Wednesday, 30 November 2022

Suri Hati Sang Putera - Bab 4


“KAU pasti kau tak nak kak long masuk campur?” Entah berapa kali Tengku Sofia mengeluarkan soalan sedemikian. Dan entah berapa kali juga Adrian menghulurkan jawapan yang sama kepada wanita itu.

“Ed boleh uruskan hal ni.”

Jawapan Adrian membuatkan Tengku Sofia geleng kepala diiringi dengan keluhan kecil. Adik lelakinya dipandang dengan riak tidak puas hati.

“Macam mana kau nak uruskan hal ni? Ini perkara besar, Adrian. Kau tak boleh pandang remeh masalah macam ni.”

Tengku Sofia memandang skrin tablet yang berada di antaranya dengan Adrian. Skrin tablet tersebut memaparkan satu artikel daripada laman web hiburan. Gambar Adrian dan Camilla terpapar disertakan kapsyen... Bakal permaisuri Eurovia?’.

“Bonda agak kecewa bila baca berita ni,” sambung Tengku Sofia sambil mindanya teringatkan riak kecewa ibunya tatkala membaca berita tersebut semalam. Itu belum lagi dengan ayahnya. Walaupun Tengku Izhar tidak berkata apa-apa ataupun memberi sebarang reaksi selepas membaca berita tersebut, Tengku Sofia tahu, lelaki itu juga tidak gemar dengan apa yang dibacanya.

“Ed tahu tu.” Adrian mengeluh kecil. Surat khabar di hadapannya dikerling sekilas sebelum kembali memandang kakaknya. “Tak ada apa-apa yang kita boleh buat, kak long. Selagi kita tak bagi sebarang kenyataan, berita macam ni akan berhenti. Bukannya tak pernah terjadi sebelum ni.”

Dengusan kecil dilepaskan dengan ayat Adrian.

“Okey. Tak nak bagi apa-apa kenyataan. Tapi, macam mana mereka tahu tentang Putera Mahkota bakal berkahwin?” Mata Tengku Sofia memandang Adrian. “Kau dah tak jumpa dia lagi, kan?”

Adrian angguk lemah, menjawab soalan kakaknya. Tahu sangat siapa yang Tengku Sofia maksudkan. Sudah lama sebenarnya dia tidak bertemu dengan Camilla Leanne semenjak gambar dia bersama wanita itu tersebar dulu. Dia menuruti arahan ayahanda yang tidak mahu dia bertemu Camilla lagi, bagi mengelakkan sebarang gosip.

Untuk satu tahun ini gosipnya dengan Camilla sememangnya terhenti. Dan sekarang ini, dia langsung tidak faham mengapa tiba-tiba saja namanya dikaitkan kembali dengan wanita itu saat dia sedang menghadapi ‘masalah’ dengan apa yang bakal berlaku dalam hidupnya.

Keep being like that, Ed. Kalau tak orang akan terus buat andaian yang kau akan berkahwin dengan Camilla tu,” sambung Tengku Sofia. “People will expect that from you, Adrian.”

“I'll marry Camilla then. Simple!”

“It’s not funny.”

“Okey.” Adrian angkat kedua-dua belah tangannya, mengaku kalah. Berbahas dan cuba untuk bergurau dalam waktu ini bukanlah idea yang terbaik.

“Walaupun Alyssa menolak, tapi kau patut pujuk dia. Buat dia ubah fikiran.”

“Dengan apa? Tawarkan harta kemewahan yang dia sememangnya dah ada? Dia beritahu yang dia tak berminat dengan kedudukan sebagai Puteri Mahkota, kak long.”

“She is the best candidate that we have, Ed.”

“We?” Adrian menghela nafas. “I guess it’s spoken for The Royal Council, ayahanda, bonda and you. Isn’t it?”

“Adrian...” tegur Tengku Sofia. Dia mula menyedari kelainan pada nada yang digunakan oleh Adrian tadi. Seolah-olah adik bongsunya ini sedang memberontak.

“Alyssa tak setuju. Dan Ed hormat keputusan dia.” Minda Adrian mengimbau kembali pertemuan yang berlaku beberapa hari yang lalu. “Kita patut lupakan dia dan lihat calon yang lain.”

“Bonda mahukan dia, Ed.”

Adrian mengeluh kasar. Dia tahu itu. Tapi apa yang dia harus lakukan jikalau Alyssa memilih untuk menolak lamarannya?

“Tapi, kak long mahukan dia sebagai adik ipar kak long? Maksud Ed, kalau bukan disebabkan bonda atau sesiapa, kak long mahu dia dalam keluarga kita? Kak long fikir dia adalah yang terbaik untuk Ed?”

Terdiam seketika Tengku Sofia dengan soalan-soalan Adrian yang tiba-tiba itu.

“Apa yang terbaik untuk kau, kak long akan setuju.”

Jawapan Tengku Sofia mendatangkan keluhan Adrian. Dia sangat tahu semua mahukan yang terbaik untuk dirinya yang bakal menerajui negara ini suatu hari nanti.

Ya, dia terpaksa menjadi terbaik dalam segala hal walaupun ia kadangkala melibatkan kehidupan peribadinya. Dan untuk itu, dia terpaksa melepaskan cita-citanya sejak kecil.

Rakyat mungkin melihat dia adalah terbaik dan memandang tinggi terhadapnya. Namun, bagi Irene Alyssa, dia bukanlah yang terbaik untuk gadis itu. Adrian sebenarnya masih lagi dipalit perasaan kecewa dengan penolakan gadis itu.

“Esok kak long akan ke London. Kak long akan berbincang dan pujuk Alyssa,” Tengku Sofia kembali bersuara.

“Tak perlu.”

Tengku Sofia mengerutkan dahi, meminta penjelasan.

“Alyssa takkan ubah fikiran dia. Dia seorang yang degil. Lagipun dia...” Adrian mengeluh lagi. Dia tidak pasti sama ada dia perlu habiskan ayatnya itu.

“Lagipun dia apa?” soal Tengku Sofia tidak sabar.

“Tak ada apa-apalah. Tak penting.”

You are hiding something, Adrian. What is it?”

Adrian memandang Tengku Sofia. Tidak pasti sama ada dia perlu beritahu kakaknya ataupun tidak.

“She already has someone.”

Berkerut dahi Tengku Sofia mendengar ayat Adrian.

“Laporan mengatakan dia masih belum punya sesiapa yang istimewa.”

“Sekarang ni ya. Tapi dulu, dia pernah ada. Dan ia akan kekal macam tu. She can’t love anyone else other than that guy.”

“Kau kenal siapa lelaki tu?”

Adrian geleng kepala walaupun dia sebenarnya sangat tahu siapa lelaki yang dari dulu hingga kini berada dalam hati Alyssa.

“Kalau kau tak kenal lelaki tu, macam mana pula kau tahu yang Alyssa ada seseorang? Dia beritahu kau?”

Adrian memilih untuk tidak menjawab soalan kakaknya.

“Sama ada betul atau tak Alyssa ada seseorang, kak long tetap akan pergi jumpa dia nanti.”

“Kak long...” Adrian melepaskan keluhan.

“Ini untuk kebaikan kau, Adrian.”

Adrian mengeluh lagi.

“Okey. Kak long buatlah apa yang kak long rasakan terbaik. Nak pergi jumpa dia, nak bincang lagi... just do it. Just do it your way.” Nada suara Adrian kedengaran sarkastik.

“Kak long akan anggap itu adalah kata-kata semangat untuk kak long, daripada kau yang dah mengalah.”

“Ed tak mengalah sepenuhnya, kak long. I have my own way how to solve this.”

“Apa yang kau nak buat?”

You will see.”

Tengku Sofia mengeluh.

It better be good.”

“It will.”

Tengku Sofia mengerling jam tangannya.

I have another meeting after this. But I will see you at dinner, right?”

Adrian angguk kepala. Kelibat Tengku Sofia kemudian beredar. Beberapa minit kemudian, kelibat pembantu peribadi Adrian pula melangkah masuk.

“Kau ada apa yang aku nak?” soal Adrian kepada lelaki itu.

Radi, pembantu peribadi Adrian mengangguk sebelum meletakkan satu fail hitam di atas meja, berdekatan Adrian.

Adrian ukirkan senyuman tatkala melihat kandungan fail tersebut. Beberapa keping gambar di hadapannya diperhatikan dengan senyuman sebelum menarik keluar satu keping gambar. Gambar tersebut kemudian dihulurkan kepada Radi.

“Buat seperti yang dirancang,” arahnya kepada Radi.

“Maksud Tuanku...” Dengan berhati-hati Radi bersuara. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Adrian telah menganggukkan kepala.

“Tapi... pastikan mereka tak tahu hal sebenar.”

“Bagaimana kalau mereka salah faham dengan gambar ni? Yang perempuan dalam gambar ni...”

“Biarkan. Aku cuma nak tahu apa yang dia akan buat apabila ini sampai ke pengetahuan dia.” 

Minda Adrian hanya ada Alyssa. Caranya mungkin kedengaran tidak jujur, tapi itu saja yang dia mampu lakukan untuk menghentikan sebarang spekulasi terhadap dirinya. 

 

No comments:

Post a Comment