SELEPAS habis final exam, Hakim mengajak Nani
keluar menonton wayang. Apa yang Nani alami sekarang,
kegembiraan yang dirasakan tidak sama seperti apa yang
dialami semasa dia bersama Firdaus suatu ketika dulu. Hakim
pandai mengambil hati dan sangat menghiburkan. Walau apa
pun, Nani tidak mahu terlalu cepat memasang angan-angan.
Cukuplah buat masa ini dia dan Hakim sekadar berkawan. Dia
lebih selesa begitu. Bebas berkawan dan tidak terikat dengan
mana-mana lelaki.
“Jom makan, lapar la. It’s on me,” Hakim dengan
selamba badak terus menarik tangan Nani ke Old Town White
Coffee sejurus selepas mereka selesai menonton wayang.
Setelah mendapat tempat duduk, Hakim melambai tangan ke
arah waiter untuk memesan hidangan.
“Nani nak makan apa?”
“Saya nak makan sama macam awak makan. Senang
sikit nak oder,” sebenarnya dia malas nak pilih. Banyak sangat
pilihannya.
“Kalau macam tu saya nak oder Ipoh Chicken Hor
Fun untuk dua orang. Minum pula bagi Old Town White Coffee
Hazelnut. Okey tu je. Thanks,” Pelayan tersebut berlalu setelah
mengulang semula oder yang dipesan.
“Saya ingat lepas ni nak start cari kerja. Tak nak pegang
gelaran penganggur terhormat lama-lama,” Nani memulakan
perbualan setelah keadaan agak sepi seketika.
Hakim tidak banyak bercakap. Matanya saja yang
memandang tajam ke arah Nani. Meratah rakus wajah mulus
Nani dalam diam.
Apa hal pulak dia ni. Aku cakap pun tak ada respons.
Tak berminat ke nak dengar aku berborak. Nani kurang selesa.
“Hakim, ooo Hakim... awak ni kenapa. Awak tengok
apa? Tudung saya senget ke? Awak okey ke tak ni?” Nani
mencuit lengan Hakim, namun Hakim masih tetap membatu.
Kena sampuk hantu wayang ke apa dia ni. Apa aku nak buat ni.
Sedang otaknya ligat berfikir, tiba-tiba Hakim bersuara...
“Awak ni comel... Tak puas saya tengok awak.”
Pandangan matanya memanah tepat ke dalam anak mata Nani.
Nani tergamam, dia menundukkan pandangan.
Aku tengah mimpi ke ni? Kedua-dua pehanya dicubit kuat.
Rasa pedih menjalar. Hyun Bin cakap aku comel? Ohhhh...
terharunya. Nani rasa macam nak tidur dan tak nak bangunbangun
kat situ jugak. Dia membayangkan pujian Hakim itu
tengah menari-nari indah di tepi telinganya.
“Er... er... thanks. Ni ikhlas ke ni?” Malu-malu dia
menjawab.
Hakim tersenyum.
Memang, memang aku alergi tengok senyuman dia
ni! Taj, tolong bawak aku balik sekarang. Aku dah tak boleh
nak duduk depan dia lagi, tengok dia senyum macam tu. Betulbetul
kena panahan asmara aku ni... Hatinya tak henti-henti
menggumam.
“Excuse me, sir.”
Fuh, nasib baik budak pelayan ni tolong jadi pelakon
tambahan selamatkan keadaan. Terima kasih adik waiter sebab
cepat-cepat datang hantar oder. Akak dah nak pengsan ni. Aku
tengok dia relaks je. Aku je yang gelabah lebih. Entah apa-apa je
aku ni... Nani tak keruan. Tu baru sikit kena puji.
“Saya ingat lepas ni saya nak start cari kerjalah...” Nani
ulang balik ayatnya tadi.
“Hmmm... bagus tu. Awak nak cari area mana?”
“Dekat Bangi kut, tempat saya praktikal dulu. Masa last
day saya kat situ, HR Manager dia ada offer suruh datang balik
bila dah habis belajar. Manalah tahu kalau ada rezeki saya.” Ujar
Nani.
“Nak saya temankan awak?” Hakim menawarkan diri.
“Eh, tak payah. Saya boleh pergi sendiri nanti.” Baru
kenal tak sampai sebulan, segan pula nak menyusahkan Hakim.
Kalau boyfriend sendiri, lainlah kan... Teringat dulu, kalau nak
ke mana-mana Firdaus akan setia menemaninya, menghantar
dan menjemputnya dengan kereta Kancil berwarna merah. Dia
ingat lagi. Tapi itu semua dah tinggal sejarah.
“Betul ni?” Hakim merenungnya lagi. Lama.
Sekali lagi Nani hilang punca. Cepat-cepat dia
mengalihkan tumpuan pada mi di dalam mangkuk yang sudah
tinggal separuh.
“Erm, sedaplah mi ni... ”
Kedengaran Hakim mengeluh perlahan, kemudian
bersuara.
“Lepas ni kita nak pergi mana?”
Nani melihat jam di pergelangan tangan, sudah pukul
enam petang.
“Kita balik jelah nak. Nanti ibu bising. Dia bukan suka
saya balik lambat, nanti berbakul-bakul saya dapat syarahan
free.” Hakim tergelak kecil.
“Okeylah, erm... shall we?” Setelah membayar bil,
Hakim terus menghantar Nani pulang ke Putrajaya.
Sepanjang perjalanan, Nani lebih selesa mendiamkan
diri. Hakim pula sibuk bernyanyi kecil mengikut lagu yang
diputarkan di radio. Nani tertanya sendiri, apakah pekerjaan
Hakim sehingga mampu memiliki Audi Q5. Bukan calangcalang
orang yang mampu memiliki kereta bernilai ratusan
ribu ini. Mungkin Hakim daripada golongan berada. Dia ingin
bertanya tetapi dia segan. Takut pula dicop bukan-bukan oleh
Hakim. Ah, takpe... banyak masa lagi!
Hakim memberhentikan keretanya di hadapan rumah
teres dua tingkat hak milik kerajaan, tempat Nani dan ibunya
berteduh. Nasib baiklah ada kuarters ni. Kalau tak, mau lebam
kaki ibunya tekan minyak hari-hari ulang-alik dari Putrajaya
ke Rawang. Itulah, siapa suruh beli rumah jauh-jauh dengan
tempat kerja. Ni apasal pulak aku bebel pasal ibu ni? Hesy!
“Hakim. Thanks ya, sebab belanja saya makan, tengok
wayang. Saya janji dah dapat gaji pertama nanti, saya belanja
awak pulak okey.” Nani menguntum senyum pada Hakim
sebaik keluar dari perut kereta.
“No big deal,” Ujar Hakim sambil kenyit mata pada
Nani.
Huaaaa... time-time tu jugak Nani rasa seperti mahu
tumbang. Nasib baik dia sempat berpaut pada tong sampah
hijau Alam Flora yang ada di hadapan rumahnya.
“Nanti saya call, okey.” Ujar Hakim lagi sebelum
berlalu pergi. Nani sekadar mengangguk.
“Bye Hakim, thanks.”
Sebaik menjejakkan kaki ke dalam rumah, Puan
Hanisah sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk. Sempat
dia menghendap dari celah tingkap mengintai gerangan jejaka
yang menghantar puterinya pulang dengan kereta Audi.
“Ehem... ehem,” Puan Hanisah berdehem. Baru dua
bulan lebih anaknya putus cinta, takkan cepat sangat dapat
pengganti. Rasa ingin tahu membuak-buak.
“Apa yang ehem-ehem ibu? Kawan je la tu bu.”
“Tak apa... pelan-pelan kayuh. Mula-mula kawan dulu.”
Puan Hanisah masih tersengih, mempamerkan giginya yang
masih tersusun cantik.
“Eee, ibu ni entah apa-apa jelah. Along naik atas dulu
ya. Nak mandi kejap. Melekit rasa badan ni. Ibu dah makan?”
“Dah, ibu masak sup ayam je tadi. Nanti along nak
makan, panaskan dulu sup tu. Ibu nak keluar lepas Maghrib,
nak pergi rumah kawan lama kat Kajang.”
“Okey, bu.” Nani terus memanjat tangga naik ke
tingkat atas.
Nani kadang-kadang kasihan dengan ibunya. Dia
faham dan dia sangat tahu ibunya diselubungi rasa sunyi yang
tak bertepi setelah kehilangan ayah. Dia tak pernah menghalang
andai ibu ingin berkahwin lain. Bukan tiada lelaki yang sukakan
ibu tapi ibu saja yang tak nak.
Nani selalu berdoa agar terbuka pintu hati ibunya
untuk berkahwin lagi. Sekurang-kurangnya ibu ada teman
untuk berbual, teman yang boleh ibu harapkan untuk lalui
susah senang bersama. Bukanlah bermaksud dia dan adik-adik
hendak lepas tangan dalam soal menjaga ibu, tapi sekurangkurangnya
ibu ada seseorang yang boleh mengisi kekosongan
hidupnya.
Cinta ibu untuk arwah ayahnya terlalu suci. Nani
kagum dan dia sendiri pun tak pasti apakah dia mampu menjadi
setia seperti ibu, menjadi tabah seperti ibu dan menjadi sabar
seperti ibu.
Nani... dia cuma punya sekeping hati yang rapuh, baru
putus cinta dengan Firdaus, lihat sajalah bagaimana kecewanya
dia macam sudah tiada lagi lelaki lain di dunia ini. Apa-apa pun
Firdaus adalah sebahagian daripada kekuatannya sehinggalah
hari terakhir Firdaus melangkah pergi daripada hidupnya.
Sehingga sekarang Nani masih buntu mencari di mana silapnya
dia.
Firdaus tak mungkin dia lupakan kerana Firdauslah
dia kenal erti cinta, kasih dan sayang. Firdaus, aku telah reda
dengan perpisahan ini walaupun hakikat ini memang pahit
untukku. Aku perlu mulakan episod baru dalam diari hidupku
dengan semangat dan jiwa yang lebih cekal. Terima kasih
Firdaus untuk cinta yang tak kesampaian ini.
Nani merenung sepi keindahan malam yang dingin
menggigit. Merenung bintang-bintang yang bertaburan di
langit. Tatkala bersendiri, pelbagai perkara yang bermain di
benaknya. Hakim? Ah, nama itu. Dia tidak meletakkan apaapa
harapan dalam perhubungan ini. Masih terlalu awal untuk
memulakan sebuah kisah baru bersama Hakim. Cukuplah
sekadar berkawan. Nani tidak menafikan dia selesa bersama
Hakim. Biarlah waktu yang menentukan segalanya.
No comments:
Post a Comment