“Kau yang merubah segalanya. Kau sebenar yang
mencuri hati. Aku yang masih meratapi kehancuran.
Cinta lalu yang tak kesampaian...”
(Kau Merubah Segalanya – Fauziah Latiff)
HAMPIR separuh hari mundar-mandir dalam
syarikat mencari kelibat Aisara buat hati RY berasap saja.
Entah ke mana perempuan tu menghilang agaknya. Peliknya
Zetty, setiausaha Aisara juga tak tahu ke mana bosnya pergi.
“Hei! Angin betullah aku!” Aisara cuba dihubungi
lagi. Entah untuk kali yang ke berapa. Panggilan tidak dapat
disambung. Kesabaran RY menurun setangga lagi. Mahu
saja telefon bimbit di tangan itu dibaling ke dinding.
Hish... rugi! Perempuan tu punya fasal aku pulak hendak
kurangkan harta sendiri, buat apa? Bukannya boleh claim
dengan dia pun.
Punggungnya dihempaskan atas kerusi. Nafas
ditarik. Dia berfikir lagi, di mana hendak cari Aisara?
Kerusi dipusing ke kiri dan kanan. Tiba-tiba ingatannya
terdorong kepada Melisa, pembantu peribadi yang
sengaja Aisara gajikan untuk mengikutnya ke mana saja.
Dia sedikit tersenyum. Nampak macam ada harapan
hendak cari tahu Aisara kat mana. Tanpa lengah Melisa
dihubungi.
“Melisa, I nak cakap dengan bos you?”
“Maaf, tuan. Cik Ai tak ada dengan saya,” beritahu Melisa.
Hampa.
“Tak ada?” RY kerut dahi. “Dia tak beritahu mana
dia pergi?” Nampak gayanya dia kembali tertekan. Benci
betullah kerjanya tertangguh hanya kerana Aisara. Entah kat
mana fail-fail invois yang diberikan Aisara campak agaknya.
Entah Aisara sudah meneliti dan menghadkan sedikit
perbelanjaan yang agak membazir berkaitan pameran
fotografi tu, ke belum? Hish! Perempuan tu memang
melecehkanlah. Kenapalah perempuan tu yang diwasiatkan
untuk kendalikan syarikat ni? Suka hati dia je mentang
syarikat ni dia yang punya. Tidak ada tanggungjawab
langsung!
“Tak ada, tuan. Cik Ai cuma beritahu, dia cuti
seminggu,” jelas Melisa.
RY mengeluh. Aisara memang sengaja mahu
menyusahkan dirinya.
“Kalau dia call awak, tolong suruh dia on handphone
dan jawab mesej saya.”
“Baiklah.”
Perbualan tamat.
Apa motif Aisara bercuti secara tiba-tiba? Sedangkan
kerjanya masih melambak. Leceh betullah bekerja
dengan orang yang suka mengikut hati ni, rungut RY
dalam hati. Tiba-tiba dia rasa tak sedap hati. Atau
sebenarnya Aisara bercuti sebab terasa hati dengan apa
yang berlaku di pantri tempoh hari? Hurm, perempuan
keras hati macam Aisara itu pun nak ambil hati juga ke?
Dia herot bibir ke tepi. Nasiblah! Siapa suruh sombong
berlagak sangat. Kan sudah kena peluk.
DARI atas anjung rumah peranginan separuh banglo itu
Aisara berdiri menghadap kanvas di hadapannya. Gerakan
pensil arang di hujung jarinya menari-nari, melukis
pemandangan sawah padi yang mula menguning.
Beberapa orang-orang penghalau burung turut terakam
dalam lukisannya. Dia berhenti seketika, tersenyum melihat
hasil kerja sendiri. Melukis tersenarai antara hobi
kesukaannya. Menyerlahkan kehalus jiwanya yang penuh seni.
Melalui lukisan dan penulisan dia selalu meluahkan apa yang
terbuku di hati.
Dia berundur selangkah ke belakang. Mencari
tempat untuk merehatkan diri. Beralaskan karpet nipis
yang terhampar di atas lantai badannya direbahkan seketika.
Selesa. Urat-urat yang sedikit tegang mulai mengendur.
Matanya beralih ke langit yang membiru tanpa tompoktompok
awan. Dia suka biru. Pada Aisara, warna biru
melambangkan kejujuran dan kemuliaan, melambangkan
perasaan dan emosi seorang lelaki, melambangkan
perasaan kasih dan sayang, melambangkan kelembutan hati
eorang perempuan, dan melambangkan... kesedihan. Yang
tu dia tidak berapa suka. Hurmm...
“Langit yang membiru... seluas cinta kita.
Mendamaikan...” Perlahan kata-kata itu meniti di bibir.
Hatinya tersentuh dibuai kenangan. Perasaan pilu yang
tertanam padat dalam memori hidupnya mula memunggah
keluar, memaksa dia bangun semula dan duduk memeluk
lutut. Pandangan dialihkan ke sudut lain, masih cuba
memujuk diri.
“Abang... sakitnya perasaan ni,” rintih Aisara pedih.
Dia bangun mendapatkan piano yang terletak tidak jauh dari
situ. Jarinya mula mengalunkan melodi indah. Serentak itu dia
menyanyi.
Saat kau ingat aku, ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau selalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa, ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau...
Inilah rumah impian mereka dengan seni bina
yang disepakati bersama. Di belakangnya ada bukit-bukau
menghijau dan terletak di tengah-tengah bendang, di
kawasan pendalaman. Sengaja mereka memilih tempat
sebegitu. Alasannya supaya dia lebih rajin duduk di rumah
dan belajar memasak, bukan curi-curi keluar ke bandar
membeli makanan di restoran-restoran, menipu hidangan
makan tengah hari atau malam mereka.
Kerana lelaki itu tahu dia tidak cekap memasak.
Aisara berhenti berlagu, kepala diletakkan atas piano.
Hatinya mula melayan perasaan. Kotak ingatannya dibiarkan
membuka satu per satu laci-laci yang menyimpan sejarah
silam antara mereka. Memang hal itu tidak mampu
ditahan kalau dia tidak menyibukkan diri.
HEMBUSAN angin petang dari laut berdekatan bandar raya
Brisbane cukup mendamaikan. Aisara berbual mesra dengan
lelaki di sisinya. Mereka sedang berjalan seiringan.
“Balik Malaysia nanti kita beli rumah kat bandar
ajelah. Senang sikit. Ada banyak kemudahan. Kalau boleh
nak bandar yang lengkap macam ni,” cadangnya sambil
mata melilau ke segenap ruang bandar yang pesat itu.
Lelaki di sisinya menggeleng.
“Tak naklah beli rumah kat bandar,” bantahnya.
Aisara menoleh lelaki itu.
“Kenapa?” tanyanya tidak mengerti.
Lelaki itu turut menoleh. Pandangan mereka bertaut.
“Nanti sayang jadi semakin malas. Malas nak urus
rumah, malas nak masak. Asyik bazirkan duit beli makanan
yang tak sedap kat restoran aje,” jawab lelaki itu yang
memang sudah faham dengan peragai hidup selesa Aisara.
Dia menyambung lagi bicaranya, “Abang nak kita nikmati
kehidupan bersama semaksimanya. Abang nak rasa hasil
masakan bekas air tangan sayang. Sekurang-kurangnya
nak makan telur goreng yang sayang masak sendiri.”
Aisara angkat kening sebelah dan kemudian tergelak.
Dia mana tahu buat semua itu. Selama hidup semua benda
dah tersedia depan mata diuruskan pembantu rumahnya.
Menjerang air pun dia tidak tahu, inikan pula mahu
mengoreng telur? Kekeke... Memang mengarut.
“Kenapa gelak?” soal lelaki itu yang tidak berpuas
hati dengan reaksi Aisara. Dia merasakan dirinya
sedang dipersendakan.
“Gelaklah. Abang macam tak tahu aje, sayang
abang ni tak pandai buat semua tu,” beritahu Aisara
mengingatkan. Mungkin lelaki di sisinya itu terlupa siapa
dirinya ini. Diakan anak ahli perniagaan termasyhur yang
punya berekar-ekar ladang sawit, berpuluh rangkaian
hotel, syarikat berkaitan perkapalan dan pelbagai kilang
makanan segera. Takkanlah orang macam dia ada masa
nak buat kerja-kerja dapur. Ish, please... Hatinya melonjak
ego. Tidak terfikir pun, apa yang bermain di mindanya itu,
kalau diluah bakal mengecilkan hati lelaki itu. Lelaki itu
sedikit mengeluh. Langkahnya terhenti.
Aisara buat benda yang sama. Dia tahu lelaki itu
masih tidak puas hati.
“Tak reti... belajarlah, sayang. Bukannya buat
alasan,” tegur lelaki itu yang memang sangat penyabar.
Hampir semua kerenah dan kemahuan Aisara diikutkan,
tetapi bukan dengan hal berkaitan keharmonian rumah
tangga mereka. Suami mana yang sanggup makan nasi
bungkus dan kari mamak setiap hari? Silap hari bulan ibu
dan ahli keluarganya yang tidak tahu tembelang isterinya
tidak pandai memasak juga akan tahu. Apa dia hendak jawab.
Kacau!
Aisara tersenyum sumbing. Cepat saja tangannya
merangkul pinggan lelaki itu. Buat helah mahu memujuk.
“Okey, bos,” akurnya. Tahu lelaki itu tidak suka dia
beri banyak alasan.
Lelaki itu memandang dengan wajah curiga.
“Betul ni?” soalnya menguji.
Rangkulan Aisara lepaskan.
“Yup.” Angguknya manja. Berjanji akan menurut
kemahuan lelaki itu.
“Good...” Pujian dan senyuman dihadiahkan. Ubunubun
Aisara diusap seakan-akan mengusap kepala seekor
kucing. Comel.
Aisara tersenyum senang. Lengan lelaki itu dipaut.
Mereka menyusuri lorong pejalan kaki semula. Perasaan petang
itu terus terbuai bahagia.
TERMENUNG Aisara mengimbas saat-saat bahagia yang
telah berlalu itu. Dia ingin semua itu kembali ke sisi.
Tetapi mana mungkin orang mati akan hidup kembali. Dia
kemam bibir, menahan sendu di hati.
“Cinta itu datang dari syurga, sayang. Seperti apapun
dugaan yang mendatang, sesusah manapun kita lalui, suatu
hari nanti kita akan tetap bersama. Jika itu takdir yang
tertulis buat kita.”
Waktu itu sudah lama berlalu meninggalkan harihari
semalam dalam hidupnya. Tetapi kata-kata itu selalu
jadi harapan kepada jasadnya yang melara. Setiap saat yang
berputar, walau dunianya telah lama terhenti Aisara
berharap kata-kata itu akan menjadi nyata. Ah, gila ke dia
mahukan apa yang sudah mati bangkit dari kubur?
“Apapun yang berlaku, berjanjilah. Jangan pernah
ada niat nak ambil jalan singkat dengan bunuh diri. Abang
akan selalu menemani sayang di angin lalu, biarpun jasad kita
tak dapat bersama.”
Dulu setiap kali rebah dihujani ujian hidup, abang
akan memayungi dan memimpin tangan sayang supaya
berdiri semula. Sekarang tanpa abang, sayang terus
kebasahan dan merekot kedinginan. Aisara rasa nak
menangis. Semua kedukaan yang terpaksa ditelan itu
bermula pada hari dia terpaksa berhadapan dengan
kehilangan dua orang lelaki yang sangat menyayanginya.
Hari itu menyebabkan seluruh jiwa raganya terbujur kaku
mengikut perginya lelaki-lelaki itu. Dan hari ini dia hidup
bagaikan kapal tanpa layar di tengah samudera, kerana
kompas dalam hatinya telah mati.
Aisara teresak sendu sendiri. Wajah ayahnya, Puan
Sri Marina dan lelaki itu silih berganti di ruang minda.
Semua yang berlaku di masa lalu berputar ligat menekan
perasaan. Dia hanyut dalam dunia silam. Dunia yang
memaksa dirinya memilih salah seorang daripada mereka.
Dunia yang mengorbankan dirinya. Dunia yang mengubah
dia menjadi manusia tidak berperasaan. Dunia yang
membuatkan dia menjadi perempuan yang menghiris hati
seorang lelaki. Dunia itu sangat kejam buat dirinya. Tibatiba
kenangan itu tengelam.
“Assalamualaikum...”
Sayup-sayup laungan suara itu menyedarkan Aisara
dari dunia semalam. Segera air mata yang bermukim di pipi
disapu. Dia bangun dari duduk dan berjalan ke tepi anjung.
Dia menjengah ke bawah. Oh, Nek Yan datang bertandang.
Wanita tua itu sedang berdiri di hadapan pintu masuk
rumahnya. Kelihatan ada sesuatu yang dibawa bersama.
“Waalaikumsalam, nek...” Aisara ukir senyum.
Nek Yan mendongak ke atas.
“Kejap.” Aisara turun ke ruang bawah dengan
perasaan cukup senang menyambut kehadiran nenek
angkatnya itu. Pantang saja wanita tua itu terlihat kelibat
kereta Aisara melintasi jalan di hadapan rumahnya. Pasti
dia akan ke situ bertanya khabar. Bukan kekayaan Aisara
yang buat dia terhambat-hambat kehadiran perempuan
muda itu, tetapi kerana kebaikan dan sumbangan yang
diberikan Aisara kepada diri dan kampungnya selama ini.
Andai saja cucunyabukan teman sekuliah Aisara di Australia
dahulu, pasti mereka tidak saling kenal. Daun pintu
dibuka. Aisara menghulurkan tangan. Mereka berjabat salam.
“Nenek ada bawakan keledek goreng ni. Puteri suka,
kan?” Nek Yan menyerahkan dulang kecil di tangannya.
Aisara tersenyum. Dulang diambil.
“Aisaralah, nek. Bukan Puteri lagi.” Dia membetulkan
panggilan Nek Yan terhadap dirinya.
“Puteri ke, Aisara ke... sama aje, kan,” tegur Nek
Yan. Sakit kepalanya. Sudah elok-elok sedap dipanggil Puteri
entah kenapa nama itu ditukar kepada Aisara. Nama alaala
Jepun yang menyusahkan lidah tuanya mahu menyebut.
“Mana sama nek... kamikan berbeza.” Aisara tersengih
kerana menimbulkan kekeliruan di fikiran wanita tua itu.
Nek Yan kerut dahi.
“Kamu dengan Damia tu sama aje. Dah elok-elok
bernamakan Melayu, tukar pulak ke nama lain,” protes Nek
Yan teringat pula cucunya yang bersahabat dengan
Aisara. Mereka fikir emak ayah bagi nama tu ikut suka-suka
hati sajakah? Ketahuilah anak-anak, nama yang baik sama
juga seperti doa. Hari-hari dipanggil dengan maksud yang
bagus pastilah ada berkatnya.
“Biasalah nek, Mia tu kerja dengan mat salih,
senang sikit dia orang nak panggil nama dia,” jelas Aisara.
“Biasa apa?” bantah Nek Yan. “Oh, kalau kerja
dengan mat salih kenalah ikut suruhan dia orang tu
sampai hidup pun jadi tak betul? Patutnya kita bangga
dengan nama sendiri.”
Aiyoo... sudah marah ke? Mia yang punya fasal
aku pulak yang kena tempias. Aisara buat muka sepuluh sen.
“Kamu tukar nama macam Jepun, kerja dengan
orang Jepun pulak ke?” sindir Nek Yan tidak puas hati. Dia
tahu Aisara bekerja sendiri. Memang tak ada alasan nak
tukar nama sesuka hati.
Aduhai, terkena pulak aku. Aisara gigit bibir.
“Taklah, nek... tapi dah memang itu nama Ai. Daddy
yang letak sejak dari lahir lagi,” jawab Aisara. Tidak tahu pula
pertukaran gelaran dirinya boleh menjadi isu besar.
“Apa maksud Aisara tu?” soal Nek Yan lagi.
Aisara garu kepala. Dia pernah mencari maksud
namanya tetapi tiada bermakna langsung. Mungkin
ayahnya sengaja tidak mahu namanya menjadi doa yang
baik kepada diri. Sebab itu jugalah hidupnya asyik
tersangkut. Dari awal kehidupan lagi tidak dititipkan
sebaris nama yang baik.
Huk... huk... huk... Tidak fasal-fasal dia jadi sedih.
Tetapi... andai diterjemahkan namanya ke dalam bahasa
Jepun, Ai itu bermaksud kasih sayang dan Sara itu... dia
tidak tahu. Aisara gigit hujung lidah. Keledek yang masih
panas dicubit sedikit ke mulut.
“Nek, sedap keledek ni. Manis,” pujinya mengalih
tajuk. Sudah lama tidak rasa masakan kampung rindu pula
rasanya.
Nek Yan tersenyum. Hati tuanya seakan-akan sudah
menjadi hati anak kecil yang suka disentuh dan dibelai kataPuzzle
kata indah. Hanyut marahnya.
“Malam ni Puteri datang makan kat rumah nenek,
ya?” ajaknya bersungguh.
“Emm... tak payahlah, nek. Ai nak masak
sendiri malam ni. Dah lama dapur rumah ni tak berasap,”
tolak Aisara. Lagipun barang untuk masakan sudah dibeli
tadi.
“Mmm... masak esok pun boleh. Malam ni makan kat
rumah nenek aje,” desak Nek Yan.
“Ai rindu nak masak kat dapur rumah nilah, nek,”
dalih Aisara tetap menolak.
“Kalau rindu baliklah selalu. Sayang rumah ni...
cantik tapi tak ada orang.” Nek Yan melihat sekeliling
ruang dapur yang luas itu. Pelik rasanya Aisara sanggup
tinggal seorang diri di rumah sebesar itu. Dia yang sudah
tua pun seram tinggal sendirian.
Aisara tersenyum tawar. Kalau diikutkan hati
memanglah dia hendak terus tinggal di situ. Tetapi
tanggungjawabnya kepada Tiara Holdings membantutkan
niat di hati. Lama betul dia untuk tunggu tempoh tujuh
tahun sebelum betul-betul boleh berkuasa tanpa campur
tangan RY. Lepas tujuh tahun nanti dia sudah bercadang
hendak bersara. Dia nak serahkan Tiara Holdings kepada
Amir. Dia hendak hidup bebas semula. Tidak laratlah harihari
fikirkan kerja saja.
“Ai kerjalah nek, leceh nak balik selalu,” keluhnya.
“Kahwinlah. Ada suami tak payah kerja,” cadang Nek Yan.
Aisara pura-pura ketawa. Ada suami ke tak dia
tetap saja terikat dengan Tiara Holdings. Tidak ada makna
hendak kahwin sekarang.
“Ada-ada aje nenek ni.”
“Nenek cakap yang betul. Kamu bukan muda lagi.
Bila lagi nak rasa timang anak sendiri?” tekan Nek Yan.
Pertanyaan Nek Yan mengubah suasana hati Aisara.
“Agaknya tak lama lagi datanglah jodoh Ai tu, nek,”
jawabnya perlahan sekadar mengisi pertanyaan Nek Yan.
“Emm... kalau tak kamu cari, sampai mati pun kamu
tak kahwin.”
Aisara terdiam. Perlukah dia mencari? Kalau dalam
hidupnya hanya ada seorang lelaki saja bertakhta di hati dan
lelaki itu sudah tidak ada.
“Dahlah. Nenek nak balik. Ajak kamu datang makan
malam pun banyak sangat dalihnya,” ujar Nek Yan sudah mahu
pergi.
Erk? Eloklah nenek balik dulu. Otak Ai dah
serabut ni. Sampai hati nenek buat hati Ai tak tentu rasa,
omel Aisara sendiri. Dia memerhati Nek Yan yang pantas
menuju ke pintu. Seketika kemudian wanita tua itu
menyarung selipar.
“Nek, jalan elok-elok,” pesannya. Dia tahu Nek Yan
berkecil hati.
“Nenek ni janganlah kamu risaukan. Dah berpuluh
tahun hidup dalam kampung ni, pandailah nenek.”
Aisara mencebik. Sah Nek Yan merajuk. Sebaik
wanita tua itu hilang dari pandangan, pintu rumahnya
ditutup rapat. Dia melepaskan keluhan dan berdiri tersandar
di situ. Lantai direnung jauh, lalu tirai ingatannya mula
membentangkan sebabak kisah lalu...
“SAYA Puteri Fiona Aisara... bukan Puteri Fiona dalam cerita
kartun Shrek tu, ya?” Dia tergelak. Lucu sendiri.
Alif yang duduk di sisinya mendongakkan kepala.
“Sayang...” tegurnya sambil memandang Puteri.
Puteri tersengih. “Okey, okey... nak tarik nafas bagi
serius kejap.” Dia mengambil masa seketika.
Alif mengalih pandangan ke hadapan semula. Mukanya
berubah kurang senang.
“Saya Puteri Fiona Aisara dengan ini berjanji...”
Dia terhenti dari berikrar. “Alah, mesti ke kena buat macam
ni kat atas batu ni? Macam pengakap aje,” protesnya.
“Siapa yang suruh?” Alif sedikit marah.
“Sayang yang beria-ia nak buat, kan? Abang tak
suruh pun,” tambahnya serius. Kerenah Puteri selalu buat
dia sesak nafas. Ada saja hal pelik-pelik yang mahu
dilakukan setiap kali mereka bertemu. Tetapi kadangkadang
kelakuan itu yang buat dia merindu.
Puteri tarik muka. Terasa hatilah bila
tindakannya tidak disokong. Dia melompat turun dan duduk
di sebelah Alif. Alif buat tidak peduli. Bukan semua rajuk
Puteri akan dilayan. Dia sudah faham sudah Puteri tu
jenis macam mana. Suka ikut hati. Paling minimum kalau
masuk bab berfikir ini.
“Abang tak sukalah sayang buat janji macam tu.
Kita bukannya tahu apa yang nak jadi kat masa depan.
Kalau tiba-tiba abang mati awal, macam mana?” tegurnya.
Puteri diam tak menjawab. Tidak sanggup hendak
fikir hidupnya tanpa Alif. Kalau ada pun di antara mereka
yang harus mati dulu, biarlah dia.
“Sayang nak janji setia pada abang sampai mati
tadi, kan?” duga Alif. Puteri dikerling.
Puteri mengangguk. Mukanya dimonyokkan. Salah ke?
“Abang tak nak sayang hidup sendiri meratap
cinta kita sampai mati. Macam tu juga kalau sayang yang
pergi dulu. Hidup perlu diteruskan. Abang takkan
meratap, hidup menyendiri selamanya.”
Hah? Puteri pandang Alif. Hatinya tersentak. Alif
tidak sayang diakah?
“Maksudnya, abang akan kahwin dengan orang
lain kalau Puteri dah tak ada? macam tu?” tanyanya polos.
Alif mengangguk.
Luruh perasaan Puteri. Dia mahu menangis. Alif jahat!
“Kita perlu terima kenyataan dan fikir secara
realistik. Mungkin masa tu, abang perlukan seseorang
yang boleh mendorong abang membina hidup baru,”
beritahu Alif jujur dan terlalu berterus-terang.
Hati Puteri bertambah sakit. Tanpa sedar air
matanya mengalir ke pipi.
“Abang kejam! Abang teruk...!” marahnya dalam tangisan.
Alif tergamam. Salah ke bicaranya? Alamak! Puteri
ni sensitiflah pulak.
“Sayang... janganlah menangis. Abang bukannya
nak tinggalkan sayang sekarang. Maksud abang, kalau sayang
dah tak ada,” pujuk Alif. Lemah urat nadinya melihat Puteri
menangis begitu. Puteri memang betul-betul menyayanginya.
Sedikit perasaan bersalah menjentik hati lelakinya.
Puteri tertunduk mendengar. Lepas cakap hendak
cari penganti, Alif cakap sayang pula. Mana satu dia hendak
dengar? Itulah dulu mintak putus tidak mahu. Sekarang bila
hati orang sudah sayang sangat-sangat dia buat perangai pula.
Eiii... geram! Puteri bermonolog sendiri.
“Sayang ingat tak drama Korea The Heaven yang
sayang paksa abang tengok dulu?”
Puteri mengangguk. Dia ingat. Memang dia paksa
Alif menonton siri itu dulu. Tetapi dia lupa kenapa.
“Sayang cakap tak sanggup tengok abang hidup
sendiri macam watak hero filem tu. Jadi kalau abang mati
dulu, abang nak sayang pun cari penganti. Sebab abang tak
nak hidup sayang tak bahagia lepas tu.”
Ooo... Puteri gigit bibir. Dia ada cakap macam tu?
Dia lupalah. Kiranya Alif ini hendak ambil kesempatan atas
kebodohan masa lalunyalah ini. Ai, tidak sangguplah.
Hendak tarik balik kata-kata itu boleh tidak?
“Sayang... walau siapa pun yang jadi pengganti
selepas sayang dah tak ada nanti. Hati abang tetap milik sayang
selamanya. Cinta kita tetap bersemadi kat dalam ni.” Alif
meletak tangannya ke dada.
Puteri memandang Alif. Ooo... macam itu. Maknanya
bukanlah Alif mahukan pengganti sekarang. Kalau
sekarang memang dia hancurkan Alif dalam mesin
pengisar. Biar lumat dagingnya sampai boleh buat
burger. Ngeri. Dia berfikir seketika. Betul juga apa yang
disampaikan Alif itu. Sampai bila mereka harus terantai
bersama jika seorang daripada mereka pergi dulu. Hidup
mesti diteruskan. Air matanya disapu. Semua rasa kurang
enak di dada ditepis pergi. Maknanya kalau Alif sudah tidak
ada nanti ada peluanglah dia hendak cari lain. Hahaha...
hatinya ketawa kejam.
“Dahlah... topik ni tak best... Tak happy langsung,”
protesnya mahu lari daripada apa yang sudah dimulakan.
Begitulah kebiasaan perangainya setiap kali berhadapan
dengan persoalan yang tersalah ditafsir. Lain yang mahu
diberitahu, lain pula yang disangka. Namun dia yakin,
tiada siapa di antara mereka akan mati dulu, selagi mereka
belum tua dan beranak cucu.
SENYUMAN pahit dilepaskan. Aisara teresak sendu.
Segala-galanya tidak semudah yang mereka bicarakan dulu.
Biarpun semua itu sudah agak lama berlalu, sampai ke hari ini
ikrar itu tetap tersimpan di hatinya. Dia tak sanggup mencari
pengganti Alif.
“Saya Puteri Fiona Aisara dengan ini berjanji
akan menyayangi...” Tubuhnya melorot ke bawah dan jatuh
terjelepuk ke lantai. Dia tidak sanggup mahu meneruskan
ucapan silam itu. Hatinya benar-benar merindui Alif.
“Abang... maaf...” Esak tangisnya terus bergema.
Hancur luluh seluruh jiwanya yang sepi.
No comments:
Post a Comment