Thursday, 20 September 2018

Mencari Jalan Pulang - Bab 7

TELEFON berdering. Mata yang tadi terpejam
terus kubuka. Cahaya matahari yang menembusi jendela
terang menyuluh wajah. Silau. Dengan malas, tangan
perlahan-lahan menggamit clutch di atas meja sebelah
perbaringan, mencapai telefon di dalamnya dan menjawab
panggilan itu.
“Helo,” sapaku dengan suara mamai.
“Helo, assalamualaikum Zie.”
“Ha, Mia. Ada apa?”
“Kau kat mana? Tadi pagi aku nak kejut kau, tengok
katil kau kosong.”
Diam. Terus aku bangkit daripada perbaringan.
Kepala yang sedikit berat membuatkan pergerakanku terhenti
seketika. Pantas jari kutekan sedikit di dahi, mengurangkan
kesakitan yang dirasai.
Aku kat mana ni?
Mata mula melilau mencari klu. Terus kepala aku
menoleh ke kiri.
Izzat. Tidak berbaju. Aku toleh pada tubuhku pula
di balik selimut. Juga tanpa seurat benang. Terus kejadian
malam tadi muncul semula dalam ingatan.
“Aku ada dengan Izzat. Tidur kat bilik hotel dia,”
jawabku sambil menyandarkan badan di kepala katil.
Hangover.
“Ohh... okey. Kau balik tak hari ni?”
“Balik kejap lagi. Kenapa?”
“Saja tanya. Kalau kau balik, aku masak lebih sikit.”
“Tak payah masaklah. Nanti aku singgah Domino's.
Beli untuk kau sekali.”
“Okey jugak tu. Terima kasih. Assalamualaikum.”
Panggilan itu kumatikan. Aku bangkit berdiri.
Bathrobe yang tersidai di sofa kucapai dan aku sarungkan ke
badan. Kotak rokok di dalam clutch kukeluarkan. Menyalakan
sebatang rokok sambil menuju ke balkoni menghadap
Harbour Bridge di hadapan. Indah.
Sedang asyik aku menyedut dan menghembus
asap rokok, terasa sepasang tangan memeluk pinggangku
dari belakang. Rambut aku dikucup lembut dan dagunya
disandarkan di bahuku.
Aku hanya membiarkan.
“I missed you. So much. I could've died,” suara Izzat
perlahan berbisik di telinga kananku.
Aku mengukir senyum. Rasa berbunga dalam hati.
“Zie...”
“Hmm...”
“You ada tatu baru?”
Diam. Aku tidak mahu menjawab soalan yang sudah
dia ketahui jawapannya.
“What does it mean? The girl hung like that?”
Aku sedut rokok dalam-dalam. Mata merenung jauh
ke arah jambatan di hadapan.
“Hope.”
“Hope?”
“Yeah... my hope. It's already dead.”
Izzat tidak membalas. Pelukan di pinggang terasa
semakin erat. Rambut merahku diselak ke tepi, mendedahkan
leher di bahagian belakang. Kemudian leherku dikucup
lembut, berulang kali, sehingga membangkitkan nafsu dan
membuatkan nafasku semakin lama semakin berat.
Akhirnya Izzat mengangkat tubuhku dan
mencempung aku masuk ke dalam bilik semula. Mengulangi
detik indah kami malam tadi.
..
“MIA, AKU dah balik.” Pintu rumah aku tutup ratap.
Pandangan kulemparkan ke seluruh ruang tamu. Kosong.
Aku melangkah menuju ke bilik Mia. Juga kosong.
Keluar agaknya.
Kotak piza di tangan aku letakkan di atas meja
makan. Lantas aku menuju ke dalam bilik dan merebahkan
badan di atas katil. Keletihan.
Baru sahaja aku mahu terlelap, telefonku berdering.
Segera aku capai dari atas meja tepi katil.
Unknown Caller ID.
Aku tatap paparan skrin telefon. Sedikit hairan dan
ragu-ragu. Tanpa berfikir panjang, terus aku jawab panggilan
tersebut.
“Helo.”
“Helo, Suzie ke ni?”
“Ya, Suzie bercakap. Siapa ni?”
“It's me, Julianna. Izzat's former girlfriend.”
Berderau darahku. Terkejut. Namun cepat-cepat
kukawal suara dan berlagak biasa.
“Ya Julianna, apa yang boleh saya tolong?”
“I would like to ask you a favour.”
“Apa dia?”
“Could you please ask Izzat to come back to Malaysia
as soon as possible? I betul-betul perlukan dia sekarang.”
“Kenapa you tak beritahu dia sendiri?”
“Sejak dia putuskan hubungan kami bulan lepas, dia
terus mengelak daripada berhubung dengan I. Banyak kali
dah I call dia, tapi dia tak angkat. WhatsApp I pun dia tak
balas.”
“Then why don't you just leave him alone?”
“Because I need him. I'm carrying his baby.”
Bagaikan dipanah petir, terkaku segala pergerakanku.
“You're... you're pregnant?”
“Yes, I am. So, please Suzie... I'm asking you to
understand. I need him more than you do right now. I'm
sorry to ask all of these from you, but I don't have any other
choice. I'm desperate. The child needs his father.”
Sunyi seketika. Nafas kutarik sedalam-dalamnya
sebelum kulepas perlahan.
“Say no more.”

MARGARITA DI dalam gelas kuhirup perlahan. Mata terpaku
pada meja bar, termenung tidak bergerak.
Beberapa minit selepas itu, Izzat tiba dengan
senyuman dan menghadiahkan satu ciuman di pipiku. Aku
diam tidak membalas.
“Scotch. Neat.” Izzat memesan minuman. Riak
wajahnya nampak ceria sungguh. Mungkin berasa gembira
kerana akhirnya aku yang mempelawanya keluar pada malam
ini.
Tapi, aku ada tujuanku yang tersendiri.
“Zie...”
Tanpa mengalihkan pandangan dari meja bar, aku
angkat kening.
“I am really happy right now. Akhirnya dapat jugak
I bersama dengan you balik.”
Minumannya tiba. Dia mencecap sedikit
minumannya.
“Thank you sebab bagi I peluang untuk betulkan
balik silap I. I takkan sia-siakan you lagi, Zie. I will not.”
Perlahan-lahan aku memalingkan wajah ke arahnya.
“Izzat...” suaraku perlahan memanggil namanya.
“Yes baby?”
Aku menelan liur, mencari ayat yang sesuai untuk
diluahkan.
“Julianna mengandung.” Dengan mata yang berkaca,
terluncur juga ayat perit itu daripada mulutku.
Izzat terpempan. Matanya bulat memandangku.
“Apa???”
“Dia mengandungkan anak you, Izzat. Anak you.”
Aku bersuara separuh berbisik. Hiba.
Izzat terdiam. Masih sukar untuk menerima berita
yang mengejutkan itu.
“I tak tahu pun...”
“I tahu pun sebab Julianna sendiri yang call I tadi,
suruh I sampaikan berita ni pada you.”
Izzat bungkam. Wajahnya yang tadi ceria bertukar
runsing. Terus dia meraup wajahnya. Lama dia terdiam tidak
bersuara. Hanya bermenung sendirian, memikirkan sesuatu.
“You kena balik, Izzat.” Bergetar suaraku. “You kena
balik. You ada tanggungjawab baru.”
Izzat pandang aku. Sayu. Lalu dia merangkul
tubuhku pantas. Wajahnya disembamkan di bahu kiriku.
“Apa yang patut I buat, Zie? Apa yang patut I buat?”
Suara Izzat bertukar sebak. Aku dapat rasakan tubuh Izzat
sedikit menggigil. Pelukan di tubuhku terasa semakin erat. “I
tak nak kehilangan you, Zie. Please...”
Jari pantas kularikan di celah-celah rambut Izzat,
mengusap lembut kepalanya. Cuba untuk menenangkan. Dan
seperti selalunya, aku tahu Izzat takkan mencipta alasan. Dia
tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia tahu tanggungjawabnya.
Dia pasti akan pulang.
Terfikir akan kenyataan itu, hatiku menjadi sesak.
Baru sahaja aku ingin membuka lembaran baharu dalam
hidup; cuba untuk menghidupkan kembali kegembiraan yang
telah mati sebelum ini. Namun, ketentuan takdir mendahului
segalanya.
Lama kami berkeadaan begitu, sebelum Izzat
melepaskan pelukan dan meneguk minumannya sehingga
habis. Kemudian dia memesan segelas vodka.
“Izzat...”
Diam.
“I think it is about time. Dah sampai masanya untuk
kita terima. You and I, we can't be together.”
Izzat membisu seribu bahasa.
“You baliklah, Izzat. Dan I akan sambung hidup I
macam biasa kat sini.”
Masih tiada respons.
Tas tangan di atas meja aku capai. Aku bangkit
berdiri, dan perlahan-lahan menarik kepala Izzat ke dalam
pelukan. Aku kucup rambutnya, menumpahkan rasa kasih
untuk kali yang terakhir.
“I maafkan you,” bisikku lembut kepadanya.
Dan perlahan-lahan, tangan Izzat merangkul
pinggangku dengan erat, melepaskan segala esakannya di
dadaku...

No comments:

Post a Comment