan kesombongannya melayan pelayan yang bekerja di
restoran pada malam itu. Terlalu bongkak apabila mahu dilayan mengalahkan
putera raja!
Pada temu janji yang kedua, Remy membawanya mengunjungi
kelab malam. Suasana yang bingit dengan muzik yang membunuh gegendang telinganya
membuatkan Qistina memaksa Remy untuk menghantarnya pulang atas alasan pening
kepala. Remy menurut walaupun kelihatan merajuk kerana terpaksa meninggalkan
kawan-kawannya di kelab malam itu. Meluat Qistina melihatkan Remy yang asyik
memuncungkan mulutnya sepanjang perjalanan pulang ke rumah papa Qistina.
Pada temu janji yang ketiga pula, Remy membawanya
menghadiri parti hari jadi rakannya yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di
ibu kota. Qistina menolak namun terpaksa menurut juga apabila kereta Remy sudah
pun dipakirkan di hadapan lobbi hotel. Majlis yang sesak dengan asap rokok dan
bau alkohol amat meloyakan tekak Qistina. Tubuh-tubuh yang berpelukan dan
terhenjut-henjut menari di atas lantai tari menyesakkan pandangan mata Qistina.
Tidak putus-putus Qistina beristighfar di dalam hati dan berdoa agar Allah tidak
mencabutkan nyawanya ketika itu, pada saat dia berada di tempat yang penuh
dengan kemaksiatan itu.
Entah berapa kali Qistina terpaksa menepis tangan Remy
yang sering menggatal hendak berlabuh di bahu atau pinggang atau pahanya. Ketika
Remy menghulurkan segelas minuman keras kepadanya, Qistina sudah hilang kesemua
kesabarannya. Dia lantas bangun dan mahu beredar daripada kesesakan itu. Namun
Remy yang sudah mula mabuk, terhuyung-hayang mengejarnya sehingga ke dalam lif.
Di dalam lif hanya ada mereka berdua. Remy mendekati Qistina dan menghimpitnya
hingga ke dinding lif. Qistina panik dan cuba menolak tubuh Remy, namun
apalah dayanya. Ternyata Remy terlalu kuat untuknya.
Tiada gunanya dia menjerit, bukan bisa didengar manusia
lain. Cubaannya untuk menekan butang kecemasan di dalam lif juga tidak berjaya.
Remy terlebih dahulu dapat meneka akan niat Qistina itu dan pantas
menghalangnya. Tangannya dikunci ke belakang tubuhnya. Di dalam hati hanya
mampu berdoa agar lif berhenti dengan segera agar dia bisa mendapatkan
pertolongan. Allah terlalu menyayanginya. Doanya dimakbulkan dan Qistina dapat
meloloskan dirinya, lalu lari keluar dari perut lif. Tubuh lelaki yang
dilanggarnya di pintu lif tidak dihiraukannya. Jeritan Remy memanggil namanya
juga tidak diendahkan. Qistina pantas berlari…lari ke dakapan Timah yang setia
memujuknya. Namun tidak sanggup dia mengenangkan kembali apa yang terjadi kepada
dirinya di dalam lif ketika masih dalam pelukan Remy. Dirinya terasa jijik dan
kotor. Ingatannya dikaburkan. Itulah kali terakhir dia keluar bertemu janji
dengan Remy, ketiga-tiganya dalam tempoh kurang dua minggu, sebelum dipaksa
berkahwin oleh papanya.
Suara pramugara membuat pengumuman di dalam pesawat
mengembalikan Qistina ke alam nyata. Matanya dibuka. Ketika dia menoleh ke
kiri, terkejut melihat kelibat Ian Iskandar yang duduk bersandar di tempat
duduk, selang satu tempat duduk darinya. Mata biru Ian Iskandar melekap di
wajahnya, entah sudah berapa lama begitu. Qistina tidak senang duduk ditenung
begitu. Dia menelan air liur. “Encik…kenapa duduk kat situ?” ‘Hish mamat ni.
Kenapa dia mengadap muka aku ni? Bukan ke dia patut duduk kat Business Class?’
“Why were you
crying?” Soalan Qistina dibiar tanpa jawapan. Sudah hampir sepuluh minit
dia duduk di situ, namun Qistina langsung tidak sedar akan kehadirannya itu.
Bermacam-macam riak bermain di wajah Qistina, mengalahkan pertukaran adegan di
layar perak. Air mata yang mengalir di pipi halus gadis itu juga tidak diseka.
Dibiarkan sahaja mengalir. Mungkin gadis itu tidak pun menyedari tangisannya
sendiri. Tatkala melihatkan air mata tumpah dari mata gadis itu yang masih
terpejam, suatu perasaan yang halus menerpa ke dalam hatinya. Dia sendiri tidak
tahu apakah sebenarnya perasaan itu, tetapi yang pasti, dia tidak suka melihat
gadis itu bersedih. Sedih meninggalkan lelaki yang bernama Khairul tadi ke?
Qistina tersentak mendengar pertanyaan Ian Iskandar. Spontan
tangannya naik ke pipi yang baru disedarinya sedang basah. Malu dia ditangkap dalam keadaan begitu.
‘Tulah, terlampau melayani perasaan sampai menangis pun tak perasan!’ Pipinya
dikesat dengan belakang tangannya.
“No, nothing!”
“Crying over
nothing? That’s strange…” sinis
nada suara Ian Iskandar menyindirnya. Keningnya dijungkitkan. “Who was that guy at the airport? I thought you said you didn’t have a
boyfriend?”
Qistina kehairanan. Mengapa bunyinya seolah-olah menuduh
sahaja?
“He is not my
boyfriend. Just a friend…”
“Somehow I don’t
believe it…” Masih dia ingat cara renungan Khairul terhadap Qistina tadi. Panas
hatinya mendengar ucapan sayang lelaki tadi kepada Qistina dan juga ketika
Qistina membalas ucapan sayangnya kepada lelaki itu. Tetapi kenapa?
Qistina diam tidak menjawab. Baginya, lagi banyak yang
dijelaskan, lagi banyak persoalan bakal menyusul. Dia tidak mahu Ian Iskandar
mengenali dirinya lebih daripada yang seharusnya. Lagi sedikit maklumat
mengenai dirinya yang diketahui Ian Iskandar, lagi selamat.
“Oh ya, memandangkan awak tak beri resume awak pada saya masa interview
minggu lepas, saya terpaksa tanya awak beberapa soalan lain.”
Dahi Qistina berkerut. Kontrak sudah pun ditandatangani.
Bukankah sudah terlambat untuk menyambung sesi temuduga sekarang?
Ian Iskandar terus mengamati wajah Qistina. Gadis itu
tidak bijak menyembunyikan perasaannya. Semuanya jelas terpampang. ‘Tak boleh
main poker minah ni. Tak de poker face langsung! Tapi bagus jugak.
Senang aku nak baca perasaannya.’
“Kenapa? Ada
masalah?” Keningnya dijungkitkan sebelah. Bertambah menawan. Qistina pantas
mengalihkan pandangannya. Takut dengan perasaannya yang tidak tentu arah sejak
Ian Iskandar duduk di sebelahnya.
“Eh, tak…cuma isn’t
it a bit too late? Encik dah ambik saya bekerja dah pun…”
Ian Iskandar tesenyum. “Saya bukan nak batalkan kontrak.
Saya cuma nak tau awak ni orang macam mana. Saya lupa nak mintak resume awak sebab terdesak nak cari
orang hari tu.”
Qistina mula merasa cuak. Takut sekiranya Ian Iskandar
bertanyakan hal-hal peribadi, terutama perihal keluarganya atau tahap
pelajarannya. Dia tidak mahu menipu namun kalau terpaksa, dia sanggup asalkan tiada
siapa tahu yang dia anak kepada Tan Sri Ali Saifuddin.
Daripada perbualan ringkas dengan Lisa, setiausaha Ian
Iskandar tempoh hari, dia sempat bertanya serba ringkas mengenai pekerjaan Ian
Iskandar. Qistina diberi tahu bahawa Ian Iskandar merupakan seorang ahli
perniagaan, seperti papanya juga. Walaupun perniagaannya beribu pejabat di kota London, syarikat Ian
Iskandar mempunyai rangkaian di serata negara-negara Asia, dan pejabatnya di Kuala Lumpur merupakan pejabat
singgahan untuknya. Jadi tidak mustahil sekiranya Ian Iskandar mengenali papa
Qistina, kalau pun tidak secara peribadi, tetapi daripada namanya.
“Kenapa your parents tak hantar you ke airport tadi?”
‘Ya Allah! Apa nak jawab ni?’ Qistina mula meramas-ramas
tangan di atas pahanya.
“Dia orang tak de kat KL.” Okey, itu belum dianggap
menipu sebab memang mama dan papanya tiada di Kuala Lumpur. Dia ada terbaca di surat khabar
tentang pemergian papanya, yang diiringi mamanya ke Singapura untuk
menandatangani suatu perjanjian usaha sama dengan sebuah syarikat di Singapura.
‘Fuh! Lega tak perlu tipu.’
“Siblings?”
“Sibuk.” Okey. Yang ini pun bukan suatu penipuan. Memang
abang dan kakaknya sentiasa sibuk. Sibuk bersosial!
Ian Iskandar tidak berkenan dengan cara Qistina menjawab
pertanyaannya. Sudahlah tidak membuat eye-contact.
Tangan kirinya pula yang asyik meramas tangan kanannya, seakan menggambarkan perasaannya
yang sedang gemuruh. Adakah gadis itu menyembunyikan sesuatu?
“Awak pernah kerja sebelum ni?”
“Tak pernah, Encik.” Jawapan ini juga jujur.
“Awak ni cakap dengan saya atau dengan kerusi kat depan
awak tu?” Ian Iskandar sudah mula hilang sabar dengan kegelisahan gadis di
sebelahnya itu. Qistina menoleh dan memandang wajah Ian Iskandar yang sedikit tegang.
Dia tidak tahu mengapa Ian Iskandar mampu membuat dia kehilangan sikap
tenangnya selama ini.
“Maaf, Encik. Encik ada apa-apa soalan lagi nak tanya
saya? Kalau tak de, saya nak tidur kejap.” Pandai Qistina cuba melarikan dirinya.
“Ye, banyak
lagi soalan,” balas Ian Iskandar, tegas. Dia cuba menyembunyikan senyumannya
tatkala Qistina mengeluh kecil sejurus mendengar balasan Ian Iskandar. “Kenapa
mengeluh?”
“Encik, sebenarnya I
am a very private person. Saya tak suka soalan berbentuk peribadi. Soalan-soalan
yang Encik tanya ni tak de kena mengena pun dengan tugas saya sebagai peneman
ibu Encik.” Qistina memberanikan diri menyuarakan pendapatnya.
Kening Ian Iskandar dijungkitkan lagi. ‘Hai, suka betul
mamat ni main-main dengan kening dia ni. Macam mana dia boleh angkat kening
sebelah ek? Nak kena belajar ni…Bertambah handsome!’
“Are you hiding something
from me?” Rasa macam hendak tersembul biji mata Qistina mendengar soalan
itu.
“Kenapa Encik tanya macam tu? Salah ke saya cakap saya
tak suka kongsi hal peribadi saya? Tak semestinya saya menyembunyikan sesuatu,
kan?”
Ian Iskandar tidak percaya. Daripada reaksi Qistina
sebentar tadi, jelas Qistina ada menyembunyikan sesuatu. Kalau tidak, takkan
sampai terkejut begitu sekali?
“Lagipun, I will
make sure my personal life will not interfere with my duties.”
“Ah! Jadi memang awak ada personal issues lah ni?” Tajam pandangan yang dihalakan Ian
Iskandar kepada Qistina. Terkulat-kulat gadis itu mencari balasan yang sesuai. “Sebab
itu ke awak menangis tadi?”
“Encik…jangan salah faham. I was just making a general statement.” ‘Hish! Pandai jugak aku ni,
ek!’ Qistina memuji diri sendiri. “Saya pun tak sedar saya menangis tadi,
Encik. Saya tak ingat kenapa.” Penipuan yang pertama diucapkan Qistina. ‘Habis
tu, takkan nak cakap aku menangis sebab teringatkan apa Remy pernah buat kat
aku?’
“We’ll see. I will be watching you very closely!
Saya tak nak ibu saya kecewa dengan prestasi awak. Depan ibu saya, awak kena
sentiasa ceria, sentiasa happy. She has had enough sadness in her life.
Awak kena jaga tingkah laku awak depan ibu saya. Jangan sebab masalah peribadi awak,
awak tunjukkan mood awak depan ibu
saya, faham?”
Qistina mengangguk. “Saya faham, Encik. Encik tak perlu
risau. Saya tahu tugas saya.”
“Good! Rutin ibu
saya senang saja. Pagi pukul 8.30, awak sarapan dengan ibu saya dan bacakan
surat khabar pada dia. Lepas tu berbual-bual pasal apa saja. Pukul 11.00, awak
temankan dia minum teh. Pukul 12.00 sampai pukul 2.00 dia makan tengah hari dan
berehat. Lepas tu, ikut suka ibu nak buat apa. Pukul 5.30 awak boleh berhenti.”
Qistina pantas memasukkan semua maklumat yang diberi di
dalam kotak memorinya. Semua yang dimaklumkan tadi, tiada dalam kontrak yang
baru ditandatanganinya.
“Dah, I’ll see you
later. Makan dulu baru tidur. They
will be serving food shortly. Saya tak nak awak sampai London je terus
sakit sebab tak makan.” Ian Iskandar bangun dan berlalu dari kelas ekonomi
menuju ke tempat duduknya di Business
Class. Qistina mencebikkan mukanya ke arah Ian Iskandar sebaik sahaja Ian
Iskandar berlalu. Terasa berani kerana mengetahui Ian Iskandar tidak mungkin
dapat melihat aksinya.
‘Eeee…membebel! Dahlah banyak soalan!’ getus Qistina di
dalam hati. Namun lega segala rahsia masih kekal rahsia. Nyaris-nyaris terkantoi sebentar tadi, tetapi pantas
ditutup Qistina. Kedatangan pramugari dan pramugara yang bertugas sambil
menghulurkan dulang makanan melegakannya. Harap-harap Ian Iskandar tidak akan
mengganggunya lagi selepas ini.
Di ruang hadapan, Iskandar melabuhkan punggungnya di
kerusinya yang empuk dan selesa. Kerlingan pramugari jelita yang sejak tadi
cuba bermain mata dengannya, tidak dihiraukannya. Wajah Qistina juga yang masih
dikenangkannya.
Pada usianya yang sudah mencecah tiga puluh tahun, Ian
Iskandar sudah lama tidak merasakan tarikan di hatinya untuk seorang wanita. Apatah
lagi gadis yang dia rasakan masih terlalu muda untuknya. Namun sejak gadis itu
hadir dalam ruang pejabatnya minggu lalu, hanya wajah gadis itulah yang hadir
di depan matanya siang dan malam. Sehingga terasa lama menantikan hari Rabu dan
terasa sedikit kebudak-budakan bila tidak sabar-sabar untuk bertolak ke KLIA pagi
tadi.
Apa istimewanya gadis itu? Wajahnya ayu, cantik, menawan
tetapi matanya memancarkan cahaya kesedihan. Mengapa? Lesung pipitnya, yang
muncul di sebelah pipinya sahaja, sungguh mengasyikkan. Jarinya terasa gatal
hendak menyentuh lekuk di dagu gadis itu. Kulitnya putih kemerahan serta halus
mulus. Perwatakannya lembut, mempesonakan.
Apa yang cuba
disembunyikan gadis itu? Apa rahsianya? Ah, semua orang ada rahsia mereka yang
tersendiri. Namun mengapa hatinya meronta-ronta ingin tahu segala-galanya
tentang gadis itu? Terasa segala yang tersembunyi di dalam hati gadis itu ingin
dikupasnya satu demi satu. Selama setahun, mereka akan duduk di bawah bumbung
yang sama. Ian Iskandar tersenyum. Dia mempunyai banyak masa dan ruang untuk
lebih mengenali Qistina. Dia mampu bersabar.
No comments:
Post a Comment