“KALAU you nak tahu, desserts dekat sini
adalah yang terbaik di seluruh Manchester. Pemilik bakeri ni
orang Malaysia. Rugi kalau you tak cuba sebelum you balik,”
kata Zara kepada Ashraf ketika mereka berjalan masuk ke
Noah’s Bakery.
“Setuju. Desserts dekat sini memang sedap,” ujar
Ashraf spontan.
“Macam mana you tahu? You pernah datang sini ke?”
Zara berpura-pura bertanya.
“Errr... I pernah baca reviews dalam Internet.”
Beritahu Ashraf teragak-agak.
Zara jongket kening.
‘Makin lama aku bercakap dengan kau, makin
pembohongan kau tersingkap, Ashraf. Tak apa, kita tengok
selama mana kau boleh bertahan,’ desis hati Zara.
“You nak makan kek apa? Ada specific dessert tak
yang you suka?” soal Zara ketika mereka berdiri di depan
meja kaca yang di atasnya terdapat pelbagai jenis kek.
“I ikut youlah.”
Zara berpeluk tubuh.
“Are you sure? I’m on a diet sekarang. Kalau I makan
kek diet, you nak jugak ke?”
Ashraf mengerut dahi.
“Ada ke kek diet?”
“Mestilah. Sekarang ni kek pun dah advanced tau.
Orang yang gemuk dan nak kurus pun dah boleh makan kek
tanpa perlu craving lagi dah.”
“Wow, first time I dengar. Sounds nice. Kalau macam
tu, I nak cubalah kek diet you tu.”
“Good morning, Zara. Awal you datang hari ni?” sapa
Noah yang baru datang dari dapur.
“Morning, Noah. Well, I skipped my class today.
Bawa kawan I dari Malaysia jalan-jalan dekat Manchester ni.”
“I see. Hi, I’m Noah,” kata Noah seraya bersalaman
dengan Ashraf.
“Ashraf.” Ashraf menyambut huluran tangan Noah.
“I rasa macam I pernah nampak you. You pernah
datang sini ke?” soal Noah ramah.
Senyuman Ashraf terus mati. Jadi gelisah.
“I rasa you silap orang. Ni baru first time Ashraf
datang sini.” Zara bertindak menolong Ashraf. Lelaki itu tidak
boleh tertangkap sekarang. Belum masanya lagi.
“Haih, makin teruk ingatan I sekarang.” Noah
ketawa.
“So, low calorie walnut banana cake, as usual?” soal
Noah setelah tawanya selesai.
“Yeah. But this time, make it two slices.”
Noah segera membuka slide kaca. Dua potong kek
pisang walnut diletakkan di atas piring. Kemudian diletakkan
di atas kaunter.
“Eh, tak apa. I bayar,” ujar Ashraf bila melihat Zara
keluarkan dompet dari beg galas.
“Tak apalah, I belanja you.” Zara menarik keluar
beberapa not pound.
“Tak apa. Let me treat you this time.” Ashraf turut
menyeluk kocek seluar dan mengeluarkan sekeping not 20
pound.
“Noah, jangan terima duit dia. It’s on me.” Zara
meletakkan duit atas kaunter.
“Noah, jangan dengar cakap Zara. Biar I yang bayar.”
Ashraf meletakkan duitnya di sebelah duit Zara.
Noah pandang mereka berdua saling berganti. Lalu
ketawa sambil menggeleng.
“Seriously both of you... I don’t know what to say.
Apa kata kali ni, biar I yang belanja?”
“Betul ke ni?” Zara meminta kepastian.
“Yeah, of course. Enjoy your dessert!”
“Thanks, Noah!” kata Ashraf dan Zara hampir
serentak.
Ashraf mencapai dua piring kek itu dan berjalan
beriringan dengan Zara ke sebuah meja yang terletak di tepi
tingkap. Langkah dia terhenti bila melihat pelanggan yang
duduk di kerusi hadapan mereka sedang menghisap rokok.
“Zara, kita duduk dekat meja hujung tu jelah,” ajak
Ashraf.
Zara mengangguk. Setelah sampai di meja hujung
itu, mereka duduk berhadapan dengan satu sama lain.
“Kenapa you tak nak duduk dekat meja tu tadi?” soal
Zara.
“Sebab yang duduk meja sebelah tu tengah merokok.
Jadi...”
“You pun tak suka bau rokok?” potong Zara.
Ashraf mengangguk.
“Jarang I jumpa lelaki yang tak merokok dan tak
suka bau rokok.”
“I pernah merokok, tapi dah lama berhenti.”
“Kenapa you berhenti?”
“Sebab isteri I tak suka dengan bau rokok. Setiap kali
dia bau asap rokok, mesti dia mual. Pening-pening.”
“Eh, samalah dengan I!” Zara berkata dengan nada
teruja.
“I pun sebenarnya tak boleh kalau terhidu asap
rokok. Mesti I rasa macam nak pitam. Pening. Mungkin side
effect lepas I terjaga dari koma agaknya. Padahal sebelum
I kemalangan dan koma, I okey je kalau orang hisap rokok
depan I.”
“Oooh...” Hanya itu balasan Ashraf.
“You tak nak tanya apa-apa?” soal Zara tiba-tiba.
“Tanya apa?”
“Tentang kenapa I koma dan kemalangan? Kalau I
cakap pasal benda ni pada orang lain, mesti diaorang terus
tanya tentang macam mana I boleh kemalangan. Berapa lama
I koma. Tahun bila.”
“Kita kan baru kenal. Nanti kalau I tanya lebih-lebih,
you cakap I ni menyibuk pulak,” ujar Ashraf sambil pandang
ke tempat lain. Melarikan matanya daripada memandang
Zara.
Zara senyum sinis.
‘Kau tak nak menyibuk ke atau kau memang
sebenarnya dah tahu?’ desis hati Zara.
Tidak selesa dengan cara Zara memandangnya,
Ashraf capai piring berisi kek pisang walnut itu. Dipotong kek
menggunakan sudu, lalu disua ke dalam mulut.
“Ermm, sedap kek ni. Tak manis. Just nice,” komen
Ashraf.
Zara tahu, Ashraf sengaja mahu mengalih topik
perbualan.
‘Tak apa, kita tengok selama mana kau boleh
bertahan, Ashraf.’
Zara turut mencapai piring di hadapannya dan
menyuap kek ke dalam mulut.
“You nak tahu tak selain kerana dessert dekat sini
sedap, kenapa Noah’s Bakery ni popular?” kata Zara sambil
mengunyah kek di dalam mulut.
“Kenapa?”
“Sebab Noahlah. Dia sangat famous dalam kalangan
pelajar Malaysia dekat sini. You pun dah jumpa dia tadi, kan.
Dia tu handsome, baik, peramah pulak tu. Bila datang sini,
selain dapat makan pencuci mulut yang sedap, dapat jugak
cuci mata bila tengok Noah. 2 in1.”
“You pun sukakan dia?” Mendatar suara Ashraf.
“Mestilah. Semua orang sukakan dia,” jawab Zara
selamba, walau dia sedar perubahan pada nada suara Ashraf.
“Maksud I, you sukakan dia lebih dari seorang
kawan?” Ashraf spesifikkan pertanyaannya.
“Kenapa you cakap macam tu? I nampak macam
suka dia lebih dari kawan ke?” Zara sengaja berputar belit.
Sengaja nak menyeksa lelaki di hadapannya.
“I saja tanya. Sebab you puji dia melebih sangat. You
kan... dah ada boyfriend.”
Zara senyum. Dagunya dipangku dengan tangan.
“You pasti you tanya soalan tu dengan muka yang
marah sebab I dah ada boyfriend? Bukan kerana ada sebab
lain?”
“Mana ada I marah!” Spontan Ashraf menafikan.
“You nak I bagi cermin dekat you ke supaya you
boleh tengok macam mana muka you sekarang?”
Ashraf tak menjawab. Dia menyuakan sesudu kek
lagi ke dalam mulut. Berpura-pura sibuk mengunyah kek di
hadapannya.
Zara menyandarkan badannya di kerusi.
“Noah... dia dah ada girlfriend. I pun kenal rapat
dengan girlfriend dia. Jadi, mustahil untuk I sukakan Noah,”
kata Zara tiba-tiba.
Kunyahan Ashraf terhenti. Dia merenung Zara.
“Kenapa you beritahu I?”
Zara menjongket bahu.
“Just thought that you should know. Supaya you tak
bersangka buruk pada I.”
“Penting ke apa yang I fikir pasal you?”
Zara tergamam. Tiba-tiba hidungnya terasa gatal.
Dia terbersin berkali-kali.
‘Aduh, ni mesti sebab hujan tadilah ni!’ kata Zara
dalam hati. Muka dia sudah bertukar merah.
Melihat Zara terbersin, Ashraf mengeluarkan sehelai
sapu tangan dari dalam beg. Lalu diserahkan kepada Zara.
“Thanks.” Zara capai sapu tangan itu. Kala matanya
melihat sapu tangan yang dihulurkan Ashraf secara dekat,
Zara terpaku. Tertera sulaman bernama Ekran pada bucu
sapu tangan itu. Automatik, dia berhenti bersin.
“Kenapa, Zara?” soal Ashraf apabila Zara tiba-tiba
kaku.
“Nothing.” Zara hulurkan sapu tangan itu semula
kepada Ashraf tanpa menggunakannya.
“Thanks for the handkerchief. I think I’m good now.”
“It’s okay. You simpanlah sapu tangan tu.”
Zara terkejut.
“Kenapa you nak bagi I sapu tangan ni? Ni kan sapu
tangan you.”
“Tak apa. You ambil je. Anggap ni hadiah I untuk
you. Please...”
Nada suara Ashraf seperti merayu. Mata mereka
saling bertentangan. Perlahan-lahan bibir Zara mengukir
senyum.
“I akan ambil sapu tangan ni. Dengan syarat you
jawab soalan I dulu.”
“Apa dia?”
“Kenapa you ikut I sejak 3 minggu yang lepas?”
Ashraf terkelu.
“Jawab soalan I, Ashraf! You jangan berani nak
menafikannya!” Nada suara Zara bertukar keras. Dia
mengeluarkan iPhonenya dari kocek baju. Menekan ikon
gallery, lalu disua ke depan muka Ashraf.
“Ni gambar you, kan? You cakap dengan I tadi, you
tak pernah datang ke sini. Habis, ni muka siapa? Kembar
you?”
Ashraf tetap membisu. Tak mengiakan, tak
menafikan.
“Cakaplah, Ashraf. Jangan diam macam ni. I nak
tahu, kenapa you ikut I? Apa yang you nak daripada I? Kita
pernah kenal ke sebelum ni?”
Ashraf hela nafas panjang.
“I should go now.” Ashraf bingkas bangkit dari
kerusi. Dan berjalan keluar dari bakeri. Hujan tidak selebat
tadi, tapi masih turun rintik-rintik.
Zara kejar dari belakang.
“Ashraf!” Zara cuba memintas Ashraf, tapi langkah
lelaki itu lebih laju. Dia mulai termengah-mengah. Tapi
langkahnya tetap diteruskan. Dia tak boleh berhenti mengejar.
Dia perlu tahu juga apakah tujuan sebenar Ashraf.
“MUMMY! MUMMY!”
Langkah Zara terhenti apabila mendengar suara
tangisan kanak-kanak perempuan tidak jauh daripadanya. Dia
memandang sekeliling dan terlihat seorang budak perempuan
berusia dalam lingkungan empat tahun; berambut perang,
dan memakai baju dan skirt berwarna merah jambu tidak
jauh di sebelah kirinya sedang teresak-esak menangis di tepi
jalan.
Zara pandang ke arah Ashraf. Lelaki itu semakin
menjauh ke depan. Dipandang kembali kanak-kanak itu.
Bibir diketap. Yang manakah harus menjadi keutamaannya
sekarang?
Akhirnya, Zara berjalan menghampiri kanak-kanak
perempuan itu. Dia lalu duduk bertinggung di hadapan
kanak-kanak itu.
“Hi, sweetie. What is your name?” soal Zara lembut.
Hilang riak tegangnya tadi.
“Jenny,” jawab kanak-kanak itu sambil terus
teresak-esak.
“Where is your mummy?”
“Mummy... mummy...” Tangisan Jenny semakin
kuat.
“I want my mummy!!! I want to go back home!!!”
jerit Jenny seperti terkena histeria.
Zara mula gelabah. Aduh, macam mana ni?
“Hey, kid.”
Zara mengangkat kepala. Ashraf muncul. Dia turut
duduk bertinggung di sebelah Zara.
Zara pandang Ashraf dari arah tepi.
“It’s okay. Don’t cry. I will help you find your
mummy. What is your name?”
“Jenny.”
“Hi, Jenny. I’m Ashraf. And this is my friend, Zara.
We promise you, we will find your mummy. Now, can you tell
me where is the last place you’re with your mummy?”
Jenny menghalakan jari telunjuknya ke sebelah
kanan.
“Okay, we will go that way. I want you to tell me if
you see your mummy. Okay, Jenny?”
Jenny mengangguk.
Ashraf bangun, diikuti oleh Zara.
“Zara, boleh you tolong I?”
Zara mengangguk. Tangan Jenny dicapai, lalu
mereka berjalan di sekeliling kawasan itu. Lihat saja lelaki
atau wanita dewasa, Ashraf akan bertanya sama ada mereka
itu adalah ibu bapa kepada Jenny. Jenny hanya menggeleng.
Beberapa ketika kemudian, Zara ternampak
seorang wanita yang teresak-esak menangis sambil cuba
ditenteramkan suaminya. Mereka tampak seperti sedang
bergaduh tentang sesuatu.
“Is that your mummy?” soal Zara sambil jari
telunjuk dihalakan ke arah pasangan itu.
“Mummy!” Tangan Zara dilepaskan, lalu Jenny
berlari ke arah pasangan itu.
Usai mendengar suara Jenny, wanita yang menangis
itu turut berlari mendapatkan anaknya. Dia terus memeluk
Jenny dengan erat.
Zara dan Ashraf menghampiri mereka berdua.
“Oh my God, Jenny! Where have you been?” soal
wanita itu sambil mencium pipi anaknya bertubi-tubi. Lalu
memeluk Jenny kembali. Terpancar riak kelegaan pada
wajahnya.
“We saw your daughter there just now, near the
traffic light,” jawab Zara bagi pihak Jenny.
Wanita itu bangun sambil mendukung Jenny.
“Thank you, miss...”
“Zara. Just call me Zara. And this is my friend,
Ashraf.”
“I’m Serena,” ucap Serena seraya bersalaman dengan
Zara dan Ashraf.
“Thank you so much, Zara, Ashraf. I don’t know
what will happen to my daughter if you didn’t find her.
Thank you very very much.”
“You’re welcome. Just don’t let her out of your sight
again. It’s dangerous nowadays.”
“Jenny...” Lelaki yang bergaduh dengan Serena tadi
menegur Jenny dari belakang Serena. Kelihatannya seperti
ayah Jenny.
“Papa!” Jenny tersenyum gembira melihat papanya,
Lucas. Tangan digawang-gawang mahu memeluk papanya.
Tapi, Serena pantas menghalang. Dia merenung tajam muka
Lucas.
Lucas pandang Serena dengan wajah bersalah.
“Serena, I’m so sorry...”
“I won’t trust her with you anymore! Just once, I
asked you to look after her. Just this goddamn once! And you
can’t even do that!” Serena lalu berjalan melintasi suaminya.
Lucas mengeluh. Pandang ke arah Zara dan Ashraf.
“Thanks for finding my daughter. Thank you so
much.”
Usai berkata-kata, Lucas mengekori Serena dari
belakang. Tidak berjalan beriringan dengan isteri dan
anaknya. Mungkin risau akan menaikkan lagi kemarahan
isterinya.
Zara terus memerhati pasangan itu sehingga mereka
hilang dari pandangan.
“Zara...”
Panggilan Ashraf menyentakkan Zara. Segera dia
menoleh ke tepi.
“Ahh, Ashraf. Sorry. Mengelamun jauh sangat
sampai tak sedar.”
“No biggies. Apa yang you fikirkan tadi?” soal Ashraf.
“Tak adalah. I cuma terfikir, macam mana perasaan
Serena bila Jenny hilang tadi. Mesti dia risau dan cemas
sangat, kan? Sampai menangis-nangis. I tak tahulah apa
yang akan berlaku kalau sesuatu terjadi pada Jenny. Mesti
Serena tak dapat maafkan suami dia,” kata Zara sambil
menghempaskan keluhan.
“You pun akan buat benda yang sama ke?” Tiba-tiba
Ashraf bertanya.
Dahi Zara berkerut.
“Buat apa?”
“Kalau apa-apa jadi pada anak you disebabkan suami
you, you tak akan maafkan dia ke?”
“Mungkin. Sebab seorang ibu akan menyayangi
anak dia melebihi segala-galanya dalam dunia ni,” jawab Zara
yakin.
“You cakap macam you dah ada anak je, kan?”
“Memanglah I tak pernah ada anak, tapi...”
“You yakin yang you tak pernah ada anak?”
Mata Zara dikecilkan. Pinggang dicekak.
“Apa yang you merepek ni? Takkanlah I tak tahu
kalau I ada anak? Takkanlah 9 bulan mengandung I tak sedar?
Tup-tup dah ada depan mata, macam tu? Melainkan...” Zara
renung Ashraf tajam. “I pernah ada anak, tapi I tak ingat
sebab I dah hilang ingatan? Betul tak?”
Ashraf terkelu. Terperangkap dalam mainan kata
yang dia mulakannya sendiri. Dia sekali lagi berjalan
meninggalkan Zara.
“Ashraf!” Zara berlari, lalu memintas langkah Ashraf.
Gerak lelaki itu terhenti.
“You sebenarnya tahu something kan pasal I? Baik
you cakap!” Nada suara Zara sudah meninggi. Kesabarannya
sudah hampir tiba di puncak.
“Yes, I memang tahu! Not something, but
everything!” Tidak tahan lagi dengan desakan Zara, akhirnya
Ashraf bersuara.
“Then, tell me what it is!”
Ashraf menghempas keluhan. Dia tahu, dia tak boleh
mengelak lagi.
“I tahu yang you dah hilang ingatan. Dan kalau
boleh, I tak nak you ingat apa-apa pun. But in order for you
to be happy, you need to know the truth about your past.
Lepas you tahu segalanya, barulah you akan faham dan I
boleh tolong you.”
“Tolong I? Tolong apa?”
“Sebenarnya I ni...”
Belum sempat Ashraf mahu membalas, tiba-tiba
penumbuk hinggap di pipinya. Dia jatuh ke tanah dek
penumbuk yang datang tanpa amaran itu.
“Zairiel!” Taufik merenung wajah Ashraf seperti
singa yang mahu menelan mangsanya. Dadanya berombak
menahan amarah.
“Taufik!” jerit Zara.
Taufik mencekak kolar baju Ashraf, menariknya
bangun.
“Tak guna kau! Berani kau tunjuk muka kau dekat
sini!” Sekali lagi, penumbuk yang lebih kuat dilayangkan ke
muka Ashraf.
Ashraf jatuh terjelepok di atas jalan lagi. Tapi, sedikit
pun dia tak bertindak balas. Dia hanya renung Taufik.
“Taufik, dahlah tu!” Zara menarik Taufik ke belakang
apabila Taufik cuba menumbuk Ashraf lagi.
“Aku bagi amaran dekat kau, Zairiel! Kau jangan
berani nak sentuh Zara lagi. Aku nampak kau cuba dekat-dekat
dengan dia lagi, siap kau!”
Taufik menggenggam lengan Zara pergi dari situ.
“Taufik, dia cedera tu! Takkan nak biar dia macam
tu je?” Zara meronta-ronta mahu dilepaskan. Tapi pegangan
Taufik makin erat.
“Kau tak payah fikir pasal dia lagi dah. Apa saja yang
dia cakap, aku nak kau lupakan semuanya. Faham?”
“Yang kau nak marah sangat ni kenapa? Kau kenal
dengan lelaki tu, kan? Apa kau panggil dia tadi? Zairiel?” soal
Zara bertubi-tubi. Tapi satu pun soalannya tak dijawab Taufik.
Taufik menahan sebuah teksi dan pulang ke rumah
Zara di Cheetham Hill.
Sepanjang perjalanan, sepatah perkataan pun tak
keluar dari mulut Zara. Tanda protes kerana Taufik telah
merosakkan rancangannya.
No comments:
Post a Comment