Thursday, 26 May 2016

Mr Secret Admirer - Bab 5

Zureen beberapa kali berpusing di depan
cermin. Dia ingin memastikan pakaian yang dipakainya
kemas dan bersih agar dapat menyerlahkan karismanya
sebagai seorang jururawat peribadi.
“Bukan senang nak dapat title jururawat peribadi ni
tau! Kalau jururawat di klinik atau di hospital tu orang dah
biasa jumpa...” Zureen berbisik sambil mengemaskan
pakaiannya.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia
melangkah keluar dari biliknya untuk menyambung semula
tugasnya.
Zureen menarik nafas panjang sewaktu sampai di
muka pintu bilik Syed Redza. Dia cuba untuk mencari
kekuatan. Dia berazam untuk menghadapi apa jua kerenah
Syed Redza selepas ini demi Datin Raja Fatimah. Baru
sebentar tadi dia terpaksa menipu Datin Raja Fatimah. Dia
tidak mahu Datin Raja Fatimah susah hati. Baginya, insan
sebaik Datin Raja Fatimah tidak harus dikecewakan.
Zureen mengetuk pintu bilik Syed Redza beberapa
kali. Tiada jawapan! Zureen nekad untuk terus masuk sahaja.
Jika hendak menunggu manusia sejuk beku itu menjawab,
jawabnya sampai malamlah Zureen terpaksa menunggu di
hadapan bilik Syed Redza.
Zureen menolak perlahan pintu bilik. Dengan
berhati-hati dia melangkah masuk ke bilik Syed Redza.
Suasana sepi menyelubungi bilik itu. Zureen meninjauninjau
sekitar bilik Syed Redza, namun kelibat si kepala batu
itu tidak kelihatan. Ke mana pula perginya? Jangan-jangan
dalam bilik air lagi! Zureen perlahan-lahan menghampiri
bilik air, namun ternyata kosong.
“Mungkin di balkoni kut?” gumam Zureen.
Dia berjalan menghampiri balkoni. Memang benar
telahannya. Memang Syed Redza sedang duduk di atas kerusi
roda menghadap pemandangan luar. Sama seperti keadaan
yang dilihatnya semalam. Cuma yang bezanya, kali ini Syed
Redza sedang membaca majalah.
“Hmm... boleh pun membaca! Ingatkan dah tak ada
perasaan langsung!” bisiknya.
Pada pemerhatian singkat Zureen, Syed Redza lebih
selesa bergerak menggunakan kerusi roda berbanding
tongkatnya. Mungkin disebabkan pergerakannya menjadi
lebih pantas jika menggunakan kerusi roda berbanding
tongkat.
Zureen berdehem beberapa kali kerana dia tidak
tahu bagaimana untuk memulakan tugas untuk memberi
lelaki itu agar makan ubat. Seperti biasa, tiada reaksi
langsung. Zureen tidak berputus asa. Kali ini dia
memberanikan diri untuk bercakap terus dengan Syed Redza.
“Assalamualaikum Encik Redza.... Encik Redza dah
sarapan pagi?” Zureen mendapat idea untuk memulakan
bicara setelah melihat sarapan pagi lelaki itu masih belum
terusik. Aikk?? Takkanlah dia nak tunggu aku suapkan dia
pula?
Syed Redza menoleh seketika ke arah Zureen.
Namun, kali ini dia merenung Zureen agak lama dengan
suatu pandangan yang agak pelik. Dia memerhatikan Zureen
ke atas dan ke bawah. Naik seram Zureen dibuatnya. Dahlah
insiden tadi masih lagi menakutkannya, kini Syed Redza
merenungnya dengan pandangan yang menakutkan pula.
“Kenapa kau pakai macam ni?” Akhirnya terkeluar
juga persoalan daripada lelaki sejuk beku itu.
Zureen melihat pakaian yang dipakainya. Apa yang
pelik?
“Kenapa? Tak boleh ke?” Zureen menjawab dengan
soalan juga.
“Yang kau pakai uniform nurse ni kenapa? Kau
ingat rumah aku ni hospital ke?” soal Syed Redza yang masih
memandang Zureen pelik. Jururawat-jururawat sebelum ini
tidak pernah pula dilihatnya memakai uniform.
Zureen tersenyum. Ingatkan apalah yang pelik
sangat tadi. Apa masalah kalau dia hendak memakai uniform?
Zureen memang sengaja memakainya kerana dia merasakan
dirinya benar-benar seorang jururawat peribadi kepada
seorang lelaki sejuk beku yang berkepala batu. Dia masih
teringat akan kata-kata Syed Redza yang mengatakan dia
harus mengikut segala arahan lelaki itu jika hendakkan Syed
Redza memberi kerjasama kepadanya.
Jadi, sekiranya Zureen beruniform, dia tidaklah
merasa seperti seorang kuli kepada lelaki itu dan sekurangkurangnya
Syed Redza akan merasa bersalah jika ingin
menyuruhnya melakukan perkara-perkara yang bukan-bukan
yang langsung tidak berkaitan dengan bidang tugasnya hanya
semata-mata kerana hendak membulinya.
“Encik Redza.... saya dibayar gaji untuk menjadi
jururawat peribadi kepada Encik Redza. Jadi, apa masalahnya
kalau saya pakai uniform ni? Lagipun memang inilah
uniform seorang jururawat dan bila saya pakai uniform ni,
saya akan sentiasa ingat saya adalah seorang jururawat yang
ditugaskan untuk mengawasi tahap kesihatan Encik Redza.
Saya sebut sekali lagi JURURAWAT. So, maknanya tugas saya
hanyalah yang berkaitan dengan jururawat sahaja,” balas
Zureen lancar. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu
berani walaupun dia tahu bagaimana sikap lelaki di
hadapannya itu.
Syed Redza hanya tersenyum sinis mendengar
penerangan Zureen. Sudah tentu jawapan Zureen itu
berkaitan dengan insiden dia disuruh mengambil seluar
dalamnya tadi.
“Apa kau ingat, kalau kau pakai baju kau ni, aku tak
boleh nak arah kau? Aku peduli apa! Kau nak pakai baju apa
pun atau tak nak berbaju terus pun, kalau aku arah kau buat
sesuatu, kau tetap kena buat! Faham??”
Zureen terdiam seketika. Dia kehilangan kata-kata.
Sebenarnya Zureen agak gerun mendengar kata-kata Syed
Redza itu. Lebih-lebih lagi bahagian yang agak sensitif itu.
Terasa seperti trauma pula bila Syed Redza menyebut dia
tidak berbaju.
Sabar Zureen.... sabar!!
Kali ini Zureen bertindak bijak. Dia langsung tidak
menunjukkan ekspresi takut walaupun dia sedang ketakutan.
Dia sedar, dia tidak boleh menunjukkan rasa takut, sedih,
marah atau apa-apa pun perasaan yang negatif kerana semua
itu akan menjadi senjata kepada Syed Redza untuk
menyerangnya.
“Ikut suka Encik Redzalah. Sekarang dah sampai
masa untuk Encik Redza makan ubat tapi kenapa Encik
Redza masih belum bersarapan lagi? Encik Redza tak boleh
ambil ubat kalau perut Encik Redza kosong.”
Syed Redza tersenyum sinis mendengar respons
Zureen itu. Nampaknya, gadis comel itu sudah pandai untuk
mengelak daripada terus bertengkar dengannya. Tak apa...
aku nak tengok sejauh mana kau boleh bertahan? Bisik Syed
Redza dengan matanya masih tidak lepas merenung Zureen.
“Apa guna mama aku gajikan kau kalau tugas
semudah ni pun kau tak boleh buat?” Syed Redza sengaja
ingin mewujudkan suasana tegang ketika itu.
Aku nak kena suap dia ke? Auntie tak pula sebut
aku kena suap dia makan. Tugas aku hanya beri dia makan
ubat! Bukannya suapkan makanan! Hishh!! Susah-susah
sangat aku letak aje racun dalam makanan dia. Baru puas
hati aku! Astaghfirullah... Zureen cepat-cepat beristighfar
apabila tersedar keterlanjurannya itu.
“Apa lagi kau tercegat kat situ? Cepatlah! Aku dah
lapar ni!” jerit Syed Redza.
Sabar Zureen... sabar!!
Malas untuk bertengkar, Zureen akur dengan
arahan gila itu. Tak apa Zureen... Kau ikut aje rentak dia
sekarang ni!
Zureen bergerak ke arah meja yang diletakkan
sarapan pagi itu. Sedia terhidang roti bersama mentega dan
jem, telur setengah masak, susu dan jus oren. Syed Redza
pula berlagak selamba sambil terus membaca majalah.
Zureen sedang berkira-kira apa makanan yang
harus diberikan kepada Syed Redza. Dia malas bertanya
kerana sudah pasti dia akan diherdik. Zureen mencapai dua
keping roti dan disapukan denganmentega dan jem.
Kemudian dihulurkan kepada Syed Redza, namun lelaki itu
langsung tidak menyambutnya sebaliknya memandang
Zureen.
Zureen yang faham akan maksud pandangan itu
hanya menahan hati walaupun dalam hatinya itu sedang
menjerit-jerit kegeraman. Ya Allah, betul-betul aku nak kena
suap ke?
Sabar... Zureen sabar!!
Disuakan dua keping roti yang bertangkup itu ke
mulut Syed Redza. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja
disumbatkan ke dalam mulut lelaki kepala batu itu. Apa yang
peliknya, lelaki itu terus membaca. Macam mana nak
suapkan makanan kalau dia terus membaca?
“Encik Redza....” Zureen cuba mengawal suaranya
yang mula bergetar sambil menghulurkan roti itu.
“Aku tak makan bahagian tepi roti tu. Buangkan!
Itu pun nak kena ajar ke?”
Zureen akur. Setelah selesai membuang bahagian
tepi roti itu, dihulurkan lagi kepada Syed Redza, tetapi kali
ini....
“Kau nak suruh aku mati tercekik ke?”
Zureen akur lagi. Dipotongnya roti itu kepada
empat bahagian dan dihulurkan satu bahagian ke arah mulut
Syed Redza.
Syed Redza meletakkan majalah yang dibacanya ke
atas meja. Dia menghadiahkan senyuman kepada Zureen.
Mr. Secret Admirer
66
Senyuman mengejek! Senyuman tanda kemenangannya!
Syed Redza mengangakan mulutnya tanda sedia
untuk disuap. Zureen memasukkan bahagian kecil roti yang
telah dipotongnya tadi. Syed Redza mengunyah. Seketika
kemudian diludahkan semula roti yang baru disuapkan ke
mulutnya tadi.
“Hei!! Kau nak suruh aku kena kencing manis ke?
Berapa banyak jem yang kau sapu kat roti tu? Betul ke kau ni
nurse?? Takkan itu pun kau tak tahu??!!”
“Encik Redza.... Saya sapu sikit aje jem tu. Macam
mana pula Encik Redza boleh kata manis? Encik Redza ni
sengaja nak menguji kesabaran saya ke? Kalau Encik Redza
mengharapkan saya akan mengalah terhadap provokasi yang
Encik Redza buat ni, baik lupakan saja!! Saya tak akan
mengalah..... Saya ulang, saya tak akan mengalah!!”
Syed Redza tersenyum sinis mendengar kata-kata
Zureen itu. Entah kenapa hari ini dia murah dengan
senyuman, tapi..... hanya senyuman sinis!
“Wow!! Dahsyat juga kau ni ya?? Baguslah kalau
macam tu... senang sikit kerja aku..” balasnya dengan
senyuman mengejek.
Zureen malas hendak terus bertengkar dengan
Syed Redza. Walaupun Zureen tidak tahu akan maksud lelaki
itu tadi, dia hanya membiarkan kata-kata lelaki itu berlalu
pergi seperti angin lalu.
Tiba-tiba Zureen mendapat satu idea. Dia
tersenyum sendiri. Kau saja nak naikkan darah aku kan? Kau
tengoklah nanti!
Zureen terus sahaja menghampiri Syed Redza. Dia
merenung seketika Syed Redza dan sebuah senyuman sinis
dihadiahkan pula kepada lelaki kepala batu itu. Syed Redza
agak pelik dengan sikap Zureen ketika itu.
“What??!!” jerkahnya. Sakit benar hatinya bila
melihat Zureen tersenyum begitu kepadanya.
Tanpa mempedulikan jerkahan Syed Redza, Zureen
terus sahaja menolak kerusi roda lelaki itu masuk ke dalam
bilik. Syed Redza yang terkejut dengan tindakan Zureen
menjerit marah.
“Hei!! Apa kau ni buat ni hah?? Kurang ajar! Berani
kau buat aku macam ni! Baik kau keluar dari bilik aku
sekarang sebelum aku tampar muka kau tu...” jerit Syed
Redza. Memang perempuan ni nak merasa sangat penangan
aku agaknya!
Zureen langsung tidak mempedulikan jeritan dan
jerkahan Syed Redza. Sebaliknya dia terus sahaja menolak
kerusi roda masuk ke arah katil. Dia menggunakan seluruh
kudratnya untuk menarik Syed Redza turun dari kerusi roda
ke atas katil.
Walaupun Syed Redza cuba untuk menolak Zureen,
namun Zureen menggunakan segala kekuatannya untuk
menghalang Syed Redza dari menolaknya.
“Hei! Betina.... Kau dah gila eh? Kau nak bunuh
aku ke?” jerit Syed Redza.
“Kalau setakat hidup pun menyusahkan orang,
lebih baik mati saja!! Kenapa? Encik Redza takut mati ke?”
“Kurang ajar betul kau ni ya? Kau betul-betul nak
merasa penampar aku ni ke? Lebih baik kau letak semula aku
kat kerusi roda tu!”
“Kenapa saya pula yang nak kena letakkan? Kalau
handal sangat, Encik Redza bangunlah sendiri!”
“Kau dah gila ke apa? Macam mana aku nak
bangun? Kau dah buta? Kau tak nampak macam mana
keadaan kaki aku ni?”
“Oooo.... tahu pula yang kaki Encik Redza tu dah
tak boleh pakai? Tahu pula nak minta tolong? Kalau dah rasa
diri sendiri tu dah tak mampu nak buat apa-apa sendiri,
janganlah nak berlagak sombong.... berlagak macam bagus
sangat... nak jerkah-jerkah... nak herdik-herdik orang sesuka
hati! Agak-agak Encik Redzalah, Encik Redza ni boleh hidup
sendiri tanpa bantuan orang lain ke?”
“Hei!! Aku tak perlu pertolongan kau lah!”
“Okey... fine... tak perlukan pertolongan saya ya?”
Zureen segera menghampiri kerusi roda dan
menolaknya menjauhi Syed Redza. Kemudian diambilnya
pula tongkat lelaki itu dan dijauhkannya juga darinya.
Setelah itu, dengan selamba dia berjalan keluar dari bilik
Syed Redza.
Zureen terus sahaja keluar dari bilik Syed Redza
dan menutup pintunya. Dia tidak mempedulikan jeritan Syed
Redza yang memaki hamunnya.
Sebaik sahaja Zureen keluar dari bilik Syed Redza,
dia dapati Datin Raja Fatimah sudah berdiri di muka tangga
memerhatikannya. Ternyata riak kebimbangan jelas
terbayang di wajah wanita jelita itu.
Zureen segera mendapatkan Datin Raja Fatimah.
“Auntie jangan risau ya.... Zureen tahu apa yang
Zureen buat. Insya-Allah, anak auntie tak apa-apa. Zureen
cuma nak ajar dia,” terang Zureen lembut. Digenggamnya
tangan wanita itu untuk mengurangkan kebimbangannya.
Datin Raja Fatimah membalas genggaman Zureen.
Dia tersenyum mengangguk.
“Sampai bila Zureen nak biarkan Redza terjeritjerit
tu?”
“Biarkan dia rasa susah bila tak ada orang yang nak
tolong dia.... Auntie jangan risau. Sekejap lagi Zureen masuk
semula. Eh, bukan ke auntie kata tadi nak ke butik? Auntie
pergilah... biar Zureen uruskan semua. Auntie lupa ke yang
auntie dah gajikan Zureen? Takkan auntie nak biar Zureen
makan gaji buta aje?” Zureen berseloroh. Dia cuba untuk
meyakinkan majikannya itu.
“Okeylah.... kalau macam tu biar auntie pergi dulu.
Zureen... Auntie percayakan Zureen. Tolonglah auntie ya....”
Ungkapan yang penuh makna daripada Datin Raja Fatimah.
Zureen mengangguk.
Setelah Datin Raja Fatimah berlalu, Zureen
kembali ke bilik Redza. Jeritan maki hamun daripada lelaki
itu sudah tidak kedengaran lagi.
Tiba-tiba Zureen bimbang. Apa dah jadi? Dia
pengsan ke?
Perlahan-lahan Zureen menolak daun pintu.
Zureen menjengah sedikit mencari kelibat Syed Redza.
Zureen menarik nafas lega. Syed Redza masih di situ. Masih
di atas katil. Malahan, masih posisi yang sama sewaktu
Zureen meninggalkannya.
Zureen berjalan menghampiri Syed Redza. Lelaki
itu membatukan dirinya. Dia langsung tidak memandang
wajah Zureen.
Zureen sengaja berdiri di hadapan lelaki itu. Dia
tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu. Zureen
perlu sentiasa bersedia kerana dia tahu tindakan Syed Redza
memang tidak boleh dijangka.
Namun, Zureen sedikit pelik. Lelaki itu masih kaku
beku di situ. Kini, perasaan simpati melanda dirinya. Terasa
kesal pula kerana terlalu berkasar dengan lelaki itu tadi.
Zureen memberanikan diri untuk menegur Syed
Redza.
“Encik Redza..... saya minta maaf. Saya...”
“Aku ni memang tak guna kan? Hidup pun hanya
menyusahkan orang!” Tiba-tiba Syed Redza bersuara
memintas kata-kata maaf daripada Zureen.
Air jernih mengalir keluar dari kelopak mata lelaki
itu. Zureen terpaku. Tidak disangkanya, tindakannya tadi
telah menumpahkan air mata lelaki itu.
“Encik Redza... tak baik cakap....”
“Aku memang tak guna kan? Memang betul apa
yang kau cakap tadi, aku ni memang tak guna! Daripada aku
hidup macam ni, lebih baik aku mati aje....” Syed Redza
memintas lagi kata-kata Zureen.
“Mengucap Encik Redza.... sebagai orang Islam tak
baik cakap macam tu. Kata-kata Encik Redza tu seolah-olah
Encik Redza tidak bersyukur....”
“Bersyukur? Untuk apa aku bersyukur? Bersyukur
sebab aku ditimpa bala macam ni?”
“Astaghfirullah..... Encik Redza, mengucap. Berdosa
cakap macam tu.... sepatutnya Encik Redza bersyukur kerana
masih dipanjangkan umur. Masih diberi peluang untuk
bernafas... masih berpeluang untuk jumpa ibu dan ayah
Encik Redza... masih diberi peluang untuk memperbaiki
kesilapan yang lalu kerana tidak semua orang berpeluang
mengalami apa yang Encik Redza alami.... seolah-olah
setelah mati Encik Redza hidup semula...”
“Kau tahu apa? Kau tak rasa apa yang aku rasa....”
“Bila Encik Redza cakap macam tu, seolah-olah
Encik Redza tak reda atas apa yang telah berlaku...”
“Reda? reda kau kata? Reda dengan bala yang
menimpa aku?”
“Encik Redza.... apabila kita reda pada sesuatu yang
mengecewakan hati kita, maka percayalah, Allah akan
menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak
dijangka...”
Syed Redza terdiam seketika. Sungguh indah
mendengar kata-kata itu, tapi hakikatnya adakah ia semudah
apa yang diucapkan?
“Bercakap memang senang. Cuba kau letakkan diri
kau kat tempat aku, kau boleh ke reda?”
“Encik Redza.... saya memang tak berada di tempat
Encik Redza. Walaupun saya boleh rasa apa yang Encik Redza
rasa, tapi dia takkan sama.... berat mata memandang, berat
lagi bahu yang memikul tapi... Allah itu maha adil. DIA tak
akan berikan hamba-Nya sesuatu ujian jika hamba-Nya tak
mampu untuk memikulnya. Setiap daripada kita pasti akan
diuji kerana ujian itulah yang akan menentukan kedudukan
kita di sisi-Nya dan ujian itu pastinya berbeza-beza mengikut
kemampuan kita.... dan bila Encik Redza ditimpa musibah
sebegini, bermakna Encik Redza sebenarnya mampu
menghadapinya...”
Syed Redza hanya tunduk mendengar. Walaupun
kata-kata gadis comel itu masuk juga ke kepalanya, namun
kelemahan dirinya menyebabkannya sentiasa ingin
memberontak.
Melihatkan Syed Redza mendengar, Zureen
menyambung lagi. Dia sendiri tidak tahu dari mana kekuatan
untuk bercakap dengan lelaki itu diperolehinya.
“Secara jujurnya saya nak tanya.... adakah dengan
berkeluh-kesah, dengan menyalahkan diri sendiri,
memencilkan diri dan melepaskan kemarahan kepada orang
lain boleh membuatkan hati Encik Redza tenang?”
Syed Redza agak tersentak apabila mendengar
soalan daripada jururawat peribadinya itu sehinggakan
matanya tajam merenung gadis itu.
“CUKUP!!! Diam!! Aku tak nak dengar apa-apa
lagi!!” Bagaikan halilintar suara Syed Redza. Kedua-dua belah
tapak tangannya ditutupkan ke telinga seolah-olah dia tidak
mahu mendengar kata-kata Zureen lagi.
Zureen terkejut. Hampir tercabut jantungnya
akibat kedudukannya yang agak hampir dengan Syed Redza.
Apa yang pelik, dia langsung tidak merasa takut terhadap
jerkahan itu, malahan semakin bersemangat untuk dia
melontarkan kata-kata nasihat kepada Syed Redza kerana dia
tahu lelaki itu memang sedang kusut.
“Kalau hati kita tenang, kita tak perlu terjerit-jerit.
Orang yang mudah mengamuk dan menjerit tak tentu fasal
ni sebab jiwanya kacau. Jiwanya tak tenang.”
“Hei, perempuan!! Macam mana aku nak tenang
kalau aku terpaksa tengok muka kau hari-hari?!!”
“Kalau disebabkan tengok muka saya ni
menyebabkan Encik Redza rasa tak tenang, macam mana
pula dengan dua orang jururawat sebelum ni? Bukan ke
Encik Redza pun maki hamun dia orang kan? Kenapa? Sebab
rasa tak tenang juga? Encik Redza, kalau dah dalam hati
Encik Redza tak tenang, bukan sebab tengok muka sesiapa
yang menyebabkan Encik Redza rasa tak tenang, tapi dalam
diri Encik Redza yang sememangnya tiada ketenangan
langsung... sebab apa? Sebab Encik Redza dah melupakan-
Nya!! Betul tak? Saya nak tanya, selama Encik Redza dah
sedar daripada koma ni, dah berapa kali Encik Redza sujud
kepada-Nya?”
Syed Redza terdiam seribu bahasa. Memang benar,
semenjak sedar daripada koma, dia langsung tidak pernah
mengingati-Nya. Bukan hanya kini, memang sejak dari dulu
lagi dia jarang benar sujud kepada-Nya.
“Kau tak nampak macam mana keadaan aku ni?
Macam mana aku nak sembahyang?”
“Islam itu mudah. Islam tidak pernah
menyusahkan umatnya. Kita tetap masih boleh bersolat
walaupun kita dalam keuzuran. Banyak caranya. Apa yang
penting, kita mesti melakukannya dengan sepenuh hati dan
penuh dengan keikhlasan.... jangan ambil mudah dan
mengabaikan suruhan-Nya.... Encik Redza, percayalah cakap
saya. Kalau Encik Redza benar-benar ikhlas mengingati-Nya,
insya-Allah DIA juga tidak akan melupakan kita. Hanya
dengan cara ini kita akan beroleh ketenangan. Ingat Encik
Redza, sesungguhnya ketenangan itu tidak boleh dibeli
dengan harta yang melimpah ruah....”
Syed Redza tidak menjawab. Dia tertunduk dan....
sekali lagi esak tangisnya kedengaran. Suara tangisannya kali
ini kedengaran sungguh sayu hingga memeranjatkan Zureen.
Semakin lama, semakin kuat tangisannya hinggakan
bahunya turut terhenjut-henjut sama.
Zureen terpaku. Dia tidak tahu apa yang patut
dilakukannya. Jika Syed Redza itu kaum Hawa sepertinya,
pasti Syed Redza telah dipeluknya kerana dia tahu, ketika itu
sememangnya Syed Redza sangat memerlukan seseorang
seperti Datin Raja Fatimah untuk menenangkan dirinya.
Disebabkan halangan itu, Zureen hanya mampu
memerhati. Esak tangisan Syed Redza kedengaran sangat
ikhlas tanda dirinya insaf.
“Zureen.... tolong aku....” rintih Syed Redza.
Zureen sekali lagi tersentak. Sungguh tidak diduga,
namanya meniti di bibir lelaki itu. Tiba-tiba Zureen jadi sayu
kerana rintihan lelaki itu kedengaran amat ikhlas di
telinganya. Dirinya tiba-tiba turut sebak. Hampir saja dia
turut menitiskan air matanya. Air mata kegembiraan! Syukur
alhamdulillah.
Zureen bersyukur, walaupun dia belum nampak
apa-apa perubahan pada diri Syed Redza lagi, namun
sekurang-kurangnya kata-kata nasihatnya dapat diterima
oleh lelaki itu biarpun belum pun sehari dia berada di banglo
mewah itu.
“Insya-Allah.... selagi saya mampu saya akan bantu
Encik Redza sedaya mungkin. Apa yang penting, sayangi diri
sendiri. Pastikan diri Encik Redza sihat dulu. Kalau badan
kita sihat, otak kita pun pasti akan sihat dan ketenangan
hanya boleh diperolehi kalau badan dan otak kita sihat.”
Redup mata Syed Redza merenung gadis di
hadapannya. Entah kenapa, dirasakan ketika itu perasaannya
sangat tenang apabila memandang gadis itu. Gadis yang
tergolong dalam golongan kaum yang sangat dibencinya
sebelum ini.
“Okey... Encik Redza makan ubat ni dulu ya. Dah
lewat sangat ni,” ujar Zureen persis si ibu yang sedang
memujuk anaknya memakan ubat.
Syed Redza hanya mengangguk tanda akur.
Jauh di sudut hati Zureen, rasa syukur yang tidak
apakah lagi liku-liku yang terpaksa di hadapinya kelak,
namun baginya, apa yang sedang berlaku kini sudah cukup
menggembirakan hatinya.
“Auntie.... Insya-Allah, Zureen akan cuba jadikan
anak auntie seorang manusia dan bukannya patung
bernyawa...” bisik hati Zureen dengan penuh azam.
Baru saja Zureen ingin melangkah ke luar dari bilik
itu setelah selesai memberi Syed Redza makan ubat, tiba-tiba
tangannya disentap oleh lelaki itu. Hampir terlepas ubat-ubat
yang dipegang oleh Zureen itu.
“Kenapa ni Encik Redza??” Zureen hampir terjerit
akibat terkejut dengan tindakan drastik lelaki itu yang
memegang tangannya dengan sangat kejap.
Syed Redza tidak menjawab sebaliknya matanya
tajam merenung Zureen. Tindakan Syed Redza itu benarbenar
memeranjat dan menakutkan Zureen. Apa pula kali
ini?

No comments:

Post a Comment