Wednesday, 29 June 2016

Falling in Love - Bab 12

HAMPIR dua minggu peristiwa tu berlalu, lepas
tu dah takde jumpa nasi kandar tu lagi. Dan aku harap aku
takkan jumpa dengan dia lagi kat mana-mana tempat sekalipun
lepas ni. Itupun kebetulan ada mangkuk tingkat tu kat kedai
Kinokuniya hari tu. Kalau takde, mungkin lebih daripada tu
aku kena. Macam-macam benda nanti yang dia akan buat.
Mungkin dalam dua minggu ni aku akan berasa sedikit lega,
tapi tidak lagi lepas ni.
Seperti biasa aku berjalan ke bilik sebaik sahaja aku
menemui fail yang aku cari dalam bilik dokumen. Lama aku
membaca isi kandungan yang ada dalam fail tu sewaktu aku
berjalan masuk semula ke bilik. Fail tu perlu dibaiki semula
untuk dibuat baru. Itu apa yang Encik Ikmal cakap dengan aku.
Aku ikut ajelah, sambil tu sempat juga nak tengok apa yang
perlu dibaiki lagi.
Tapi, entah kenapa, kali ni aku terlanggar seseorang
lagi. Dari segi pemakaian, minyak wangi yang dipakai, memang
jelas dia tu lelaki. Bersepah lagi isi kandungan fail tu. Aku
tunduk dan mengambil semua kertas yang bertaburan.
“Sorry, tak sengaja. Salah I sebab jalan tak tengok
depan,” ucapku.
“Tapi, I memang sengaja nak langgar you pun,” balas
lelaki tu. Ah... Memang nak cari pasal pulak mangkuk hayun
ni. Ikhh…
Aku bangun sebaik sahaja semua kertas tu dimasukkan
semula ke dalam fail, niat di hati nak ketuk je kepala budak ofis
aku ni dengan fail ni. Tapi tak jadi memandangkan dia bukanlah
budak ofis aku. Sekali lagi jantung aku berdegup kencang.
Dia memberikan senyuman kepadaku. Tangannya
melambai kepadaku. Aku menggelengkan kepala dan sengaja
beri senyuman padanya. Padahal senyum dalam keadaan
terpaksa pun.
“Buat apa kat sini?” Soalku padanya.
“Cari Ika.”
“Buat apa?”
“Missing you.”
“Awak tak boleh masuk sesuka hati kat sini. Kena
ada appointment baru boleh jumpa,” balasku sambil berjalan
membawa fail tadi menuju ke bilik dan dia pun mengikutiku
dari belakang.
“Memang Is ada appointment kat sini pun, sebab itulah
Is ada kat sini. Is tak sangka jumpa Ika kat sini. And... Ika kerja
kat sini, hopefully Is boleh jumpa Ika selalu,” jawabnya.
Orang tengah sibuk kerja, dia pun sibuk mengikut
then meraban-raban, bla...bla...bla...bla... Kau faham tak aku dah
tak ingin nak tengok muka kau lagi?!
“Kalau tak ada apa-apa lagi, boleh tak awak keluar.
Saya tengah kerja ni,” balasku. Malas aku nak layan nasi kandar
yang satu ni. Kalau dilayan, makin menjadi-jadi.
“Dah kebetulan Is ada kat sini, tengah hari nanti Ika
busy tak?” tanyanya. Itu nak mengajak aku pergi makan tengah
harilah tu!
“Sorry, I’m really busy. Tengah hari nanti pun saya ada
lunch appointment dengan klien,” bohongku. Memang takde
hati nak pergi makan dengan dia buat masa ni.
“How about tomorrow?” Soalnya.
“Outstation, one week,” jawabku ringkas.
“Oh… How about next week, lepas Ika outstation?”
Tanyanya lagi. Kemain bersungguh-sungguh nak ajak aku pergi
lunch ni. Ikhh... Tolonglahhh…
“Sorry, saya betul-betul takde masa. Could you please
leave me alone, now? Saya takde masa untuk benda semua ni.
Sekarang ni waktu kerja saya. Kalau boss saya nampak saya
tengah berborak dengan awak, orang luar ni, apa pulak dia
kata? Ofis ni bukannya ofis bapak saya. Saya pun makan gaji kat
sini,” balasku. Memang betul-betul aku takde mood sebaik aje
aku bertemu dengan dia ni.
“Takpe... Kalau tak boleh lunch, it is better to have a
dinner with you. Ika still pakai nombor lama jugak kan? I will
call you later. Bye, honey,” balasnya lagi yang memang tak
mahu mengalah langsung.
Arrrggghh… Pening kepala aku dah datang. Masalah
dah muncul. Kenapalah dia ada kat sini? Jangan-jangan, dia
ada interview untuk cari engineer baru untuk gantikan Encik
Harun yang akan naik pangkat tu kut? Kalau dia diterima kerja
kat sini, maka setiap hari aku akan bertemu dengan dia?
Adoii! Mana panadol ni? Masalah... Masalah…
SEBAIK AJE Encik Ikmal lalu bilik aku, aku terus mengejarnya
dan masuk ke dalam bilik dia. Harapan aku hanya satu, mintak
kat Encik Ikmal untuk tolak permohonan si nasi kandar tu.
Aku tak nak dia kerja kat syarikat ni. Mungkin bagi Encik Ikmal
dia tu emas, tapi bagi aku ia satu beban!
“Yes, Meen. What can I do for you?” Soal Encik Ikmal
sebaik aje aku masuk ke dalam biliknya. Dia baru aje duduk di
atas kerusi empuknya tu. Aku macam jadi serba salah pulak nak
tanya soalan tu kat dia.
“Ada apa-apa appointment penting ke hari ni?”
tanyanya lagi.
“Takde... Takde... Hari ni takde appointment langsung.
Boss... If you don’t mind, can I ask you something?”
“Nak tanya apa?”
“Tadi masa buat interview cari engineer tadi, ada tak
interviewee yang bernama Tengku Iskandar Tengku Indera
Mahyuddin?”
“Hmmm... Ada... You kenal ke dengan Tengku Iskandar
Tengku Indera Mahyuddin? Is that your boyfriend? Hmmm...
Handsome... Handsome,” balas Encik Ikmal. Eh... Eh... Buat
lawak tak berbayar ke boss aku sorang ni.
“Aik, boss… Lain macam aje bunyinya tu?”
“Just joking. So, ada apa dengan Tengku Iskandar
Tengku Indera Mahyuddin tu?” Soal Encik Ikmal lagi.
“I have problem with him. Kalau boss terima sebagai
staff kita kat sini, it’ll gonna a big problem for me. Maybe... You
think that is unreasonable, but...”
“Meen, I faham. But you know me right? I tak suka
bila urusan peribadi dicampur adukkan dengan urusan kerja.
Lagipun, I tak nampak apa kekurangan dia waktu interview tadi.
Dia ada ciri-ciri engineer yang kita nak dalam syarikat ni. His
qualification also not too bad. He’s graduated in Nottingham
University,” jawab Encik Ikmal yang memandang ke arahku
dan kemudiannya matanya kembali pada kertas kerja yang
perlu disemak di atas meja.
Aku bangun longlai dari kerusi yang berhadapan
dengan Encik Ikmal dan melangkah keluar menuju ke bilikku
semula.
“Yasmeen,” panggil Encik Ikmal. Aku menoleh ke
arahnya sebaik sahaja membuka pintu bilik Encik Ikmal untuk
keluar.
“Walaupun dia pernah hadir dalam hidup you, tapi
cubalah terima dia semula, setidak-tidaknya sebagai rakan
sekerja tak lama lagi,” balas Encik Ikmal.
Jadi, berdasarkan apa yang telah dikatakan oleh Encik
Ikmal tu, kemungkinan besar dia akan bekerja di bawah satu
bumbung bersama denganku. Aku senyum pahit pada Encik
Ikmal, itu tandanya terlalu berat untuk aku menerima si nasi
kandar tu sebagai bakal rakan sekerja aku nanti. Aku ucap
selamat datang kepada rakan sekerja baruku, Tengku Iskandar
Tengku Indera Mahyuddin. Aku harap kau akan ‘gembira’
bekerja di sini.

No comments:

Post a Comment