INSYIRAH  berasa 
puas. Dapat  juga  dia 
merobohkan  benteng  kebahagiaan 
yang  sudah  lama 
termetrai  ini. Semua  musnah 
dengan  kata  fitnah 
yang  ditaburnya. Puas  sekali, bila 
Ikram  tidak  mempercayai 
Marina. Ikram  lebih  percayakan 
dirinya  daripada  Marina, isteri  Ikram 
sendiri. Dia  berjaya, membuatkan  dua 
kekasih  itu  makin 
berjauh  hati.
            “Padan  muka 
kau, Rina. Kau  ingat  aku 
nak  sangat  berbaik 
dengan  kau. Aku  pun  nak  hidup 
senang  jugak. Aku  pun 
nak  rasa  bahagia 
jugak. Sepatutnya  aku  yang 
perlu  dapat  Ikram.”
            Laju 
pintu  bilik  dikuak 
kasar. Marina  terus  menerjah 
masuk  ke dalam. Kali  ini 
kesabarannya  tidak  dapat 
ditahan-tahan  lagi. Apa  yang  baru  didengarinya 
tadi, memang  membuatkan  hatinya 
bertambah-tambah  sakit  hati. Rupanya 
Insyirah  sudah  berniat 
jahat  dari  awal 
datang  ke rumahnya. Kenapa  dia 
tidak  mahu  percaya 
dengan  naluri  wanitanya. Jika  dia 
percaya  dengan  apa  yang  dirasakannya 
selama  ini, pasti  semua 
ini  tidak  akan 
terjadi.
            “Syirah!”
            Insyirah  menjuihkan 
bibirnya, bila  melihat  Marina 
sudah  menapak  ke arahnya. Dibalas  kembali 
tolakan  Marina.
            “Apa 
Syirah  buat  ni? Syirah 
sengaja  buat  abang 
dan  akak  macam 
ni?”
            Insyirah  mencebik. Dia 
tersenyum. Betullah  semua  itu. Memang 
dari  awal  lagi, dia 
sudah  berniat  untuk 
merancang  hubungan  dua 
suami  isteri  itu 
musnah.
            “Kalau  betul 
pun  kenapa? Kau  tak 
puas  hati?”Insyirah  sudah 
menunjukkan  taringnya  yang 
sebenar.
            “Apa 
salah  akak  pada 
Syirah?”
            “Tak 
payahlah  nak  soal. Kalau 
aku  jawab  semua 
tu  pun, tak  guna. Bukannya  boleh 
pulihkan hubungan  kau  dan 
Ikram.”bongkak  sekali  Insyirah 
dengan  jawapannya  itu.
            “Sampai  hati 
Syirah, buat  macam  ni. Kebaikan 
yang  akak  bagi, ini 
yang  Syirah  balas?”
            “Tak 
payahlah  nak  buat 
baik. Itulah  penyakit  bodoh 
namanya. Kau  tu  terlalu 
baik, jadi  senanglah  aku 
nak  pijak-pijak  kepala 
kau  tu.”muka  lantai 
juga  dipijak-pijaknya.
Kemudian  tawanya  dilepaskan.
            “Kau 
memang  melampau  Syirah!”tergenggam  jemari 
Marina. Jantungnya  sudah  berkocak 
kencang. “Kau  nak  apa 
dari  aku? Kau  nak 
apa? Kau  nak  duit, kau 
cakap  aje. Aku  boleh 
beri  berapa  aje 
yang  kau  nak? Aku 
boleh  beri!”Marina  sudah 
hilang  sabarnya. Kuat  suaranya 
berbalah  dengan  Insyirah. Jika  Insyirah 
memijak  kepalanya, takkan  mahu 
dibiarkan  sahaja. Dia  perlu 
mempertahankan  haknya.
            “Hmm, menarik.”Insyirah  seakan 
berfikir.
            “Cakap! Kau  nak 
berapa?”
            “Aku 
nak...hmm..aku  nak  Ikramlah.”
            Pang!
            Satu 
tamparan  diberikan. Laju  sahaja 
nafas  Marina. Insyirah  memang 
sudah  melebih. Permintaannya  itu 
tinggi  melangit. Mana  boleh 
diberikan  suaminya  itu  kepada  Insyirah. Lagipun  Insyirah 
masih  isteri  kepada 
Idlan. Walau sekali  pun,
Insyirah  tiada  ikatan 
dengan  Idlan  mahupun 
sesiapa  pun, tak  mungkin 
dia  mengizinkan  semua 
itu  berlaku.
            “Kau 
memang  melampau! Aku  beri 
betis, kau  nak  peha 
pula.”bentak  Marina  geram.
            “Kalau  betis 
sahaja  mana  cukup. Kalau 
boleh  bukan  setakat 
betis  atau  peha. Semuanya  aku 
nak. Baru  puas.”
            Sakit  hati 
sekali  Marina  dengan 
jawapan  Insyirah. Memang  benar 
apa  yang  cikgu 
NurAini  kata. Aku  perlu 
berhati-hati  dan  berjaga-jaga 
dengan  Insyirah. Tetapi  kerana 
yakin  Insyirah  adalah 
saudaranya, di tepiskan 
segala  syak  wasangkanya. Tetapi  itu 
semua  ini  memakan 
dirinya  pula.
            “Aku 
nak  kau  keluar 
dari  rumah  aku, sekarang 
jugak. Aku  nak  kau 
berambus  dari  sini! Berambus!”
BERGEGAS  Marina 
pulang  ke rumahnya, bila  mendapat 
panggilan  daripada  Ikram. Terpaksalah  dia 
menyusahkan  cikgu  NurAini 
sekali  lagi. 
            Langkah  segera 
diaturkan  ke dalam  rumah. Melangkah ke dalam  sahaja, sudah 
kelihatan  Ikram  dan 
Insyirah  yang  meribakan 
bayinya. Ikram  tidak  lepas, memandang  Marina 
bagaikan  mahu  ditelan.
            Wajah  Insyirah 
yang  terus  tertunduk 
itu, direnungnya. Ini  mesti  Insyirah 
sudah  mengadu  kepada 
Ikram, dirinya  sudah  menghalau 
Insyirah  keluar. Beg  pakaian 
Insyirah  yang  ada  di
situ, mengukuhkan  lagi  tekaannya.
            “Kenapa  abang 
minta  Rina  balik. Rina 
bukannya boleh  keluar  sesuka 
hati. Kalau  guru  besar 
tahu, teruk  Rina  kena  tindakan.”Marina  duduk 
disofa  bersebelahan  Ikram.
            “Syirah  cakap, Rina 
halau  Syirah  keluar.”
            Soal 
Ikram  seraya  itu, Marina 
memandang  Insyirah. Tersenyum  sinis 
Marina. Ianya  seperti  yang 
difikirkannya. “Memang  Rina  halau 
Syirah  keluar. Rina  lakukan 
semua  ni  bersebab.”dijeling  Insyirah 
yang  terus  tertunduk. Membuat  muka 
simpati. Makin  menyampah  bila 
Insyirah  terus  berpura-pura 
dengan  lakonannya.
            “Kenapa  Rina 
buat  macam  tu?”
            “Sebab  Rina 
tak  suka  Syirah 
tinggal  dengan  kita 
lagi. Keluarganya  kan  dah 
balik  dari  Sabah. Biarlah  Syirah 
balik. Mak  dia  ada.”jawab 
Marina. Kali  ini, Marina  tidak 
akan  berlembut  lagi. Hatinya 
sudah  berani  bersuara. Dia 
tidak  mahu  Insyirah 
terus  memijak  kepalanya.
            “Tak 
apalah, bang. Betul  cakap  kak 
Rina  tu. Syirah  ni 
cuma  menyusahkan  abang 
dan  akak  aje.”
            “Apa 
Syirah  cakapkan  ni? Abang 
dah  janji  dengan 
Idlan  nak  jaga 
Syirah  dan  Nasuha. Takkan  abang 
nak  lupa  pula?”
            “Syirah  tinggal 
di mana-mana  pun, kita  boleh 
tengokkan  dia  jugak 
nanti. Tapi  kalau  mahu 
terus  tinggal  di sini, Rina 
tak  benarkan, bang. Abang  tak 
tahu, siapa  sebenarnya  Syirah 
ni.”
            “Syirah  tahu, akak 
dan  yang  lain, memang 
tak  sukakan  Syirah. Akak 
dan  kak  Zaidah 
memang  tak  sukakan 
Syirah  dari  dulu 
lagi. Syirah  tahu, dulu  Syirah 
ni  teruk, jahat...tapi  Syirah dah 
berubah. Hidup  ini, mesti  ada 
perubahan  ke arah  kebaikan. Begitu  jugak 
dengan  Syirah.”airmata  dusta 
mudah  sahaja  gugur 
dipipinya.
            Marina  menggelengkan 
kepalanya. Bijak  sungguh  Insyirah 
merencanakan  rancangannya.
Lagaknya  seperti  apa 
yang  dicakapkan. Pagi  tadi 
lain  sikapnya  dan 
dihadapan  Ikram  pula, lain 
sikapnya.
            “Abang  jangan 
percayakan  Syirah. Semua  yang 
dia  cakapkan  tu 
rekaan. Rina  tak  akan 
halau  Syirah  kalau 
tak  bersebab.”
            Ikram  memandang 
Marina  redup. Kesal  dengan 
sikap  isterinya  itu. Marina 
terbawa-bawa  masalah  mereka 
berdua  dan  dilepaskan 
semua  itu  kepada 
Insyirah.
            “Sebab  apa?”
            “Sebab  dia 
ada  niat  jahat. Dia 
nak  porak-perandakan  rumah 
tangga  kita. Abang  jangan 
percayakan  Syirah. Demi  kepentingan 
kita  berdua, Syirah  perlu 
keluar  dari  sini.”jelas 
Marina.
            Tidak  berkelip 
mata  Ikram  memandang 
Marina. Kemudian  Ikram  bertepuk 
tangan  sambil  tersenyum 
sinis  kepadanya. “Tak  sangka, isteri  abang 
sanggup  buat  begini. Demi 
menutup  kesalahan  diri 
sendiri  dan  kecurangan 
diri, sanggup  salahkan  orang 
yang  ada. Apa  yang 
dah  menghasut  Rina 
sekarang  ni?”
            Marina  tidak 
menyangka  begitu  kuat 
impak  hasutan  Insyirah 
kepada  Ikram. Sehinggakan  apa 
yang  dikatanya  langsung 
tidak  dipercayai. Mengapa  Ikram 
boleh  jadi  seperti 
orang  bodoh? Tidak  tahu 
menilai  mana  yang 
betul  ataupun  salah. Ikram 
seperti  sudah  buta 
untuk  menilai  siapa 
dirinya. Bukan  sehari  dua 
mereka  berdua  hidup 
bersama, tetapi  sudah  tiga 
tahun. Tiga  tahun  bersama 
belajar  mengenali  antara 
satu  sama  lain. Dan 
dalam  tiga  tahun 
bersama  itu, rupanya  Ikram 
tidak  mengenali  dirinya 
selama  ini. Ikram  kabur.
            Hati 
isteri  mana  yang 
tidak  hancur  dan 
kecewa, bila  suami  sendiri 
lebih  mempercayai  orang 
luar  berbanding  dengan 
dirinya  sendiri. Rasa  kebahagiaan 
itu  musnah, dan  terus 
tenggelam  di bawa  ombak 
badai. Luluh  hati  seorang 
isteri, tidak  dikisahkan  si suami. Apa 
erti  hubungan  ini, jika 
beginilah  yang  harus 
ditempuhinya. Dia  sudah  tidak 
kuat  menghadapinya, walaupun  berkali 
cuba  dipertahankannya.
            “Apa 
yang  dah  menghasut 
Rina? Atau  apa  yang 
dah  menghasut  abang?! Abang 
sedar  tak, Rina  isteri 
abang. Abang patut  bela  Rina, bukannya  Syirah.”hatinya  sakit 
tidak  terkata. Memang  rasa 
sakit  itu  terasa 
jauh  dilubuk  hatinya. Tidak  dapat 
digambarkan  betapa  sakitnya 
tika  ini.
            Pang!
            Sedikit  berginjak 
Marina  dengan  tamparan 
Ikram. Sekali  lagi  Ikram 
menamparnya. Pada  saat  ini, Marina 
sudah  rasa  betapa 
gelapnya  dunia  ini. Kebahagiaannya  begitu 
mudah  sekali  diragut.
            “Puas  hati 
abang? Abang  buat  Rina 
macam  Rina  ni 
bukan  sesiapa  pada 
abang. Abang  tak  pedulikan 
langsung  hati  dan 
perasaan  Rina. Abang  lebih 
tergamak  biarkan  Rina 
sakit  dengan  segala 
perbuatan  abang  ni. Terima 
kasih, bang. Kerana  abang  betul-betul 
dah  buat  Rina 
kecewa. Rina  kecewa  dengan 
abang! Abang  kejam!”kuat  suara 
Marina  menjerit. Beg  tangannya 
yang  diletakkan  disisi 
terus  digapainya. Sudah  tidak 
sanggup  dan  tidak 
tahan.
            “Rina, sebaik  aje 
kau  melangkah  keluar 
dari  rumah  ni, aku 
ceraikan  kau!”
            Ungkapan  Ikram 
itu, seiring  dengan  langkahnya. Marina  sudah 
tidak  mengalih  kebelakang 
lagi. Dia  terus  mengatur 
langkahnya.
            Didalam  keretanya, Marina  melepaskan 
segala  tangisannya  itu. Kuat 
dia  meraung  kesedihan. Tidak  percaya 
dengan apa  yang  baru 
didengarinya. Ikram  sudah  melepaskan talak. Hingga  begitu 
sekali  Ikram  perlakukan 
dirinya.
            “Ya 
Allah, dugaan  apakah  ini? Kau 
kuatlah  aku. Aku  tidak 
cukup  kuat  untuk 
menghadapi  semua  ini.”keretanya  yang 
tadi  meluncur  laju, dihentikannya  di bahu 
jalan. Dia  terus  menangis 
sepuas-puasnya. 
            “Abang... kenapa  abang 
buat  Rina  macam 
ni. Apa  salah  dan 
dosa  Rina  pada 
abang? Mana  janji  abang 
pada  Rina? Mana  diri 
abang  yang  dulu? Mana 
semua  tu?”
            Bergetar  badan 
Marina  dengan  esakan 
dan  tangisannya  yang 
tidak  mampu  dilawannya. Ianya  terlalu 
besar  untuk  dihadapinya.
            “Ya 
Allah, aku  tak  cukup 
kuat  untuk  hadapi 
semua  ni. Aku  tak 
cukup  kuat.”
            Stereng  keretanya 
itu  dihentakkan berkali-kali.
Melepaskan  geramnya. Marina  cuba 
menenangkan  dirinya. Kereta  yang 
sudah  lama  berlabuh 
di bahu  jalan  mula 
bergerak. Kawasan  sekolah  di masukinya. Laju  langkahnya 
mengatur  ke kelas.
            Cikgu  NurAini 
dicarinya. Terus  badan  cikgu 
NurAini  dipeluknya  dan 
melepaskan  segala  tangisnya 
di bahu  cikgu  NurAini. Tidak  berhenti 
tangisannya  itu, malah  ianya 
makin  menjadi-jadi. Mujur  pada 
waktu  ini, pelajar  sudah 
pun  tamat  sesi 
persekolahan. Jika  tidak,
pasti  anak-anak  itu 
melihat  kesedihannya  itu.
            “Rina...Rina...kenapa  ni 
dik?”soal  cikgu  NurAini 
lembut. Belakang  Marina  diurupnya 
lembut.
            “Kak 
Aini...”Marina  cuba  menerangkan, tetapi  dia 
tidak  mampu. Tangisannya  itu, tetap 
mahu  berlagu  kuat. 
            “Kenapa  ni? Cakap 
kat  akak.”
            “Ikram  ceraikan 
Rina  kak. Ikram  ceraikan 
Rina.”terang  Marina  lemah.
            “ Astagfirullah-Al-Azim!”cikgu  NurAini 
mengurup  dadanya. Terkejut  dengan 
apa  yang  baru 
disampaikan  Marina. “Sabar  Rina. Sabar 
ya  dik.”cuba  dipujuk 
Marina, tetapi  makin  teresak 
Marina  dibuatnya.
            “Ikram  dah 
ceraikan  Rina. Apa  salah 
Rina? Kenapa  semua  ni 
terjadi  pada  Rina?”
            “Shhh...istigfar  banyak-banyak. Cuba  bertenang.”   
            Marina  menggelengkan 
kepalanya. Mana  mungkin  dia 
boleh  bertenang. Dia  kini 
bermain  dengan  perasaan 
sedih, kecewa, hampa, terluka...semuanya 
sudah  menjadi  satu. Itu 
yang 
 membuatkan 
hatinya  bertambah  parah.
            Marina  terus 
menangis. Tidak  dipedulikan  pujukan 
cikgu  NurAini. Hatinya  begitu 
sakit. Sakit  tidak  terkata. Hubungan  yang 
dibinanya  bersama  Ikram 
atas  dasar  cinta, akhirnya  berkecai 
dengan  mudah  begitu 
sahaja.
            “Ingat  Tuhan. Mengucap!”
            Marina  terus 
tunduk  ke lantai. Tangannya  diraup 
ke muka. Cuba  beristigfar  dan 
mengucap  berkali-kali. Kali  ini, Marina 
sedikit  tenang.
            “Rina  sabar. Ceritakan  pada 
akak  pelan-pelan.”
            Marina  menceritakan 
semuanya  dengan  terperinci 
kepada  cikgu  NurAini. Diceritakan  semua 
itu dengan  ditemani  linangan 
airmata. Hatinya  sedikit  lega, bila 
semua  itu  dapat 
diluahkan. Rasa  beban  itu, sedikit 
berkurang.
            “Ya 
Allah. Apa  yang  dah 
menghasut  Ikram  ni? Inilah 
yang  akak  takut 
sangat.”cikgu  NurAini  pun 
tidak  tahu  hendak 
katakan  apa-apa  lagi. Semuanya  sudah 
terjadi. Tetapi  masih  ada 
waktu  dan  masih 
berkesempatan  hubungan  suami 
isteri  itu  diselamatkan.
            “Macam  mana 
ni  kak. Apa  yang 
perlu  Rina  buat 
sekarang  ni?”
            “Nanti  akak 
teman  Rina  pergi 
pejabat  agama. Kita  buat 
aduan  dan  rujukan 
dahulu.”
            Marina  hanya 
mengangguk. Apa  rancangan  yang 
dicadangkan  cikgu  NurAini, akan 
diikutnya. Jika  hendak  berfikir 
sendiri  dia  memang 
sudah  tidak  berfikir 
dengan  waras  lagi.
TERKEJUT  Muiz Lukman, bila  bertembung 
Marina  di muka  pintu. Kakinya  yang 
tidak  jadi  melangkah 
masuk  ke dalam  kelas 
pra  Gemilang,  masih 
terkaku  di situ. Jelas  dua 
wajah  di hadapannya  itu 
terkejut  dengan  kehadirannya. Muiz  Lukman 
tidak  sengaja  mendengar 
perbualan  Marina  dan 
cikgu  NurAini.
            Pada 
mulanya  dia  hanya 
ingin  memberikan  kad ucapan ulangtahun perkahwinan  milik 
Marina, yang  dijumpainya  di dalam 
keretanya. Petang kelmarin, baru  dia  berkesempatan 
mencuci  keretanya  dan 
terjumpa  kad  kecil 
itu  terselit  di bawah 
kerusi  tempat  duduk 
disebelah  memandu. Ketika  ke kelas 
itu, dia  tidak  sengaja 
mendengar  perbualan  dua 
sahabat  itu.
            “Maaf  saya 
mengganggu.”
            “Cikgu  Muiz? Ada 
apa?”soal  cikgu  NurAini.
            “Sa..sa..saya...”kepalanya  digelengkan. Kad  kecil 
yang  hendak  diberikan 
tadi, disembunyikan 
dibelakang  badannya. Rasanya  tidak 
perlu, di berikan  kad  itu 
kepada  Marina.
            “Cikgu  dengar 
ke, perbualan  kami  tadi?”soal 
cikgu  NurAini.
            Muiz 
Lukman  memandang  wajah 
keruh  Marina. Wajah  yang 
penuh  dengan  kesedihan 
itu. Dia  tumpang  simpati 
dengan  apa  yang 
terjadi  kepada  Marina. Dia 
tidak  menyangka  semua 
itu  berlaku. Dan  paling 
tidak  dapat  di maafkan, semua  itu 
bermula   kerana  dirinya.
            “Cikgu  dengar 
ke, perbualan  kami  tadi?”soal 
cikgu  NurAini  sekali 
lagi.
            Dengan  wajah 
serba-salah, Muiz  Lukman  menganggukkan 
juga  kepalanya. Dia  bukan 
sengaja  ingin  mencuri 
dengar  perbualan  itu. Dia 
betul-betul  tidak  bermaksud 
apa-apa.
            “Maafkan  saya 
Rina..cikgu... Saya 
terdengar  perbualan  cikgu 
dan  Rina  tadi. Dan 
saya  tak  sangka, semua 
ni  berlaku  semuanya 
gara-gara  diri  saya.”
            Marina  menggelengkan 
kepalanya. Muiz  Lukman  memang 
tidak  bersalah  dalam 
hal  ini. Semua  ini, kerana 
salah  faham  yang 
tidak  pernah  berakhir 
dan  juga  fitnah 
serta  hasutan  Insyirah. Muiz  Lukman 
langsung  tiada  kaitan 
dengan  perceraiannya  dengan 
Ikram.
            “Tapi  semua 
tu, berpunca  dari  saya.”
            “Cikgu, saya  sama 
sekali  tak  salahkan 
cikgu. Cikgu  tumpangkan  saya, hari 
tu  pun  atas 
dasar  membantu. Cikgu  tak 
buat  apa-apa  pun.”Marina 
tidak  mahu  melibatkan 
Muiz  Lukman  dalam 
masalahnya, walaupun  itu  yang 
menjadi  ingatan  kepada 
Ikram  hingga  membenci 
dirinya.
            “Saya  tak 
sangka  pulak, semua  itu 
berlarutan  sampai  ke hari 
ini.”
            “Saya  tahu, niat 
cikgu  hanya  ingin 
membantu. Saya  yang  sepatutnya 
minta  maaf, sebabkan  Ikram 
cederakan  cikgu  hari 
tu.”
            “Saya  juga 
salah. Sepatutnya  saya  tak 
menipu  malam  tu. Sebabkan 
saya, masalah  ni  semakin 
parah. Kalau  Rina  nak, saya 
boleh  jelaskan  semuanya 
kepada  Ikram.”
            Marina  menggelengkan 
kepalanya. Dia  tidak  perlukan 
bantuan  Muiz  Lukman. Ianya 
hanya  akan  menambahkan 
masalah  sahaja. Nanti  Ikram 
kata, dirinya  mengadu  kepada 
Muiz  Lukman  pula. Dia 
tidak  mahu, perkara  ini 
terus  dikaitkan  dengan 
Muiz  Lukman. Jika  benar 
Ikram  mahukan  hubungan 
mereka  kembali  terjalin, pasti  dia 
akan  datang  memujuknya 
kembali.
            Cikgu  NurAini 
hanya  memerhati  sahaja, dua 
susuk itu  berbual. Memang  patutlah 
Ikram  cemburukan  Muiz 
Lukman, kerana  banyak  kelebihan 
pada  jejaka  itu. Wajahnya 
yang  tampan  dan 
tinggi  nilai  budinya. Tuturnya  juga 
lembut. Cikgu  NurAini  mentafsir 
diri  Muiz  Lukman 
dengan  pandangan  matanya.
            “Cikgu  tak 
perlu  jumpa  Ikram. Saya 
tak  mahu, ianya  jadi 
bertambah  rumit. Maafkan  saya. Saya 
ada  hal. Saya  tak 
boleh  berbual  lama.”Marina 
meninggalkan  Muiz  Lukman 
yang  masih  terpaku 
di situ. Cikgu  NurAini  juga 
turut  mengikut  langkah 
Marina. Muiz  Lukman  pula 
terus  berdiri  dan 
tidak  mampu  berkata 
apa-apa  lagi.
 
No comments:
Post a Comment