TENGKU Harith meletakkan Balqis di atas
sofa dengan perlahan-lahan. Dia segera berlalu ke ruang
dapur. Sebaldi air dibawa ke ruang tamu tempat Balqis
sedang terbaring tidak sedarkan diri. Dengan wajah penuh
rasa puas hati, Tengku Harith menyiram tubuh Balqis
dengan sebaldi air di tangannya tadi. Senyuman sinis terus
diukir sebaik sahaja Balqis kelihatannya terus terbangun
daripada pengsan. Terkejut benar gadis itu ketika itu.
“Ya Allah! Astaghfirullahalazim...” Balqis menyapunyapu
wajahnya yang kuyup dengan air sambil beristighfar
panjang. Wajah putih bersih ibunya tadi terus hilang
daripada igauan. Balqis kini membuka matanya luas-luas.
Wajah Tengku Harith pula yang kini berada di depan
matanya.
“Abang, kita di mana ni?” soal Balqis sambil terus
menyapu wajahnya yang masih basah. Pakaiannya juga basah
kuyup namun tidak dihiraukan.
Tengku Harith merengus kasar apabila reaksi
Balqis tidak seperti yang diharapkan. Sangkanya Balqis akan
terus memarahinya selepas disiram. Tetapi, gadis itu seakanakan
buat tidak tahu dengan perbuatannya tadi. Memang
mencabar ego aku betullah betina ni! Tengku Harith sempat
berkata-kata dalam hati.
“Kat mana lagi? Kat rumah akulah! Rumah idaman
kau ni! Rumah banglo besar siap ada tiga tingkat lagi. Kau
puas hati sekarang ni?” bentak Tengku Harith bersama
jelingan maut. Balqis bangun sambil membetulkan
duduknya. Sofa yang kini basah itu langsung tidak
membantutkan mood Balqis untuk terus berbicara.
“Abang, tadi abang nak bawa saya ke hospital, kan?
Jomlah, bang...” ajak Balqis lembut. Dia bangun berdiri
ketika ini sambil membalas renungan Tengku Harith. Wajah
lelaki itu berubah masam mencuka.
“Aku dah cakap tadi, kan? Sebelum kau pengsan
lagi tadi! Aku tak nak bawa kau pergi ke hospital jumpa emak
kau!”
“Tapi, saya nak jumpa dia. Mungkin juga dia dah
tak lama lagi nak tinggalkan dunia ni...” balas Balqis separuh
mengharap. Hatinya berasa tidak sedap memikirkan
mimpinya tadi. Seolah-olah ibunya itu bakal meninggalkan
dia tidak lama lagi. Dia merenung tepat ke dalam mata
Tengku Harith.
Lelaki itu segera melarikan pandangan ke arah lain.
Bagai ada getar dalam hatinya tatkala matanya bertembung
dengan sepasang mata milik Balqis. Suatu perasaan halus
bagaikan tersuntik ke tangkai hatinya. Tengku Harith tidak
berani lagi untuk menatap ke dalam mata Balqis. Dia
berdeham apabila perasankan suasana menjadi hening antara
mereka ketika ini.
“Aku peduli apa kalau dia nak mati sekalipun?
Bukannya mak aku! Mak mentua? Kalau dia tu mak mentua
aku sekalipun, aku tak hairanlah! Aku tak pernah kenal
dengan emak kau tu, buat apa aku nak sibuk-sibuk?”
tempelak Tengku Harith kasar.
“Tapi dia tu mak saya! Dia yang membesarkan
saya!”
“Kau dah pun jadi hak milik mutlak aku! So, mak
kau dah tak ada hak langsung ke atas kau. Kalau aku tak
benarkan, kau jangan pandai-pandai nak pergi ke hospital!
Kau jangan ingat aku ni macam ni, aku tak tahu hukumhakam
agama? Ingat aku tak tahu yang syurga seorang isteri
itu berada di bawah telapak kaki suaminya?! Kau ingat aku
jahil sangat tentang agama? Macam tu?!” balas Tengku
Harith dengan wajah menyinga. Wah, pandai pula dia
berceramah agama mengingatkan Balqis mengenai status
gadis itu yang sudah bergelar isteri dia.
Selendang labuh yang masih tersarung di kepala
Balqis direntap kasar sehingga tercabut. Kini rambut gadis
itu yang ikal kelihatan berombak apabila terungkai dari
ikatan. Pandangan Tengku Harith kini tertumpu kepada
rambut ikal Balqis dan juga leher jinjang gadis itu. Matanya
terpaku melihatkan keindahan yang kini terdampar di
ruangan mata. Namun, pantas Tengku Harith melarikan
pandangan ke arah lain apabila tersedar yang renungannya
itu sudah melampaui batasan. Tak mungkin aku terpaku
dengan apa yang ada pada si betina kampung yang kolot itu!
Jangan haraplah perasaan aku ini akan berusik. Dan jangan
bermimpilah perasaan benci yang meluap-luap ini akan
bertukar lembut! Ini Tengku Harith la! Aku sukakan
perempuan moden dan seksi, bukan perempuan kampung
macam ni!
“Abang... kenapa abang nak seksa saya macam ni?
Abang kenapa nak buat saya macam ni? Apa salah saya
kepada abang sampaikan abang sanggup perlakukan saya
macam satu objek yang tak ada perasaan?” Kata-kata Balqis
terus membantutkan lamunan Tengku Harith. Dia
memandang tajam ke wajah putih bersih Balqis yang kini
kembali disirami air mata.
“Kau boleh tanya lagi kenapa? Sebab kau tu tak
sedar diri! Tak tahu malu! Dahlah miskin, ada hati kau nak
bersuamikan orang kaya? Kalau kau nak sangat cepat kaya,
kau pergilah jadi perempuan simpanan dato-dato yang kaya!
Ataupun kau pergi jadi pelacur. Senang! Ini ada hati pula kau
nak kahwin dengan aku? Kau ingat, perkara kahwin ni boleh
dibuat main-main? Kau dah musnahkan hidup aku! Sekarang
ni title bujang aku dah tak ada. Nak berseronok pun susah!
Puaslah hati kau?!” tengking Tengku Harith dengan wajah
merah menyala. Balqis terdiam dalam esakan.
“Abang, saya merayu lagi. Tolonglah kasihankan
saya ni. Bawa saya kepada mak saya...” rayu Balqis lagi. Kini
dia bangun sambil cuba memaut kaki Tengku Harith namun
lelaki itu pantas mengelak.
“Kau ni memang jenis yang degil? Tak faham
bahasa??” marah Tengku Harith lagi.
Tiba-tiba nada deringan telefon bimbit Tengku
Harith berbunyi nyaring. Dia melihat ke skrin. Nama
papanya tertera. Sudah beberapa kali juga Tengku Ismail
menelefonnya namun dia tidak angkat walau sekalipun.
Tengku Harith berfikir sejenak sebelum menekan punat
hijau.
“Assalamualaikum! Angkat pun kamu! Rith, kamu
ni ke mana? Kenapa tak datang hospital tadi?!” bentak
Tengku Ismail kuat. Kedengaran suara Tengku Salmah
sayup-sayup yang sedang bercakap-cakap dengan seseorang.
Tengku Harith menjauhkan sedikit telefon dari telinganya.
Bingit juga apabila papanya menjerkahnya begitu.
“Sorrylah papa. Tadi sesat... lepas tu, ada
kemalangan pula kat tengah jalan. Tersekat kat traffic jam!”
bohong Tengku Harith lancar. Balqis terus mengangkat
kepalanya ketika itu apabila mendengarkan kata-kata
suaminya. Benarkah apa yang diperkatakan oleh suaminya
itu? Tengku Harith pantas mengangkat jari telunjuk ke
mulutnya sambil memandang tepat ke wajah Balqis, isyarat
menyuruh isterinya diam.
“Astaghfirullahalazimm... Kenapa kamu tak angkat
phone dari tadi? Kenapa kamu tak cuba call papa bagi tau?
Kamu tahu tak emak Si Balqis baru saja meninggal dunia?
Arwah tengah nazak tadi, asyik sebutkan nama Balqis aje!”
ujar Tengku Ismail sambil menggeleng-geleng kepalanya
lemah. Dia tidak menyangka yang Tengku Harith tidak
langsung menelefon untuk memberitahu mengenai
kelewatan untuk tiba ke hospital.
“Rith silent phone sejak majlis akad nikah tadi lagi,
pa! Manalah Rith tahu... lagipun, tengah cemas-cemas tadi.
Mananya nak tenangkan isteri Rith yang menangis-nangis
lagi, pa... Ni pun Si Balqis ni masih menangis, papa!” bohong
Tengku Harith lagi. Balqis membesarkan matanya sambil
mendongak memandang ke wajah suaminya. Bohong! Semua
itu suatu pembohongan! Bila masa pula dia menenangkan
aku? Dia sendiri yang tak nak bawa aku ke hospital! Balqis
hanya mampu menangis teresak-esak. Dia belum lagi tahu
mengenai ibunya yang sudah meninggal dunia.
Tengku Harith kelihatan mengangguk-angguk
selepas mendengar butir bicara selanjutnya daripada Tengku
Ismail. Balqis hanya terdiam sambil menunggu kata-kata
daripada suaminya itu. Seketika kemudian, Tengku Harith
menyimpan telefon bimbit ke dalam kocek seluarnya semula.
Sebuah senyuman sinis dihadiahkan kepada Balqis yang
masih tersedu-sedan.
“Okey, aku nak bagi tau kau satu berita. Aku harap,
kau jangan pengsan lagi. Menyusahkan aku aje kalau kau
pengsan lagi!!” getus Tengku Harith bersama ledakan tawa
kecil. Balqis memandang redup ke wajah Tengku Harith.
“Apa dia, bang?” soal Balqis lemah.
“Mak kau dah mati!” jawab Tengku Harith bersama
tawa yang sengaja dikuatkan. Jantung Balqis seakan-akan
terhenti sebentar ketika itu. Jiwanya mulai kacau-bilau. Air
mata merembes kembali dari tubir matanya yang sedia berair.
Ya Allah! Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau
tabahkanlah hatiku. Ya Allah! Makk… makk… Balqis minta
maaf sebab tak sempat jumpa mak buat kali terakhir! Mak...
Balqis minta maaf! Balqis berkata-kata sendirian dalam
hatinya yang kian remuk kini. Berita kehilangan ibunya itu
ternyata buatkan hatinya menjadi luka berdarah. Ditambah
pula dengan sikap kejam suaminya sendiri, Balqis kini
terjelepok ke lantai. Dia terasa lemah lutut untuk berdiri lagi.
Hanya air mata yang sedia mengalir sehinggakan matanya
kini sudah sembap. Dia kini sudah bergelar anak yatim piatu!
Ya Allah, peliharalah jasad ibuku serta tenteramkanlah roh
ibuku. Tempatkanlah dia dalam kalangan hamba-hamba-Mu
yang sentiasa berada di bawah rahmat-Mu..
Serta-merta ingatan Balqis kembali kepada saat dia
tidak sedarkan diri tadi. Rupa-rupanya Allah SWT telah
memberikan peluang kepadanya untuk bertemu ibunya itu
sebelum dia mendapat tahu mengenai ibunya yang
meninggal dunia. Balqis tahu, itu adalah roh ibunya yang
datang bertemunya buat kali terakhir. Dia dapat merasai
betapa benarnya mimpinya tadi. Ya Allah! Terima kasih
kerana membenarkan aku berjumpa ibuku buat kali terakhir
walaupun hanya di dalam mimpi. Aku tahu, itu adalah ibuku.
Aku pasti sekali, Ya Allah! Rupa-rupanya, ada hikmahnya aku
pengsan tadi. Alhamdulillah... Balqis tidak henti-henti
mengucapkan syukur sambil mengalirkan air mata penuh
keharuan serta kesedihan.
“Kau tak nak marah aku?” soal Tengku Harith
apabila Balqis hanya terus menangis tanpa berkata apa-apa.
Dia ingatkan Balqis akan memarahi dan juga memukulnya
sepuas-puas hati kerana telah menyebabkan gadis itu tidak
sempat melihat arwah ibunya buat kali terakhir. Tengku
Harith sudah tersenyum-senyum sinis menanti kata-kata
amarah Balqis.
“Tak ada gunanya nak marah-marah. Perkara dah
berlaku, tak boleh diulang kembali...” balas Balqis lemah.
Wajah Tengku Harith yang mulai berubah, ditatapnya dengan
senyum pahit.
Tengku Harith mendengus. Dia sakit hati melihat
ketenangan gadis di hadapannya ini. Siapakah Balqis? Just
who is she? So calm! How can she be so calm after what I’ve
done to her?! Arghh! Jiwa Tengku Harith memberontak
sakan. Naik turun nafasnya kerana terlalu sakit hati.
“Arghh! Apa-apa ajelah!” bentak Tengku Harith
sambil berlalu naik ke tingkat atas. Balqis terus mengalirkan
air mata saat itu. Sememangnya dia tampak tenang. Tetapi
jiwanya masih kesedihan kerana baru sahaja kehilangan ibu
tersayang. Dia masih cuba menenangkan hatinya dengan
beristighfar panjang. Dia tidak mahu menjadi seorang wanita
yang lemah di sisi Allah SWT. Balqis mahu menjadi setabah
srikandi-srikandi Islam seperti Sumayyah dan Siti Fatimah.
Ya Allah, kuatkanlah hatiku. Berikan aku ketabahan yang
berlipat kali ganda.
No comments:
Post a Comment