Sudah seminggu Ain
bergelar isteri. Tiada apa-apa perubahan yang ketara dalam perjalanan
kehidupan seharian dia. Dia masih menetap di kolej kerana bergelar
final year dental student
memerlukan dia lebih focus
lebih-lebih lagi untuk menyiapkan requirement
yang merupakan syarat penting untuk
melayakkan dia menduduki peperiksaan professional
terakhir.
Petang selepas majlis akad
nikah mereka, Fuadi terus bergegas ke hospital dan itulah kali
terakhir Ain berjumpa suaminya. Fuadi masih berulang alik dari rumah
umminya di Pengkalan Chepa.
Ain terimbau kembali saat
dia menghantar Fuadi ke kereta sebelum Fuadi bergerak ke hospital.
“ Remember to give me
your account number. Macam mana Ain nak balik
hostel esok ni?”
“Ain memang drive
sendiri pergi hostel.
Dah biasa.” Ain tersenyum menjawab soalan suaminya.
“Okay. Just take
care. I’ll give you a call when I’m free.
You can do your normal daily routines as
usual. No need to inform me. Anything that you think is important and
I need to know, you must inform me. I’m sory sebab
abang pun tengah bussy
sekarang. Jadi tak banyak masa boleh diluangkan untuk Ain.”
Kebebasan yang suaminya beri, Ain akan gunakan
sebaiknya. Dia tak akan lakukan sesuatu yang dapat menggugat
kepercayaan Fuadi kepadanya. Lagipun Ain tahu. Mereka berdua memang
mempunyai commitment
masing-masing. Tidak banyak yang dia dapat harapkan dalam
perkahwinannya buat masa sekarang. Baik dia focus
untuk menamatkan pengajian dia dulu.
“Adah. Kita makan dekat
café hospital je lah.
Lagipun alang-alang kita dah dekat sini.”
Ain dan Adah baru selesai
membuat ward round di
hospital yang hanya bersebelahan dengan fakulti mereka. Seminggu
sekali, memang group
mereka akan membuat ward round
dengan pensyarah untuk melihat kes-kes yang melibatkan maxillofacial
terutama kes trauma
yang melibatkan bahagian muka.
Kebetulan hari ini, ward
round mereka habis awal. Jadi Ain rasa lebih
baik mereka makan di situ. Lagipun makanan di situ lebih banyak
pilihan. Café itu
selalunya menjadi pilihan orang-orang luar yang datang melawat
pesakit di situ termasuk lah juga kakitangan hospital.
Ain dan Adah tengah rancak
bercerita sambil menjamah hidangan tengah hari mereka apabila mereka
tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan Fuadi dan kawannya.
“Ada orang tak duduk
sini? It’s seem that other places have been
fully occupied.”
Ya. Café
memang tengah sesak sekarang sebab tengah waktu kemuncak. Ain dan
Adah yang duduk di meja yang sepatutnya boleh memuatkan empat orang
hanya menganggukkan kepala.
Fuadi menarik kerusi di
sebelah Ain. Dia dan kawannya meletakkan pinggan mereka yang berisi
nasi dan lauk sebelum beredar dari situ dan hilang di tengah
kesibukan orang ramai. Mungkin mereka pergi basuh tangan. Ain membuat
andaian sendiri. Tiba-tiba dia rasa ada orang menyepak kaki dia di
bawah meja.
“Owh. Patutlah nak makan
dekat sini. Dah berjanji ke apa ni. Patutlah muka tu berseri semacam
je.”
“Eh…kau ni.. Ni lah
baru aku jumpa dia lepas seminggu tau. Kitaorang tak de berhubung pun
selama ni.”
“Seriously
korang ni. Bussy
sangat nampaknya Dr. Fuadi ni.” Perbualan Ain dan Adah terhenti
bila melihat fuadi sudah kembali ke meja mereka sambil membawa
sepinggan kuih. Kawannya pula membawa gelas minuman untuk dia dan
juga Fuadi.
Sepanjang mereka makan,
Ain dan Adah hanya diam je. Tidak tahu apa yang nak dibualkan
tambah-tambah lagi mereka segan dengan Fuadi dan kawannya. Mereka
macam orang asing. Fuadi rancak berbual dengan kawannya yang
kebanyakannya berkisar pasal kerja mereka. Ain rasa janggal pulak
untuk student macam
dia dan Adah duduk semeja dengan dua orang MO. Memang Ain dapat
rasakan aura seorang doktor dari Fuadi dan kawannya. Gaya pemakaian,
dan gaya percakapan tampak sangat professional.
“Eh, you
all berdua. Senyap je.” Mungkin menyedari
yang Ain dan Adah dua-dua macam tengah layan perasaan sendiri, kawan
Fuadi menegur mereka.
“By the way I’m Dr
Faliq. This Doktor yang dekat depan I ni
pulak, memang bohong la kalau you all
tak kenal. Hah Ain. Diam je.” Provok Dr Faliq sambil memandang Ain
dan Fuadi silih berganti.
“ Maybe the cat has
got their tongue. ” Suara tu. Ain akui yang
dia mula merindui suara sinis Fuadi.
“Sorry. I just don’t
know what to say.” Serious. Ain memang
tidak tahu apa yang patut dibualkan sekarang.
“Seminggu tak jumpa
dengan your husband
ni, impossible la tak
de benda nak cakap Ain. Nak luahkan rasa tak puas hati ke, or at
least to say that you miss me.” Fuadi sudah
mula memprovok Ain sambil menaikkan kening memandang Ain.
Terus tergelak Adah dan
Dr.Faliq. Ain punya hanya mampu menjeling geram memandang Fuadi.
“Ish. Doktor ni. Takkan
la dia nak cakap rindu depan kitaorang ni pulak.” Adah pun sudah
mula join mengenakan Ain.
“Ain. I tak tahu la
macam mana you nak hidup dengan this guy.
Kalau lihatkan cara dia layan the female
intern, memang akan makan hati la you
hari-hari Ain.” Dr. Faliq menyambung
bicara.
“Memang kena banyak
berdoa la nampaknya biar Allah lembutkan sikit hati this
guy.” Hanya itu yang mampu Ain jawab. Lagi
geram Ain rasa bila melihat senyuman nakal di bibir Fuadi.
“By the way,
Adah, Faliq. Jemput datang my house this
Friday night. Ada buat kenduri tahlil sikit
.” Ain terkejut mendengar ayat Fuadi. Dia tidak pernah diberitahu
pasal majlis itu.
“Don’t give me that
muka terkejut.” Fuadi memandang Ain sebelum meneruskan kata.
“Now dah tahu kan. So,
you are compulsory to attend. Please clear your schedule
untuk malam tu. I really forgot to tell you
earlier.”
“Ish. Senang – senang
je dia ni kan. Nasib baik la memang free
malam tu. Kalau tiba-tiba ada hal penting kan susah.” Ain menggumam
kecil sebagai tanda tak puas hati.
“I still can hear
that.” Fuadi hanya tersenyum melihat
tingkah Ain. Tak tahu kenapa dia seronok mengusik Ain.
“Ain.
I hope you can be
strong. This guy
dah jadi your husband.
Nothing much you can do.
Dah tak boleh nak patah balik. Tapi at least
you can feel secure now because I’m sure
tak ada perempuan yang berani nak gedik-gedik dengan husband
you ni. Harap muka je handsome.
Sekali dia buka mulut, memang terus terasa pedih kat hati ni.”
Adah pula hanya mampu
tersenyum kelat melahirkan simpati untuk Ain. Dah nasib kau Ain.
Melihat Ain yang seakan –
akan merajuk, Fuadi tiba-tiba menolak pinggan yang berisi kuih ke
arah Ain.
“Seri muka, your
favourite! Faliq, dah habis makan kan, let’s
go.”
Ain tergamam. Fuadi dan
kawannya mula bangun untuk beredar dari situ.
“Jangan pernah berangan
nak merajuk dengan abang. Abang takkan pujuk coz
I really don’t know
how to handle orang merajuk ni. By
the way, jangan lupa malam Jumaat ni.”
Sempat Fuadi berbisik di
telinga Ain yang Ain yakin memang dia seorang je yang dapat dengar.
Tambah haru perasaan Ain bila Fuadi menekankan perkataan ‘malam
Jumaat’ sambil tersenyum sinis.
“Sweetnya
husband kau Ain. Pujuk guna kau punya favourite
makanan.” Adah yang tadinya banyak mendiamkan diri sedah mula
bersuara.
“Kau jangan nak buat
lawak eh. Sejak bila pulak seri muka ni jadi favourite
aku. Kau pun tahu kan. Saja je nak bahankan
aku. Dah lah. Jom pergi. Kita pun dah lambat ni.”
Tergelak Adah mendengar
jawapan Ain.
“Tu lah yang aku pelik.
Memang interesting lah
Dr. Fuadi ni. Really unexpected.”
hadoii... sian ain...
ReplyDelete