“ALHAMDULILLAH.” Mama mengucap syukur.
Aku turut mengucapkan syukur dalam hati.
Tok kadi menadah kedua-dua belah tangan lalu
membacakan doa. Para hadirin yang terdiri daripada ahli
keluarga dan teman-teman rapat turut menadah tangan,
mengaminkan doa. Selesai bacaan doa, Ian yang lengkap
berbaju Melayu putih susu datang kepadaku. Dia duduk
berlutut di hadapanku lalu mengeluarkan sebentuk cincin dari
kotak cincin.
“Dalam phone semalam saya dah pesan suruh awak
praktis akad tu, kan?” bisikku, geram.
Macam mana aku tak geram, mat salih celup ni
tergagap-gagap nak menyebut lafaz akad tadi. Memang tak
adalah nak sah dengan satu lafaz. Nasib baik tok kadi tadi baik
orangnya. Tersenyum-senyum tok kadi melihat Ian.
“I did,” jawab Ian.
“Yalah tu,” gumamku.
“Ian, bisik apa lagi tu? Sarung cincin cepat. Lepas ni
berbisiklah sampai ke malam,” usik angah.
Aku menjegilkan biji mata ke arah angah. Mulut abang
aku ni memang tak ada insurans Takaful langsung! Seperti
biasa, angah hanya tersengih. Aku dan Ian saling bertukar
cincin.
“Iman, salam tangan Ian tu,” bisik mama yang berada
di sebelahku. Lensa kamera pula sedari tadi difokuskan kepada
kami.
“Cium dahi Iman tu, Ian,” bisik umi pula.
Aku dan Ian saling berpandangan. Umi dan mama
masih memerhatikan kami berdua. Dengan teragak-agak, Ian
mendekatiku lalu satu ciuman singgah di dahi. Selepas itu, aku
dan Ian bersalaman dengan ahli keluarga. Pelbagai pesanan
yang disampaikan kepadaku terutamanya daripada mama. Air
mataku menitik juga ketika berpelukan dengan mama dan papa.
“Lepas ni tak boleh nak nakal-nakal lagi. Behave
yourself. Hormat Ian tu. Bukan mudah nak melayari bahtera
rumah tangga. Bekalnya mesti diiringi dengan doa, kesabaran,
saling memahami dan tolak ansur,” pesan mama. Jari-jemariku
yang merah berinai digenggam erat.
“Macam mama dengan papa, ya?” usikku.
“Tengok tu. Mama serius, dia boleh main-main lagi.”
Aku ketawa kecil tetapi air mataku menitis juga. Kami
berpelukan sekali lagi. Mama turut berpesan benda yang sama
dengan Ian.
“Iman, umi harap Iman boleh terima anak umi yang
tak sempurna ni,” ucap umi pula.
“Umi ni, janganlah cakap macam tu. Ian tu sempurna
aje Iman tengok,” jawabku lalu umi ketawa.
“Iman tolonglah Ian, ya. Umi doakan Ian dan Iman
kekal bahagia hingga ke jannah.”
Aku mengaminkan dalam hati dan kami berdua
berpelukan.
SELESAI MAJLIS akad nikah di masjid, ahli keluarga aku sibuk
pula dengan persiapan kenduri kahwin pada esok hari yang
akan diadakan di rumah keluarga aku. Petang itu, kami sibuk
mengisi telur rebus ke dalam sarung bunga telur. Ian pula
sudah pulang ke rumah keluarganya.
“Weh, lawak gila laki kau,” bisik Auni sambil tangannya
ligat memasukkan telur rebus ke dalam sarungnya.
“Tak lawak, weh. Aku dah berbuih mulut pesan suruh
dia praktis. Kau rasa memang patut kan aku geram?”
Auni hanya ketawa.
“Kalau ikutkan dia, dia tak nak guna bahasa Melayu.
Memang dapat ceramah freelah daripada aku yang suka
membebel ni. Aku siap pesan lagi kena memartabatkan bahasa
ibunda sendiri. Itupun kalau dia faham bahasa ibunda tu apa.”
Auni ketawa lagi.
“Yang kau ni kenapa? Aku tengah geram ni kau boleh
seronok jadi tukang gelak pulak. Ingat aku buat lawak ke?”
“Sorry, sorry. Tapi korang serius comel plus lawak.
Macam kartun Tom and Jerry.”
“Kau ni memang terlebih dos cerita kartun.’’
“Memanglah terlebih. Kan anak-anak saudara aku
tengah ada kat rumah mak aku sekarang ni. Memang aku
menumpang sekakilah tengok kartun.’’
“Kau ni tak membantu langsunglah.’’
“Apa pulak tak membantu? Aku tengah tolong kau isi
bunga telur kan sekarang ni?’’
Pantas aku mencubit pinggang Auni. Loyar buruk
betul !
“Iman, yang penting majlis akad nikah tengah hari tadi
berjalan lancar, kan? Alhamdulillah... Puan Iman, awak tu dah
jadi isteri orang tau. Lepas ni kena bawak-bawaklah bersabar
dengan suami awak tu. Nanti nak bukak kelas bahasa Melayu
dengan dia, lagi kena banyak bersabar,” balas Auni serius.
“Cakap pasal kelas bahasa Melayu, aku dah ada idea,”
balasku sambil tersenyum.
Auni memandang wajahku.
“Aku nak buat agreement dengan Ian. Agreement
supaya dia tak lari dari sesi pembelajaran dengan aku.”
Mulut Auni sudah ternganga.
“Seriously?”
Aku angguk.
“Nanti aku nak mintak tolong angah authorize
agreement tu. Ian tu sneaky kut. Buatnya nanti dia lari balik
England, jenuh aku nak kena cari macam hari tu.”
“Gilalah kau!”
“Gila tak gila, tapi malam esok aku nak beritahu benda
ni dekat Ian. Sebelum dia lari, baik aku beritahu dia awal-awal.
Agreement letter aku dah siapkan, tinggal nak sain aje. Tak siasia
kita belajar Company Law kat uni dulu.’’
Auni hanya mampu menggeleng. Kalau mama tahu,
mesti kena marah!
KEADAAN RUMAH keluargaku lebih sibuk pada hari ini
berbanding semalam. Mama dan papalah orang yang paling
sibuk sekali. Abang-abangku yang dua orang itu tidak
kurang juga sibuknya. Kak Nisa yang sudah sarat itu pun
turut sibuk melayan para tetamu. Kenduri di sebelah pihak
aku menggunakan warna krim sebagai warna utama yang
digabungkan dengan warna-warna pastel. Kenduri di sebelah
Ian akan diadakan pada minggu hadapan.
Ketika mak andam sedang mengemaskan lilitan
tudungku, Ian baru sahaja sampai. Apabila Ian masuk ke dalam
bilik tidurku, sepupu-sepupu dan teman-temanku yang tadinya
riuh bersembang dan mengusik terus keluar dari bilik.
“Takkan kau pun nak lari jugak?” soalku kepada Auni.
“Yalah, dah encik suami awak datang. Nanti kita jumpa
kat luar,” jawab Auni.
“Babe, tapi suami kau memang the hottest groom that
I’ve seen so far,” bisik Auni.
“Mak cik, aku report dekat Hazim nanti.”
“Ala, bila kitorang kahwin nanti, Hazim la yang jadi
the hottest groom that I’ve ever seen.”
“Sengal!” Auni ketawa mengekek sambil melangkah
keluar dari bilik.
Tinggallah aku, mak andam yang aku panggil Kak
Mimi dan Ian di dalam bilik tidur sederhana besar ini. Keadaan
yang tadinya riuh-rendah bertukar sunyi. Aku pandang Ian dan
dia pandang aku. Dah boleh buat drama Sinetron kat sini.
“Handsomenya suami Iman. Mix, ya?” soal Kak Mimi.
“Haah, kak,” jawabku sambil anak mataku menjeling
ke arah Ian yang ralit melihat Kak Mimi membetulkan tudung
aku.
“Suami Iman orang mana?” soal Kak Mimi lagi.
“Ian, Kak Mimi tanya awak orang mana,” tuturku.
“Pardon?” balas Ian. Aku tidak pasti sama ada dia tidak
faham ataupun dia tidak mendengar soalan aku sebentar tadi.
“She asked you, where are you from?”
Huh, kalau tak faham lagi, memang nak kena bantai
cakap Perancis dengan aku.
“Oh... I’m not too sure though. I was born in KL, but
brought up in England,” jawab Ian.
“Pekatnya English dia,” komen Kak Mimi sambil
berbisik.
“Dah 20 tahun dia duduk kat England tu, kak. Itulah
jadinya,” balasku bersahaja.
“Yang mat salihnya, mak ke ayah dia?” soal Kak Mimi.
“Ayah dia tapi kalau akak jumpa ayah dia, memang
kagum kut. Ayah dia cakap bahasa Melayu fluent.”
Kak Mimi tersenyum.
“Bahasa ibunda kita ni memang mudah untuk
dipelajari. Contohnya macam maid akak yang dekat rumah tu.
Waktu mula-mula sampai Malaysia, dia memang tak boleh cakap
bahasa Melayu langsung. Akak cakap dengan dia memang guna
bahasa isyarat. Macam itik cakap dengan ayam. Tapi dah lamalama
tu, dia boleh cakap bahasa Melayu sikit-sikit. Sekarang ni
dah fasih. Baca surat khabar pun boleh.”
Aku dan Ian saling berpandangan. Agaknya dia terasa
ke dengan cerita Kak Mimi tu?
MAJLIS PADA hari ahad itu terus dimulakan dengan sesi makan
beradab kerana aku meminta supaya tidak diadakan upacara
bersanding. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah sekali.
Teman-temanku dari sekolah rendah sehinggalah di universiti
turut datang.
“Iman!” panggil satu suara ketika aku sedang berbual
dengan senior Katherina dan pasangannya yang sanggup datang
dari Ireland.
“Kat, excuse us for a while,” tuturku.
“Yes, sure. No worries,” balas Katherina sambil
tersenyum.
Aku mendapatkan Auni, Firas dan Hafiy yang datang
bersama pasangan mereka. Masing-masing tersengih melihatku.
“Hari ni kau ekstra tinggi,” komen Firas lalu ketawa.
Kawan aku yang seorang ni memang sengal. Sejak aku kenal
dia sampailah sekarang, suka sangat membangkitkan isu
ketinggian. Mentang-mentanglah dia tu lagi tinggi daripada
aku.
“Kau memang dengki dengan aku. Cakap ajelah
yang kau nak pinjam kasut aku time kahwin nanti,” balasku
membuatkan Nadia, tunang Firas tergelak.
“Statement mintak kaki tu,” balas Firas.
“Iman, you looked so lovely today. Congratulations to
both of you,” ucap Auni dan kami berdua berpelukan.
“Lepas ni turn kau dengan Hazim pulak,” balasku dan
Auni tersedak.
“Dia memang suka tersedak each time kita bangkitkan
isu kahwin ni,” balas Hazim membuatkan wajah Auni mula
merah.
“Dah sampai tersedak tu, alamatnya dah tak lamalah
tu,” usikku lagi membuatkan wajah Auni bertambah merah.
“Ian, lupa pulak. This is Auni’s fiance, Hazim Raiyan,”
tambahku kemudian Ian bersalaman dengan Hazim.
“And these two lovely ladies are Nadia Hani and
Maryam Nabihah. Nadia ni tunang Firas and Maryam ni tunang
Hafiy,” tambahku lagi.
Ian hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Iman, Ian, tahniah ya. Moga berkekalan dan
berbahagia hingga ke jannah,” balas Hafiy pula.
“Amin! Thanks for coming, Hafiy,” balas Ian.
“Iman, wedding kitorang nanti kau dah janji nak
sponsor bunga telur, kan?” sampuk Firas.
“Kau ni, kan! Tak habis-habis dengan bunga telur kau!”
balasku lalu disambut dengan tawa mereka yang lain.
BANGLO DUA tingkat milik keluargaku masih meriah dengan
sanak saudara yang masih berkumpul. Tambahan pula sekarang
ini musim cuti sekolah. Di dapur, kaum ibu sedang rancak
berbual sambil mengemas. Di ruang tamu pula, kaum bapa
sedang seronok berbual sambil menonton TV. Anak mataku
tercari-cari kelibat Ian.
“Ian ada dekat mini garden tu. Dengan angah rasanya,”
beritahu along tiba-tiba.
“Eh, mana along tahu Iman tengah cari Ian?” soalku
sambil tersengih.
“Along boleh nampak bubble-bubble nama Ian kat luar
kepala Iman tu.”
“Yalah tu.” Along terus ketawa.
Aku mengatur langkah ke luar rumah kemudian aku
melihat Ian sedang berbual dengan angah di kerusi batu. Selepas
tamat majlis petang tadi, Ian pulang ke rumah keluarganya
sebentar untuk mengambil barang-barangnya. Selepas maghrib
tadi kami berdua sibuk membuka hadiah-hadiah yang diberi
oleh para tetamu. Selepas itu, aku naik ke bilik dan apabila aku
turun ke tingkat bawah, Ian sudah tidak ada di ruang tamu.
Telatah Ian yang sedang rancak berbual dengan angah,
aku perhatikan. Terus aku teringat pada surat perjanjian yang
telah aku siapkan beberapa hari yang lepas. Aku pantas naik ke
tingkat atas untuk mengambil surat perjanjian yang disimpan
di dalam laci.
“Seronok bersembang?” tegurku lalu mengambil
tempat di sebelah Ian.
“Memanglah seronok. Kami tengah mengata Iman
tadi,” usik angah.
Aku mencebik. Ian yang hanya menjadi pemerhati
turut ketawa.
Oh, kau gelakkan aku, ya? Lepas ni kita tengok siapa
pulak yang gelak. Sempat lagi aku bermonolog dalam hati. Aku
letakkan kertas putih itu di atas meja batu. Dua pasang mata
memandangku dengan dahi yang berkerut.
“What is this?” soal Ian dan kertas tersebut diambilnya.
Angah turut mengambil satu lagi salinan.
“Read,” jawabku bersahaja.
“Gila!” komen Ian selepas selesai membaca.
Aku mengerutkan dahi. Amboi, pandai pulak mat salih
celup ni kata aku gila.
“Nope. Bukan gila tapi sebagai precautions. Ada banyak
possibilities yang awak akan lari. Macam apa yang jadi dekat
KLIA dulu tu.”
“I’ve already told you, it was all a misunderstanding.”
“I don’t care.”
“Iman Amani,” tegur angah.
Antara isi kandungan perjanjian yang disediakan oleh
Puan Iman Amani adalah seperti berikut:
1. Encik Ian Hadif Wickham WAJIB mempelajari
bahasa Melayu dan adat-adat orang Melayu
dengan Iman Amani.
2. Encik Ian Hadif MESTI belajar dan berlatih
bercakap bahasa Melayu.
3. Sebarang rancangan televisyen, surat
khabar, majalah ataupun bahan-bahan yang
menggunakan medium bahasa Inggeris tidak
dibenarkan untuk Encik Ian Hadif.
4. Masakan untuk Encik Ian Hadif MESTILAH
masakan Melayu.
5. Encik Ian Hadif TIDAK boleh melarikan
diri dan malas untuk belajar mengenai bahasa
ibunda dan identiti diri sendiri.
Angah terus ketawa terbahak-bahak selepas selesai
membaca isi kandungan perjanjian tersebut. Kulit wajah angah
yang putih bersih bertukar menjadi merah kerana terlalu
banyak ketawa.
“Angah ni ketawakan Iman pulak,” ucap aku lalu
menjeling ke arah Ian yang sudah membisu.
“Lawaklah content agreement Iman ni,” ujar angah
dengan tawa yang bersisa.
“Gelaklah, angah. Yang penting kandungan perjanjian
tu clear and understandable.”
“Okey, okey. Angah tak gelak lagi. Tapi kenapa nak kena
tulis agreement ni?”
“Zaman sekarang ni semua benda kena ada black and
white. Ala, macam yang angah selalu pesan dekat Iman. Jangan
mudah percaya janji mulut orang,” sindirku dan angah hanya
ketawa.
“So, Ian... Agree?” soal angah.
“Amani, do you really need to do until this extent?”
soal Ian.
Aku angguk. Ian pula mengeluh.
“Why?” soal Ian lagi. Riak wajahnya jelas menunjukkan
bahawa dia tidak berpuas hati.
“It is umi’s request. As a good daughter-in-law, I have
to fulfill umi’s request,” jawabku bersahaja.
“Umi’s request?”
Aku angguk lagi. Dengan wajah yang mencuka, Ian
menurunkan tandatangannya. Aku tersenyum menang.
“Angah jangan beritahu dekat mama dengan papa tau,”
pesanku.
“Eh, tahu pun Iman takut kena marah dengan mama
dan papa. Macam-macamlah Iman ni,” balas angah sambil
menggeleng perlahan.
No comments:
Post a Comment