Ayuni pelik. Ruang pejabatnya
hari ini agak luar biasa. Riuh
rendah. Semua staf dilihatnya berkumpul
menghadap papan kenyataan pejabat.
“Ada
apa tu Mas? Kenapa semua nampak kecoh
aje. Ada apa-apa announcement ke?” Soalan pertama yang keluar dari mulut Ayuni
sebaik sahaja dia melangkah masuk ke pejabatnya.
“Lah…kau tak baca lagi ke?” Soal Mastura, kerani akaun
yang bertugas di bahagian yang sama dengannya.
Ayuni hanya menggeleng.
Memang dia belum sempat menjengah lagi ke papan kenyataan sejak semalam
kerana dia sibuk berbincang dengan Shah Iskandar tentang complain CEO syarikat terhadap laporan kewangannya yang dikatakan
banyak kesilapan hingga dia pulang agak
lewat disebabkan terpaksa menyemak semula laporan tersebut. Sudahnya, seperti yang dikatakan kepada
bosnya semalam, sememangnya tiada sebarang kesilapan membuatkan Ayuni bertambah
pelik kenapa Hisyam hendak mencari kesalahannya.
“Hujung bulan ni,
semua staf department kita ni
diwajibkan menghadiri kursus bina semangat.
Alah…kiranya macam kursus motivasilah.
So, minggu depan giliran
jabatan kita..” Jelas Mastura.
“Memang selalu ke
company buat kursus macam tu? Dah macam budak sekolah pulak nak buat
kursus motivasi bagai…” Tanya Ayuni ingin tahu.
“Kiranya macam
acara tahunanlah sebab polisi syarikat nak semua stafnya sendiri bersemangat
dan produktif walaupun memang ramai yang complain macam kau cakap tu….”
Sambung Mastura.
“Semua wajib
pergi ke? Siapa yang conduct kursus
tu?” Ayuni bertanya lagi. Dia ingin tahu sebab Hanis tidak pernah
menyebut tentang hal ini kepadanya.
Mungkin Hanis lupa hendak memberitahunya. Mustahil Hanis tidak tahu kerana dia sendiri
telah berkhidmat lebih lima
tahun dengan Menara Holding.
“Wajib. Mana-mana
staf yang tak join kena buat surat tunjuk sebab dan
dimasukkan dalam laporan prestasi. Biasanya, yang conduct pakar-pakar motivasi yang dijemput khas company tapi yang incharge
‘Mr. CEO dan assistant CEO lah” Jelas
Mastura bersungguh-sungguh kerana dia juga pernah dikenakan tindakan disebabkan
tidak menghadiri kursus tersebut pada awal perkhidmatannya dahulu.
Berderau darahnya
sebaik mendengar Mastura menyebut tentang kedua-dua bosnya itu. Rasa berkobar-kobarnya ingin menyertai kursus
tersebut terus lenyap sebaik mengetahui tentang pengendali kursus itu.
Haruskah aku sertai?
Ayuni mula
kebingungan. Dia tersepit antara
tanggungjawab dan perasaannya sendiri.
Dia tidak dapat membayangkan bagaimana dia harus berhadapan dengan dua
lelaki itu. Seorang yang asyik menagih
cintanya dan seorang lagi yang sentiasa ingin mencari salahnya. Namun dia sedar. Dia harus bersikap professional walaupun
sebenarnya, jauh di sudut hati dia bimbang akan dirinya sendiri.
Manusia biasa yang punyai hati dan perasaan, sudah pasti
tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
Jika kedua-dua lelaki itu terus menekannya dengan cara masing-masing,
dia bimbang akan tewas dengan nafsu amarahnya.
Cukuplah sekali pengalaman disakiti oleh insan bernama lelaki
dahulu. Walaupun, lelaki-lelaki itu
secara kebetulan hadir dalam hidupnya dengan cara dan cerita yang berbeza, apa
yang pasti kesemua mereka hanya mengundang episod duka dalam hidupnya.
Amir, lelaki yang
dicintainya sepenuh hati sejak di bangku sekolah hingga pernah menjadi tunangannya
suatu masa dahulu yang telah banyak mencorak peribadinya kini. Jika dahulu, dia seorang yang mudah tewas
dengan perasaannya sendiri tapi kini dia banyak belajar dari kekurangan dirinya
dahulu. Sikap terlalu percaya kepada
tunangnya telah menyebabkannya membutakan mata, memekakkan telingan akan
cerita-cerita tidak enak tentang Amir yang sampai kepadanya. Kononnya percintaan sepanjang zaman
menyebabkan dirinya percaya akan kesetiaan Amir terhadapnya seratus
peratus.
Dia tidak pernah terfikir yang Amir akan menduakannya
setelah janji setia termeterai dengan ikatan pertunangan walaupun pada ketika
itu mereka baru hendak melangkah ke menara gading. Betullah kata orang, jauh di mata jauh di
hati. Walaupun perkara itu tidak terjadi
kepadanya, tetapi tidak bagi Amir.
Ternyata percintaan semenjak zaman sekolah rendah lagi tidak mampu
menghalang Amir dari jatuh cinta dengan gadis lain. Selama ini kehidupan Amir hanya berada di
dalam lingkung persekitaran kampung dan apabila telah terdedah dengan dunia luar , Amir seperti kacang lupakan kulit. Tambah memilukan Ayuni, keputusan Amir untuk
memutuskan tali pertunangan mereka hanya melalui sepucuk surat dan tiga hari
kemudian, pihak keluarga Amir datang ke rumah orang tuanya untuk menunaikan
hasrat Amir secara rasmi.
“Itu kehendak Amir dan kami tidak boleh memaksanya” Itulah
jawapan mudah yang diberikan oleh pihak keluarga Amir apabila ditanya akan sebab
untuk memutuskan ikatan itu.
Ayuni sudah puas menangis kerana peristiwa itu sehingga
pernah suatu ketika dia hampir mengambil keputusan untuk menamatkan
pengajiannya. Tekanan perasaan yang
dialaminya bukan sedikit. Waktu itu,
dirasakan dunia menjadi gelap gelita dan dia tidak mampu untuk meneruskan hidup
tanpa Amir. Mujurlah keluarga dan
rakan-rakannya menjadi penyelamat.
Ayuni terpaksa dibawa berubat secara tradisional untuk
memulihkan kembali dirinya. Kata-kata
dorongan tanpa jemu yang diberikan oleh keluarga dan teman-teman rapatnya
termasuk Hanis yang banyak membantunya mengubati kelukaan, dan kini dia
terpaksa sekali lagi berhadapan dengan dua orang lelaki, Taufik dan Hisyam
walaupun kedua-duanya hadir dalam hidupnya dengan cerita yang berbeza.
Apa yang pasti, seolah-olah telah ditakdirkan untuk
dirinya bahawa mana-mana insan yang bernama lelaki yang ada kaitan dengan
dirinya, hanya akan menyebabkannya berduka sehingga dia merasa cukup fobia
untuk dekat dengan mana-mana lelaki walau dalam apa keadaan sekalipun sehingga
Hanis pernah menuduhnya ‘anti’ lelaki walaupun dia tidak bermaksud begitu tetapi
disebabkan terlalu banyak kebetulan yang berlaku, tuduhan Hanis menjadi
kelihatan benar.
Ayuni sedar, dia bukannya bodoh untuk menyamakan Amir
dengan lelaki-lelaki lain yang pernah cuba untuk mendekatinya tetapi rasa sakit
yang dialaminya dahulu masih berbekas sehingga kini hingga menyebabkannya
berkelakuan seperti seorang yang anti kepada lelaki.
Dia tidak berniat untuk bersikap begitu. Mana mungkin lelaki dipisahkan dari perempuan? Sememangnya Hawa dijadikan untuk bersama
Adamnya dan dia sedar, dia tidak boleh menolak hakikat itu tetapi sehingga kini
hatinya cukup degil untuk cuba membuka lembaran baru. Dia sendiri sudah putus asa dengan dirinya
sendiri. Bukan dia tidak pernah cuba
untuk memberi ruang dan peluang kepada mana-mana lelaki selepas Amir untuk
mendekatinya, namun ternyata dia tewas dengan perasaannya sendiri sehingga
suatu masa dahulu, dia hanya menyerahkan kepada masa dan keadaan yang
menentukan.
Jika waktu itu sudah tiba, dia akan terima sahaja
mana-mana lelaki yang telah ditakdirkan untuknya kerana dia yakin apabila
‘waktu’ itu sampai, pasti hatinya sudah terbuka luas untuk lelaki itu. Oleh itu, wahai hati bersabarlah menanti
hingga ke detik itu.
No comments:
Post a Comment