Sunday, 18 August 2019
Veenea - Prolog
11 Mac 2011...
“AYAH, Vee dahagalah.”
“Vee tunggu usu kejap ya. Usu kan pergi toilet dengan
bonda. Nanti Vee pergi beli dengan usu tau. Nahh duit,” pujuk
ayah sambil menghulurkan beberapa not yen kepada Vee.
Tersengih Vee tengok jumlahnya. Ini bukan kata air,
ramen pun dia boleh beli.
“Vee pergi sendiri pun tak apa. Bukan jauh pun. Ayah
ingat lagi kan booth tu? Kalau dalam setengah jam Vee tak
balik sini, ayah cari Vee dekat sini. Orang mesti ramai tu...”
“Vee tunggulah dulu. Ayah tak boleh nak teman Vee.
Nanti kalau usu dengan bonda sampai sini kita tak ada, lagi
jenuh, kan?”
Vee tarik muka. Dengan cuaca sejuk begini, tekak
punyalah kering sampai nak telan liur pun rasa payah.
“Vee pergi sendiri aje. Ayah jangan risaulah. Vee
janji, Vee tak akan keluar dari park ni walau apa pun terjadi.
Okey? Vee dahaga sangat ni ayah. Please... please...” pujuk
Vee bersungguh-sungguh. Lambat-lambat barulah ayah
mengangguk dalam terpaksa. Langsung satu kucupan di
pipi ayah diberikan sebelum dia melompat gembira ke arah
datang mereka tadi.
Sungguh bagai dikata, punyalah ramai yang beratur
nak beli minuman dan sampai sahaja giliran dia, habis! Aduh,
mujurlah ada pelancong lain yang beritahu kepadanya yang
ada booth lain di sebelah kanan park itu. Tanpa fikir panjang,
Vee terus saja melangkah ke arah yang ditunjukkan.
Kata orang, kalau rezeki tak ke mana. Orang
pun tak adalah ramai seperti tadi. Tanpa menunggu lama,
berjaya juga Vee membasahkan tekak yang kering sebelum
bergegas semula menuju ke arah tempat ayah menunggu
sebelum laluannya tiba-tiba sahaja jadi kelam-kabut dengan
pengunjung yang bertempiaran lari. Menjerit sana sini.
“Miss, you better run. They said this theme park will
be flooded with water caused by tsunami!” beritahu seorang
staf sewaktu dia mula rasa tergamam tidak tahu hendak
melangkah ke arah mana.
“Tsu... tsunami?”
“Yeah. Where’s your family? Run fast miss! The
entrance has been closed and nobody can enter or exit the
park at this moment.”
“Allah, ayah!” gumam Vee sendirian. Dia masih kaku
di situ. Di tengah-tengah keributan, semua pengunjung
berlari ke sana ke mari sebelum entah dari mana datang
tenaga kuat yang menolaknya sampai dia tersungkur.
“Aduh!” rungut Vee. Air tinnya tumpah ke jalan.
Tangannya pula terasa pedih. Ada darah yang mengalir dek
kerana tolakan kuat yang buat dia terjatuh di atas jalan yang
bahagiannya berbatu kerikil.
“Are you okay?”
Vee mendongak. Tanpa banyak soal, lengannya
ditarik supaya berdiri tegak. Dan bagai dijampi, dia cuma
diam sambil memerhati budak lelaki di hadapannya yang
sibuk membuang pasir di lutut seluar jeannya sebelum
tangannya yang luka dibalut dengan sapu tangannya.
“Tadi baru dapat alert tsunami. So sekarang ni, park
dah ditutup sampailah dapat dipastikan perjalanan keluar
dari sini selamat untuk dilalui. Just to make sure nothing bad
happens. Sebaiknya awak pergi cari tempat yang tinggi untuk
lebih selamat. Kita tak tahu setinggi mana air boleh naik. Tapi
yang penting, cari famili awak. Saya kena pergi sekarang!”
Vee mengangguk beria. Dalam takut, dia kagum
dan terharu. Mujur ada yang boleh berbahasa Melayu dan
sudi menolongnya. Tapi, wajah itu tak nampak macam orang
Malaysia pun!
“Awak!”
“Huh?”
“Sapu tangan ni?”
“Buang aje. Dah kotor pun!”
No comments:
Post a Comment