Wednesday, 6 April 2016

MAMA MIA SYAZA - BAB 10




Memandang wajah maya yang mencuka, Syazwan Imad tarik nafas panjang-panjang. Berdekatan dengan Maya begini buatkan dadanya jadi sesak dengan pelbagai rasa.
Maya... saya sayang awak. Sayang sangat-sangat dan sayang saya ini tak pernah berubah dari saat kali pertama saya meluahkannya sehinggalah kini. Bertahun berlalu, walau tanpa awak di sisi, rasa sayang itu tetap mekar.’ Bisik hati Syazwan sendiri.
Dan... kenangan di Sheffield menjengah lagi. Saat kali pertama dia mengucapkan kata sayang pada Maya dan melamar Maya dengan cara tersendiri.
TING! Ting! Ting!
Pemegang besi di balkoni diketuk Syazwan berkali–kali dengan menggunakan botol. Sambil kepala naik mendongak ke arah balkoni apartment di tingkat empat. Curi idea dari Tan Sri P. Ramlee yang mengetuk tingkap.
Seminit berlalu. Dua minit. Lima minit. Tiada sesiapa yang muncul dan Syazwan mengetuk lagi.
Ting! Ting! Ting!
“Shaz! Baik kau panjat aje terus bilik dia tu. Bising–bising tengah malam macam ni apahal? Nanti mengamuk lagi makcik kat sebelah tu,” laung Hakimi dari dalam.
Jiran sebelah rumah pantang sangat dengar bunyi bising. Bunyi bising blender pun dah mengamuk. Kalau nak berparty sakan, apartment mereka memang tidak boleh diguna pakai. Silap hari bulan nanti kena halau tuan rumah sebab jiran mereng tu selalu sangat komplen.
“Aku memang nak panjat, tapi dia yang tak kasi,” jawab Syazwan selamba.
Hakimi tersenyum sumbing.
Syazwan dan Maya. Nak describe macam mana? Merpati dua sejoli. Maya yang cantik itu, Syazwan yang dapat. Kalau muka memang jenis hot market, mana–mana perempuan pun akan tertarik. Baik ke tak, belakang kira.
“Maya tu bukan anak ikan biasalah, Shaz. Kau give up ajelah dengan dia tu.” Vijay menyampuk.
Syazwan menjenguk ke dalam. Kurang asam punya kawan dua ekor. Perempuan sehebat Maya Laila, tak adanya dia nak lepaskan begitu saja. Alang–alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dia sayang Maya, okey!
Maya bukan calang–calang perempuan yang dia pernah cuba selama ini. Maya Laila jinak–jinak merpati. Nampak saja jinak. Tapi bila ditangkap, terbang lari. Membuatkan dia selalu kempunan dan merasa di dalam mimpi.
Ting! Ting! Ting!
Syazwan masih tidak berputus asa, semakin lama semakin kuat dia mengetuk botol.
Tiba-tiba Nadia muncul di depan muka pintu balkoni dengan muka yang bertampal mask di muka. Terhenti terus gerak tangan Syazwan.
“Awak nak apa?” tanya Nadia dengan suara mono. Berpeluk tubuh di depan pintu balkoni dengan gaya pengetua zaman sekolah menengah dulu.
“Errr..Maya ada?”
Hakimi dan Vijay di dalam sudah ketawa mengekek. Kalau Syazwan tiba–tiba gagap begitu, bermaksud harimau yang keluar.
“Maya mandi. Awak tunggulah kejap lagi,” jawab Nadia nak tak nak.
“Okey. Beritahu dia saya tunggu sini,” balas Syazwan.
“Hmmm....” Nadia masuk semula ke dalam apartment, meninggalkan Syazwan yang masih terkaku.
Fuh! Lega hati. Biasanya Nadia akan marah–marah.

‘Janganlah memekak malam–malam. Tak senonoh.’
‘Sabarlah dulu, tak payah nak ketuk–ketuk botol. Nanti pandailah Maya keluar.’
Tapi hari ini okey sikit. Dengan Nadia memang dia takut. Teman baik Maya yang garang mengalahkan harimau beranak tiga. Senyum tak pernah, bertegur sapa pun jarang–jarang. Sayang, wajah cantik itu patutnya lebih selalu senyum. Bukan tayang iron face.
“Hai.” Suara Maya kedengaran menyapa mematikan lamunan Syazwan tentang Nadia.
Syazwan mendongak. Maya berdiri di balkoni sambil tersenyum. Di atas kepalanya berbungkus tuala kecil. Oh! Kekasih baru lepas mandi, wajah cantik yang teramatlah segar bugar.
“Hai,” balas Syazwan dengan senyuman juga.
“Bising sangat awak malam ni. Ketuk sekali pun dah cukup, bukan saya tak tahu.”
Syazwan tergelak. Tangannya ligat memusing–musing botol kaca yang dipegang.
“Hari ni rindu sangat,” jawab Syazwan jujur.
Terhambur ketawa Maya. Itu memang ayat buaya Syazwan.
“Kan tadi baru jumpa. Takkan tak puas lagi.”
“Tu tadi, petang. Sekarang dah malam, mestilah rindu lagi,” balas Syazwan dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
Maya berdiri sambil menongkat dagu di pemegang besi. Ralit matanya menatap wajah Syazwan. Wajah yang berjaya mencuri hatinya sejak kali pertama berjumpa. Sempoi dan pandai menjaga hati. Dua perkara saja yang dia tidak berkenan.
Syazwan enjoy memanjang.
Iman Syazwan sangat cetek. Mengalahkan ceteknya Sungai Ganges ketika kemarau.
Akan berubahkah Syazwan? Itulah yang dia harapkan dan menjadi doanya saban hari. Dalam diam juga dia mengimpikan agar satu hari nanti Syazwan akan menjadi suaminya yang sempurna dan membimbing keluarga mereka berdua. Adakah impian dan doanya termakbul?
“Maya, awak menung apa? Dengar tak soalan saya?”
Lamunan Maya terhenti. Dia mengukir senyum.
“Awak ni tak romantiklah. Tiap–tiap malam awak ketuk besi dengan botol. Call ajelah saya, tak pun awak missed call. Saya akan keluar,” kata Maya.
Bagi hadiah bunga. Mr. Teddy untuk peluk tidur malam. Candle light dinner. Menari dalam hujan. Itu semua bukan cara Syazwan. Pendek kata, dia tak romantik. Dan itulah yang Maya sangat senangi. Kalau romantik sangat, dia sendiri pun boleh semput.
Syazwan jenis lelaki yang sempoi dan chillax. Makan di kafe biasa, pujuk pun setakat bertelefon. Dating pula di balkoni bilik, sambil menyanyikan lagu–lagu yang digemarinya pada Maya. Membuai perasaan Maya yang makin dilamun cinta.
“Cara ni jimat. Macam zaman P. Ramlee. Nak dating ketuk aje tingkap,” jawab Syazwan selamba.
Pecah lagi ketawa Maya mendengar jawapan Syazwan.
“Ini bukan zaman 60–an,  Shaz. Orang dulu–dulu tak ada handphone, bolehlah buat macam tu. We do have handphones, so next time just call,” kata Maya.
Bukan dia tak suka, tapi bimbang jika Syazwan mengganggu Nadia. Ketuk–ketuk besi hampir setiap malam, lama–lama nanti kepala Syazwan yang diketuk Nadia kalau orang tu dah tension sangat.
Syazwan menyandarkan tubuhnya pada pemegang besi. Matanya tidak lepas memandang wajah segar Maya di tingkat atas sebelah kanan.
“Sing me one song tonight,” pinta Maya.
“Lagu apa?”
“Any song.”
Syazwan tersenyum. Berlalu masuk sebentar dan muncul semula dengan gitar di tangan.

I'll be your dream, I'll be your wish I'll be your fantasy,
I'll be your hope, I'll be your love be everything that you need,
I love you more with every breath truly madly deeply do,
I will be strong I will be faithful 'cause I'm counting on
a new beginning,
A reason for living. A deeper meaning.
I want to stand with you on a mountain,
I want to bathe with you in the sea,
I want to lay like this forever,
Until the sky falls down on me.

Maya menongkat dagu di balkoni. Menghayati persembahan Syazwan. Suara merdu Syazwan seolah mendodoikan dia untuk terlena.
Baru menyanyi separuh, Syazwan berhenti. Memandang tepat ke dalam anak mata Maya.
“Maya, tidur dengan saya malam ni,” ujar Syazwan selamba.
Maya ketawa lagi. Senangnya jantung hati ajak tidur sama! Ingat dia bantal peluk ke apa?
“No.” Maya menolak tegas.
Why? Awak kata awak sayangkan saya, then prove it,” duga Syazwan.
Maya dengan sisa ketawanya menggelengkan kepala. Ini memang cara pasangan bercinta zaman sekarang ke? Semua nak bukti, bila menyesal kemudian hari nanti tak ada siapa pun yang peduli.
“Ada banyak lagi cara lain nak buktikan cinta, Shaz,” balas Maya.
Syazwan tayang senyum. Maya memang susah untuk didekati. Pergi kelab, Maya tak nak. Lepak di rumahnya pun Maya tak nak. Inikan pula nak tidur sama.
Okay, fine. Saya takkan buat apa–apa. Cuma datang dan tidur dengan saya. Boleh?” Syazwan masih cuba untuk memancing.
Maya geleng kepala lagi. Senyumnya masih di bibir. Syazwan! Syazwan! Semua pun hanya diambil mudah. Bagi lelaki, mereka takkan rugi apa–apa. Tapi perempuan? Kalau lubang dah ditebuk tupai siapa yang nak? Parah.
Hakimi dan Vijay yang duduk di sofa di ruang tamu berpandangan sesama sendiri. Syazwan dah mula naik daun. Selama ni ingatkan dah give up dengan Maya.
“I bet she won’t agree.”
“I bet she will.”
Dua–dua membuat andaian sendiri di dalam sana.
“Maya, jangan main tarik tali dengan saya. Dah hampir enam bulan, Maya. Bila lagi awak nak cair dengan saya?” tanya Syazwan terus terang.
Kadang–kadang, terbit juga rasa putus asa dengan Maya. Tetapi tarikan Maya terlampau kuat. Jantungnya sentiasa bergetar saat nama maya terlintas di minda. Gembira? Dia sentiasa gembira bila bersama Maya.
Maya menggeleng lagi. “Saya bukan perempuan murahan, Shaz. Saya membesar dengan didikan yang cukup. Dan cara awak ni, seriously I don’t like it,” kata Maya tenang.
Nadia di dalam memasang telinga. Puas hatinya bila Maya berkata begitu. Dalam banyak–banyak lelaki, entah kenapalah teman baiknya itu boleh tersangkut dengan buaya bermata helang yang bernama Syazwan.
Syazwan diam sejenak. Bukan dia tidak tahu Maya jenis perempuan yang begitu. Cukup didikan agama dan kasih sayang keluarga.
Tapi dia? Ketandusan kasih sayang. Mama sibuk, papa lagilah. Batang hidung cuma nampak sebulan sekali. Nak sembahyang, nak hidup bermoral, semua dia tak reti. Tiada siapa yang ajar. Dan hasilnya adalah dia yang sekarang.
“Okey. Saya hormat awak. Saya takkan paksa awak. Tapi saya nak tahan sampai bila? Tengok awak aje pun saya rasa macam nak ngap.” Syazwan berterus terang. Jujur sungguh seorang Syazwan Imad.
Memang! Lelaki kalau tengok perempuan cantik depan mata mana tahan. Lebih–lebih lagi macam Maya yang miliknya tapi tidak sepenuhnya. Giler susah nak menahan!
Hakimi dan Vijay di ruang tamu menggelengkan kepala. Straight forwardnya Syazwan. Mana tidak, selama ini semua perempuan pun cair dengan Syazwan. Tapi bila dengan Maya, Syazwan kalah teruk. ‘A perfect guy will lose to a perfect girl, Syazwan.’
Maya tersenyum lagi. Masih dalam posisinya tadi, menongkat dagu pada pemegang besi sambil memandang wajah Syazwan yang sudah berubah tegang.
“Saya lelaki biasa Maya. Ada sembilan akal dan satu nafsu,” sambung Syazwan lagi.
Maya tergelak besar. Ya, lelaki ada sembilan akal dan satu nafsu. Perempuan pula, sembilan nafsu dan satu akal. Sebab itulah ramai yang mudah terpedaya dengan lelaki sehebat Syazwan. Sanggup menyerah diri asalkan diberi apa yang diingini.
“Shaz, awak kena pandai kawal satu nafsu awak tu. Awak kena..”
“Kalau tak dapat kawal macam mana?” Syazwan memintas ayat Maya.
Maya mengeluh. Menasihati Syazwan memang susah. Umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
“Then when can I get you?” tanya Syazwan setelah Maya lama diam.
“The day when you become my husband and I become your wife,” jawab Maya.
Terangkat sebelah kening Syazwan. Semudah itu?
“Then marry me, Maya,” kata Syazwan.
Melopong mulut Maya. Nadia di sebalik langsir juga begitu. Hakimi dan Vijay pula sampai ternganga mulut. Syazwan dah gila ke apa?
“Maya, will you marry me?” tanya Syazwan lagi.
“Shaz, marriage is not a joke.”
Maya, I’m being serious now. Saya tak buat lawak. Tunggu kejap.” Syazwan menghilang di sebalik pintu.
Maya terkaku di balkoni. Bagaikan tidak percaya dengan ayat power Syazwan. Gembirakah dia? Ya!
 Syazwan muncul semula dengan sehelai baju di tangan.
“Nah, ambil ni.” Jersi Germany yang berwarna putih itu dilempar penuh hati-hati pada Maya di balkoni atas. 
“Saya tak ada cincin nak lamar awak. Nak beli pun tak sempat, kedai dah tutup. Kalau awak terima, pakai jersi tu. Then you’re mine. Kalau tak, awak buang aje terus jersi tu ke bawah. It’s up to you and I’m waiting.” Syazwan berdiri mendongak ke arah Maya dengan kedua–dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar pendeknya.
Pandangan Maya jatuh pada jersi di tangan yang sempat disambut tadi. Kemudian beralih pula pada Syazwan yang masih memandangnya.
“Maya, I’m waiting,” kata Syazwan lagi. Mengharapkan jawapan positif dari Maya. Mana nak letak muka kalau proposal kena tolak?
Maya cintakan Syazwan sepenuh hati. Dan berkahwin dengan lelaki yang dicintai adalah impian setiap perempuan. Tetapi andai dia terima, betulkah keputusannya itu nanti? Bersuamikan lelaki seperti Syazwan, tinggi risikonya.
Argh! Sekarang dia masih mampu bertahan. Tapi bagaimana jika nanti–nanti? Bila sudah semakin intim, lain jadinya. Hasutan syaitan pun tak kira masa, akan terus menggoda hinggalah manusia tergoda. Silap hari bulan, dia termakan pujuk rayu Syazwan. Makinlah parah.
“Maya,” panggil Syazwan lagi.
Pandangan mereka berdua bersabung.
“Kalau awak tak nak, saya tak paksa. Awak boleh buang aje baju saya tu ke bawah,” ulang Syazwan. Give up? Agaklah. Rasanya sudah hampir lima minit Maya berdiam diri.
 Baju Syazwan dipandang Maya lama. Pelbagai perkara harus diambil kira sebelum membuat keputusan berani mati.
“Shaz,” panggil Maya.
“Hmm.”
Maya menyarungkan baju jersi milik Syazwan ke tubuhnya yang masih dibaluti t–shirt longgarnya. Syazwan menyimpul senyum.
“I’m yours,” kata Maya.
“Hah?!”
Serentak itu, Nadia, Hakimi dan Vijay menjerit dengan kepala ketiga–tiganya terjengul di sebalik pintu.
“Thank you,” ucap Syazwan.
Maya tersenyum lebar. Dia mahukan hubungan yang halal. Dan jalan yang terbaik adalah keputusan yang dibuatnya kini.












No comments:

Post a Comment