Wednesday, 19 April 2017

Cinta Asma & Ferhad - Bab 17

“SEJUK?” tanya Ferhad. Tangannya telah
menyauk pinggang Asma dari belakang. Dirapatkan dada
ke belakang tubuh isterinya. Didekatkan wajahnya di antara
bahu dan leher isterinya. Dikucup ringan sebelum beralih
ke bahu Asma. Ditarik sedikit leher baju agar mudah dia
mengakses leher jinjang isterinya.
Asma mengeliat geli. Bulu romanya meremang.
Walaupun begitu, dia tetap merelakan. Malah menikmati
setiap sentuhan suaminya. Dia mahu kumpulkan sebanyak
mungkin memori manis bersama suaminya. Masa mereka
semakin terhad. Dia mahu gunakan sebaiknya untuk
menyenangkan hati suaminya.
“Musim sejuk kat sana mesti lagi sejuk daripada sini,
kan?”
“Hmmm...” Ferhad tidak berminat untuk bercerita.
Sebaliknya dia mahu merasai kehangatan tubuh isterinya,
“Jom masuk. Esok kita sambung tengok pula. Abang
ada banyak benda nak buat dengan Asma ni.”
Berkerut dahi Asma. Pelik. Apa benda suaminya
itu nak buat selain tidur? Bukannya ada aktiviti pun
malam-malam dekat sini.
“Nak buat apa?”
Ferhad balikkan tubuh Asma mengadapnya. Dia
tersengih nakal. Dalam kepala bermacam agenda telah
disusun. Empat hari tiga malam berada di sini rasanya tidak
cukup.
“Macam-macam. Masuklah dulu. Nanti sayang akan
tahu.”
Asma jeling manja. Dadanya berdebar-debar. Rasanya
apabila dia melihat sengih nakal yang tersembunyi seribu
makna itu dia tahu apa agenda suaminya. Masaklah dia kali
ini.
“Abang jangan nak tinggalkan ‘jejak-jejak’ yang boleh
orang nampak pula. Seminggu tak hilang tau. Minggu depan
Asma dah kena daftar masuk UPM.” Asma mengingatkannya
awal-awal. Ferhad ni bukan peduli. ‘Jejak’ yang dia tinggalkan
malam-malam sebelum ni pun banyak yang tak hilang lagi.
“No problem, sayang. Hanya tempat abang dan
sayang je boleh nampak. Tapi kalau sayang nak tinggalkan
kesan dekat abang, no hal. Abang rela.”
Wajah Asma berona malu. Terpandang leher
suaminya yang nampak beberapa tempat lebam. Dia tidak
sedar pun bila dia melakukannya. Malu. Betul-betul malu.
Sampaikan Nek Som menegur Ferhad bertanyakan lehernya,
kena gigit dengan serangga ke? Masa itu, Asma dah tak tahu
nak letak muka kat mana. Cepat-cepat dia bangun menuju
ke singki.
“Kena gigit nyamuk besar, nek. Tak sempat nak
tangkap, dah lari.”
Kalau boleh, ketika itu juga dia mahu berlari balik
ke rumah ibunya.
“Tak lari ke mana tu, malam ni datang lagi. Tak
apalah, kasilah nyamuk tu gigit sampai kenyang.”
Ferhad ketawa bebas. Dia juga yang termalu apabila
melihat senyum mengusik di bibir neneknya.
“Itu terbabaslah. Tak perasan. Abang kenapa tak
bagi amaran awal-awal?” balas Asma apabila mengingatkan
perbualan Nek Som dan Ferhad ketika sarapan semalam.
“Malu kat nenek dan ibu,” sambungnya lagi dengan
bibir memuncung.
“Hahaha... tak apa, sayang. Mereka faham. Kita
kan baru kahwin. Baru rasa indahnya alam rumah tangga.”
Pelukan Ferhad semakin erat.
Tanpa membuang masa, dia angkat tubuh kecil Asma
ke dalam dukungannya dan masuk ke dalam honeymoon
suite mereka.
Mereka diselimuti malam, menikmati indahnya
berbulan madu.

ASMA PANDANG wajah suaminya yang masih terlena. Dia
telah terjaga sejak subuh tadi. Ada juga dia kejutkan Ferhad
supaya bangun menunaikan solat subuh, tapi Ferhad lebih
memilih untuk melayan mimpinya. Ada rasa sayu dalam
hatinya apabila mengetahui suaminya tidak mengambil
berat tentang kewajiban menunaikan solat fardu. Bagaimana
agaknya kehidupan suaminya di sana? Mengikut Nek Som,
anak dan cucunya lebih suka berkiblatkan budaya barat. Arak
macam minuman seharian mereka. Solat pula ikut suka.
Mereka terlalu mengagungkan kehidupan bebas.
Asma jadi takut. Dia tidak mahu suaminya terus
seperti itu. Kufur nikmat. Sedangkan kekayaan dan kejayaan
yang mereka capai itu adalah pemberian daripada Tuhan.
Mereka pula mendabik dada menyatakan itu adalah daripada
hasil penat jerih usaha mereka. Sedangkan Allah SWTlah
yang memberikan semua itu untuk menguji mereka. Menguji
dengan kejayaan dan kekayaan dunia bukan kemiskinan dan
kegagalan.
Wajah tenang suaminya ditenung lagi. Dia
mengeluarkan notepad yang sentiasa dibawa di dalam begnya.
Dikeluarkan juga pensel. Dia mahu melukis wajah suaminya
yang sedang tidur. Kalau boleh dia mahu melukis sebanyak
mungkin gambar suaminya. Tangannya tangkas melukis.
Lama dia tenggelam di dalam keasyikan melukis
sehinggalah Ferhad menempelkan wajahnya ke perut Asma.
“Sayang...”
“Hmmm...” Asma cepat-cepat simpan notepadnya.
Ferhad tidak perlu tahu. Itu rahsianya.
“Temankan abang tidur lagi,” pinta Ferhad.
Asma faham, ada maksud yang tersirat. Dikerling
jam di telefon pintar Ferhad. Sudah hampir ke tengah hari.
“Malam nanti Asma temankan abang tidur lagi. Asma
laparlah. Perut dah berbunyi. Abang tak dengar ke?”
Ferhad buka mata. Dia dapat dengar bunyi perut
isterinya sedang berkeriuk. Tidak sampai hati, dia angkat
wajahnya. Tangan Asma bermain di kepalanya.
“Lapar?” tanya suaminya.
Asma angguk.
“Lapar makanan, bukan lapar benda lain,” jawab
Asma.
Ferhad tersengih. Dia bangkit dan bersandar ke
kepala katil. Tubuh Asma ditarik bersandar ke dadanya.
“Ingatkan Asma nak cakap lapar benda lain. Bolehlah
makan benda lain kejap, lepas tu baru turun makan.”
“Yang tu dah kenyang. Boleh tahan sampai ke malam
nanti. Sekarang ni Asma lapar nak makan. Lepas tu nak pergi
jalan-jalan. Rugilah datang sini tapi berkurung kat dalam
bilik je. Please, abang... bawa Asma jalan-jalan. Semalam
nampak kebun lavender. Asma nak pergi sana. Lagipun ini
kali pertama Asma datang sini. Rasa macam banyak tempat
Asma nak lawat,” pujuk Asma manja.
“Okey, sayang. Abang akan bawa Asma ke semua
tempat yang Asma nak pergi. Tapi sebelum tu...” Ferhad
angkat wajah Asma memandangnya. “Abang nak ‘bersarapan
ringkas’ dulu.” Lalu dirapatkan wajahnya ke wajah Asma.
Disapa bibir isterinya lama. Spontan tangan Asma memaut
leher suaminya. Dah ini yang suaminya mahukan, dia tidak
mampu menolak.

No comments:

Post a Comment