Friday, 18 February 2022

Lovely Badass - Bab 4


DEBORAH sempat meluangkan masa untuk menjenguk keadaan Benjamin di hospital. Pulang ke rumah, Isabel bersorak suka melihat kelibat ibunya pulang awal hari ini.

            Mommy...” jerit anak itu lantas segera mendapatkan Deborah. 

          “Hai, baby...” sapa sang ibu lantas mendukung anak bongsunya itu. Pipi anak itu dikucup berkali-kali.

            Deborah memanggil pembantu rumah, meminta pembantu rumah menjaga anaknya buat seketika. Setelah itu, dia naik ke tingkat atas. Dari dalam almari pakaian, dia mengeluarkan semua pakaian Zalman. Disumbatnya ke dalam beg dan beg itu satu per satu dibawanya ke tingkat bawah.

            “Madam?” tegur pembantu rumah. Kaget melihatkan itu.

         I was divorced this morning,” ucap Deborah. Wanita Indonesia itu terpaku kerana terkejut dengan khabar itu. Tetapi semenjak kepulangan Deborah tadi, dia sudah agak ada sesuatu yang telah berlaku.

            Good for you. You should have done that long time ago,” ucap pembantu rumah itu sebelum dia berpaling untuk ke dapur.

            Deborah sempat tersentak dalam diam setelah mendengar bicara Misna. Dia terus memandang kelibat Misna. Wanita itu memimpin tangan Isabel lalu dibawa keluar melalui pintu belakang banglo itu. Setelah dua manusia itu hilang daripada pandangan mata, dia naik ke tingkat atas. Baki pakaian Zalman disumbatkan lagi ke dalam beg bersama barangan yang penting. Berhempas pulas dia membawa beg pakaian Zalman ke luar pagar.

             Jam 4 petang, Zalman pun muncul di hadapan rumah itu. Dia terpaku memandang beg pakaiannya sudah siap disusun oleh Deborah, macam dah tak sabar nak suruh dia berhambus dari rumah itu.

            Deborah sempat menjengah dari jendela kamarnya saat loceng dibunyikan. Sudahnya dia turun juga ke bawah untuk bertemu dengan Zalman.

            “Ni sebahagian daripada pakaian you. I akan kemaskan yang lain,” ucap Deborah setelah keluar mendapatkan Zalman.

            “Deb, I betul-betul minta maaf. I tak bermaksud untuk buat macam tu,” ucap Zalman.

            No. You dah tak boleh lagi gunakan kuasa yang you ada untuk halang I daripada mendapatkan hidup I semula. I dah cukup lama sabar, Zalman. I dah tak boleh terima lagi kemarahan you dan sikap-sikap buruk you yang lain,” Deborah berkata dalam nada meninggi.

            “I masih sayangkan you, Deb...”

Deborah ketawa kecil.

            I believe you,” ucap Deborah spontan.

            “You ingat I tak tahu apa you buat di luar sana, Zal? You tahu... seribu kali you curang pun, itu tak begitu menyakitkan I. Tapi cara you layan anak-anak, itu lebih menyakitkan I, Zal. Cukuplah. Kita berdua... dah tak ada apa-apa!”

            No way! Dah tentu I sayang anak-anak I, Deb.”

            “Ya, you boleh anggap yang I percaya tu.” Deborah membuang pandangan sambil ketawa lucu. Mengimbau semula perjalanan rumah tangganya; dia hamil anak sulung setelah setahun berkahwin, yang mana lelaki ini memang tidak pernah bersedia untuk punya anak.

            Cukup dengan seorang anak untuk Zalman. Namun dia hamil anak kedua tanpa dirancang. Semuanya berlaku begitu sahaja. Zalman tetap tidak pernah berubah. Malahan dia menyedari anak-anaknya yang kian berubah apabila dilayan teruk oleh sang ayah.

            Wanita sepertinya memandang seorang lelaki dan suami... curanglah seribu kali pun, tetapi jangan anak-anaknya diapa-apakan. Kerana itulah nyawanya.

            “I anggap diri I tak bernasib baik kerana bersuamikan lelaki yang mementingkan diri sendiri. I rasa cukuplah kita sampai di sini, Zal. You dengan hidup you. I dengan anak-anak,” ucap Deborah.

            Zalman mendekati Deborah.

            “I tak fikir dengan baik sebelum buat begitu. I Cuma tak berpuas hati dengan daddy you. I rasa dia nak ketepikan I.”

             Deborah ketawa kecil. Lucu mendengar alasan itu.

            “You memang tak pernah rasa semua yang kita ada ni dah cukup.”

            “I perlukan sesuatu untuk diri I sendiri, Deb. I kerja kuat untuk diri I.”

            “You tahu tak... Semuanya tentang diri you, kan? I could only sit and watch you live with your ego. I realised I lost you, Zal. I felt nothing in my heart. I don't love you anymore. Didn't you know that?” jawab Deborah.

            Zalman terdiam saat dihidangkan dengan bicara bekas isterinya itu.

            “Yang menyedihkan I, you gunakan I untuk dapat apa yang you nakkan. You tak tahu bagaimana rasanya berhadapan dengan daddy I dengan perangai you macam ni. Dia tahu you seorang yang tamak! Mana maruah I you letakkan???” tegas Deborah.

            “I cuma mahukan sesuatu yang lebih baik untuk I, Deb. Salah ke?”

            “Cukup! Sama ada you mengaku di mahkamah nanti atau tidak yang you dah ceraikan I... you tetap tak akan kembali semula ke rumah ni. You tak akan kembali semula ke Meridian Group. And I’ll never pay any money for you to divorce me. I’m done with your tricks. You need to let me go,” ucap Deborah bersungguh-sungguh.

            Zalman terkebil-kebil memandang Deborah berlalu. Silapnya dia kerana mengikutkan rasa marah tadi sehingga melafazkan cerai. Bukannya dia lakukan itu dalam keadaan tidak sedar. Sebaliknya dia merasakan Deborah akan merayu kepadanya semula. Sayangnya, dia salah.

            Jika tidak, dia boleh mendapatkan beberapa juta untuk tebus talak jika benar Deborah mahu bercerai dengannya. Sekarang, dia sudah gigit jari!

 

LELAKI ITU ralit membaca mesej yang diberi oleh Maisarah. Matanya berkali-kali mengulang baca salah satu mesej itu.

            Dia kena cerai dengan suami dia.

            Iqmal duduk di ruang tamu sambil terus membaca mesej daripada Maisarah yang seterusnya.

            Mereka naik ke mahkamah syariah

            bulan depan. Bekas suami dia

            pukul adik dia di pejabat. Kemudian

            beberapa hari kemudian, dia pergi

            pukul pulak adik ipar Deborah di

            rumah. Jadi kes polis. Dan Deb ada

            beritahu juga anak-anak dia juga

            mungkin ada kena pukul dengan

            bekas suami dia. Anak-anak dia

            tak mahu dekat dengan daddy dia.

            Bekas suami dia pemabuk, kaki

            gaduh, kaki perempuan dan segala

            macam kaki lagi. Harus dikakikan

            sahaja bekas suami dia tu.

            Iqmal ketawa membaca perkataan dikakikan yang ditulis Maisarah itu. Iqmal mula menaip sesuatu di WhatsApp.

            Mai, you kata Deborah takut... ap

             maksudnya? She's scared of her

husband?

            Tidak lama kemudian, Maisarah memberikan jawapannya.

            No. She's scared of you, Mal. Not

            her husband. Husband dia tak akan

            berani apa-apakan dia.

            Iqmal sempat merasa terkejut membaca apa yang dituliskan oleh Maisarah itu. Segera dia menghubungi Maisarah. Tidak sabar untuk tahu jawapan selanjutnya.

            “Tapi kenapa? Apa maksudnya?” tanya Iqmal setelah terdengar suara Maisarah.

            “Dia kata, dia takut dalam keadaan hati dia kosong, dia jatuh hati kepada lelaki lain. Dia buat tak kenal you malam tu sebab itu. Lagipun suami dia jenis cemburu buta. Dia malas nak panjang cerita kalau suami dia tahu you dengan dia dulu pernah kenal,” beritahu Maisarah.

            Iqmal terdiam mendengarkan itu.

            “Mal...”

            “Ya. I dengar ni,” ucap Iqmal spontan.

            “I rasa dia ada hati dekat you sebenarnya, bukan Iqbal. Dia cuma dekati Iqbal untuk tarik perhatian you. Selama ni, dia tak pernah cakap pasal Iqbal dengan I pun. Itu buktinya Iqbal tak pernah penting kepada dia,” ujar Maisarah.

            “I...” Iqmal menghela nafas panjang. “I tak tahu nak cakap apa, Mai. I rasa sedih dengan apa yang berlaku kepada dia,” ujar Iqmal.

            “I rasa, ni peluang you pulak. Approach dia, Mal. Jangan biarkan dia sendirian,” ucap Maisarah lembut.

            I will. Thank you for your info,” balas Iqmal. Untung juga ada Maisarah, bekas rakan sekolah Deborah yang masih rapat dengan Deborah sehingga kini.

            Iqmal menghela nafas panjang setelah selesai berbual dengan Maisarah. Lelaki itu kaku seketika memandang ke hadapan. Betapa saat ini dia terlalu ingin mendekati Deborah untuk memujuk kesedihan wanita itu.

            Pernah dia mengharapkan wanita itu akan bahagia dengan kehidupannya agar dia dapat melepaskan Deborah daripada hatinya. Namun sayangnya saat ini dia mendengar rumah tangga Deborah hancur berkecai. Patutkah dia segera mendekat? Bagaimana kalau wanita itu tahu yang mereka berada amat dekat selama ini?

 

DEBORAH TERDIAM tenang saat di hadapan hakim, mendengar keputusan hakim tentang lafaz cerai bekas suaminya. Zalman juga tenang di luaran walaupun hatinya menjerit tidak rela menelan kesilapan yang sudah dibuatnya.

            “Tidak sabit dakwaan bekas suami yang mendakwa lafaz cerai itu dibuat dalam keadaan paksaan daripada bapa mentua. Mahkamah hanya mengambil kira ada berlaku paksaan sekiranya melibatkan kehilangan nyawa sebagai contoh, bapa mentua mengacu pistol atau senjata kepada defendan supaya menceraikan isterinya. Atau plaintif mengugut untuk membunuh diri sekiranya defendan enggan bercerai dengannya. Tetapi di sini, apa yang lebih jelas... defendan telah melafazkan cerai kerana merasa tercabar dengan bapa mentuanya. Jadi, di sini tidak sabit dakwaan defendan yang dia menceraikan isteri dalam keadaan dipaksa,” ucap hakim itu.

            Deborah tersenyum sendiri mendengarkan itu.

            “Dalam keputusan penghakiman, defendan telah melafazkan cerai sebanyak dua kali dengan ugutan yang sungguh tidak munasabah.” Hakim itu memandang ke arah Zalman.

            “Sememangnya tidak dinafikan bahawa suami memiliki hak ke atas isteri. Walau bagaimanapun tuntutan defendan agar memutuskan silaturahim dengan adik-beradik demi memuaskan hati suami itu menyalahi undang-undang syarak. Kerana tiada secara jelas ada berlaku pencampuran hak antara suami dengan adik-beradik. Seperti yang telah dinyatakan saksi, pertengkaran antara defendan dengan adik kepada plaintif bukan berkenaan rumah tangga defendan dengan plaintif itu sendiri. Sebaliknya kerana urusan kerja. Dan pergaduhan itu dimulai oleh defendan itu.”

            Bismillahirrahmaanirrahim... ‘Maka apakah sekiranya kamu berkuasa, kamu akan berbuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah; lalu dibuat tuli (pendengarannya) dan dibutakan penglihatannya. Surah Muhammad ayat 22-23.’ Fahami baik-baik maksud firman Allah ini.”

            “Berdasarkan ayat yang saya bacakan, maka kita perlu memahami bahawasanya memutuskan silaturahim itu sesuatu yang besar dan Allah melarangnya. Tidak boleh diterima apabila kamu menyatakan yang adik-beradik plaintif telah mencampuri urusan kamu suami isteri kerana kamu tidak dapat membuktikannya apa yang dimaksudkan dengan itu. Kamu boleh tuduh isteri buat apa saja. Tidak taat dan sebagainya. Sepertimana plaintif juga boleh membuat tuduhan kamu tidak menunaikan tanggungjawab utama memberi nafkah, kamu minum arak, kamu juga bermain wanita di belakangnya. Semua orang boleh membawa apa-apa sahaja tuduhan ke depan hakim. Tetapi ia perlu dibuktikan.”

            Zalman tunduk mendengar.

            “Defendan telah membuat dua kali lafaz cerai. Saya percaya kedua-duanya telah dilafazkan dengan sengaja. Tidak sabit paksaan atau tidak berniat. Maka saya mengesahkan kedua-dua lafaz itu diterima dan sabit jatuh talak 2 ke atas plaintif. Idah plaintif bermula pada tarikh defendan melafazkan cerai itu dan idah berakhir setelah 3 kali suci. Defendan juga diperintahkan untuk membayar nafkah idah kepada plaintif sebanyak 1500 ringgit sebulan, menyediakan kediaman yang selamat untuknya selama dalam tempoh idah, dan mahkamah juga bersetuju agar nafkah mutaah dibayar kepada plaintif sebanyak 150 ribu ringgit!”

            Zalman jadi kelu mendengar keputusan yang dibacakan oleh hakim. Berbagai usaha dibuat agar lafaz cerai itu tidak diterima. Namun dia dihadiahkan kehampaan.

            Deborah menghela nafas panjang tanda berpuas hati dengan keputusan hakim setelah beberapa kali kes mereka dibicarakan. Jawapan itu sahaja yang dia hendak dengar.

            Selesai itu, dia terus meninggalkan ruangan perbicaraan sambil dikejar oleh bekas suaminya. Wanita itu menoleh semula kepada lelaki itu sebelum masuk ke dalam kereta.

            “You nak apa lagi?” tanya Deborah perlahan.

            Zalman memandang bekas isterinya tanpa dapat terus meluahkan bicaranya. Entah kenapa, kelu lidahnya saat ini. Sudah berminggu-minggu tidak melihat bekas isterinya kerana Deborah enggan berjumpa atau bercakap dengannya.

            “I dah cukup kenyang dan letih dengan segala masalah yang you dah buat sepanjang kita kahwin. Sampai I dah tak ada rasa lagi bila sekali lagi you malukan I depan family I, Zal. Jadi, sampai di sini sajalah. Biarkan I teruskan hidup. You ada ramai perempuan yang sedang menunggu, kan? So, get lost!” ucap Deborah lantas masuk ke dalam kereta.

            “Deb...” panggil lelaki itu sambil memegang pintu kereta.

            Wanita itu menoleh semula kepada bekas suaminya.

            “Kalau I berubah macam mana? Sudi tak you berikan I peluang untuk anak-anak kita?”

            “Terpulang you saja. I tetap dengan hidup I, Zal. Peluang dah terlalu banyak I berikan selama ini. Satu pengajaran yang I dapat selama ini... hidup tak seperti dalam novel. Menikahi lelaki ‘bad boy’ tak selalunya bahagia endingnya seperti dalam novel. Kerana untuk manusia berubah itu sebenarnya susah. Ramai manusia tak berubah pun.”

            Zalman terdiam.

            “I doakan you, Zal. Harap you akan okey.” Deborah tersenyum sedikit sebelum menarik pintu kereta. Mahu berlalu daripada kisahnya dengan Zalman yang menyakitkan.

            “Ofis,” ucap Deborah kepada pemandu yang setia menunggu untuk diberikan arahan.

            Pemandu itu sekadar mengangguk sebelum mengundurkan kereta keluar dari ruangan parkir.

            Biar cuba dilupakan, Deborah terimbau kenangan lalu lagi. Kenangan yang menyebabkan dirinya merasa sangat terperosok jauh dalam kekesalan.

 

“DEBORAH RAYMOND?”

            Kening Deborah berkerut sebelum dia menoleh ke belakang. Langkahnya terhenti.

            Its me. Tak perlu sebut nama penuh I pun boleh. Deborah saja,” balasnya agak kurang senang dengan cara lelaki itu memanggilnya. Siap sebut nama penuh.

            Lelaki asing itu berhenti berjalan sebaik sahaja sampai kepadanya. Bola mata Deborah meratah seluruh wajah lelaki yang baru kali ini dia lihat.

            Do I know you?” tanya Deborah.

            “Zalman. You eksekutif yang baharu, kan?” Lelaki itu segera menghulurkan tangan kepada gadis itu. Berambut pendek, sangat-sangat menarik mata lelakinya.

            “Ya. Dan you?” tanya Deborah sambil membalas huluran tangan lelaki itu.

            “Project manager untuk Meridian Property,” jawab Zalman lantas menyeringai.

            I see. How can I help you, Mr. Zalman?” tanya Deborah. Masih tidak dapat meneka mengapa dia ditemui lelaki ini.

“I ada waktu daddy you kenalkan you dalam bilik meeting minggu lepas. You tak perasan I agaknya,” ujar Zalman. Dia sekadar mahu wanita ini perasan kehadirannya.

            Deborah tersenyum dalam keadaan terpaksa kerana lelaki ini masih tidak jelaskan apa sebabnya mereka berbual sekarang.

            “I... err...” Lelaki itu mula tergaru-garu. Berat mahu meluahkan isi hatinya. Sebenarnya dia mahu mendekati gadis ini.

            “I ada urusan sekarang. Boleh I pergi dulu?” tanya Deborah.

            “I nak minta nombor phone you,” balas Zalman segera.

            Deborah terdiam seketika. Tiada jawapan diberikan sebaliknya dia merenung tampang Zalman.

            “I... err... cuba nak dekati you. Kalau you tak keberatan,” akui Zalman.

Ketika itu, pemandu sudah datang mendekat untuk memanggil Deborah dari lobi.

            “Tan Sri tunggu dalam kereta,” ucap Osman lembut.

Deborah menoleh kepada lelaki 50-an itu.

            “Okey. You ada pen?” tanya Deborah lantas memandang Zalman seketika.

            “Ada,” ucap Zalman lantas mengambil pena dari kocek kemejanya. Dia membentangkan telapak tangannya untuk menulis.

            Deborah menyebut beberapa angka. Sayangnya Zalman tidak dapat menulisnya kerana dakwat penanya tidak keluar. Telapak tangannya sedikit berminyak. Sudahnya, dia berlagak seperti sedang menulis.

            “Mari sini I tengok,” ucap Deborah sambil matanya menuju ke arah tangan lelaki itu, mahu melihat apa yang sudah ditulis oleh Zalman.

            Zalman dah pucat. Sudahnya dia menayang telapak tangannya. Tiada apa-apa di situ. Deborah terpaku. Tiada tertera apa-apa di telapak tangan lelaki itu.

            “Pen ni tak berguna,” ucap Zalman lantas ketawa.

            Deborah tidak ketawa. Dia membuka beg tangannya dan mengambil cebisan kertas kecil dari dalam beg tangannya tanpa menyedari itu ialah resit penggunaan ATM. Ada data peribadi yang tidak seharusnya orang lain tahu. Dia mengambil pena dari tangan Zalman dan menulis nombor telefonnya di sebalik resit itu dan diserahkan segera kepada lelaki itu bersama pena.

            “Maaf, I kena gerak dulu,” ucap Deborah lantas berlalu tanpa sepatah kata lagi.

            Zalman memandang tulisan itu. Kemudian dibalikkan kertas tersebut. Alangkah terkejutnya dia melihat apa yang tertera di situ. Pengeluaran RM50. Baki akaun ialah RM500 ribu ringgit.

            Mulut Zalman ternganga. Itulah wanita idamannya!

            “Kenapa tu tadi?” tanya Tan Sri Nusret setelah anaknya itu duduk di sebelahnya. Dia nampak Deborah bercakap dengan salah seorang kakitangan syarikatnya.

            “Tak ada apa yang penting pun, daddy.” Deborah menjawab biasa sambil menutup pintu kereta.

            Lelaki tua itu tidak bertanya lagi tentang itu. Perbualan mereka anak-beranak dipenuhi dengan hal kerja sahaja.

            Setiba di rumah, ternampak Puan Sri Elisabeth sedang berada di gazebo. Wanita itu melambai, mengajak minum petang.

            Deborah ternampak pembantu rumah menatang dulang dengan sebelah tangan dan piring kuih. Dia mendekati wanita itu dan mengambil piring kuih. Tidak disedarinya adik bongsunya sedang menjengah dari balkoni tingkat atas. Benjamin masuk ke dalam rumah dan menguatkan volume hi-fi radio. Dan dia menekan lagu ‘I Feel Good’ nyanyian James Brown.

            ♫♪Whoa! I feel good, I knew that I would, now...♫♪

            Deborah yang tidak menyangka perbuatan adiknya, terkejut sehingga melambung kuih di dalam piring itu saat mendengar jeritan pada awal lagu itu. Tidak cukup itu, Puan Sri Elisabeth juga menjerit kerana terkejut mendengar jeritan James Brown kedengaran tiba-tiba dari dalam rumah.

            Benjamin berdiri balkoni dengan riak bersahaja seolah-olah tidak nampak apa yang berlaku kepada kakaknya tadi.

            “I feel nice... like sugar and spice.” Sambil melalak lagu itu, anak muda itu berjoget di balkoni. Sebenarnya dia sedang mengejek kakaknya yang sedang memandang ke arahnya.

            “I'm going to kill you,” ucap Deborah geram dengan perbuatan adiknya. Tidak pasal-pasal kuih di dalam piring itu melambak di atas rumput.

            Benjamin menayang muka tidak gentar dengan ugutan itu. Dia membalas semula perbuatan kakaknya setelah dia dibuli oleh Deborah pagi tadi. Tak salah, kan?

            Lelaki muda itu turun ke bawah dan mendapatkan keluarganya. Tan Sri Nusret memandang Benjamin dengan pandangan tidak puas hati. Geram dengan perangai anak-anaknya yang suka menyakat antara satu sama lain.

            Benjamin menyeringai kepada ayahnya.

            “Sorry, daddy. Gurau.”

            Puan Sri Elisabeth menampar bahu anak bujangnya itu. Geram betul!

            Deborah mengerling adiknya dengan ekor mata. Tunggu sahaja dia akan membalasnya semula. Namun Tan Sri Nusret tidak tertahan, dia gelak juga saat mengenang isterinya ikut menjerit tadi. Lucu sungguh!

            Daddy gelak!” gerutu Deborah.

          I can’t help it. I’m sorry,” ucap orang tua itu sambil memegang dada sebelum tergelak berdekah-dekah.

            Riuh-rendah luar rumah itu dengan suara dua beradik itu bertekak. Itu belum masuk Desiree lagi. Anak itu masih belum pulang daripada kelas.

            Ketika Benjamin sedang memandang ke arah ibunya, Deborah meletakkan kuih di dalam air adiknya. Ketika remaja itu menyua cawan ke mulut, dia terasa ada sesuatu masuk ke dalam mulutnya. Deborah menahan gelak melihat Benjamin meludah semula air itu.

            “Deb, cukuplah...” ucap Puan Sri Elisabeth kepada anak sulungnya itu.

         “Apa? Dia kenakan I, mommy.” Deborah ketawa. Benjamin terangguk-angguk, tunggulah masanya dia membalas semula nanti. Masa itu akan sampai juga.


No comments:

Post a Comment