Tuesday, 21 July 2020

Lara Cintamu - Bab 6

PAGI itu, Zerlindah bersiap ringkas untuk menghadiri sesi photoshoot di Shangri-La Hotel. Dia hanya mengenakan jogger pants kelabu dan singlet putih yang dilengkapi dengan kimono cardigan berwarna hitam.

Rambutnya yang ikal mengurai disanggul secara messy dan wajahnya dirias dengan mekap yang amat ringkas. Kakinya pula disarungkan kasut tumit tinggi berwarna hitam dari jenama Carlo Rino sebagai pelengkap gaya.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Zerlindah berlari-lari anak ke pintu rumah. Ingin segera menuju ke hotel, bimbang dia terlewat sampai jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Sudah terbayang-bayang di matanya akan kecantikan pakaian renang yang bakal dia gayakan sebentar lagi. Apatah lagi koleksi pakaian renang itu ditaja oleh sebuah syarikat fesyen yang terkemuka.

Memandangkan Zerlindah sampai satu jam lebih awal daripada waktu yang ditetapkan untuk dia mula bersiap, dia menggunakan masa yang ada untuk mengisi perutnya terlebih dahulu di restoran hotel tersebut.

Sedang leka berjalan meneliti variasi makanan yang dihidangkan, Zerlindah terasa seperti dirinya diperhatikan oleh sepasang mata asing. Ditoleh ke kiri dan ke kanan, cuba mencari jika dia mengenali wajah-wajah yang berada di situ. Puas ditelitinya, namun tiada satu pun wajah yang kelihatan familiar di anak matanya.

Tanpa berlengah lagi, dia memilih hidangan sandwich beef salami dan beberapa keping roti bakar sebagai nutrien sarapan paginya. Kemudian, dia melabuhkan duduk di meja yang berdekatan dengan kolam renang dan memulakan sarapan paginya dengan tenang. Sesekali, dia melirik pada telefon pintar di tangan.

“Sorang je? Boleh I temankan?” tegur Adam seraya mengambil tempat duduk di sebelah Zerlindah.

Melihat kehadiran adik Thor itu, Zerlindah terburu-buru menghabiskan sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.

“You lagi? Apa yang you buat dekat sini?” tanya dia kehairanan. Keningnya berkerut. Dia melirik penampilan kemas lelaki itu yang mengenakan seluar khaki hitam dan bodyshirt kelabu. Wajah yang tampan itu amat mempesonakan. Lebih-lebih dengan mata bak helang yang dimiliki oleh lelaki tersebut. Aduh, amat memikat!

I’m stalking you!” bisik Adam ke telinga Zerlindah dengan suara separuh berbisik. Kemudian, dia mengenyitkan mata seraya mengukir senyuman manis saat pandangan si gadis melekat di wajahnya.

Zerlindah diam tidak berkutik. Kata-kata lelaki itu terasa susah untuk dicerna oleh daya fikirannya. Benarkah lelaki itu mengintip gerak-gerinya selama ini? Kesannya, dia hanya mampu merenung kosong ke dalam anak mata milik lelaki asing itu seakan menuntut penjelasan.

“Betul ke you intip I?” Zerlindah inginkan kepastian.

“You yang suruh I ‘try’ you, kan?” tambah Adam lagi sewaktu melihat si gadis seakan hilang dari realiti sekejap tadi. Matanya galak merenung setiap inci wajah kacukan milik model itu.

I didn’t mean that exactly the way you think it is, actually,” keluh Zerlindah perlahan. Dia membuang pandang ke arah lelaki itu sekilas.

Too bad! II considered it a challenge, my dear...” balas Adam.

“I tak perlu cabar seorang lelaki untuk dapatkan diri I. Cause I’m capable of making one, fall in love with me. Jadi, tolong... jangan buang masa you untuk pikat I!” kata Zerlindah sedikit tegas. Bukan niatnya untuk menyombong. Tapi, dia tidak terdesak mahukan lelaki dalam hidupnya. Lepas apa yang terjadi antara dia, Irene dan Zafeeq, dia lebih selesa sendiri begini.

But don’t forget, you’re also capable of making your lover fall in love with your bestfriend,” perli Adam, mengingatkan kisah yang mungkin telah Zerlindah lupakan.

Baginya, Zerlindah kelihatan terlalu angkuh di matanya. Cakap tidak berlapik langsung. Mentang-mentang punyai paras yang rupawan, apa gadis ini ingat semua lelaki akan tunduk melutut untuk menjadi miliknya?

“You!” jerit Zerlindah kuat. Dia kehilangan kata saat kisah hidupnya disebut lantang begitu. Mencerlung matanya menikam wajah lelaki itu. Spontan, jari-jemarinya mengurut dada yang berombak kasar gara-gara terlalu marah.

Adam pula hanya diam memerhatikan reaksi Zerlindah dengan senyuman sinis yang terpeta di wajah.

“I tak terdesak atau hadap sangat dengan lelaki tau! I tak perlukan lelaki untuk teruskan kehidupan dan I takkan mati walaupun ditinggalkan!” marah Zerlindah dengan suara yang sedikit tinggi.

Apa lelaki ini ingat dia perempuan yang lemah? Yang akan melutut meraung sekiranya kecundang dalam percintaan? Ataupun lelaki ini ingat kisah hidupnya begitu menyedihkan sehingga dia terdesak membuat cabaran untuk dimiliki?

Oh tidak! Dia tidak hairan dengan cinta lelaki. Lebih-lebih lagi lelaki seperti di hadapannya ini. Lelaki ini, tidak pernah membawa aman dalam hidupnya semenjak pertemuan tempoh hari.

You will, once you’ve fallen in love with me! I akan pastikan itu terjadi,” tegas Adam membalas. Kerutan di wajah Zerlindah menaikkan semangat juangnya untuk memikat gadis angkuh ini.

“Sebenarnya, you ni siapa? Apa yang you nak daripada I? I tak fahamlah dengan you ni,” tanya Zerlindah dengan wajah yang jelas bingung.

“Shawn Adam!” Adam menghulurkan tangan untuk berjabat tanda perkenalan.

“Huh?” Zerlindah kebingungan. Mengapa lelaki itu memperkenalkan diri kepadanya pula?

“Tadi you tanya I siapa, kan?” kata Adam lembut masih tetap menghulurkan salam.

“I bukan nak tahu nama you. I nak tahu apa yang you nak daripada I,” ucap Zerlindah dengan nada yang geram. Namun, perlahan-lahan salam yang dihulur disambut juga.

Adam bertindak pantas mengambil kesempatan mengucup jari-jemari Zerlindah saat tangan mereka bertaut. Zerlindah tergamam dengan perlakuan spontan Adam. Pantas jemarinya ditarik kembali dan Adam dijeling sekilas.

“Kan I dah cakap, I nak you.” Adam berterus terang sekali lagi tentang kemahuannya.

Zerlindah julingkan anak matanya ke atas saat mendengarkan sebaris ayat itu. Malas mahu melayan merepek Adam. Sebab itu dia hanya diam dan teruskan kembali suapan ke dalam mulut.

Be mine, please?” lamar Adam bersahaja. Dia sabar menanti reaksi balas Zerlindah. Cermat gadis itu menjamah makanan kelihatan sedikit seksi di matanya.

Zerlindah gelengkan kepalanya beberapa kali. Hampir tercekik dibuatnya sewaktu mendengar lamaran yang keluar daripada mulut Adam. Namun, sedaya upaya dia menahan rasa. Tidak mahu cepat melatah di hadapan lelaki tersebut. Apa Adam ingat dia ini patung mainan? Semudah itu saja jejaka itu melafazkan lamaran perkahwinan tanpa adab dan sopan?

Bukankah tadi dia ada beritahu yang dia tak perlukan cinta daripada lelaki buat masa ini? Adam ini bukan pekak pendengaran, tapi seakan sengaja mencabar kesabarannya.

“You ni kasanova ya?” tanya Zerlindah spontan. Tidak dipedulikan perasaan Adam yang mungkin tersinggung dengan gelaran biadab itu.

“Kalau I kata ya, you percaya?” soal Adam galak. Dengan bersahaja, dia mengambil gelas minuman milik Zerlindah lantas menghirup minuman itu di tempat yang berbekas dengan gincu milik gadis tersebut. Zerlindah yang melihat perlakuan Adam terbuntang.

“Percaya! Gaya you memang gaya lelaki kasanova teragung di dunia! Contohnya tadi. Selamba je you minum dekat bekas bibir I. You ni memang spesies pantang nampak perempuan berdahi licin, habis semua you nak sapu, kan?” Rumus Zerlindah melihat Adam berkelakuan begitu.

I can’t change who I am... and I won’t!” kata Adam tegas. Tidak sedikit pun dia menafikan tuduhan Zerlindah. Biarlah jika gadis ini ingin melabelkan dia sebagai playboy atau apa, dia tak kisah langsung.

‘Sah! Memang Shawn Adam ni kasanova!’ jerit Zerlindah dalam hatinya.

Lucky you aren’t mine! Kalau tak, gigit jari I kalau I kena kongsi you dengan perempuan lain,” tutur Zerlindah dengan manja dan menggoda sambil membuat aksi menggigit sedikit hujung jarinya.

Sengaja dia bertutur dengan gaya sebegitu untuk mengajar lelaki kasanova seperti Shawn Adam. Makin galak Adam mengujinya dengan taktik gatal, makin bersemangat dia ingin menguji lelaki itu juga.

Jika Adam mendekati dia dengan niat untuk mempermainkan maruah dirinya, dia akan pastikan lelaki itu tewas di tangannya sendiri!

I’ll make sure that you... will be mine...” bisik Adam penuh romantis sambil ibu jarinya bermain di bibir mungil milik Zerlindah.

And... I’ll make sure that... you won’t!” tegas Zerlindah sambil mengenyitkan sebelah matanya. Jari Adam yang tadinya galak bermain di bibir mungilnya ditepis lembut. Jujur, jantung dia berdebar laju saat bibirnya diusap lembut oleh Adam. Ada getaran halus yang bermain-main di ruang hati saat mendengar bicara romantis Adam bersama suara gentlemannya itu.

‘Dasar kasanova! Tahu saja titik lemah seorang gadis,’ kutuk Zerlindah dalam hati.

I can see you’re falling a bit for me,” ujar Adam bersama senyuman menggoda. Matanya sengaja dipicing tajam ke arah anak mata Zerlindah. Dari lenggok tubuh gadis ini tadi, dia tahu Zerlindah pasti rasa sikit tergoda dengan perbuatannya.

I? Jatuh suka pada you? Jangan mimpilah!” tegas Zerlindah sambil memeluk tubuh. Huh, tak masuk akal!

“Jangan nafikan. I boleh baca dari lenggok tubuh you. You sebenarnya suka bila I sentuh bibir you tadi kan?” tebak Adam bersama renungan yang menggoda.

Excuse me, tolong jangan perasan boleh? I ada kerja nak buat. Duduk dengan you lama-lama dekat sini boleh buat I kena darah tinggi, kencing manis dengan sakit jantung! Tiga serangkai sekali!” perli Zerlindah, lantas buru-buru bangun meminta diri.

Tidak betah dia berlama-lama duduk di sebelah Adam yang memiliki aura mempesonakan itu. Takut dia terhanyut dengan godaan kasanova teragung itu nanti. Zerlindah mengutuk hatinya sendiri yang mudah terbuai dengan pujuk rayu manis lelaki seperti Adam.

Benarlah apa yang Adam cakap tadi. Dia memang sedikit terbuai apabila bibirnya disentuh Adam. Perkara sekecil itu pun mamat itu boleh tebak. Dia tak berani ambil risiko untuk duduk berlama-lama di depan lelaki itu. Tak mahu rahsia hatinya dirungkai satu per satu.

Adam pula hanya tertawa melihat kalutnya Zerlindah bangun daripada duduk. Dia kekal memandang belakang tubuh si gadis yang telah jauh meninggalkannya dengan penuh minat.

Agak-agaknya Zerlindah ada urusan apa di sini? Adam tertanya sendiri.

No comments:

Post a Comment