Tuesday, 8 March 2016

SETELAH CINTA ITU PERGI - BAB 10



MARINA  keluar  dari  mahkamah  dengan  ditemani  cikgu  NurAini  dan  juga  keluarga  Ikram. Kini  mahkamah  telah  memutuskan, talak  yang  disebutkan  Ikram  sudah  jatuh. Dengan  bersaksikan  hakim  dan  para  hadirin, semuanya  sudah  disahkan.
            Kini  sudah  tiada  apa-apa  lagi  ikatan  yang  menyatukan  dua  hati  yang  pernah  berjanji  untuk  sehidup  semati  itu. Janji  itu  hanya  tinggal  begitu  sahaja. Kebahagiaannya  bersama  Ikram  hanya  satu  persinggahan  buat  dirinya.
            Kaca  mata  hitam  yang  terus  melekap  di mukanya  dibiarkan  sahaja. Dia  tidak  mahu, sesiapa  memandang  airmatanya  itu.
            “Rina, apa  pun  kita  masih  tetap  bersaudara.”Zaidah  kakak  kepada  Ikram  terus  memeluk  erat  Marina. Dia  juga  tidak  menyangka, hubungan  Marina  dan  Ikram  terputus  ditengah  jalan.
            Marina  menganggukkan  kepalanya. Mukanya  dan  muka  Zaidah  dilaga-lagakan. Tidak  sanggup  berpisah  dengan  keluarga  yang  cukup  baik  dengannya. Walaupun  terputus  sekali  hubungannya  dan  Ikram, itu  tidak  bererti  hubungannya  dengan  keluarga  Ikram  akan  terputus  juga.
            “Kenapalah  jalan  ini  yang  kamu  pilih  Ikram?”kedengaran  suara  puan  Salmiah  lemah. Kecewa  dengan  keputusan  yang  dibuat  anaknya  Ikram. Sayang  sekali  hubungan  yang  terbina  selama  ini. Apatah  lagi  Marina  merupakan  menantu  yang  cukup  baik  buat  dirinya. Puan  Salmiah  tidak  kisah, walaupun  Marina  masih  belum  berpeluang  mempunyai  anak. Tetapi  kenapa  perlu  hingga  berpisah.
            “Dah  tak  ada  jodoh  mak.”jawab  Ikram. Tidak  pula  kelihatan  wajahnya  itu  sedang  bersedih.
            “Mak...”Marina  menggelengkan  kepalanya. “...jodoh  antara  kami  tak  panjang. Tak  perlulah, mak  persoalkan  semua  ni  lagi. Rina  redha...”
            Puan  Salmiah  terus  memeluk  Marina. Laju  airmatanya  itu  gugur. Dia  tidak  sanggup  melepaskan  Marina. Baginya  Marina  merupakan  menantu  yang  cukup  baik. “Mak  sayang  kamu  Rina.”luah  Puan  Salmiah.
            “Rina  pun  sayang  mak. Rina  dah  anggap  mak  macam  mak  Rina  sendiri.”tidak  dapat  disembunyikan  lagi  rasa  duka  dihatinya  itu. Airmatanya  itu  terus  berlinangan.
            Pada  waktu  yang  sama, matanya  menghantar  Ikram  yang  pergi  jauh  darinya. Ikram  berbual  dengan  seseorang  dengan  telefonnya. Tersenyum  wajahnya. Tidakkah  dia  sedih  dengan  perpisahan  ini?
            “Jangan  lupa  jenguk-jenguk  mak  nanti.”muka  Marina  dipegangnya.
            “Insya-Allah, mak. Nanti  ada  masa, Rina  datang  jenguk  mak. Akak  pun, nanti  kalau  ada  masa, kita  jumpa  lagi  ye.”matanya  beralih  pula  ke arah  Zaidah. “Mak, Rina  minta  ampun, minta  maaf. Maafkan  Rina, kalau  sepanjang  Rina  jadi  menantu  mak, Rina  ada  berkasar  atau  sakitkan  hati  mak.”
            Puan  Salmiah  menganggukkan  kepalanya. Dikucup  wajah  Marina  berkali-kali. Tidak  sanggup  rasanya, dilepaskan  Marina  pergi  dari  hidupnya. Tetapi  dia  perlu  terima  semua  ini. Marina  dan  anaknya  Ikram, tiada  apa-apa   hubungan  lagi.

SUDAH  setahun  Marina  hidup  sendiri  tanpa  Ikram. Banyak  yang  perlu  ditempuhinya  sepanjang  bermulanya  perpisahan  mereka  berdua. Dia  perlu  belajar  hidup  sendiri, tanpa  suami  di sisi. Tiada  lagi  belaian  seorang  suami. Semuanya  sudah  berakhir  setahun  yang  lalu.
            Marina  sudah  tidak  sanggup  memandang  ke belakang  lagi. Hatinya  hingga  ke saat  ini, begitu  kecewa  dengan  keputusan  Ikram  yang  tetap  mahu  berpisah  dengannya. Sangkanya  kehadairan  Ikram ke rumah  keluarganya, ingin  memujuknya  kembali  pulang  ke sisinya. Rupanya  sebaliknya  yang  berlaku. Ikram  mahu, masalah  ini  diselesaikan  dimahkamah.
            Makin  remuk  dan  hancur  hatinya  itu, bila  dia  dapat  tahu, Ikram  dan  Insyirah  akan  di satukan  minggu  depan. Semua  khabar  itu, diketahuinya dari  Zaidah. Rupanya  Insyirah  sudah  bercerai  dengan  Idlan  dengan  tuntutan  fasakh. Selepas  sahaja, habis  edah  Insyirah, mereka  berdua  mahu  terus  di satukan.
            Komputer  ribanya  yang  terus  terpasang  itu, dipandangnya  kosong. Jemarinya  mula  bermainkan  rentak  di keyboard.

SETELAH  CINTA  ITU  PERGI...
Aku  tidak  akan  menoleh  ke  belakang  lagi,
Kisah  lalu  antara  aku  dan  dia, biarlah  terus  bersemadi..
Aku  tidak  mahu  cinta  itu  hadir  lagi...
Kerana  cinta  bagiku..ia  amat  menyakitkan.

Hanya  itu  yang  termampu  ditaipnya, pada  masa  ini. Hari  ini, dia  tidak  mampu  untuk  menyambung  kembali  manuskrip  yang  perlu  dieditnya. Masih  belum  lagi  ada  penghujung  pada  novelnya  ini. Melalui  kisahnya  itu, dicoretkan  sebuah  cerita  untuk  dikongsikan  bersama  dengan  pembaca. Kisah  dirinya  dan  Ikram  di adaptasikan  ke novel. Dia  mahu  kongsikan  pengajaran  ini  kepada  semua  peminat  yang  membaca  novelnya.
            Marina  bangun  dari  duduknya. Kakinya  melangkah  ke balkoni   biliknya. Mengambil  angin  malam. Nafasnya   ditarik sedalam-dalamnya  dan  dilepaskan  perlahan. Hatinya  yang  tadi  sedikit  terusik, sedikit  tenang.
            Langkahnya  kembali ke dalam  bilik, bila  telefon  bimbitnya  berbunyi  nyaring. Di tarik  nafasnya  sedalam-dalamnya, sebelum  panggilan  di jawab.
            “Waalaikumussalam...”salam  yang  diberi  itu  dijawabnya.
            “Sibuk  ke?”soal  Muiz  Lukman  jauh  ditalian.
            “Taklah. Kenapa?”
            “Begini  Rina, esok  saya  nak  minta  tolong  Rina  sikit. Agaknya  boleh  tak?”
            Marina  tersenyum  sendiri. “Awak  nak  saya  tolong  apa?”
            “Begini, lusa  saya  nak  buat  kenduri  doa  selamat. Saya  dengar  Rina  pandai  masak.”
            “Jadi..?”
            “Saya  nak  minta  Rina  tolong  masakkan  untuk  jamuan  pada  malam  tu. Boleh?”
            Marina  tertawa  nipis. Kenapa  pula  dia  yang  Muiz Lukman  pilih? Masih  ramai  lagi  yang  pandai  memasak. Pakej  katering  yang   ada  pun  banyak  yang  boleh  ditempahnya.
            “Boleh  tak?”
            “Ada-ada  ajelah  cikgu  ni. Dalam ramai-ramai  dalam  dunia  ni, yang  pandai  masak, kenapa  saya  jugak  yang  cikgu  pilih?”
            “Sebab  cikgu  Aini  yang  bagi  cadangan. Katanya  masakan  Rina  sedap. Teringin  jugak, saya  nak  makan  masakan  Rina  tu.”
            “Cikgu  nak  saya  masakkan  untuk  jamuan, atau  untuk  cikgu  rasa?”soal  Marina  dengan  tawa  kecil. Sejak  Marina  sah  berpisah  dengan  Ikram, Muiz  Lukman  berani  mendekatinya  sebagai  teman. Kini  tiada  siapa  yang  menghalang  hubungan  persahabatan  mereka  berdua.
            “Dua-dua  sekali. Boleh  tak? Saya  dah  kempunan  ni.”
            “Apa  yang  susah  sangat. Mintak  ajelah  isteri  cikgu  masakkan. Masakan dari  air  tangan  isteri  kan  lebih  sedap.”
            Kali  ini, Muiz  Lukman  pula  ketawa. Gelihati.  “Saya  mana  ada  isteri. Kalau  ada  isteri, baik  saya  suruh  isteri  yang  masakkan.”
            “Tak  baik  macam  tu  cikgu. Isteri  dengar  kecil  hati  nanti.”
            “Tak  ada  yang  nak  kecil  hati. Yang  besar  hati, ada  lah.”sambut  Muiz  Lukman. “Macam  mana  Rina? Setuju  tak, jadi  chef  saya  Ahad  ni?”
            Marina  diam. “Hmm, nantilah  saya  bagi  jawapan.”
            “Okey, saya  tunggu  jawapan  awak. Esok  saya  call. Selamat  malam. Mimpi  saya  malam  ni  tau.”
            Belum  sempat  Marina  menjawab, panggilan  dari  Muiz  Lukman  telah  dimatikan. Marina  tersenyum  sendiri  dengan  keletah  Muiz  Lukman. Ada-ada  sahaja  cikgu  muda  itu  membuatkan  hatinya  tercuit. Perlukah  di terima  permintaan  Muiz  Lukman?

MARINA  menyusun   buku  teks  anak  buahnya  Idham,  untuk  di bawa  esok  hari. Esok  adalah  hari  ganti  persekolahan. Marina  sering  meluangkan  masanya  bersama  anak  buah  tunggalnya  itu. Dia  sering  membantu  Idham  dalam  pelajarannya, jika  Idham  ada  di rumah  orang  tuanya. Hanya  sekali-sekala  sahaja, Idham  akan  tinggal  di sini.
            “Kamu  tak  tidur  lagi  Rina?”tegur  Encik  Razak, ayah  Marina.
            “Tak  mengantuklah  abah.”
            “Dah  siap  kerja  menulis  kamu  tu?”
            “Belum. Menulis  ni, sampai  bila-bila  tak  habis. Bila  dah  jumpa  perkataan  tamat,  itu  bermakna  bermulanya  kembali  permulaannya, abah.”
            Encik  Razak  menganggukkan  kepalanya. Kemudian  wajah  Marina  direnung  tunak. Setahun  sudah, anaknya  itu  hidup  sendiri. Dia  bangga  dengan  Marina, kerana  begitu  kuat  untuk  menghadapi  dugaan  yang  menimpa  dirinya  itu. Tetapi  dia  tahu, jauh  didasar  hati  Marina, tersimpan  1001  kedukaan  yang  bersarang.
            “Samalah  dengan  kehidupan  kita  ni, Rina. Selagi  belum  ada  penamat  kehidupan  kita  ni, selagi  itulah  kita  mesti  teruskan. Bila  kisah  lalu  berakhir, kita  mulakan  kembali  dengan  kehidupan  baru.”bermakna  sekali  maksud  kata-kata  Encik  Razak  itu  ditujukan  kepada  Marina.
            “Abah  nak  Rina  lupakan  sahaja  kisah  lalu  Rina  dengan  Ikram. Mulakan  hidup  baru  Rina. Semua  yang  Allah  rencanakan  ini, semuanya  dugaan. Abah  tahu, Tuhan  ingin  berikan  seorang  lelaki  yang  lebih  baik  untuk  anak  abah  ni.”rambut  Marina  itu  dibelai  lembut. Encik  Razak  mahu  Marina  kuat. Dia  mahu  Marina  terus  jatuh  dengan  rasa  kekecewaannya  itu.  Pada  mulanya, dia  juga  turut  kecewa  dengan  keputusan  Ikram, melepaskan  Marina. Tetapi  bila  memikirkan  kembali, ianya  lebih  baik  daripada  hidup  anak  tersiksa.
            “Insya-Allah, abah. Abah  janganlah  risau. Rina  tahu, setiap  yang  berlaku  ini  ada  hikmahnya.”
            “Rina  carilah  pengganti  untuk  mengisi  kekosongan  hati  Rina  tu. Carilah  suami  yang  soleh  dan  dapat  mendidik  Rina  menjadi  isteri  yang  solehah.”pesan  Encik  Razak.
            Marina  tersenyum  kosong. Siapa  yang  mahukan  dirinya  lagi? Dia  lebih  rela  hidup  bersendiri  daripada  berteman. Pintu  hatinya  sudah  tertutup  buat  insan  bernama  lelaki. Pintu  hatinya  sudah terkunci, dek  kerana  kisah  lalunya  bersama  Ikram. Dia  tidak  mahu, kisah  pilu  dan  duka  itu  kembali  terulang.
            “Masih  belum  tiba  masanya  lagi, abah. Rina  belum  bersedia  untuk  isikan  kekosongan  hati  Rina  ni.”Marina  beritahu  sejujurnya. Dia  tidak  mahu  berdolak-dalih  dengan  abahnya. Biar  Encik  Razak  tahu, hatinya  tidak  mungkin  di miliki  oleh  sesiapa  pun  pada  saat  ini. Rasa  terluka  itu  begitu  menyakitkan  dan  tidak  mahu  rasa  itu  kembali  dirasakannya.
            “Rina  masih  mengharapkan  Ikram?”soal  Encik  Razak. Dia  tahu, disebalik  rasa  kecewa  dan  luka  anaknya  itu, masih  tersimpan  sisa  sayang  kepada  bekas  suaminya. Seminggu  juga, Encik  Razak  dan  isterinya, terpaksa  memujuk  Marina  agar  terus  kuat. Dalam  masa  seminggu  disuntik  kembali  semangat  kepada  Marina  agar  bangun  daripada  jatuhnya.
            Marina  diam. Tidak  menjawab  pertanyaan  daripada  abahnya. Adakah  benar, dia masih  mengharapkan  Ikram  kembali  ke sisinya? Adakah  masih  ada  rasa  kasih  dan  sayang  itu  kepada  Ikram? Dia  juga  tiada  jawapan  untuk  persoalan  itu. Apa  yang  dia  tahu, hatinya  begitu  hancur  dengan  sikap  Ikram. Tak  mungkin  kemaafan  itu  diberikan  lagi  kepada  Ikram.
            “Rina  masih  mengharapkan  Ikram?”soal  Encik  Razak  lagi.
            Marina  menggelengkan  kepalanya. “Rina  tak  mengharapkan  apa-apa. Cuma  pintu  hati  Rina, tertutup  untuk  terima  sesiapa  pun. Rina  tak  mahu, kekecewaan  itu  berulang  lagi. Rina  tak  kuat  nak  hadapi  semua  itu  sekali  lagi.”luahan  hatinya  itu, terluah  juga. Ya! Itulah  sebenarnya. Dia  tidak  mahu  kekecewaan  itu  kembali  menghancurkan  hatinya.
            “Jangan  kerana  Ikram, Rina  nak  terus  bersendiri. Diri  Rina  masih muda. Rina  layak  untuk  mendapat  kebahagiaan.”
            “Tapi  abah...Rina  takut  kebahagiaan  itu  hanya  satu  persinggahan. Bersama  Ikram  dahulu  pun, Rina  cukup  bahagia. Tapi  abah  tengok  sendiri, semua  kebahagiaan  itu  musnah. Rina  tak  sanggup  terluka  lagi.. Rina  dah  serik  dengan  apa  yang  terjadi.”perpisahan  itu  sungguh  menyakitkan. Dia  tidak  mahu  lagi, ianya terjadi.
            “Kita  hanya  merancang  dan  Tuhan  yang menentukan  segala-galanya. Mungkin  hanya  sedikit  sahaja  kebahagiaan  yang  Rina  kecapi  bersama  Ikram  tetapi  tidak  mustahil  kebahagiaan  itu  akan  terus  menjadi  milik  Rina  suatu  hari  nanti. Mungkin  ada  lelaki  yang  dapat  membahagiakan  Rina  suatu  hari  nanti. Percayalah  cakap  abah  ni. Apa  yang  penting  sekarang, Rina  dekatkanlah  diri  pada  Allah. Berserah  diri  kepada-Nya.”
            Marina  hanya  tersenyum  hambar. Perlahan  kepalanya  dianggukkan. Kepalanya  dilentokkan  ke dada  Encik  Razak.
            “Terima  kasih, abah. Abah  selalu  berikan  semangat  untuk  Rina. Rina  sayang  abah.”tangan  Encik  Razak  dikucupnya.
            “Abah  sayang  Rina. Abah  sayang  anak-anak  abah. Sebelum  abah  pergi, abah  nak  lihat  anak-anak  abah  bahagia.”
            Kepalanya  terlentok  di dada  Encik  Razak  diangkat, dan  wajahnya  mendongak  ke arah  Encik  Razak. “Apa  abah  cakap  ni? Janganlah  cakap  macam  tu.”manja  sekali  Marina. Memang  dari  kecil, Marina  seorang  anak  yang  manja. Kemanjaannya  itu  terbawa-bawa  hingga  ke hari  ini.
            “Abah  cuma  pesan. Takda  maksud  apa-apa  pun.”
            Marina  memandang  tunak  wajah  Encik  Razak  lama. Badan  Encik  Razak  dipeluknya. Dilabuhkan  sekali  lagi  kepalanya  di dada  abahnya. Walaupun  dia  tidak  menemui  kebahagiaan  dalam  perkahwinannya  sebelum  ini, dia  sudah  memiliki  kebahagiaan  dari  keluarga  ini. Abah, emak, kakak  dan  abangnya, adalah  kebahagiaan  buat  dirinya.

No comments:

Post a Comment