Thursday, 23 February 2017

Jujurlah... Sayang! - Bab 8



TAK NAK!!! Tak nak! Tak nak!
Aku rasa nak meraung sampai nak terkeluar anak
tekak je bila nampak semua rakan sekerja Ajrun dah makin
mendekat. Dan baru aku perasan semuanya lelaki.
Aku telan liur yang dah terasa payau. Tapi
memandangkan hari ni hari terakhir Ajrun berkursus, maka
diaorang dah berpakat nak pergi ke Serikin. Dan disebabkan
aku tak mungkin nak duduk sorang-sorang di dalam bilik
lepas kejadian sadis kat tangga tu, aku pun turut serta. Tapi
sekarang rasa menyesal tak sudah apatah lagi apabila tengok
bos Ajrun yang err! Hesy... malulah...
Aku tak jadi nak balik awal lepas kena pujuk dengan
Ajrun. Lagipun sebenarnya aku bimbang juga kalau pa dan
ma syak sesuatu bila aku balik tiba-tiba tanpa Ajrun. Peristiwa
malang tu memang tak sampai pada pa dan ma pun. Tak nak
sakitkan kepala mereka yang jauh di semenanjung.
Mataku jatuh pada bos Ajrun yang santai bert-shirt
ungu. Wow... nampak menyerlah dengan kulitnya yang putih
bersih itu. Aduhai... kenapalah dalam banyak-banyak bos
dekat KL tu, mamat tu juga yang terpilih? Ajrun... tolonglah
berhenti kerja demi akak.
“You dah okey ke, Aira? Ajrun tu risaukan you macam
nak gila.” Bon, salah seorang teman sepejabat Ajrun sengih.
Aku pun senyum juga.
“Alhamdullilah, dah okey sikit... sorry for the drama
anyway.”
Bon gelak.
“Seronok layan sinetron. Lama dah tak tengok.”
“Oh God. Itu ayat makan dalam punya.”
“Tak sangka betul ek. Ajrun kerek tu berjiwa
penyayang rupanya.”
Aku ketawa kecil.
“Ra! Cepat naik kereta. Bon... kau jangan nak tackle
akak aku kat tengah-tengah panas inilah!”
Aku sedekahkan jelingan maut kepada Ajrun. Kurang
asam punya adik. Bon angkat tangan sambil menjerit sama.
“Aku pun tak inginlah nak jadi abang ipar kau oiii...”
Aku buka pintu kereta. Sebuah kereta disewa oleh
Noah. Itu mengikut cerita Ajrun sebab tak nak susah-susah
naik teksi. Err... aku nak duduk kat mana? Belakang tu dah
penuh dengan empat orang manusia. Tu pun dah sempit dan
rasanya memang dah tak muat nak tambah aku sorang kat
situ. Mahu sesak nafas kalau duduk sejam dua macam ni.
Ajrun kat tengah-tengah diapit oleh Bon, Shaf dan Zuk.
Tiga manusia tu tayang muka blur. Ajrun buat
muncung kat depan. Terus berubah rona wajah aku. Tak... tak
mungkin!
 “Tak nak naik ke?” Orang tu tanya.
Aku telan liur. Tiba-tiba sahaja aku tidak keruan.
Boleh tak kalau buat pekak je?
“Kau nak duduk atas riba aku ke?” Ajrun sengih
jahat, disusuli dengan ketawa tiga manusia kat belakang tu.
Orang depan dah tersenyum tipis.
Aku ketap bibir, merengus dalam diam. Apa punya
soalan tu? Dengan gaya tak rela, aku tutup balik pintu
bahagian belakang dan buka di bahagian depan sebelah
pemandu.
Tali pinggang dipasang. Kereta meluncur laju.
“How are you today? Feeling better?” Soalan itu
rasanya memang ditujukan kepada aku sementelah Noah
mengerling lunak ke arahku.
Aku menatapnya sekilas. Tiba-tiba, suara aku bagai
tersekat di kerongkong, tidak mampu mengeluarkan kata.
Alamak... kenapa aku cuak sangat ni? Apa dah jadi?
“Dah okey dah, bos. Waktu I kerja memanglah dia
berkurung kat dalam bilik. Tapi kalau malam-malam buta tu,
kami merayap je naik cab.” Ajrun menjawab laju bagi pihak
aku.
“Good.”
“Orang gila agaknya nak kacau you hari tu, Kak
Aira.” Shaf bersuara, namun aku dan Ajrun serentak tertawa.
Lucu sangat. Sangat!
“Eh... salah ke ayat saya? Oh, okey... orang yang baik
lagi alim kut...” Shaf buat-buat ketuk dagu.
“Bukanlah! Yang kau panggil kakak aku tu kakak,apa
jadahnya? Bila masa aku ni beradikkan kau?”
“La... tak boleh ke? Orang nak hormat je, kan Kak
Aira?” Dari cermin pandang belakang, Shaf menjongketkan
kening ke arahku, memohon pandanganku barangkali.
“Ajrun cemburu tu, ada orang ambil kedudukan dia
sebagai adik. Hahaha.” Bon gelak kuat. Ajrun sudah geram
apabila dia pula yang dikenakan.
“Saya pun nak jadi adik jugalah, Kak Aira oiii...” Zuk
tak mahu ketinggalan. Aku tertawa cuma. Letihlah melayan
lelaki-lelaki nakal di belakang tu. Dan saat ini barulah aku
tersedar, dari tadi, Noah hanya tersenyum. Tawaku spontan
memudar.
Seketika, aku rasa macam mahu menangis pula.
Rasa macam aku sorang-sorang je kat dalam kereta ni. Mereka
berlima dah mula berbicara mengenai kerja. Maklumlah, bila
Noah selaku ketua dah mula buka mulut pasal kerja, takkan
diaorang nak melencong ke lain kan? Patutnya aku ikut
nasihat Ajrun agar jangan datang ke sini dan ganggu waktu
dia bekerja. Namun menyesal kemudian hari dah tak ada
gunanya, Aira. Aku menasihati diri sendiri.
“Diam je adik you, Ajrun.”
Aku tersedar apabila dengar orang sebelah sebut
pasal aku.
Aku pandang dia dan dalam masa yang sama, dia
mengerling ke arahku. Errr... hati aku tidak tenteram.
Jantung berlagu tak tentu arah. Sah... aku dah gila.
“Always like that with a stranger, boss.” Ajrun
menjawab sambil gelak. “Dia cakap bila perlu je. Kalau malas
nak layan, dia senyum je. Orang lain nampak macam dia
senyum manis, tapi kalau I, I tahu dia senyum buat-buat je
depan orang yang dia tak kenal.”
“Shut up, Run.” Nada suaraku terdengar keras.
Pandanganku menangkap mereka yang sekadar tertawa suka.
Amboi, bukan main lagi gelakkan aku ek? Apa yang lucu
sangat, aku pun tak pasti.
Hampir setengah jam kemudian, kereta
diberhentikan. Aku membuka pintu kereta. Dahi berkerut
seribu. Kenapa familiar sangat ni?
“This is Giant, Ajrun. I thought Serikin. Kalau
macam ni, KL pun ada.” Aku dah jerit kat telinga Ajrun saat
kami beriringan masuk ke pasar raya Giant.
“Bos nak jumpa adik dia kat Giantlah.”
Aku tak beriak. Okey. Fine. Boss is always right!
“Adik dia belajar kat UNIMAS and on the way nak
outing kat sini. So, diaorang nak buat jejak kasih kejap lagi.
Lagipun bos malas nak masuk Kota Samarahan.”
“Bos kau tu orang Sarawak, kan?”
“Yup. Mixed Chinese and Iban. Kalau aku tak silap,
mak dia Iban and ayah dia Chinese. Aku kenal cousin dia,
kawan aku kat Jepun. Mr. Noah tu pernah kerja kat Jepun
after grad.”
Chinese dan Iban. Patutlah handsome. Aku buat
kesimpulan sendiri. Kesimpulan sebelum ini memang sudah
tepat cuma ketinggalan yang mixed tu aje. Di mata aku,
memanglah lelaki itu kacak. Eh?
“Tapi aku tak kenal dia ni. Maksud aku, kenal pun
melalui Jik Keng, sebab Mr. Noah selalu juga pinjamkan
kereta dia pada Jik Keng.”
“Wahhh... mesti kaya nak mampus, kan?”
Ajrun angkat bahu.
“Entah. Mana aku tahu. Tanyalah dia. Kayalah kut
kalau dah ada business sendiri. Sebenarnya, Xrex ni dia punya
dan Mr. Law, rakan kongsi dia. Tapi, sekarang ni Mr. Law kat
London. Jadi Xrex sekarang dah macam full under dia. Aku
pun tak pasti juga. Macam biasalah, Ra... Chinese ni kan suka
business. Kat mana-mana pun fikir nak buat duit je. Aku
salute jugalah dengan cara diaorang yang pandai berniaga ni.
Masa kat Jepun dulu, dia buat niaga juga,” cerita Ajrun.
“Wow... bila kau nak niaga jugak, Run?”
Ajrun buat muka.
“Bila kau bagi aku modal.”
Aku gelak.
“Banyaklah kau. Aku sendiri tak cukup modal nak
hidup, nak bagi kau pula. Memang taklah.”
“Anyway, Mr. Noah tu tak sombong. Walaupun agak
tegas dan keras kepala. Kalau masa meeting, tiba-tiba ada
phone berbunyi masa tu, memang sah cari nahas. Memang
kena bersoal jawab kat dalam bilik dia. Nasib aku tak pernah
kena.”
“Kena apa, Ajrun?”
Hampir terjelepok aku apabila Noah sudah berjalan
di sebelahku.
“Tak adalah bos, Aira ni... auchhh...”
Berkerut seribu dahi Ajrun bila pahanya aku pulas
kasar.
Aku nampak Noah menahan senyum melihat tingkah
kami dua beradik. Mungkin nampak sangat rapat dan natural.
Aku dan Ajrun memanglah begini. Dah terbiasa dengan gaya
kami yang happy go-lucky. Kalau ada yang tak tahu pasal
hubungan kami ini, pasti ada yang tersilap anggap melihat
kemesraan yang kami paparkan.
“Ajrun, rapat betul kakak you berjalan kat tepi you.
Tak pasal-pasal ada yang ingat she’s married to you.”
Aku memuncung. Tolong sikit ya. I’m still single.
Ajrun gelak. Bahuku dipeluk erat.
“You got a point there, boss. Dah banyak kali kawan
dia nak tackle tak jadi bila nampak I peluk dia macam ni.”
Aku mencemik. Yalah tu. Eleh, padahal aku
yang selalu kena sembur dengan kawan perempuan dia.
Menyampah betul!
“Back to the main point. Apa yang you all bualkan
tadi?” Noah menatapku.
“Nothing important,” balasku.
Noah angkat bahu.
“Adik I baru nak bertolak. So, jom makan dekat SCR
dulu. Diaorang bertiga tu dah duduk agaknya.”
“SCR? Apa tu? Syurga Cinta Restoran ke?” Aku geli
hati dengan pertanyaan sendiri.
Noah tergelak. Ajrun dah terkekeh ketawa sambil
meluku kepalaku.
“Kau gila ke apa?”
“Singapore Chicken Rice.” Suara kat sebelah kanan
seakan berbisik lembut.
Aku rasa lututku menggigil. Kalau ya pun tak
payahlah nak berbisik, encik abang oiiii.

“SIAPA NAK belanja ni?” Ajrun dah suap makanan ke mulut.
“Boslah, siapa lagi.” Shaf jawab sambil sengih.
“Ada orang lain ke yang sudi?” Noah selamba
membalas.
Mereka terus tergelak. Aku pula hanya senyap sedari
tadi.
“You kerja kat mana, Aira?” Tiba-tiba Noah bertanya.
Semua diam. Mata sama menala pada aku kecuali Ajrun yang
sedap melantak.
Kena jawab ke? Aku sepak kaki Ajrun kat sebelah,
minta tolong. Tapi Ajrun sepak kaki aku balik.
“Mana-mana je...”
Aku nampak mata Ajrun terbeliak tatkala mendengar
jawapan hebat lagi bergaya daripada aku. Mesti dia nak kata
yang jawapan aku tu boleh menghilangkan maruah dia
sebagai adik.
Noah pula senyum sampai tak nampak mata. Yang
lain sudah tergelak habis.
Aku hirup Iced Lemon Tea perlahan.
“GS design. ID.”
“GS Design?” Pandangan Noah seperti tidak percaya.
“Choo???”
“Yes, boss. Projek terbaru Xrex dengan GS Design
bawah kakak I dengan Encik Rusdi. Hari tu dialah yang
bentang proposal dekat I, untuk dekorasi ruangan lobi
pejabat tu,” jelas Ajrun.
“Wow! That's good news.” Noah teruja.
Aku dan Ajrun saling berpandangan seketika. Apa
yang baiknya?
“Lepas ni boleh minta tolong youlah kalau nak
masuk rumah baru.” Zuk mencelah.
“No problem, tapi harga kena up sikit,” usikku.
“Gila duit.” Kepala aku disenggol Ajrun perlahan.
“Hesy... busuklah kau ni. Mesti mandi tak pakai
sabun, kan?” tanya aku kepada Ajrun.
“Hello... excuse me. Kau ingat aku macam kau?” Aku
dan Ajrun dah mula berbalas kata.
“Sabar jelah aku tengok kau dua beradik ni. Nampak
macam best pulak ada kembar.”
“Tak best!!!” Errr... aku dan Ajrun bersuara serentak.
Terus terpaku seisi meja.
“Gege (Abang)!!!” Satu suara nyata memeranjatkan
mereka. Lagi terkedu apabila nampak Noah yang sedang
duduk itu dipeluk erat oleh seorang gadis. Sudu sampai
terlepas daripada tangan Noah. Mata aku dah jatuh pada
badan budak perempuan itu.
Hampir buntang aku melihatnya. Mak ai... ada
masalah kewangan ke? Bukan main seksi lagi. Dengan baju
ketat yang terbuka luas sehingga menampakkan lurah dada
dan kain skirt paras paha, aku yakin... pasti gadis ini sudah
mengundang banyak mata-mata nakal.
“You are late.” Noah dah tarik kerusi untuk adiknya
yang berambut perang, seiras Noah. “Be introduced to my
friends and you all... my baby sister. The only one.”
“Erine...”
Sesi bersalam dengan Erine berjalan lancar. Aku
tak puas hati apabila tengok Ajrun, Bon, Zuk dan Shaf
pun menghulurkan tangan. Tapi aku cuba bersangka baik.
Agaknya mereka tak mahu menjatuhkan maruah gadis cantik
yang menghulur salam terlebih dahulu. Sesudah itu, bermula
pula sesi menonton drama tanpa sari kata yang berjalan buat
beberapa minit.
“You cakap semua lelaki, gege?” omel Erine.
“Aira is not my staff. She’s Ajrun’s twin.”
Amboi... bukan sepatutnya aku ke yang jawab?
Pandangan Erine bercahaya ke arah kami. Lepas
tu pot pet pot pet mulut gadis itu bising bersuara dalam
bahasa ibundanya. Bukan main rancak lagi si Erine berborak.
Sesekali Noah menggeleng kepala.
“Gege, I nak shopping nanti.” Erine meleretkan
senyum. Yang lain tu jadi tukang dengar ajelah. Aku geli hati
tengok gaya manja Erine. Noah dah siap angkat kening.
“Where to?”
“Viva City, Spring and...”
“So?”
“So? Erm... I think I'm interested in your credit card
today.”
Erkkk! Fulamak... macam tu ke minta duit dengan
abang tersayang? Rahang dah jatuh. Aku senyum tipis apabila
Noah buat-buat mengeluh.

“I DON’T think its a wise decision. I mean at this time. You
are definitely looking for trouble, gege.”
Aku memicit kepala. Sakit. Pandanganku sudah
mula terasa berpinar- pinar. Nampaknya apa yang dikata Erine
memang benar belaka. Jam 10.30 pagi bukan waktu yang
sesuai untuk mula bertolak ke Serikin. Memang menempah
bala. Masakan tidak, kami sampai ke sini setengah jam
sebelum pukul 12. Matahari terik di atas kepala. Ramainya
manusia. Subhanallah. Aku rasa badan aku memang dah
basah dengan peluh.
Ajrun dan yang lainnya dah menghilang. Katanya
nak cari kasut kulit. Pesan Ajrun, aku belikan untuk ma dan
dia belikan untuk pa. Adil! Huh, aku mengeluh. Aku rasa
penat. Salah aku! Salah aku yang menyuruh Ajrun tinggalkan
aku kat sini sorang-sorang. Kononnya aku boleh jalan sendiri.
Aku berhenti di salah sebuah deretan kedai. Wow...
Memang dah rasa macam kat Jalan TAR. Banyak sangat
pakaian murah. Tapi semua ni tak baik untuk ekonomi
sendiri. Bahaya. Kedai pakaian berderet-deret. Sekali dengan
periuk belanga pun ada kat sini.
Aku beli kardigan labuh berwarna jingga untuk diri
sendiri dan jubah jean untuk ma. Tak lupa juga kain telekung
yang aku rasa memang murah sangat kat sini.
“Aira...”
Aku angkat kepala apabila terasa diri dipayungi. Fuh,
terasa lega bila ada perlindungan daripada sang suria yang
tengah memancarkan sinar. Noah terpacak di hadapan aku
dengan payung berwarna ungu. Eh, aku rasa tadi tak ada
apa-apa kat tangan dia masa keluar dari kereta. Aku nampak
muka dia dah macam udang kena bakar pun ada. Pipi dia yang
putih melepak dah bertukar warna. Peluh menitik di dahi dan
bawah mata lelaki itu.
Aku gelak dalam hati. Lelaki yang satu ini tetap
nampak kacak walaupun dalam keadaan panas macam ni.
Erk... Aku terpinga-pinga dengan rasa hati sendiri. Aku dah
gila ke? Aira, behave...
“Where did you get the umbrella?”
“Where?” Dia menjerit sebab bunyi bising sangat kiri
kanan. “Beli! It's so hot! My only wish now is ada swimming
pool kat tengah-tengah lautan manusia ni. I sanggup bayar
berapa pun asalkan dapat berendam kat dalam tu. Even for
10 minutes only,” ujarnya bersungguh-sungguh. Belakang
lengan menyapu peluh di dahi.
Aku gelak.
“What?” Dia bulatkan mata. “Apa yang lucu? I'm
telling you the truth,” katanya lagi. Dia menyangka aku
mempersendakannya.
Aku menayang senyum.
“Merah sangat muka. Dah macam anak patung
Barbie yang I main waktu kecil-kecil dulu. Letak gincu kat
pipi diaorang...” kataku.
Waktu itu juga, Noah pandang aku lama. Aku telan
liur yang tiba-tiba jadi payau. Kenapa dia pandang aku begitu?
Di bawah payung itu, kami saling berpandangan.
Seolah-olah tiada apa-apa di kiri dan kanan. Hanya aku dan
dia. Noah mendekatkan bibirnya ke telingaku. Aku menahan
ketar.
“Barbie was a fake, but I’m not.” Lembut sahaja
tutur itu menyapa ke cuping telingaku.
Oh Allah... Aku kelam-kabut, gelabah dan tidak
keruan. Gila! Muka aku pula yang naik merah apabila perasan
mata Noah yang begitu nakal menatapku.
“Errr... I nak beli barang.” Dalam cuak, sempat lagi
aku buat ayat. Huru-hara sungguh degup jantung aku kala
ini.
Noah senyum manja.
“I temankan you.”
Aku biarkan dia memayungi aku sepanjang kami
menyusuri deretan gerai di situ.
“Dah berapa kali datang sini? Macam tak biasa je
datang sini?” Aku bersuara apabila rasa dua-dua macam
patung bisu.
“Not really. Ini kali kedua. I should have listened to
Erine, anyway.”
Aku angguk. Memang pun.
“Let's not talk about the heat. Anyway, your Ajrun
and others seemed to enjoy it here.”
Haha. Itulah... Ajrun tu kaki shopping. Suka benar
dia kalau ada tempat membeli-belah yang kena dengan jiwa
macam ni. Tambah-tambah yang murah.
 “You beli apa?” soal Noah.
“Kardigan dengan telekung untuk ma I.”
“Telekung?” Dia pandang pelik. “What's that?”
Ops, lupa pula.
“Kain untuk solat.”
“Oh ya... ermmm... good.”
“I asal sini, tapi I dah lama stay in KL. I rasa you
dah familiar dengan kawasan rumah I...” Hujung suaranya
yang meleret itu buat aku malu sendiri. Eee... ini mesti nak
ingatkan aku pasal pencerobohan paling hebat sepanjang
hidup aku.
“Bila I fikir balik, I tak sangka ada perempuan yang
sanggup main terjah masuk rumah orang macam tu. Such an
extraordinary girl!” Noah mengomen aku. Huh!
Aku diam. Bila aku ingat balik, aku pun rasa aku gila.
Nasib baik Noah tak sampai lapor kepada polis ke, buat jahat
kat aku ke... Memang kira aku bertuah sebab pandai pilih
rumah. Hahaha...
Aku garu kepala yang bersalut tudung.
“I tahu you tak sangka. Actually, I pun tak sangka...”
Noah gelak.
“Mesti you dah desperately looking for a toilet
sampai dah tak fikir kesannya bila buat kerja gila tu, kan?”
Aku angguk.
“Yes!”
Kami membisu seketika.
“Noah...”
“Yup.”
“Thanks.”
Dia pandang aku.
“For what?”
“Untuk scene pertama dekat rumah you and scene
kedua semalam. Thanks for everything.”
Noah mengukir senyum manis untuk aku.
“Sayang sekali, I rasa you dah lupa kali pertama kita
jumpa. But not me.”
Aku pandang dia dengan penuh tanda tanya.
“You should at least say sorry to me. Tumpang meja
I dan habiskan makanan you.”
Errr... aku rasa nak tepuk aje mulut dia, suruh
berhenti. Adus... macam mana aku boleh lupa babak yang
terlebih dahsyat tu?
Aku menahan malu. “Sorry...”
“Tak apa, Aira. I hargai kenangan tu. In fact, I hargai
setiap kenangan yang ada antara kita.”
Kali ini, suara Noah yang kedengaran bergetar
menahan rasa membuatkan aku terkedu sendiri. Kenangan
antara kita? Apakah? Mana ada! Ajrun... aku nak balik! Aku
dah jerit kuat-kuat dalam hati.
“I rasa I pun nak berterima kasih pada you untuk
shaver yang you poskan tu. Tak sangka, you boleh cari alamat
rumah I. I kagum dengan you. Mana you dapat alamat I ek?
Hmmm... I teka, maybe you terbaca dekat kotak tepi pagar
rumah I, kan? Again, terima kasih. Kalau tak sebab hadiah
bermakna you tu, belum tentu I jadi yang paling kacak dalam
dunia macam ni, kan?”
OMA! Aku rasa nak melaung kat situ juga waktu
tengok lirikan nakal Noah. Memang dia nak kenakan aku
nampaknya. Aduh! Sempat lagi dia hafal ayat pujian aku
kepadanya. Menyampah!.

No comments:

Post a Comment