Wednesday, 29 June 2022

Gelisah Asmara - Bab 10


♫♪I will not give you up this

time.♫♪

PETANG itu Mikayla ternampak mesej daripada suaminya tentang rancangan untuk ke rumah ibunya. Mulalah serabut semula otak si Mikayla. 

You setuju nak pergi rumah mama?

Dia buat lagi perangai lamanya. Dia tak layan mesej daripada si Saef. Mesej itu terbiar cukup lama. Dia tidak jawab, sebagai tanda dia tidak mahu pergi. Mereka nak bercerai, nak buat apa dia susah-susah nak pergi ambil hati mentuanya?

Si Saef dah garu pipi apabila mesejnya masih juga tidak dibalas Mikayla. Dia kembali merasakan isterinya tidak mahu melayaninya. Jadi dia berdiam diri. Tetapi jarinya gatal juga nak kata sesuatu kepada Mikayla.

You busy hari ni?

Mikayla mendecit saat terbaca mesej daripada suaminya.

“Lagi nak tanya. Tak ada kerja lain nak ajak orang berborak. Tak faham orang tak nak agaknya,” desisnya perlahan. Tidak suka Saef mengganggunya pada waktu kerja.

Super busy. Ada apa?

Si Saef termangu memandang mesej yang baru dibalas itu.

Saja tanya.

Dan mesej itu tidak lagi dibalas Mikayla. Saef merenung lama kotak perbualan mereka. Namun setelah itu dia kembali meletakkan telefon. Sudah beberapa hari, mereka tiada berbual langsung. Aneh sungguh hubungan mereka. Walaupun mereka bakal bercerai, apa salahnya jika mereka berbaik? Namun, saat Saef menyambung kerja, dia terdengar bunyi beep. Ada mesej baharu daripada Mikayla.

I nak tuntut ni semua daripada you

sebagai pampasan kita bercerai nanti.

Rumah. Cash 500k. Dan I nak Merc

sebuah.

Saef memandang mesej yang diberikan oleh isterinya itu agak lama. Namun kemudian dia membalas.

Demanding. Kita boleh bincangkan

malam ini. I setuju apa saja yang you

demand tapi dengan satu syarat.

Tidak lama kemudian, Mikayla menjawab mesej itu. Saef macam sengaja menggantung bicara tanpa menjelaskan apa syarat itu.

Syaratnya apa?

You tak akan dapat title janda berhias.

Mikayla di sana termangu. Apakah maksud lelaki itu dia tidak akan dapat gelaran janda berhias? Buat seketika, dia termenung memandang ke hadapan. Beberapa ketika kemudian, barulah dia faham maksud Saef. Lelaki itu mahu menidurinya! Mikayla terus menghubungi Saef.

“You letak syarat macam tu... you bagi segalanya kepada Mariani. You tiduri dia juga ke Saef?”

Nope.”

“Jadi kenapa dengan I ada syarat macam tu?” tekan Mikayla.

Saef menggaru dahinya.

“I rasa ia dibolehkan,” ucap Saef.

Mikayla serta-merta mematikan talian. Dadanya sesak menahan lahar. Setelah itu, selori dualah cacian diberikan khas buat Saef! Lelaki itu sengaja mahu mengambil kesempatan atas keadaan ini. Mentang-mentanglah halal!

Saef ketawa kecil setelah itu.

“Mikayla...” ucapnya seorang diri. Liar sungguh isterinya itu.

Petang itu, Saef datang menjemput Mikayla. Semata-mata nak berbincang bila boleh ‘on’ acara pecah tanah itu.

Mikayla memandang lelaki itu dengan pandangan tajam setelah masuk ke dalam kereta. Macam nak ditelannya lelaki itu. Menyampah melihat ketenangan pada wajah Saef.

First of all, sebelum you nak marah, I nak beritahu you... you tak boleh demand apa-apa since you tak pernah jalankan tanggungjawab sebagai isteri. I beri pampasan sebagai ihsan. Jadi, kalau you nak demand, you juga kena tunaikan syarat I. Fair enough?” ucap Saef dengan muka orang tak bersalah.

Mikayla memandang ke depan dengan dada turun naik menahan marah. Namun dia tidak berdaya. Dia rasa tersepit saat ini.

“You setuju ke tak setuju? Cakap terus terang,” ucap Saef.

Mikayla diam. Ya, kalau Saef adukan keengganannya untuk serumah dengan suami tanpa sebab yang dibenarkan syarak, makanya berkemungkinan besar dia harus memulangkan semula mas kahwin. Usahkan pampasan yang dituntutnya itu, mas kahwin pun dia tidak berhak terima daripada Saef.

“I akan adukan pada mahkamah syariah yang you curang!”

Okay. Prove it then. You know you need to prove it in court, right?” ucap Saef lantas mengangkat bahu.

I know!” Mikayla kembali memandang Saef dengan pandangan tajam. Saef tayang muka orang tak bersalah. Makin benci dia lihat muka lelaki itu.

You know... I ni malas nak layan bila orang degil memantul-mantul. I pujuk elok-elok, you layan I kasar. I tak ada masa nak fikir kata-kata paling manis untuk I lembutkan hati you. I akan buat apa yang patut I buat.”

“Diamlah!” marah Mikayla. Malas nak dengar lelaki itu membebel.

“Okey. I bagi masa you fikir ya?” ucap Saef lantas tersenyum sendiri. Dia tahu isterinya sudah mula tidak mampu memegang pendiriannya apabila berkaitan dengan kemewahan dunia. Ramai wanita begitu. Tidak ketinggalan Mikayla juga.

Mikayla memejamkan mata rapat-rapat saat menghadapkan wajah ke jendela kereta itu.

‘Ah, Kay... apalah sangat. Bukan luak pun! Rumah, kereta... duit tu, Kay. Duit!’ Mula dah otaknya menghasut dia agar jadi mata duitan. Sementelah Mariani pun semudah itu boleh mengikis Saef. Apa salahnya jika dia ambil kesempatan juga? Otak jahatnya kian cemerlang berfungsi.

Kalau dah ada rumah besar, tak payahlah dia susah-susah nak meminjam bank nanti. Kereta semua ada. Siap duit poket lagi.

Sure you ada 500 ribu?” tanya Mikayla dengan pandangan hujung mata ke arah suaminya.

“You nak deposit ke? I boleh sediakan cek 100 ribu esok,” balas Saef.

Mikayla menjeling.

“Okey. Berapa kali?”

“Amboi... siap tanya berapa kali. Berapa kali boleh?” balas Saef lantas ketawa sendiri. Lucu dengan pertanyaan itu.

Mikayla terus mencubit paha lelaki itu.

“I serius ni!”

“Tengoklah nanti,” jawab Saef sambil menyeringai.

“Bila?”

“Eh, I bagi duit depo esok, takkanlah minggu depan? Malam nilah. Ke uzur lagi?” balas Saef.

Mikayla diam. Duit punya pasal! Gadai body pun boleh! Sementelah sudah 4 tahun menjadi peguam. Kayanya tak juga.

“Okey. Tapi I tak nak pregnant, Saef.”

We’ll see about that,” jawab Saef perlahan.

Saef membawa isterinya pulang ke rumahnya. Mikayla mula perasan ada sebahagian pakaian baru terdapat di dalam walk-in wardrobe di dalam bilik Saef.

“I belikan untuk you. Hari tu, you terpaksa pakai pakaian I. Jadi kali ni, I harap I boleh berikan sedikit keselesaan kepada you,” ucap Saef saat isterinya berdiri sambil menyentuh pakaiannya.

“I nak bawa you pergi dinner dulu,” ucap Saef lantas berlalu ke bahagian pakaiannya.

“Boleh tak kalau I minta you pesan dinner dari luar? I malas nak keluar,” ucap Mikayla perlahan.

Lelaki itu mendekati Mikayla.

“You nampak stres,” ucap Saef.

“Tak. I okey aje.”

“Kita tak akan teruskan kalau you tak setuju,” ucap Saef.

Mikayla diam. Fikirannya masih tidak tetap. Sebahagian dirinya menghalang dirinya daripada melalui jalan ini. Sebahagian lagi, mengasak hebat.

“I harap ia tak seteruk yang you bayangkan,” ucap Saef lantas berlalu keluar dari situ.

Mikayla sempat menoleh kepada suaminya. Ya, dia juga berharap begitu. Saef pergi mandi tanpa mahu mengganggu isterinya.

Mikayla mengambil sehelai gaun malam berwarna hitam. Jemarinya meramas kain itu. Lembut. Antara nak dan tak nak saja dia membawa gaun itu keluar.  Memang stres betul si Mikayla. Sehinggakan waktu makan malam, dia hanya diam. Saef juga tidak banyak berkata-kata. Tidak mahu menambah stres isterinya.

Menjelang tengah malam, bertambah teruk stres si Mikayla. Macam nak suruh pergi berperang! Sedangkan lelaki itu hanya tenang saja. Dia pergi menggosok gigi, berwuduk dan solat isyak. 

“Kay?” panggil Saef seketika kemudian. Isterinya dah lebih 5 minit memegun di depan meja solek.

“Ya?” jawab Mikayla perlahan.

Lelaki itu mula menuding ke arah tempat tidur yang pernah didiami isterinya sebelum ini.

“Janji mesti ditepati,” ucap Saef.

Mahu tidak mahu, Mikayla bangun jugalah. Saat itu, dia tidak tahu nak beraksi seperti apa. Sudahnya dia baring dan tak mahu pandang si Saef. Geli! Tidak rela! Macam-macam rasa ada dirasakannya sekarang. Semuanya tidak menyeronokkan.

Lelaki itu mendekati sang isteri setelah Mikayla berbaring di tilam. Bunga dah ada depan mata. Halal pula. Sapulah! Jangan kasi chance.

Berkerut habis muka si Mikayla bila kena cium dengan lelaki itu. Si Saef... dia tak peduli. Berkerut ke apa... projek tetap on! Namun kemudian dia memandang wanita itu. Tidak sampai hati pula mahu memaksa dalam keadaan wanita ini terlalu stres. Keras dan kaku reaksi Mikayla.

“Kay?” tegur Saef saat wanita itu hanya kaku memandang ke tepi.

Lambat-lambat Mikayla membalas pandangan sang suami.

“I tak pernah tiduri Mariani selama ini. Demi Tuhan...” ucap Saef lembut. Jemarinya mengelus wajah Mikayla dengan pandangan lunak.

For the sake of our marriage, please put your trust on me. Just once. That’s all I ask,” ucap Saef perlahan.Hampir tidak kedengaran suaranya.

Mikayla diam saat menatap tatapan lembut Saef. Dalam pada dia membisu, lelaki itu kembali menyentuh bibirnya. Saef menarik tangan sang isteri lalu dikalungkan di lehernya. Meminta wanita itu memeluknya.

Antara rela dan tidak, Mikayla memeluk Saef. Malu! Tapi sudahnya dia rela dalam terpaksa.

Setengah jam kemudian...

Selamat tergadai body! Mikayla bangun meninggalkan ranjang. Konon tadi geli disentuh Saef. Sudahnya dia lupa diri masuk ke alam kayangan juga akhirnya!

Lelaki itu bereaksi selamba saat Mikayla keluar dari kamar mandi.

“Ia tak seburuk yang you sangkakan, kan?” komen Saef tanpa memandang isterinya itu.

Mikayla hanya diam. Malu mahu memandang Saef. Lelaki itu menoleh ke arah isterinya saat Mikayla duduk di birai katil.

“Boleh I tidur?” tanya Mikayla perlahan. Dia hanya menoleh ke tepi tanpa mahu memandang Saef secara terus.

Why not?” balas Saef lunak. Kali itu dia pula yang meninggalkan ranjang. Memberi ruang kepada isterinya itu untuk berehat.

Kelopak mata Mikayla terkebil-kebil sendirian. Dia terasa lain tentang dirinya sendiri. Mengapa dia jadi semurah ini? Sebahagian hatinya mula rasa menyesal pula kerana keteguhan iman tidak sekuat kedegilannya selama ini. 

Saat suaminya keluar dari kamar mandi, Mikayla pura-pura tidur. Lelaki itu kembali berpakaian sebelum dia mendekati katil. Sempat Saef memandang Mikayla yang berbaring membelakanginya. Buat seketika, dia memerhatikan Mikayla bagi memastikan adakah isterinya itu benar-benar lena.

Saef mendekati Mikayla dari belakang. Pipi sang isteri dikucupnya membuatkan kelopak mata Mikayla terbuka semula. Tidak disangkanya Saef akan berbuat begitu. Namun Mikayla hanya pegun memandang ke depan kerana dia tahu Saef masih memerhatikannya.

Rest,” ucap Saef perlahan sebelum kucupannya berlabuh pula di rambut Mikayla yang lembap. Seterusnya dia merebahkan tubuhnya untuk merehatkan tubuhnya pula.

Dalam kemalapan malam, Mikayla merasakan perasaannya cukup aneh. Dirinya juga dirasakan aneh. Saat wanita itu berdiam, dia terdengar Saef bergerak lalu  mendekatinya. Pinggangnya dipeluk oleh lelaki itu.

You’re mine now,” bisik Saef perlahan.

Mikayla tergamam dalam kebisuan. Namun dia tidak cuba meleraikan pelukan itu kerana dia tidak mahu Saef tahu dia belum tidur sebenarnya.

Terdengar-dengar bicara suaminya tadi. Dia keliru. Saef mengigaukah? Masakan seawal ini mengigau?

 

**BERMINAT? Boleh hubungi/WhatsApp no ini : 011-40049752 (Admin Nina) /

: 019-3729676 (Admin Shida)

 

No comments:

Post a Comment