Osaka, Jepun...
“YA Allah, sakitnya perut!” Faiqah
menekan-nekan bahagian kiri perutnya. Badan sudah
bersandar di kepala katil. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Siapa
yang panggil dia waktu sakit-sakit begini?
Tangan cuba menggapai telefon di meja lampu
tidur. Percubaan pertama tak berjaya. Badan diengsot sedikit
ke kanan. Tangan mencuba sekali lagi. Kali ini berjaya. Dia
segera meleretkan jarinya pada kekunci hijau.
“Helo, Yen.” Suaranya cuba dikawal sedaya mungkin.
“Kita keluar,” ajak Yen ringkas.
“Nak ke mana?” Tangan masih menekan kawasan
perut yang berasa senak itu.
“Town area. I am in front of your door right now.”
“Yen, can we go another day? I tak berapa sihat ni.”
Faiqah sudah tidak boleh menahan lagi nada suaranya. Sakit
sangat.
“You buka pintu ni, Faiqah. I tengok keadaan you.”
Yen kerisauan.
“Tak apa, Yen. Biasalah penyakit wanita yang datang
bulan.” Hah, hint besar Faiqah bagi tu!
“Oh, okay! But you need to keep me updated. If
necessary, I will send you to the hospital.”
“Alright, Yen. No worries.”
“If you need anything, just call or WhatsApp me,
Faiqah.”
“Sure, Yen. Thank you very much.”
Talian dimatikan. Faiqah dah biasa menghadapi
situasi sebegini. Dahulu dia sering diserang senggugut.
Semenjak beberapa bulan bekerja di sini, ini serangan
pertama. Sudah tu dia jauh di negara orang. Mama kata dia
kena cepat-cepat kahwin. Nanti sakit senggugut ni dah tak
datang lagi. Siapalah nak kahwin dengan dirinya yang chubby
pakai baju saiz XXL ni?
DING DONG, ding dong...
Faiqah menerima tetamu. Badannya tak larat nak
bangun. WhatsApp daripada Yen masuk ke telefonnya.
I ordered room service for you. It’ll
be there soon.
Tqvm, Yen. Really appreciate it.
Faiqah membuka pintu biliknya. Tiba-tiba, dua
orang wanita masuk ke kamarnya. Seorang menolak troli
berisi makanan dan seorang lagi persis seorang doktor. Yen
panggilkan doktor sekali?
Doktor itu memperkenalkan dirinya begitu juga
pelayan wanita itu. Makanan di dalam troli dipindahkan ke
atas meja tepi katil. Penuh di kiri dan kanan. Doktor itu
tersenyum melihatnya. Kemudian, doktor itu mengeluarkan
stetoskop dan menjalankan tugasnya merawat Faiqah. Turut
dibawa bersamanya first-aid kit yang mengandungi ubatan.
Setelah itu, kedua-dua wanita itu meninggalkan
Faiqah bersendirian. Dia menjengah beberapa makanan yang
dipesan Yen untuknya. Ada sup lobster, salad dan dua menu
masakan barat. Mesti mahal ni.
Tangan mencapai gagang telefon hotel. Talian
sambungan ke bilik sebelah didail.
“Hai, Yen.”
“Lega I dengar suara you dah back to normal.”
Faiqah tergelak kecil. “Tadi suara I menakutkan ke?”
“Seriously, I rasa macam bukan dengan you aje I
bercakap tadi.”
“Itu I dan sekarang ni pun I, Mr. Shiou Yen.”
“Dah makan? Okey tak selera you dengan apa yang
I pesan?”
“I tak jamah satu pun lagi. But I took a glance
already. The food looks delicious.”
“Nanti you makanlah ya. Nanti apa I nak cakap dekat
Uncle Affendi kalau you sakit?”
Tiba-tiba, dari jauh Faiqah terdengar suara
perempuan memanggil Yen. Takkanlah Yen berani melanggan
perempuan Jepun? Geisha? Apa ada hal Faiqah, dia mampu
dan dia boleh kalau dia nak melanggan sekalipun. Agamanya
tak menghalang. Jatuh terus persepsi Shiou Yen yang baik dan
penyayang bertukar menjadi Shiou Yen yang gatal merenyam
pada pandangan mata kasar Faiqah ini.
“Yen, you macam busy. Okay, bye!” Cepat-cepat
talian dimatikan Faiqah. Yen tak sempat mahu membalas
apa-apa.
Dalam fikiran Faiqah berlegar-legar seribu
pertanyaan lain. Siapakah perempuan itu? Yen bawa siapa
masuk bilik dia? Tahulah mereka sedang berjauhan daripada
famili tapi tolonglah hormat dengan dia. Hampeh punya Yen!
Tiba-tiba WhatsApp daripada Yen masuk. Fail imej.
Faiqah lihat.
Sekejap! Macam kenal. Dia ni...
Yen bergambar dengan Janet! Latar belakang bilik
tu macam lebih kurang biliknya sekarang. Janet ada dekat
sinikah? Telefon biliknya pula berdering.
“Hai, Kak Iqa. Cuba teka siapa?” Suara Janet ceria.
“Hey sis, what are you doing here?” Riang nada suara
Faiqah. Serupa sakitnya sudah pulih sepenuhnya. Rindu!
“Plan abang Yen. Nak buat surprise kat akak.”
“What?” Keliru. Faiqah memang keliru sekarang ni.
“My brother’s plan.” Janet ulang lagi sekali
jawapannya.
“Cuti ke?”
“Yeah. Today and tomorrow. Abang telefon pagi-pagi
lagi ajak jalan-jalan dengan akak. Unfortunately, my lovely
former tutor is not feeling so well. Jadinya, we have to
postpone jalan-jalan.”
“I’m so sorry. My period pain decided to pay me a
visit.”
“Don’t worry. I’m familiar with that syndrome too.
Can I accompany you tonight, Kak Iqa? My brother is very
worried about you,” terang Janet.
“Boleh sangat! Taklah akak keseorangan malam ni.”
“Okay, first open the door, please. If not, I’ll have to
climb over the balcony railing.” Di hujung kata-kata Janet
terdengar gelak Yen. Baguslah tu adik-beradik bersekongkol.
Suka sangat kenakan dia!
“Kejap. Give me 10 minutes.” Faiqah mematikan
talian lantas pergi membersihkan diri dan bersiap ala kadar.
Tepat 10 minit, pintu hotel Faiqah berbunyi. Dua beradik ni
memang punctual!
“Sis!”
Buka sahaja pintu, Faiqah menerima dakapan rindu
Janet. Erat. Lama sungguh mereka tak berjumpa. Lama
mereka berdakapan. Janet membelakangkan abangnya. Yen
menghantar pandangan kepada Faiqah meminta izin untuk
masuk ke biliknya.
Faiqah hanya mengangguk. Dia terbatuk kecil.
Terlalu sukar mahu bernafas.
“Eh, jomlah masuk!” Janet pula yang mengajaknya
masuk. Padahal itu bilik Faiqah.
“Your former tutor tu sakit, Janet. Pergilah tolong
buat air ke apa?”
Janet mencebik pada arahan diktator abangnya.
Hendak tak hendak diturut juga arahan abangnya.
“Eh, tak apalah. Janet duduk, akak buat. Awak tu
tetamu.”
“Eh, tak apa! Biar Janet ambil air dalam bar mini.
Kak Iqa duduk.” Janet segera menuju bahagian dapur suite
itu. Tinggallah Faiqah dan Yen di ruang itu. Masing-masing
senyap. Pandangan mata sahaja yang bersuara.
‘Macam mana keadaan you?’
‘Alhamdulillah. Quite good. Much better.’
‘Thank God.’ Keresahan Yen berlalu pergi.
Faiqah melemparkan senyum.
Janet datang bersama dulang di tangannya. Penuh
tatatertibnya. Gelas yang berisi jus laici disuakan kepada
abangnya dahulu. Kemudian, Faiqah dihulurkan gelas berisi
air suam. Untuk dirinya pula, dia menyediakan air 100 Plus.
Di Jepun sekarang musim sejuk. Tekak mudah
menjadi kering. Lebih-lebih lagi kalau demam dan senggugut
macam Faiqah sekarang ini.
“Bila nak makan, Kak Iqa? Nanti makanan-makanan
tu sejuk dah tak sedap. Nak Janet suapkan? I’m okay with it.”
Langkah Janet laju untuk mengambil dulang makanan yang
baru dihantar tadi. Dia tidak menunggu jawapan Faiqah. Laju
saja dia mendapatkan pinggan-pinggan makanan itu.
“Here.” Janet sudah sedia menyuakan makanan ke
mulut Faiqah.
“You malu dengan I?” teka Yen.
“Nope.”
“If not, then open your mouth!” Yen bernada tegas.
Faiqah terkedu. Dua pasang mata ralit
memandangnya. Nak tak nak dia perlu menerima suapan
daripada Janet. Mulut dibuka sedikit.
“Bukalah luas-luas mulut, sis.”
Sudahnya, malu Faiqah sudah dicampak jauh-jauh
ke Gunung Fuji.
Taman Nong Chik, JB...
“OKEY, NANTI mak long WhatsApp Iqa ya. Terima kasih, mak
long. Kirim salam pak long ya. Assalamualaikum.” Faiqah
membawa dirinya ke kerusi batu bulat luar rumah. Menanti
WhatsApp daripada mak long.
Pulang saja dari Osaka, Faiqah mahu memulakan
misi mencari Amar seperti permintaan terakhir arwah Farah.
Tidak elok dia berlengah-lengah lagi. Tambahan pula, berita
yang Puan Jasmin khabarkan pagi-pagi buta tadi bagaikan
bom yang bakal meletus. Mama mahu menjodohkan dia
dengan seseorang. Naya!
Notifikasi WhatsAppnya berbunyi. Mesej daripada
mak long. Faiqah terus menyimpan nombor telefon Wan,
sepupunya merangkap anak keempat mak long di senarai
pemanggilnya.
‘Bila agak-agak boleh hubungi si Wan ni? Mak long
kata Wan sekarang di tahun akhirnya. Hmm... mesti Wan
sibuk dengan projek tahun akhirnya.’ Getus hati Faiqah.
Jam dinding dipandang. Sekarang Malaysia pagi, jadi
London petang. Agak-agak si Wan ni sibuk tak? Argh! Telefon
sajalah sekejap.
‘Engaged pulak dah.’
Faiqah mengambil keputusan untuk menghantar
WhatsApp dulu. Hah, Wan tengah online tu!
Assalamualaikum, Wan. Kak Iqa ni.
Anak Ayah Uda. Wan sihat?
Oh, Kak Iqa. Waalaikumussalam.
Sihat, kak? Alhamdulillah makin
bertambah-tambah sihat. Mak bising
badan sado sangat. Haha...
Ya? Wan, tadi Kak Iqa ada called tapi
Wan engaged. Bergayut ek
Kak, Wan ni manusia nak bergayut
macam mana? Aduhai, Kak Iqa... Oh
ya, kenapa akak telefon?
Actually, Kak Iqa nak tanya. Wan
sekarang menetap dekat mana? Kak
Iqa ada benda nak settle kat sana.
I need a place to stay for a while.
Around two months.
Hmm... macam mana eh? Wan tak
on campuslah, akak. Wan stay dekat
Park Avenue ni.
Oh, Avenue berapa? Kak Iqa pun
ada member stay sana tapi sekarang
dah lost contact. Nak minta tolong
Wan kalau tak busy, tolong Kak
Iqa survey kan Park Avenue 14. Ada
member dekat situ.
Kawan Kak Iqa tu program master
ke degree? Sebab dekat sini ada
banyak universiti. Hah, Wan Park
Avenue 16. Tak jauh tu.
Kak Iqa tak pasti pulak, Wan. Nama
dia Amar.
Oh.. Amar. Apa pun Wan akan cuba
cari nanti. Tapi tak janji sebab Wan
busy dengan final project.
Terima kasih, Wan.
Sama-sama Nanti kirim salam
pada mak uda dan ayah uda ya.
Assalamualaikum.
“I DENGAR permohonan you nak ke London ditunda.” Yen
mencecap sedikit air sirap limau buatan Faiqah. Mereka
sedang bersembang di meja bulat luar. Rumah Faiqah.
“Hmm... tadi HR dah called I.” Agak sayu balasan itu.
Tertunda lagilah misi mencarinya.
“Kenapa nak ke London? Kita kan baru balik dari
Osaka. Tak penat ke?”
“Ada personal matter yang I terpaksa selesaikan.”
“You kan tahu yang projek dengan Jepun tu baru nak
berkembang. Syarikat susah nak bagi you pergi mana-mana.
Every meeting you kena ada.”
“I tahu. Tapi kalau I slow talk dengan Tan Sri dia
akan bagi. I dapat rasa.”
“I tak setuju you ke sana sekarang! Dengan keadaan
projek baru ini lagi.”
“I harap sangat you dapat faham I, Shiou Yen.
Sokong keputusan I ni. Lagipun, I ke sana bersebab,
bukannya berjoli.” Gelas sirap limaunya disua ke bibir. Air
sejuk menuruni rengkungnya.
“Betul you tak nak beritahu I walaupun I pengarah
projek baru ni?” Yen muka sudah tak puas hati.
“Please?”
“Kita tak bekerja sekarang, Faiqah.”
“I tahu tapi kalau you e-mel Tan Sri sekarang ni and
you defend I, boleh kan?”
“Boleh I nak bantu sokong you, tapi ini hal peribadi.
Mind if you share with me?”
Pertanyaan itu segera Faiqah membalas dengan
gelengan. Naya kalau sampai ke pengetahuan kedua ibu bapa
mereka nanti.
“So, we have a decision then.” Shiou Yen segera
menghabiskan sirap limau aisnya. Dia ingin segera pulang ke
rumah.
“Yen...” Faiqah meleretkan suaranya. Mana tahu
saat-saat akhir si smart Yen ini berubah hati, kan. Eheh!
“I’m sorry. I can’t help you. For now, I really need
you in our new joint venture project, Faiqah. Better luck
next time, okay? Bye.” Langkahan Shiou Yen dilihat semakin
laju keluar dari laman rumahnya. Meninggalkan Faiqah yang
keseorangan ketandusan idea.
‘I’m sorry, Faiqah. I sangat perlukan you dalam
projek baru kita,’ bisik hati kecil Yen.
No comments:
Post a Comment