Monday, 11 January 2016

JODOH UNTUKKU - BAB 43

Bab 43
“Hah, Adi. Dah balik rupanya kamu. Mana Sofea?” Belum sempat kain telekung di kepala ditanggalkan, soalan ummi sudah terlebih dahulu menerjah ke gegendang telinga Fuadi. Dia yang masih terkesan dengan ‘perbincangan hangat’ tadi sedikit terkedu dengan terjahan ummi.

Entah dah sampai ke dunia mana fikiran dia melayang tadi. Sampaikan ummi dan ayah dah masuk ke rumah pun dia boleh tak perasan. Macam mana dia tak kusut. Rumah tangga yang diharapkan masih dapat diselamatkan nampaknya dah bagai retak menanti belah. Silap tanggapan dia pada Ain selama ni. Ingatkan isteri dia seorang yang memahami. Tapi nampaknya Ain lebih senang menjatuhkan hukuman tanpa mahu mencari penjelasan.

Salah diakah yang tak berterus terang? Tak! Bukan dia tak nak berterus terang. Tapi, masa belum sesuai. Hmm..Ain, Ain..Hati lelaki dia tak mampu nak menangkis rasa kecil hati dengan sikap Ain tadi. Sudah jelas yang Ain langsung tak menaruh sebarang kepercayaan pada dia. Sekarang dia mula tertanya. Di mana letaknya kedudukan dia dalam hati Ain. Masih adakah rasa hormat dan sayang Ain pada dia sebagai seorang suami?

Hati dia? Hanya Tuhan yang tahu sejak bila hati kecil dia ni sudah terisi dengan nama Ain. Tapi, kalau hanya dia seorang yang berperasaan begini, apa guna. Nak lepaskan Ain? Hmmm..langsung tak terlintas di hati dia pasal cerai-berai semua ni. Kalau boleh, perkataan tu langsung tak mahu dikaitkan dengan jalan hidup dia.

Dari gaya Ain, dia tahu yang Ain memang serius dengan perbincangan mereka tadi. Dia bukannya bodoh tentang undang-undang. Memang jelas la Ain lebih berhak untuk dapatkan hak penjagaan Aqil kalau mereka bercerai.Ingatkan boleh la dia gunakan Aqil untuk gertak Ain tadi. Tapi akhirnya dia sendiri yang terjerat.

Seminggu! Tak lama masa yang dia ada. Hmmm…tapi, macam-macam boleh jadi dalam tempoh seminggu ni. Mana tahu kalau-kalau dalam seminggu ni akan ada sesuatu yang dapat merubah fikiran Ain. Atau, yang paling dia takutkan, sesuatu yang boleh merubah pendirian dia untuk perkahwinan ini. Kalau sampai benda tu terjadi, dia terpaksa redha yang jodoh dia dan Ain hanya cukup setakat itu sahaja. Sesaknya rasa dada bila bayangkan benda ni semua. Ya Allah, berilah sinar untuk rumah tangga kami!

“Ya Allah kamu ni. Sempat lagi mengelamun. Dengar tak ummi tanya tadi?” Hairan sungguh ummi dengan tingkah Fuadi ni. Nampak macam tengah dalam dunia dia sendiri. Dengan ummi kat depan mata ni pun dia sempat lagi mengelamun. Entah perkara apalah yang tengah mengganggu fikiran anak dia ni.

“Owh, sorry ummi. Sofea ada dekat atas tu. Lambat pulak balik malam ni? Ada ceramah ke kat masjid ?” Sedaya upaya Fuadi cuba berlagak biasa. Tak mahu ummi bertambah curiga.

“Macam biasalah. Malam selasa kan memang selalu ada ceramah dekat masjid tu. Yang kamu ni kenapa pulak? Lain benar ummi tengok. Bini dua-dua dah ada kat sini. Takkan tak happy lagi?” Sempat lagi ummi menyindir Fuadi.

Dia bukan tak suka dengan Sofea. Bagi dia, sama macam Ain, Sofea pun tak ada cacat celanya. Cuma, dia kesiankan Ain. Baru beberapa bulan kahwin, dah terpaksa bermadu. Segan dia nak berhadapan dengan keluarga Ain bila kenangkan perangai anak dia sorang ni.

Senyum kelat je lah yang mampu Fuadi tayang bila kena sindir dengan ummi.

“Hmmm..ayah mana ummi?” Baik dia cepat-cepat tukar topik kalau tak nak kena sindir dengan ummi lagi.

“Tu lah. Jauh sangat mengelamun. Ayah dah tunggu kat dapur. Kamu pergi panggil Sofea turun makan. Biar ummi pergi tengok Ain.”

“Eh ummi. Biar Adi je yang panggilkan Ain. Sofea kejap lagi dia turun. Ummi pergilah tunggu kat dapur dulu.” Langkah ummi yang baru mahu bergerak ke bilik tetamu cepat-cepat dihalang. Bukan apa. Dia tak tahu keadaan Ain sekarang. Mana la tahu kalau-kalau Ain tengah menangis. Masalah dia dan Ain, biar hanya mereka yang tahu. Tak sanggup dah dia nak susahkan hati ummi dengan masalah mereka.

“Kalau dah macam tu kata kamu, ummi masuk dapur dulu lah.” Nasib baik ummi tak banyak soal.

Tombol pintu bilik tetamu yang tidak berkunci dipulas sebelum pintu bilik ditolak perlahan. Dengar sahaja pintu bilik dibuka dari luar, Ain cepat-cepat menyeka air mata dia. Kepala dipusingkan sedikit ke belakang untuk melihat gerangan yang sedang masuk ke bilik sekarang.

Melihatkan sahaja Fuadi yang sedang melangkah ke arah dia, cepat-cepat Ain bangun dari pembaringan sebelum badan disandarkan ke kepala katil.

“Ada apa?” Mulut dan mata tak seiring kali ini. Mulut tengah bertanya gerangan di depan muka tapi mata lebih selesa memandang anak kecil yang tengah lena.

“Are you crying?” Pandangan mata Fuadi masih cekap menangkap sisa-sisa air mata di tubir mata Ain. Kalau dah benci, untuk apa air mata tu Ain?

“Kalau tak ada apa-apa, boleh tolong keluar tak?” Sudah hilang mood Ain nak berdebat dengan Fuadi sekarang ni.

“Amboi, boleh pulak nak halau abang dari bilik sendiri.” Tak ada nada sinis dari suara Fuadi. Lebih kepada nak bergurau. Permintaan Ain langsung tak dihiraukan. Selamba je Fuadi menyambung langkah ke arah katil.

“Bilik abang kat atas. Ni bilik Ain.” Keras suara Ain mengingatkan Fuadi hakikat hubungan mereka sekarang.

“Isteri abang ada kat bilik ni. So, this is my room.” Dengar je perkataan ‘isteri’,  terus Ain palingkan muka ke arah Fuadi. Entah kenapa sakit sangat hati Ain bila dengar perkataan tu. Tajam pandangan dia pada Fuadi yang sudah melabuhkan duduk di birai katil.

“Lupa ke yang your wife sekarang dekat tingkat atas.” Sinis suara Ain.

“Habis perempuan lawa kat depan abang ni sape? Bukan isteri abang ke?” Lembut pandangan mata Fuadi pada Ain. Kening dinaikkan seolah mencabar Ain.

Mata saling berbalas pandang buat seketika. Renungan mata Fuadi yang seolah penuh tersirat dengan rasa kasih sayang melekakan Ain. Inilah renungan yang dia selalu angaukan masa awal-awal perkahwinan mereka dulu. Sekarang baru dia sedar betapa selama ini dia begitu rindukan saat-saat sebegini dengan Fuadi.

Rengekan kecil Aqil mengembalikan Ain ke alam nyata. Ain! Please….Jangan jadi lemah. Jangan senang-senang masuk perangkap dia.

“Tak payah nak kisahkan Ain. I’m going to be your ex-wife soon.”

“Abang tak suka perkataan-perkataan tu jadi mainan dekat bibir Ain. Cukup sekali Ain cakap abang dah faham. Benda tu bukannya zikir yang Ain perlu ulang-ulang sebut. Selagi lafaz talak tak keluar dari mulut abang, selagi tu Ain masih isteri abang. Seminggu je lagi kan. Apa yang jadi lepas tu, tak payah nak pikir sangat. Panjang jodoh kita, Alhamdulillah. Tapi, kalau dah tertulis sampai situ je jodoh kita,,,,” Fuadi tidak menghabiskan ayat dia. Tak sanggup dia nak bayangkan kalau itu pengakhiran kisah dia dan Ain. Hanya bahu yang diangkat tanda tak ada apa lagi yang dapat mereka buat kalau itu kemungkinannya melainkan hanya terima dengan redha.

Tegas suara Fuadi menyentakkan Ain. Terasa bagai ada air dingin mengalir dalam tubuh dia membawa pergi semua kegalauan dalam hati. Ya Allah. Betapa lekanya dia terhasut dengan fitnah syaitan yang cuba memisahkan seorang suami dan isterinya. Benarlah apa yang pernah diberitahu oleh ustazah dia dulu. Seorang ulama’ ahlul sunnah pernah menyebutkan bahawa tidaklah ada perkahwinan melainkan seorang wanita itu pasti pernah meminta cerai daripada suaminya lantaran didesak oleh Syaitan.

“Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Sebab yang kukuh? Tiba-tiba Ain jadi ragu-ragu dengan diri dia sendiri. Haram seorang isteri meminta cerai daripada suaminya kerana tidak mahu berpoligami. Jadi apa lagi alasan kukuh yang dia ada?

“Pernah abang pukul Ain? Rasanya tak. Abang tak bagi nafkah kat Ain? I don’t think so. Abang tinggalkan Ain? That’s because I’m furthering my studies. Or sebab abang kahwin lain? Is it a good reason? Mazhab mana Ain pakai isteri boleh mintak cerai bila suami kahwin lain? In fact, I’ve told you before hand.”

Hujah yang diberikan Fuadi ketika mereka bertengkar tadi kembali terngiang di kepala dia. Betapa selama ini dia sudah menjadi isteri yang mengingkari kebaikan suami. Lemahnya iman bila berjaya juga syaitan timbulkan rasa tak puas hati dan cemburu dalam hati dia. Banyak kali Fuadi minta dia bersabar. Kalau selama ni dia mampu bersabar, takkan la untuk seminggu je lagi dia dah tak mampu nak bersabar. Biarlah masa yang ada ni digunakan sebaiknya. Betul kata Fuadi. Lepas seminggu, serahkan semuanya pada ketentuan Allah.

“Betapa Allah telah meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada kaum suami dengan memberikan hak eklusif melafazkan talak 100% kepada mereka. Suami yang baik hanya akan menjatuhkan talak atas sebab-sebab yang layak je. Mana perginya kepercayaan yang Allah berikan kalau suami senang-senang terikut dengan dengan kehendak isteri yang mahu meminta cerai. Apa gunanya 9 akal rasional yang mereka ada kalau masih kalah dengan isteri yang sebaliknya hanya mempunyai 1 akal rasional dan 9 emosi?” Ceramah yang Ain dengar semasa kursus perkahwinan dulu kembali menerjah ingatan dia.

Ya. Untuk kali ini biarlah dia letakkan sedikit kepercayaan pada suami dia. Ain yakin. Sampai masa nanti, Fuadi sendiri yang akan memutuskan pengakhiran untuk hubungan mereka. Fuadi bukannya kejam sangat nak membiarkan dia terseksa dalam perkahwinan mereka ni.

“Berangan pulak dia. Jom keluar makan. Ummi dah tunggu tu.”Jauh sangat Ain mengelamun sampaikan Aqil yang tadinya merengek kecil sudah pun kembali lena dalam kendongan papa dia.

“Ain tak lapar lagi. Abang keluar la makan dulu dengan diorang semua. Tinggalkan je Aqil kat sini.”

“Takkan tak lapar. Last makan pun tengah hari tadi kan. Jom la keluar. Nanti apa pulak kata ummi.” Lembut suara Fuadi memujuk. Dia tahu, pastilah Ain tak selesa nak berhadapan dengan Sofea.

Bila Fuadi dah gunakan nama ummi, hendak tak hendak terpaksalah juga Ain keluar. Ain tak mahu menyusahkan hati ummi semata-mata nak fikirkan pasal dia. Biarlah ummi fikir yang dia cukup kuat untuk berhadapan dengan Sofea walaupun hakikatnya bukan begitu.

3 comments:

  1. Serius ckp, x bole terima nape sofea sibuk sama nak balik time gini..bila ada keuntungan pandai la mainkan isu agama..tp dari segi tanggung jawab nan hado..walaupun ko x menyakitkan dari segi fizikal bini ko tu, tp ko dari mental ko dah sakit kan dia..bk calang2 org bole ngadap macam ain ngadap..ada paham..

    ReplyDelete
  2. Brdebar kite bace ni....x sabar nk tau kisah selanjutnye...

    ReplyDelete
  3. bila hati dah kebas... takkan punya rasa dah...

    ReplyDelete