Wednesday, 29 June 2016

Falling in Love - Bab 2

AKU masih lagi teringatkan peristiwa yang baru
aje berlaku masa lunch appointment tadi. Macam manalah aku
boleh jumpa dengan lelaki tu sekali lagi. Dah tu, suka sangat
nak menyakat aku. Dahlah aku masih lagi terkejut accident
dengan dia pagi tadi. Lepas tu, boleh pulak dia jadi client untuk
syarikat aku. Isy... Haru biru betul aku hari ni.
Kenapalah hari ni aku terpaksa menerima situasi yang
begini rupa? Dahlah tadi sampai naik merah tahap melampau
muka aku ni nak tahan malu dah tak boleh lagi. Aku terpaksa
diam aje, karang tiba-tiba terkeluar Incredible Hulk aku, tak
pasal-pasal Encik Ikmal kata you are fired! Isy... Mana boleh
gitu, aku kan pekerja kesayangan dia. Tak boleh macam tu...
Tak boleh, tak boleh.
“You already know me, right?” tanya lelaki tu.
“Ha? Excuse me?” Aku buat-buat macam tak dengar
ajelah ni! Sound aku tetiba pulak nak trouble. Sabar ajelah.
“Never mind, I’m Raykal Asyraff,” sapanya padaku.
Boleh lagi nak menyapa aku tu. Kau faham tak aku ni dah
menggelabah mengalahkan cipan menggelabah tau tak?
“Let me introduce you. She’s my PA actually, Yasmeen
Zalikha,” Encik Ikmal yang tolong perkenalkan aku. Okey...
Okey... Terima kasih boss sayang, sayang lebih sikit sama boss.
“Nice name. Nice to meet you,” lelaki itu menghulurkan
tangannya. Aku menolak lembut. Isy… Bukan muhrim tu. Dia
pulak macam faham-faham je. Tapi, kalau aku tengok muka
dia balik, ala-ala playboy pun ada jugak. Dia pun macam Encik
Ikmal jugak, dan macam aku cakap tadi, aku langsung tak ambil
port sangat. Muka boleh jual kat majalah, muka tu jugaklah
boleh perdayakan perempuan-perempuan yang ada kat muka
bumi ni. Sorry, aku takkan terpedaya dengan itu semua.
“Meen, he’s our client. My bestfriend. Actually dia
baru aje balik dari States about 5 months ago. He’s my junior
actually. Dia muda tiga tahun dari I. Now he’s working at his
father’s company. Syarikat yang selalu bagi kita tender besarbesar
tu. Syarikat dialah!” jawab Encik Ikmal.
Isy... Biar betik Encik Ikmal ni cakap? Takkanlah
Mewah Holding tu syarikat mangkuk hayun yang ala-ala muka
maxillian (mix) Omputih campur Korea campur Melayu ni?
Aku tengok Tan Sri Ali Akbar tu, biasa-biasa je. Tapi putihlah.
Takdelah macam muka mangkuk hayun ni yang entah berapa
banyak campur ni. Mungkin mak dia orang Korea kut?
Entahlah. Lantaklah dia anak campuran mana. Aku
angguk-angguk ajelah. Angguk... Angguk... Tapi boleh tahan
jugak Raykal Asyraff ni. Tapi macam aku cakap tadi, even Encik
Ikmal yang memang pujaan ramai wanita termasuklah mak cik
cleaner kat ofis aku tu, aku langsung tak tergoda, tak cair, tak
macam ais batu. Malah aku keras macam batu, even kena hujan
asid pun takde apa-apa. Macam takde perasaan je aku ni bila
berhadapan dengan lelaki yang fully package begini.
“Actually, Meen. Kal ni kerja kat States dulu about 5
years, konon-konon nak timba pengalaman kat sana. I ingat dia
dah kahwin dengan minah salleh celup for that time period.
Study pun kat sana jugak... bla... bla...bla...” Bebel Encik Ikmal
tentang latar belakang si mangkuk hayun ni.
Aku tadah aje telinga ni, tapi keluar balik ikut telinga
kanan. Malas nak ambil tau. Memanglah bukan kena mengena
dengan aku, tapi boss kesayangan aku ni, tak payahlah nak cerita
masa ‘muda-muda’ dulu tu kat aku. Ceritalah pasal tumpah air
ke, cerita lari lintang-pukang sebab kena kejar dengan anjing
ke. Isy... dah lari topik dan tujuan kita ke sini dah, Encik Ikmal
oiii!!!
Yelah... Encik Ikmal merangkap boss aku ni, dah
bakal nak jadi bujang terlajak. Tak kahwin-kahwin lagi sampai
sekarang. Umur pun dah menganjak ke 35 tahun, tapi tak
nampak sorang perempuan pun yang together dengan dia. Aku
pun dah bekerja dengan dia lebih kurang tiga tahun.
Apa yang tak boleh blah, dia siap pesan dengan aku ni.
Dia akan kahwin bila aku dah kahwin. Aku tanya balik kat dia,
kalau aku tak kahwin sampai 30 tahun macam mana? Sebab
target aku umur 30 tahun, kalau aku tak kahwin jugak, aku
suruh mak carikan jodoh untuk aku. Dan apa yang Encik Ikmal
jawab, memang buat aku nak gelak berguling-guling je ni. Ada
pulak dia kata nak kahwin dengan aku. Merepek ajelah boss aku
sorang ni.
Sekarang umur aku baru menganjak ke 25 tahun. Ada
lagi lima tahun untuk capai target suruh mak carikan jodoh
untuk aku tu. Aku pun anggap Encik Ikmal ni cakap mainmain
je. Tak maulah aku kahwin dengan dia, workaholic yang
melampau. Selagi belum pukul 11 malam, jangan harap dia
akan balik rumah. Kira, ofis tu dah jadi nombor satu. Rumah
sebenar dah jatuh ke nombor dua. Kalau ada lagi 10 perkara
yang ada dalam list kepala otak boss aku sorang ni, rumah tu
dah jatuh ke tangga terakhir dah agaknya. Masa lebih banyak
kat pejabat je. Kalau dia kahwin dengan aku, perghh... Memang
aku akan pasang skandal kut! Tak taulah…
“So, kita proceed apa yang kita dah bincangkan last
week. Tutup cerita lama-lama tu,” pinta Raykal Asyraff.
Aku pun terus aje membentangkan kertas projek kat
atas meja dan perbincangan pun bermula. Tapi, memang hati
aku tak tenang bila anak mata si Raykal Asyraff ni tak habishabis
nak pandang aku. Apa kenalah dia ni? Takkan masa
accident tadi tak sempat pandang muka aku ni? Isy... Ada apaapa
yang comot ke kat muka aku sampai dia tenung macam nak
makan aku aje ni???
Aku taulah aku ada buat salah kat dia. Aku terlanggar
kereta cap kuda berdiri dia tu, bukannya sengaja. Tapi salah dia
jugak masa tu sebenarnya, tiba-tiba aje dia berhenti mengejut.
Aku yang memang rushing, sempat jugak brek mengejut. Siap
berbunyi tayar aku dan berbau getah daripada tayar tu sebab
brek mengejut. Nasib baik baby aku yang teruk, kalau dengan
aku-aku sekali yang teruk, memang takde kat Le Meridien nilah
jawabnya. Sah-sahlah aku kat katil, berbalut sana-sini, pakai
pun baju putih, dengan wayar-wayar kat badan. Huishhh…
mintak-mintak dijauhkan, tak mahulah hendaknya.
Dan aku terus berfikir dan berfikir, entah sampai ke
mana aku pergi berfikir, entah-entah Somalia, Uganda, ataupun
Mexico. Dan... Ketepek! Adoi... Siapa pulak baling kena muka
aku ni. Aku ambil dan ciss, rupanya kain buruk yang telah
menepek kat muka aku ni.
“Berangan je kerja kau. Dah sampai mana?”
“Uganda kut,”
“Kau ni, bab-bab merepek memang bagi kat kau aje,
kan? Ke... Kau teringat kat mamat yang kau langgar tu?” tanya
Jepah kat aku.
“Isy... Takde maknanya aku nak ingat kat dia!” kataku.
Eleh... Pandai bona Cik Ja sorang ni membongak. Padahal...
Memang ingat kat mangkuk yang bernama Raykal Asyraff itu.
“Macam mana dengan baby aku tu?”
“Tak boleh siap hari nilah, der…”
“Habis tu, bila boleh siap? Aku tak sampai hati nak
tinggalkan baby aku ni lama-lama kat kau.”
“Hesy… Baby kau aje. Kereta je pun, cuba bagi nama
baby tu kat aku ke? Sejuk sikit hati aku ni nak siapkan kereta
kau tu,” kata Jepah. Eh... eh... Poyo pulak tiang letrik ni.
Dahlah keding, isy! Perasan beno!
Si Jepah ni memang kawan aku sejak sekolah menengah
lagi, dia tak macam aku. Dia malas dah nak sambung belajar,
jadi dia ambil keputusan untuk buka bengkel macam sekarang
ni. Tapi, pada masa yang sama, dia ni pun mat rempit jugak!
Hemmm… Memang takkan lari kut. Aku tengok kat cerita KL
Menjerit pun sama jugak. Entah bilalah dia nak sedar diri, aku
pun tak taulah.
“Buat apa nak panggil baby dengan kau. Buang masa
aku je,” kataku lalu memberikan semula kain kotor yang penuh
dengan minyak hitam dan segala macam minyak yang dah
melekat kat kain tu dekat dia semula.
“Aku tak boleh siapkan hari ni, lagipun kau datang
pun dah pukul berapa. Kau datang waktu aku dah nak tutup
kedai. Dahlah malam ni aku nak pergi race. Lusa bolehlah siap.
Nak ambil barang lagi. nanti kalau dah siap, aku roger kaulah,”
beritahu Jepah. Aku terus bangun.
“Isy... Kau ni... Tak habis-habis dengan race. Kang
aku panggil tok misai suruh buat roadblock satu KL dengan
Selangor ni baru kau tau,” ugutku.
Aku menepuk-nepuk punggungku, kot-kot ada kotoran
habuk pulak. Aku mengambil semua barang yang ada kat dalam
kereta aku. Bukannya banyak mana pun, setakat briefcase
dengan fail-fail dokumen yang baru aku punggah dari pejabat
untuk buat kat rumah.
“Isy... Ja... Kau ni janganlah kejam sangat! Tu periuk
nasi aku tu. Kau sanggup ke nak tengok kawan baik kau ni
masuk lokap? Gara-gara mulut kau ni, baby kau ni tersadai
berminggu-minggu, baru kau tau!” Marah Jepah.
“Yelah, yelah. Takde maknanya aku nak panggil tok
misai pun. Ikut suka kaulah nak buat apa, itu hal kau. Aku dah
banyak kali pesan kat kau. Aku tak jaminlah untuk kerja alam
kau tu. Okeylah, kalau macam tu aku balik dulu. Jaga baby aku
baik-baik,” kataku.
Aku terus melangkah longlai sambil memandang sayu
ke arah baby aku itu. Lalu aku mengusap-usapnya. Aku terus
keluar dari bengkel Jepah dan pulang ke rumah. Satu lagi
masalah akan timbul. Nak tak nak esok aku kena gerak naik bas
ataupun teksilah nampaknya.

No comments:

Post a Comment