Tuesday, 24 May 2016

Demi Bahagia Ini - Bab 12

QISTINA berpuas hati dengan penampilannya.
Solekan yang ringan dan bersahaja menyerlahkan lagi keayuan
wajahnya. Dia melepaskan keluhannya perlahan-lahan. Dr. Ilyas
Khan akan tiba sebentar lagi. Teman lelakinya untuk malam
ini. Qistina juga baru dimaklumkan semalam yang Ian Iskandar
juga akan turut menghadiri majlis makan malam yang sama,
apabila lelaki itu mengajaknya menemaninya ke majlis itu.
Merah muka lelaki itu menahan marah apabila diberitahu yang
Qistina akan menemani Dr. Ilyas Khan dan bukan Ian Iskandar.
Berkali-kali Ian Iskandar memaksanya agar
membatalkan janji temu dengan Dr. Ilyas Khan namun
dibantah Qistina. Qistina tidak faham dengan kelakuan Ian
Iskandar kebelakangan ini. Sejak perbincangan mereka di
dalam bilik Qistina tempoh hari, Ian Iskandar masih cuba
mendekatinya. Butir-butir bicara yang keluar dari mulutnya
lembut dan bernada romantik. Tiada lagi tegas atau menyindir
seperti selalu. Qistina bertambah keliru.
Suasana makan malam bertambah janggal buat Qistina.
Ian Iskandar secara terang-terangan cuba menguratnya. Lirikan
mata lelaki itu cukup menggoda. Begitu juga dengan senyuman
serta gerak tubuhnya. Semakin sukar untuk Qistina berlagak
bersahaja atau tidak mengendahkan perlakuan Ian Iskandar.
Tidurnya terganggu gara-gara lelaki itu. Semuanya tidak kena.
Lelaki itu benar-benar telah menghuru-harakan kehidupannya!
Qistina mengambil nafas dalam-dalam dan mencapai
tas tangan serta kasut baldu hitam bertumit tinggi yang baru
dibelinya tengah hari tadi. Dia menuruni anak tangga dan
berhenti di luar pintu Puan Mariam. Dia teringat akan janjinya
untuk mempamerkan keindahan gaun hitam pemberian Dr.
Ilyas Khan kepada Puan Mariam sebelum bertolak ke majlis
tersebut.
Qistina mengetuk perlahan daun pintu bilik Puan
Mariam, lantas dibuka. Tergamam Puan Mariam melihat
keanggunan Qistina yang berdiri di muka pintu. Kemudian
dengan perlahan, senyuman pada wajahnya semakin melebar.
Bangga dia melihat Qistina menghiasi dirinya dengan begitu
menawan sekali. Sarat hatinya ketika ini memandang gadis itu.
Perasaan sayangnya begitu menebal kepada gadis itu. Tidak
sabar menunggu saat gadis itu menjadi menantunya.
“Oh Qistina, darling! Qistina kelihatan sangat cantik
dan menawan!”
Qistina tersipu malu mendengar pujian ikhlas
daripada Puan Mariam. Dia menghampiri Puan Mariam dan
menghulurkan tangannya.
“Betul ke, madam?” Qistina sempat bertanya sebelum
tangan Puan Mariam disalam dan dikucup. “Biasa je kot…”
Qistina merendah diri.
“Dah tentulah! Hmmmm… Saya takut Dr. Ilyas lepas
ni tak nak awak berlakon jadi girlfriend dia je… Dia tengok je
Qistina, dia terus nak Qistina jadi girlfriend dia betul-betul!”
Puan Mariam separuh mengusik. Namun di hati kecilnya, ada
sedikit rasa gusar sekiranya Dr. Ilyas Khan betul-betul terjatuh
hati dengan Qistina. Tidak mustahil ia boleh berlaku. Tengok
sahaja rupa Qistina malam ini. Begitu mempesonakan.
Qistina tertawa kecil.
“Ada-ada je madam ni. Takkanlah Dr. Ilyas macam tu.
Dia tu masih angaukan bekas tunang dia!”
Dalam hati, Puan Mariam juga mengharapkan begitu.
Tidak mahu Qistina terlepas ke tangan orang lain. Tidak sabar
dia ingin melihat reaksi Ian Iskandar apabila melihat Qistina
sebentar nanti.
Tidak lama kemudian loceng pintu hadapan berbunyi.
“Saya rasa, date awak dah sampai!”
Qistina mengangguk. Dia pantas menyarungkan kasut
di kakinya dan berdiri. Hatinya mula berdebar-debar.
“Saya guguplah madam!” Sesungguhnya Qistina
merasakan begitu. Hendak menyamar menjadi teman wanita
Dr. Ilyas Khan satu hal, hendak berlakon di hadapan Ian
Iskandar ketika di majlis nanti, satu hal lagi.
Mesti Ian Iskandar akan menyangkakan yang bukanbukan.
Tidak tahu apa reaksi Ian Iskandar nanti. Perlukah
dia berterus terang sahaja dengan Ian Iskandar apa yang
dilakukannya malam ini hanyalah sekadar membantu teman
yang memerlukan pertolongannya? Tidak terkeluar penjelasan
dari bibirnya melihatkan kemarahan Ian Iskandar semalam
apabila mengetahui Qistina akan menemani Dr. Ilyas Khan.
Mulutnya seakan terkunci melihat kemerahan dan ketegangan
pada wajah Ian Iskandar.
“Dear, jangan bimbang. Semuanya akan okey.”
“Saya pergi dulu, madam,” Qistina meminta diri.
“No, dear. Nanti. Jangan pergi. Biar mereka masuk sini
dulu. Saya nak tengok reaksi mereka apabila melihat awak...”
Tidak lama kemudian, pintu bilik Puan Mariam diketuk
dan dibuka. Qistina masih berdiri sambil mengepit tas tangan di
tangan kanannya.
Ian Iskandar berhenti melangkah sebaik sahaja
matanya tertaup ke arah Qistina. Dia tidak menghiraukan yang
dia kini menghalang laluan masuk Dr. Ilyas Khan. Terpanar dia
memandang Qistina. Dadanya terasa amat berat. Jantungnya
berdegup kencang. Nafasnya seakan tersekat-sekat melihatkan
keindahan di hadapannya ini. Tercengang dan tergamam dia
melihat Qistina bergaya dengan baju gaun untuk majlis formal
malam nanti. Selalunya Qistina begitu sempoi dengan gayanya.
Begitu santai.
‘Ya Allah... Betapa indah ciptaan-Mu ini. Bilakah aku
bisa memilikinya?’
Qistina tidak senang berdiri. Tangannya digenggam
dan diramas. Matanya dilarikan daripada ketajaman renungan
Ian Iskandar yang begitu memukau. Ian Iskandar begitu
tampan dan segak mengenakan tuksedo berwarna hitam. Tibatiba
pada pandangan mata Qistina, lelaki itu nampak lebih
tinggi, bahu dan dadanya lebih bidang daripada biasa dan
secara keseluruhannya, lebih menawan dan lebih berkarisma,
mengalahkan mana-mana pelakon yang pernah memainkan
peranan James Bond di panggung wayang selama ini.
“Ehem, ehem…” Suara Dr. Ilyas Khan kedengaran dari
belakang Ian Iskandar. Ian Iskandar seolah-olah baru tersedar
daripada lamunannya dan beralih ke tepi untuk membenarkan
Dr. Ilyas Khan melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik. Reaksi
Dr. Ilyas Khan tidak banyak berbeza daripada Ian Iskandar
apabila matanya tertancap ke arah Qistina.
“Oh my God! Wow!” Dr. Ilyas Khan bersuara sambil
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“I don’t believe this! Qistina, is that you?” Tidak percaya
dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu baju yang dibelikannya
cantik dan indah. Namun tidak sekali-kali menyangkakan yang
apabila dipadankan di tubuh Qistina, baju itu akan menjadi
sepuluh kali lebih cantik dan indah!
“You look magnificent!” Tidak habis-habis Dr. Ilyas
Khan memuji.
“Thanks, doc and thanks so much for the dress!” Malu
Qistina dipuji begitu.
Ian Iskandar mengetap bibirnya melihatkan senyuman
manis di bibir Qistina. Hatinya masih panas sejak semalam
apabila mengetahui Qistina akan menemani Dr. Ilyas Khan ke
majlis amal malam ini. Cemburunya meluap-luap melihatkan
Qistina menghiaskan dirinya sebegitu indah untuk tatapan lelaki
lain selain dirinya dan memakai pula baju yang dihadiahkan
lelaki lain. Walaupun dia tahu Qistina masih belum menjadi
isterinya, dia tetap menganggap gadis itu miliknya seorang
sahaja.
“Are you ready?” Dr. Ilyas Khan mendekati Qistina.
Qistina mengangguk. Qistina berpaling dan tersenyum
ke arah Puan Mariam yang sedang tersengih girang.
“Saya pergi dulu, madam.”
“Have a good time, dear! You too, Ilyas…”
Ketika dirinya begitu dekat dengan Ian Iskandar,
dia hanya mampu tunduk ketika meminta diri untuk pergi
mengikuti Dr. Ilyas Khan. Tidak sanggup dia bertentang mata
dengan lelaki itu.
Tanpa disedari Qistina, mahupun Dr. Ilyas Khan,
Ian Iskandar mengekori kereta Dr. Ilyas Khan dari belakang.
Hati Ian Iskandar tidak tenteram. Takut apa-apa bakal terjadi
kepada Qistina walaupun dia tahu Dr. Ilyas Khan sebenarnya
seorang lelaki yang budiman. Namun hati lelakinya yang masih
cemburu, tidak rela melihat Qistina bersama lelaki lain. Paling
ditakutinya, Qistina terjatuh hati dengan Dr. Ilyas Khan dan
membuatnya berputih mata. Oleh itu, dia mahu berterusan
mengawasi gerak-geri Qistina dan Dr. Ilyas Khan.
Setibanya di Banqueting House, Whitehall, dewan
di mana majlis makan malam akan diadakan, Ian Iskandar
mengetap bibir melihat Qistina memaut lengan Dr. Ilyas Khan
ketika meniti anak tangga. Qistina juga sebenarnya tidak selesa
begitu, namun kerana bimbang dengan keadaan gaunnya yang
labuh serta kasut tumit tingginya, dia tiada pilihan melainkan
memaut lengan Dr. Ilyas Khan untuk sokongan.
Di dalam dewan makan, memandangkan ketibaan
mereka masih awal dan waktu makan malam masih belum
bermula, Dr. Ilyas Khan membawa Qistina berjalan ke sekitar
dewan makan sambil memperkenalkan Qistina kepada beberapa
rakan kenalannya. Kehadiran Qistina disambut mesra. Qistina
dapat menangkap beberapa kerlingan ke arah Dr. Ilyas Khan
diberikan kenalannya itu, mungkin sebagai isyarat bertanyakan
siapakah gerangan dirinya itu. Lebih-lebih lagi amat ketara
pada pandangan mereka bagaimana istimewanya layanan Dr.
Ilyas Khan terhadap Qistina.
Di dalam kereta tadi, Dr. Ilyas Khan tidak putus-putus
mengucapkan terima kasih kepada Qistina kerana sudi menjadi
‘teman wanita’ segeranya. Qistina cuba melakonkan wataknya
sebaik mungkin, walaupun masih berasa janggal. Dia cuba
melupakan Ian Iskandar seketika, namun bukanlah sesuatu
yang mudah.
Renungan Ian Iskandar tadi serta reaksi lelaki itu
melihatnya bersama Dr. Ilyas Khan masih jelas di matanya.
Entah mengapa hatinya tidak tenteram melihat Ian Iskandar
begitu. Terasa ingin memujuk dan meyakinkan Ian Iskandar
bahawa tiada apa-apa hubungan istimewa antara dirinya dengan
Dr. Ilyas Khan.
Ketika kedengaran di corong mikrofon pengumuman
upacara dimulakan, Dr. Ilyas Khan membawa Qistina ke meja
yang telah dikhaskan untuk mereka berdua. Dr. Ilyas Khan
menarikkan kerusi untuk Qistina dan Qistina melabuhkan
punggungnya. Dr. Ilyas Khan mengambil tempat di sebelah kiri
Qistina.
Mereka asyik berbual berdua tanpa menyedari
kedatangan seorang lelaki dan seorang wanita yang tibatiba
duduk bertentangan dengan mereka di meja bulat yang
sama. Dr. Ilyas Khan dan Qistina masih lagi berbisik-bisik dan
bergurau senda berdua. Entah apa yang mereka bualkan, orang
lain tidak tahu memandangkan suara mereka begitu perlahan
sekali.
Ketika pengacara majlis mula berucap untuk mengalualukan
kedatangan para hadirin, barulah Dr. Ilyas Khan perasan
bahawa wanita yang duduk bertentangan dengannya merupakan
Dr. Fatma Ali bersama teman lelakinya. Untuk seketika waktu,
mata Dr. Ilyas Khan dan Dr. Fatma Ali saling bertaup. Dr.
Ilyas Khan menundukkan kepalanya kepada Dr. Fatma Ali dan
temannya sebagai tanda hormat sebelum kembali memalingkan
wajahnya ke arah Qistina. Dia berbisik lagi.
“Oh, I forgot to tell you that I’ve ordered vegetarian
dishes for both of us tonight, so you don’t have to worry about
dinner, alright?”
Qistina tersenyum manis. Dia juga perasan bekas
tunang Dr. Ilyas Khan kini duduk di meja yang sama dengan
mereka. Dia juga telah perasan bagaimana Dr. Fatma Ali
kelihatan sedikit terkejut melihat Dr. Ilyas Khan duduk di meja
yang sama sebentar tadi. Pasti juga dia terkejut melihatkan
bekas tunangnya bersama wanita lain.
“Thanks! Very thoughtful of you!” Qistina berbisik
kembali.
Ucapan demi ucapan dibuat pengacara dan juga tetamu
kehormat yang hadir. Qistina antara dengar dengan tidak,
kerana dia baru sahaja terkena panahan mata Ian Iskandar.
Selang satu meja di hadapan mereka, Ian Iskandar
sejak tadi memandang segala gerak-geri Dr. Ilyas Khan dan
Qistina dengan renungan yang menikam. Kini, matanya dan
mata Qistina saling bertembung. Entah mengapa pada ketika
itu, Qistina tidak dapat melarikan pandangan matanya.
Saat itu, Qistina mengerti dengan jelas perasaannya
terhadap lelaki itu. Selama ini dia antara mengaku dengan tidak.
Sering berdolak-dalih. Cuba menanamkan perasaannya dalamdalam
agar perasaan itu tidak menguasai hatinya. Namun kini
dia tahu dia sudah tewas. Dadanya dirasakan teramat berat. Ya,
dia kini telah jatuh cinta. Ya Allah! Ke mana kewarasan akal
fikirannya? Ke mana pergi ‘aku tidak layak untuknya’ yang
sering diucapkan dalam hatinya?
“Qistina, are you alright?” Dr. Ilyas Khan bimbang
dengan riak wajah Qistina yang tiba-tiba berubah pucat. Qistina
menoleh dan cuba mengukirkan senyuman.
“Ilyas, how do you know for certain that you’ve fallen
in love?”
Dr. Ilyas Khan tersenyum.
“You’ve fallen for him, haven’t you? You know, if looks
could kill, I think I’ve died a thousand deaths tonight…” Kata
Dr. Ilyas Khan sambil tertawa kecil. Bukan dia tidak menyedari
jelingan maut yang sering dilemparkan Ian Iskandar kepada
dirinya dan Qistina sepanjang malam. Ternyata Ian Iskandar
begitu mencemburuinya kerana mendampingi Qistina.
“What do you mean?” Qistina bertanya.
“Your Ian has been looking at me with daggers in his
eyes throughout this evening! He really hates my guts.”
‘Your Ian? Ianku?’ Ketika Qistina berniat untuk
menoleh ke arah Ian Iskandar, Dr. Ilyas Khan pantas menahan.
“No, don’t look at him! Don’t let him know we are
talking about him…”
Qistina menurut. “I’m so stupid, Ilyas. Why did I allow
myself to fall for him?”
“You know what they say… love can be so unexpected.
Love can do crazy things to a person. On the one hand, it can
make you feel so much happiness but on the other hand, it
could also make you feel so much pain…” Suara Dr. Ilyas Khan
melirih. Jelas pada mata Dr. Ilyas Khan betapa dia sudah merasai
kebahagiaan dalam bercinta dan juga kesengsaraannya juga.
‘Bodohnya aku! Kenapa aku boleh benarkan diri aku ni
jatuh cinta dengan dia?’
“He’s a very lucky man, Qistina! Any man would be
lucky to have you.” Dr. Ilyas Khan memuji. “I hope we can still
be friends?”
“Of course…” Di hati Qistina, dia tidak mahu
kehilangan Dr. Ilyas Khan sebagai sahabatnya, walau apa pun
terjadi antara dirinya dengan Ian Iskandar.
“But I don’t think it will work out between him and
me. We are so different in so many ways… and I don’t think he
feels the same way about me.”
“What? Are you crazy? You must be kidding me!” Dr.
Ilyas Khan kurang percaya dengan apa yang didengarinya.
“What?” Tanya Qistina kehairanan.
“It is so obvious that he loves you too!”
Qistina menggelengkan kepalanya. Tidak! Ian Iskandar
tidak mencintainya. Dia hanya mahu mengahwini Qistina
untuk membahagiakan ibunya. Demi memenuhi impian ibunya
yang mahu melihatnya mendirikan rumah tangga.
“No, you’re wrong!”
“Qistina, believe me. I’m a man, okay and I know
from the way he looks at you that he’s crazy about you. It’s so
obvious, Qistina! Why can’t you see it?”
Sukar untuk Qistina mempercayainya. Adakah benar
kata-kata Dr. Ilyas Khan itu? Benarkah Ian Iskandar mencintai
dirinya? Adakah disebabkan cinta yang membuatkan Ian Iskandar
berubah menjadi seorang yang romantis dan penggoda? Dia
juga jelas cemburukan Dr. Ilyas Khan… Cukupkah tanda-tanda
itu semua untuk menggambarkan perasaannya yang sebenar?
“I know you don’t believe me, but just think about
it…”
Tidak lama kemudian, makan malam mula
dihidangkan. Masing-masing menikmati hidangan makan
malam. Di hadapan meja, Dr. Fatma Ali tidak dapat melarikan
matanya daripada menatap kemesraan yang jelas terpancar
daripada kedua-dua insan yang kelihatan begitu cocok bersama.
Siapakah gadis itu? Tidak pernah dia berjumpa dengan gadis itu
sebelum ini. Mata Dr. Ilyas Khan asyik berlari ke wajah gadis itu.
Senyuman istimewa Dr. Ilyas Khan yang selama ini dikhaskan
buat tatapan dirinya seorang, kini dikongsi dengan gadis itu.
Dia mula tidak senang duduk. Adakah dia cemburu?
“I think Ian isn’t the only one watching us,” bisik
Qistina perlahan. Dr. Ilyas Khan mengerti maksud kata-kata
Qistina. Dia juga menyedari sepasang mata Dr. Fatma Ali juga
sering berlabuh ke arah dirinya dan Qistina. Dia tersenyum
dalam hati.
“Promise me something, Ilyas.”
Terkejut Ilyas dengan permintaan Qistina. Dia
memandang wajah serius gadis itu.
“What, love?”
“That if she wants you back, you are going to
make her suffer first!” Kening Qistina dijungkit-jungkitkan
menggambarkan dia sekadar mengusik Dr. Ilyas Khan. Tawa Dr.
Ilyas Khan terletus.
“Well, you did say she was going to come crawling
back to me, right? Don’t worry, love. I promise!” Tawa Dr. Ilyas
Khan masih berbaki.
Memang dia tahu sekiranya Dr. Fatma Ali ingin
kembali ke pangkuannya, dia tidak akan teragak-agak untuk
menerimanya kembali dengan serta-merta. Namun, ada
benarnya juga kata-kata Qistina tadi. Takkan begitu mudah dia
akan menerima wanita pujaan hatinya kembali? Ke manakah
pergi ego dan maruahnya nanti? Cukuplah maruahnya
direndahkan ketika merayu kepada bekas tunangnya untuk
kembali suatu masa dahulu. Tidak lagi! Kali ini, biarlah bekas
tunangnya pula yang merayu-rayu.
Ian Iskandar memandang Qistina dengan mata yang
tidak berkelip. Ingin sahaja dia bangun dari tempat duduknya
dan menarik Qistina keluar dari dewan itu. Jauh daripada
Dr. Ilyas Khan. Qistina benar-benar mencabar kelelakiannya
malam ini. Panas di hatinya tidak tertahan lagi. Geram! Marah!
Cemburu! Semuanya! Berani gadis itu bermesra dan bergurau
senda dengan lelaki lain di hadapannya.
Sesungguhnya dia tidak senang duduk melihat
kemesraan antara Qistina dengan Dr. Ilyas Khan. Apatah lagi
melihat gadis itu sentiasa mengukirkan senyuman manisnya
buat Dr. Ilyas Khan. Dia risau gadis itu akan jatuh ke tangan
lelaki lain. Dia harus pantas bertindak.
Selepas makan malam, lantai dansa dibuka dan lagulagu
berentak perlahan dialunkan oleh pemuzik-pemuzik
orkestra. Dr. Ilyas Khan dan Qistina pada mulanya kekal duduk
di meja mereka. Kemudian apabila muzik yang dimainkan
bertambah kuat, Dr. Ilyas Khan mengajak Qistina untuk
berubah tempat agar perbualan mereka tidak terganggu.
Qistina membuntuti Dr. Ilyas Khan ke bahagian
belakang dewan. Di sana, mereka bersandar di balik dinding
sambil mengamati suasana di dalam dewan. Gelak ketawa
memenuhi ruang dewan. Rakan-rakan Dr. Ilyas Khan masih ada
yang mendekati dan ingin berkenalan dengan Qistina. Qistina
beramah mesra dengan kenalan-kenalan Dr. Ilyas Khan.
Tiba waktu untuk meninggalkan dewan, mereka
terserempak dengan Dr. Fatma Ali bersama teman lelakinya di
pintu masuk utama. Suasana menjadi sedikit janggal namun
pantas Dr. Ilyas Khan mengucapkan helo dan mengenalkan
Qistina kepada mereka. Qistina bersalaman dengan Dr. Fatma
Ali dan mengukirkan senyuman kepada teman lelaki Dr. Fatma
Ali, Brian McDowell. Berubah wajah Dr. Fatma Ali mendengar
Dr. Ilyas Khan memanggil Qistina dengan gelaran ‘sweetheart’.
Dr. Fatma Ali cuba berlagak bersahaja namun
senyuman di bibirnya tidak sampai ke matanya. Setelah
berpamitan seketika, Dr. Ilyas Khan memaut lengan Qistina dan
membimbingnya keluar dari Banqueting House. Ketika di luar,
Qistina menarik nafas lega.
“Thank God, that’s over!”
Dr. Ilyas Khan tergelak melihat kelegaan pada wajah
Qistina.
“Thank you so much, Qistina. Remember, anytime
you need a favour from me, just call me, okay?”
Qistina mengangguk.
“Ilyas, I thought for a moment there, she was going to
attack me!” Qistina berjenaka. “She looked so jealous and she
was watching you the entire evening!”
Dr. Ilyas Khan tersengih meleret. Suka dia mendengar
kata-kata Qistina.
“Really? You really think so?” Wajah tampan Dr. Ilyas
Khan berubah seperti budak kecil yang baru diberi gula-gula
kesukaannya. Sungguh comel!
Qistina mengangguk-anggukkan kepalanya. Mereka
berjalan beriringan menuju ke kereta Dr. Ilyas Khan. Punat alat
kawalan jauh ditekan dan Dr. Ilyas Khan membukakan pintu
kereta untuk Qistina. Sebelum sempat Qistina masuk ke dalam
kereta, kedengaran namanya dipanggil.
“Qistina?”
Spontan Qistina dan Dr. Ilyas Khan menoleh. Terkejut
melihat Ian Iskandar berdiri beberapa meter sahaja di belakang
mereka.
“Errr… saya, encik?”
“Doc, since I am heading back the same way, I can
send Qistina home. You don’t have to bother.”
Qistina dan Dr. Ilyas Khan saling berpandangan.
Permintaan Ian Iskandar itu sebenarnya tidaklah keterlaluan,
namun Dr. Ilyas Khan masih belum puas menguji Ian Iskandar.
“Oh no, Ian. It’s no bother. I couldn’t bear to part
with Qistina now. I’m truly enjoying her company. I’ll send
her home.” Sukar untuk Dr. Ilyas Khan menyembunyikan
senyumannya melihat riak tegang pada wajah Ian Iskandar.
Ian Iskandar mengalah dan mengangguk kecil. Dia
berundur beberapa langkah sambil matanya masih memandang
Qistina. Tajam. Memberi isyarat yang dia tidak puas hati dengan
Qistina. Kemudian dia terus berlalu.
Dr. Ilyas Khan berbisik ke telinga Qistina.
“You know, if he had a gun, I swear he would shoot
me right here and now!” Mencerlung mata Qistina memandang
Dr. Ilyas Khan sebelum tawanya terletus. Dia kini mengerti Dr.
Ilyas Khan hanya menduga Ian Iskandar.
“But you be careful, Qistina. I think he’s going to be a
bear with you tonight!”
Qistina mengakui dalam hati, dia juga berasa bimbang
dan takut untuk menghadapi Ian Iskandar malam nanti. Dia
mengeluh kecil.
Qistina merasa sangat lega apabila mendapati dia tiba
dulu di rumah. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Dr.
Ilyas Khan, Qistina lekas-lekas naik ke atas. Dia membersihkan
diri, bersolat dan kini bersedia untuk masuk tidur. Baju dan
seluar pijama satin di tubuhnya terasa amat selesa.
Sebelum itu, dia membelek Blackberry untuk melihat
sama ada Timah telah membalas e-melnya yang terbaru atau
tidak. E-mel mengenai luahan hatinya tentang makhluk
bernama Ian Iskandar. Pada masa yang sama, ingin juga dia
tahu jika terdapat perkembangan terbaharu mengenai kakaknya
Sarah Qireena.
Apabila mendapati tiada e-mel daripada Timah,
Qistina baring di atas katil dan memikirkan kata-kata Dr. Ilyas
Khan tentang Ian Iskandar sebentar tadi. Benarkah lelaki itu
mencintainya? Dia sungguh keliru. Lama dia memikirkan hal
itu.
Qistina bangun dari pembaringan dan mencapai
tudungnya. Kardigan disarungkan ke badan bagi menutupi baju
tidurnya yang berlengan pendek. Niat di hati ingin ke dapur
untuk mengambil segelas air. Kering sungguh rasa tekaknya.
Ketika membuka daun pintu, dia hampir-hampir
terjerit melihatkan Ian Iskandar berdiri betul-betul di
hadapannya sambil tangan lelaki itu diangkat ke atas seolaholah
mahu mengetuk pintu biliknya. Terkejut dia. Spontan
tangan kanannya menekup jantung yang tiba-tiba berdegup
kencang.
Kelihatan Ian Iskandar telah pun menanggalkan
jaketnya dan hanya berkemeja putih. Lengan bajunya sudah
dilipat hingga ke siku.
‘Ya Allah... Tampannya dia! Macho gila!’
“Encik, terkejut saya!”
Ian Iskandar tidak membalas. Dia hanya merenung
gadis di hadapannya yang sudah kembali santai dan berbaju
tidur. Walau apa pun yang dikenakan Qistina, gadis itu tetap
menawan pada matanya. Dia berasa cukup lega bila mengetahui
Dr. Ilyas Khan terus sahaja menghantar Qistina pulang ke
rumah dari majlis makan malam tadi. Risau dia sekiranya Dr.
Ilyas Khan membawa Qistina melencong ke tempat lain.
Cuma Ian Iskandar sahaja yang sengaja melengahkan
waktu pulangnya dan terus memandu tanpa tujuan, sematamata
untuk menenangkan kembali perasaannya yang sedang
berkocak. Tidak mahu pulang dengan keadaannya yang
begitu tegang. Takut dia tidak mampu mengawal perasaannya
ketika berhadapan dengan Qistina nanti. Namun faks yang
baru diterimanya dari Kuala Lumpur sebentar tadi telah
mengembalikan perasaan amarahnya terhadap gadis itu.
“Ada apa encik?” Qistina mula cuak diperhatikan
begitu.
“Kita perlu berbincang!” Tegas. Serius.
“Pasal apa, encik? Minta maaf encik, tapi saya penat
sangat. Boleh tak kita bincang esok je?”
“Awak ada rancangan apa-apa esok?” Ian Iskandar
menyoal keras.
“Errr… takde apa-apa, encik.”
“Okey, esok awak keluar dengan saya. Saya ada perkara
nak bincang dengan awak.”
Sebelum Qistina sempat menjawab, Blackberry Qistina
di atas katil pula berbunyi. Qistina menoleh ke arah katilnya.
Dia berasa hairan kerana Blackberry itu tidak pernah berdering
sebelum ini.
“Sekejap, encik,” lalu Qistina berlari mengangkat
Blackberrynya. Tanpa disedarinya, Ian Iskandar turut masuk ke
dalam biliknya dan menutup pintu.
“Helo?”
“Ina? Aku ni!” Suara Timah sayup-sayup kedengaran di
hujung talian.
“Tim!” Qistina mula risau. Mengapa pula Timah
menelefonnya ketika waktu di Kuala Lumpur masih tengah
subuh, mungkin.
“Aku saja tunggu time ni nak call kau. Aku tak boleh
lama. Aku cuma nak beritahu kakak kau masuk hospital. Aku
tak tahu sebab apa tapi bila aku ke hospital nak ambil keputusan
check-up aku, aku nampak mama dan papa kau kat sana. Bila
aku selidik, aku nampak nama kakak kau kat dalam senarai
pesakit. Sepupu aku yang jadi nurse kat hospital tu yang tolong
aku.”
Qistina terduduk di atas katil. Mukanya pucat.
Tangannya sedikit menggeletar. Ian Iskandar kaget dengan
tingkah laku Qistina.
“Tim…” Itu sahaja yang mampu diucapkan Qistina.
“Aku pergi dulu, Ina. Nanti aku e-mel kau panjang lebar
sikit, terutama sekali pasal apa yang kau baru cerita kat aku tu.
Jangan risau, aku tak cerita pada sesiapa pun tentang lamaran
yang kau baru terima tu. Also, Insya-Allah kakak kau akan okey.
Kita doa ya. Ingat! Aku sayang kau, aku rindu kau… kau jaga
diri baik-baik!” Laju Timah berkata-kata untuk menghabiskan
segala apa yang ingin disampaikan kepada Qistina.
“Aku pun sayang kau jugak, Tim… terima kasih…”
Lemah suara Qistina. Talian dimatikan. Qistina memejamkan
matanya.
‘Ya Allah. Selamatkanlah kakakku. Berilah kekuatan
kepadanya, Ya Allah. Lindungilah dia,’ doa Qistina dalam hati.
“Who the hell is Tim?” Kuat Ian Iskandar bersuara.
Lelaki mana pulak yang bersayang-sayang dengan Qistina ni?
Mula-mula si Khairul tu, lepas tu si doktor tu, sekarang ada
orang lain pulak. Marahnya semakin bersemarak.
Qistina terkejut. Bahunya terangkat. Matanya terbuka
luas. Langsung tidak menyedari lelaki itu ada di dalam biliknya.
Ketika matanya terbuka, ketika itu jugalah air matanya mengalir
ke pipi. Terlalu risau mengenangkan nasib kakaknya.
Ian Iskandar tersentak. Manik-manik yang mengalir
di pipi gadis itu menyentap tangkai hatinya. Rasa marahnya
sebentar tadi terbang entah ke mana.
“Qistina... Kenapa ni?” Ian Iskandar melabuhkan
punggungnya di sebelah Qistina di atas katil itu. Rapat.
Mata gadis itu masih membulat memandangnya. Namun
pandangannya kosong…
“Qistina, saya kat sini... beritahu saya apa yang dah
berlaku...” Ian Iskandar memujuk. Suaranya mengendur dan
tidak keras lagi seperti tadi. Qistina menggeleng-gelengkan
kepalanya.
“Encik, tolong tinggalkan saya sendirian…” Bisik
Qistina.
“Qistina, tolonglah jangan asyik ketepikan saya. Saya
betul-betul risaukan awak ni. Awak kenapa?” Ian Iskandar
memaut lengan Qistina dengan niat ingin memujuk.
Air mata Qistina mengalir semakin deras. Dia pantas
menyeka air matanya. Segan dia menangis begitu di hadapan
Ian Iskandar.
“Sofiah Qistina…” Lembut Ian Iskandar memanggil
nama gadis di sebelahnya.
Qistina melangut. Wajah Ian Iskandar keruh. Mungkin
benar lelaki itu berasa risau tentang dirinya. Pautan tangan
Ian Iskandar di lengannya terasa hangat, walaupun berlapik.
Qistina melepaskan nafas yang tersekat-sekat.
“Kakak saya masuk hospital, encik… Saya terkejut
dan rasa risau sangat.” Qistina memberi penjelasan dalam esak
tangisnya. Berkerut dahi Ian Iskandar.
“Awak tahu kenapa dia masuk hospital?” Pautan di
lengan Qistina dieratkan. Qistina menggelengkan kepalanya.
Tidak mahu meneka walaupun kecederaan yang diceritakan
Timah baru-baru ini memberi gambaran kakaknya dipukul
seseorang.
“Awak nak call kakak awak?”
Qistina menggelengkan kepalanya sekali lagi. Ian
Iskandar mengeluh.
“Habis tu? Awak nak buat apa? Awak nak saya minta
tolong kawan saya kat KL tu untuk tengokkan kakak awak?”
Qistina berfikir sejenak.
“Takpelah, encik. Saya tunggu kawan saya kat KL tu
bagi saya berita lanjut…” Qistina mengesat baki air matanya.
Dia mengambil nafas dalam-dalam. Sedikit demi sedikit dia
kembali tenang. Dia tahu, tiada apa yang mampu dilakukannya
selain berdoa. Dia menarik lengannya dari pautan Ian Iskandar
perlahan-lahan. Ian Iskandar membiarkan perlakuan Qistina
itu.
“Qistina… siapa Tim?” Ian Iskandar mengulangi
pertanyaannya sebentar tadi tetapi kini dengan nada yang
lembut.
“Tim?” Qistina merasa pelik. Takkan Ian Iskandar tak
ingat? Kan dia pernah kenalkan Tim kepada Ian Iskandar dulu?
Err… ke dia kenalkan sebagai Timah? Ni mesti Ian Iskandar
ingat Tim tu lelaki.
“Tim! Yang awak kata awak sayang tadi tu…” Nada
suara Ian Iskandar seakan merajuk. Benci dia mendengar
ucapan sayang yang terbit dari bibir gadis itu buat orang
lain. Dia mahu dirinya sahaja yang menerima ucapan sayang
daripada Qistina.
“Tu kawan baik saya, encik. Errr… Encik tak ingat?
Kawan saya Timah yang saya kenalkan kat KLIA dulu.”
“Awak panggil kawan awak tu Tim?” Lega betul Ian
Iskandar mendengar penjelasan Qistina, sehinggakan dia
hampir sahaja mengukirkan senyuman. Tim merupakan
singkatan kepada Timah rupa-rupanya. Buat sakit jantung dia
je…
“Ha’ah…” Sebuah senyuman terukir pada wajah
Qistina. Untuk seketika kenangan bersama Timah kembali
menerjah ke dalam fikirannya. Tanpa berfikir, dia terus berkatakata.
“Encik tahu... dulu selalu saya usik kawan saya tu, sebab
nama dia Timah dan bukan Fatimah, macam yang lazimnya.
Dia mesti marah kalau saya cakap macam tu. Senang je kalau
saya nak cari gaduh dengan dia. Hmm, rupanya nama tu nenek
dia yang nak sangat macam tu. Tak tahu kenapa. Kalau ikutkan
mak dan ayah Tim, diaorang nak nama Fatimah, lagi sedap dan
sempena nama anak Nabi Muhammad.”
Senyuman Qistina makin melebar. Terpanar Ian
Iskandar melihat senyuman itu walaupun tidak ditujukan
kepadanya. Ian Iskandar membiarkan sahaja Qistina bercerita
dan mengimbau kenangan lalu. Ian Iskandar mengambil
peluang untuk membenarkan matanya meliar ke wajah gadis
itu. Dan lesung pipit itu… oh lesung pipit itu…
“Tapi saya rasa kelakar sangat sebab bagi saya nama tu
macam tak lengkap. Macam nama zaman dulu-dulu. Setiap kali
saya usik dia, kita orang mesti bergaduh… tiap kali kalau saya
nak buat Tim rasa bengang dengan saya, saya pasti akan ungkit
pasal nama dia ni. Senang je nak buat dia marah…” Qistina
tergelak kecil.
Kemudian dia menoleh dan memandang Ian Iskandar
dengan wajah yang masih tersenyum. Terkedu dia melihat
riak wajah Ian Iskandar. Lelaki itu memandangnya dengan
pandangan yang cukup redup. Lama mereka berpandangan
begitu. Akhirnya Qistina tersedar. Dia lantas berdiri.
“Maaf encik, saya melalut tadi…”
Ian Iskandar juga berdiri dan mengambil langkah
mendekati Qistina. Qistina berundur satu langkah ke belakang.
Ian Iskandar tunduk dan mendekati telinga Qistina.
“Awak tak pernah melalut, Qistina. Saya suka dengar
suara awak. Begitu merdu di telinga saya…”
Qistina masih tegap berdiri. Dia takut sekiranya dia
bergerak, pipinya akan bersentuhan dengan pipi Ian Iskandar.
“Kalau boleh, saya nak dengar suara merdu awak di
telinga saya sepanjang masa… terutama sekali sebelum saya
tidur dan pertama sekali bila terjaga daripada tidur…”
Qistina tetap kaku.
“Macam mana pun, saya harap kakak awak akan
cepat sembuh. Saya juga akan mendoakan dia...” Ian Iskandar
mengeluh kecil.
“Saya sebenarnya ada banyak perkara nak bincang
dengan awak. Tapi takpelah… Awak tidurlah… Esok saja kita
bincang… Awak ikut saya esok…” Ian Iskandar mengalah.
“Ikut encik ke mana?” Qistina tahu Ian Iskandar mahu
membincangkan tentang dirinya dan Dr. Ilyas Khan.
Ian Iskandar tersenyum. “Jangan bimbang. Saya bukan
nak culik awak… walaupun kalau saya nak, memang boleh
aje...”
Ian Iskandar berjalan menuju ke pintu bilik. Dia
menoleh dan berpaling ke arah Qistina. Berat hatinya
meninggalkan gadis itu. Kalaulah Qistina sudah halal
kepadanya, sudah tentu gadis itu akan dipeluk dan dimanjai
sepanjang malam agar segala kesedihannya dapat dilenyapkan.
“Good night, love. Jumpa esok.”
Qistina terkedu. Dia sudah biasa dengan panggilan
‘love’ itu sepanjang lima tahun berada di kota London ini.
Cuma apabila Ian Iskandar menggunakan panggilan itu tadi,
bunyinya amat lain sekali. Gelaran itu seperti digunakan untuk
membahasakan kekasih hatinya. Begitu merdu di telinganya.
‘Betul ke apa yang telinga aku dengar tadi?’ Qistina tidak
pasti. Yang pasti, hatinya merasa sungguh sejuk mendengar
panggilan itu untuk dirinya. Bagai disiram dengan air mawar
yang harum lagi nyaman. Sungguh mendamaikan jiwanya yang
mendambakan ketenangan ketika ini. Apakah aura yang ada
pada lelaki itu hinggakan bisa membuatnya berperasaan begini?
Qistina tiada jawapannya.

No comments:

Post a Comment