Tuesday, 14 January 2020

Akhir Sebuah Cinta - Bab 5

“ALI, kau tak jawab lagi soalan aku yang satu tu.”

“Soalan mana pula ni?”

“Soalan yang kenapa kau selamatkan aku?”

Ali mengeluh.

“Kau rasa?”

“Sebab aku lawa?” soal Peah bersahaja.

Toing!

“Adoi, sakitlah Ali!” jerit Peah.

“Perasan tak habis-habis.”

“Kejam kau.”

“Nak betulkan otak kau yang terkehel tu memang kena kejam,” balas Ali selamba.

“Tak nak kawan kaulah. Baik aku kawan dengan belalang kat pokok ni.”

“Tu mentadaklah, bukan belalang.”

“Mentadak?” Kaki dibawa mendekati pokok.

“Hah, tu kenapa sengih semacam tu?”

“Mentadak mentadu, macam mana Ali tidur? Ooo... comel gaya Ali tidur,” ujar Peah setelah melihat kedudukan mentadak berubah sedikit.

“Peah...” seru Ali.

“Mentadak mentadu, macam mana Ali mengigau? Alamak, kau menonggeng eh bila mengigau Ali?”

“Peah!!!”

 

“BOLEHLAH, ALI...”

Nope.”

“Alah, bolehlah... Please please please!”

“Kau nak buat apa pergi situ?”

“Beli bukulah. Takkan pergi kedai buku nak beli mentadak mentadu?”

“Lagi sekali?”

“Eh tak, tak... aku gurau-gurau je. Boleh Ali ya? Nanti aku bayarlah kau duit minyak dan parking. Kalau nak minum pun aku belanja.”

“Murah hati sangat ni. Mana kau dapat duit?”

“Aku kan tolong mak cik buat kerja rumah. Hari tu dia upah aku duit sikit.”

Hmm...” Ali berfikir sejenak.

“Boleh ya Ali?”

“Pukul 9 pagi mesti dah siap-siap.”

“Okey.”

“Balik sebelum zohor.”

“Okey.”

“Tak ada nak melencong sana sini.”

Aye aye, sir! Ada syarat lagi?”

“Tu je.”

“Okey. Aku masuk dulu. Nak tolong mak kau lipat kain.”

Selangkah.

Dua langkah.

Lima langkah.

“Peah!” laung Ali memanggil.

“Ya!”

“Buku apa yang kau nak cari tu? Tajuk apa?”

“Heroku Mutan Mentadak Mentadu dan Ali Si Lanun Lautan Caribbean,” jawab Peah selamba. Saja dia mahu menyakat si Ali yang keras kejung itu.

“Peah! Aku cancel balik persetujuan. Esok kau pergi jalan kaki!”

“Tak baik kedekut kereta, Ali! Mak cik kata, siapa kedekut nanti kubur dia penuh dengan benda yang dia kedekut tu. Kau bayangkan kalau kubur kau penuh dengan enjin kereta... dahlah sempit, ber...”

“Dah, dah! Besok pukul 9!” Ali mengalah. Malas dia mahu mendengar bebelan si Peah.

 

“DAH KE belum?”

“Kejaplah.”

“Berapa banyak kau nak angkut ni?”

“Sabar, boleh tak?”

Ali geleng. Perempuan seorang ni nampak buku macam nampak emas. Excited semacam. Tak sangka dia yang Peah ni suka buku rupa-rupanya.

“Yang kejap ambil, kejap letak tu dah kenapa?”

“Kau diam boleh tak? Aku tengah kira bajet ni.”

Ali tersengih sinis. Duit tak banyak mana, tapi gaya macam hendak memborong satu kedai.

“Cepat sikit, dah sejam kita kat sini.”

“Sabarlah, aku tengah fikir ni!”

Ali merampas buku-buku yang sejak tadi sekejap dipegang sekejap diletak semula ke rak. Ada 5 buah semuanya. Tidak termasuk 2 buah buku di tangan Peah yang memang sudah dipilih oleh gadis itu.

“Ali!” marah Peah.

“Jalan, pergi kaunter dan bayar 2 buah tu. Yang ini kau memang tak cukup duit nak beli.”

“Ali!” Mata sang jejaka dicerun geram.

“Aku tahu banyak mana duit yang kau dapat daripada mak aku. Jalan.”

Peah menjeling. Cukup saja kut kalau dia hendak beli lagi sebuah buku.

“Tak payah nak jeling-jeling aku macam tu. Bukan cantik pun.”

Peah hentak kaki melangkah ke arah kaunter. Kalau tak fikir dia terhutang budi dengan Mak Cik Siha, sudah lama Ali ini diterajangnya. Emak macam malaikat, tapi anak perangai... kalah lanun!

“Dua ni je cik?” tanya juruwang.

“Ya.” Senyuman terpaksa dihulur. Tiada mood nak tersenyum tapi tak mahulah pekerja kedai buku yang tak bersalah itu kena tempiasnya.

“Terima kasih. Datang lagi,” ucap juruwang itu mesra.

Peah mengangguk dan tersenyum segaris, sekadar berbudi bahasa.

“Semua ni encik?” tanya juruwang itu.

“Ya.”

Eh, suara Ali. Lanun tu beli buku ke? Pantas Peah menoleh. Terkejut dia melihat buku-buku yang sedang dimasukkan ke dalam plastik. Itu semua buku yang dirampas oleh Ali sekejap tadi. Cukup 5 buah!

“Ali...”

Jejaka itu hanya memandangnya sekilas sebelum kembali memandang ke arah juruwang.

“Semuanya RM171.90.”

Peah melihat Ali menyerahkan 4 keping not RM50. Tenang sahaja raut lelaki itu.

“Terima kasih, encik. Sila datang lagi.”

Peah kaku memerhati. Lalu di sebelahnya, plastik besar yang berat isinya diserahkan kepadanya.

“Pegang buku-buku kau ni.”

Terkejar-kejar Peah akan langkah Ali yang besar. Kini kedua belah tangan kiri dan kanan memegang plastik buku. Dia ada 7 buah buku untuk dibaca. Yeay!

“Ali, terima kasih.”

Hmm.”

“Tak sangka kau akan belikan aku semua 5 buah tu.”

Ali diam tidak menyahut. Hanya membuka pintu kereta dan melangkah masuk.

“Jom aku belanja kau makan. Upah sebab kau tolong bawa aku ke kedai buku, macam yang aku janji semalam.”

“Kau nak upah aku makan apa ni?”

“KFC? Pizza Hut ke...”

 

“CENDOL KE ABC?” soal Ali.

Tangan Peah tunjukkan pada mangkuk sebelah kanan.

Ali menolak mangkuk ABC ke depan.

“Dah tak ada mulut ke nak bercakap? Tuhan jadikan bisu baru tahu.”

“ABC.”

Ali tak pedulikan raut yang menjeling dan sedikit memuncung. Sebaliknya terus berlalu ke depan kaunter dan kembali dengan dua pinggan makanan. Rojak dan mi goreng mamak.

“Nak mana?”

Peah pandang kedua-dua pinggan. Hati kecilnya berbelah bagi. Dua-dua nampak sedap.

“Takkan nak tunggu kiamat baru nak buat keputusan?”

Berdesing telinga Peah mendengar bicara orang di depan. Si lanun ni, kalau sehari tak sakitkan hati orang tak sah!

“Tak nak sudah. Dua-dua aku makan.”

“Nak!” Pinggan mi goreng mamak ditarik. Rojak terpaksa dilupakan.

“Dah baca doa makan ke belum tu?”

“Dah.”

“Tak dengar pun.”

Bismillahirrahmanir...” Peah baca dengan nada yang kuat.

“Dah, dah.” Kalut Ali pandang sekeliling. Selamba badak minah senget hilang ingatan ini baca kuat-kuat dan berlagu macam nak mengaji.

“Kau nak tarik perhatian orang keliling ke apa?”

“Dah tadi kata tak dengar.”

“Menjawab,” balas Ali pantas.

Bebola mata memandang ke atas. Pak cik lanun nilah kan!

Apasal diam?”

Peah geram. Wajah Ali ditenung tajam.

“Diam marah. Jawab salah. Kau tengah period ke apa ni?”

“Weh!”

“Aku tak kira, bak sini rojak tu. Orang period tak boleh makan rojak, nanti perut kembung.”

Ali diam, tidak membalas juga tidak menegah. Apabila Peah sudah boleh membebel begitu, maksudnya mood gadis itu sudah okey. Itu yang penting.

No comments:

Post a Comment