Tuesday, 23 October 2018

Jodohku Paling Superb - Bab 4

SETELAH membuat pesanan, aku dan Haneez
mula bergosip. Apa lagi kalau bukan mengenai si gedik Ernie
tu. Mengikut cerita Haneez, dia memang tidak berkenan
dengan si Ernie yang sejak dulu lagi suka menginding pada
kawan Rafiq yang mempunyai syarikat sendiri selang satu
jalan dari sini. Tidak pula aku kenal siapa kawannya itu.
“Assalamualaikum.”
Sedang aku menikmati keenakan ice blended
chocolate, satu suara menegur. Terpaku melihat lelaki yang
berdiri bersebelahan dengan Rafiq. Tersedak aku dibuatnya.
Degupan jantung berdegup laju seperti mahu melompat
keluar.
“Rissya, kau okey tak?” soal Haneez dengan riak
kerisauan terpancar pada wajahnya.
“Okey, okey. Aku takde apa-apa. Okey je.” Jawapan
yang aku berikan lebih kepada untuk menyedapkan hati
sendiri.
Guess what? Arghh, lelaki itulah hero Malaya yang
selamatkan aku semalam! Haneez tak pula memberitahu
yang Rafiq akan membawa teman.
Sempat aku mencuri pandang ke arah
penampilannya yang agak berbeza hari ini; seluar slek hitam
dipadankan dengan baju kemeja biru turquoise dan tali leher
berwarna biru elektrik. Nampak sangat matching di mataku.
Rambut yang disisir rapi itu menyerlahkan lagi karismanya
sebagai seorang lelaki. Bagai ada sesuatu yang membuatkan
pandanganku terus tertumpu ke arahnya. Hailah mata,
jangan buat perangai! Tolong behave.
“Orang bagi salam hukumnya sunat, tapi orang yang
jawab salam hukumnya wajib. I tak dengar you jawab salam
pun. Tak jawab berdosa tau...” Meleret senyuman di wajah itu
membentuk lesung pipit di tepi bibir kanannya.
Aku menahan debar di dalam hati. Relaks, Arissya.
Buat macam biasa je. Untung-untung dia tak ingat.
“Wa... waalai... kumussalam...” Ah, sudah! Dah
kenapa aku boleh tergagap dan gelabah sampai macam
ni? Cepat-cepat aku berdeham dan memandang ke arah
Rafiq bagi meminta penjelasan lanjut. Dalam hati sempat
aku berdoa semoga dia tak mengingati perihal semalam.
Tolonglah jangan ingat. Malunya rasa.
“Kau okey tak ni? Nampak kawan aku yang handsome
ni, terus jadi gagap? By the way ni kawan aku, Azriel Raykarl.
Azriel, ni Arissya Amyra, kawan Haneez yang juga merangkap
officemate aku tapi lain department.” Sempat lagi Rafiq
menyakat aku.
“Aku okey. Kau tak payah nak perli-perli aku eh!”
Mataku jegilkan kepada Rafiq. Sesudah melihat reaksi
spontanku semua tertawa serentak.
Dia yang diam dari tadi tiba-tiba membuka mulut.
“Have we met before? Hmmm?” Renungan matanya
membuatkan wajahku terasa panas. Alamak, dia ingatlah!
Aku nak jawab apa ni? Nak tipu ke nak jawab jujur?
“Errr... Eh, duduklah Azriel. Kenapa berdiri je?”
Sengaja aku cuba mengubah topik. Haneez yang duduk
berhadapan denganku hanya tersenyum senget. Aku kenal
senyuman itu. Bukannya senyuman biasa tetapi senyuman
yang mengandungi seribu maksud tersirat. Aku hanya buat
tak faham. Sengaja nak seksa mindanya dengan pelbagai
tanda tanya. Jahatnya aku. Hahaha. Konon nak seksa Haneez,
padahal diri sendiri sudah cukup terseksa.
“May I sit next to you, Miss Arissya?” soal Azriel
perlahan.
Memandangkan Rafiq sudah mengambil tempat
bersebelahan dengan Haneez, jadi yang kosong hanya kerusi
di sebelahku. Aduhai... mati aku! Aku hanya tersenyum
sedikit sebelum mengangguk. Sempat aku menghadiahkan
jelingan tajam kepada Haneez.
Sepanjang menikmati hidangan, masing-masing
hanya diam, cuma sekali-sekala terdengar celoteh daripada
mereka bertiga. Entah kenapa aku menjadi kekok. Mungkin
kehadiran Azriel di sini bersama kami membuat aku rasa tidak
selesa. Bukan apa, malu sebenarnya apabila terkenangkan
kembali peristiwa semalam.
Malang betul nasib. Entah mengapa aku dapat
merasakan yang kami akan kerap berjumpa selepas ini. Jadi
inilah dia lelaki yang sedang dikejar oleh Ernie? Aku cuba
membayangkan reaksi Ernie jika dia mengetahui aku makan
tengah hari bersama dengan ‘buah hati’nya. Tanpa sedar aku
mengulum senyum sendiri.
Lengan kiri terasa sakit ditampar oleh Haneez yang
kemudiannya menyergahku.
“Hei Arissya, kau dah kenapa tersengih
sorang-sorang ni? Takkan baru duduk sebelah putera raja,
kau dah terawang-awang di kayangan?” Kata-kata Haneez
disambut gelak tawa mereka bertiga.
Terkejut aku disergah sehingga tangan kanan yang
berada di atas paha naik ke atas meja dengan spontan dan
secara tidak sengaja melekap di atas tangan seseorang. Siapa
lagi kalau bukan jejaka yang kini berada di sebelahku.
Kami berpandangan sesama sendiri.
Sesaat... dua saat... tiga saat...
Masa bagaikan tidak berganjak. Kami sama-sama
membeku dan terpaku. Lambatnya masa berputar sepertinya
jantung sudah berhenti mengepam darah, tiada oksigen
sampai ke otak.
Aku kembali ke alam realiti. Lalu dengan pantas aku
menarik semula tangan ke bawah meja.
“Sorry, Azriel. I’m so sorry. I didn’t meant it.” Aku
bersuara perlahan sambil menunduk memandang ke bawah.
Muka terasa tebal berinci-inci.
“It’s okay, my dear Issya. You memang suka minta
maaf ya? Dari semalam lagi, kan? I know you remembered me
from yesterday.” Lantas mata dikenyitkan kepadaku.
Sumpah jantungku hanya tunggu masa untuk gugur
sahaja. Aku dapat merasakan dua pasang mata kini asyik
menjadi penonton tayangan perdana drama sebabak di antara
aku dan Azriel. Biarlah, nanti boleh explain kepada Haneez
dan Rafiq.
‘Issya...’
Terlalu lama telinga ini tidak mendengar sebaris
nama itu meniti di bibir sesiapa. Hanya arwah abah, arwah
mak dan Irham sahaja yang memanggil aku dengan panggilan
sebegitu. Perasaanku bercampur baur. Antara marah, sedih
dan rindu. Emosi menjadi tidak stabil. Entah mengapa
tiba-tiba aku ternampak bayangan Irham di dalam diri Azriel.
Dengan hati yang sarat dengan seribu duka, aku
berpaling dan merenung dirinya.
“What did you call me just now?” soalku pendek.
“Issya. Oh, tadi I panggil you my dear Issya. Kenapa?
Ada orang marah ke I panggil you macam tu?” tanya Azriel
yang masih tidak dapat mengesan perubahan pada wajahku.
“Tak. Takde orang marah pun. Don’t get me wrong.
Please don’t call me Issya anymore. Sorry, I need to go,”
balasku. Sedaya upaya aku cuba mengawal emosi yang mula
menguasai diri. Seboleh-bolehnya kejadian di mana aku
memarahi Azriel semalam cuba dielak daripada berulang
kembali.
“Issya, I minta maaf kalau buat you rasa tak selesa,
but please finish your food. Sikit sangat you makan ni.”
Sikap prihatin Azriel tidak mampu melembutkan hatiku yang
sedang kacau-bilau di saat ini.
Kenapa degil sangat dia ni? Aku dah cakap jangan
panggil aku dengan nama ‘Issya’. Kenapa susah sangat dia
nak faham? Suka sangat ke tengok aku marah? Ya, sekarang
ini aku sudah tidak mampu lagi untuk mengawal emosi. Aku
memusingkan sedikit tubuh badanku supaya menghadap
Azriel.
“Excuse me, sir, please listen very carefully. First
of all, I’m not your dear. Secondly, don’t ever call me Issya!
Please call me Arissya or Rissya. R-I-S-S-Y-A. Lastly, thanks
because you saved me yesterday and I’m very sorry if I sound
rude to you. My apologies. I hope you’ll get it.”
Mereka bertiga kelihatan terpinga-pinga
memandangku. Mungkin sedikit pelik dengan mood aku yang
berubah secara mendadak. Pantas aku mencapai beg tangan
di atas meja.
“I better make a move now. Aku okey, kau jangan
risau. Jumpa kat rumah petang nanti.”
Sebelum berlalu sempat aku tinggalkan pesanan
kepada Haneez. Aku perasan mata Azriel tak lepas daripada
memandang ke arahku. Biarlah. Aku tidak mengharapkan
simpati ataupun pengertian daripadanya. Cukuplah hanya
kepada Haneez tempat aku curahkan segala rasa yang
terpendam.
“Arissya, tunggu!” Azriel melaungkan namaku tidak
terlalu kuat, tetapi cukup untuk sampai ke pendengaranku.
Hati ingin sekali berhenti tetapi kakiku laju meneruskan
langkah.
“Biarkan dia bertenang dulu, Azriel. Biarkan dia
pergi.” Sayup-sayup kedengaran suara Rafiq berkata.
Keluar sahaja dari restoran itu, air mata yang ditahan
sejak tadi mengalir laju membasahi pipiku.
Ya Allah, kenapa sukar sungguh membuang ingatan
terhadap peristiwa silam itu? Baru saja aku ingin membuka
lembaran baharu dalam hidup, muncul pula seorang lelaki
yang memanggilku dengan nama Issya. Aku terlalu ingin
menguburkan nama itu walaupun sebenarnya telinga ini
terlalu rindu untuk mendengarnya.
Azriel, maafkan aku. Aku harap kita tidak akan
berjumpa lagi. Tak akan. Titik!

No comments:

Post a Comment