“DIANA West. She’s a writer,” cerita Ben lagi. Dia sendiri
pun tidak tahu kenapa Syarizad beria-ia mahu tahu tentang ibu saudaranya itu.
“Writer?”
“Yup.
She writes books.”
“Wow...”
Syarizad kagum lagi.
Ben
tersenyum. Jaketnya disarungkan pada tubuh.
“Jom
pergi jalan-jalan,” ajaknya. Mak ciknya pun tiada di rumah waktu itu. Jadi elok
juga kalau dia membawa Syarizad keluar jalan-jalan.
“Kita
nak ke mana?” Syarizad bertanya sambil laju dia mengikut Ben keluar dari rumah.
“Just
shut your mouth and follow me.” Itu saja yang dibalas Ben.
“Tanya pun tak boleh?” Syarizad mencebik.
Ben
tersengih. “Jom.”
Dengan
menaiki bas, mereka akhirnya tiba di Catford. Catford merupakan satu daerah
yang terletak di South East London dan masih berada dalam kawasan London
Borough di Lewisham. Di situ terdapat tempat untuk membeli-belah di Catford
Broadway, beberapa kelab malam dan bermacam-macam jenis restoran dan kafe.
“Biasanya
main event kat sini diaorang panggil Lewisham Peoples Day
yang diaorang buat kat Mountsfield Park,” beritahu Ben sambil memasukkan
tangan ke dalam poket jaketnya. Syarizad yang berjalan di sebelahnya dipandang.
Jelas kelihatan riak kagum pada wajah gadis itu. Maklumlah, pertama kali
jejakkan kaki ke tempat itu.
“Lebih
kurang macam family daylah, kan?” rumus Syarizad sendiri.
Ben
tersenyum. Berada jauh dari Malaysia dan berdua dengan Syarizad terasa
mendamaikan hati. Nasib baiklah Syarizad tu bukan isterinya. Kalau tidak, tentu
dia dah rasa macam pergi bulan madu.
“Encik
Ben, tu apa?” Syarizad menuding jarinya ke arah sebuah binaan berbentuk rumah
dengan pintu yang besar dan lambang salib di atasnya.
“Syari,
berapa kali saya nak kena ingatkan awak ni?”
“Apa?”
Syarizad spontan memusingkan kepalanya ke arah Ben.
“Call
me Ben. Kat sini, kita bukan lagi bos dengan pekerja. Awak kawan saya, saya
kawan awak,” jelas Ben, benar-benar memaksudkan kata-katanya.
Syarizad
mengangguk. Senyuman segan bermain di bibir.
“Baiklah,
Ben Ikhzal. Itu apa?” Jarinya kembali dituding ke arah yang ditunjukkan tadi.
“Rumah ke?”
“Nope.
Itu gereja,” kata Ben. “Kat sini ada gereja untuk Protestant dan Roman
Catholic.”
“Mana
awak tahu semua tu eh?” Syarizad mengerutkan mukanya. Nampak sangat panasaran
mahu tahu.
Ben
senyum lagi.
“Tempat
ni dah macam rumah kedua saya. My mum and dad met here. Bersejarah ni
tau.”
Syarizad
mengangguk-angguk faham. Seronoknya jumpa kat tempat macam ni, tentu bermakna
sangat pertemuan itu. Syarizad sudah mula berangan-angan.
“Cuma
selalunya saya balik sini dengan Ally,” tambah Ben lagi. Sengaja dia bercerita
seolah-olah mahu Syarizad lebih mengenali keluarganya. Untuk tujuan apa, dia
sendiri pun tidak pasti.
“Habis
tu awak balik dengan saya ni, dia tak marah ke?” tanya Syarizad. Bibir bawahnya
digigit perlahan.
“Tak.
Sebab dia cakap saya balik dengan bakal kakak ipar dia, so dia okey.”
Ben menjawab dengan muka selamba. “Lagipun dia busy dengan hal belajar
dia.”
Syarizad
pula yang jadi segan. Padahal sebelum ini bukan main lagi dia menggoda, tapi
apabila Ben sendiri yang buka topik tentang hal itu, dia pula yang jadi malu.
Entahlah, berada di sini dengan Ben benar-benar membuatkan dia lupa apa yang
pernah berlaku sebelum ini. Lupa perjanjiannya dengan Datin Hazleena, lupa
siapa Ben, lupa siapa dirinya, lupa yang dia sebenarnya punya misi untuk
membuat Ben tersungkur di kakinya. Saat cinta datang mengetuk, segala rasa
hitam di dalam hati bagai dibawa pergi.
Syarizad
duduk di sebuah bangku di bawah pokok yang dia sendiri tidak tahu apa namanya
itu sambil menunggu Ben membeli minuman dari sebuah kafe. Matanya dililaukan ke
sekeliling. Pengalaman bermakna, yang tidak mungkin dia akan dapat daripada orang
lain. Herdy mungkin boleh membawanya ke tempat yang lebih mewah, tetapi
perasaan yang dia alami sekarang tidak akan sama.
“Nah.”
Ben menghulurkan bekas minuman di tangan kepada Syarizad.
“Thanks.”
Syarizad menyambut dengan senyuman.
“Bestkan
kat sini?” Ben duduk di sebelah Syarizad.
“Tak
hairanlah kalau awak suka balik sini pun...” Syarizad mengangguk-angguk.
Ben
tersenyum. Kopi dihirup perlahan.
“Tak
nak cerita macam mana papa dengan arwah mama awak jumpa dulu?” Syarizad
menyandar di bangku.
“Kenapa
nak tahu?”
Syarizad
jongket bahu.
“Saja.
Macam best aje bunyinya.”
“Papa
saya dulu belajar kat Liverpool. Bila ada masa lapang, dia selalu pergi
jalan-jalan, termasuk tempat ni. Kebetulan arwah mama saya pun datang sini masa
tu. Simple. They met, they fell in love, they got married, and they
had me and Allison.” Ben terdiam lama, merenung kejauhan.
Syarizad
memandang Ben penuh asyik. Cerita Ben itu walaupun ringkas tetapi seolah-olah
menyentuh terus ke dasar hatinya. Ingatan terhadap abah dan ibunya semakin kuat
melekat di ingatan. Sebak tiba-tiba hadir.
Kalaulah
ibu dan abah masih ada, mungkin hidupnya tidak akan jadi seperti sekarang.
Mungkin dia akan hidup gembira. Mungkin dia akan dapat menyambung pelajaran,
berkawan dengan ramai orang, ke kuliah, belajar, merasai indahnya hidup sebagai
seorang pelajar. Mungkin juga dia tidak akan menanam dendam di hati, merelakan
semuanya pergi dan hidup gembira sepertimana yang selalu dia impikan.
“Nak
pergi tempat lain tak?”
Suara
Ben menyentakkan Syarizad. Pantas dia menarik nafas, membuang sisa-sisa sebak
yang masih ada.
“Hmm...
ke mana?”
Ben
bangkit berdiri. Tidak menjawab soalan Syarizad, sebaliknya hanya tersenyum.
“Jom.”
“CHICKEN
cooked with lettuces.” Ben tersenyum memandang hidangan di atas meja. Mak ciknya itu
memang arif kalau bab-bab makanan kegemarannya.
“Apa
ni?” Dengan polosnya Syarizad bertanya.
“My
favourite,” jawab Ben. Mukanya ceria semacam.
“Have
a seat, Syari,” pelawa Diana sambil tersenyum ceria.
Ben
memberi isyarat yang sama ke arah Syarizad. Gadis itu segera duduk di
sebelahnya.
“I
missed this,” kata Ben. Kedua-dua tangannya digosok-gosok, bersedia untuk
menjamu hidangan itu.
“That's
why I cooked it for you.” Diana senyum lagi. “Come on, Syari... Have a
bite.”
“Thanks,”
ucap Syarizad. Segan. Namun apabila melihatkan senyuman mesra mak cik Ben,
perlahan-lahan rasa segan itu beredar pergi.
“Oh,
Ben... guess who I met last night?” tanya Diana sesudah duduk di depan
Ben. Riak wajahnya jelas teruja.
“Who?”
Ben angkat dahi.
“Katherine!”
jawab Diana.
“Ohh,
really?” Ben terkejut. Sesaat kemudian, wajahnya mekar dengan senyuman.
Terbayang wajah cantik seorang gadis di ruangan mata. “How was she?”
“She
was good. I mean, she’s still beautiful. When was the last time you saw her?”
“Hmm...
about two or three years ago.”
“Ahh...
you definitely need to see her now.”
Syarizad
mendiamkan diri sambil memasang telinga. Katherine? Siapa Katherine? Tengok
daripada reaksi wajah kedua-duanya, Syarizad pasti Katherine itu sangat
bermakna bagi kedua-duanya. Kawan Ben? Sepupu Ben? Atau... bekas kekasih Ben?
Atau kalau tak pun... bakal isteri Ben? Tidak semena-mena tumbuh rasa tidak
senang di sudut hati Syarizad.
“I
asked her to come over here,” beritahu Diana lagi.
“You
did?” Ben terkejut lagi.
Diana
mengangguk-angguk.
“Finish
your meal. We’ll talk again later.” Kemudian dia bangun mengangkat pinggan
masuk ke dapur.
“Hmm...
saya dah habis makan,” maklum Syarizad dengan nada teragak-agak.
Ben
berpaling.
“Oh...”
Tidak
sempat Ben bersuara lanjut apabila Syarizad sudah pun bangun menuju ke dapur.
Ben menghabiskan suapan terakhir. Ketika dia bangun, Syarizad melintasinya
untuk ke ruangan parlour. Gadis itu terus berdiri di tepi tingkap sambil
merenung jauh ke langit tinggi.
“Biasanya
kalau tak ada buat apa-apa, saya selalu habiskan masa dengan Aunt Diana
kat sini. Borak-borak, cerita macam-macam benda.”
Suara
Ben mengalih perhatian Syarizad. Lelaki itu masuk ke ruangan itu dengan
senyuman di bibir.
“Diam
aje awak ni. Kenapa, Syari?” Ben bertanya lembut. Dia berdiri tegak di sebelah
Syarizad sambil ikut memandang ke luar tingkap.
“Tak
ada apa.” Syarizad malas cerita lebih.
“I
may not know much about girls. But I do know when you have something on your
mind.” Ben merenung redup ke wajah Syarizad.
Syarizad
melepaskan nafas panjang.
“Siapa
Katherine?” Bibir diketap kuat setelah nama itu meniti keluar dari bibirnya.
Ben
tersenyum mendengar soalan itu. Oh, jadi itu sebabnya Syarizad diam sejak tadi?
Kenapa ya? Cemburu? Rasa kelakar tiba-tiba.
“Saya
tanya ni, jawablah. Janganlah senyum-senyum macam tu.” Syarizad tidak puas
hati. Selebihnya dia berusaha membuang rasa malu.
Ben
ketawa kecil.
“Okey,
sorry.” Dia berdeham sekali sebelum kembali bersuara. “Katherine tu
kawan saya. Maksud saya, mak dia kawan dengan Aunt Diana. Jadi saya pun
baiklah jugak dengan Katherine tu. Dah lama tak jumpa dia. Jadi bila Aunt
Diana cakap jumpa dia, tentulah saya rasa happy,” jelasnya satu per
satu.
Syarizad
terdiam. Keningnya diangkat tinggi sambil berpeluk tubuh. Mula berfikir semula
sama ada relevan atau tidak untuk dia cemburu.
Kau
cemburu, Jad? Waras ke tak?
“Nanti
bila dia datang sini, saya kenalkan dengan awak.” Ben seakan berjanji.
Syarizad
mengangguk kecil. Melihat senyuman Ben, rasa malunya jadi bertimpa-timpa. Entah
apalah yang Ben fikir, dia sendiri tak berani nak bayangkan.
“Saya
penatlah, nak rehat.” Syarizad berura-ura untuk meminta diri.
“Okey.
Get enough rest sebab esok saya nak bawak awak jalan-jalan kat
tempat yang best lagi,” ujar Ben.
Syarizad
berpaling semula.
“Ke
mana?”
“You’ll
see. Good night,” ucap Ben.
Syarizad
mengangguk. Sempat tersenyum lalu berpaling untuk ke arah tangga.
No comments:
Post a Comment