Thursday, 20 September 2018

Mencari Jalan Pulang - Bab 5

IZZAT???
“Surprise?” tegur Izzat sinis.
Terkejut. Terhenti segala pergerakanku. Wajah
cengkung di hadapanku itu kutatap tanpa suara.
“Tak sangka kan, cepat aje you cari yang baharu.
Sejak bila you keluar dengan dia? Sejak you sampai kat sini?”
Izzat menyambung kata. Penuh sindiran dalam nadanya.
Perlahan-lahan segala rasa marah dan kecewa yang
hampir pulih mula merebak kembali memenuhi hati.
“You buat apa kat sini?”
Izzat mengukir senyum sinis.
“Of course I cari you. You've been avoiding me since
that day. Rupanya dah ada lelaki lain.”
Panas hatiku mendengar kata-kata Izzat.
“You sedar tak apa yang you cakap ni?” Berombak
dadaku menahan amarah. “You yang main dengan perempuan
lain kat belakang I, you tipu I, but then tiba-tiba you tunjuk
muka you depan I, semata-mata nak tuduh I pulak? Lelaki
jenis apa you ni?” ujarku berang.
Izzat diam sebentar. Matanya mencerlung tajam ke
dalam anak mataku.
“Siapa lelaki tu?”
“Bukan sesiapa pun.”
“I tanya you, Zie! Siapa lelaki tak guna tu?” Suara
Izzat sedikit tinggi.
“He’s none of your fucking business! Kalau you
datang sini semata-mata nak tanya pasal dia, baik you
baliklah. I malas nak layan semua perkara mengarut you
ni.” Aku sudah hilang sabar. Lelaki ini memang betul-betul
cari pasal. Dahlah datang tak dijemput, minta maaf langsung
tidak, terus menyibuk jadi polis pencen.
Kunci yang tadi berada di tangan terus aku halakan
ke tombol pintu. Membuka pintu sekuriti bangunan apartmen
dua tingkat itu. Tidak mahu lagi lama-lama berada di situ;
hati makin sakit, luka lama terasa berbisa kembali.
“Zie...” Kedengaran namaku dipanggil lembut.
Nada Izzat yang tadinya penuh tajam bertukar sayu. Rasa
bersalah mungkin. “I really miss you.” Perlahan suara Izzat
mengucapkan rindu.
Bergetar jiwaku mendengarnya. Tangan yang sedang
menolak pintu terhenti. Entah kenapa sebaris ayat itu
membuatkan hati yang sedang membara ini menjadi lemah.
Perlahan-lahan tubuh aku palingkan menghadapnya. Jujur
aku sendiri rindu yang teramat terhadap sekujur tubuh di
hadapanku ini. Ingin sahaja kupeluk erat, melepaskan segala
bebanan perasaan yang menghimpit selama ini.
Hatiku lantas dirundung hiba. Berat. Mengasak
jiwa. Lantas air mata mengalir perlahan. Setitis... Dua titis...
Semakin lama semakin deras. Sehingga akhirnya esakan kecil
mula kedengaran.
“Kenapa you buat I macam tu?” Dalam tangisan aku
melontarkan rasa.
Izzat merenungku sayu.
“I am so sorry.”
“Kenapa? Apa salah I, Izzat? Tell me! Kenapa you
sanggup tipu I? I tak sangka orang yang paling I sayang
sanggup...” Suaraku tersekat, tidak mampu lagi untuk
bersuara. Hanya air mata yang semakin laju mengalir. “It
hurts, God damn it! It fucking hurts.” Wajah aku tekupkan
dengan tapak tangan. Menyembunyikan wajah yang basah
dengan air mata.
Pantas Izzat merangkul tubuhku dan menarik
kepalaku ke dadanya.
“I know baby, I know... Beritahu I apa yang I kena
buat supaya you boleh maafkan I. I'll do it. But please don't
run away from me again. I can't live without you,” suara
Izzat merintih perlahan di telingaku.
Aku tidak sedar apa yang sedang terjadi. Saat ini aku
hanya mahu meluahkan rasa yang terpendam di dada ini.
Menghambur segala kekecewaan yang memenuhi jiwa.
Berkali-kali Izzat mengusap dan mencium kepalaku,
menenangkan diriku yang sedang teresak-esak menangis di
dadanya. Dilakukan sebegitu oleh Izzat, jujur aku rasa senang.
Aku rindu sentuhannya itu. Sentuhan daripada satu-satunya
lelaki yang pernah memiliki diriku ini.
Setelah beberapa ketika, aku kembali tenang.
Tangisan telah pun reda. Pelukan Izzat aku leraikan.
“You baliklah Izzat. Antara kita dah tak ada apa-apa
lagi yang nak diselesaikan. Semuanya dah tamat,” serak
suaraku memecah kesunyian.
Izzat menggelengkan kepalanya. Tubuhku dirangkul
sekali lagi.
“No, Zie... no! I tak akan balik selagi you tak maafkan
I dan tak terima I balik. I tahu I salah, Zie. I tahu... it was my
mistake. I admit. Sebab tu I sanggup datang sini semata-mata
nak pujuk you balik. Please Zie... biar I betulkan balik segala
silap yang I dah buat. I'll do anything. Anything...” rayu Izzat
bersungguh-sungguh. Pelukannya terasa semakin kejap.
Betul-betul dia tidak mahu melepaskan aku pergi.
Aku diam. Rayuan Izzat perlahan-lahan menusuk ke
dalam hati. Mudah betul aku kalah dengan lelaki ini. Dalam
hati aku berasa marah dengan diri sendiri. Namun, luka
ini terlalu dalam untuk aku terima kemaafan daripadanya
semudah itu. Self-pride aku masih lagi tinggi. Kasihan diri
aku. Kasihan pada hati ini.
“I tak boleh nak fikir apa-apa sekarang ni. I tengah
unstable.” Aku sendiri bingung dengan apa yang kurasakan
ketika ini. Segala-galanya terlalu bercampur baur.
Diam seketika. Perlahan-lahan pelukan dilepaskan.
Kemudian jarinya mengusap lembut pipiku sambil matanya
redup memandang mataku.
“Ambillah berapa banyak masa yang you perlukan.
I tunggu you. I takkan balik, Zie. I ada kat sini sampai you
betul-betul terima I balik,” ujar Izzat lembut.
Aku hanya mampu mengangguk lemah dan
berpaling. Pintu bangunan apartmen kubuka sebelum
aku meloloskan diri ke dalam, menaiki tangga menuju ke
apartmenku sambil diperhatikan Izzat dengan pandangan
yang penuh pengharapan.

9 PAGI. Pintu apartmen kubuka. Mata tertancap di atas lantai
di hadapan pintu.
Haih, bunga lagi!
Tulip merah itu kukutip. Gabungan warna dan
bunga kegemaranku. Sekeping nota kecil yang tergantung di
tangkai bunga tersebut kubaca.
Sweet be the home where you tarry,
Light be the load that you carry.
Smooth be the road where you proceed,
Happy be the day that you foresee!
Aku menahan senyum yang mula terukir di bibir.
Masuk hari ini saja sudah 8 hari Izzat menghantar kiriman
bunga berserta nota. Penuh sudah meja studiku dengan
tangkai-tangkai tulip merah dan kuning yang membangkitkan
bau harum di dalam bilikku. Sudahnya terpaksa aku merokok
di balkoni demi tidak mahu mencemarkan bau tersebut.
Tipulah kalau aku kata yang aku tidak tersentuh
dengan kiriman-kiriman ini. Aku juga perempuan biasa yang
sukakan sweet little things yang bisa mengusik hati.
Tersenyum aku sendirian sambil mengatur langkah
ke pintu pagar universiti yang hanya terletak 200 meter dari
apartmenku. Dalam hati sedikit terharu, tak sangka Izzat
masih ingat akan kegemaranku pada bunga yang satu ini.
Sedang aku melalui laluan pejalan kaki di hadapan
deretan bangunan-bangunan apartmen sambil melayani
perasaan, terlihat di sudut mataku sesusuk tubuh yang
sangat kukenali berjalan keluar menuju pintu pagar sebuah
bangunan apartmen tidak jauh di hadapanku.
Uzai, dia nampak santai dengan baseball jacket
berwarna hijau gelap, jean hitam berserta kasut Vans juga
daripada warna yang sama, dan beg sandang yang tersangkut
di bahu sebelah kanan. Dia sedang menunduk membelek
sebuah kotak sederhana besar di tangan sambil langkahnya
semakin lama semakin mendekat; menuju ke arah laluan
yang sama denganku.
Cepat-cepat aku menyimpan tulip di tangan ke
dalam beg silangku. Langkah kaki semakin kulajukan, tidak
mahu bertembung dengan lelaki itu. Harap-harap dia tidak
perasan kehadiranku.
Sebaik sahaja aku berjalan melepasinya di hadapan
pintu pagar apartmen tersebut...
“Zie.” Terdengar nama aku dipanggil dari belakang.
Alah, tak sempat! Terpaksa kuhentikan langkah dan
menoleh perlahan.
“Ya?”
“Tunggu kejap,” ujar Uzai sambil membuka kotak
di tangannya. Sebiji cupcake dikeluarkan bersama sekeping
nota kecil yang tergantung pada cawan cupcake itu. Comel.
Dihulurkannya cupcake tersebut ke arahku sambil
mengukir senyuman yang paling manis.
“Assalamualaikum. Selamat pagi.”
Bingung. Apa kena dia ni pagi-pagi dah buka bakery?
Teragak-agak aku menyambut huluran itu.
“Err... terima kasih. Selamat pagi.” Aku palingkan
kembali tubuh ke hadapan dan mempercepatkan langkah.
Gugup. Entah kenapa, aku sendiri tidak pasti.
Ini merupakan pertemuan dan perbualan pertama
antara aku dengan dia semenjak kami pergi melihat matahari
terbenam tempoh hari. Tiada lagi pesanan WhatsApp daripada
aku selepas itu. Semuanya dek kerana rasa rendah diri
terhadap Uzai yang terlalu menebal. Rasa tidak layak untuk
berdamping dengan orang seperti dia.
Biarlah. Biar aku menjauhkan diri. Itu lebih baik
untuk aku dan untuk dirinya juga. Reputasinya perlu dijaga.
Nanti apa pula orang kata.
Setibanya di dalam dewan kuliah, aku mengambil
tempat duduk paling belakang. Kuliah subjek Circuit Analysis
yang ditunda semalam digabungkan sekali dengan kuliah
pada hari ini. Dua kelas bergabung, padatlah nampaknya
Clency Hall sebentar nanti.
Dan terbukti tidak lama selepas itu, dewan kuliah
sudah mula penuh dengan pelajar-pelajar yang baru tiba.
Masing-masing galak berborak sehingga riuh satu dewan
dengan suara-suara dan gelak ketawa mereka.
Cupcake di tangan aku perhatikan sekali lagi. Masih
tidak dapat memahami makna di sebalik tindakan Uzai tadi.
Secebis nota yang tergantung itu kubaca.
Then, surely with hardship comes ease.
Surely with hardship comes ease.
(94:5-6)
#randomactofkindness
Termenung aku menatap nota tersebut. Cuba
memahami maksud ayat yang tertulis.
Bersama kesusahan hadir kesenangan?
Ayat itu juga mengandungi pengulangan; diulang
sebanyak 2 kali. Kenapa?
Sedang asyik aku berfikir, beberapa tempat duduk
di baris hadapanku diturunkan. Aku pandang sekilas. 2
orang pelajar perempuan bertudung duduk betul-betul di
hadapanku. Aku cam sangat dengan mereka berdua ini.
Merekalah yang mengata aku sewaktu aku berkunjung ke
Malaysia Hall tempoh hari.
“Dah daftar untuk volunteer MEKAR nanti?” Salah
seorang daripada mereka bersuara.
“Dah. Kau?” balas lagi seorang.
“Belum. Bagi aku form pendaftaran tu, Aina. Aku
nak isi.
“Baik kau cepat. Kalau tak, nanti penuh. Dengar
cerita tahun ni ramai junior yang apply untuk volunteer.”
“Hmm... pelik. Tahun lepas tak ramai. Tahun ni
ramai pulak.”
“Nak pelik apa... kau tengoklah siapa presiden
MEKAR tahun ni.”
“Siapa?”
“Uzai.”
“Heh, patutlah. Kau pun join sebab dia ke?”
“Mestilah. Dah lama aku aim si Uzai tu. Daripada
first year. Sekarang dah masuk third year, dia still tak nak
layan aku.”
Uzai ada peminat? Muka tak handsome pun ada
peminat? Pelik sungguh aku.
“Dia tak layan perempuan, kan? Lagi-lagi lepas kes
tahun lepas tu.”
“Itulah pasal. Geram aku. Entah bilalah dia nak
move on. Aku yang menunggu ni dia buat tak nampak aje.”
Keadaan dewan yang tadi bingit bertukar senyap.
Pensyarah sudah sampai. Perbualan dua orang tadi juga
terbantut. Masing-masing mula membuka buku nota.
Aku yang tekun mencuri dengar sejak tadi mula
tertanya-tanya. Kes tahun lepas? Kes apa? Apa yang telah
menimpa Uzai sehinggakan dia tak boleh nak move on? Dan...
MEKAR itu apa? Bunga kembang mekar? Mekar itukah yang
mereka maksudkan?
Uzai presiden MEKAR. Kalau ada presiden, bermakna
itu mesti satu bentuk organisasi.
Uzai...
Tiba-tiba fikiranku teringat kembali isi nota tadi.
Random act of kindness!
Terus bibirku mengukir senyum segaris. Memahami
tingkah laku Uzai sebentar tadi.
“Beauty...” ucapku sepatah lalu menyuap cupcake ke
dalam mulut.

No comments:

Post a Comment