Wednesday, 2 March 2016

ROMANCINTA- BAB 9



Banglo Mewah Tan Sri Yusuf
Bukit Antarabangsa  

            Sekali lagi ruang tamu banglo mewah milik Tan Sri Yusuf di landa suasana tegang. Fifi
menangis teresak-esak. Dia cuba menolak, dia cuba merayu namun langsung tidak dipedulikan. Jiwa
mudanya kembali memberontak tetapi tiada apa yang mampu dilakukan. Pilihan yang dia ada Cuma
lari dari sini. Tapi…ke mana?
            “Papa…tolonglah papa. Fifi tak nak kahwin dengan dia.” Fifi merayu lagi.
            “Sudahlah Fifi, jangan melawan cakap papa lagi.
Cukuplah dengan apa yang Fifi dah buat. Papa dah buat keputusan dan keputusan papa…muktamad.”
            “Fifi nak kahwin dengan Shah…”
            “Shah? Lepas dia buntingkan Fifi, batang hidung dia pun tak nampak. Langsung tak
bertanggunjawab. Lelaki macam tu yang kamu nak kahwin?” Tinggi suara Tan Sri Yusuf ketika ini.
Sungguh dia tak sangka, hingga saat ini pun, Fifi masih menyebut nama Shah.
            Dah kena bomoh agaknya. Tan Sri Yusuf menggelengkan kepala.
            “Tapi papa, Fifi sayangkan Shah. Tolonglah…Fifi tak nak kahwin dengan orang lain. Fifi nak
kahwin dengan Shah…pa. Fifi sayangkan Shah”
            “Fifi, cubalah fikir betul-betul. Kalau Shah tu sayangkan Fifi, dah lama dia datang jumpa
kami.” Puan Sri Haryati pula berkata.
            “Mama, Fifi sayangkan Shah…mama. Fifi tak nak kahwin dengan orang lain. Fifi nak kahwin
dengan Shah. Lagipun…anak ni…anak Shah.” Fifi merayu lagi. Sungguh dia tidak mampu menerima sesiapa selain Shah. Di hatinya Cuma ada Shah, tidak mungkin dia sanggup mengahwini lelaki lain selain Shah.
            Suasana di ruang tamu itu kembali sunyi. Yang kedengaran Cuma esak tangis Fifi. Tan Sri
Yusuf mengerutkan dahi.
            “Papa…” Fifi memanggil Tan Sri Yusuf.  Dia benar-benar berharap yang papanya itu akan mengubah keputusan yang telah dibuat.
            “Okay…fine. Betul Fifi nak kahwin dengan Shah?” Setelah agak lama berdiam diri, akhirnya
Tan Sri Yusuf bersuara. Fifi mengangguk laju.
            “Papa beri masa sampai malam ni.
Telefon Shah, beritahu dia yang papa nak berjumpa
dengan dia. Kalau Shah tak datang sini jumpa papa, you don’t have any other choice. Fifi akan
kahwin dengan Affandi. Does that sound fair to you?!” Tan Sri Yusuf membuat keputusan. Sengaja
dia berkata begitu walaupun dia yakin, tak mungkin Shah akan menjejaki rumah ini. Fifi mengangkat muka memandang Tan Sri Yusuf lalu membalas kata-kata papanya.
            “Shah mesti datang, papa. Dia sayangkan Fifi.” Dalam esakan yang semakin berkurangan, Fifi
cuba meyakinkan Tan Sri Yusuf atau mungkin, cuba meyakinkan dirinya sendiri. Fifi bangun lalu beredar ke biliknya. Dia akan membuktikan pada Tan Sri Yusuf yang Shah tidak sekeji itu.
            “Fifi…Fifi…” Tan Sri Yusuf menggelengkan kepala. Dia bukan saja tidak yakin, kalaupun
Shah datang ke rumahnya, belum tentu dia mahu menerima lelaki seperti itu menjadi menantunya. Lelaki tak bertanggungjawab seperti itu tak akan layak menjadi ahli keluarganya. Lagipun, latar-belakang lelaki yang bernama Shahrizal itu agak kabur. Sudah Tan Sri Yusuf cuba untuk menyiasat namun semua maklumat yang di dapati tidak membantu.   
            “Abang.” Puan Sri Hayati memanggil namun Tan Sri Yusuf tidak menyahut. Tan Sri Yusuf memandang isterinya sekilas dan  kemudiannya, berlalu perlahan-lahan ke bilik bacaan.

***

           
            -Please, I nak jumpa you. Kalau tidak, papa nak kahwinkan I dengan orang lain. Tolonglah Bi. I nak kahwin dengan you. Ini anak you. Tolong call I balik.-
            Shark membaca pesanan ringkas yang diterima di telefon bimbitnya. Sudah banyak kali
pesanan yang lebih kurang sama diterima. Tapi dia sengaja tidak mahu membalas.
            Kahwin?
            Shark menghembus nafas berat.Lelaki seperti dia tidak akan mahu terikat dengan simpulan ini. Menyusahkan saja nanti. Namun, sekeras-keras hatinya, Shark terasa ada satu perasaan yang sukar dimengertikan apabila membaca sms itu. Dia berasa kehilangan, seperti ada sesuatu telah diragut dari dalam dirinya. 
            Tak mungkin aku boleh terus bersama dia. Fikir Shark lalu mengetap bibir. Tapi..anak tu…anak aku.
Dia mengandungkan anak aku. Mata Shark terpejam. Bayang wajah Fifi hadir di fikiran.
            “Shark.”
            Shark memuka mata.
            “Dah sampai.” Zidan, orang kanannya memberitahu. Shark mengangguk. Telefon bimbit disimpan di dalam poket seluarnya. Beberapa ketika kemudian, tiga orang lelaki kulit hitam berbangsa Afrika masuk ke ruang tamu suite hotel lima bintang itu, diiringi oleh kuncu-kuncu Shark sendiri. Shark bangun menganggukkan kepala sedikit kepada ketiga-tiga mereka.
            I’m Markus. This is Akemi and Daren.” Lelaki yang paling tinggi antara ketiga-tiga mereka memperkenalkan diri. Shark menganggukkan kepalanya sekali lagi lalu mengajak mereka duduk.
            Have a seat.”
            Mereka duduk.
            I guess, Jedi has informed you about us.” Markus kembali bersuara.
            Yeah, he did.” Shark menjawab. “Tell me your plan, Markus.”
            Four days from now, my people will land in Bangkok. Three man, two ladies. They will
carry the African Black with them.” Terang Markus. Shark tidak membalas, hanya menumpukan perhatian.
            They need to be transported across border by road to here.” Sambung Markus.
            My people will be there. We will have three cars to transport them.” Balas Shark.
            They also need a place to stay before hopping to Aussie.” Markus membuat permintaan lagi.
            Understand. Leave it all to me. I will let you know their location once they have arrive in KL.
            These are the details and their arrival in Bangkok.” Markus menghulurkan sehelai kertas
kepada Shark. Shark menyambut lalu kertas itu dibaca beberapa kali, memastikan data yang ada lekat di kepalanya. Setelah yakin, kertas itu dihulurkan kepada Black, juga salah seorang kuncunya.Setelah membaca beberapa kali untuk memastikan maklumat itu terpahat kukuh dalam fikirannya, Black membakar kertas itu menggunakan pemetik api.
            Zidan hanya memerhati. Cara Shark memang begitu. Shark hanya memberikan maklumat kepada orang yang tertentu untuk tugas tertentu. Maklumat itu tidak boleh di kongsi oleh kuncu-kuncunya yang lain, termasuk Zidan,  orang yang paling rapat dengan Shark. Itu cara Shark untuk memastikan tiada maklumat yang akan jatuh ke tangan pihak lain, polis terutamanya.
            But remember, if trouble arise, I don’t want to have any shit with you or your people.” Ujar Markus lagi.
            Don’t worry Markus. This is not our first time. Trust us.” Shark memberikan keyakinan.  
            Good.” Sambil berkata, Markus mencapai beg hitam yang telah dibawa bersamanya. “This is the upfront, agreed by Jedi.” Markus menyambung kata. Beg berwarna hitam di hulurkan kepada Shark. Shark membuka dengan pantas. Banyak ikatan wang terdapat di dalam beg itu. Semuanya di dalam mata wang Amerika.
            It’s USD250,000.
             Shark mengangguk. Bibirnya mengukir sedikit senyuman.
            Balance will be paid after it’s done.”
            Shark mengangguk lagi.
            Alright then. If it’s a success, we can have a long term business.” Markus berkata lagi. Memang sejak tadi, hanya dia saja yang bersuara. Akemi dan Daren hanya memerhati. Shark
tersenyum lalu menganggukkan kepala. Perbincangan tamat di situ. Mereka bangun dan berjabat
tangan antara satu sama lain.
            Is daar enige plek waar ons kan pret hê ?” Daren bersuara sambil tersenyum, menampakkan
barisan gigi.
            He wants to have fun tonight. Can recommend any place?” Markus menterjemahkan kata-kata Darren.
            Depends on your ‘fun’ definition.” Balas Shark.
            Musiek, bier en meisies.” Daren berkata lagi.
            Music, beers and girls.” Kata Markus pula. Shark tersenyum mengangguk.
            “Boon!” Shark memanggil salah seorang kuncunya.
            Yes, boss…
            “Bawa dia orang pergi jumpa Madam Zoey. Beritahu Madam, untuk dia orang, free of
charge.
            “Okay boss.” Boon mengangukkan kepala.
            “Boon will bring you to the place where you can have fun. Don’t worry, everything is on me.” Shark berkata kepada Markus.
            Nice to do business with you, Shark. Say hi to Jedi for me.” Markus membalas dan mula
melangkah dituruti oleh Daren dan Akemi. Shark memandang hingga mereka hilang dari pandangan.
Setelah itu, dia mengambil telefon bimbitnya dan mula mendail nombor.
            “Aku nak cakap dengan Jedi.” Shark berkata apabila talian bersambung. Shark menunggu beberapa saat sebelum Jedi menyambut talian.
            “Shark…”
            “Dah settle.” Shark berkata lagi, pendek dan ringkas.
            “Bagus. Pastikan semuanya lancar, Shark. Kau akan dapat habuannya.”
            “Baiklah.”
            “Hantar duit tu ke tempat biasa.”
            “Okay.” Talian di putuskan.
            Shark menoleh kepada Zidan dan kemudian, menyentakkan sedikit kepalanya, ke arah beg hitam di atas
meja.
            “Tempat biasa.” Shark berkata.
Zidan mengangguk lalu keluar dari situ.
            Shark berseorangan kini. Dengan langkah perlahan, Shark bergerak menuju ke arah tingkap kaca yang menampakkan pemandangan waktu senja Kuala Lumpur. Nun di arah barat, matahari mula menenggelamkam diri sedikit demi sedikit.
Lama Shark termenung, memerhatikan suasana di luar cermin tingkap.
            Shark mengeluh. Nama Fifi bergema di setiap sudut benaknya membuatkan dia terasa rindu secara tiba-tiba. Untuk pertama kali dalam hidup Shark, dia mula mengenali erti kasih sayang. Pemilik nama Sofea Raihana itu telah benar-benar membuatkan hatinya terbuka pada cinta.
            Telefon bimbit dibelek beberapa kali. Dia perlu membuat keputusan sekarang. Mana mungkin dia boleh hidup berkeluarga seandainya dia masih meneruskan cara hidup yang salah di sisi undang-undang. Sekiranya dia mahu bersama Fifi, dia perlu meninggalkan dunia kongsi gelap ini dan itu bermakna, segala kemewahan dan kuasa yang ada dalam tangannya akan hilang begitu saja.
            Selain itu, ada perkara lain yang bermain di fikiran Shark. Seandainya mereka tahu perkara sebenar tentang kegiatannya, mahukah keluarga Fifi menerima dia sebagai ahli keluarga?
            Sudah pasti tidak! Shark mengeluh lalu menarik nafas dalam-dalam. Hatinya berat tetapi keputusan harus di buat.
            Shark menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Kemudian, telefon bimbit di matikan. Shark kembali termenung, memerhatikan panorama Kuala Lumpur yang sudah beransur-ansur gelap.

***

Banglo Mewah Tan Sri Yusuf
Bukit Antarabangsa  

-Problem solved!-
            Air mata Fifi turun laju setelah membaca sms itu. Ringkas, sinis dan menyakitkan hati.
Apa maksud Shah? Dia  tinggalkan aku? Shah dah lupakan aku?
            Fifi cuba menidakkan realiti yang di alaminya ketika ini.
            “Sampai hati kau Shah!” Fifi menjerit.
            “Aku benci kau. Jantan tak guna.” Emosi Fifi semakin tidak stabil. Dia mula menjerit-jerit
bagai terkena histeria.
            “Kau bukan anak aku. Aku benci kau! Benci! Benci!” Tangannnya mula memukul-mukul dan
menarik perutnya sendiri, seolah-olah apa jua yang menghuni rahimnya kini ingin ditarik keluar.
Tangisannya makin menggila. Fifi mula hilang kawalan. Tanpa berfikir panjang, sepasang gunting di ambil dari laci meja soleknya.
            “Fifi… Ya Allah… Fifi.” Puan Sri Haryati segera menerpa ke arah Fifi lalu merampas gunting di tangan. Fifi dipeluk erat. Mujur dia sempat masuk ke bilik Fifi sebelum sempat Fifi mencederakan dirinya sendiri. Jerit tangis Fifi dapat didengari hingga ke tingkat bawah. Lagaknya seperti dirasuk.
Fifi meronta-ronta sekuat hati namun rontaannya semakin lama semakin lemah.
           
“Fifi, bawa mengucap sayang…” Puan Sri Haryati cuba menenangkan anaknya. Walaupun
marah, walaupun kecewa, Puan Sri Haryati tidak mampu melihat satu-satu anak perempuannya
berkeadaan seperti itu. Jahat macam mana sekalipun, Sofea Raihana itu anaknya, darah dagingnya.
Begitulah kasihnya seorang ibu.
            “Abang! Abang!” Puan Sri Haryati menjerit memanggil suaminya.
            “Abang! Fifi pengsan!”



            Keadaan kembali tenang. Fifi hanya berbaring di atas katil. Matanya terpejam dan dadanya turun naik. Tidak dapat di pastikan sama ada Fifi sudah tidur ataupun tidak.  Mak Ton, pembantu rumah ini duduk di sebelah anak majikannya. Buat sementara waktu, dia akan menjaga Fifi. Dr. Suhaila baru saja selesai membuat pemeriksaan ke atas Fifi.
            ‘‘Saya keluar dulu Kak Ton’’ Ujar Dr. Suhaila. Dia adalah doktor pakar sakit puan dan merupakan rakan baik Puan Sri Haryati. Sejak Fifi mengandung, Puan Sri Haryati membawa Fifi melakukan pemeriksaan di klinik milik Dr. Suhaila. Lebih mudah berurusan dengan rakan baik sendiri yang memahami situasi.
            ‘‘Yati.’’ Tegur Dr. Suhaila kepada Puan Sri Haryati yang menunggu di luar bilik.
            ‘‘How is she?’’ Soal Puan Sri Haryati.
            ‘‘Fifi okay. Not so fine but okay, nothing to worry. She need a good rest. Jangan bagi dia stress lah ya?’’ Balas Dr. Suhaila. Puan Sri Haryati hanya mengeluh.
            ‘‘Cuba cerita dengan I, kenapa boleh jadi sampai macam ni sekali?’’ Soal Dr. Suhaila. Mereka bersama-sama melangkah menuruni tangga untuk ke ruang tamu.
           ‘‘Yusuf…” Jawab Puan Sri Haryati perlahan. Mereka sudah pun berada di ruang tamu lalu duduk di sofa. Dr. Suhaila membuat muka tanda tanya.
            “Dia nak kahwinkan Fifi.” Sambung Puan Sri Haryati.
            “Dengan siapa?” Pantas Dr. Suhaila menyoal.
            “Nama dia Affandi. I tak kenal. Tapi Yusuf cakap, budak tu baik.” Terang Puan Sri Haryati.
            “Baik?” Kening Dr. Suhaila berkerut. “Baik macam mana?”
            “Entah. I pun tak pernah jumpa.” Balas Puan Sri Haryati.
            Aik..takkan Yusuf suka-suka cekup orang suruh kahwin dengan Fifi? Di buatnya kahwin dengan perompak ke, penyamun ke…macam mana?” Dr. Suhaila menyatakan rasa sangsinya.
            “Itulah. Tapi Yusuf cakap, dia dah siasat latar-belakang budak tu, nampak macam okay.” Puan Sri Haryati mengurut dahinya sendiri apabila berkata.
            “Hhmm…handsome?”
            Dalam kelibut, sempat lagi Dr. Suhaila bergurau. Puan Sri Haryati tersenyum sedikit mendengar soalan Dr. Suhaila. Sahabatnya itu memang kelakar orangnya. Dikenali ketika menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi yang sama, hubungan mereka tetap rapat hingga sekarang. Serta-merta pula gambaran Fandi menerpa minda Puan Sri Haryati. Pada pendapat Puan Sri Haryati, rupa boleh tahan, sedap mata memandang. Tapi, satu saja yang menjadikan dia kurang berkenan – rambut panjang separas bahu. Puan Sri Haryati memang tidak gemar dengan penampilan lelaki berambut panjang. 
            “Boleh tahanlah. Ala-ala mat rock gitu…” Jawab Puan Sri Haryati, turut melucu. Kedengaran Dr. Suhaila ketawa kecil di ikuti Puan Sri Haryati.
            “Yati,  you okay tak ni?” Soal Dr. Suhaila, kembali serius. Sebagai sahabat, sudah pasti dia mengambil berat tentang keadaan Puan Sri Haryati ketika ini. Dugaan yang di terima agak berat. Dia juga seorang wanita dan juga seorang ibu. Sudah pasti dia memahami kekusutan yang melanda keluarga ini.
            “Entahlah Su. I pun tak tahu nak buat apa lagi. I tak sangka yang Fifi…” Puan Sri Haryati tidak mampu meneruskan kata-kata apabila sebak menerpa hatinya. Nafasnya di tarik dalam-dalam, cuba untuk bertenang.
            “Sabarlah Yati. Allah suka pada hamba-hambaNya yang bersabar. Mungkin ada hikmah yang kita tak tahu.” Dr. Suhaila cuba memujuk. Puan Sri Haryati hanya mengangguk dan tersenyum sedikit. Ya, dia sedang cuba bersabar dan redha dalam menghadapi ujian. Iman dan tawakkal yang menjadi kekuatannya saat ini. Perkara sudah terjadi, tiada apa lagi yang dapat dilakukan untuk mengubahnya.
            Ya Allah, Kaulah sebaik-baik pendengar dan tempat mengadu. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah…


No comments:

Post a Comment