"AKU ada berita baik untuk kau, Ras!" ucap Atif sambil menolak
daun pintu pejabat Rasfal.
Rasfal yang sedang membaca skrip
terkejut dengan kedatangan Atif. Dia mendongak.
"Kau ni salam tak ada, main terjah
je.." bebel Rasfal sambil menutup skrip yang dipegangnya.
Atif tersengih. Dia melabuhkan punggung
di kerusi berhadapan dengan Rasfal. Sehelai kertas ditolak ke hadapan Rasfal
yang kelihatan tercengang.
"Sorry, aku terlupa. Itu dia berita gembira untuk kau.." ujar
Atif sambil memeluk tubuhnya.
Rasfal masih lagi tidak mengerti apa
yang dikatakan oleh Atif namun tangannya dengan pantas mencapai kertas yang
disuakan oleh Atif tadi.
"Ini kertas perjanjian..."
gumam Rasfal perlahan. Satu persatu bait yang tertulis di dalam kertas itu
dibaca sebelum matanya tertancap pada tanda tangan yang comel terlakar di sudut
kanan kertas tersebut. Matanya membesar, mulutnya terbuka sedikit sebelum
matanya kembali dialihkan pada wajah Atif. Dia bagaikan tidak percaya dengan
apa yang dilihatnya.
"Betul ke dia yang sign ni?" soal Rasfal masih lagi
tidak percaya.
Atif ketawa kecil.
"Ras Haqeemi, kau nampak tak nama
siapa yang tertera bawah tanda tangan tu. Citra Nur Afilya, takkan tak
kenal?" soal Atif pula.
Rasfal menggarukan kepalanya yang tidak
gatal. Berkerut dahinya cuba mengingati nama yang disebut oleh Atif tadi.
"Siapa tu?" soal Rasfal polos.
"Kau ni, aku tahu kau sibuk tapi
takkanlah kau dah hilang ingatan. Itu kan nama Citra. Takkan kau dah
lupa?" tempelak Atif sambil menggelengkan kepala.
"Citra? Sedapnya nama dia.."
puji Rasfal tanpa sedar.
"Amboi, belum apa-apa lagi dah
puji. Kenapa, dah terpikat ke?" usik Atif sambil tersenyum penuh makna.
Rasfal mencebik. Terpikat? Memang
taklah!
"Choiii! Mulut kau tak ada insurans agaknya. Tapi macam mana dia
boleh sign perjanjian ni tanpa
aku?" soal Rasfal pelik.
Atif tersenyum.
"Bila dah terdesak, orang sanggup
buat apa saja. Ibu Citra masuk hospital dan dia perlukan duit tu segera sebab
tulah dia call aku dan sign kontrak ni. Aku nak call kau, tapi aku tahu kau sibuk dengan
program bual bicara tu jadi aku suruh dia sign
dulu. Qammar dan aku dah sign bagi
pihak saksi, so aku serahkan surat ni
pada kau untuk kau sign pulak. Jangan
lupa, inilah peluang kau untuk bersihkan nama dan maruah kau," ujar Atif.
Rasfal hanya mengangguk. Dia meletakkan
kertas perjanjian tersebut di dalam laci mejanya.
"Aku akan tanda tangan kemudian.
Sekarang ada perkara yang lebih penting untuk kita selesaikan terlebih
dulu..." balas Rasfal dengan penuh semangat. Dia dapat rasakan masalahnya
akan selesai tidak lama lagi.
"Apa dia? Kau nak aku buat apa
lagi?" soal Atif.
"Aku nak jumpa dengan Citra. Ada
banyak perkara yang perlu aku bincang dengan dia pasal perkara ni," ujar
Rasfal serius. Memang begitulah dia jika melibatkan pekerjaan.
"Kau nak jumpa dekat dia dekat mana?
Aku rasa better kau jumpa dia dekat
ofis ni, aku risau kalau kau jumpa dia dekat luar ada reporter yang mengintip pula," cadang Atif.
"Its up to you, Atif. Aku tak kisah asalkan semua benda ni dapat
selesai dengan cepat. Makin lama, makin serabut kepala otak aku fikirkan semua
ni," balas Rasfal.
MATA
Rasfal tidak lepas daripada merenung penampilan gadis yang berada di hadapannya
sekarang. Gadis itu kelihatan santai dengan memakai t-shirt lengan panjang dan berseluar jeans. Kepala gadis itu pula
bertutup dengan tudung yang menutupi dadanya. Perlahan-lahan, satu keluhan terbit
daripada bibir Rasfal. Banyak yang perlu dilakukan pada Citra sebelum dia
memperkenalkan gadis itu sebagai bakal isterinya.
"Duduklah..." pelawa Rasfal
apabila melihat Citra masih lagi berdiri.
Citra tersentak lantas terus melabuhkan
punggung. Dia resah kerana terpaksa berhadapan dengan Rasfal seorang diri tanpa
Qammar di sisi.
"Errr...apa yang encik nak bincangkan?" soal Citra tanpa banyak
bicara.
"First, saya nak ucapkan terima kasih sebab awak sudi terima kerja
ni. Kalau keadaan tak mendesak, saya takkan paksa awak untuk melibatkan diri
dalam semua ni tetapi kali ni saya dah tak jumpa jalan lain selain upah awak
jadi isteri saya buat sementara waktu. Awak jangan risau saya seorang yang
profesional, walaupun kita bernikah secara sah nanti, tapi privasi awak takkan
saya ganggu sebab saya tahu awak sayangkan tunang awak cuma saya nak awak
hayati watak sebagai isteri saya, itu saja. Boleh?" ucap Rasfal panjang
lebar. Wajah Citra ditenung lama.
"Insya-Allah saya cuba walaupun
saya tak berapa yakin. Tapi untuk ibu, saya akan buat yang terbaik. Apa lagi
yang perlu saya buat, encik?" soal Citra.
Hatinya cukup berdebar dengan kerja
terbaru yang diperolehinya ini. Mampukah untuk dia melakonkah watak ini? Hanya
keluhan kecil yang terbit sebagai jawapan.
"Sebelum saya kenalkan awak pada
famili saya, saya nak awak ubah penampilan sebab awak akan berjumpa dengan
ramai orang apatah bila orang tahu awaklah bakal isteri saya. Nanti saya akan
ajar awak untuk jawab soalan-soalan wartawan. Saya nak semuanya sempurna
sampaikan mama dan papa saya pun tak dapat kesan yang kita berlakon," ujar
Rasfal dengan wajah yang serius.
Citra hanya menganggukkan kepala. Rela
atau tidak, dia harus terima semua ini memandangkan masa depan ibunya
bergantung pada duit Rasfal.
"Tapi saya tak pandai sangat
berlakon macam encik..." ucap Citra merendah diri. Pandangannya
ditundukkan apabila Rasfal merenung tepat ke matanya. Seakan mahu tercabut
jantungnya dipanah dengan anak mata yang coklat itu.
"Sebab itu kena belajar. Saya bagi
tempoh seminggu untuk awak belajar then
baru saya kenalkan awak pada famili and reporter.
Sepanjang tempoh tu saya yang akan guide
awak, faham?" soal Rasfal.
Citra mengangguk lagi.
"Kalau faham, bagus. So, kita mula dengan langkah yang
pertama.." ujar Rasfal sambil bingkas bangun mendapatkan Citra.
Citra cuak apabila Rasfal duduk di bucu
meja sambil memandang wajahnya
"Apa langkah pertama, encik?"
soal Citra tergagap-gagap.
Rasfal tersenyum dalam hati. Sikap
kelam-kabut dan malu yang ditunjukkan Citra menghiburkan hatinya.
"Saya nak awak cerita semuanya
pasal awak dan saya akan ceritakan pasal saya…nanti senang kalau ada reporter yang tanya, tak adalah awak
tergagap-gagap nak jawab, ingat lakonan ni mesti kena real.." ujar Rasfal mengatur semuanya.
"Baik, encik. Boleh saya tahu bila
saya akan dapat duit untuk operation
mak saya?" soal Citra.
"Once, saya rasa awak dah boleh hayati watak awak dengan awak dalam
masa yang singkat, saya akan bagi duit tu secepat mungkin.." balas Rasfal.
Citra menarik nafas lega. Dia tersenyum
dalam kepayahan.
"Kalau macam tu, saya sudah siap
untuk bekerja sekarang..." ujar Citra.
Rasfal tersenyum puas. Terasa masalah
yang membelenggu diri akhirnya hilang jua.
MELOPONG
mulut Citra saat dia memasuki butik mewah di dalam Alamanda, terkelip-kelip
matanya melihat harga yang tertera pada tag di setiap pakaian yang ditayangkan
di situ. Tetapi dahi Citra berkerut apabila Rasfal membawanya ke butik yang
menempatkan pakaian-pakaian yang boleh tahan seksinya.
"Buat apa kita ke sini?" soal
Citra sambil mengerling Rasfal yang berdiri disampingnya.
Kelihatan penampilan lelaki itu berubah
seratus peratus apabila berada di tempat awam. Cermin mata hitam yang berjenama
Rayban tersarung kemas di matanya manakala rambut lelaki itu dibiarkan menutupi
dahi ala-ala pelakon Korea. Sekali pandang dah macam mamat K-Pop pula, patutlah kena gosip ada hubungan dengan kaum
sejenis, rupa Rasfal memang jambu. Bisik hati Citra.
"Kita datang sini nak pilih
bajulah. Nak tukar penampilan awak tu, awak tu bakal jadi isteri artis so takkan nak pakai baju kurung
je," jawab Rasfal selamba.
Citra mengetap bibir. Dia memang pantang
kalau orang pandang rendah tentang baju kurung memandangkan dia memang
penggemar baju kurung.
"Apa yang salahnya kalau saya nak
pakai baju kurung je? Selesa kut. Kalau awak nak saya tukar identiti saya
dengan pakai baju yang tak cukup kain ni, lebih baik awak ambil Fiona tu jadi
isteri awak. Memang sesuailah kan," bentak Citra. Dia menjeling.
Rasfal menyembunyikan senyumnya. Ini
bukan pertama kali dia melihat Citra mengamuk seperti ini, gadis itu pasti akan
cuba menegakkan kebenaran jika ia membabitkan maruah.
"Marah nampak. Tak sesuai dengan
awak.." ucap Rasfal.
Citra terdiam. Dia yang buat aku marah,
boleh pula tayang muka tak ada perasaan.
"Sesuai atau tak itu prinsip saya,
saya akan ikut cakap awak selagi ia tak bertentangan dengan agama. Saya tak
suka dan tak akan pakai pakaian yang seksi jadi saya rasa butik ni tak ada baju
yang sesuai untuk saya," balas Citra.
"Habis tu kita nak pergi
mana?" soal Rasfal malas. Kalau aku tahu, biar Atif je yang buat semua ni.
Bosannya pergi shopping dengan
perempuan! Jerit hatinya.
Citra memandang ke sekeliling, kemudian
matanya tertancap pada butik yang menjual pakaian muslimah. Dia tersenyum
manis.
"Dekat sana ada baju yang
sesuai.." ujar Citra lalu mengorak langkah menuju ke butik tersebut sambil
diikuti oleh Rasfal.
Rasfal menjuihkan bibir apabila melihat
fesyen muslimah yang digayakan oleh model patung tersebut. Semuanya mempamerkan
jubah dan abaya yang sangat tidak menarik perhatian Rasfal.
"Ini baru dikatakan pakaian.
Memandangkan awak bos jadi awaklah yang pilih yang mana sesuai untuk
saya," ujar Citra cuba berlembut dengan lelaki yang bakal menjadi suami
sementaranya.
"Tak ada baju yang moden sikit
ke?" soal Rasfal pula.
Mati terus senyuman Citra. Bulat matanya
memandang wajah Rasfal yang menayang muka tak bersalah.
"Awak nak saya jadi isteri awak ke
atau awak nak saya jadi model?" soal Citra selamba.
"Isterilah..." jawab Rasfal
lurus.
"Dah tu buat apa nak pakai yang
moden-moden. Cukuplah dapat tutup aurat, saya tak perlukan pakaian yang mahal
lagipun ini semua untuk sementara je," balas Citra sambil tangannya lincah
membelek sehelai jubah moden berwarna merah yang tergantung di rak. Dia
tersenyum sendirian.
"Ikut suka hati awaklah…saya tak
kisah.." balas Rasfal akhirnya.
Dia mengambil beberapa helai jubah moden
dan baju kurung moden lalu dihulurkan pada Citra untuk dicuba. Citra hanya
mengikuti arahan Rasfal. Sehelai baju abaya berwarna hitam berlabuci
disarungkan ke badannya. Dia mencebikkan bibir melihat penampilannya di dalam fitting room.
‘Betul ke apa yang aku buat ni? Aku bakal
jadi isteri kepada pelakon terkenal. Pelakon lelaki popular yang menjadi
kegilaan wanita-wanita dekat luar sana. Aku dah gila ke?’ soal Citra sendirian.
Dia merenung wajahnya yang berada di dalam cermin.
‘Layakkah aku untuk dia walaupun
sementara?’ soal dirinya lagi.
Tetapi tiada jawapan untuk soalannya
itu. Citra tersedar apabila terdengar ketukan di pintu fitting room, lalu dia membuka pintu dan berdiri di hadapan Rasfal
yang sedang berdiri di hadapannya.
Rasfal terkedu melihat Citra yang
kelihatan ayu dengan abaya yang dipilihnya tadi. Nampak lain benar penampilan
Citra dengan pakaian itu tambahan lagi apabila wajah itu tertunduk malu saat
dia merenung gadis itu daripada atas hingga ke bawah. Rasfal tersenyum
sendirian kemudian mengalihkan pandangan ke tempat lain.
“Sesuailah untuk awak. Ambil semua abaya
dan jubah yang awak rasa awak suka, saya bayar. Cepat sikit, kita dah tak ada
masa ni.” balas Rasfal sambil memandang jam di pergelangan tangannya.
Citra mencebik. Dia yang suruh aku test baju ni, dia pula nak merungut. Aku
tarik balik perjanjian tu baru tahu. Bebel Citra dalam hati namun dia tetap
mengikuti arahan Rasfal.
Selepas membeli beberapa keperluan yang
lain, mereka berdua singgah di restoran untuk membasahkan tekak. Rasa kering
tekak apabila asyik berlegar-legar membeli pakaian. Ini semua salah Rasfal.
Detik hati Citra.
“Bila perjanjian ni tamat, saya janji
saya akan pulangkan balik pakaian ni pada awak,” ujar Citra sambil memandang
tepat ke wajah Rasfal yang kelihatan tidak selesa apabila ada beberapa mata
yang sedang memandang ke arahnya.
“Tak payah. Awak ambil je sebagai hadiah…”
balas Rasfal sambil membetulkan cermin matanya.
“Tapi….”
“Tak ada tapi-tapi. Ikut je cakap saya,
semuanya akan beres. Sekarang ni saya nak awak kenalkan diri awak pada saya.
Senang sikit kalau ada orang tanya tentang awak nanti. Ingat saya nak semuanya
sempurna…” balas Rasfal membuatkan Citra terdiam. Dia mendengus dalam hati.
‘Macam diktator!’ sumpah Citra Cuma
dalam hati.
“Yelah, yelah. Nama penuh saya, Citra
Nur Afilya binti Mohammad. Umur saya 27 tahun, asal Selangor, kerja kilang,
anak tunggal. Apa lagi ya?” soal Citra sendirian. Dia mengetuk dagunya.
“Hah, saya dah bertunang dengan Qammar.
Rancang nak kahwin tahun depan…”
“Stop!”
arah Rasfal sambil mengangkat tapak tangannya ke hadapan wajah Citra. Citra
tergamam. Pantas saja dia mendiamkan diri.
“Saya tak nak dengar kisah awak dengan
tunang awak. Takkan saya nak cerita pada public
yang awak ni dah ada tunang, Cik Citra oii…logiklah sikit,” balas Rasfal sambil
mendengus.
“Habis tu awak suruh saya cerita, saya
ceritalah. Okey, kalau macam tu awak tanya, saya jawab…” balas Citra.
“Awak belajar sampai mana?” soal Rasfal.
“Sampai SPM je, ibu tak ada duit nak
hantar saya belajar tinggi-tinggi…” balas Citra.
Rasfal terdiam sebentar. Dia mengetap
bibir. Betul ke keputusan dia untuk mengambil Citra sebagai isteri
sementaranya? Belajar pun tak tinggi mana. Macam manalah nak berhadapan dengan
wartawan nanti? Soal hati Rasfal. Dia mula was-was dengan keputusannya sendiri.
‘Kau dah buat keputusan, Ras. Kau tak
boleh tarik diri begitu saja. Fikirkan pasal perempuan ni juga. Kau dah berikan
dia harapan, takkan kau sanggup nak musnahkan harapan dia?’ bisik hati Rasfal
pula. Satu keluhan terbit di celah bibir Rasfal.
“Kenapa awak mengeluh? Awak menyesal ya
ambil saya jadi bakal isteri sementara awak?” soal Citra seolah-olah dapat
membaca apa yang berada di fikiran Rasfal ketika ini.
Rasfal tersentak. Pantas pandangannya
berlabuh di wajah Citra yang mendambakan jawapan daripadanya tetapi dia
mengambil langkah untuk mendiamkan diri. Mungkin itu yang terbaik untuknya saat
ini.
“Saya tak cakap apa-apa pun. Awak jangan
nak memandai fikir yang bukan-bukan. Kalau saya tak ambil awak jadi isteri
sementara, dekat mana awak nak dapat duit untuk bayar operation ibu awak tu?” persoalan Rasfal menyebabkan Citra terdiam.
Hatinya bertukar sayu tiba-tiba.
Disebabkan ibu dia sanggup memperjudikan masa depan dirinya walhal dia sudah
menjadi tunangan orang. Kerja gila apakah yang dibuat ni? Soal hati Citra.
“Saya tahu saya terdesak. Kalau bukan
disebabkan ibu saya tak sanggup gadaikan harga diri saya semata-mata untuk
duit…” lirih suara Citra kedengaran.
Rasfal melepaskan keluhan. Dia tidak
menyangkan Citra sensitif seperti ini. Menyesal pula tanya soalan seperti itu.
“Dahlah tak payah nak tayang muka monyok
depan saya. Banyak benda lagi kita kena bincang. Esok saya nak bawak awak jumpa
dengan famili saya, saya harap awak bersedia.” Rasfal bersuara.
Citra mengangkat pandangan. Pandangannya
bertaut dengan anak mata Rasfal yang dilindungi oleh kaca mata hitam. Citra
menelan air liur apabila terkena panahan anak mata itu lalu dengan pantas dia
menunduk.
“Awalnya nak jumpa famili awak…”
“Awak nak duit tu cepat atau lambat?”
soal Rasfal.
“Secepat mungkin…” balas Citra.
“Tahu pun. Lebih cepat perkara ni
selesai lebih cepat ibu awak dapat buat operation,”
balas Rasfal.
Citra hanya menganggukkan kepala
mengiyakan kata-kata Rasfal. Dia cepat-cepat menghabiskan minuman apabila
melihat Rasfal sudah mula bingkas berdiri. Dia membuntuti langkah Rasfal dengan
beg plastik memenuhi kedua belah tangannya.
“Aaaaa…”
Citra terjerit kecil apabila tiba-tiba dia terlanggar belakang Rasfal yang
menghentikan langkah secara mendadak. Habis semua beg plastik yang dipegangnya
jatuh bertaburan di atas lantai.
Rasfal berpaling. Dia tersentak apabila
Citra betul-betul berada di hadapannya. Mata mereka bertentangan lagi tetapi
kali ini Rasfal sedikit pun tidak berganjak daripada merenung anak mata yang
bundar itu.
“Awak ni kenapa? Kenapa kelam-kabut
sangat ni?” soal Rasfal sambil tunduk dan mengutip beg-beg plastik milik Citra.
Cermin mata yang tersungging di hidungnya ditarik dan diselitkan di dalam poket
bajunya.
“Saya minta maaf. Tak sengaja…” balas
Citra.
“Eh, ini Ras Haqeemi kan? Eh Ras laaa…”
dua orang gadis datang menyapa.
Rasfal terkaku seketika. Dia mendongak
dan tersengih kepada dua orang gadis tersebut. Dia melambaikan tangan pada
mereka berdua.
“Hai…” sapa Rasfal lalu berdiri.
“Ras, saya sukalah dengan lakonan awak
dalam cerita Indah Bersulam Duka tu. Sedih sangat masa awak menangis. Mana
Fiona? Dia sesuai sangat dengan awaklah. Saya suka kalau awak dengan dia,” ujar
salah gadis yang bertudung ungu itu.
Citra yang melihat hanya mendiamkan
diri.
“Oh, terima kasih…” jawab Rasfal dengan
senyuman pura-pura.
“Nak sign
boleh?” tanya seorang gadis lagi.
“Eh, boleh. Nak sign dekat mana?” soal Rasfal lagi. Dia cuba untuk beramah mesra
dengan peminatnya walhal dalam hati dia berharap agar dia tidak bertemu dengan
sesiapa saat ini.
“Ini siapa?” soal gadis bertudung ungu
itu apabila menyedari kehadiran Citra di situ.
Citra mula cuak. Dia memandang wajah
Rasfal yang turut memandang ke arahnya.
“Errr…ini
sign dah siap. Kita jumpa lagi…” ucap
Rasfal lalu dengan selamba menarik tangan Citra supaya berlalu.
“AWAK!”
jerit Citra sebaik saja mereka berdua berada di luar pusat membeli belah. Dia
merentap tangannya dengan sekuat hati dan berdiri berhadapan dengan Rasfal yang
masih kelihatan selamba.
“Apa?” soal Rasfal pelik.
“Siapa suruh awak tarik tangan saya?”
marah Citra. Dia menentang wajah Rasfal.
“Tarik tangan je kut, salah ke?” soal
Rasfal selamba. Dia berjalan meninggalkan Citra yang melongo.
Citra mendengus. Dia boleh tanya salah
ke tak? Takkanlah benda basic macam
ni pun dia tak tahu? Bentak hati Citra.
“Memanglah salah. Awak bukan muhrim
saya, takkan tu pun tak tahu…” bebel Citra. Dia mengejar Rasfal yang semakin
laju berjalan.
“Alah, setakat tarik tangan bukannya
luak pun. Lainlah kalau saya terkam awak…” balas Rasfal selamba. Dia mengorak
langkah menuju ke keretanya yang terpakrir di basement.
Citra mencebik. Orang macam ini pun ada
ke?
“Awak tahu tak, awak pegang saya pun
kira dah berdosa tau. Tunang saya pun saya tak bagi cuit tangan saya. Awak dah
lebih tahu tak…” marah Citra lagi. Dia mendengus.
Rasfal menghentikan langkah dan berdiri
bertentangan dengan Citra. Cermin mata yang tersungging di wajahnya ditarik.
Dia merenung anak mata Citra dengan senyuman nakal terukir di bibirnya.
“Betul ke tunang awak tak pernah pegang
tangan awak?” soal Rasfal sambil keningnya dijongketkan. Separuh hatinya tidak
percaya dengan kata-kata Citra mustahil sepasang kekasih tak berpegang tangan
walaupun sekali.
“Betullah. Takkan saya nak tipu pulak.”
Balas Citra. Wajahnya ditundukkan. Rasa panas mula menjalar di wajahnya saat
Rasfal merenung tepat ke matanya.
“Kalau macam tu saya jadi yang pertama.
Seronoknya, maknanya saya dah letak cop mohor dekat awaklah ye…” balas Rasfal
kemudian dia ketawa lepas. Cermin matanya dipakai kembali.
Citra mencebik. Dia boleh gelak je.
Bukannya nak minta maaf. Tak guna punya lelaki, nasib baik lengan baju aku
panjang, kalau tak? Siapa nak tanggung dosa aku? Dia? memang taklah!
“Banyaklah awak punya cop mohor.
Malaslah saya nak layan awak, saya nak balik…” balas Citra lalu berjalan menuju
ke arah yang bertentangan dengan Rasfal.
“Eh, awak nak ke mana tu?” soal Rasfal
memanggil Citra.
“Saya nak baliklah!” jerit Citra
selamba.
Rasfal mula tidak senang duduk kemudian
dia berlari-lari anak mendapatkan Citra yang berjalan menuju ke stesen bas. Beg
tangan gadis itu ditarik sehingga membuatkan langkah Citra terhenti. Gadis itu
berpaling.
“Nak apa?” soal Citra.
“Biar saya hantar awak…” balas Rasfal.
“Tak payah. Saya boleh naik teksi.
Lagipun rumah saya jauh dengan rumah awak. Esok jelah kita jumpa lagi,” jawab
Citra menolak.
Rasfal mengetap bibir. Lama dia merenung
wajah Citra yang kelihatan berpeluh disimbah dengan cahaya matahari yang terik.
“Kalau macam itu, ikut suka hati
awaklah. Esok jumpa dekat ofis saya,” balas Rasfal.
“Baik bos!” balas Citra.
Rasfal hanya memerhatikan lenggok Citra
yang sudah mula menahan teksi. Kemudian, dia kembali menuju ke tempat parkir.
Namun, tiba-tiba hatinya terasa sesuatu. Dia terasa seperti diperhatikan lantas
matanya melilau ke kiri dan kanan. Jantungnya berdetak secara tiba-tiba apabila
terlihat kelibat melintasi sisinya. Rasfal berpusing ke tepi.
Tetapi tiada siapa yang kelihatan.
Rasfal mula resah lalu langkahnya dipercepatkan ke tempat letak keretanya.
Kunci kereta dikeluarkan lantas alarm kereta ditekan. Namun, langkahnya mati
apabila terlihat kertas putih bersama sekuntum mawar merah berada di atas
cermin keretanya. Pantas, Rasfal mengambil kertas tersebut.
“Aku akan terus mencintaimu sampai mati,
Ras Haqeemi…” Rasfal membaca sepotong ayat yang tertulis di atas kertas
tersebut. Dia menelan air liur. Siapa pula yang bagi ni? Hatinya
tertanya-tanya.
Serentak, kepalanya dipusingkan 360
darjah. Tetapi kawasan parkir kereta itu sunyi sepi malah tiada satu manusia
pun yang lalu-lalang. Jadi siapa yang meletakkan bunga dan nota kecil ini? Soal
hati Rasfal pelik.
“Arggh, mesti peminat aku ni…” ujar
Rasfal sendirian. Lalu dia mengambil bunga ros tersebut lalu dicampakkan ke
lantai bersama nota kecil yang telah direnyukkan.
Kemudian, Rasfal melangkah masuk ke
dalam kereta tanpa mempedulikan bahawa perbuatannya itu telah meremukkan
sekeping hati yang sedang memerhati tingkah lakunya dari kejauhan.
No comments:
Post a Comment