Thursday, 14 July 2016

Sesuci Cinta Qaseh - Bab 11

SUASANA di ruang bilik pejabat milik Harith
sunyi sepi hatta bunyi seekor cicak pun tidak kedengaran
kala itu. Harith termenung panjang di meja kerja sambil
merenung kosong pada gumpalan asap tipis yang keluar dari
mulut mug yang berisi air koko panas kegemarannya itu.
Sudah menjadi kelazimannya, dia akan meminta Zana iaitu
PA kepadanya supaya membuatkannya semug koko panas
pada setiap petang sebelum habis waktu pejabat.
Dokumen yang berselerak di atas meja kerjanya juga
dipandang sepi tak terusik. Dua hari bercuti memang banyak
kerja yang tertangguh dan perlu diselesaikan, namun entah
mengapa mood untuk dia bekerja pada hari itu benar-benar
ke laut.
Entah mengapa juga, semenjak pagi tadi sampailah
sekarang, pusat fikirannya hanya tertumpu kepada Qaseh
sehinggakan satu kerja pun tidak menjadi. Bermacam
persoalan bermain dalam benak fikirannya, semuanya
menyesakkan dan melemaskan perasaan. Wajah Qaseh yang
nampak sayu dengan mata yang berkaca pagi tadi seakan
menari-nari di ruang matanya seolah-olah wayang gambar
yang sengaja diulang tayang.
“Kenapa dengan dia ek? Redup mata dia tu...
seolah-olah dia ada sembunyikan sesuatu.” Harith mengomel
perlahan, bercakap dengan dirinya sendiri. Pipi yang tidak
gatal digaru lama seolah-olah mahu meredakan kekusutan
yang sedang melanda fikirannya, namun sedikit pun tidak
mengurangkan beban perasaannya. Malah fikirannya
bertambah kusut dan berserabut.
‘Agaknya, dia teringatkan datuk dia kut. Isyyy...
entah-entah dia teringatkan mamat kampung tu. Kalau nak
kata teringatkan si Comot tu, memang taklah kut. Hmm...tapi
siapa sebenarnya mamat tu ek? Boleh percaya ke diaorang tu
tak ada apa-apa? Lain macam saja.’ Harith terus berperang
dengan perasaannya sendiri.
Mug yang berada di atas meja dicapai laju lalu
terus dibawa ke mulut. Seteguk koko panas masuk melalui
kerongkongnya, terasa nikmat sekali. Namun begitu otaknya
masih lagi ligat berfikir sambil menikmati minuman
kegemarannya itu.
‘Ehh, yang aku sibuk-sibuk nak fikir pasal dia ni
kenapa? Lantak dialah! Hesy, tapi dia isteri kau Harith.
Mestilah kau kena kisah.’ Perasaannya masih terus berperang
ganas.
“Sayangggg...”
Satu suara lunak dan manja menyapa telinganya
membuatkan lamunan Harith terus mati. Dengan spontan
matanya terus terarah tepat ke tempat datangnya suara yang
lunak dan manja yang dibuat-buat itu.
Sekujur tubuh yang ramping dan tinggi lampai
milik seorang wanita yang sangat dikenali Harith berdiri di
ambang pintu pejabatnya sambil tersenyum lebar. Wanita
yang berskirt pendek paras paha dan berbaju sendat itu terus
melangkah masuk tanpa menunggu arahan Harith.
Mata Harith masih terpaku lama kepada wanita
yang sudah pun berdiri di hadapannya. Bibirnya menguntum
senyum. Dua hari tidak bersua dengan Bella terasa rindu
menggebu di kalbu.
“Sayang, you pergi mana? Dua hari you hilang tanpa
khabar. I telefon tak berangkat, mesej pun tak berbalas.
Miss you so much...” ucap Bella dengan suara manja yang
dibuat-buat bersama lenggok tubuh yang menggoda seperti
kebiasaannya. Tangannya sudah merayap mesra pada bahu
Harith, mengulas lembut dari belakang.
Harith tersenyum lebar, senang dibelai begitu.
Arrghhh!!! Mana-mana lelaki pun akan suka kalau disentuh
dan dibelai oleh seorang wanita yang cantik dan seksi seperti
Bella. Tangan halus Bella terus merayap mesra dan kini
singgah pada dadanya yang bidang pula. Bulu roma Harith
mula menegak.
‘Isyyy!!! Tak boleh jadi ni...’ getus Harith dalam hati.
“Bel, please stop it!” Laju tangan Harith menyambar
tangan halus milik Bella, menahan Bella daripada terus
menggodanya. Gila! Jika dibiarkan, bimbang pula nanti kalau
pekerjanya nampak dan tentu mereka akan menjadi bahan
gosip terhangat.
“What??? Sejak bila you pandai menolak ni?”
bentak Bella kasar. Dia terus merentap kasar tangannya dari
genggaman Harith. Mukanya sudah mencuka. Sakit hati betul
dia dengan sikap Harith itu. Sudahlah dua hari menghilang
tanpa berita, dah jumpa boleh pula buat perangai.
“Sayang... ni pejabat. I tak nak nanti pekerja-pekerja
I nampak dan kita akan jadi bahan gosip mereka.” Pujuk
Harith lembut sambil matanya merenung tepat pada wajah
masam Bella.
“Alasan! You sengaja, kan? Sebelum ni okey je.
Macamlah I tak tahu ke mana you menghilang dua hari ni.
You pergi kahwin, kan???” Wajah Bella makin mencuka.
“Err... mana ada. Sayang, jangan mulakan boleh
tak?” Muka Harith sudah berubah riak namun cuba dikawal
sebaiknya. ‘Hai, mana pulak minah ni kutip cerita ni?’
“Mulakan apa?”
“Mula bercakap yang bukan-bukan.”
“Bukan-bukan?” Bella sudah tersenyum sinis. Hati
Harith mula berasa tidak sedap dengan keadaan itu.
“You tak payah nak tipu I Harith. I dah tahu
semuanya. Tok ayah you yang beritahu I semua tu. Dia minta
I jauhkan diri daripada you. Ini cek kosong yang dia bagi pada
I sebagai ganjaran untuk I jauhkan diri daripada you.”
Sekeping cek kosong melayang jatuh di atas meja
betul-betul di hujung jari Harith. Sepantas kilat Harith
menyambar cek itu dan merenungnya dengan dahi yang
berlipat. Cek itu masih kosong!
Bella tidak sebodoh itu. Dia tahu harta Tan Sri Musa
tidak akan luak hanya kerana sekeping cek. Jika dia mahu
terus hidup dalam kemewahan, dia harus terus bersama
Harith kerana dia tahu harta Tan Sri Musa tidak akan habis
walau sampai generasi ketujuh sekalipun. Walaupun keluarga
dia juga tergolong dalam golongan ahli korporat, tetapi
kekayaan keluarga Harith mengatasi harta keluarganya. Tidak
semudah itu dia mahu melepaskan Harith daripada hidupnya.
“Okey.... listen here! Perkahwinan ini atas permintaan
tok ayah. I tak nak. Sayang... I betul-betul cintakan you. You
tahu kan, taste I macam mana? Mustahil I boleh suka pada
perempuan kampung macam tu. I terpaksa ikut. Kalau I
membantah, I akan hidup merempat. I’m so sorry, sayang...”
begitu bersungguh-sungguh Harith menuturkan kata cuba
memujuk dan meyakinkan Bella. Bimbang kalau Bella
berubah hati.
“I ikhlas cintakan you... I rasa terhina bila tok ayah
you buat I macam ni. I tak perlukan duit you. Papa I pun ada
duit. I tahu family I taklah sekaya family you, tapi janganlah
hina I macam ni.” Bella sudah mula berdrama. Mukanya
sengaja disedihkan.
“Sorry, I tak sangka tok ayah akan buat macam
ni. I akan pujuk tok ayah. You bagi I masa ye. I betul-betul
cintakan you. Percayalah!” Tangan Bella dikucup mesra.
“I percayakan you sayang... I cuma merajuk! I
rindukan you...” Bella sudah mula bertenang semula. Tangan
Harith digenggam lama, memicit-micitnya dengan lembut
dan penuh menggoda.
“I miss you too honey...” ucap Harith lembut, penuh
romantik. Senyuman manis bermain di bibir. Senang sekali
rasa hatinya apabila emosi Bella sudah kembali seperti biasa.
“Malam ni kita keluar ye? Dah lama tak spend time
dengan you. Kita pergi clubing ek?”
“Hmm... malam ni tak bolehlah sayang.”
“Kenapa tak boleh?” Bella sudah tarik muka.
“Nanti tok ayah bisinglah sayang.”
Harith sudah serba salah. Mata Bella direnung
lama, cuba memujuk buah hatinya. Jika diikutkan kata hati,
dia memang mahu sangat habiskan masa dengan kekasih
hatinya itu. Sudah lama dia tidak berkunjung ke kelab,
bersuka ria dengan kekasih hatinya dan kawan-kawan. Dia
rindukan suasana kelab yang hingar-bingar itu. Bagi Harith,
dengan berkunjung ke kelab malam bersama Bella dan
kawan-kawannya dapat merehatkan otak dan menenangkan
fikiran yang penat bekerja pada siang harinya.
Tetapi apabila terbayangkan saja wajah tok ayahnya
dan teringat kembali amaran keras tok ayahnya itu, hatinya
Luvis Eija
97
menjadi kecut. Kalau datuknya tahu dia pergi lagi ke kelab itu
bersama Bella dan kawan-kawannya, alamat tempah mautlah
dia.
“Eleh! Cakap jelah you takut isteri. Belum apa-apa
lagi dah kena kontrol. Jomlah sayanggg... tadi cakap rindu...”
Bella terus merengek manja. Tangan Harith diusap lembut.
Lama Harith terdiam, berfikir sama ada mahu
memenuhi permintaan Bella ataupun tidak. Jika menolak,
bimbang pula kekasih pujaan hatinya itu merajuk. Jika dia
bersetuju pula, bermakna dia kena bersiap sedia menghadapi
amarah tok ayahnya.
‘Arrghh!!! Kusutnya...’ Harith mengaru kepala.
“Hmm... baiklah. Tapi tak boleh balik lewat sangat
tau. I minta you sabar sikit je lagi. Lepas I pindah dari rumah
tok ayah, I janji kita akan jumpa tiap-tiap hari okey?” Akhirnya
Harith menurut juga permintaan Bella.
Bella tersenyum senang tanda menang.
“AWAL awak balik hari ni?” Latipah menegur suaminya
yang sedang duduk berehat di kerusi rotan yang terletak di
anjung rumah teres setingkat milik mereka. Tanpa dipelawa,
dia turut sama duduk di situ bersama suaminya. Wajah Sufian
yang nampak ketat lagi kelat itu ditatap lama. Dalam hati
dia dapat menduga apa yang sedang bermain dalam fikiran
suaminya itu.
“Hai, dah tak boleh bercakap pulak. Ni mesti awak
jumpa dengan budak tak guna tu, kan?” Latipah sudah hilang
sabar. Dia mula menarik muncung. Faham benar kalau
suaminya bersikap begitu, tidak lain dan tidak bukan pasti dia
sedang fikirkan anaknya.
“Hmm.... awak ni. Tak boleh ke kalau panggil
budak tu dengan panggilan yang elok sikit?” Sufian bersuara
perlahan tapi bernada keras. Sakit juga hatinya kerana sering
kali juga Latipah memanggil anaknya dengan panggilan
‘budak tak guna.’
“Dah memang dia tak guna, awak nak saya panggil
dia apa? Selama ni ada ke dia hormat awak sebagai ayah dia?
Saya ni... saya ni dia buat macam musuh!” bentak Latipah
keras. Wajah suaminya yang tampak tidak senang dengan
kata-katanya itu terus dipandang. Rasa sakit hatinya kerana
Sufian masih tetap membela Qaseh, walaupun Qaseh
langsung tidak menyukai mereka.
“Sudah-sudahlah tu Tipah... kita yang salah. Qaseh
tu jadi macam tu disebabkan kita juga. Kalau dulu awak
bersetuju nak jaga dia, bela dia... mungkin dia tak akan
benci kita macam sekarang.” Kali ini suara Sufian seakan
kedengaran dalam tekak sahaja. Sebak rasanya terkenangkan
kesilapan sendiri. Kalau dulu dia dan Latipah jaga Qaseh,
tidak abaikan Qaseh, mungkin semua ini tidak akan terjadi.
“Ohh!!! Sekarang awak nak salahkan sayalah? Dia
bukan anak saya, buat apa saya beria-ria nak jaga dia.”
“Astaghfirullahal'azim... cuba bawak mengucap
Tipah oiii... anak saya, anak awak jugak.” Sufian sudah
merenung Latipah dengan tajam, sakit hati mendengar
kata-kata isterinya sebentar tadi.
“Alah! Buat apa nak difikirkan lagi pasal budak tu.
Dia dah hidup senang-lenang sekarang.” Balas Latipah masih
belum mahu mengalah.
“Saya rasa... dengan pernikahan ini dia semakin
bencikan saya.” Akhirnya terluah juga apa yang terbuku
di hatinya selama ini. Sufian begitu yakin Qaseh semakin
membencinya. Buktinya pagi tadi. Qaseh langsung tidak
mahu bercakap atau memandang wajahnya.
“Alah!!! Berlakon je tak suka. Mana ada orang yang
tak suka dapat kahwin dengan cucu orang kaya. Dahlah,
malas saya nak bertekak dengan awak pasal budak tu.” Pantas
Latipah bingkas bangun dan berjalan terkedek-kedek menuju
ke dalam rumah tanpa mempedulikan pandangan suaminya
yang sudah semacam itu.
Sufian mengeluh kecil.
QASEH termenung di sofa empuk yang terletak kemas di
ruang tamu rumah mewah itu. Telefon yang tergenggam erat
di tangannya dipandang sepi. Dia baru sahaja habis bercakap
dengan datuknya. Rasa rindu terus menggebu di kalbu. Baru
sehari berjauhan dengan datuknya, tetapi bagai setahun
lamanya.
Televisyen besar bersaiz 84 inci yang terpasang
sedari tadi seakan bercakap sendiri. Rancangan dokumentari
berkisarkan tentang lava gunung berapi yang bersiaran sedari
tadi langsung tidak menarik minat Qaseh saat itu. Pusat
ingatannya hanya tertumpu pada satu, pada datuknya yang
berada nun jauh di kampung.
Walaupun baru sekejap tadi dia bercakap dengan
datuknya di telefon, hatinya masih tetap gusar. Menurut
Aamar, datuknya kurang sihat. Tetapi Tok Daud bertegas
mengatakan dia sihat-sihat sahaja.
Satu keluhan berat dilepaskan Qaseh. Kusut dan
serabut dengan situasi sekarang. Kenapalah dia mesti melalui
semua ini? Kenapa mesti dia berjauhan dengan datuknya?
Argghh!!! Perasaannya sebal sekali.
“Qaseh, tak tidur lagi?” satu suara menyapa lembut
dari belakang.
Qaseh terus menoleh. Senyuman terus terukir di
bibir tatkala terpandangkan Tan Sri Musa yang sudah pun
duduk di kerusi sebelahnya.
“Belum tok ayah. Tak mengantuk lagi,” balas Qaseh
perlahan.
“Dah lewat malam ni.” Tan Sri Musa menoleh sekilas
pada jam yang tergantung kemas di dinding rumah. Tepat
jam 11.30 malam.
“Harith belum balik lagi ke?” tanya Tan Sri Musa
lagi.
Qaseh hanya menggelengkan kepala sambil
tersenyum kelat.
“Hmmm...” terdengar Tan Sri Musa bergumam
panjang. Rasa marah terus bertandang di hati. Dia dapat
mengagak ke mana cucu kesayangannya itu pergi kerana
sewaktu dia menelefon ke pejabat petang tadi, PA kepada
Harith telah memberitahunya bahawa Harith awal-awal lagi
sudah pulang.
“Banyak kerja kat pejabat agaknya tok ayah,” balas
Qaseh cuba menyedapkan hati Tan Sri Musa.
Tan Sri Musa sekadar tersenyum nipis.
“Ermm, Qaseh nak kerja ye?”
“Ye tok ayah. Kalau boleh, Qaseh memang nak kerja.”
“Kalau macam tu, eloklah. Qaseh kerja saja dekat
syarikat tok ayah. Nanti tok ayah beritahu Harith.”
“Eh, tak payah. Qaseh kalau boleh tak nak kerja satu
bumbung dengan Abang Harith.” Laju saja Qaseh menolak.
Memang dia tidak mahu bekerja di syarikat milik Tan Sri
Musa. Belum apa-apa lagi Harith sudah menuduh dia yang
bukan-bukan. Jika dia bekerja di situ, tak pasal-pasal pula dia
dituduh cuba membolot harta.
“La... kenapa pulak? Kerja satu pejabat, kan senang.
Boleh pergi sama-sama, balik pun sama-sama.” Tan Sri Musa
masih belum mahu mengalah.
“Nanti jemu pula tok ayah. Tak apalah. Nanti Qaseh
cuba cari kerja kat tempat lain dulu,” balas Qaseh lagi.
Sebolehnya dia tidak mahu bekerja di syarikat itu.
“Hmm... kalau macam tu, besok Qaseh cuba pergi
minta kerja dekat syarikat milik kawan tok ayah. Syarikat dia
memang tengah cari pekerja sekarang ni. Nanti esok tok ayah
bagi alamatnya. Dah lewat ni, tok ayah naik tidur dululah.
Kamu pun pergilah tidur.”
“Terima kasih tok ayah. Ermm, tok ayah naiklah
dulu, kejap lagi Qaseh naik tidur.” Qaseh sudah tersenyum
senang. Gembira sungguh rasa hatinya kerana Tan Sri Musa
sudi menolongnya.
“Yalah. Tok ayah naik dulu ye.” Tan Sri Musa terus
berlalu ke biliknya di tingkat atas.
PERLAHAN Harith menolak daun pintu, bimbang akan
mengejutkan penghuni di dalam rumah banglo itu. Dahinya
berkerut melihat lampu di ruang tamu masih menyala.
Segera matanya melirik pada jam yang tergantung kemas di
dinding.
‘Hai, pukul 12.30 malam, siapa lagi yang tak tidur
ni?’ hati kecil Harith terus bertanya.
Langkah Harith terus melaju masuk ke dalam
rumah dan terus mati betul-betul di hadapan sofa empuk
yang berada di tengah ruang tamu itu. Televisyen masih lagi
terpasang menayangkan cerita entah apa-apa, Harith sendiri
pun tidak tahu.
‘Huhh!!! Dah tahu nak tidur, tak reti nak tutup TV.
Ingat datuk dia ke yang bayar bil!’ omel Harith dalam hati.
Laju saja tangannya mencapai alat kawalan jauh dan menekan
butang off.
Kini matanya jatuh tepat pada sekujur tubuh yang
telah pun lena di atas sofa yang empuk itu. Lama matanya
terpaku di situ. Bermacam perasaan bergolak di hatinya kini.
‘Kau ni cantik. Tapi tengoklah pakaian yang kau
pakai. Eee, putus selera aku.’ Getus Harith dalam hati sambil
matanya masih terarah tepat kepada Qaseh yang hanya
berbaju t-shirt longgar dan berkain batik. Qaseh tampak lena
sekali.
Perlahan Harith duduk bertinggung menghadap
Qaseh. Wajah Qaseh yang putih dan bersih itu direnung lama.
Ada rasa yang bergetar di hatinya saat matanya terpaku lama
pada seulas bibir yang merah dan cantik milik Qaseh.
‘Isyyyy, kenapa ni Harith?’ Cepat-cepat dia mengusir
perasaan itu agar menjauh dan tidak terus bermukim di hati.
“Oiiitt!!! Bangun!” Hujung jari kaki Qaseh dikuis.
Qaseh masih tidak bergerak.
‘Tidur mati ke apa ni?’ gerutu Harith geram.
“Hoiii... bangunlah!!!” Kali ini Harith sudah menjerit
di tepi telinga Qaseh.
“Arrgggh!!!” Qaseh turut sama menjerit. Terkejut
dengan pekikan Harith yang begitu dekat di telinganya.
Harith menekup mulut Qaseh dengan laju, bimbang
suara Qaseh mengejutkan orang lain yang sedang tidur.
Mata Qaseh membuntang bulat, merenung tepat pada wajah
Harith yang berada betul-betul di hadapannya. Dadanya
nampak berombak kencang. Dia benar-benar terkejut dengan
pekikan Harith tadi.
“Awak ni dah kenapa, gila???” marah Qaseh dengan
muka mencuka sebaik sahaja Harith melepaskan tekup di
mulutnya. Dia segera bingkas bangun, duduk di sofa sambil
membetulkan sedikit leher bajunya. Harith sudah berdiri
menghadapnya.
“Kau tu tidur mati. Kenapa tidur kat luar ni?” tanya
Harith dengan muka tidak puas hati.
“Saya tunggu awak balik.” Perlahan suara Qaseh tapi
masih dapat didengari Harith.
“Aku tak pernah suruh kau tunggu aku. Lain kali tak
payahlah nak sibuk-sibuk jaga hal aku, faham?” bentak Harith
perlahan tetapi dengan nada yang agak kasar. Meluat pula dia
melihat Qaseh yang berlagak seperti seorang isteri solehah.
Qaseh terkedu. Air liur yang terasa penuh di
kerongkong ditelan beberapa kali.
‘Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang tinggi,’
doa Qaseh dalam hati. Mata yang mula mahu berkaca
ditahan sekuatnya. Nafasnya ditarik panjang dan dilepaskan
perlahan-lahan. Dia sedikit tenang.
“Faa... faham. Tapi...” kata-kata Qaseh mati di situ.
Harith sudah jauh ke depan, mendaki anak tangga menuju
ke bilik. Qaseh masih lagi kaku di sofa memandang Harith
yang seakan-akan tergesa-gesa saja memanjat anak tangga.
Hatinya terasa sakit. Sakit dengan sikap dingin dan kasar
Harith. Selama ini belum pernah dia berasa sakit hati seperti
ini. Sakit diabaikan ayah kandung sendiri pun tidak dapat
menandingi rasa sakit hati apabila dibenci suami sendiri.
‘Ya Allah, kenapa ini yang harus aku lalui? Apakah ini
balasan untukku kerana terlalu bencikan ayah kandungku?
Apakah ini balasan atas dosaku kerana derhaka kepada
ayahku? Apakah ini kesakitan yang sama dirasai oleh ayahku
atas segala sikap dinginku? Inikah karma-Mu Ya Allah...’ hati
kecil Qaseh terus merintih dan merintih. Sebutir mutiara
gugur menyapa pipinya tanpa dipaksa-paksa.

No comments:

Post a Comment