Wednesday, 6 April 2016

MAMA MIA SYAZA - BAB 13



NADIA duduk di ruang lobi pejabat. Nak lunch dengan Maya hari ini. Kata teman baiknya itu ada berita yang nak dikongsikan bersama. Mata melilau melihat sekeliling. Namun kelibat Maya tak muncul lagi.
Majalah di bawah meja dicapai Nadia. Tak ada Chloe ke? The Edge buat apa? Nak baca majalah tentang bisnes memang akan buat dia muntah darah. Oh terlupa! Ini bukan salon kecantikan Cik Nadia. Majalah diletakkan semula di tempat asal.
“Belum apa–apa lagi dah kikis duit bos.” Tiba-tiba telinga Nadia menangkap satu suara sumbang.
“Biasalah, bos kan masih single. Mestilah dia senang nak tackle.” Balas satu suara lain.
Nadia menjeling. Dua orang perempuan sedang sibuk menganyam ketupat dan duduk bertentangan dengannya.
“Dengar–dengar dia masuk bilik bos, goda–goda. Sebab tu dapat gaji awal.”
“Ye ke? Cheh! Sahlah dia ada buat something dengan bos tu.”
Berderau darah Nadia mendengar umpatan tersebut. Rancaknya mulut! Memang sah mengata Maya ni.
“Biasalah, perempuan murah memang macam tu. Ada anak tapi tak ada suami. Nampak sangat tak ada maruah.”
Fuh! Makin panas telinga Nadia. Memang nak kena tenyeh hidup–hidup nampaknya.  Nadia bangun dan mendekat. Berdiri betul–betul di hadapan dua minah mulut becok dengan tangannya naik bercekak pinggang.
 “Seronok mengata kawan aku nampak,” sindir Nadia.
Kedua-duanya tersentak, berpandangan sesama sendiri sebelum memandang Nadia tanpa kedip.
Korang pernah merasa kena lempang tak?” tanya Nadia berani. Dia pemegang black belt dalam taekwando, setakat nak patahkan sebatang dua tulang jari minah dua orang ni tak susah mana pun.
Kedua–duanya menggeleng dengan muka blur. Agaknya tergamam dengan soalan tak terduga dari Nadia.
 “Lain kali, jangan main lepas cakap kalau tak tau cerita sebenar. Kutuk lagi sekali, aku hentam sorang–sorang,” ugut Nadia. Perlahan tapi cukup tegas. Hoyeah! Ini Nadia okey!
Berubah terus riak dua minah mulut becok. Siapa tidak takut. Dress paras lutut yang dipakai Nadia bercorak harimau bintang. Muka serius macam nak cari gaduh. Sebijik harimau jadian!
“Babe!”
Nadia menoleh bila bahunya ditepuk perlahan.  Maya tersenyum memandangnya.
“Jom. Jom. Blah.” Lengan Maya ditarik Nadia. Lagi cepat keluar lagi bagus.
Maya tertoleh–toleh ke belakang. Ni mesti ada yang tak kena. Wajah dua orang rakan pejabatnya kelat semacam. Kena fire Nadia kot.
“Apasal muka macam nak berperang ni? Did someone step on your tail?” tanya Maya.
Not exactly on my tail. Tapi cukup untuk buat aku mendidih,” jawab Nadia.
Maya tergelak. Bukan dia tak kenal Nadia. Bab marah memang Nadia nombor satu. Tak ubah macam Wayne Rooney. Kalaulah Nadia pemain bola sepak, sah takkan terlepas dari kad merah.
“Patutnya kau ikut kelas Anger Management, babe. Kurang sikit panas baran kau tu,” sakat Maya.
Nadia memberi jelingan tajam. “Yeah, right!”
 “Makan kat mana? Aku ada banyak benda nak share ni,” tanya Maya.  Mereka berdua bergerak ke arah kereta Nadia yang diparking di seberang jalan.
“About what?”
“Syazwi.”
Nadia angguk kepala. Syazwi dah masuk line? Nampak gaya harapan Syazwan memang tipis macam kulit bawang.
“Nak makan mana?” tanya Maya lagi.
Laju saja dia menerobos masuk ke dalam kereta Nadia. Mak oi, panas! Sebaik enjin kereta dihidupkan Nadia, cepat–cepat Maya memasang penghawa dingin. Full blast terus.
KFC, idamanku selalu.”
Maya menoleh dengan muka menyampah. Apa kes KFC tengah hari buta? Siap menyanyi lagu tema lagi teman baik di sebelahnya ini.
Please, Maya. Aku nak makan Sundae.” Nadia tayang senyuman lebar. Kaca mata hitam Bonia disarungkan penuh gaya. Sepasang dengan kaca mata hitam Maya, warna saja yang berbeza sedikit.
“Soto ayamlah, Nad. Aku mengidam ni,” pujuk Maya.
“Soto ayam malam nantilah. Panas–panas ni sedap nak makan Sundae.” Kereta Nadia sudah mula mengundur keluar dari petak parking.
“Malam nanti ada plan. Syazwi ajak keluar.”
Brek kereta ditekan Nadia. Tak jadi reverse. Wajah Maya dipandang di sebalik kaca mata hitamnya.
“Cepatnya dia potong line,” kata Nadia. Syazwan, habislah awak!

SYAZWAN memanjangkan lehernya di sebalik pintu pagar. Myvi Maya yang punya. Perdana Nadia yang punya.  Bermaksud kedua–duanya ada di rumah.
Ting! Ting! Ting! Pagar diketuk dengan menggunakan kunci keretanya.
“Maya!!” Syazwan memanggil namun, senyap tanpa jawapan.
“Maya!! Maya!!” Sekali lagi Syazwan mencuba nasib. Makin lama, makin kuat ketukannya diselang–selikan dengan laungan nama Maya.
Pintu rumah dibuka dari dalam. Ketukan pada pagar terhenti. Di dalam hati, mengharap sangat agar Maya yang membuka pintu.
Melihat sesusuk tubuh yang tercegat di muka pintu. Syazwan terkedu. Harimau yaw! Bukan kekasih hati.
“Awak nak apa?” tanya Nadia dengan suara yang sedikit kuat.
“Errr..saya nak jumpa Maya,” jawab Syazwan.
Haish! Kalau dengan Nadia memang dia kecut perut sikit. Dari dulu sampai sekarang tak pernah surut rasa takutnya pada harimau jadian anak Datuk Sulaiman itu.
“Maya tak ada. Dia keluar.”
Then kenapa kereta dia ada kat sini?”
“Dia keluar dengan kawan,” jawab Nadia.
Malas nak panjangkan cerita. Syazwi ajak keluar, Maya tapau Mia sekali. Bla bla bla...Biarlah Maya sendiri yang membuka mulut. Bagi Syazwan melopong sikit. Menyampah  dengan Syazwan. Dulu bukan main nak buang Maya, sekarang datang cari balik buat apa?
Syazwan termangu di depan pagar. Maya keluar dengan siapa? Setahunya, hanya Nadia saja kawan yang Maya ada. Yang lain dia tak kenal sangat. Nak bertanya dengan harimau di depan pintu, dia tak berani.
“Awak baliklah dulu. Agaknya tengah malam nanti baru dia sampai,” kata Nadia lagi, dengan niat mahu menghalau.
“Lagi satu. Lain kali jangan pandai–pandai nak ketuk pagar tu. Ni bukan zaman cintan cintun awak macam kat Sheffield dulu.”
Terkedu Syazwan. Terpukul dengan kata–kata Nadia. Mulut Nadia tak pernah berubah. Penuh dengan cili padi.
“Awak tau tak bila dia balik?” tanya Syazwan.
Nadia yang baru hendak menutup pintu menjenguk semula ke luar. Berdiri bercekak pinggang dengan pandangan tajam. Tahap sabarnya sudah semakin nipis.
“Entah,” jawab Nadia pendek.
“Dia bawak Mia sekali tak?”
Nadia mengeluh sambil berpeluk tubuh. Encik Syazwan yang sedang berdiri di depan pagar rumah sekarang ini betul–betul tak reti diam. Banyak tanya!
“Dah Mia tu anak dia, mestilah dia bawak sekali. Why? Ingat dia macam awak ke? Main tinggal ikut suka. Sekarang baru sibuk nak kutip balik,” jawab Nadia sinis. Puas hati.
Pang! Syazwan terasa seperti kena tampar di pipi.  Tajam giler sindiran Nadia. Sakit dan memeritkan.
“Awak tunggu apa lagi? Blah lah.”
Dum! Pintu rumah teres dua tingkat itu terus ditutup Nadia.
Syazwan masih setia di depan pagar rumah. Kotak rokok di dalam poket seluar dicapai. Tabiat buruk yang masih belum dibuangnya hingga ke hari ini. Masih muda lagi. Nanti–nanti pandailah dia berhenti sendiri.
Badannya disandarkan pada bonet hadapan kereta. Sebelah tangan diselukkan ke dalam poket seluar, yang sebelah lagi memegang batang rokok dengan asap yang berkepul–kepul.
Nampak macho? Of course! Tapi padah merokok tu langsung tak macho. Memudaratkan kesihatan dan boleh membunuh.
Jam di tangannya dikerling sekilas. Sudah pukul 10 malam tapi Maya masih belum pulang. Takkan Maya nak keluar sampai tengah malam. Mia pula dibawa sama. Mahunya Mia letih nanti.
Habis sebatang rokok dihisap Syazwan. Puntung dibuang ke atas jalan dan dipijaknya dengan sebelah kaki. Saat kepalanya mendongak, sebuah kereta berhenti di depan pagar rumah Maya. Bersebelahan dengan keretanya.
Pasti Maya! Fikirnya sendiri. Pintu di sebelah pemandu dan penumpang sama–sama  terbuka. Melihat Maya yang keluar dari perut kereta, dia mengukir senyum. Tapi senyumannya mati tatkala pemandu yang keluar adalah lelaki.
Untuk seketika pandangan Syazwan dan Maya bertaupan. Tetapi tidak lama. Selamba saja Maya berpaling dan membuka pintu belakang.
“Nak saya tolong angkat Mia ke?” lelaki berbaju merah itu bertanya dan berdiri betul–betul di sebelah Maya.
Syazwan terus bangun dari duduknya di bonet kereta. Boleh–boleh Maya buat tak nampak sedangkan dia di depan mata.
It’s okay. Mia tak berat mana pun,” jawab Maya.
Mia yang sudah tertidur diangkat dari tempat duduk belakang dan didukungnya. Sedikit pun tidak peduli dengan Syazwan yang memandangnya tajam.
Syazwi menoleh. Pandangannya kemudian beralih pada Maya. Bibirnya didekatkan ke telinga Maya.
“Who is he?”
Maya angkat bahu.
“Entah, salah rumah kot,” Maya berbohong. Nak mengaku yang Syazwan ni suami dia? Oh please, never!
“Thank you for the wonderful dinner,” ucap Maya dengan senyuman paling manis, dan penuh ikhlas. Dalam  masa yang sama, sengaja nak tunjuk depan–depan, bagi Syazwan rasa terhenyak sedikit.
Syazwi tersenyum. Yang si Syazwan di kereta sebelah pula terpana. Ni lelaki mana yang usung isteri dia malam–malam macam ni?
My pleasure. Lain kali awak pulak belanja saya,” jawab Syazwi.
Pipi Mia dielus perlahan. Anak kecil yang menawan hatinya. Kalaulah Mia itu anak dia. Dan Maya pula adalah isterinya.
Oh! Syazwan rasa makin tercabar. Drama di depannya ini menggoncang kuat egonya sebagai suami.
“Maya.” Syazwan mendekat. Maya dan Syazwi menoleh serentak.
“Salah orang ke?” soal Maya.
Pang! Syazwan tertampar kali kedua. Tadi tertampar dengan ayat Nadia, sekarang tertampar dengan ayat Maya.
“Shaz, awak baliklah dulu. Seriously saya tak kenal siapa dia ni,” kata Maya lagi.
Pang! Syazwan tertampar lagi kali ketiga. Manakala Syazwi pula masih ragu–ragu. Tak kenal ke buat–buat tak kenal?
“Shaz, please just leave. I can handle this.” Maya sudah menggesa.
Urusannya dengan Syazwan, dia tidak mahu Syazwi masuk campur. Biarlah dia selesaikan sendiri.
Syazwan sudah berdiri bercekak pinggang. Hati marah, tapi lidah kelu untuk mengeluarkan kemarahan.
“And you, Shaz. We need to talk.” Maya berpaling pula pada Syazwan yang membatu di sebelah.
Syazwi tersentak. Sama nama geng! Dan ya, Maya kenal! Matanya beralih pada Syazwan, kemudian pada Maya semula.
“Awak pasti awak okey?” tanya Syazwi.
Maya angguk kepala.
“Call me tonight.” Syazwi memberi isyarat tangan.
Syazwan rasa geram tiba–tiba. Siap pesan suruh telefon? Sabarnya sudah hilang. Dia mendekat lagi, terpacak tegak di depan Syazwi. Tangannya dihulurkan untuk bersalam.
 Maya sudah resah semacam. Dan bila dua tangan sasa itu bersalaman, dia rasa bagai nak tumbang.
“Saya suami Maya.” Ucapan Syazwan yang memperkenalkan dirinya begitu buatkan tangan Maya hampir terlepas memeluk Mia. Oh! Dia lupa siapa sebenarnya seorang Syazwan Imad.

No comments:

Post a Comment