Wednesday, 22 June 2016

Encik Suami Mat Saleh Celup - Bab 9

SUASANA di dalam kedai Popular agak sunyi. Para
pengunjung tidak terlalu ramai. Mungkin juga kerana kedai
buku ini agak tersorok di satu sudut.
“Kau nak cari buku apa sebenarnya ni?” soal Auni yang
sedari tadi setia menemankan aku bertawaf di dalam kedai buku
ini.
“Weh, agak-agaknya kalau nak ajar budak cakap bahasa
Melayu, buku apa yang sesuai, ya?” Soalannya kubalas dengan
soalan juga.
Anak mataku terpaku pada barisan buku-buku ABC
yang menggunakan bahasa Melayu. Rasanya melampau sangat
kut kalau aku guna buku tahap budak-budak tadika ni untuk
Mister Ian Hadif. Sempat lagi aku ketawa jahat dalam hati.
Mesti lawak kalau mat salih celup tu kena belajar mengeja.
“Depends on the age group. Budak tu umur berapa?”
Suara Auni mematikan rancangan nakalku yang sedang
berlegar-legar di dalam kepala.
“26 years old,” jawabku selamba.
“Pardon?”
Aku sudah tergelak-gelak.
“You heard me. 26 years old.”
Dahi Auni sudah berlapis-lapis mendengar jawapanku.
“Kau ni biar betul? Tu bukan budak, tu namanya bapak
budak. Cuba cerita apa yang dah jadi sebenarnya,” pinta Auni
dengan dahi yang masih berkerut.
Aku sempat tersengih sebelum menceritakan
permintaan Auntie Julia ketika aku berkunjung ke rumahnya
semalam.
“Seriously?” soal Auni dengan riak wajah yang terkejut.
Aku angguk.
“So, kau memang kena jadi cikgu tadikalah ni?” soal
Auni lagi.
Aku angguk lagi.
“Aku rasa ada betulnya apa yang Auntie Julia cakapkan
tu. Takkan bila dah kahwin pun Ian nak guna bahasa Inggeris
lagi, kan? Padahal dia half Malay. Kenalah tahu bahasa ibunda
kita jugak. Kalau aku nak merasa kahwin dengan mat salih
yang memang tak reti cakap bahasa Melayu langsung, baik aku
cari time dekat Cardiff dulu. Senior Alex kita dulu pun kinda
hot jugak,” tambahku sambil tersengih. Aku terus teringat Alex
Canfield yang bermata biru.
“Kau jangan nak buat drama lain pulak, ya? Kalau
mama kau dengar, memang nak kena sekeh kalau cakap macam
tu. So, sekarang ni kau nak buat apa?” soal Auni.
“Nak cari buku yang sesuailah, cik kak oi. Aku nak
kena buat rancangan Oh My Malay nanti. Kau rasa kalau start
dengan buku budak-budak tadika tu, kejam tak?” balasku.
“Isy, kau ni! Agak-agaklah. Aku rasa better start dengan
buku cerita. Ajar dia vocabs dulu. Aku rasa dia taklah buta kayu
terus, kan? Sure dia tahu certain Malay vocabs. Maybe susah
untuk dia bila dia nak construct ayat,” balas Auni.
“Mungkin jugak kut sebab dia boleh faham bila kita
cakap dalam bahasa Melayu yang biasa. Mungkin bukan semua
perkataanlah.”
Auni menarikku ke bahagian buku cerita dan
menunjukkan sebuah buku cerita kepadaku.
“Aku rasa yang ini okey kut. And kita boleh cari jugak
buku lain yang sesuai.’’
Aku membelek-belek buku cerita tersebut.
“Kalau ada buku learning Malay for dummies, memang
dah lama aku beli,” tuturku dan pantas Auni memukul bahuku.
“Kau ni, kejamnya!” komen Auni dan aku hanya
mampu tersengih.
USAI SOLAT zohor dan makan tengah hari di One Utama, Auni
mengikut aku pulang ke rumah untuk membantu menyiapkan
bunga telur. Nasib baik juga Maya and the gang di butik ada
membantuku mengenai hal-hal berkaitan hantaran.
“Hari tu kau shopping hantaran dengan Ian ke?” soal
Auni sambil melekatkan kuntuman bunga pada batang lidi
bunga telur.
“Haah. Tapi shopping barang-barang Ian aje. Untuk
barang-barang hantaran aku, Ian kata dia nak beli dekat sana,”
jawabku.
“Untunglah ada bakal suami mat salih,” usik Auni.
“Eh, apa cakap macam tu? Mana tahu entah apa-apa
yang dia beli untuk kenakan aku. Kau jangan terpedaya dengan
appearance luaran dia yang nampak innocent tu. Mulut mamat
tu boleh tahan tak ada insurans kut,” beritahuku.
“Kau ni, tak baik cakap macam tu! Aku tengok Ian tu
okey sangat kut. Nampak decent aje.”
Aku sudah tergelak-gelak sambil menekan perut.
“Kan aku dah kata jangan terpedaya dengan appearance
luaran dia.”
“Tak baik pesimis dengan bakal husband sendiri tau.
Encik Ian Hadif Wickham awak tu nampak hot luar dan dalam
kut. Ingat senang nak cari British-Malay lad macam tu?”
“Yalah, Cik Auni. Nanti saya beritahu Encik Ian saya tu
supaya belanja awak makan sebab awak selalu sangat puji dia.”
Auni terus ketawa kecil sambil menggeleng.
“Sekejap aje masa berlalu. Dah nak kahwin pun kawan
aku yang sorang ni.”
“Insya-Allah tak lama lagi giliran Cik Auni Humaira
kita dengan Encik Hazim Raiyan.’’
“Eh, lambat lagilah. By the way, si mangkuk ayun tu
ada cari kau lagi ke?” soal Auni yang kini sudah bertukar topik
berkenaan Naim pula.
“Tak inginnya dia nak cari aku lagi. Kan dia dah ada
Dorayaki dia yang selalu melekat dengan dia macam gam gajah
tu. Kalau mamat tu cari aku, memang aku nak tendang dia
sampai masuk dalam gol,” jawabku. Auni sudah tergelak-gelak
sambil anak matanya meliar memandang ke sekeliling kawasan
rumah.
“Iman, sunyi aje rumah kau. Abang-abang kau tak ada
kat rumah ke?” soal Auni.
“Along balik rumah dia. Lagipun Kak Nisa tengah sarat
mengandung. Dia datang sini bila nak tolong untuk wedding
preparations aku. Angah ada conference dekat Hong Kong.
Malam esok dia baliklah. Parents aku balik kampung kejap. Nak
jemput opah aku yang dekat Perak tu datang sini,” jawabku.
“Yalah, kan. Lusa dah majlis akad nikah kau. Eh, Ian
punya flight hari ni, kan?”
Aku angguk sambil melihat jam di dinding. Sepatutnya
dia sudah sampai di KLIA sekitar waktu ini.
“Rasanya dia dah sampai ni.”
“Kau tak pergi jemput dia?”
“Tak naklah. Lagipun family dia kan ada untuk jemput
dia. And tak elok pun kalau aku jumpa dia since wedding
kitorang dah dekat sangat ni.”
“Betul jugak tu. Selalu ke Ian contact kau since dia
balik sana?”
“Tak adalah selalu sangat. Bila ada benda yang perlu
dibincangkan dengan aku, baru dia contact aku. Lagipun aku
rasa dia busy sangat kat sana sebab banyak benda yang dia nak
kena settlekan since dia nak menetap kat sini.”
“Lama gila kut Ian duduk kat sana. Kau kata dah dekat
20 tahun, kan?”
“Haah. Itu apa yang umi dia cerita dekat aku. Kenapa
dia duduk kat sana lama sangat, itu aku tak pasti sebabnya.”
Kami masing-masing mendiamkan diri sambil tangan
ligat menyiapkan hantaran yang sudah hampir siap. Tiba-tiba
telefon bimbitku berbunyi dan tertera nama Jazmin di skrin
telefon bimbit. Hatiku mula berasa tidak sedap. Kelam-kabut
jariku menyentuh skrin dan kedengaran suara halus Jazmin
memberi salam.
“Kak Iman, Min dengan angah dah dekat tiga jam cari
acik dekat KLIA ni. Sepatutnya flight dia dari Heathrow dah
lama sampai tapi sampai sekarang kami tak jumpa dia.” Nada
suara Jazmin kedengaran kelam-kabut.
“Mungkin flight Ian delay kut,” balasku cuba
menyedapkan hati yang mula berdegup kencang. Janganlah
mamat ni buat drama lain pulak time nak dekat-dekat kahwin
ni.
“Tak delay sebab tadi angah dah check dengan staf kat
sini. Min try call dia pun tak dapat. Asyik masuk voicemail aje.”
“Dah check dekat semua tempat? Dekat semua kedai
kat airport tu?”
“Dah. Dah 3 jam Min dengan angah tawaf satu KLIA ni
tapi tak nampak pun bayang acik. Min risaulah acik buat benda
yang unexpected pulak.”
“Parents Min dah tahu ke pasal ni?”
“Min tak call umi lagi tapi tadi umi ada call tanya
kenapa kami tak sampai rumah lagi. Min terpaksa tipu kata
yang kitorang stuck in a traffic jam. Min tak nak umi dengan
walid risau pulak.”
“Macam inilah, Min. Min dengan angah try cari dekat
Pan Pacific Hotel. Takut Ian ada dekat sana pulak. Akak akan
datang dengan Kak Auni straight after this. Biar akak try cari
dekat KLIA lagi sekali. If any one of us jumpa Ian, we will update
each other, okay?”
“Alright, kak. Kalau macam tu, Min ajak angah pergi
Pan Pacific dulu. If tak ada kat hotel tu, kami try cari dekat area
dekat situ.”
“Alright.”
“Sorry sangat-sangat, kak. Kami buatkan akak susah
hati pulak tapi Min rasa akak kena tahu pasal ni.”
“It is okay, Min. Thanks sebab beritahu akak.”
Aku memutuskan talian kemudian berbalas pandangan
dengan Auni yang aku pasti penuh dengan rasa ingin tahu.
“Jom, teman aku pergi KLIA. Kalau aku tahu mat salih
celup ini nak cabut lari, memang aku nak cincang dia buat
chicken chop!” tuturku geram dan dalam masa yang sama, aku
sangat takut jika Ian betul-betul melarikan diri. Tak cukupcukup
ke dengan drama yang dah sedia ada?
“Sabar, sabar. Aku tak rasa Ian lari sebab kalau dia
nak lari, dari awal lagi dia boleh larikan diri. Kau pergi pakai
tudung. Kunci kereta kau tu bagi dekat aku. Biar aku yang drive
sebab aku rasa kalau kau yang drive, takut nanti kita sampai ke
batu dua dan bukannya KLIA,” balas Auni lembut dan bahuku
dipaut erat.
Aku mengambil kunci kereta dari dalam mangkuk
kaca lantas diserahkan kepada Auni. Dengan langkah yang
longlai, aku naik ke dalam bilik di tingkat atas untuk memakai
tudung. Dalam hati, aku tidak putus-putus berdoa semoga Allah
permudahkan urusan kami pada hari ini.

No comments:

Post a Comment