Monday, 11 December 2017

Kunci Hati Hanim - Bab 8

‘I need coffee,’ bisik hati Izzat.
Setelah seharian dia berkurung di pejabat, akhirnya
dia mengalah juga. Dia perlukan rehat dan apa yang sangat
diperlukan sekarang adalah kopi, minuman yang telah lama
ditinggalkan. Kalau dulu minuman itulah yang menjadi
kegemarannya. Tetapi atas nasihat Arham dan demi kesihatan,
ketagihannya terhadap kopi cuba dibuang. Tapi bila tertekan
macam ini, kopi juga yang dicari akhirnya.
Selesai mengemas meja yang berselerakan, Izzat
terus meninggalkan ruang pejabatnya itu.
“Nak balik dah Encik Izzat?” tegur salah seorang
pekerja di jabatan yang sama dengan Izzat.
Izzat menoleh dan angguk dengan senyuman nipis.
“Awak tak balik lagi?”
“Sekejap lagi encik, ada lagi yang perlu saya siapkan.”
“Jangan balik lambat sangat,” pesan Izzat sebelum
berlalu meninggalkan ruangan tersebut.
Laju langkah kakinya diayun ke arah kafe yang
terletak berhampiran dengan pejabatnya. Tidak sampai 5
minit pun jarak perjalanan dari pejabatnya ke kafe tersebut.
Masuk saja ke dalam kafe, bau kopi mula menerjah rongga
hidungnya. Iced Americano dipesan sebelum dia melabuhkan
duduk di salah sebuah meja yang terdapat di sudut hujung
kafe.
Melilau matanya ke sekeliling kafe sebelum tangan
menarik keluar telefon di dalam poket seluar. Jemarinya
mula bergerak scroll atas bawah mencari sedikit pengisian
sementara menunggu minumannya siap. Terus matanya
tertancap pada cebisan kata-kata yang baru dikongsi oleh
salah seorang rakannya di dalam group WhatsApp bekas
pelajar.
‘The word ‘love’ in the Quran appears
in over 90 places but interestingly
it doesn’t define the word love, but
speaks about the very consequences
of love... commitment. Islam talks
about commitments. If you truly
love something or someone, you
commit. If you don’t, then your
claim of ‘real love’ is not real at all.’
– Sheikh Yassir Fazaga.
Lama mata Izzat tertancap pada kata-kata tersebut.
Komitmen. Perkahwinan adalah satu komitmen. Jika dia
ditakdirkan berkahwin dengan Hanim, bersediakah dia
untuk memberi sepenuh komitmen pada perkahwinan
mereka nanti? Sedikit rasa ragu mula menjentik tangkai hati
lelakinya.
Kemudian dia kembali meneliti kata-kata itu tadi. ‘If
you truly love something or someone, you commit. If you
don’t, then your claim of ‘real love’ is not real at all.’ Dua
potong ayat itu diulang baca. Truly love...
‘Do I love her? Jatuh cinta dengan Hanim yang
berwajah serius... Do I?’
Jantung Izzat mula berdetak laju. Kalau tidak cinta,
macam mana nak commit?
‘Isteri itu amanah. Amanah Tuhan dan keluarga si
isteri kepada kita. Amanah adalah sesuatu yang berat untuk
dilaksanakan dan amanah yang diberi haruslah dijaga dengan
sebaiknya.’ Kata-kata Arham turut berlegar dalam mindanya.
Tangan naik mengusap dahi sendiri. ‘What have you done,
Izzat?’ Buat keputusan terburu-buru. Nak kahwin dengan
Hanim? Like seriously? Tanpa sedar dahinya mula berpeluh.
Takut dengan keputusan terburu-burunya itu.
Minuman yang dipesan tiba dan tanpa lengah Izzat
mencicip minuman tersebut bagi menghilangkan rasa
dahaga yang menjengah saat dia berperang dengan perasaan
sendiri. Badan disandarkan ke belakang dengan helaan nafas
lega. Rambut yang sedikit panjang dikuak ke belakang. Baru
dia sedar, berperang dengan perasaan sendiri lebih penat
rupanya.
Dentingan loceng pada pintu kafe yang ditolak dari
luar menyedarkan Izzat yang sedang leka melayan jiwa yang
sedikit kacau. Kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita
melangkah masuk ke dalam kafe tersebut dengan senyuman.
Tetapi hanya pada wajah si lelaki, manakala pasangannya pula
hanya menayangkan wajah tanpa perasaan. Langkah yang
tersusun membawa mereka duduk membelakangi meja Izzat
yang berada di belakang. Terbuntang matanya saat melihat si
lelaki duduk bersebelahan pasangannya, bukan berhadapan
seperti pasangan yang lain.
Tangan kanan naik memegang kiri dada. Jantung
Izzat bekerja keras semula. Kalaulah dapat dengar dengan
jelas saat ini, berdentam-dentum bunyi jantungnya
mengepam darah. Izzat cuma memerhati dari jauh apa yang
pasangan itu buat di sini. Well, having a talk while drinking
some coffee of course. But why here? And, what are they
talking about?
Hampir 10 minit Izzat menjadi pemerhati bebas,
pasangan itu hanya berbual seperti biasa dan dari arah
belakang jelas kelihatan yang si lelaki lebih mendominasi
perbualan. Izzat terus memerhati bagaikan seorang detektif.
Selang beberapa minit kemudian, daripada pandangan biasa
renungan mata Izzat berubah tajam.
“That bastard!” Dengan rasa tidak puas hati Izzat
terus bangun dan mendapatkan pasangan tersebut.

PUAS MELURUSKAN pandangan ke hadapan, Hanim tunduk
bermain dengan jari sendiri. Tenggelam dalam dunianya
yang tidak seceria orang lain. Khai yang duduk di sebelahnya
langsung tidak diendahkan. Dari tadi hanya Khai yang
bercakap itu ini, manakala dia lebih senang berdiam diri.
Berpuluh patah Khai menyoal, hanya sepatah yang dijawab.
Seperti yang dia janjikan dengan Maira, hari ini
dia keluar berjanji temu dengan rakan kepada suami Maira,
Khai. Setelah puas dia memikirkan tentang rancangan Maira
itu, akhirnya bibir melafazkan kata setuju walaupun hati
berkeras menolak. Let’s give it a try. Dengan separuh hati
dia melangkah untuk bertemu dengan Khai seperti yang
dijanjikan.
“You cantik, Hanim. Macam tak percaya yang you
pernah berkahwin.”
Pantas Hanim menoleh ke sisi. Sempat dia
menangkap senyuman di hujung bibir Khai. “Ada masalah
ke?”
“Apa?”
“About my status. Do you have a problem with
that?”
“Nope! No! Of course not!” Dengan penuh yakin
Khai menidakkan soalan Hanim. “You janda ke, anak dara
ke, who cares. Yang penting...” Tangan kiri diletakkan di
belakang kerusi Hanim sebelum dia merapatkan wajahnya
dengan wajah Hanim. “You cantik macam anak dara.” Bisik
Khai dengan senyuman melebar.
Belum sempat tangan kirinya bergerak dengan lebih
jauh, bahu kanan ditumbuk oleh seseorang. Hampir saja Khai
tersungkur dari kerusi yang didudukinya. Berdecit lelaki itu
menahan geram. Terus dia bangun dan berpaling ke belakang.
“Who the hell are you?” Berapi wajah Khai saat itu.
Manakala Hanim pula hanya diam memandang dengan mata
yang membulat. Seketika kemudian matanya mula mengecil
dengan kerutan di dahi.
“What the hell are you doing?” soal Izzat kembali
dengan wajah yang merah menyala.
“Kau siapa nak sibuk hal aku?” Bahu Izzat ditolak
kasar.
“Kau siapa nak raba dia macam tu? Kau ingat aku
tak nampak?” Melengking suara Izzat menyoal. Dari tadi dia
perhatikan Hanim dengan lelaki tak guna itu bercengkerama
di hadapan matanya. Kemudian Izzat menoleh ke arah Hanim
yang turut memandang ke arah dia. Kembang kempis hidung
menahan marah.
‘Hanim ni pun satu, dah tak reti nak duduk jauh-jauh
ke? Perlu ke duduk menempel macam tu!’ Berdongkol marah
Izzat di dalam hati.
“Aku nak raba ke, nak cium ke, aku punya pasallah.
Kau siapa nak sibuk hal aku?” Suara Khai semakin meninggi.
Berang dengan tuduhan Izzat dan juga malu kerana perbuatan
terkutuk dia dapat ditangkap oleh mata lain. Buat kerja dalam
terang, siapa saja yang tak nampak.
Hampir saja buku lima Izzat mendarat di pipi Khai
namun teguran Hanim mematikan gerakannya.
“Tak malu ke bergaduh depan orang ramai macam
ni?” Hanim bersuara dengan nada tertahan. Mukanya sudah
mula menebal apabila perasan orang ramai sudah mula
memandang.
“Dia yang tak malu serang orang tak tentu pasal.
Kenal pun tidak, ada hati nak masuk campur hal orang.” Khai
menuding jari ke arah Izzat.
Izzat tersenyum sinis mendengar kata-kata Khai.
“Siapa cakap aku tak kenal? Aku kenal sangat Hanim ni siapa.”
“Siapa?”
“Bakal isteri aku.” Tanpa teragak-agak Izzat
menjawab.
“What???” Serentak Khai dan Hanim bersuara.
Khai memandang Hanim dengan pandangan yang
tajam dan dengan pandangan yang sama Hanim memandang
ke arah Izzat. Kalau mata dia itu mata pisau, boleh terhiris
rasanya wajah Izzat saat ini.
“No, I’m not!”
“Yes, you are.”
“No. I’m not!” Bulat mata Hanim membalas
pandangan mata Izzat.
“Yes, you are and and yes you will marry me, Cik
Hanim!” Izzat mula bertegas.
“Apa ni Hanim? Kalau you dah ada seseorang buat
apa you nak berkenalan dengan I lagi?” Khai melampiaskan
marahnya kepada Hanim pula.
“No, I’m not!” Nada suara Hanim mula meninggi.
“Wait, what?” Matanya dijulingkan ke atas. “Untuk
pengetahuan you, bukan I yang terhegeh-hegeh nak
berkenalan dengan you. Ini semua rancangan Maira.”
Geram sungguh dengan kata-kata Khai yang seperti mahu
menyalahkan dirinya pula.
“Kalau ini semua rancangan Maira, kenapa you
setuju sedangkan you dah ada dia?”
“I agreed with this stupid plan because I’m still
single and this guy is nobody to me. Don’t you get it?”
Khai memandang wajah Hanim dan Izzat silih
berganti dengan wajah yang menyinga. “You know what?
This is bullshit. I’m so done with this stupid plan and stupid
people like you guys.”
Belum sempat Khai berlalu satu tumbukan singgah
pada rahang kirinya. Gerakan yang tiba-tiba itu membuatkan
Khai tidak sempat mengimbangi badannya lalu jatuh
tersungkur di lantai kafe. Tanpa membuang masa Izzat terus
menarik tangan Hanim keluar dari kafe tersebut.

HANIM TERSANDAR lemah di tempat duduk sebelah
pemandu. Wajahnya dipalingkan ke sebelah kiri, memandang
kereta yang turut laju membelah jalan raya. Segala usaha
untuk melepaskan diri daripada Izzat nampaknya sia-sia.
Pergerakan Izzat terlalu pantas dan pegangannya terlalu
kejap. Akhirnya Hanim terkepung di dalam kereta yang
sedang dipandu laju oleh client yang paling menyakitkan hati.
Stereng kereta dipegang kemas dengan tangan
kiri manakala tangan kanan pula diletakkan pada cermin
kanan kereta untuk menongkat kepala. Serabut! Itu yang dia
rasakan sekarang. Sekali lagi dia terlepas kata. Bakal isteri?
Seriously Izzat? Entah kenapa apabila berdepan saja dengan
Hanim, perkataan isteri saja yang melekat dalam mindanya.
Dan sekarang, dengan tidak sengaja dia terlepas kata di
hadapan Hanim sendiri.
Ah, banyaklah tidak sengaja. Bukan dengan yakin ke
dia berkata di hadapan Hanim dan si bedebah itu tadi. Sejak
keluar dari kafe hanya itu saja yang mampu dia lakukan,
berperang dengan perasaan sendiri. Sejujurnya, sejak
bertemu dengan Hanim, perasaan dia memang tidak pernah
tenteram. Ada saja yang mengganggu hati dan jiwanya. Yang
paling ketara adalah perkataan isteri itu sendiri. Sesaat dia
nekad untuk jadikan Hanim isterinya, sesaat kemudian dia
mula keliru dengan perasaan sendiri. Apa jenis penyakitlah
ni.
Hanim di sebelah dijeling dengan hujung mata.
Diam saja wanita di sebelahnya itu. Wajah Hanim sedikit
terselindung oleh rambutnya yang panjang. Sedikit serabai
setelah bergelut dengan dia seketika tadi. Pertama kali
menguruskan wanita yang degil seperti Hanim. Lelah juga
dibuatnya. Namun untuk meninggalkan Hanim di situ
memang taklah. Wajah Hanim yang terselindung dijeling
lagi.
“I’m sorry.”
Diam. Tiada balasan daripada Hanim.
Izzat menarik nafas dalam. “Hanim saya minta maaf
ni.”
Hanim menoleh ke arah Izzat buat beberapa saat
sebelum kembali memandang ke luar kereta. Kata maaf
daripada Izzat langsung tidak dapat menyejukkan hatinya
yang panas dengan tindakan lelaki itu tadi.
“Hanim please... Say something.”
“Drop me somewhere.”
“No!” tegas Izzat menjawab membuatkan Hanim
menjeling geram.
“Awak suruh saya cakap, tapi bila saya cakap awak
tak nak buat pula.” Bibir bawah dikemam geram. Geram
dengan Izzat yang sentiasa mencabar kesabaran dia.
“Bukan itu yang saya nak dengar.”
“Habis tu, apa?”
Halkum bergerak-gerak menelan air liur sendiri.
Entah kenapa boleh pula dia hilang kata pada saat ini. Mata
fokus pada pemanduan tetapi fikirannya berselirat dengan
permasalahan antara dia dengan Hanim.
“Okay, lets discuss about this somewhere else...”
“Saya tak nak!” Dengan tegas Hanim memotong
percakapan Izzat. “Kepala saya ni dah cukup berserabut
dengan apa yang terjadi hari ini Encik Izzat. Out of nowhere
awak tiba-tiba muncul dan masuk campur dalam urusan
hidup saya...”
“Well about that, you should thank me at least.
Saya dah selamatkan awak daripada lelaki gatal tu tadi in
case kalau awak dah lupa.” Giliran Izzat pula memotong
percakapan Hanim.
Bibir bawah digigit. Menahan rasa kerana semua
yang Izzat katakan itu benar belaka. Kalau Izzat tidak tolong
tadi sudah tentu tercalar maruahnya sebagai seorang wanita
apabila diraba oleh lelaki gatal dan tak guna macam Khai.
“Awak tahu tak Encik Izzat...”
Izzat menoleh ke arah Hanim sebelum kembali
memberi tumpuan pada jalan raya di hadapan.
“Sejak berjumpa dengan awak hidup saya langsung
tak tenteram. Fikiran saya ni asyik berserabut awak tahu tak.”
“Awak ingat saya tak alami benda yang sama ke
Hanim?”
Hanim terdiam.
“Sejak berjumpa dengan awak fikiran saya juga asyik
berserabut memikirkan tentang awak.”
“Kenapa? Kenapa nak kena fikir tentang saya? Saya
tak ada apa-apa kaitan pun dengan awak Encik Izzat. Saya
hanya seorang car dealer yang menguruskan soal jual beli
kereta awak, itu aje. Kenapa awak harus serabutkan fikiran
awak dengan memikirkan tentang saya? Kenapa nak masuk
campur urusan hidup saya? Just leave me alone, boleh tak?
Semua ini tak akan terjadi kalau awak tak sibuk nak masuk
campur dalam hidup saya dan tak sibuk nak memikirkan
tentang masalah saya. Just. Leave. Me. Alone!” marah Hanim
mula meletus.
”No, I can’t!”
“Why?”
“I don’t know!”
“Rubbish!”
“Shit!”
Izzat menghentakkan tangan ke stereng kereta
bagi melampiaskan rasa marahnya manakala Hanim pula
bersandar sambil memeluk tubuh dengan wajah yang
menyinga. Suasana di dalam kereta kembali sunyi.
“Kadang tak semua perkara kita mampu jelaskan
dengan kata-kata Hanim. Cukup dengan bahasa badan aje.
Takkan itu pun awak tak faham.”
“Tak. Saya tak faham dan saya tak nak faham.
Tafsiran kita tak sama Encik Izzat. Boleh jadi salah faham
nanti.” Jawab Hanim dengan nada yang dingin.
“Kalau ada salah faham boleh minta penjelasan.”
“Nak minta penjelasan macam mana? Apa yang
terjadi sekarang ni pun awak tak mampu nak jelaskan.”
“Saya bingung Hanim.”
Hanim memalingkan wajahnya ke kiri. Malas mahu
melayan bicara Izzat yang sepertinya tak akan membawa
mereka ke mana-mana. Pusing-pusing tang tu juga.
“Dengarlah saya nak cakap ni.” Lengan Hanim yang
berlapik ditarik, menuntut perhatian daripada Hanim.
“Tak payahlah tarik. Cakap aje saya dengar.”
Izzat mendengus geram. “My feelings... I’m confused
with my own feelings. Bila saya pandang wajah awak, dengan
sendirinya sifat melindungi tu muncul. I want to protect you,
from everything. Bad people, bad thoughts, bad memories,
everything... Sebab tu saya cakap yang awak bakal isteri saya.
Untuk lindungi awak daripada semua tu, kita harus sentiasa
dekat dan kita harus sentiasa bersama. Untuk kita bersama,
hanya satu caranya... kahwin.”
Sepantas kilat Hanim menoleh ke arah Izzat dengan
mata yang membulat.
“I know there is no love between us. In fact, saya
sendiri pun masih keliru tentang soal cinta. Tapi soal
cinta kita boleh letak tepi Hanim. Apa yang saya nampak
awak perlukan seorang pelindung untuk melindungi awak
daripada lelaki yang dah tuduh awak macam-macam, untuk
melindungi awak daripada perempuan yang pandang awak
macam dah seribu tahun dia berdendam dengan awak dan
yang paling penting untuk melindungi awak daripada lelaki
gatal macam yang tadi tu. I want to protect you. I really do.
Trust me, Hanim.”
Mata Hanim mula berkaca.
“You heard?” soal Izzat.
“Everything...”
Saat air mata mula jatuh ke pipi, Hanim kembali
memandang ke luar kereta. “Hantar saya balik Encik Izzat.”
“Tapi Hanim...”
“Saya nak balik!” tegas Hanim berkata dengan mata
yang merah dan basah.
Izzat mengeluh lemah. Melihat mendung pada
wajah Hanim membuatkan dirinya resah. Tanpa lengah, pedal
minyak ditekan dan keretanya laju membelah jalan raya.
‘Give her some space Izzat,’ bisik hati kecilnya.

No comments:

Post a Comment