Sunday, 30 June 2019

Gerhana Cinta Yana - Bab 3

ANGIN malam yang terhasil daripada ayunan
buaian membuatkan kesejukan mencengkam ke tubuh.
Mujur Yana mengenakan baju lengan panjang, dapatlah
bertahan sedikit. Kepala terangguk-angguk mengikuti rentak
muzik yang kedengaran dari earphone yang disumbat di
kedua belah telinganya.
“Yana buat apa kat luar ni?” Teguran Haqimie tidak
mendapat respons daripada Yana. Manakan tidak, volume
dipasang agak kuat. Bunyi bom meletup pun Yana takkan
sedar agaknya. Nasib kaulah Haqimie, bercakap dengan
tunggul.
“Kadang kumahu, kadang tak mahu... Kadang
kurindu, kadang tak rindu... Kadang kucinta, kadang
tak cinta... Kamu... Kerna ku cinta akhir terluka, pernah
janji untuk setia... Mesti kau tak tahu aku tahu tentang
perangaimu... Cumi, cumi, cumi...” Yana bernyanyi siap
dengan pakej gaya cumi. Tanpa dia sedar ada sepasang mata
yang asyik melihat persembahan tak berbayarnya itu.
Haqimie pantas menarik sebelah earphone di telinga
kiri Yana dan mengambil tempat berhadapan dengan gadis
itu. Hampir melompat Yana akibat terlalu terkejut dengan
tindakan Haqimie.
“Abang Qimie ni kan... Nasib baik tak gugur jantung
Yana tau! Bagilah hint dulu. Ni tak, terus terjah je.” Tangan
naik mengurut dada bagi menghilangkan rasa kaget.
“Helo, cik adik manis. Abang dah tegur eh. Dia tu
yang sibuk bercumi-cumi sampai tak dengar abang panggil.”
“Oh ya ke? Sorrylah tak dengar.” Yana tersengih
tayang gigi.
“Macam mana nak dengar kalau volume tu sikit
punya kuat. Abang yang tak pakai earphone ni pun boleh
dengar lagu tu,” kata Haqimie.
“Esok abang dah nak balik,” beritahu Haqimie.
“Kenapa esok? Bukan next week ke?”
“Sepatutnya memang next week tapi ibu dapat balik
awal. So, esok petang ibu datang sini ambil abang.”
Sedar tak sedar sudah seminggu Haqimie tumpang
bermalam di rumah keluarga Yana. Menyedari hakikat yang
esok Haqimie akan pulang, rasa sedih tiba-tiba berkunjung
dalam hati Yana.
“Yana sekarang last sem kan?” Haqimie menyoal.
“Haah betul. Lepas habis belajar nanti tak tahu nak
buat apa. Malas pulak rasanya nak kerja.”
“Aik, boleh pulak macam tu?”
“Nak goyang kaki je tapi duit masuk. Aci tak?”
“Boleh, kena kahwinlah. Nanti husband bagi
duit. Bijak tak cadangan abang?” Haqimie menari-narikan
keningnya sambil tersenyum.
“Bijak sangat! Nak kahwin macam mana kalau
boyfriend pun tak ada.” Yana tayang muka tak puas hati.
“Ya ke tak ada boyfriend? Abang tak percayalah.”
Haqimie sengaja menduga Yana.
“Betullah. Abang Qimie tengok walid tu macam
mana. Garang! Yana tak ada kawan yang rapat pun. Kawan
biasa ramailah. Walid cakap perempuan zaman sekarang pun
ramai yang tak boleh dipercayai apatah lagi lelaki. Along tu
abang, dia jugaklah kawan baik Yana. Lagipun Yana muda
lagi, malas nak fikir pasal boyfriend semua tu. Sekarang nak
fokus study je.”
“Abang peliklah.”
“Pelik apanya?”
“Walid tak marah pulak Yana berkawan dengan
abang?” tanya Haqimie.
“Entah. Maybe sebab Abang Qimie kawan along kut.
Dah kenal lama, so walid percaya agaknya,” tembak Yana.
“Mungkin jugak. Logik apa yang Yana cakap tu.”
“Yana, abang nak tanya.”
“Tanyalah. Apa dia?”
“Kalau tiba-tiba ada orang mengaku suka kat Yana?”
Haqimie cuba memancing reaksi Yana.
“Biar jelah. Nak buat macam mana? Perasaan orang,
mana boleh halang.”
Haqimie memerhati tingkah Yana yang nampak
tenang. Entahlah, dia sendiri pun tidak pasti. Masih terlalu
awal untuk membuat sebarang kesimpulan.
“Siapa yang suka siapa? Perasaan apa ni? Korang
berdua dah couple eh? Amboi, advance kau ya Qimie?”
Shahrul yang baru tiba dari dalam rumah terus menuju ke
arah Yana dan Haqimie dan memberikan soalan cepumas.
“Apa along ni? Macam budak-budak. Couple bagai.
Yana dengan Abang Qimie? Memang taklah! Kita dah macam
adik beradik kan?” Yana menghalakan pandangannya kepada
Haqimie bagi meminta sokongan.
“Any answer, bro?” Shahrul pamer senyum senget.
Haqimie menggaru pipinya sambil tayang wajah
serba salah. Tak tahu nak sokong si abang atau si adik.
“Err... macam betul tapi bukan.” Akhirnya jawapan
yang diberikan oleh Haqimie lebih berpihak kepada Shahrul.
“Isy, bencilah! Mentang-mentang buddy dia dah
balik, dia buli kita. Kalau buddy dia tak ada, kita yang
dicarinya.”
“Alahai, comelnya adik along ni merajuk. Tak elok
tau merajuk, nanti cepat berkedut muka tu. Kan nak kahwin
dengan Abang Qimie kita ni.” Bahu Haqimie ditepuk-tepuk
lembut oleh Shahrul.
Krik krik krik.
Tiada balasan daripada Haqimie mahupun Yana.
Geram kerana tidak mendapat sebarang reaksi,
Shahrul menguatkan sedikit tepukan di bahu Haqimie.
“Hah, betul-betul!” Akibat terkejut dengan tepukan
kuat dibahunya, Haqimie tanpa sengaja mengiakan kata-kata
Shahrul sekali lagi.
“Dahlah, Yana nak masuk. Ada dua ekor nyamuk
jantan kat sini. Bahaya! Syuh, syuh!” Yana mengipaskan
tangannya ke udara seolah-olah ingin menghalau nyamuk.
Shahrul dan Haqimie apa lagi? Bantai gelak sampai
tak ingat dunia.
Setelah Yana beredar masuk ke dalam rumah,
kedua sahabat itu meneruskan perbualan. Men talk. Shahrul
mengambil tempat yang diduduki adiknya sebentar tadi.
“Kau suka adik aku ke, bro? Aku boleh nampak dari
cara kau pandang Yana.”
Hah, tu dia! Shahrul dah mulakan sesi soal siasat.
“Kami kan baru je kenal seminggu. Apalah kau
ni. Takkan cepat sangat boleh suka. Tak adalah.” Haqimie
menafikan sangkaan Shahrul.
“Itu bukan alasannya,” balas Shahrul.
“Aku pun tak tahu nak explain macam mana. Aku
sendiri tak pasti. Aku selesa berkawan dengan Yana. Ya, aku
mengaku sayangkan dia. Tapi aku sendiri keliru perasaan
sayang tu untuk seorang adik ataupun lebih. Mustahil aku
boleh jatuh cinta pada Yana dalam masa seminggu je.”
“Cinta tu tak mengenal masa. Jangka waktu bukan
pengukur kasih sayang seseorang. Kau perlukan pertolongan
aku tak untuk pikat Yana? Don’t worry, it’s free of charge.”
Shahrul menawarkan bantuan untuk membeli jiwa adik
perempuannya.
“Woohaa, sejak bila kau jadi penasihat cinta ni? Siap
ada bantuan percuma lagi. No need, bro. Kalau betul pun aku
nak pikat Yana, aku akan usaha sendiri. Barulah gentleman.”
Haqimie menolak baik tawaran Shahrul.
“Betul ni?” tanya Shahrul menginginkan kepastian.
“Ya, betul. Aku rasa biarlah kami berkawan dulu.
Kalau ada jodoh, adalah. Lagipun aku tak nak Yana rasa tak
selesa nanti. Biar masa yang menentukan segalanya. Kau tu
bila nak kahwin? Bertunang dah, takkan tak ada perancangan
untuk kahwin?”
“Aku balik yang kena? Entahlah. Aku dengan Melissa
belum bincang lagi pasal ni. Masing-masing sibuk.” Shahrul
beralasan.
“Jangan tunang lama sangat. Banyak dugaan dan
cabaran.” Haqimie memberi nasihat seperti orang yang sudah
berpengalaman. Padahal diri sendiri pun belum ada teman
istimewa.
“Pandailah kau tu kalau bab bercakap kan! Dah, jom
masuk!”
“Well, this is Zacqryl Haqimie Bin Abdul Halim. Bab
bercakap memang kelebihan aku. Jomlah.”

No comments:

Post a Comment