Thursday, 5 March 2015

Di Penghujung Cintaku... Adelia - Bab 4

EH, Yaya! Balik dengan siapa pula tu?”

Maria menyelak langsir dari dalam rumah apabila mendengar bunyi deruman kereta di hadapan rumahnya. Nik Pasha yang  sedang menonton TV memandang mama. Nik Pasha tidak sabar menunggu info daripada mama yang masih memerhati Adelia di luar rumah dengan entah siapa. Nik Pasha dalam diam berminat juga nak tahu. Maria mengecilkan matanya untuk melihat siapa yang menghantar Adelia pulang dari tuisyen. Dari jauh Maria dapat melihat seorang lelaki muda yang berumur lebih kurang 25 tahun atau mungkin lebih umurnya. Kacak juga orangnya walaupun berkulit sawo matang. Berbual mesra dengan Adelia sebelum Adelia masuk ke dalam rumah. Maria kurang senang melihat keakraban Adelia dengan lelaki itu. Risau impiannya untuk menyatukan Nik Pasha dan Adelia tidak kesampaian. Harapannya tinggi.

“Ada lelaki hantar Yaya pulang. Handsome juga orangnya,” ujar Maria. Nik Pasha dan Nik Airil yang berada di  situ mendengar kata-kata mama mereka. Nik Airil yang lincah cepat-cepat pergi ke tempat mamanya berdiri dan terus menyelak langsir.

“Aahlah.. handsome gila!” jerit Nik Airil. Nik Pasha agak tersentak. Hippo macam tu pun ada lelaki berkenan? Buta apa? cemuh Nik Pasha tak puas hati. 

“Shh.. Yaya datang!” Cepat -cepat Maria dan Nik Airil meluru ke arah sofa dan duduk. Berlagak seperti biasa. Adelia masuk dan duduk di sofa. Dia tersenyum memandang Auntie Maria yang pada pandangannya kelihatan aneh sedikit. Ada hal apa agaknya? Pelik betul dia
tengok mereka semua.

“Ada apa, auntie?” soal Adelia apabila semua orang memandangnya dengan pandangan semacam.

“Siapa hantar Yaya tadi?” soal Maria pula tanpa menjawab soalan Adelia. Maria sangat nak tahu. Teman lelaki Yayakah? Tidak pula Adelia bercerita sebelum ini. 

“Oh, yang tu! Cikgu Syam, guru tuisyen Yaya. Dia ajar math. Baik orangnya, auntie! Selalu tolong Yaya,” jelas Adelia. Wajahnya berseri-seri apabila bercerita tentang guru tuisyennya itu. Riak wajah Adelia membuatkan Nik Pasha tidak senang hati. Tergugat.

“Dah tentu kena tolong. Namanya dah guru tuisyen,” celah Nik Pasha sinis. Adelia hanya mencemik mendengar kata-kata Nik Pasha. 

“Yeah.. you’re right! Yaya naik atas dululah auntie. Nak mandi.” Adelia meluat dengan perangai setan gondol yang tak habis-habis menyakitkan hatinya. Adelia cuma pandang Nik Pasha sekilas sebelum dia menapak ke tingkat atas. Malas nak melayan. Dia seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada bertembung dengan Nik Pasha sejak kejadian di kamar tidurnya. Adelia tidak mahu dirinya dicop terhegeh-hegeh pula. Tak kuasa!

“Pasha, boleh tak berlembut dengan Yaya? Buka mata Pasha tu! Yaya ada kelebihannya tersendiri. Jangan tolak permata yang dah ada di depan mata Pasha,” nasihat Maria apabila melihat anak lelaki bujangnya tidak habis-habis menyakat dan menyakiti hati Adelia. Maria geleng kepala tidak faham dengan sikap anak lelaki sulungnya.

“Apa mama ni? Tak habis-habis nak promote Hippo tu kat Pasha. Pasha tak sukalah, mama. Tak berkenan! Bukan taste Pasha langsung!” balas Nik Pasha. Dia yakin yang dia langsung tidak menyukai budak gedempol itu. Bulat macam kuih donat. Sorry..

“Sooner or later you will know, Pasha! Jangan time, tu Pasha menyesal tak sudah bila Yaya berpaling kepada yang lain. Hati perempuan sekali disakiti, seribu kali susah nak dilupa.” Maria menepuk bahu Nik Pasha sebelum beredar. Nik Pasha terdiam. 

Adelia termenung di jendela bilik memandang keluar. Hisyam, guru Matematik yang kacak terlintas dalam fikiran. Lelaki itu baik orangnya selalu menolongnya dalam pelajaran Matematik dengan sabar walaupun dia begitu payah nak  faham. Perasaannya tercuit juga dengan gurunya itu tetapi tidaklah sampai terjatuh hati. Adelia tahu tahapnya sampai mana. Tidak sesuai untuk bercinta pada saat genting seperti sekarang. SPM sudah semakin hampir. Ayah nampaknya berharapan tinggi supaya dia lulus dan membolehkan dia melayakkan dirinya ke menara gading. Jadi, harapan ayah tidak akan disia-siakan. Guru Matematiknya itu juga tidak mungkin suka akan dirinya. Tetapi, perhatian guru muda itu selalu tertumpu kepada dirinya mungkin kerana dia lambat sangat nak faham. Ah, jangan perasanlah! Adelia menyedapkan hati.


NIK Pasha juga sedang termenung di jendela. Kata-kata mamanya terngiang-ngiang di telinga. Hari-hari telinganya asyik disogok dengan nama Adelia. Mama tidak pernah bosan cuba merapatkan dia dengan budak poyo tu. Masalahnya, dia tidak suka dan tidak berkenan langsung dengan Hippo gedempol tu. Bukan cita rasanya. Akhir-akhir ini, hatinya selalu membuat perkara bertentangan dengan dirinya. Perkara yang paling dia tidak percaya boleh pula dia dengan selamba memeluk budak Hippo tu. Padahal dia tahu Hippo tak sengaja terpeluk dirinya dan dia pula dengan sengaja memeluk Hippo. Dan, yang paling dia pelik, Hippo dah tak macam Hippo lagi. Macam.. dah kurus sedikit agaknya. Stres nak SPM barangkali sampai kurus jadinya tapi Nik Pasha yakin, habis saja  SPM, Hippo pasti gedempol lagi. Yalah, dah lalu makan setelah SPM selesai. Sekejap aje tu! Tak habis-habis Nik Pasha mengutuk Adelia.

TIGA hari lagi SPM akan ditempuhi seperti nak menempuh medan peperangan yang dahsyat pula rasanya. Adelia dan Nik Pasha kelihatan serius menelaah dan mencari soalan spot SPM yang mungkin bakal keluar. Adelia masih berusaha walaupun tahap mindanya perlahan tetapi dia cukup berusaha. Nik Pasha pula ternyata pelajar yang bijak cuma perlu mencari soalan spot yang telah diagak akan keluar. Dia pelajar kesayangan guru di sekolah kerana kepintaran otaknya. Sentiasa berada di tempat yang pertama tidak kira pelajaran ataupun sukan. Seimbang.

“Helo, cikgu! Saya tengah jawab soalan math ni. Tapi, pening la.. cikgu. Ada yang tak faham..” rungut Adelia sebaik saja menerima panggilan telefon daripada Cikgu Hisyam. Guru muda itu tergelak kecil mendengar rungutan Adelia. Gadis comel itu selalu mencuit hati lelakinya.

“Apa yang tak fahamnya, Adel?” soal Hisyam mesra.

“Pakai formula yang diberi pun Adel tak dapat nak jawab la. Susah sangat..” rengek Adelia. Hisyam tergelak lagi. 

“Susah, ya? Nak cikgu pergi rumah Adel tak? Nanti cikgu boleh ajar soalan yang Adel tak tahu,” tawar Hisyam. Sebenarnya dia teringin nak berjumpa dengan gadis itu. Sudah agak lama tidak berjumpa dengan Adelia. Rindu pula rasanya.

“Datang sini? Nak! Nak! Cikgu datang sekarang tau! Nanti Adel beritahu auntie cikgu nak datang.” Gembira hati Adelia mendengar Cikgu Hisyam nak datang ke rumah. “Tunggu cikgu datang tau! Okey, cikgu nak siapsiap ni.”

“Okey, cikgu! Adel tunggu.” Segera talian ditamatkan dan dengan tangkas dia melompat bangun. Hati gembira bukan kepalang.

Adelia berlari turun ke bawah pergi mendapatkan Auntie Maria yang sibuk mengadun kek coklat di dapur. 

“Auntie, nanti Cikgu Hisyam nak datang tau. Dia nak tolong Yaya study,” ujar Adelia agak tercungap-cungap. Maria agak terpaku. Adelia dan guru muda itu kelihatan agak rapat sekarang. Perkara yang kurang menyenangkan bagi Maria. Dia perlu lakukan sesuatu supaya Nik Pasha dan Adelia dapat disatukan. Nik Pasha pun satu. Bukan dia tidak tahu sebenarnya Nik Pasha telah lama terpaut hati kepada Adelia tetapi berdegil tidak mahu mengakuinya. Naluri ibu kuat mengatakan yang Nik Pasha sebenarnya sudah terpikat dengan Adelia. Dalam pelajaran, Nik Pasha sentiasa mendahului semua rakan sebayanya tetapi soal hati terlalu ke belakang. Maria mengeluh.

“Eh, auntie buat kek coklat, ya! Bestnya! Boleh makan dengan Cikgu Syam nanti. Boleh kan, auntie?” ujar Adelia ceria. Tidak sabar menunggu cikgu pujaannya datang. Lelaki yang sentiasa melihat dirinya. 

“Apa kecoh-kecoh ni?” Muncul makhluk Allah yang paling Adelia alergi. Nik Pasha tiba-tiba muncul di dapur. Adelia menyampah betul! Dia patut beredar dengan cepat sebelum si mulut puaka itu membuka mulut yang bisa menyakiti hatinya lagi. Dia dah tak sanggup dan yang pasti Adelia sebolehnya mahu mengelak daripada Nik Pasha. Nanti dikata tersua-sua pula.

“Cikgu tuisyen Yaya nak datang kejap lagi,” beritahu Maria. Wajah anak lelakinya ditilik dalam-dalam. Riak wajah Nik Pasha agak berubah sedikit tetapi ditahan agar tidak kelihatan yang dia terasa kurang senang apabila mendengar omongan ibunya. Maria pula? Naluri ibunya tidak silap menilai. Tahu pula nak jealous! Hai..

“Oh, ingat siapa nak datang tadi. Kalau Fasha Sandha yang datang kecoh, tak apalah juga!” cemuh Nik Pasha seperti selalu.

Adelia yang dapat mengagak persepsi Nik Pasha, sekadar mencebik. Dengkilah tu! Ingat kau seorang lelaki di dalam dunia ini? Ada lagilah lelaki lain malah cukup sempurna. Teringat kembali kata-kata Nik Pasha yang bersungguh menyuruh dia supaya jangan sukakan dirinya
dan jangan jatuh hati kepadanya. Geram apabila teringat balik kata-kata lelaki itu. Berlagak betul! Huh! Mr. Poyo.. 

“Handsome macam Remy Ishak, okay what?” seloroh Maria. Sengaja dia berlawak melihat situasi agak tegang kala itu.

“Mamat poyo adalah, mama,” cemuh Nik Pasha lagi. Perasaannya rasa semacam. Hatinya berdetak tidak mengikut ritma yang sepatutnya. Gusar.

“Aku lupa yang kau ni kan Mr. Perfect! Boring!” Adelia mencebik dengan wajah yang dibuat-buat bosan. Mengejek Nik Pasha yang selalu berlagak dialah hebat dan bagus di dalam dunia ini.

“Okay, what! Dari jadi macam kau! Loser!!!” Nik Pasha membalas sambil jarinya dibuat L. Perkataan loser ditekan supaya Adelia bengang gila dengannya. Nik Pasha mengulangi perkataan loser itu berkali-kali. Mengejek Adelia dengan muka yang dibuat berbagai-bagai ragam. 

“Shut up!!” jerit Adelia bengang. Terlalu bengang! Tadi, ingat nak menjauhkan diri secepat mungkin tetapi pantas benar Nik Pasha memulakan langkah menyakiti hatinya.

“You! Still.. loser!!!” balas Nik Pasha hampir menjerit juga.

Keadaan menjadi tidak terkawal. Adelia geram tahap gaban. Tahap kesabarannya menipis. Adunan kek Auntie Maria yang berada di atas meja diambil. Dengan cepat dia meluru ke arah Nik Pasha. Serentak adunan kek yang berada di dalam loyang pembakar dihumban ke muka Nik Pasha. Habis muka Nik Pasha terkena adunan kek coklat ibunya.

Maria terkejut besar dengan tindakan Adelia. Mulutnya ternganga.  Adelia pula tersangat berpuas hati dapat melakukan perkara tersebut.

Nik Pasha terkesima tetapi tidak lama. Tepung kek yang berada di atas meja diambil dan dengan pantas dia baling ke arah Adelia. Tepat ke muka Adelia. Dah jadi tepung gomak muka Adelia ketika itu. Adelia bertambah geram. Sepapan telur yang berada di atas meja diambil dengan pantas.

Peperangan tidak dapat dielakkan. Maria tidak dapat berbuat apa-apa. Sekadar memerhati mereka berdua yang bertindak di luar kawalan. Alamak! Macam mana nak menahan mereka berkelakuan seperti orang nak berperang ni? Maria buntu.

“Jaga kau, Pasha! Kau rasa telur ni pula!” Serentak itu, telur dibaling ke arah Nik Pasha. Pap! Tepat ke muka Nik Pasha. Bau hanyir telur meloyakan tekak Nik Pasha. Nik Pasha berlari keluar. Adelia mengikuti Nik Pasha dari belakang. Sebiji telur lagi hinggap di belakang kepala Nik Pasha. Lelaki itu kelam-kabut melarikan diri. Adelia lagi galak membaling telur ke arah Nik Pasha. Pap! Pap! Pap!

“Nak perang pergi keluar rumah!” jerit Maria bimbang rumahnya berantakan dengan peperangan mereka berdua. Biarlah. Mana tahu mula-mula berperang nanti bercinta pula. Mungkin itu cara mereka berkomunikasi. Terima sajalah. Maria berfikiran positif. Nampak lucu juga mereka berdua itu. Comel! Tapi, yang parah nanti bibiklah yang kena mengemas. Nasiblah, bibik! 

“Waduh! Waduh! Bisa terbalik rumah ini, ibu..” Bibik menepuk dahi berkali-kali, pening melihat sekitar rumah yang berantakan.

Maria hanya tersenyum sambil menjongket bahu. Bibik sudah berlari mendapatkan mop di dapur. Ini anakanak bikin ribut saja! omel bibik geram. 

Mereka berlari sampai ke halaman rumah. 

Adelia mengejar Nik Pasha sambil membaling telur. 

Nik Pasha berlari sambil menyorok di belakang pokok mangga di hadapan rumahnya. Tidak boleh jadi ni. Asyik dia saja yang terkena sedari tadi. Nik Pasha mencari akal. Sambil itu dia terpandang hos paip air di tepi dinding rumah. Dengan lagak seperti tentera yang tidak mahu terkena bidikan peluru di medan perang. Nik Pasha merangkak seperti ada kawat duri di belakang badannya meluru ke arah hos paip air. Dramatis betul lagaknya. Apabila tangannya dapat mencapai hos paip air, dengan geram dia membuka pili air dan menghala ke arah Adelia. Hos paip air itu ditekan supaya dapat mengeluarkan air yang kuat untuk menyembur badan Adelia. Terjerit-jerit gadis itu menahan  dirinya disembur air. Habis basah seluruh badan. 

Adelia semakin geram. Dia cuba mendapatkan Nik Pasha dan cuba merampas hos paip air di tangan Nik Pasha. 

Mereka berebut sambil berguling-guling. Masingmasing cuba merampas hos paip air. 

Nik Pasha menolak badan Adelia yang berusaha mendapatkan hos paip air yang berada di tangannya. Air disembur ke muka Adelia. Hampir kelemasan Adelia dengan semburan air di mukanya. Terbatuk-batuk Adelia tertelan air paip. Mahu sakit perut terminum air tak masak! omel Adelia geram.

Adelia tidak mahu mengalah. Lantas dia bangun dan bertindak melompat ke arah Nik Pasha pula sambil memegang tangan Nik Pasha yang memegang hos paip air. Tindakan Adelia menyebabkan Nik Pasha terjatuh terlentang dan dengan selamba Adelia memanjat ke atas badan Nik Pasha. Wajah mereka terlalu hampir. Tangan Adelia masih cuba berusaha merampas hos paip air yang berada di tangan Nik Pasha. Mereka berdua terlalu sibuk berebutkan hos paip air sehinggakan terlupa dengan keadaan mereka yang ekstrem.

Maria yang melihat dari beranda rumah terkekeh-kekeh ketawa. Di tangannya ada kamera video. Setiap perlakuan mereka berdua dirakamkan. Lucu betul melihat mereka berdua. Comel sangat! Tak marah pula melihat aksi terlampau budak-budak itu. Tak apalah, bukan melampau sangat pun, lagipun nanti-nanti halal juga, desis hati Maria.

“Lepas! Cepat lepas! Nanti aku cium kau baru tahu.” ugut Nik Pasha masih tidak mahu melepaskan hos paip air. Sorry la.. kalau nak dia mengalah. Satu badan dah berbau telur ni. Jangan harap nak rebut! Nik Pasha pegang kuat hos paip air.

“Tak nak! Nak kena sepak dengan aku, cubalah!” Adelia masih berusaha merampas hos paip air di tangan Nik Pasha. Dia pun tak nak mengalah, sorry banyak la! Siap nak ugut bagai! Tak lut ugutan kau tu la! Cubalah, kalau nak tengok aku mengamuk macam orang gila. Adelia mencebik. 

“Kau ni, degil betullah!” Nik Pasha nekad mereka berdua perlu berhenti berebut benda bodoh ni. Nik Pasha melepaskan hos paip air itu dengan tiba-tiba menyebabkan Adelia jatuh berdebuk di atas dadanya dengan gadis itu sedang memegang hos paip air di atas kepalanya. Betul-betul bersusun kedudukan mereka.

Wajah mereka berdua dengan tidak sengaja bersentuhan. Bibir Adelia bertemu hujung bibir Nik Pasha walaupun sentuhan sedikit di bibir tetap seperti seperti bercium. Malahan, bibir Adelia melekap penuh di pipi Nik Pasha. Apalagi, bulat betul mata Adelia memandang mata Nik Pasha. Terkelip-kelip seperti drama Korea yang selalu ditontonnya di televisyen. Sesaat pipi Adelia memerah gila-gila punya! Malu tak payah kiralah! Nik Pasha pula lagilah terkejut. Tidak pernah seumur hidupnya, dia bercium. Hari ini sejarah terlakar. First kiss sepatutnya berlaku dengan perempuan yang dia cintai, yang menjadi isterinya yang sah tetapi dengan Hippo poyo ini pula. Aduh.. bingai betullah Hippo ni! Nik Pasha meludah-ludah ke tanah menunjukkan dia rasa geli-geleman  dicium oleh Adelia.

“Weh, yang sepatutnya kena sepak, kaulah! Suka hati cium aku!” marah Nik Pasha. Tanpa diduga oleh Adelia, serentak itu, Nik Pasha menyepak punggung Adelia. Tak kuat tetapi berkali-kali Nik Pasha menyepak punggung dan kaki Adelia. Asal boleh, Nik Pasha terus menyepak. Adelia menjerit sambil melindungi punggungnya daripada terkena sepakan.

“Sudahlah tu! Sakitlah!” jerit Adelia. Mencicit Adelia melarikan diri. Nik Pasha tidak peduli dengan jeritan Adelia. Masih mengejar. Semput Adelia asyik berlari. Macam nak masuk lumba lari dan lompat pagar gaya mereka berdua berkejaran.

“Aku tak kira! Siapa suruh kau cium aku. Suka hati kau aje, ek! Gatal boleh tahan juga kau ni, Hippo! Tak padan dengan Hippo!” Nik Pasha menuduh. Adelia berhenti melarikan diri. Ini sudah lebih. Adelia bercekak pinggang.

“Weh, ingat aku hadap sangat nak cium kau ke? Yang kau lepaskan hos paip air dengan tiba-tiba tu, kenapa? Mana tak tercampak aku kat kau!” balas Adelia geram. 

“Ingat aku suka sangat dapat bercium dengan mangkuk ayun macam kau? Nanti aku gosok gigi kuat-kuat! Eii..” sambung Adelia. Bengang betul dituduh gatal. Kejap lagi dia pergi gosok gigi kuat-kuat biar hilang kesan ciuman yang masih dapat dirasakan melekat di bibirnya. Wekk!! Adelia rasa nak termuntah pula. Pandangan mata Nik Pasha ditentang berani. Ingat aku takut? Adelia masih bercekak pinggang. Nik Pasha tetapkan pandangan matanya pada Adelia.

Mereka berdua bertentangan mata dengan wajah bengis. Masing-masing tidak mahu mengalah. Ketawa mama di beranda terburai dengan kuat sekali kedengaran di telinga mereka menyebabkan mereka berdua mengalihkan pandangan serentak ke arah wanita ayu
yang sedang ketawa terbahak-bahak. Habis hilang ayunya! Di tangan mama ada kamera video dan sudah pasti peristiwa tadi telah dirakam dengan jelas.

OMG! Mereka berdua serentak menepuk dahi bersama. Habis! Mereka serentak memandang satu sama lain. Mereka tahu video itu pasti menjadi bahan tontonan mereka nanti. Mungkin diulang-ulang berkali-kali, siap wajib paksa tengok bersama pada waktu lapang mereka sekeluarga nanti. 

Harus! Apa yang mama fikirkan, mereka sudah dapat meneka. Jangan mama buat haru, masukkan di dalam Blog sudah. Mama bukan boleh percaya. Hantu Internet pun boleh tahan juga. Sempat Nik Pasha mengutuk mamanya. Aduhai.. mama.. mama..

“Ehem..” Kedengaran batuk dibuat-buat dari belakang mereka. Mereka berdua serentak berpaling pada empunya suara.

Tercegat Cikgu Hisyam dengan senyuman manis. Adelia tersenyum lebar. Machonya Cikgu Hisyam apabila mengenakan jaket kulit berwarna hitam. Sudah tentu cikgunya itu datang dengan motosikal Ducatinya. Cair hati Adelia dibuatnya. Sesaat apabila teringat keadaan diri yang serabai, dengan lintang-pukang dia menyorok di belakang Nik Pasha. Habis dia punya keayuan di hadapan cikgu kesukaannya. Tak sukanya!

Hisyam tergelak besar melihat Adelia berlari bersembunyi di sebalik seorang lelaki. Siapa, ya? Persoalan timbul. Hati agak tergugat dengan kemesraan Adelia dengan lelaki itu. Siap berlari-lari dan berkejaran seperti filem Hindustan. Apa pasal? Tanda soal besar di dalam kepala Hisyam.

Kehadiran Hisyam pada petang itu membuatkan Nik Pasha merasakan sesuatu tetapi dia tidak tahu apa? Yang pastinya, dia tidak suka perasaan yang mula menghuni hatinya. Apa mamat ni buat kat sini? Menyibuk aje! getus hati Nik Pasha yang ternyata tidak senang dengan kehadiran Hisyam.

“Aku blah! Kau selamat kali ni. Lain kali jangan harap!” Siap mengugut Adelia dan sempat pula tangannya menunjal dahi Adelia beberapa kali. Adelia mengelak rimas dan sempat menjelirkan lidahnya. Nik Pasha menjegilkan matanya. Hisyam pula tersengih melihat telatah mereka berdua. Bergaduh ke? Tapi, nampak mesra melampau aje. Gaduh-gaduh manja kut? Hisyam menghulurkan tangan untuk bersalaman sebelum Nik Pasha memulakan langkah.

“Saya Hisyam, cikgu tuisyen Adel.” Tangan masih dihulur ke arah Nik Pasha. Mata Nik Pasha memandang Hisyam atas dan bawah dengan muka ketat.

Adelia geram melihat Nik Pasha yang selalu nak berlagak. Tak patut betul badigol ni! Sambut sajalah salam cikgu aku tu! Rasa nak menjerit Adelia kepada Nik Pasha. Hisyam masih tersenyum dengan tangan masih setia dihulur. Dah datang rumah orang, kenalah jaga budi bahasa. Tapi, mamat ni nak berlagak pula dengannya. Kalau tak difikirkan ini rumahnya mahu dihentak kepala budak sombong ini supaya tahu berbudi bahasa. Tak rugi pun, budi bahasakan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Eceh.. macam iklanlah pula. Hisyam sabarkan hati.

“Tangan aku kotor dengan bau telur. Nanti bau pula tangan kau,” jelas Nik Pasha, siap menekan perkataan telur  sambil menjeling Adelia. Geram! Habis satu badan busuk dengan bau telur. Sebenarnya dia langsung tiada hati dan malas nak bersalam dengan cikgu perasan kacak di hadapannya. Tak kuasa!

Hisyam menurunkan tangan sambil tersenyum. 

Alah.. bukannya dia tak boleh basuh tangan selepas bersalam. Lantak kaulah! Kalau tak nak bersalam, ada aku kisah? Hisyam senyum lagi kononnya memahami keadaan Nik Pasha. 

Adelia cair dengan sikap Hisyam. Gentleman macam inilah yang membuatkan dirinya terasa nak terjatuh hati dengan guru muda itu. Hatinya lemah longlai melihat senyuman cikgunya itu dan matanya tidak sudah-sudah  memandang cikgunya tanpa lepas. Sikit lagi nak melting.. 

Nik Pasha perasan mata Adelia melekat kuat pada cikgu perasan kacak ni. Poyo betul Hippo gedempol ni! Pantang nampak mamat kacak, macam perempuan gedik pula dia tengok! Nik Pasha meluat gila melihat perangai gedik Adelia kala itu.

“Aku masuk dululah! Layanlah budak OKU ni baik-baik. Lembap tak boleh nak diajar langsung.” Sempat Nik Pasha mengutuk Adelia sebelum berlalu ke dalam rumah. Rasa nak termuntah dengan perangai Adelia yang tergedik-gedik dengan cikgu kesayangannya itu. Loya tekaknya! Alah.. tak adalah kacak mana pun cikgu minah tu kalau nak dibandingkan dengan dirinya. Dia lagi kacak! Lagi macho! Boleh pula Nik Pasha memuji dirinya sendiri. Dasar poyo! 

Adelia bengang dengan kenyataan Nik Pasha memanggilnya OKU lembap. Siap dihentak kakinya kerana geram melampau. Kehadiran Hisyam tidak dihiraukan kerana terlalu geram dengan mulut longkang Nik Pasha. Habis semua santun dia terbang. Ini Nik Pasha punya pasal! Adelia bercekak pinggang masih tidak berpuas hati dengan Nik Pasha.

Hisyam tergelak. Apa kenalah dengan mereka berdua ni? Dahsyat betul bergaduh.

HISYAM dan Adelia duduk di bangku kayu mengadap air terjun buatan yang cantik. Debur air yang jatuh dan mengalir ke dalam kolam yang dipenuhi ikan kap dan beberapa spesies ikan yang lain menenangkan jiwa. Hisyam tersenyum melihat Adelia yang comot tetapi comel di sisinya. Sempat matanya meneliti Adelia dari sisi. Bau telur menerpa hidungnya. Busuk, tetapi Hisyam cuba bertahan. Nnti Adelia terasa hati pula. Nak tergelak pun ada melihat Adelia yang comot tak hengat ni. Apa yang digaduhkan sangat sampai comot gila macam ni? Hisyam tertanya-tanya. Budak lelaki tadi bukan main sombong dan berlagak dengannya. Mungkin pasal perangai budak lelaki itu yang membuatkan mereka bergaduh. Hisyam cuba serkap jarang. Tadi, dia pun terasa nak menghentak orang pun ada apabila melihat perangai budak lelaki itu yang sombong tak bertempat. Sudah dihulur tangan nak bersalam pun boleh pandang dia atas dan bawah. Macam ada yang tak puas hati pula. Aku ada rampas buah hati diakah? Hisyam pelik dengan sikap budak lelaki itu.

“Apa yang kau orang buat tadi? Nampak kecoh aje,” tanya Hisyam ingin tahu. Keadaan Adelia yang comot dan kebasahan menjadi tanda tanya kuat di kepalanya. Harus tahu ni.

“Kita orang main perang-perang tadi, cikgu!” Adelia tersengih dengan wajah lucu.

“Perang?” Macam tidak percaya Hisyam mendengarnya.

“Aah, famili kita orang memang macam ni. Main perang-perang. Baling tepung gandum. Baling telur. Siram air. Happy family!” kelentong Adelia sambil tersengih menampakkan giginya yang putih bersih. Takkan nak bercerita perkara yang sebenar pula? Malulah! Sambil itu dia berusaha menguis kulit telur yang melekat kuat di rambutnya. Ish, susah betul nak tanggal! Bau badan pun dah semacam. Duduk pula dekat-dekat dengan Cikgu Hisyam. 

Alamak! Habis dia punya kontrol cun wanita Melayu terakhir. Hish, ini kau punya pasal la Nik Pasha! Adelia menggigit bibir geram. Asal ingat Nik Pasha saja, dia berasa geram. Bila geram, mesti ingat Nik Pasha. Sinonim.

“Auntie Adel tak mengamuk ke? Habis satu rumah bersepah ni,” tanya Hisyam. Kalau ibunya, sudah pasti satu rumah bergegar dengan jeritan ibunya. Teringat pula dengan ibunya. Balik nanti dia akan menelefon ibunya sebentar untuk melepaskan rindu yang datang bertamu dengan tibatiba. Hisyam senyum.

“Mengamuk?” Adelia ketawa. Auntie Maria begitu sporting orangnya. Siap ketawa terbahak-bahak lagi tadi. Yang tak seronoknya Auntie Maria sempat merakamkan aksi terlampau mereka tadi. Selepas ini, Adelia tahu Auntie Maria ada poin kuat nak mengenakan mereka berdua. Nanti tak habis-habis dia dan si badigol tu jadi bahan usikan satu keluarga apabila mereka semua berkumpul nanti. Oh, tidak..

“Taklah, siap ketawakan kita orang tadi lagi ada la. Auntie sporting orangnya,” beritahu Adelia siap tersengih. Hm.. macam mana nak padam video terlampau mereka agaknya? Harus padam! Ahh.. auntie tak patut! Adelia masih tidak dapat nak fokus dengan kehadiran cikgu muda di sisinya kini. Mana nak fokus, kalau asyik duk teringat ciuman Nik Pasha sedari tadi. Apa? Sebenarnya aku yang cium dialah. Adoii.. lupakan cepat! Lupakan cepat! Laju Adelia menggelengkan kepalanya.

“Bagusnya, sporting!” Hisyam senyum. 

Rambut Adelia basah sehinggakan air bertitik-titik menitis. Adelia meramas-ramas rambutnya supaya kering. Hisyam dengan senang hati menolong Adelia mengelap wajah Adelia yang comot dengan lumpur itu dengan sapu tangannya.

Perbuatan Hisyam yang mengambil berat itu sempat dilihat oleh Nik Pasha dari jendela kaca biliknya di tingkat atas. Nik Pasha sedang mengintai mereka berdua sedari tadi lagi. Nik Pasha mengetap bibirnya tanpa dia sedari.

Bagi Adelia pula, perbuatan Cikgu Hisyam kepadanya amat sweet sekali. Terbuai dengan kebaikan dan sikap gentleman Cikgu Hisyam. Hilang sebentar ingatannya kepada Nik Pasha. Budak tengkorak ayam itu memang patut jangan diingat langsung. Buat sakit hati aje!

“Jom, cikgu! Masuk ke dalam rumah. Tapi sebelum tu, cikgu kena tarik nafas dalam-dalam dulu sebab kat dalam rumah tu ada disaster tadi. Habis satu rumah!” Adelia buat muka comel sambil tersengih. Harap cikgu muda itu tidak pening kepala melihat keadaan di dalam rumah yang berantakan.

“Okey, saya cuba kuatkan semangat.” Tanpa sedar Cikgu Hisyam mengenyit mata tanda dia tidak kisah dan cuba berlucu dengan anak muridnya yang semakin lama semakin mencuit hati lelakinya. 

Adelia pula terkejut besar, hampir nak blackout jugalah melihat cikgu tampan di hadapannya mengenyit mata kepadanya. Oh my... cairnya hati! Dahlah kacak tak hengat. Longlai betul hatinya. 

Seperti yang dijangka, sebaik saja Cikgu Hisyam melangkah masuk ke dalam rumah, tidak semena-mena tangannya menepuk dahi. Apa sudah jadi? 

Adelia apa lagi, senyum sajalah. Kontrol cun.. 

Kesian kat bibik yang sedang berusaha menyental telur pada dinding. Mulut orang tua itu tidak habis-habis mengomel entah apa-apa. Sorry, bik! Nanti Yaya belanja ABC special, ya! janji Adelia. Rasa bersalah menghuni kamar hati Adelia. Ini Nik Pasha punya pasal asyik nak menaikkan darahnya selalu. Selepas ini, Adelia berjanji tidak akan lagi berperang dengan Nik Pasha. Selagi boleh mengelak daripada mangkuk ayun itu, selagi itu dia akan cuba mengelak. Malas! Lagipun dia malu tak hengat pasal tercium mangkuk tingkat malaun itu tadi. Mana nak letak muka dia yang cun sangat ni? Oii.. malunya!

“Eh, Cikgu Hisyam! Masuklah, cikgu terus ke bilik bacaan, ya! Kat luar ni tadi ada taufan melanda sebab tu jadi macam ni.” Auntie Maria yang baru turun dari tingkat atas menyuruh mereka berdua terus ke bilik bacaan. Cikgu Hisyam sekadar tersengih. Melihat perwatakan Auntie Adelia yang lembut wajarlah seperti yang dikatakan oleh Adelia. Sporting! Tetapi, anak lelakinya tadi? Memang tak boleh blah langsung! Bukan mak borek, anak rintik la. Berbeza sangat!

“Assalamualaikum, auntie!” Cikgu Hisyam memberi salam. Terlupa pula nak memberi salam. Manakan tidak terlupa apabila melihat rumah yang seperti dilanda bencana.

“Waalaikumussalam. Yaya, bawalah cepat cikgu ke bilik bacaan nanti tak pasal-pasal blank pula otak nak mengajar bila tengok rumah macam baru lepas kena disaster,” suruh Auntie Maria. Dalam hati malu juga melihat rumah tunggang terbalik seperti ini kepada tetamu.

“Okey, auntie! Jom, cikgu ikut saya.” Dengan pantas, tanpa rasa segan, Adelia menarik lengan cikgu muda itu ke tingkat atas.

Maria terangkat keningnya apabila melihat perilaku Adelia. Ish, tak boleh jadi ni! Aku harus lakukan sesuatu. Sebelum terlambat aku harus satukan Pasha dengan Yaya secepat mungkin.

“Yaya! Pergi mandi dulu bersihkan diri. Auntie tengok tak lulus langsung rupa Yaya sekarang ni. Biar bibik yang tunjukkan bilik bacaan,” tegur Maria. Sengaja Maria berbuat begitu. Dia tidak mahu Adelia terlalu rapat dengan guru muda itu.

Adelia tersengih-sengih menapak naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Sempat dia bau ketiaknya yang mashem. Haha.. jangan dilihat Cikgu Hisyam sudah. Tuala diambil dan lantas ke kamar mandi. Dia harus mandi wangi-wangi. Naikkan balik peratus keayuanya di hadapan Cikgu Hisyam. Harus! Harus!

1 comment:

  1. This novel similar to Korean Drama Playful Kiss..
    Just a bit different only.. Look like copycat...

    ReplyDelete