Sunday, 13 March 2016

ROMANTIK RAPSODI - BAB 2

SEBENARNYA Nur Amani a.k.a Nani baru sahaja
lepas putus cinta. Nama ex-boyfriendnya Firdaus. Punyalah
dia setia gila dengan si Firdaus. Alih-alih takde angin, takde
ribut, Firdaus minta putuskan hubungan. Sedih jangan cerita.
Dia pula jenis yang setia dan susah nak jatuh cinta. Bila hati
dah suka, macam ni pula kesudahannya. Mungkin Allah dah
tetapkan bukan jodoh dia dengan Firdaus.
Hari ini genaplah sebulan Firdaus pergi daripada
hidupnya. Sengsara sangat rasanya. Setiap malam dia
tertunggu-tunggu panggilan daripada Firdaus. Manalah tahu
kot-kot Firdaus berubah fikiran dan kembali semula kepadanya.
Namun setiap malam jugalah Nani tertidur dengan perasaan
hampa.
Kalau Firdaus datang balik dalam hidup aku, tentu
akulah manusia yang paling bahagia sekali kat atas muka bumi
ini. Masih sudi ke dia nak bercinta dengan aku? Sampai hati...
lepas putus, langsung tak call aku... Apa salahnya call aku tanya
khabar, kalau bukan sebagai pakwe aku, at least sebagai kawan
aku. Kalau dia datang balik cari aku, perkara pertama aku nak
tanya dia... kenapa dia putuskan hubungan tiba-tiba. Aku nak
tahu sangat kenapa dia buat aku macam ni. Mana silap aku. Aku
nak sangat tahu... Nani leka melayan perasaan hampanya.
Bila difikir-fikir kembali, macam orang bodoh pun ada.
Menunggu orang yang tak sudi. Bak kata orang tua-tua, ibarat
menunggu buah yang tak gugur. Lebih baik aku tumpukan
perhatian pada final exam yang dah nak dekat ni. Lepas tu fikir
macam mana nak cari kerja lepas tamat belajar. Itu lagi bagus.
Dengan ini, aku Nur Amani bt Haris, berikrar dan berjanji akan
pencen daripada berangan mengingatkan Firdaus! Fullstop...
Tiba-tiba daripada mood feeling-feeling terus switch ke mood
motivasi diri! Nani berperang dengan perasaan dan memberi
semangat kepada dirinya sendiri!
Nani menarik nafas panjang dan menghembusnya
perlahan. Biarlah kenangan bersama Firdaus sepanjang tiga
tahun itu pergi bersama helaan nafasnya tadi. No more Firdaus!
Selamat tinggal kenangan. Sekarang aku nak tumpukan pada
final exam... Fighting! Nani berusaha memujuk hatinya. Dia
perlu kuat melawan perasaan. Dia tak nak patah semangat
disebabkan lelaki yang tak matang dan tak tahu menghargai
cintanya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya mengalunkan lagu ‘2’
nyanyian KRU. Ringtone pun dah jiwang karat, maklumlah
dalam mode putus cinta.
Nani memandang skrin telefon. Nombor tak kenal.
Siapa pulak yang nak menelefon aku malam-malam ni.
Berkerut dahinya.
“Helo?” Panggilan telefon disahut dalam sangsi.
“Helo, boleh saya bercakap dengan Nur Nanny?” Ujar
suara di hujung corong.
“Hah?” Kerut di dahi semakin bertambah.
“Erm Amani... it’s me, Hakim. Dah lupa ke?” Pemilik
suara garau itu memperkenalkan diri.
“Hakim. Hakim mana ek. Saya takde kawan nama
Hakim,” Nani makin keliru. Salah nombor agaknya mamat ni...
Telahnya.
“Laa, dah lupa kita dah? Saya Hakim, kan saya ada chat
dengan awak hari tu.” Lelaki yang menggelarkan dirinya Hakim
itu masih berusaha mengembalikan ingatan Nani.
“Chat ngan saya? Ohhh, ya, ya... Baru saya ingat.”
Setelah beberapa ketika barulah Nani ingat semula. Selepas
chatting di cyber cafe tempoh hari, dia memang sudah lupakan
Biri-biri Lapar alias Hakim. Dia chat pun sekadar suka-suka,
jadi tak adalah dia ambil tahu sangat.
“Erm, ada apa eh awak call saya ni?” Kuku di ibu jari
digigit kecil.
“Sorrylah kalau mengganggu Nani. Saya tengah boring
sebenarnya ni.”
“Oh... okey.” Nani menjawab sepatah-sepatah. Dia tidak
berminat hendak berborak.
“Awak stay college ke Nani? Kolej mana ye?”
“Saya stay Kolej 14.”
“I see... nanti senang-senang bolehlah saya belanja
awak minum kat cafe Kolej 14 tu.”
“Aik, macam mana awak tahu. Awak dulu belajar sini
ke?”
“A’ah dulu saya study kat UPM jugak. Ambik BBA.”
Suara Hakim kedengaran terlebih ramah.
“Ooo, patutlah.”
Sebenarnya Kolej 12 dan 14 UPM ni bersebelahan dan
berkongsi satu cafe yang sama. Kolej 12 khas untuk pelajar
perempuan manakala Kolej 14 menempatkan pelajar lelaki
dan perempuan. Kolej 12 dan 14 mempunyai peraturan yang
tidak seketat kolej-kolej lain di UPM. Mungkin disebabkan
pengurusannya diuruskan oleh pihak swasta.
“Anytime kalau awak free, saya belanja awak minum,
boleh?” Suasana di talian senyap seketika. Tiada sahutan
daripada Nani.
“Nani... Nani...” Panggil Hakim. Takkan tiba-tiba
minah ni letak telefon kut. Fikirnya.
“Eh... haaa ya, ya...” Suara garau di hujung talian
mengejutkan Nani daripada lamunan.
“Eee, berangan ya... Okey... ya maknanya awak setuju
la keluar minum dengan saya nanti?”
“Eh, bila masa pulak. Saya tak cakap saya setuju pun.”
“Tadi saya tanya, lepas tu awak jawab ya... ya... tu?”
Nani terjerat. Itulah akibatnya kalau selalu sangat
berangan. Adoi Mak Nani! Tak habis-habis berangan.
“Erm... okey... errr, tapi awak tak takut ke. Saya ni
gemuk, tak lawa, muka buruk penuh jerawat batu.” Ujarnya
sekadar menduga. Nak test. Tengok dia ni nak berkawan sebab
rupa semata-mata atau sebaliknya.
“Tak kisah. Perlu ke semua tu jadi ukuran untuk
menjalinkan persahabatan.”
Chewah ayat mamat ni. Tak hengat! Nani ketawa kecil.
“Okey, esok lepas kelas pukul lima petang saya tunggu
awak kat cafe. Jangan tak datang,” Nani sengaja menekankan
perkataan tak datang. Kalau dia ikhlas, apa salahnya aku sambut
salam perkenalan daripada dia. Aku... kan sekarang ini dalam
misi nak melupakan Firdaus daripada hidupku. Mungkin ini
salah satu caranya... hmmmm. Gumam hati kecilnya.
“Okey, saya datang. Jangan lupa save number saya ni
okey. Nanti apa-apa hal saya call.”
“Okey. I’ll see you tomorrow... Bye.”
Setelah menekan butang merah pada telefon, Nani
segera mendapatkan Taj yang tengah bergayut dengan buah
hatinya di tangga asrama. Macam takde tempat lagi bagus nak
bergayut. Nampak sahaja kelibat Nani yang melambai-lambai
ke arahnya, Taj terus mematikan perbualan dan segera berlari
anak masuk ke bilik mereka.
“Apa yang kau excited sangat nak cerita dengan aku ni.
Sampai tak menyempat aku nak bergayut dengan Ilham.”
Nani mempamerkan senyum macam kerang busuk.
Hehe...
“Kau ingat tak masa aku teman kau print assignment
hari tu, kan aku ada chat dengan sorang mamat. Tadi dia call
aku ajak jumpa. Isy... berdebar sey... Tak pernah-pernah aku
buat kerja macam ni.”
“Laaa tu je ke? Aku ingat apa la yang urgent sangat kau
nak story kat aku.” Bidas Taj.
“Isy, risau ni. Buatnya dia tu ada niat tak baik, nak
ambil kesempatan kat aku ke... Tak ke naya aku.” Nani mula
risau. Tadi masa berjanji dia tak terfikir pula pasal ni. Kepala
yang tak gatal digaru-garu perlahan. Blank sekejap.
“Habis yang kau setuju nak jumpa tu apasal?” Taj
sudah tergolek di katil memeluk teddy bear besar pemberian
Ilham.
“Aku tercakap ya tadi. Padahal aku tak nak jumpa
pun. Aku tengah berangan masa dia cakap tu. Kau temankan
aku lepas kelas esok eh. Dia kata, dulu dia pun budak UPM. Tu
yang aku rasa macam confident sikit tu.” Nani turut berbaring
di sebelah Taj.
“Tu la kau... sudah-sudah la berangan. Bawak-bawak la
bertobat. Yo yo oo je la dia tu budak UPM... Kau percaya ke apa
yang dia cakap? Sekarang ni orang nak menipu macam-macam
cara tau tak.” Gertak Taj.
“Entah laa...” Huhu... Nani sendiri pun tak confident
sebenarnya. Tapi dah terlepas cakap dan berjanji nak buat
macam mana. Hadap jelah. Takpe, lagipun kat cafe bawah tu
kan ramai orang. Kalau dia buat apa-apa, aku jerit la kuat-kuat.
Dia merangka plan.
“Kau temankan aku eh Taj,” Nani mengiring mengadap
Taj. Jarinya membelai-belai rambut panjang Taj, berusaha
memujuk teman karibnya itu supaya bersetuju.
“Okey la, okey la... tapi dengan syarat kau kena
tanggung makan minum aku selama seminggu.” Ujar Taj, teddy
bear dalam pelukan dicium bertalu-talu.
“Amboi kau! Tak agak-agak. Berkira dengan aku
sekarang ek,” Nani menarik muncung panjang sedepa.
“Hahaha. Aku gurau je la. Aku nak tengok jugak
macam mana rupa blind date kau tu. Kalau muka macam Hyun
Bin memang berbaloi-baloi beb,” Taj tersengih lebar sambil
membayangkan rupa blind date Nani itu seperti Hyun Bin.
Entah-entah Hyun Bin tengah tersedak time ni sebab asyik seru
nama dia. Hehe.
Hahaha... Ketawa pecah berderai. Kalau muka macam
Hyun Bin terus aku ajak jadi pakwe aku... hahaha... haisyyyy
merepek-repek pulak. Nani turut sama memasang anganangan.
Mustahillah ada lelaki Melayu yang sekacak pelakon
Korea pujaan mereka tu... Aci kerat jari la!

No comments:

Post a Comment