I choose the later.
MATA Ivy membuntang. Dia pilih lesson?
Kenapa bukan blessing? Apa teruk sangat ke aku ni? Ivy
mendengus geram. Eh, kejap... Pengajaran? Pengajaran apa
yang dia dapat, ye? Mesti yang positif, kan? Tanpa membuang
masa, laju tangan Ivy bergerak membalas mesej Fayed.
What lesson?
Selesai membalas mesej Fayed, Ivy duduk meniarap
sambil menongkat kepala. Agak-agak apa yang Fayed akan
balas, ye? Ah, tiba-tiba rasa tak sabar pula nak tunggu balasan
daripada Fayed.
Sejak kejadian di bengkel kereta dua minggu lepas,
hampir setiap hari Ivy menghantar mesej kepada Fayed.
Pesanan Fayed supaya Ivy tidak lagi menghubungi dia
langsung tidak diendahkan. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa
sayang pula untuk memutuskan hubungan dengan Fayed
walaupun perkenalan mereka hanya seketika dan sentiasa
dibungai dengan perbalahan.
Hampir sepuluh minit menunggu, barulah dia
menerima balasan daripada Fayed. Lambat betul.
Stay away from a girl named Ivy
or your life will be a mess. And
that’s what I’m doing right now.
So cik kak, please stop sending me
messages while I’m still capable of
being polite. Jangan sampai saya
mencarut pula.
Pffttt... Itu je? Tak membina langsung. Sombong
teruklah pak cik ni, tak boleh nak buat kawan langsung.
Kutuk Ivy di dalam hati.
“Hoi!!!”
Tercampak ke bawah telefon Ivy akibat terkejut
dengan jerkahan dari belakang. Wajah Ivy juga sudah berubah
pucat. “Aieen!!!” Jerit Ivy. Aieen pula sudah ketawa berdekahdekah.
Geli hati tengok Ivy yang terperanjat tadi. “Sengallah
kau.” Marah Ivy sambil mengusap dada sendiri.
“Kau buat apa tadi Vy?” soal Aieen sambil menyapu
air mata yang keluar akibat ketawa kuat sangat. Kemudian
dia mencapai telefon Ivy yang jatuh ke lantai. Nasib baik tak
pecah. Kalau tidak memang kena pancunglah dia dengan si
Ivy ni.
“Aping?” soal Aieen dengan wajah pelik. Secara tak
sengaja terbaca pula mesej yang terpapar di skrin telefon Ivy.
“Ish, sibuklah dia ni. Bak sini telefon aku.” Ivy
bangun dan merampas telefonnya di tangan Aieen.
“Siapa Aping tu Vy? Kumpulan K-Pop tu ke?” Aieen
bangun dan duduk bersila di sebelah Ivy.
Tangan Ivy laju menekan telefon, menutup semua
mesej. “Yang itu Apink la Aieen, K dekat belakang. Jangan
nak mengarut sangat.
“Ooo... Aku ingatkan yang kumpulan K-pop tu. Tapi
macam tak logik pula kan kalau kau mesej dengan diorang..”
“Tahu pun tak logik. Yang kau tanya macam tu,
kenapa?”
Aieen menolak bahu Ivy. “Alah kau tak payahlah nak
garang sangat. Yang kau nak marah-marah aku ni, kenapa?”
“Yang kau buat aku terperanjat tu kenapa?” Ivy
menjeling.
“Aku main-main je. Yang kau nak sentap sangat ni,
kenapa?”
“Kau ingat kelakar ke? Yang kau nak main-main
macam tu, kenapa?”
“Aku saja je nak usik kau. Yang kau banyak tanya
sangat ni, kenapa?”
“Yang kamu berdua duk berbalas soalan tu dah
kenapa? Tengah masuk pertandingan ke apa?” Nek Munah
mencelah dari ruang tamu. Dari tadi dia dengar budak berdua
tu asyik berbalas soalan saja. Entah bilanya nak habis. Dia
yang dengar ni pun dah naik bosan.
“Nek!!! Tengok Aieen ni, buat orang terkejut sampai
telefon jatuh.” Jerit Ivy.
“Nenek dah puas tengok dah budak Aieen tu. Sejak
dari kecil zaman tak pakai baju sampailah sekarang tak
berubah-ubah. Ingat kan dah besar ni adalah rupa Kajol
ke, Pretty Zinta ke, duk rupa tu juga.” Jawab Nek Munah
bersahaja.
Aieen ketawa mendengar jawapan neneknya. Ibu
jari diangkat tanda bagus. Saja nak menyakat Ivy. “Tapi nek,
yang zaman tak pakai baju tu tak payahlah sebut.” Kata Aieen.
Sempat lagi nenek dia selit yang itu.
“Dah memang kamu tak suka pakai baju masa kecilkecil
dulu, kan? Nasib baik tak bawa perangai tu sampai ke
besar.”
Giliran Ivy pula ketawa sambil mengangkat ibu jari.
Aieen hanya mencebik. “Kau dari mana ni? Tiba-tiba muncul,
buat terkejut orang je.” soal Ivy sekaligus menamatkan
perang mulut di antara dia dan Aieen.
“Aku datang nak bawa nenek pergi ambil ubat dekat
farmasi esok. Kau kan dah kerja sekarang, jadi akulah yang
ambil alih tugas kau untuk ambil ubat nenek dekat farmasi
tu.” Jelas Aieen. Mama dialah yang suruh dia datang, sebab
risau kalau Nek Munah pergi ambil sendiri ubat dekat farmasi
tu nanti. Kata mamanya tak nak susahkan Ivy ke sana ke mari.
“Eh, tak payah... tak payah... Biar aku je yang bawa
nenek esok. Kau tak payah susah-susah.”
“La... Kenapa pula?” soal Aieen.
“Aku kan ada, biar aku sajalah yang bawa nenek tu.”
“Tapi kau kan kerja esok.”
“Aku half day esok.” Jawab Ivy pantas.
Kening Aieen bercantum di tengah. “Eh, boleh pula
macam tu, suka hati kau saja, kan?”
“Boleh la. Kak Liza tu okey dengan aku.” Jawab Ivy
selamba. Yang sebenarnya dia belum beritahu Kak Liza yang
dia half day esok. Ah, pandai-pandailah dia bagi alasan dekat
Kak Liza nanti.
“Tapi...”
“No buts, Aieen.” Potong Ivy. “Jom keluar makan
ABC nak? Dah lama kita tak makan ABC dekat gerai Kak
Milah tu, kan?” Ivy bangun dari katil untuk menukar pakaian.
“Petang-petang macam ni ada ABC lagi ke?” Aieen
turut bangun.
“Ada la. Kau tunggu aku dekat luar, aku nak tukar
baju jap.”
Aieen pandang Ivy atas bawah. “Pakai macam ni pun
dah okey apa.”
“Kau nak kena pelangkung dengan Nek Munah?
Kau tunggulah dekat luar. Aku tukar kejap je.” Aieen hanya
ketawa mendengar kata-kata Ivy dan berlalu keluar dari bilik
sepupunya itu.
HABIS SATU mangkuk ABC dan sepiring pisang goreng, Ivy
tersandar kekenyangan. Aieen juga sama, turut tersandar
kekenyangan. Elok perangai betul cucu-cucu Nek Munah ni.
Kalau nampak dek Nek Munah, mahu kena kejar dengan lidi.
“Macam mana kerja dekat kedai bunga Kak Liza tu
Vy, seronok tak?” soal Aieen. Sudah hampir seminggu Ivy
bekerja di kedai bunga Kak Liza dekat pekan. Terkejut juga
dia bila Ivy cakap nak kerja, kerja dekat kedai bunga pula tu.
Ivy dengan bunga macam api dengan air, tak ngam.
“Boleh la...” Jawab Ivy malas.
“Boleh pula kau kerja dekat kedai bunga tu, ye?
Bukan kau tak suka bunga ke?” soal Aieen lagi.
“Dah situ je yang ada kerja kosong Aieen, aku terima
sajalah. Daripada aku kena paksa kerja dengan ayah, lebih
baik aku kerja dekat kedai bunga tu je.”
“Kau kenapa sampai macam tu sekali tak nak kerja
dengan pak long?” Tak faham betul dia dengan si Ivy ni. Dah
ada yang mudah, cari juga yang payah. Pak long bukan suruh
dia kerja buruh pun, kerja tempat aircond kut. Itu pun Ivy
tak nak. Sanggup pula kerja dengan bunga-bunga tu semua.
Ivy mengeluh perlahan. “Susahlah aku nak cakap
Aieen. Kerja-kerja pejabat ni macam tak in tau dengan aku.
Itu yang aku malas nak kerja dengan ayah. Lagipun aku
sayang nak tinggalkan tempat ini. Aku suka tinggal dekat
kampung kau tau tak.”
“Tak pernah lagi aku jumpa budak bandar suka
tinggal dekat kampung.”
“Well, kau dah jumpalah ni.” Ivy tunjuk ke arah
dirinya sendiri. “Aku tak nak tinggalkan nenek sorang-sorang
la Aieen. Kau tak kesian ke tengok nenek tu?” Ivy menoleh ke
arah Aieen.
“Aku pun kesian juga. Tapi itulah, bila diajak tinggal
dengan kita, tak nak pula dia.” Aieen mengeluh lemah.
Bukan mama dia tak pernah ajak Nek Munah tinggal dengan
mereka, tetapi nenek tetap berkeras tidak mahu tinggalkan
rumah pusakanya itu.
“Banyak kut kenangan nenek dengan arwah atuk
dekat rumah tu. Itu yang nenek payah benar nak tinggalkan
rumah dia.”
“Betul juga apa yang kau cakap tu Vy. Eh Vy, kau
tak cerita dekat aku lagi tau pasal Aping tu tadi. Siapa Aping
tu? Lelaki ke perempuan?” Aieen angkat kening ke arah Ivy.
Curious betul dia pasal Aping ni.
“Kau tak payah tahulah Aieen.” Ivy melemparkan
pandangan ke arah jalan raya. Mood dia terus hilang bila
teringat kembali mesej yang dihantar Fayed itu tadi.
“Kau ni, dengan aku pun nak berahsia, kan?” Aieen
memuncung tanda tidak puas hati. Sejak bila entah Ivy suka
berahsia dengan dia. Kalau sebelum ni elok saja semua cerita
Ivy kongsi dengan dia.
“Lain kalilah aku cerita dekat kau.” Ivy menongkat
dagu di atas meja dan Aieen pula duduk bersandar sambil
berpeluk tubuh. Mereka hanya diam melayan perasaan
masing-masing.
“Kamu berdua memang nak jadi penunggu gerai
akak ke?” Kak Milah menarik kerusi dan duduk di hadapan
Aieen.
“Eh kak, kenapa cakap macam tu?” soal Aieen dengan
wajah yang polos.
“Dah nak maghrib dah sayang oii, orang lain dah
lama dah balik. Akak pun dah nak tutup gerai dah ni.” Kata
Kak Milah sambil menongkat dagu. Dari tadi dia duk perati
budak berdua ni bersembang. Lepas tu sibuk layan perasaan
pula. Gerai dia ni memang ‘port’ terbaik untuk budak-budak
layan perasaan agaknya.
“Dah nak maghrib?!” Jerit Aieen dan Ivy serentak.
“Matilah nakkk....” Ivy dan Aieen bingkas bangun dan berlalu
ke arah kereta Ivy. Datang gerai Kak Milah pun naik kereta
budak berdua ni. Diva betul.
“MAKAN ABC ke makan gerai Kak Milah?” soal Nek
Munah dengan riak wajah sarkastik. Ivy dan Aieen sudah
tersengih-sengih. Ralit betul layan perasaan sampai tak sedar
dah nak maghrib.
“Ampun nek, seronok sangat makan ABC sampaikan
tak perasan dah nak maghrib.” Ivy merapatkan kedua-dua
belah tapak tangan tanda maaf. Aieen di sebelah hanya
mampu tersengih saja.
“Dah, naik atas cepat. Mandi lepas tu ikut nenek
pergi masjid. Malam ni ada ceramah, nenek tak nak terlepas
ceramah tu pula nanti.” Arah Nek munah sebelum berlalu ke
dalam biliknya.
Ivy menggaru belakang leher. “Kalau Ivy tak ikut
boleh tak nek?” jerit Ivy.
Nek Munah menjengukkan kepala ke luar. “Habis tu,
nenek nak pergi dengan apa? Jalan kaki?”
“Okey, Ivy hantar nenek je. Boleh?” soal Ivy. Seboleh
mungkin cuba mengelak daripada mengikuti ceramah di
masjid.
“Lepas tu kamu nak balik membongkang dekat
rumah, macam tu?” soal Nek Munah pula. Ivy sudah mula
tarik muncung.
Perlahan-lahan Aieen berundur ke belakang dan
jalan berjingkit-jingkit untuk masuk ke dalam bilik yang
dihuninya setiap kali datang ke rumah Nek Munah.
“Haa, kamu jangan nak lari pula Aieen, kamu pun
kena ikut nenek juga. Dah, pergi bersiap cepat.” Nek Munah
bersuara tegas. “Jangan sampai nenek keluar bawa hanger
pula.” Tambah Nek Munah lagi. Berdecit Ivy dan Aieen berlari
mengambil tuala dan meluru ke bilik air. Jangan dibuat main
dengan Nek Munah.
No comments:
Post a Comment