Tuesday, 16 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 15




“Saya dah reda semuanya. Datuk tak payah risau. Tak ada apa-apa yang berlaku empat tahun lepas. Saya tak kenal siapa anak Datuk. Saya tak kenal dia sebelum ini. Saya perlu balik sekarang, Datuk”.
Itu yang dikatakan Ana dua jam yang lalu.
“Janganlah Ikhwan..cukuplah sekali awak rogol saya dulu. Saya tak pernah beritahu sesiapa. Jangan seksa saya lagi. Awak dah nak kahwin dengan kakak saya”.
Dan itu pula yang diperkatakan Ana di dalam skrin CCTV yang ditonton kembali.
Datuk Umaira menggeleng. Tipu. Ana menipunya. Remote controller dihempas kasar. Bagaimana mungkin tiada apa yang berlaku sedangkan  apa yang dilihat itu bertentangan sekali dengan apa yang didengar. Melihat cerita ‘duka’ di dalam CCTV itu menggambarkan Ikhwan dan Ana memang pernah saling kenal. Raut Ana yang jelas terkejut menatap kelibat Ikhwan di muka pintu membuktikan sesuatu yang buruk pernah berlaku antara dia dan Ikhwan.  Sesungguhnya Datuk Umaira lebih mempercayai tontonan CCTV itu daripada apa yang keluar dari bibir Ana.
Datuk Umaira meraup muka dengan telapak tangan. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah Ikhwan lakukan pada Ana yang berwajah agak cacat itu. Dia tahu dia perlu melakukan sesuatu supaya nasib Ana terbela. Agar Ikhwan bertanggungjawab terhadap apa yang  pernah dilakukan terhadap Ana tetapi sebelum itu dia mahu mengesahkan dulu apa  benar Ikhwan pernah merogol Ana. Datuk Umaira tahu dia boleh bertanyakan Ikhwan sendiri tapi buat masa ini dia tidak sanggup menatap muka anaknya. Hatinya berasa sangat sakit dan terluka.
“Datuk”.
Datuk Umairah merenung Zainah. Terasa mahu dijerkah orang gajinya itu tetapi dia melembutkan hati. “Ehmm, ada apa Za?”.
“Saya dah kunci bilik Tuan Ikhwan tapi sekarang ni kawan dia datang”.
Datuk Umaira mengerutkan dahi. “Kawan? Siapa?”
“Katanya Zikri, Datuk”.
Datuk Umaira merenung Zainah lama.


ZIKR terkebil-kebil dengan apa yang dilihatnya di skrin. Siapa perempuan ni? Dia menoleh pula pada Datuk Umaira yang nampak tertekan.
“Saya tak kenal siapa perempuan ni aunty, sumpah..”.
“Aunty tahu Zikr tak kenal”.
“Jadi?”. Ikhwan ni dah sah-sah gila nak rogol anak orang kat banglo sendiri. Kalau aku bagitahu Khalish ni, memang kena ceramah free.
“Apa yang Ikhwan buat kat London tu Zikr? Yang aunty tak tahu? Berterus terang dengan aunty. Aunty nak tahu semuanya. Aunty rasa aunty dah tak kenal siapa anak aunty sendiri”.
Zikr serba salah. Masakan dia hendak beritahu semuanya sedangkan dia pun dua kali lima saja biarpun tindakan Ikhwan yang mahu merogol wanita yang bernama Ana, yang berparut hodoh itu jelas sangat memeranjatkannya. Setahunya taste Ikhwan sangat tinggi.
I am talking to you Zikr..”. Keras suara Datuk Umaira.
Zikr telan liur. “Zikr minta maaf banyak-banyak auntie. Zikr rasa Ikh lebih berhak untuk jawab soalan auntie. Itu hak peribadi dia’..
“Don’t try to be so kind towards a rapist, Zikr. You will have a back luck in your life. I swear”. Datuk Umaira memberi arahan. Dia tidak sukakan cara ini tapi terpaksa. Tajam matanya merenung Zikr, sahabat baik anaknya itu.
Kali ini Zikr pula yang terkedu. Datuk Umaira sedang megugutnya. Gerun pula hatinya. Datuk Umaira sangat dikenali sebagai seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Dia boleh dapatkan apa yang dimahunya. Dia tahu Datuk Umaira mahu dia berterus-terang tentang sikap Ikhwan tetapi sungguh dia tidak sanggup. Kerana mungkin kenyataan itu akan lebih menyakitkan.
“Saya hanya boleh kata dia dah biasa bawa perempuan ke apartmen, aunty...yang lain tolong tanya Ikh sendiri. Saya minta maaf, aunty. Saya minta diri dulu”. Zikr sudah bangkit dari duduknya.
Datuk Umaira turut spontan berdiri. Pernyataan Zikr membuatkan dia pasti akan sesuatu.
“Zikr..”. Panggilnya lagi. Zikr berpaling.
“Tolong aunty”. Datuk Umaira mengambil  sesuatu dari dalam laci meja.


“AKU dah tengok semuanya”. Mata Zikr merenung Ikhwan yang sedang menutup muka dengan bantal lagak anak kecil. Buat-buat tidur la tu.
Ikhwan angkat muka. “So, kau datang ni nak tolong bawa aku lari sebab aku kena kunci dengan ma aku?”. Sindir Ikhwan.
 “I am not”. Bengang pula dia tengok muka selamba Ikhwan. “Bagus la kau kena kurung. Perintah tahanan dari Datuk Umaira”. Zikr sudah tarik kerusi dan duduk di hadapan Ikhwan yang sudah menyandar di kepala katil.
“Blah la kau Zikr. Aku nak tidur”.
“Ikh... tolonglah jangan buat muka orang tak bersalah okay. Kau nak rogol budak perempuan tu, kau sedar tak ni, hah? Honestly.. I am so shocked”.
“No comment”. Muka Ikhwan langsung tidak bersalah.
Zikr mengetap bibir. Sakit hatinya dengan perangai Ikhwan yang main-main. “Ikh...jangan nak buat muka macam tu la dan tak payah nak cakap no comment.. no comment macam artis bagai. Tak sesuai tahu tak?”. Volume suara Zikr naik dari biasa.
Ikhwan mengeluh. “Apa yang kau nak tahu, Zikr?”.
“Tak cukup ke dengan perempuan yang kau bawa ke apartment kau tu...sampai that girl pun kau nak rasa?? Dah la dia nak jadi adik ipar kau. Sungguh tak patut.”.
“Fine.. Aku minta maaf”.
“Not to me Ikh...to that innocent girl. Dan tolong jangan cakap dengan aku yang kau dah kemaruk  sekarang ni. Cukuplah dengan perempuan keliling pinggang sebelum ni. She is Narisha’s sister. Lepas kakak.. kau nak cuba adik pula ke..?”.
“Aku tak pernah sentuh perempuan-perempuan yang aku bawak masuk bilik selama ni. Not even Risha”. Ikhwan akhirnya mengambil keputusan untuk berterus-terang. Dia percaya Zikr tidak akan membongkarkan rahsianya.
Kali ini muka Zikr jelas berubah riak. Zikr tidak berkelip memandang Ikhwan. Biar betul? Ketawa kuat pecah di ruang bilik itu.
“Kau jangan nak buat lawak dengan aku Ikh. Takkan dengan Risha pun kau tak pernah..?? No, no, aku tak percaya..”. Zikr menggeleng kepala.
Do I look like I am joking? Terpulang pada kau Zikr nak percaya atau tak. Kau boleh tanya Risha kalau  tak percaya sangat. That’s the truth. Aku tak pernah rosakkan siapa-siapa sebelum ni, okey”.
“Please...jangan kata kau gay? What about Ana...?”. Zikr sudah serius. Dia tahu Ikhwan berkata jujur kali ini.
“Aku pun tak tahu”. Ikhwan garu kepala. Sangat susah untuk dia terangkan.
“Apa punya jawapan bodoh macam tu? Tak tahu apanya? Dah yang dia cakap kau rogol dia dulu. Betul ke?”. Zikr tidak sabar untuk mengetahui kebenaran.
“Ingat tak aku balik semester break dengan Risha four years ago?”.
Zikr diam seketika sebelum mengangguk. “Yes”.
“Aku pergi rumah Risha lepas sehari balik. Itu kali pertama aku tengok dia. Dia sangat cantik”. Ujar Ikhwan dengan wajah kagum. Matanya terbayang lenggok Ana ketika menangis tadi.
Zikr garu pelipis. Kawan merangkap adik aku ni betul tak?
“Kau ada masalah mata ke Ikh..? Dengan muka macam tu, kau kata dia cantik?”.
“Aku tahu dan aku maksudkan tubuh dia. She is outstanding. Aku betul-betul terpaku waktu tu and yesss I..I.. Aku  buat benda  tak senonoh pada dia. Lebih kurang seminggu sebelum aku balik UK. Tadi pun..err..aku.yup. you know what I mean. Dia terlalu menggoda pada mata kau. Aku pun tak faham kenapa. Aku memang tak boleh nak jelaskan kat kau macam mana aku boleh tertarik dengan dia sebab aku sendiri pun tak faham dengan diri aku. But for sure, it is not about love but all about sex”.”.
“Hah?”.  Zikr terperanjat juga walaupun dia sudah menjangkakan jawapan itu ketika Ikhwan menceritakan kekagumannya terhadap Ana.
Dan di biliknya waktu itu, Datuk Umaira menekan buatang off pada pita rakaman suara. Air mata menitis perlahan. Pengakuan Ikhwan melukakan hatinya. Jadi sungguh, Ana gadis yang teraniaya. Datuk Umaira sudah membulatkan tekad. Semuanya belum terlambat.
“Za...tolong ikut saya pinangkan seseorang untuk Ikhwan”. Ujarnya selepas butang interkom ditekan.


1 comment: