JEDA.
Dua pasang mata saling memandang. Qistina
beralih membawa lari bebola mata merenung pintu yang
sudah tertutup rapat. Ditarik dari luar oleh Anis tadi
sebaik sahaja lelaki di depannya ini dengan penuh rasa
selamba dan tidak malu melabuhkan duduk di hadapannya.
Kalau diikutkan hati dan amarah yang menjentik
dinding hati mahu sahaja Qistina menghambur segala katakata
makian yang tersenarai dalam kamus jiwanya sejak
sekian lama.
Namun, berbaloi ke semua itu? Adakah itu yang
mahukan dia lakukan? Bukankah dia sudah berjanji ketika
mengambil keputusan untuk kembali semula ke tanah air
untuk tenang dalam mengawal diri yang memang sedia
lemah dengan godaan dendam amarah. Bukankah janji
di hati sudah terpateri untuk menjauhi lelaki ini daripada
mendekati hidup barunya. Kata-kata amarah yang sekian
lama terperam di lubuk jiwa nanti pasti akan terus rancak
mengundang langkah lelaki ini semakin merapati diri.
Qistina cukup kenal siapa Khalish Ariq. Semakin dihalang,
semakin dia mara. Semakin dimarah, semakin dia giat.
Dan Qistina tidak mahu lelaki ini mengambil kesempatan
untuk terus mendekatkan diri dengannya.
Tidak akan dibiarkan! Kembali dibawa sepasang
matanya merenung susuk tubuh lelaki penuh karisma di
depannya itu. Mata tidak mungkin mampu berbohong biar
hatinya kuat menidakkan. Aura karisma lelaki ini masih tidak
luntur. Masih sama seperti lebih lima tahun dahulu. Getar
nafas yang memancar bunga debaran ditangani dengan
bilah istighfar. Berulang kali. Qistina tidak mahu
tersungkur lagi. Dehaman halus dilontar. Kembali dua
pasang mata milik mereka bertatapan.
“Apa yang awak mahu lagi daripada saya, Encik
Khalish Ariq?”
“Is Khal, dear. Dah lupa yang you suka sebut
nama I macam tu. Don’t you remember that, Qis?” Dilihat
senyuman manis terukir di bibir itu. Bibir diketap menahan
amarah yang laju menjengah keluar dari tirai jiwa.
Mata tepat melontar renungan tajam di hadapan.
Jangan cabar I, Khal…
“Encik Khalish...” Ditekan sedikit suara. Hanya
sedikit. Sedaya upaya mengawal diri biar dinding sabar mula
memancar bunga amarah bergegar tiang tenang. Dua tapak
tangan bertuat. Berdetap jari-jemari yang diramas-ramas di
bawah meja. Hati sedang berantakan. Segala rasa yang sekian
lama disimpan rapat kembali terlontar keluar dari peti
simpanan lalu laju menjengah di jendela jiwa.
“I want you, Qis. Only you. Like it or not. You don’t have
the choice. We love each other, Qis and I knew you still love me
till now, right. Let give us another chance. Please, Qis.”
Qistina lepas nafas yang menyelimuti naluri.
Dihela kembali. Dalam-dalam. Wajah tampan di hadapan
direnung. Sukar dijelaskan perasaannya saat ini. Getar di
tabir jendela hati menjentik naluri mendengar bait kata-kata
Khalish. Istighfar dialun. Ya Allah... Ya Allah.
“Qis… I...” Dan tapak tangan pantas diangkat
dan dihala ke arah wajah di depan. Mata terpejam sesaat. Cuba
mengumpul kekuatan yang kian menipis. Perasaan itu kembali
membadai jiwa.
“Jangan cabar saya lagi, Khalish. Cukup-cukuplah
kuasa veto awak terhadap saya dahulu. Cukuplah. Itu semua
sudah lama berlalu… kala awak sangat-sangat berkuasa dan
penuh ego. It’s over. There is no ‘us’ between you and me.
And I’m no longer the old sweet Qistina that you knew five
years ago. It’s all over between us. You picked the choice.
Remember? So please stick to your decision. Let me live
happily, Khalish. I’m back not because of you but I’m
back because there is others who still need me here who still
love me.”
Khalish angguk tenang. Bilah kata-kata Qistina
begitu terkesan di hati. Khilaf butanya telah menyebabkan
hati gadis yang paling dicintainya ini lumpuh…hancur.
“I knew it was my mistake, Qis. My very big mistake.
And I regret it so much, Qis.” Dua pasang mata mereka saling
bertentangan. Khalish merenung tepat ke wajah ayu di depan.
“But I’m begging you, Qis. Please…give me another chance.”
Qistina tersenyum sinis. “Another chance for you
to ruin my life?” Senyuman sinis Qistina makin luas. “Dah
terlambat. And I don’t want to talk about it anymore.
Got that?” Kening diangkat. Senyum lagi.” Dan I rasa
eloklah you lupakankan sahaja hasrat dan mimpi you itu,
Khalish.
You dah lama mati dalam hidup I. M-A-T-I.
Faham?” Senyuman Qistina bungkam usai ayat itu
diungkap. Ada gegaran yang menggoncang tiang jiwanya.
Ada sakit yang amat sukar diterjemahkan dengan kataLafaz
kata. Mati. Benarkah begitu, Qis? Benarkah? Bibir diketap.
Go away!
Khalish enggan berundur. Kesempatan bertemu
Qistina hari ini yang begitu payah diraih tidak akan
dipersiakan. Wajah ayu di hadapan terus ditatap biar disedari
sambutan dingin dan sinis yang diterima. Khalish tahu ini
semua sekadar luahan perasaan yang lama terpendam oleh
belahan jiwanya ini. Khalish sedar khilaf besarnya terhadap
Qistina bukan mudah untuk dimaafkan.
Dan sekian lama ditunggu peluang ini untuk
memohon kemaafan itu biar dengan apa juga pertukarannya.
Menanti bertahun-tahun si Barbie Dollnya ini kembali ke tanah
air begitu menyeksakan jiwa dan melihatnya di depan mata
akhirnya bagaikan bulan jatuh ke riba. Dia tahu untuk
memenangi hati Barbie Dollnya ini kembali dia harus lebih
tenang dan menjauhi rasa kekalahan kerana dia benar-benar
yakin masih ada cinta yang amat kuat di hati Qistina buatnya.
Percikan rasa itu cukup jelas di mata belahan
jiwanya ini biarpun sedaya upaya Qistina cuba
sembunyikannya. Khalish amat pasti dan untuk itu dia tidak
akan mengalah biar seribu halangan yang bakal dihadapi.
I wont give up, Qis! I won’t.
“Qis...”
Jeda. Wajah tidak beriak di depan direnung.
Qis,please…
“You’re my love, Qis. No once else in my heart.
Only you. Forever. Till my last breath. Hanya you yang
akan jadi isteri I. Dan I hanya akan kahwin dengan you,
Qis… bukan orang lain.”
Ketawa Qistina tiba-tiba terluncur. Lucu dengan
pengakuan Khalish. Cinta? Kahwin? Khalish… Khalish.
Kata cinta tapi faham ke sungguh-sungguh makna cinta
itu? Kalau cinta harus percaya. Kalau sudah tidak percaya
jangan berani berani kata cinta pada dia. Cintalah sangat!
Direnung wajah tenang di hadapan. Terdetik
rasa hairan di hati Qistina. Lelaki ini cukup tenang
menghadapinya. Bukankah sepatutnya dia yang dikurniakan
ketenangan itu. Tapi memandang lelaki ini membuatkan hati
dan akalnya seakan-akan gagal mencapai titik persetujuan.
Celaru. Simpang-siur. Qistina lepas deru nafas perlahan.
“Listen, Mr. Khalish. It ‘s all over between us. Titik.
Jadi, simpan sahajalah cerita cinta itu dalam peti besi. Dah tak
laku lagi. I dah lama lupuskannya.”
Khalish senyum. Tidak langsung terasa dengan katakata
sinis Qistina. Senyuman yang dirasakan begitu
menyakitkan di mata Qistina.
“You know something, Qis…”
Qistina angkat kening. Senyuman berlesung
pipit itu buat hatinya bergegar lagi.
“You are the same Qis who still love me till now
and forever. Am I right? Don’t try to denied it, Qis. I knew
it from your look. You eyes tell everything. And so do I,
Qis. I never change. Never. It’s your name beautifully
crafted in my heart. Let start all over again.” Khalish
tidak mahu mengalah. Bukan mudah dia dapat meloloskan
diri naik ke atas bilik gadis pujaan hatinya ini.
Puas dia memujuk Ray agar membantunya untuk
slow talk dengan adik iparnya, Shima si penyambut tetamu
di bawah tadi. Untuk mengambil hati Shima dia siap bawa
sejambak bunga ros putih dan menjinjit beg kertas tertera
Estee Lauder. Siap dipujuk setiausahanya mencari dan
membelikan wangian Sensuous Nude dari jenama tersebut.
Nude? Terburai ketawanya bila mendengar perkataan
yang terluncur dari corong suara Ray di talian. Itu yang
dikhabarkan Ray mengenai kegilaan baru Shima tentang
wangian dari jenama itu. Siap korek daripada adiknya
sendiri merangkap suami Shima lagi. Lebar juga senyum
Shima tadi namun Khalish tetap diberi amaran, jangan buat
hal dengan Qis.
Kalau Kamal tahu nanti Shima kata dia pasti mati
kena tembak! Senyuman terukir mengingatkan kembali
kata-kata lucu Shima sebentar tadi.
Qistina lontar dengusan. Keras. Sedaya upaya
dilawan rasa di hati yang seakan-akan tidak setuju
dengan caranya yang keras terhadap lelaki yang pernah
bertakhta di jiwanya suatu waktu dahulu. Dan kini... hatinya
digegar lagi.
Lebih hebat. Dan dia tidak ingin mengalah dengan
rasa itu. Cukuplah apa yang sudah dialaminya dahulu.
Bibir diketap. Bebola matanya dipanah ke wajah tampan
di depan.
“Jangan main-main boleh tak?” Nada suara
Qistina sudah naik satu anak tangga.
Kenapalah lelaki ini datang mengucar-kacirkan
kembali sinar pelangi yang cuba dibina sejak bangun dari
tidur pagi tadi. Semalaman dia berkurung di dalam bilik.
Cuba mencari tenang. Cuba mencari kekuatan. Cuba
membina semangat yang goyah.
Dan Zita yang bagai memahami hanya mengetuk
pintu memanggilnya turun untuk makan malam. Langsung
tidak mengganggunya sejak dari dia pulang tengahari
semalam. Terpaksa dibohongi menyatakan dia tiada selera,
sedangkan hakikat dia tidak sedia berdepan dengan sahabatnya
itu.
Pasti Zita yang bijaksana sudah dapat mengagak.
Pasti Azhar yang tenang dapat membaca keruh di jiwa Qistina.
‘Ya Allah, tak sudah-sudah dia menyusahkan keluarga ini
dengan masalahnya.’
“I’m serious, Qis. I’m serious about us.”
Pergi jahanamlah dengan serius awak. Kan dah mula!
Dan ini yang Qistina tidak gemar. Dia tidak mahu
menyingkap kisah lampau nan pedih yang akan membuatkan
perasaan amarah kembali menggelegak. Qistina sudah berjanji
untuk menjadi Qistina yang baharu. Qistina yang matang.
Qistina yang sabar. Qistina yang tenang.
“Serious?” Kepala Qistina digeleng. Kalau awak
serius, kita tidak akan jadi begini, Khal. Kalau awak
serius kita sudah lama bahagia, Khal. Dan saya tidak akan
terdera selama bertahun di negara orang. Awak bukan
serius, awak ego, Khal.
Ego awak sebesar gunung Himalaya. Dihempas
nafas lagi. “Khalish, listen...” Dan belum selesai ayatnya
disusun, Khalish sudah memintas.
“Qis please. Just give me another chance.
I’ll proved it to you. I promise...swear in the name of
Allah.” Dua pasang mata tepat memanah untuk ke sekian
kalinya. Khali. Qistina telan air liur yang macam tersekat untuk
menuruni lembah kerongkong.
Telinga pantas menangkap pintu bilik deras
dipulas dari luar. Mata Qistina tidak berkelip. Khalish dilihat
turut menoleh ke belakang. Memandang pintu yang terkuak.
“Qis babe, let’s go... meeting is gonna start.” Dan
empunya suara terbisu sesaat. Tiga pasang mata saling
memandang. Tatapan redup meraih simpati. Tatapan tajam.
Tatapan terkejut. Joe bijak mengawal suasana. Mamat
poyo berlagak ini rupanya. Bila pula dia tahu Qis dah
balik ini ha? Macam mana pula boleh terlepas sampai ke atas
ni? Sinaran tajam dari sepasang mata yang menoleh penuh
takzim memandangnya ditentang dengan tenang.
Sudah lama aku tunggu kau, Khal. Joe
tayang senyum bila pandang wajah redup Qistina. Cukup
dia mengerti isyarat itu. Joe tidak sampai hati. Kalau
diikutkan rasa dan dendam mahu sahaja dihamburkan
segala makian serta dibalas balik apa yang dia terima
dahulu daripada Khalish. Pantas dua tapak tangan diangkat
separas dada.
“Ops... sorry. Didn’t know you have a special guest
here.”
Kepala Khalish spontan menoleh saat cuping tegak
bila perkataaan ‘Qis babe’ menerjah lubang telinga. Dua
pasang mata saling bertentang. Huh, mamat romeo ni tak
pencen lagi. Tak sudah-sudah mengayat dan pasang niat
nak merampas Barbie Doll gua ke, bro? Tolong jangan
cari pasal lagi dengan aku, bro! Atau kau nak rasa lagi
penangan buku lima aku macam lima tahun dulu. Jaga bini
kat rumah tu baik-baiklah. Jangan kacau hak orang lain.
Khalish tahu ayat ‘special guest’ di hujung ayat lelaki
yang sedang berdiri di depan pintu Qistina ditujukan secara
sinis kepadanya. Aku memang istimewa, bro. Sangat istimewa
di hati Qistina. Kau? Bibir menyuring senyum meleret.
Jangan lupa siapa kau sekarang.
Kepala Joe yang masih mematung di depan
pintu yang terkuak sambil mengangguk ditatap. Qistina
nampak mata dua lelaki ni saling bertentangan. Tajam.
Ya Allah, tak sudah sudah lagi ke cerita dulu. Joe, Khal…
stop it! Air liur yang Qistina telan terasa pahit. Dada
bergoncang hebat.
Melihat reaksi Joe dan Khalish, kisah silam mereka
bertiga kembali menerjah fikiran. Ya Allah tolong hambamu
ini. Joe, tolong jangan buat hal lagi. Tolonglah, Joe, Khal…
Kasihanilah saya. Qistina rasa hendak meraung apabila
memandang wajah tegang kedua-duanya.
“Qis, are you coming?” Joe angkat kening.
Senyum Qistina terasa payah diukir. Hati berlagu
bimbang melihat wajah kedua-duanya.
“Joe, you go ahead first with Zura. Hmm… I’ll be
joining you guys in five minutes. They are here?” ‘They’
itu merujuk kepada kontraktor yang Qistina minta Zura
panggil untuk datang hari ini. Dia perlu berjumpa dan
berbincang mengenai kertas cadangan yang dibentangkan
mereka sebulan lepas. Itu tiga minggu sebelum
kepulangannnya. Tapi bila Kamal meminta dia mengetuai
projek baru di Borneo ini, Qistina mahukan segala maklumat
terperinci daripada pihak kontraktor yang dilantik. Dia mahu
teliti segala maklumat berkenaan. No mistakes! Jangan buat
hal. Ini minyak. Ini gas.
Fail tebal warna putih di hadapan dicapai.
Organiser bersama sebatang pilot G-1 hitam disambar
dari bekas bulat di hadapan. Qistina buat-buat tidak nampak
renungan sepasang mata Khalish. Mata dilarikan
ke skrin Apple di hadapan. Jari-jemari runcing galak
menekan papan kekunci. Kembali wajahnya ditala ke depan.
Khalish yang tersenyum ditatap tenang. Getaran di dada
kembali memacu. Wajah ini tidak putus-putus menyerang
kembali kotak memori silam. Manis. Pahit.
“I got a meeting. An important meeting.”
“So?” Khalish cuba mengusik. Bukan dia tidak
faham tugas Qistina sebagai jurutera kanan yang selalu
sahaja sibuk. Sejak dahulu gadis ini begitu komitmen dengan
tugasnya ini. Pernah juga mereka berselisih faham gara-gara
Qistina yang sering turun ke platform di awal penglibatannya
di bidang ini. Seringkali juga Qistina yang lembut terpaksa
beralah dengannya. Kata Qistina, Khalish kena faham.
Jurutera dan dunia kewangan tak sama. Lagi-lagi jurutera
mekanikal sepertinya yang bergelumang dengan subjek
saliran pam dan paip sepanjang masa. Turun ke pelantar jika
diperlukan.
“So, please leave my office.”
“I’m not leaving till you say something, Qis. We need to
talk.”
Qistina mendengus perlahan. Dada turun naik
menahan rasa yang bergumpal dan menendang-nendang
dinding hati.
“Khalish...” Sedaya upaya dikawal suara. Tenang
digali.
“I’ll wait here till you finish with your meeting.
We shall continue our conversation.”
Ya Allah. Bibir dikemam. Mata dilontar tajam ke
wajah di depan.
“Hmm… Qis, you know me very well.”
Akhirnya kepala diangguk. Berbalah di waktu
ini tidak akan memberikan apa-apa manfaat. Tuntutan
tugas yang menantinya lebih utama. Susah payah Zura
mengaturkannya buat Qistina. Bukan juga senang mahu
mengumpulkan kontraktor yang terpaksa turun dari site
demi memenuhi permintaannya. Dan Qistina tahu Khalish
takkan mengalah. Qistina kenal benar sikap ‘suami tidak
jadinya’ ini.
“Fine. Tonight, 8.00 pm. Sharp, Alexis.”
Khalish senyum. Hati sudah melonjak riang. Rasa
mahu melompat saat ini.
“I’ll fetch you from here.”
Qistina menggeleng.
“We meet there. I’m driving from my friend place.”
“Friend place?” Kening Khalish terangkat. “Who?
Where?” Qistina buat-buat tidak nampak reaksi Khalish.
Buat-buat tidak dengar pertanyaan lelaki itu. Khalish…
Khalish… Tidak sudah sudah-sudah hendak ambil tahu
semua perkara yang dilakukan Qistina. Persis dahulu.
Tubuh Qistina ditegakkan.
Dicapai Blackberry yang terdampar di atas meja
kerja yang bersepah dengan kertas dan fail yang perlu dia
semak. Dengan isyarat tangan penuh berhemah dan sehabis
sopan dipersilakan lelaki yang masih duduk di hadapannya
ini untuk keluar daripada bilik. Dua pasang kaki melangkah
serentak. Qistina mendahului. Sampai di pintu tubuh berdiri
seketika. Memberi ruang buat Khalish melangkah keluar
sebelum tangan menarik tombol pintu.
Khalish berdiri rapat di sebelah. Dirapatkan
wajah ke sisi Qistina. Dan saat Qistina berpaling, wajah
Khalish sudah betul-betul di kedudukan sebelah cuping
telinganya. Bisikan perlahan penuh aura itu kembali menerjah
cuping telinganya. Sungguh Qistina tidak sempat
mengelak.
“I meet you tonight, sweetheart. Thank you.”
Ditegakkan kembali wajah. Sempat dilontar senyum
manis bersama kenyitan mata kepada Qistina yang jelas
terkesima. Pasti terkejut besar! Pasti tidak menyangka
Khalish akan bertindak seberani ini. Qis, demi dapatkan
awak semula, saya sanggup lakukan apa sahaja.
Apa sahaja, Qis. Dan takkan ada apa atau sesiapa
yang mampu menghalang hasrat saya ini…kecuali Dia.
Diatur penuh yakin langkah ke hadapan menuju pintu
keluar usai membisikkan kata-kata itu di telinga Barbie Doll
kesayangannya.
Qistina masih takzim di depan pintu bilik. Terkaku
dengan mata yang tidak berkelip. Tergamam diri dengan
tindakan spontan Khalish yang sungguh tidak dia sangka.
How dare you, Khal! Merah wajah menahan malu dengan
pandangan dan renungan para staf di hadapan yang
menyimpul senyum. Dalam hati menyumpah-nyumpah
tindakan drastik Khalish.
Namun mengapa dia rasakan degup jantung laju
memacak. Degup yang membawa bersama satu perasaan lain
saat diperlakukan sebegitu tadi oleh Khalish. Indah? Qistina
mengeleng kepala. Menolak deras. Tidak mungkin! Tidak
mungkin! Dan paling Qistina tidak sangka mengapa dengan
mudah sahaja dia menerima permintaan lelaki itu untuk
keluar bersama dan beralah tanpa banyak bicara. Sudah apa
jadi dengan dirinya hari ini. Ke mana pergi azam yang dia
pahatkan dalam hati sebelum menjejakkan kaki kembali
ke sini? Qistina raup wajah. Sebuah keluhan berat
terluncur.
Tanpa Qistina mahupun Khalish sedari adegan
‘mesra’ Khalish terhadap Qistina tadi menjadi santapan
sepasang mata yang tidak berkelip memandang di hadapan
pintu bilik Merak, Joe tegak mematung. Mata mencerlung
tajam. Nafas dihempas kuat.
Dua tapak tangan digenggam kemas. Ada
perhitungan yang belum selesai. Dan tanpa Joe, Qistina
juga Khalish sedari… Zura juga turut menjadi saksi
cetusan rasa ketiga-tiganya. Kepala digeleng perlahan
sebelum kaki melangkah kembali masuk ke dalam bilik.
No comments:
Post a Comment