Thursday, 7 April 2016

ENCIK KUTUB UTARA - BAB 14



Kedatanganku ke banglo mewah Mak Engku disambut mesra oleh Pak Engku dan juga si bongsu, Tengku Hakimi. Tengku Hakimi yang sangat ramah itu rajin berbual denganku. Tengku Iqmal sempat berbual denganku sehinggalah perbualan kami terhenti kerana telefon bimbitnya berbunyi.
            Anak mataku masih mencari anak lelaki Mak Engku yang bernama Tengku Fiqrash itu. Tiada!
            “Abang ngah mana, Kimi?” Soal Mak Engku.
            “Dia keluar kejap tadi. Sikit lagi baliklah tu. Kan mama sendiri pesan yang malam ni kita ada special guest.” Jawab Tengku Hakimi sambil tersenyum ke arahku.
            “Assalamualaikum!”
            Kami semua berpaling ke arah muka pintu dan kelihatan seorang lelaki tinggi lampai melangkah masuk ke dalam rumah.
            “Ni anak Mak Engku yang nombor dua, Tengku Fiqrash. Ngah, inilah Nuha. Tunang Ben.” Mak Engku memperkenalkan kami berdua.
            Tengku Fiqrash memandang ke arahku tanpa senyuman. Namun, aku tetap melemparkan senyuman ke lelaki ini. Kenapa aku rasa dia ni tak ubah seperti Benyamin? Kedekut betul nak tersenyum.
            “Eh, Fiq! Kau dari mana?” Soal Benyamin yang sedang mengatur langkah ke ruang tamu bersama-sama Pak Engku.
            “Keluar jap tadi, ada hal. Kau apa khabar? Dah lama aku tak jumpa kau.” Jawab Tengku Fiqrash sambil bersalaman dengan Benyamin. Kemudian, mereka berpelukan. Aku sudah membulatkan mata. Biar betul!
            “Aku sihat, macam nilah. Yalah, nak jumpa macam mana kalau kau seminggu ada dekat Jepun.” Balas Benyamin pula.
            Since semua dah ada, kita makan dulu lah. Sambil makan, boleh sembang-sembang lagi.” Mak Engku terus mencelah perbualan rancak dua lelaki ini.
            “Nuha tolong Mak Engku sekalilah.” Ujarku dan terus mengikut langkah Mak Engku ke dapur. Aku sudah tidak senang duduk menerima pandangan Tengku Fiqrash yang kelihatan seperti tidak begitu menyenangi kedatanganku.

****************************
            “Ben bagitahu Nuha yang Pak Engku masuk hospital hari tu.” Ujarku pada Pak Engku.
            “Dah tua, Nuha. Macam-macam penyakit ada.” Balas Pak Engku, tersenyum.
            “Eh, mana ada Pak Engku tua. Pak Engku masih nampak muda, apa.” Usikku dan Pak Engku ketawa senang.
            “Pandai aja Nuha nak mengusik Pak Engku ya. Nuha datang rumah kami malam ni, rasa meriah pulak. Yalah, Mak Engku tu seronok sangat. Tu yang bersemangat dia masak macam-macam untuk makan malam tadi.” Balas Pak Engku.
            “Yalah, bang. Kita mana ada anak perempuan. Bila Nuha ada, barulah saya ada geng. Takkan nak sembang hal-hal perempuan dengan Kimi pulak.” Sampuk Mak Engku yang baru datang dari tingkat atas.
            “Ala, mama. Apa salahnya? Kimi ni kan sporting. Mama nak gosip pun Kimi on je.” Usik Tengku Hakimi sambil tersengih sambil memeluk bahu Mak Engku.
            Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua. Terus ingatanku melayang pada perbualanku dengan Afiqah tengah hari tadi.
            “Ben dengan Tengku Fiqrash memang rapat sungguh ya, Mak Engku.” Aku mula bertanya sambil menghantar maksud yang tersirat.
            Ha’ah, rapat sangat. Ben tu kan anak tunggal, mana ada adik-beradik lain. Mereka berdua tu memang berkawan baik dari kecik lagi.” Jawab Mak Engku.
            “Abang ngah tu macam boyfriend abang Ben kan? ” Sampuk Tengku Hakimi.
            Isy, apa cakap macam tu!” Tegur Mak Engku pantas sambil mencubit paha kiri anak bongsunya. Terus Tengku Hakimi mengaduh sakit.
            Aku seolah-olah tidak mendengar apa yang Mak Engku bebelkan pada Tengku Hakimi. Perkataan ‘boyfriend’ yang baru disebut oleh Tengku Hakimi sebentar tadi seakan-akan bergema di dalam kepalaku. Aku mengalihkan pandangan ke luar rumah.
            “Nuha keluar kejap ya. Nak jumpa Ben.” Balasku dan bangun dari sofa yang menjadi tempat dudukku. Memang aku sudah tidak tahan untuk menjadi kawan baik Detective Conan. Aku nak tahu jugak apa yang Benyamin dan Tengku Fiqrash sedang lakukan di luar rumah.
            Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke pintu dan dari jauh aku dapat melihat Benyamin yang sedang rancak berbual dengan Tengku Fiqrash. Mesra betul mereka berdua. Siap bergelak sakan lagi. Nasib baik tak bertepuk bertampar di situ. Entah-entah, memang mamat kutub utara ni tak straight kut. Huh, seram!
            “Kau ni, betul ke nak kahwin?” Telingaku menangkap suara Tengku Fiqrash yang sedang bertanya. Aku memberhentikan langkah dan menyembunyikan diri di sebalik tiang, cuba memasang telinga.
            “Aku dah bertunang dah pun. Mestilah lepas ni akan kahwin.” Jawab Benyamin tanpa nada.
            “Tapi, kau ni tiba-tiba nak kahwin. Kenapa? Kau kena perangkap dengan dia ke apa?” Soal Tengku Fiqrash.
            Aku tersentak. Sungguh mulut anak lelaki kedua Mak Engku ni tak ada insurans langsung! Siapa yang perangkap siapa sebenarnya?
            “Bukanlah.” Jawab Benyamin.
            “Mana kau kenal budak perempuan tu?” Soal Tengku Fiqrash.
            “Bukan budaklah. Dia tua setahun daripada kita lah.”
            “Tak kisahlah, aku tengok macam muka budak je.”
            “Dia lawyer aku.”
            Lawyer kau?”
            Yup. Lawyer yang uruskan trust arwah parents aku.”
            Interesting.”
Aku mengerutkan dahi sebaik sahaja mendengar perkataan ‘interesting’ yang baru sahaja keluar dari mulut Tengku Fiqrash. Kenapa pulak? Apa yang menarik sebenarnya?
            Interesting? Kenapa pulak?” Soal Benyamin.
            Tengku Fiqrash hanya ketawa tanpa terus menjawab soalan Benyamin sebentar tadi.
            “Aku rasa one of the reasons yang dia nak kahwin dengan kau, mesti sebab trust tu. As your lawyer, she knows best. Kau tak terfikir ke pasal tu? Perempuan zaman sekarang ni pandang cash je.” Balas tengku Fiqrash sambil berpeluk tubuh.
            Aku menarik nafas sedalam yang mungkin dan melepaskannya perlahan-lahan. Pesimisnya lelaki ini. Buruk betul perangai walaupun muka tak buruk. Sekarang aku faham kenapa mereka berdua ni mempunyai hubungan yang baik. Memang sama sungguh perangai. Sehati sejiwa.
            “Aku tak rasa Nuha macam tu, Fiq.”
            “Kau tak rasa? Aku rasa.”
            Aku mengeluh lagi. Agaknya, memang Tengku Fiqrash cemburu dengan aku? Eh, peliknya alasan!
            “Kau macam tak suka Nuha je. Kau tak kenal dia lagi, Fiq.” Ujar Benyamin.
            “Memang aku tak suka dia.” Jawab Tengku Fiqrash.
            Hah, aku dah agak! Nasib baiklah Tengku Fiqrash tak jawab yang dia cemburu dengan aku.
            “Kenapa? Kau suka ke dengan dia?” Soal Tengku Fiqrash tiba-tiba. Benyamin terus terdiam.
            Aku yang sedang berdiri bersembunyi di sebalik tiang, tiba-tiba tersepak peralatan berkebun Mak Engku yang terletak di tepi tiang. Terus Benyamin dan Tengku Fiqrash berpaling ke arahku.
            Alamak! Nak buat apa ni? Buat-buat pengsan? Atau buat-buat sebenarnya nak berkebun makam-malam macam ni?
            “Nuha?” Tegur Benyamin dengan wajah yang berkerut.
            “Mak Engku minta tolong saya ambilkan bekas penyiram ni. Dia nak siram pokok serai dekat belakang rumah tu.” Tuturku sambil mencapai bekas penyiram dan cepat-cepat mengangkat kaki dari situ. Malunya! ‘Cerdik’ sungguhlah aku menggunakan alasan nak siram pokok serai.

            “Eh, kak Nuha nak buat apa dengan watering can tu?” Tegur Tengku Hakimi yang sedang berdiri di muka pintu. Langkah kakiku terhenti semula.
            “Hah? Oh, tak ada nak buat apa. Saja je nak pegang.” Jawabku sambil tersengih. Takkanlah nak bagi alasan nak siram pokok serai lagi.
            “Kak Nuha nak siram pokok serai Mak Engku dekat belakang rumah.” Tiba-tiba kedengaran suara Benyamin dari belakangku.
            Alamak, mamat ni ada kat sini pulak. Kacau sungguhlah. Kenapalah dia tinggalkan Tengku Fiqrash? Mesti lelaki itu cemburukan aku lagi.
            “Nak siram pokok serai? Pokok serai tak payah siram pun tak pelah, kak.” Balas Tengku Hakimi sambil ketawa kecil.
            “Eh, mana boleh jawab macam tu. Tu namanya mendeskriminasikan hak pokok. Walaupun pokok serai je, kita kenalah siram air jugak.” Jawabku selamba dan tawa Tengku Hakimi bertambah kuat.
            “Kelakarlah akak ni. Comel sungguh.” Balas Tengku Hakimi tiba-tiba.
            Wajahku mula terasa panas membahang. Haih, budak ni kan. Mulut dia memang tak pandai nak gunakan fungsi brek langsung. Apabila aku menoleh ke sisi, Benyamin sedang memandang wajahku tepat.
            “Jom!” Tutur Benyamin tiba-tiba.
            “Jom? Nak pergi mana?” Soalku, terkejut.
            “Nak pergi siram pokok serailah. Awak jugak yang kata kita tak boleh nak deskriminasikan hak pokok.” Sindir Benyamin selamba. Dia terus berjalan ke kawasan belakang rumah yang sememangnya terdapat banyak pokok serai yang ditanam oleh Mak Engku di situ.
            Benyamin memandangku yang masih tercegat berdiri sambil memeluk tubuh. Aku sudah terkebil-kebil sambil di dalam hati mengutuk diri sendiri. Kenapalah mulut aku gatal sangat bagi jawapan nak siram pokok serai? Kan sekarang ni kena siram betul-betul!
            “Paip air kat sana.” Beritahu Benyamin.
            Lambat-lambat aku melangkah ke arah paip air tersebut dan bersusah payah membawa bekas penyiram yang sudah dipenuhi air. Mamat kutub utara tu? Bukannya nak tolong angkat, tolong tengok adalah.
            For sure you have lots of questions for me. Kan?” Soal Benyamin. Nada suaranya berubah serius semula.
            Aku pandang wajah Benyamin yang tidak beriak itu.
            “Awak dengar apa yang Fiqrash cakap tadi kan?” Soal Benyamin lagi.
            “Mana ada. Saya tak tahu pun korang ada kat situ. Saya memang nak cari watering can.” Jawabku bersahaja.
            “Sebab nak siram pokok serai ni? What a great reasoning coming from you. I wasn’t expecting that kind of answer.” Sindir Benyamin.
Aku terus terdiam. Kalaulah Tengku Fiqrash tu perempuan, memang aku merayu pada Mak Engku supaya kahwinkan dorang berdua. Dah sepadan sangat. Dua-dua mulut tak ada insurans.
Fine. Memang saya ada banyak gila soalan dalam kepala saya ni. Encik Benyamin, awak ingat rekod awak tu bersih sangat ke? Nasib baik saya check background awak ni. Very surprising, I must say.” Sindirku pula.
Benyamin memandangku dengan riak wajah yang penuh dengan tanda tanya.
“Awak dengan mamat berlagak tadi tu. Korang…”
Bicaraku terhenti. Tidak sanggup rasanya untuk meneruskan soalanku dan aku memandang wajah Benyamin. Dia memanti aku menghabiskan ayatku.
korang gay ke?”
Benyamin memandang wajahku lama. Riak wajahnya kelihatan tidak beriak semula. Seolah-olah itu bukanlah satu soalan pelik bagi dirinya.
Yup.”
“Hah?”
Aku sudah hampir menjerit dan serentak itu bekas penyiram yang masih penuh dengan air, terlepas daripada peganganku. Bekas tersebut elok jatuh menimpa kakiku sebelum aku terjerit sekali lagi kerana sakit yang amat sangat.


















No comments:

Post a Comment